krm 3023 tugasan a

Upload: sufi-lee-fizah-chuswan

Post on 14-Apr-2018

278 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    1/14

    Pendahuluan

    Miskonsepsi berasal daripada perkataan inggeris misconception.Menurut Websters Third New

    International Dictionary (1996). Conception bermaksud kemampuan, fungsi atau proses

    membentuk idea, abstrak atau berkenaan pemahaman maksud simbol yang mewakili idea dan

    abstraks.Mis bermaksud salah atau tidak.Gabungan pengertian kedua-dua suku kata tersebut

    membentuk idea, abstrak atau pemahaman yang salah. Halloun dan Hestenes (1985)

    mendefinisikaan miskonsepsi sebagai pengetahuan yang diturunkan daripada pengalaman

    individu yang luas.Pengetahuan tersebut bertentangan dengan teori saintifik.

    Matematik sering dikatakan satu mata pelajaran yang dianggap sukar oleh para murid.

    Hal ini kerana mereka kurang memahami sesuatu konsep dalam sesuatu tajuk. Dalam sesi

    pembelajaran matematik seringkali berlaku miskonsepsi di kalangan murid. Ia menjadi

    penghalang kepada mereka untuk menyelesaikan sesuatu soalan atau permasalahan

    matematik yang berkaitan dengan konsep yang mereka salah ertikan.

    Miskonsepsi berlaku disebabkan oleh beberapa sebab atau faktor seperti kosentrasi,

    minat, kefahaman, pengajaran guru yang kurang jelas dan juga cuai. Sebagai guru, kita

    haruslah peka dengan kesilapan yang murid kita lakukan.

    Terdapat beberapa kesukaran dan miskonsepsi yang berlaku dalam kalangan murid

    yang akan dihuraikan melalui beberapa aktiviti bagi membantu pelajar mengatasi miskonsepsi

    tersebut.

    1

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    2/14

    Miskonsepsi Masa dan Waktu

    Miskonsepsi 1 : Mengenal tanda senggatan dan angka yang menandakan gandaan lima minitpada muka jam.

    Soalan :Apakah waktu sekarang ?

    Berdasarkan jawapan murid A dan B, terdapat miskonsepsi pada jawapan yang diberikan.

    Murid A mengalami miskonsepsi fungsi jarum panjang dan pendek pada jam. Miskonsepsi

    murid ini menyebabkan jawapan yang diberikan tidak tepat.Murid terus melihat nombor dua

    pada jarum panjang dan menulis sebagai dua minit.

    Manakala, murid B pula, miskonsepsi murid B pula membaca jam dengan jarum panjang

    sebagai jam manakala jarum pendek sebagai bacaan minit. Keadaan ini menyebabkan jawapan

    yang diberikan adalah salah dan tidak tepat.

    Kedua-dua pelajar mengalami miskonsepsi terhadap fungsi jarum dan nilai jarum panjang pada

    jam. Murid sering menghadapi masalah untuk memahami istilah masa dan waktu. Konsep masa

    dan waktu perlulah dijelaskan dengan tepat kepada murid-murid supaya tidak berlaku lagi

    miskonsepsi pada soalan-soalan samada dalam latihan harian dan dalam peperiksaan. Oleh itu

    ,guru perlu memperkukuhkan kefahaman murid pada konsep membaca tanda senggatan dan

    angka yang menandakan gandaan lima minit pada muka jam.

    2

    Jawapan A: 10.02

    Jawapan B: 02.10

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    3/14

    Cadangan Aktiviti

    Aktiviti pengajaran :

    1. Guru memberi cadangan bentuk yang sesuai untuk dijadikan muka jam analog.

    2. Murid dibimbing murid untuk melakar bentuk-bentuk muka jam di papan tulis.

    Mengedarkan kertas kosong kepada murid-murid.

    3. Murid melakarkan rupa bentuk jam analog yang akan dihasilkan. Murid diminta untuk

    melukis rupa bentuk yang dicadangkan di papan tulis.Minta murid melukis lakaran rupa

    bentuk jam analog

    4. Murid akan bekerja secara berpasangan.Meminta murid mengeluarkan kotak terpakai

    yang dibawa dan membentuk rupa bentuk jam masing-masing.Berbincang dengan

    pasangan masing-masing tentang rupa bentuk muka jam yang hendak dihasilkan.

