kritikan-skm

Upload: mesut-ozil

Post on 06-Mar-2016

241 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

isam

TRANSCRIPT

Kesussateraan ialah karya seni yang kaya dengan unsur-unsur emosi, imaginasi, dan akal budi ketiga-tiga unsur ini menyimpulkan pernyataan perasaan dan pemikiran penulis atau pengarang, mencakup impian, harapan, aspirasi, cita-cita, serta hubungan sesame manusia dan hubungan manusia dengan alam. Justeru itu, kesusasteraan juga hasil kebudayaan lain yang mengutamakan nilai-nilai seni, estetik, dan keindahan, tidak terlepas daripada perhatian erta penelitian pembaca. Kesusasteraan dengan mudah menjadi objek yang menggerakkan daya rasa dan daya fikir untuk memperkatakan kelemahan dan kekuatan satu-satu karya dari kaca mata masing-masing. Kesan daripada gerak kesedaran inilah lahirnya kritikan kesusasteraan, iaitu untuk memberi huraian atau ulasan mengenai sesuatu karya sastera. Namun demikian, hasil huraian atau ulasan sesebuah karya kesusasteraan yang mengutamakan nilai-nilai seni dan keindahan, lebih banyak bergantung kepada cita rasa seseorang peneliti yan tentunya berbeza dan tidak mutlak. Oleh itu, sejak kegiatan kritikan kesusasteraan pertama kali ditemui di Yunani oleh Xenophanes dan Heraclitus sekitar tahun 500 s.m, kini ditemui berbagai-bagai definisi mnengenainya.M.H Abrams di dalam bukunya, A Glossary of Literary Terms, mendefinisikan kritikan kesusasteraan sebagai satu cabang kajian berhubung dengan pengertian, penjenisan, penghuraian, dan penilaian karya-karya kesusasteraan. Definisi ini diperluas serta diperjelaskan lagi di dalam Encyclopaedia Britannica yang menambah, kritikan kesusasteraan ialah perbincangan kesenian yang beralasan dan bersistem unutuk menghuraikan atau menilai teknik dan isi atau hasilnya. Bagi memenuhi hakikat beralasan dan bersistem itu, semestinya kritikan kesusasyeraan dimuatkan dengan pendekatan atau metodologi dan fungsi tertentu. Ini kerana kritikan kesusasteraan walaupun pada dasarnya suatu seni menilai, sama ada mengecam atau memuji satu-satu karya, tetapi kesan yang diharapkan daripada penilaian tersebut jauh lebih penting dan bererti.Menurut Hashim Awang (1985 : 80) kritikan sastera merupakan suatu usaha mempertimbang dan menilai karya sastera secara jujur dan sistematik. Kritikan sastera merupakan cabang ilmu yang mempunyai fungsi-fungsi yang tersendiri. Berdasarkan Glosari Istilah Kesusasteraan (1988:163) penjelasan terhadap krtitik sebagai esei atau artikel yang menyorot secara kritis sesebuah hasil seni, biasanya sastera, dengan tujuan menentukan sifat yang dimiliki dan menuntut mutunya menurut suatu ukuran tertentu yang telah ditetapkan atau sering digunakan. Kritik jauh lebih seirus, adil, dan bijaksana daripada ulasan. Sementara kritikan pula merupakan cabang pengajian yang berhubungan dengan hal-hal mendefinisi, mengelaskan, menghurai, dan menilai karya kesusasteraan.Kritikan sastera merupakan suatu disiplin ilmu yang saintifik kerana ia ditumpukan kepada penghayatan, penganalisisan dan penilaian sesebuah karya sastera. Kritikan sastera dikatakan sebagai suatu ilmu yang saintifik kerana ia menggunakan pendekatan atau metadologi tertentu dalam membuat kritikan. Sehubungan itu, kritikan sastera juga melibatkan penghayatan. Proses penghayatan merangkumi apresiasi, pengamatan, pemahaman, tanggapan, perasaan, serta pemikiran yang terjelma sebagai reaksi terhadap sesuatu bacaan. Analisis dalam konteks kritikan sastera bersifat menghurai, membincang, membedah, dan mendalami aspek penghayatan. Pengalaman-pengalaman apresiasi dijelaskan dengan mengemukakan bukti, contoh serta hujah yang konkrit dan munasabah.

