kritikanjurnalkomunitipembelajaranweblog-100806071556-phpapp02.doc

6
Ulasan Artikel : KOMUNITI PEMBELAJARAN MELALUI WEB LOG Ng Huey !er " Ra#a Ma$na! Ra#a Hussain Department of Curriculum and Instructional Technology University of Malaya, Kuala Lumpur nhzher@gmailcom , rmaznah@umedumy Oleh : Seypul Asmal bin Sabokki M20091000234 Program: MT 11 Pengurusan Pendidikan akul!i Pengurusan dan "konomi Ta#uk #erdasarkan $urnal % penulis ar!ikel ini merupakan Pensyarah a!au penyelidik di &aba!an 'urikulum dan Teknologi Pendidikan% akul!i Pendidikan (ni)ersi!i Mal Sehubungan dengan i!u penyelidik !elah memilih !a$uk penulisanka$ian yang bersesuaian dengan !erma penyelidikan dan organisasinya* #ilangan perka!aan yang digunakan $uga !idak !erlalu pan$ang ser!a mudah un!uk di+ahami% ringkas dan bermakluma!* Ta$uk yang pan$ang !erlalu bersi+a! ,deskrip!i+-dan !idak perlu sama sekali .Ahmad Mahd/an Ayob%19 * ni dapa! memberi kesan yang baik !erhadap penulisannya* Ta$uk ini $uga $elas memperliha!kan makluma! yang ingin beliau perolehi iai!u K%&uniti Pe&'ela#aran Melalui We' L%g * Ta$uk ini$uga memberikan pen$elasan!en!ang kepen!inganpopulasidan perubahan perubahan u!ama* Sekiranya penyelidik membua! ka$ian yang !idak berkai!an dengan !ugas penyelidik% ka$ian penyelidik sudah pas!i mempunyai !ahap kepenggunaan yang rendah .Mohamad 5a$ib Abdul 6ha+ar%1999 * Selain i!u !erdapa! !erma !erma yang !idak $elas kepada pemba7a yang !idak !erdedah dengan dunia 8T* ni kerana is!ilah eb log suka di!er$emah se7ara % melinkan dengan ka$ian dan pemba7aan yang lebih !erperin 5amun apa yang pen!ing !a$uk ini !idak mengai!kan dnegan semarang si!uasi beremosi dan menimbulkan pro)okasi* 1

Upload: muminah-talib

Post on 04-Nov-2015

215 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Kritikan jurnal bertajuk

Ulasan Artikel :KOMUNITI PEMBELAJARAN MELALUI WEB LOGNg Huey Zher & Raja Maznah Raja HussainDepartment of Curriculum and Instructional Technology

University of Malaya, Kuala Lumpur

[email protected], [email protected] : Seypul Asmal bin Sabokki

M20091000234

Program: MT 11 Pengurusan PendidikanFakulti Pengurusan dan Ekonomi

TajukBerdasarkan jurnal , penulis artikel ini merupakan Pensyarah atau penyelidik di Jabatan Kurikulum dan Teknologi Pendidikan, Fakulti Pendidikan Universiti Malaya. Sehubungan dengan itu penyelidik telah memilih tajuk penulisan kajian yang bersesuaian dengan terma penyelidikan dan organisasinya. Bilangan perkataan yang digunakan juga tidak terlalu panjang serta mudah untuk difahami, ringkas dan bermaklumat. Tajuk yang panjang terlalu bersifat deskriptifdan tidak perlu sama sekali (Ahmad Mahdzan Ayob,1985). Ini dapat memberi kesan yang baik terhadap penulisannya. Tajuk ini juga jelas memperlihatkan maklumat yang ingin beliau perolehi iaitu Komuniti Pembelajaran Melalui Web Log. Tajuk ini juga memberikan penjelasan tentang kepentingan populasi dan perubahan-perubahan utama. Sekiranya penyelidik membuat kajian yang tidak berkaitan dengan tugas penyelidik, kajian penyelidik sudah pasti mempunyai tahap kepenggunaan yang rendah (Mohamad Najib Abdul Ghafar,1999). Selain itu terdapat terma-terma yang tidak jelas , kepada pembaca yang tidak terdedah dengan dunia ICT. Ini kerana istilah web log sukar diterjemah secara , melinkan dengan kajian dan pembacaan yang lebih terperinci., Namun apa yang penting tajuk ini tidak mengaitkan dnegan semarang situasi beremosi dan menimbulkan provokasi.Pernyataan Masalah

