krb 3063
TRANSCRIPT
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU
UNIVERSITI SAINS MALAYSIA
KRB 3063
PENGHAYATAN KARYA AGUNG MELAYU
ADAPTASI KARYA AGUNG
SIDANG AKADEMIK 2013/2014
SEMESTER 6
NAMA JINLI BIN RAMLI@RAMLEE GEORGE BIN ANTONIUS
NO .MATRIK PPG/41182/11 PPG/41206/11
NO. KP 650413-12-5659 640722-12-5039
NAMA PENYELARAS DR. SHAHBUDDIN HASHIM
PUSAT
PEMBELAJARAN
KOTA KINABALU
TARIKH SERAHAN 2 NOV 2013
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
EPISOD 18 : DASTAR RAJA MUHAMMAD DAN SEPAK RAGA
Pada suatu petang yang indah, terlihat seorang lelaki gagah dengan sosok
tubuhnya yang bidang itu sedang bersemayam di bawah pohon yang rendang
sambil ditemani kudanya. Datanglah tiga dayang istana masuk menghadap Raja
Muhammad yang enak di buai angan-angan itu. Kemudian, diberikan kepadanya
santapan yang sememangnya menjadi kegemaran pada setiap petang.
Dayang 1 : “Tuanku, patik telah bawakan santapan petang kegemaran
untuk tuanku,” kata dayang istana itu tersipu malu.
Sememangnya Raja Muhammad memilik rupa paras yang tampan dan
mampu memikat sesiapa sahaja wanita yang melihatnya begitu juga dengan dayang
istana. Masing-masing berdiri kekok apabila berhadapan dengan Raja Muhammad
tetapi tidak diendahkannya. Namun, sifatnya yang kasar dan angkuh itu
menyebabkan ramai jejaka menyimpan niat yang tidak baik terhadapnya.
Raja Muhammad : “Baiklah,” jawab Muhammad pendek sambil merenung
jauh ke halamannya yang indah persis kayangan yang indah tidak mampu
dimiliki oleh rakyat biasa.
Dayang 2 : “Patik mahu tunggu tuanku selesai mengambil santapan ini
dahulu, senang patik kemaskan,” kata dayang.
Raja Muhammad : “Hai, tiada angin tiada ribut sanggup pulak kamu
menunggu ya,” kata Raja Muhammad sedikit keras kedengaran.
2
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Dayang 2 : “Errr…err..pa..pa..patik tidak bermaksud apa-apa tuanku. Patik
cuma mahu memastikan tuanku suka hidangan ini,” kata dayang 2 sambil
tersekat-sekat.
Raja Muhammad : “Ahhh sudahlah. Pergilah kamu membuatkan fi’il kamu
sendiri. Beta tidak mahu diganggu,” kata Raja Muhammad dengan nada yang
selamba.
Kemudian dayang istana itu pun berlalu pergi dek malu dengan perbuatan
Raja Muhammad yang tidak langsung mesra seperti ayahnya. Tidak lama selepas
itu, terdengar tapak kaki orang mencurigakan yang berada tidak jauh daripada
tempat Raja Muhammad.
Raja Muhammad : “Siapa?!,” kata Raja Muhammad dengan nada yang
agak tinggi dan keras.
Limat : “Aduh, gagal lagi. Apa jenis telinga yang dia guna ni pun aku tak tahu.
Padahal bukan main hebat lagi aku mengatur langkah perlahan agar tidak
kendengaran,” kata Limat mengomel sendirian.
Raja Muhammad : “Jangan katakan kau Limat, ikan di dalam sungai pun
beta dengar,” kata Raja Muhammad dengan angkuh sambil ketawa berdekah-
dekah.
Limat : “Cis, cuba disuruhnya tangkap ikan sekarang entah reti entah tidak,”
Limat bermonolog sendirian.
Seketika itu mereka berdua terdiam sejenak. Tiba-tiba Raja Muhammad bersuara.
3
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Raja Muhammad : “Marilah kita pergi berkuda di kampung Bendahara,”
kata Raja Muhammad kepada Limat pada satu petang.