    5. Murid diminta memotong mengikut saiz yang dikehendaki.

    6. Mengagihkan lakaran muka jamyang mempunyai pin atau paku tekan.Meminta muridmengguntingkan lakaran muka jam dan melekatkannya di rupa bentuk jam masing-

    masing.Memberitahu murid sekiranya terdapat ketidakpastian sila dapatkan bantuan

    dari guru.

    7. Meminta murid mengguntingkan lakaran muka jam dan melekatkannya di rupa bentuk

    jammasing-masing.Memberitahu murid sekiranya terdapat ketidakpastian sila dapatkan

    bantuan dari guru.

    8. Meminta murid mengguntingkan lakaran muka jam dan melekatkannya di rupa bentuk

    3

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    4/14

    jammasing-masing.Memberitahu murid sekiranya terdapat ketidakpastian sila dapatkan

    bantuan dari guru

    9. Guru memberi penerangan ringkas dan bimbingan bagaimana menandakan senggatan

    dan angka gandaan lima minit pada muka jam. Membimbing murid mengenalpasti apa

    yang sepatutnya terdapat di muka jam yang telah dihasilkan.

    10. Perkara yang perlu diberi perhatian:

    a. 60 senggatan

    b. Nombor gandaan 5 (Iaitu dari 0 hingga 60)

    4

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    5/14

    KRM 3023 TUGASAN A

    Miskonsepsi Panjang

    Miskonsepsi: Penukaran unit

    Soalan: Jika 2.3 km = 2 300 m

    Maka 2.3 m juga menjadi 2 300 cm

    Dalam topik ukuran panjang, miskonsepsi yang kerap berlaku adalah yang melibatkan penukaran

    unit kilometer ( km ) kepada meter ( m ), meter ( m ) kepada sentimeter ( cm ) dan sentimeter ( cm )

    kepada milimeter ( mm ).Ini kerana dalam topik ini terlalu banyak . Murid tidak mengingati formula

    penukaran unit.

    Miskonsepsi seperti ini kerap terjadi sama ada km kepada m, ataupun m kepada km dan

    sebagainya. Hal ini kerap terjadi kerana murid tidak menghiraukan unit yang diberikan

    .

    5

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    6/14

    KRM 3023 TUGASAN A

    Cadangan Aktiviti

    Aktiviti pengajaran :

    1. Bagi mengatasi masalah guru perlu mempelbagaikan kaedah cara penukaran unit.

    2. Secara konseptualnya, penekanan penerangan penukaran cm kepada mm merujuk kepada

    pembaris murid.

    3. Guru boleh membuat aktiviti mengukur dan mencatat ukuran panjang dan lebar objek

    besar dalam jadual seperti di bawah:

    Contoh:

    4. Unit m kepada cm pula terdapat pada pembaris yang sering dibekalkan bagi setiap kelas.Dengan ini, ingatan murid akan lebih kukuh lagi bahawa unit cm kepada mm lebih pendek

    maka ianya 1 cm = 10 mm

    6

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    7/14

    KRM 3023 TUGASAN A

    5. Penggunaan table AKKU juga boleh membantu murid secara prosedurnya.

    7

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    8/14

    KRM 3023 TUGASAN A

    Miskonsepsi Timbang Berat

    Miskonsepsi : Membaca alat timbangan dan penukaran unit

    Kesalahan dan kesilapan yang sering dilakukan oleh murid dalam tajuk ini adalah dalam membaca

    alat penimbang. Adakala, murid menyamakan alat timbangan dengan jam. Alat penimbang

    mempunyai pelbagai jenis senggatan. Samada senggatan 10, 5, 4 dan 2.

    8

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    9/14

    KRM 3023 TUGASAN A

    Cadangan Aktiviti

    Aktiviti pengajaran :

    1. Guru membawa alat timbang ke dalam kelas

    2. Murid diarah untuk menimbang berat alatan yang ada dipersekiran murid untuk melihat cara

    pembacaan kilogram dan gram

    3. Selain itu, Menimbang dalam unit gram dan kilogram menggunakan alat penimbang maya

    daripada perisian Interactive Teaching Program ITP

    4. Membaca nilai ukuran berat dalam gandaan 1g, 2g, 5g, 10g, 50g dan 100g

    5. Guru menunjukkan satu alat penimbang daripada perisian ITP yang telah ditetapkan pada

    nilai maksimum 100 g .