Selain itu, kritikan sastera turut melibatkan proses penilaian. Berdasarkan penghayatan dan penganalisisan, seseorang itu dapat memberikan pandangan, bahasan, dan keputusan sama ada karya itu berjaya dan bermutu atau sebaliknya. Sesebuah penilaian dilakukan hasil daripada pengamatan, pentafsiran, penganalisisan, pertimbangan serta penghakiman yang rasional, tepat, adil dan menyakinkan. Dapatlah dirumuskan kritikan sastera sebagai cabang ilmu saintifik dan merupakan satu kegiatan menghayati secara total, menganalisis secara interpretif serta melakukan penilaian secara rasional. Proses kritikan melibatkan pengaliran semula reaksi terhadap pembacaan sesebuah karya sastera atau menonton sebuah pementasan drama. Kritikan sastera meruakan penelitian yang kritis, jitu dan memberi pertimbangan yang adil terhadap baik atau buruk sesuatu karya sastera dengan memanfaatkan pendekatan tertentu ataupun tidak. Kritikan sastera merupakan suatu yang memberi manfaat kepada khalayak pembaca, pengkaji yang lain dan pengarang itu sendiri.Dalam artikel yang berjudul "Menelusuri Jagat Kritikan Sastera Melayu: Bahagian Pertama" (Dewan Sastera, Ogos 1998: 87-89) telah disenaraikan lapan fungsi kritikan sastera. Kesemua fungsi itu, sesungguhnya ada kaitannya dengan proses penciptaan sesebuah karya sastera dan apresiasi atau penghayatan terhadap karya sastera itu sendiri. Apabila menyebut tentang proses berkarya bermakna kita merujuk kepada insan atau individu yang menghasilkan karya sastera dalam apa genre pun, yang dikenali sebagai pengarang atau penyair atau dramatis. Insan pengarang itu menghasilkan karya sastera dengan motif tertentu, umpamanya untuk menghantar mesej atau kritikannya terhadap masyarakat dengan memanipulasikan bahasa secara kreatif, tentunya dengan ketrampilan yang menyerlahkan jati dirinya dan membina komposisi ceritanya, dengan teknik penceritaan yang dikuasainya atau disenanginya. Sebagai pengkritik, seseorang itu mempunyai tanggungjawab yang besar, berat dan ditangannya terletak status karya sastera itu, terutama tentang buruk baik atau bermutu tidaknya karya itu. Umumnyua, setiap hasil penilaian karya kesusasteraan sentiasa diharap dapat memberi panduan, membentuk pemikiran yang cerdas, dan menjernihkan pertumbuhan yang kritis. Di sinilah pentingnya seseorang peneliti, pengkaji, atau pengkritik memahami kritikan kesusasteraan.Berdasarkan Hashim Awang ( 1988 : 5 ), beliau berpendapat bahawa pengkritik berperanan untuk menolong dalam membezakan karya yang baik dan karya yang tidak baik. Setiap karya yang dihasilkan sudah tentu mempunyai keistimewaan tersendiri namun karya yang dihasilkan tidak akan lari dari mendapat kritikan kerana pendapat dan pandangan individu adalah berbeza. Seperti mana yang kita tahu bahawa setiap karya yang dihasilkan juga adalah mengikut kreativiti atau pengalaman penulis yang disingkap dan ditulis seterusnya dijadikan tatapan dan perkongsian buat pembaca. Untuk menghasilkan sebuah warkah atau buku, penghasilannya boleh dikatakan agak lama yang memerlukan penelitian dari pelbagai aspek agar menjadi sebuah karya yang baik. Pada pendapat saya, sebuah karya yang baik sudah tentu mempunyai ciri-ciri yang tidak membosankan malah memberi kesan kepada pembaca apabila mentelaah karya tersebut. Namun