Limat : “Baiklah tuan, nanti hamba siapkan kuda,” jawab Limat sambil berlari-
lari ke kandang kuda.
Seekor kuda hitam bertompok putih kesayangan Raja Muhammad
dikeluarkan. Pelana dipasang dan kuda itu dibawa ke hadapan istana. Raja
Muhammad pun telah siap sedia lalu turun dan melompat naik ke belakang kuda.
Kuda itu dipacunya dan kuda berlari-lari keluar dari perkarangan istana. Limat
berlari-lari mengejar anak raja itu.
Raja Muhammad melarikan kudanya dalam kebun depan istana dan Limat
mengejarnya. Limat pantas berlari. Dia juga digelar Limat Pantas Lari.
Kemudian, anak raja itu pun mengenderai kudanya berjalan pantas-pantas
melalui kebun dan dusun kemudian pergi ke laut. Limat Pantas Lari berlari-lari
membuntuti kuda itu.
“Cepat Limat, cepat!” seru Raja Muhammad sambil memacu kudanya di
pantai. Limat berlari pantas seolah tidak jejak kakinya di pasir.
Raja Muhammad : “Ha, sungguhlah kau digelar pantas lari, Limat,” kata
Raja Muhammad.
Limat : “Sungguh tuanku,” jawab Limat tercungap-cungap.
Raja Muhammad : “Tapi kau tercungap-cungap, macam tak cukup nafas,”
kata Raja Muhammad.
Limat : “Benar tuanku,” jawab Limat dan nafasnya mulai tenang.
4
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Dia duduk di pangkal pohon besar memandang Raja Muhammad yang masih
lagi duduk di atas kudanya. “Marilah, kita pergi berjalan-jalan di Kampung
Bendahara, kita pun sudah lama tidak ke sana,” kata Raja Muhammad.
“Baiklah tuanku, marilah,” jawab Limat Pantas Lari.
Kuda itu berjalan lambat-lambat sambil menggoyang kepalanya ke kiri dan
kanan. Limat berjalan mengiringi kuda itu sambil memegang tengkuk kuda itu. Raja
Muhammad duduk di belakang kuda memandang ke kiri dan ke kanan.
Raja Muhammad : “Limat, anak siapakah itu?” tanya Raja Muhammad
memandang sekumpulan anak gadis yang sedang membasuh di tepian
perigi.
Limat : “Tuanku, anak orang,” jawab Limat Pantas Lari.
Raja Muhammad menyebat perlahan belakang Limat.
Raja Muhammad : “Memanglah anak orang, bukannya anak jin dan
pelesit, bodoh,” kata Raja Muhammad.
Limat : “Yalah tuanku, anak orang. Tapi siapa orangnya hamba tidak tahu,”
jawab Limat.
Raja Muhammad memacu kudanya dan kuda itu berlari pantas. Limat
tergesa-gesa berlari mengiringi kuda itu. Limat berlari lintang pukang kerana jalan
tepi itu semak.
5
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Anak-anak gadis di tepian perigi itu tersipu-sipu tertawa melihat Limat berlari
lintang pukang di sebelah kuda anak raja itu.
Mereka berada tidak jauh dari kampung Bendahara. Kebun Bendahara luas
dan pokok buah-buahan banyak di dalamnya. Masa itu buah-buahan belum
bermusim lagi.
Kedua Raja Muhammad dan Limat berjalan dalam kebun Bendahara
mengikuti satu lorong demi satu lorong. Kemudian mereka berada tidak jauh dari
kawasan rumah tempat tinggal hamba sahaya bendahara. Mereka memasuki lebuh
besar yang menuju ke rumah Bendahara.
Tidak jauh dari rumah Bendahara, keduanya mendengar suara anak-anak
muda sedang bermain sepak raga. Riuh bunyinya. Mereka amat gembira.
Raja Muhammad : “Ha, Limat, ada orang bermain sepak raga,” kata Raja
Muhammad.
Limat : “Benar tuanku, memang mereka suka bermain sepak raga apabila
petang-petang begini, lagipun hari tidak hujan,” kata Limat.