Penyelidik tidak menulis pernyataan masalah secara jelas, sebaliknya beliau lebih menekankan kominiti pembelajaran melalui web log.Mengapa kajian ini dilakukan tidak dipersoalkan kerana tiada pernyataan masalah secara khusus yang dituliskan dalam jurnal research ini.. Asas-asas teori yang digunakan lebih menekankan amalan yang berlaku dalam komuniti pembelajaran melalui web log.Pernyataan masalah dapat membantu seorang penyelidik menjelaskan apa yang ia tidak ketahui dan berhasrat mengetahuinya. Pernyataan masalah membolehkan kita mentakrif tujuan kajian atau matlamatnya; tidak berbentuk khayalan.Merangkumi matlamat umum dan matlamat khusus, Mohd Nawi Ab Rahman (2000).Kerlinger (1986) menyatakan soalan mestilah memenuhi tiga kriteria, iaitu pertama, dinyatakan dalam bentuk kaitan antara pembolehubah, kedua, jelas dan tidak kabur dan ketiga, memungkinkan ia dikaji secara empirikal(mempunyai landasan falsafah dan teologi yang sah untuk dijawab.Kajian Literatur

Terdapat beberapa sorotan literature dalam penulisan penyelidik. Walau pun terdapat pengulangan sorotan yang digunakan ianya didapati sesuai dan berkaitan dengan tujuan kajian yang dijalankan. Perhubungan antara satu literature dengan yang lain juga jelas tetapi tidak mengikut kronologi. Antara sorotn yang telah dibuat, mengenai Komuniti pembelajaran,Web Log. Namun saya sebagai pembaca menghadapi kesukaran untuk memahami apakah yang dimaksudkan dengan web log.Untuk itu saya sebagai pembaca terpaksa membuat rujukan dan bacaan tambahan melalui artikel yang ditulis oleh Gahazali Bunari dalam artikelnyaWeb Realiti: Mempromosi Pembelajaran Dalam Komuniti Online Geng Jurnal.Hipotesis

Hipotesis kajian biasanya digunakan dalam kajian kuantitatif untuk menyatakan perhubungan dan perbezaan antara variable-variabel.Ia juga merupakan ramalan yang dibuat pengkaji tentang sesuatu perhubungan atau perbezaan dalam penyelidikan inferensi sebelaum data dipungut. Dalam penulisan ini penyelidik tidak menyatakan hipotesis yang berkaitan dengan kajiannya. Subjek

Dalam penulisan ini juga ada dinyatakan tentang populasi dengan jelas iaitu sampel guru-guru prakhidmat tahun ketiga yang didaftarkan dalam kursus Teknologi dalam Pendidikan Rendah'. Subjek akan terlibat dalam kajian inidari permulaan semester, melibatkan kelas yang mempunyia tujuh puluh lima (75) pelajar telah terbahagi kepada enam atau tujuh kumpulan. Setiap kumpulan diberi kelonggaran untuk memilih ahli-ahli kumpulan mereka sendiri. Kemudian, untuk menimbulkan unsur pemilikan, setiap kumpulan perlu mewujudkan nama kumpulan mereka sendiri. Kumpulan-kumpulan ini akan dikekalkan sehingga penghujung kursus. Dalam kursus ini, weblogging ialah satu kegiatan bersepadu sepanjang semester yang bersamaan empat belas (14) minggu.

Menurut Cohen(1977), memilih satu sample yang mewakili populasi adalah lebih baik daripada memilih satu sample yang besar tetapi bias. Pemilihan sample dibuat menggunakan teknik persampelan sistematik. Persampelan ini bermaksud setiap unit atau subjek data populasi mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai responden kajian.Kaedah ini adalah yang paling mudah. Langkah prosedur persampelan sistematik ialah menyenaraikan subjek-subjek populasi menggunakan angka,menentukan bilangan responden kajian, menentukan nilai gandaan n dan memilih responden.Prosedur