tidak semua karya yang dihasilkan mempunyai karya yang baik. Dalam hal ini, Mana Sikana telah membantu dalam membezakan karya yang tidak baik dan tidak bermutu dengan mengkritik novel yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad iaitu Sampah pada tahun 1974 di mana novel ini tidak mendapat sambutan daripada pembaca. Mana Sikana telah memberi tunjuk ajar dalam mengenalpasti karya yang tidak baik dari segi tema dan jalan cerita di mana Mana Sikana telah mengkritik novel Sampah karya Shahnon Ahmad. Mana Sikana telah mengkritik tema yang dibawakan dalam novel ini iaitu bertemakan pengemis yang berpusat pada watak dia yang sedang mencari suatu kedamaian yang yang abadi. Mana Sikana memperkatakan bahawa temanya bukanlah suatu pemilihan yang dikira baik dan membawa persoalan masyarakat hari ini kerana masalah pengemis sebenarnya masalah yang sudah lama. Ia pernah disentuh oleh Pungguk, tentang sebab mengapa dikatakan manusia Melayu mengemis. Hal ini juga pernah ditulis oleh Mansuri S.N. Jadi, benarlah bahawa tema yang dibawakan oleh Shahnon Ahmad tidak bersesuaian dengan peredaran zaman malah tema yang disingkap juga telah dibawakan oleh penulis lain. Ini menyebabkan kurangnya sambutan daripada pembaca kerana karya yang dihasilkan memberi tatapan yang sama kepada pembaca di mana pembaca pernah menelaah dan menyelami karya yang sama temanya melalui penulis lain.Mana Sikana juga mengkritik mengenai plot cerita yang dibawakan oleh Shahnon Ahmad dalam novel Sampah yang dikatakan terlalu mudah dan meleret-leret. Sehubungan itu, Mana Sikana juga telah mengkritik dengan mengambil pendapat daripada Wayne C. Booth yang mengatakan bahawa perjalanan plot novel ini lamban, lambat, malas dan lemah. Para pembaca yang sentiasa dan biasa menatap novel realisme yang dihasilkan oleh penulis Malaysia yang sebelumnya, akan mendapati novel Sampah begitu tawar dan menjemukan. Tidak ada unsur-unsur ketegangan, ketergantungan, saspens atau tensi atau apa jua yang boleh merangsang jiwa pembaca seperti yang didapati di dalam sebuah novel biasa. Dengan ini, novel yang dihasilkan akan menjemukan pembaca. Saya sendiri berpendapat bahawa pembaca tidak akan meminati malah jauh sama sekali untuk membaca novel yang mempunyai plot cerita yang meleret-leret ditambah dengan tiada unsur saspen kerana novel seperti ini menjadikan mereka jemu untuk membaca tanpa ada sebarang babak yang boleh menyebabkan mereka tertanya dan menenti kesudahan jalan cerita. Sehubungan itu, pengkritik juga berperanan dalam memberi didikan kepada penulis dalam menghasilkan karya yang baik dan bermutu. Dalam hal ini, pengkritik memberi kritikan yang positif terhadap penghasilan karya yang ditulis oleh penulis dengan memuji dan menjadikan kritikan positif terhadap penulisan tersebut sebagai contoh kepada penghasilan karya yang lain. Kajian yang dijalankan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka mendapati bahawa karya yang baik ialah karya yang memepunyai tema yang dapat menarik minat pembaca seandainya bertepatan dengan jiwa mereka kerana mereka akan dapat menyelami perwatakan watak semasa membaca karya tersebut dan menjiwainya sehingga akhirnya meninggalkan kesan yang mendalam. Contohnya novel Novel Ombak Rindu karya Fauziah Azhaari yang telah