Raja Muhammad : “Siapa agaknya juara sepak raga di kampung
Bendahara ini?” tanya Raja Muhammad.
Limat : “ Ha, tuanku, siapa lagi kalau bukan Tun Besar, anak Bendahara. Dia
memang handal bermain sepak raga. Berpuluh kali sepak tidak jatuh ke
tanah,” sahut Limat.
Raja Muhammad : “Kita juga ada mendengar desas-desus yang
mengatakan Tun Besar memang handal bermain sepak raga. Marilah kita
pergi menonton,” katanya.
6
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Kuda pun dipacu dan kuda itu berlari pantas diikuti oleh Limat daripada
belakang. Sebentar kemudian mereka sampai dekat dengan rumah tempat anak-
anak muda bermain.
Akan tetapi anak-anak muda itu bermain di lebuh, tempat orang lalu-lalang.
Mereka sedang asyik menyelak, dan membalas sepakan dalam satu bulatan.
Enam orang semuanya yang sedang bermain dan ramai lagi yang duduk di
pangkal kayu dan bertenggek di dahan rebah menonton. Ada yang duduk bersandar
di tepi balai permainannya.
Sambil keasyikan melihat majlis itu, mereka pun menyanyi sambil berbalas-
balas pantun menghiburkan sesama sendiri mengikut rentak lenggang kangkung.
Dari mana hendak ke mana,
Dari Jepang ke bandar Cina,
Kalau boleh kami bertanya,
Bunga yang kembang siapa punya.
Mahal harganya kain batik,
Dipakai selendang ke kuala,
Jika bunga boleh dipetik,
Dipersunting dijunjung di kepala.
7
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Jika roboh kota melaka,
Papan di Jawa saya dirikan,
Jika sungguh sebagai kata,
Badan dan nyawa saya serahkan.
Jika tiada karena bulan,
Takkan bintang meninggi hari,
Jika tidak kerana tuan,
Takkan adik datang ke mari.
Mereka amat gembira dan mereka yang bermain itu tidak sedar Raja
Muhammad tiba-tiba telah ada berkuda tidak jauh dari bulatan mereka sedang asyik
memerhatikan gelagat Tun Besar.
Sementara itu, Tun Besar yang sedang asyik menyepak bola raga
menunjukkan kehebatannya membilang kuat-kuat diikuti dengan rakan-rakannya
yang lain. 1, 2, 3, 4, dan sehinggalah Tun Besar leka menyepak. Kemudian
disambung lagi, 16, 17 dan menyepak lagi, mengejar bola itu dan mengambilnya.
Teman-teman mereka bertepuk tangan kerana bagaimanapun susahnya bola
itu dapat disambut oleh Tun Besar dan menyepaknya lagi dan terus membilang …
23, 24, 25, 26, 27 dan bola itu tersangkut.
Mereka bertepuk dan Tun Besar menunggu bola itu jatuh. Tapi bola itu
melekat.
8
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Anak Muda 1: “Panjat Tun Besar, panjat!” kata salah seorang yang
menonton.
Tun Besar : “ Hai, kena pulak panjat, kita tunggulah bola itu jatuh sendiri,”
jawab Tun Besar.
Anak Muda 2: “Kalau bola itu tidak jatuh, bermakna lamalah Tun Besar
menyepak tidak berhenti, sampai ke senja,” jawab seorang lagi.
Mereka ketawa.
Anak Muda 3: “Hai, baik digoyang pokok ini,” kata salah seorang yang
bermain.
Anak Muda 4: “Jaga Tun Besar, kita goyang pokok ini,” kata salah seorang
yang berbadan tegap.
Masa itu Raja Muhammad masih duduk di atas kudanya melihat temasya itu.
Orang itu pergi ke pangkal pokok. Tun Besar sedia menunggu bola itu jatuh.
Pokok itu pun digoyang dan bola itu terkeluar dari celah dahan dan jatuh. Apa
lagi Tun Besar terus menyambut bola itu tetapi bola itu terus melayang ke arah Raja
Muhammad.