Prosedur yang digambarkan dalam kajian ini sesuai. Penyelidik menggunakan kaedah temuramah yang melibatkan sampel kajian seramai enam pelajar tahun ketiga (guru-guru pra prekhidmatan) yang didaftarkan dalam kursus.dan tinjauan.Subjek ini akan terlibat dalam kajian ini dari permulaan semester, melibatkan kelas yang mempunyai tujuh puluh lima (75) pelajar telah terbahagi kepada enam atau tujuh kumpulan. Setiap kumpulan diberi kelonggaran untuk memilih ahli-ahli kumpulan mereka sendiri. Kemudian, untuk menimbulkan unsur pemilikan, setiap kumpulan perlu mewujudkan nama kumpulan mereka sendiri. Kumpulan-kumpulan ini akan dikekalkan sehingga penghujung kursus. Dalam kursus ini, weblogging ialah satu kegiatan bersepadu sepanjang semester yang bersamaan empat belas (14) minggu.Instrumen

Tidak terdapat satu Instrumen kajian yang dilampirkan bersama jurnal ini.. Penyelidik juga tiada menyatakan mengenai kebolehpercayaan dan kesahan instrumen.Data AnalisisKajian ini tidak menyatakan sebarang bentuk statistik deskriptif yang digunakan untuk menyimpulkan keputusan data. Oleh kerana penulis tidak menyatakan sebarang hipotesis maka penulis tidak menunjukkan sebarang data statistik inferential yang digunakan sesuai untuk menguji hipotesis.Namun penulis ada menyatakan contoh-contoh dapatan kajian melalui tinjaun yang dilakukan oleh penyelidik.

KeputusanDari data yang dianalisis, ia telah mengumpulkan satu komuniti belajar yang dibentuk dari enam pelajar yang masing-masing mempunyai latarbelakang berbeza tetapi mempunyai mereka matlamat yang sama bertujuan untuk mencapai matlamat

PerbincanganPenulis telah menyatakan bahawa dapatan kajian mereka adalah sejajar dengan pendapat (Bausch, Haughey dan Hourihan, 2002), yang menyakan bahawa komuniti jaringan menyediakan satu peluang untuk mengusai pengetahuan di mana ia dicipta dalam sebuah organisasi, berkongsi pengetahuan itu melalui sebuah organisasi

Penulis juga ada menyatakan batasan kajian mereka .Mereka memberi peringatan bahawa kajian ini mempunyai had-had dan tertentu, dan data yang diperolehi tidak boleh digeneralisasi untuk populasi yang lainDalam hasil penulisan ini, penyelidik tidak menyatakan apakah implikasi dari hasil dapatan kajiannya terhadap Komuniti Pembelajaran melalui Web Log .Penyelidik menggunakan aplikasi berdasarkan hasil kajiannya tidak berdasarkan logik. Penyelidik juga tidak ada menyatakan tentang saranannya bagi kajian yang akan datang. Penyelidik juga tiada mencadangkan agar skop kajian dan sampel diperluaskan.

Kesimpulan

Kesimpulan yang digunakan juga menjurus kepada hasil kajiannya. Mudah untujk difahami. Logik berdasarkan keseluruhan kajian dan tidak lari dari hasil dapatan.Penulis menyakan bahawa kajian mereka telah menjelaskan yang komuniti pengajian yang dibentuk di kalangan individual- pelajar-pelajar boleh mengakibatkan ilmu itu menjadi bererti dan berguna( signifikan) Pelajar mengambil peranan-peranan guru-guru dan rakan-rakan, mendorong antara satu sama lain untuk berusaha untuk mencapai matlamat bersama. Dengan bantuan web log, proses dan aktiviti pembelajaran mengatasi semua sempadan. Untuk mencapai hasil itu, pensyarah atau lebih dikenali sebagai fasilitator perlu sentiasa memantau pertumbuhan organisasi. Tanpa ragu-ragu, isu-isu seperti kepentingan web log untuk pelajar dan bagaimana pelaksanaannya sedang dijalankan dan tidak akan diabaikanRumusanRumusannya jelas, ringkas dan memadai.Refleksi Pembaca

Berdasarkan pengalaman saya mebaca artikel ini, ia telah memberikan saya satu padangan ilmu yang lebih baik terhadap e pembelajaran melalui web log. Sesungguhnya web log memberikan ruanag pembelajaran yang cukup luas dan sepanjang masa, sekira ia dapat di aksses dengan berkesan.Namun pembelajaran e learning memerlukan disiplin yang tinggi dan iman yang kukuh bagi mengelakkan proses pembelajaran melalui elearning ini tidak terlibat dalam sebarng anasir yang merosakkan jiwa dan rohani pelajar. PAGE 1