dikritik oleh Misran Rokimin dalam buku Kritikan Sastera Remaja, beliau mengkritik tentang dunia gelap wanita yang biasa dilalui oleh wanita yang dapat dijadikan pengajaran dna meninggalkan kesan kepada pembaca. Selain itu, sesebuah karya itu akan menarik apabila jalan cerita yang ditampilkan tidak terlalu meleret-leret dan menimbulkan beberapa unsur kejutan atau peristiwa yang tidak diduga. Sehubungan itu, hasil karya yang menarik haruslah menampilkan gaya bahasa yang indah dan mudah difahami. Dengan adanya ciri-ciri ini sudah tentu karya yang dihasilkan adalah karya yang baik dan bermutu yang dimanati oleh pembaca.Dalam hal ini, Mana Sikana telah mengkritik secara positif dan memuji hasil karya daripada daripada Iwan Si-matupang iaitu novel Kering yang mengatakan bahawa plot cerita yang dibawakan oleh beliau amat menarik dan perjalanan penceritaan yang dibawakan begitu cepat dan licin dan tidak meleret-leret. Walaupun novel Kering tidak mempergunakan teknik realisme yang biasa digunakan oleh novel lain, tetapi dia mempunyai kekuatan untuk memancing pembaca untuk terus mengikutinya. Ini jelas menunjukkan bahawa teknik penulisan yang dihasilkan ini sengaja dikritik oleh Mana Sikana agar dapat dijadikan didikan dan panduan untuk penghasilan karya baru yang lain. Sementara itu, dalam tulisan kritikannya itu Keris Melayu memberi kritikan terhadap gaya bahasa pengarang Tun Seri Lanang. Menurut tinjauannya, didapati bahasa Melayu Tun Seri Lanang jelas, sedap didengar dan asli. Keris Mas ini telah mengkritik beberapa rangkap pantun dan hasil karya Tun Seri Lanang dalam Sejarah Melayu. Kritikan ini telah memberi aspirasi kepada pengkarya-pengkarya untuk menggunakan gaya bahasa yang baik dan mudah difahami dalam menghasilkan sebuah karya. Jadi tidak boleh dinafikan lagi bahawa dengan adanya pengkritik yang mengkritik hasil-hasil karya maka lahirlah satu didikan dan panduan kepada penulis untuk menghasilkan karya yang baik dan bermutu kelak.Sehubungan itu, pengkritik juga bukan sahaja berperanan dalam memberi didikan kepada penulis untuk menghasilkan karya yang baik malah memberi nasihat dan peringatan kepada penulis agar tidak membanggakan diri dan menghasilkan karya semata-mata untuk mendapat nama dan pengiktirafan. Hal ini demikian kerana terdapat segelintir penulis menghasilkan karya semata-mata untuk mendapat nama, pujian dan sanjungan. Senario ini dapat dibuktikan apabila Yahaya Abdullah dalam tulisannya dengan tegas mengkritik Suhaimi Haji Muhammad yang mendakwa dirinya yang membawa beratus-ratus model sajak barat dan sajak moden ke dunia kesusasteraan Melayu tanpa diketahui oleh pengkritik-pengkritik. Dia juga mengakui bahawa dialah penyair pertama menjadi penyair personal yang revolusioner dan dia jugalah penyair yang pertama yang menggunakan kata-kata ku, mu, kau, dan aku dalam sajak-sajak Melayu. Kenyataan ini menimbulkan ketidakpuasan hati Yahaya Abdullah lalu beliau mengkritik dengan mengatakan bahawa penyair-penyair agung seperti Amir Hamzah tidak pernah mengatakan diri sebagai Raja Penyair. Begitu juga Chairil Anwar tidak pernah mengharapkan orang memberi gelaran Bapa Penyair Moden. Sebaliknya menurut Yahaya Abdullah, yang mengagung-agungkan atau menyanjung para penyair itu adalah para pengkritik. Sanjungan