    6. Pelajar diminta membaca ukuran pada alat penimbang di atas

    7. Guru boleh meminta pelajar untuk memilih dan menimbang sendiri bongkah yang ingin

    ditimbang.

    8. Lembaran kerja boleh disediakan oleh guru untuk meningkatkan kefahaman pelajar

    dalam kemahiran membaca ukuran .

    9

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    10/14

    KRM 3023 TUGASAN A

    Miskonsepsi Isipadu Cecair

    Miskonsepsi 4 : Menyukat, menanda dan merekodkan isipadu cecair yang ditentukan

    dalam: (a) mililiter (b) liter

    Kesemua jawapan yang diberikan oleh murid adalah salah dan tidak tepat. Pelbagai

    tanggapan dan miskonsepsi diberikan oleh murid kerana kefahaman dan konsep isipadu

    cecair tidak dapat diperoleh sepenuhnya daripada pengajaran guru. Pengajaran kemahiran

    untuk menyukat isipadu cecair perlu dilakukan secara praktikal. Murid perlu mempunyai

    pengalaman hands-on berkaitan dengan penyukatan cecair.

    Secara spesifik, kemahiran matematik yang utama memerlukan mereka arif dalam

    membandingkan empat kuantiti secara terus seperti berikut ;

    1. Mengecam unit bukan piawai dan piawai untuk menyukat kuantiti.

    2. Menganggar dan mengukur kuantiti dalam unit bukan piawai dan piawai.

    3. Menukar antara unit-unit piawai penyukatan

    10

    Soalan:

    Berapakah aggaran Berat Botol A dan

    B?

    Adakah kandungan air sama bagi

    setiap botol?

    Kandungan air dalam botol mana lebih

    banyak?

    A :180ML

    B :180ML

    Jawapan:

    400ml

    Tidak sama, sebab botol tidak sama

    saiz

    Botol A, sebab lebih tinggi

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    11/14

    KRM 3023 TUGASAN A

    4. Melakukan operasi matematik yang melibatkan ukuran dalam unit piawai

    AKTIVITI PENGAJARAN

    1. Guru menyediakan bahan yang mempunyai sukatan seperti botol susu, botol air , air kotak

    dan lain-lain.

    2. Murid dibahagikan kepada 4 kumpulan. Dua kumpulan menyukat menggunakan liter dan

    dua lagi kumpulan menyukat menggunakan mililiter.

    3. Murid mencatat bacaan.Murid mengulang aktiviti dengan membuat pertukaran kumpulan.

    Membandingkan bacaan isipadu air dalam sukatan dan m hasil daripada

    kumpulan.Isipadu air tidak bergantung kepada saiz sesuatu bekas.

    5. Guru minta murid menyukat air dengan nilai yang dinyatakan oleh guru.

    Contoh : 500m

    BERAT/ISIPADU

    A B C

    m

    6. Murid menerangkan cara mendapat jawapan. Kumpulan mana yang cepat menyelesaikan

    tugasan?Kumpulan mana yang lambat ?Kenapa ?

    7. Kesimpulan

    11

    Kumpulan : Guru meminta murid menyukat

    isipadu air yang telah disediakan dan membuat

    catatan pada jadual yang disediakan

    500 m

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    12/14

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    13/14

    KRM 3023 TUGASAN A

    Bibliografi

    Baharin Shamsudin (1993), Kamus Matematik Bergambar Sekolah Rendah Dewan Bahasa dan

    Pustaka : KPM , Kuala Lumpur.

    Marzita Puteh, Wan Yusof Wan Ngah & Chan Yock Lean. (2010), Matematik Tahun 1Sekolah

    Kebangsaan Buku Teks Jilid 2, Kuala Lumpur : DBP

    Modul Pengajaran dan Pembelajaran Matematik, (1996),Sektor Akademik Jabatan

    Pelajaran Negeri Perak.

    Modul Linus Numerasi (2010), Kementerian Pelajaran Malaysia, BahagianPembangunanKurikulum, Selangor Daruk Ehsan

    Toh Sing Ho, (2003), Carta Bestari Interaktif Matematik:Minda Didik Sdn. Bhd. Wan Yusof

    Wan Ngah, Rosli Maun & Haslina Jaafar. (2011), Matematik Tahun 2Sekolah Kebangsaan

    13

  • 7/27/2019 Krm 3023 Tugasan a

    14/14

    KRM 3023 TUGASAN A

    Buku Teks Jilid 2, Kuala Lumpur : DBP.

    14