seperti itu pula hanya diberikan setelah penyair terkemuka itu meninggal dunia. Dengan kata lain, penyair-penyair terkemuka tidak pernah mengharapkan pujian dan sanjungan seperti yang diharapkan oleh Suhaimi Haji Muhammad. Yahaya Abdullah menjelaskan lagi bahawa terdapat beberapa kemungkinan mengapa para pengkritik memberi perhatian, pujian dan sanjungan kepada penyair-penyair seperti Usman Awang, Kassim Ahmad dan A. Samad Said. Ini berkemungkinan kerana sajak-sajak yang mereka hasilkan ternyata lebih baik dan menarik dari segi bentuk mahupun isi. Tambahan pula, sajak yang dihasilkan ketiga-tige penyair itu memeprlihatkan kematanagan dan ketajaman fikiran. Oleh itu, mereka mendapat sanjungan daripada pengkritik dan penghasilan karya mereka dihasilkan dengan hati yang ikhlas untuk tatapan pembaca. Jadi untuk menjadi seorang penulis atau seniman, penghasilan karya mestilah lahir dari hati tanpa ada rasa riak dan takbur semata-mata untuk mendapat nama dan sanjungan. Tegasnya, dengan adanya pengkritik yang memberi nasihat kepada penulis agar tidak menghasilkan karya semata-mata untuk mendapat nama sudah tentu para penulis akan menghasilkan karya dengan seikhlas hati tanpa mengharapkan balasan daripada orang ramai malah untuk tatapan dan pengajaran kepada pembaca.Di samping itu, pengkritik juga mempunyai tugas untuk menolong pembaca lain menghayati hasil kesusasteraan, iaitu menerangkan tentang karya sastera dan pengarang yang dikritik dengan jelas. Perkara ini dilakukan semata-mata untuk mengangkat martabat penulis di samping untuk memberi kemudahan kepada pembaca untuk memahami karya yang dihasilkan. Contohnya Mohd. Yusof Hasan dalam makalahnya Riwayat Hidup Shahnon Ahmad ada mengkrtitk sejarah hidup Shahnon Ahmad sebagai penulis yang berkaliber dalam penghasilan karya yang dihasilkan. Pengkritik menceritakan bahawa penulis seorang yang mampu menerima kritikan terhadap hasil karyanya malah tidak pernah berputus asa dalam menghasilkan karya sehingga mampu memenangi pelbagai anugarah. Tamsilannya, pada 1971, 1972 dan 1973 Shahnon Ahmad telah memenangi Hadiah Karya Sastera dalam bidang cerpen. Beliau juga merupakan pemenang tunggal Hadiah Karya Sastera dalam bidang novelnya yang berjudul Srengenge pada 1973. Pada 1990 Shahnon Ahmad mendapat Anugerah ASEAN Bidang Kesusasteraan daripada COCI dan dianugerahkan Profesor Emeritus daripada Universiti Sains Malaysia. Dengan pelbagai anugerah yang dimenangi ini, Shahnon Ahmad telah diangkat sebagai sasterawan negara. Sehubungan itu, Mohd.Yusof Hasan juga telah mengkritik karya Shahnon Ahmad dengan memudahkan lagi karya yang dihasilkan oleh Shahnon Ahmad kepada pembaca agar pembaca dapat menghayati dan memahami karya tersebut dengan lebih baik. Ini dapat dibuktikan apabila pengkritik membahagikan karya Shanon Ahmad kepada empat bahagian di mana kesemuanya mengkritik perjalanan hidup Shahnon Ahmad sebagai penulis. Contohnya Di Tengah Keluarga, Ranjau Sepanjang Jalan, Kalau Ibu Sampai Takah Tiga dan Mimpi di Carroll Sreet. Dalam karya-karya ini, pengkritik telah mengkritik penulis yang menyingkap kerinduan penulis iaitu Shanon Ahmad terhadap keluarga dan semua watak-watak yang dimainkan dalam karya tersebut adalah watak yang ada dalam diri ibu dan bapa penulis. Dengan ini, pengkritik telah membawa kemudahan kepada pembaca untuk menghayati karya-karya yang dihasilkan dan mengenali Shahnon Ahmad dengan lebih dekat lagi. Di sini jelaslah bahawa pengkritik yang mengkritik sesuatu karya telah memainkan peranan yang amat besar kepada pembaca kerana tanpa pengkritik, pembaca tidak mungkin dapat memahami sesuatu karya dengan jelas malah tidak boleh untuk mengklasifikasi dan menghimpun karya yang sama temanya untuk di kaji dan dibaca dengan lebih jelas dan faham hasil penulisannya. Akhir sekali, seiring dengan peredaran masa dan kecanggihan teknologi ini, hasil karya bukan sahaja menjadi bahan bacaan malah hasil karya ini telah dimodenkan dengan menjadikan karya tersebut kepada bentuk muzik dan tayangan. Jika dilihat dan ditelusuri dunia hari ini, hasil karya yang dimodenkan kepada bentuk muzik dan tayangan dapat memberi kesan yang lebih mendalam kepada penonton berbanding karya yang ditulis. Jadi kritikan juga harus mengikut peredaran semasa dimana kritikan tidak boleh hanya mengkritik hasil penulisan karya semata-mata malah mengkritik karya yang di tayangkan di media elektronik. Hal ini demikian kerana pada hari ini pelbagai gejala negatif telah timbul seperti kes pembuangan bayi, kes buli yang melibatkan pelajar sekolah dan kurupsi. Ini semua hasil daripada isu yang dibangkitkan dalam penghasilan karya yang difilemkan dan ditayangkan di setiap kaca televisyen. Ini dapat dijelaskan apabila filem Ombak Rindu karya Fauziah Azhaari dan Lagenda Budak Hostel yang mempunyai babak-babak yang boleh dikatakan lucah dan ganas telah mendidik penonton untuk berkelakuan negatif. Golongan remaja ini sememangnya mudah terikut-ikut dengan apa yang dilihat. Buktinya, negara telah dikejutkan dengan kes buli di asrama sekolah dan rumah anak yatim malah kes buang bayi semakin menjadi-jadi. Ini akan menyebabkan lahirnya modal insan yang berperilaku tidak elok pada masa akan datang. Tuntasnya, peranan pengkritik amat penting dalam mengkritik karya-karya yang difilemkan agar karya yang dihasilkan untuk ditayangkan kepada penonton mempunyai pengajaran dan babak-babak yang baik.Kesimpulannya, dapatlah dirumuskan kritikan sastera sebagai cabang ilmu saintifik dan merupakan satu kegiatan menghayati secara total, menganalisis secara interpretif serta melakukan penilaian secara rasional. Proses kritikan melibatkan pengaliran semula reaksi terhadap pembacaan sesebuah karya sastera atau menonton sebuah pementasan drama. Kritikan sastera meruakan penelitian yang kritis, jitu dan memberi pertimbangan yang adil terhadap baik atau buruk sesuatu karya sastera dengan memanfaatkan pendekatan tertentu ataupun tidak. Kritikan sastera merupakan suatu yang memberi manfaat kepada khalayak pembaca, pengkaji yang lain dan pengarang itu sendiri. Dengan adanya kritikan sastera sudah tentu dapat membantu penulis dalam menghasilkan sebuah karya yang baik dan bermutu malah dapat membantu pembaca memahami karya dengan lebih jelas.RUJUKANMohamad Mokhtar Hassan, 1995. Sejarah Kritikan Puisi Melayu Moden 1949-1979: Penerbit Universiti MalayaHamzah Hamdani, Zeti Akhtar Jaffar, 2007. Shanon Ahmad dalam Esei dan Kritikan: Dewan Bahasa dan PustakaAzhar Hj. Wahid, 2013. Kritikan Intelektualisme Sastera Melayu: Universiti Pendidikan Sultan Idris1