Tun Besar mengejar tapi, bola itu terjatuh di kepala Raja Muhammad. Tun
Besar terhenti beberapa langkah dari kuda Raja Muhammad. Dastar Raja
Muhammad jatuh betul dekat kaki Tun Besar.
Tun Besar terkedu melihat dastar Raja Muhammad jatuh dekat kakinya.
Hampir terpijak.
9
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Raja Muhammad memandang Tun Besar dan kemudian memandang kepada
Limat, “Cis! Jatuh dastar kita diperlakukan sebegitu rupa oleh Tun Besar,” kata Raja
Muhammad.
Limat memahami kehendak Raja Muhammad akan tetapi dia terdiam melihat
Tun Besar dan Raja Muhammad.
Raja Muhammad : “Limat! Tidakkah kamu melihat dastar kita jatuh
dibaham bumi? Siapakah yang empunya angkara menyepak bola raga itu?”
Raja Muhammad murka.
Arakian, Si Limat pun berlari dengan pantasnya balik ke istana. Tun Besar
hendak mengambil dastar itu tapi ditegah oleh Raja Muhammad. Dastar itu masih
terbaring di tanah dan Raja Muhammad tetap duduk di belakang kudanya.
Kawan-kawan Tun Besar, anak-anak buah dan hamba sahaya Bendahara
Paduka Raja berdiri mengelilingi Tun Besar dan Raja Muhammad. Ada yang datang
rapat, ada yang takut dan berdiri jauh dan ada yang memanjat pokok. Tapi tiada
siapa yang berani berkata.
Mereka menunggu Limat lari balik dari istana.
Seorang anak muda, sahabat karib Tun Besar melangkah dan menyembah
Raja Muhammad.
Selamat : “Tuanku, bukan sengaja Tun Besar menyepak bola raga itu
maka terjatuh di dastar tuanku,” kata anak muda itu.
10
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Raja Muhammad : “Kita mendengar Tun Besar ahli raga – boleh
menendang hingga berlaksa-laksa kali, dan adakah perbuatan itu tidak
sengaja? Bukankah dia tidak melihat siapa berkuda, ada seiapa yang tak
melihat?” jawab Raja Muhammad.
Sahabat Tun Besar tidak berkata lagi. Masing-masing dalam ketakutan. Limat
pun tiba dengan membawa puan baginda dan di atas puan itu ada sebilah keris.
Puan itu pun dihulurkan kepada Raja Muhammad dan Raja Muhammad mengambil
keris dari puan itu. “Jatuh dastar kita oleh Tun Besar,” kata Raja Muhammad dan
seperti kilat keris itu dihunjamnya kena pada rusuk Tun Besar.
Tun Besar rebah dan mukanya betul menghadap dastar Raja Muhammad di
pasir. Tun Besar menggeliat beberapa kali dek kegeringan dan terus kejang.
Anak-anak buah Bendahara gempar melihat Tun Besar mati ditikam oleh
Raja Muhammad. Raja Muhammad pun memacu kudanya balik ke istana.
Mendengar orang gempar itu Bendahara Paduka Raja pun keluar dari rumahnya.
Dia melihat orang berlari-lari ke sana ke mari.
Bendahara : “Hai, anak-anak muda, mengapakah sebabnya jadi gempar
ini?” katanya.
Orang Ramai: “Datuk, Tun Besar mati ditikam oleh Raja Muhammad,” jawab
orang ramai dan dia berlari balik ke rumahnya.
Bendahara : “Selamat, apakah cerita yang sebenarnya?” kata Bendahara
kepada Selamat, sahabat karib Tun Besar.
11
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Selamat sedang memangku kepala Tun Besar.
Selamat : “Datuk, kami bermain sepak raga, dan Raja Muhammad
berhenti melihat kami bermain. Bola raga tersangkut. Bila bola raga itu jatuh,
Tun Besar menyepaknya dan entah bagaimana bola raga itu terjatuh di
kepala Raja Muhammad dan dastar Raja Muhammad terjatuh. Itulah
sebabnya.”
Sebentar itu saja anak-anak muda telah datang kembali ke tempat permainan
itu. Masing-masing membawa senjata.
Bendahara : “Jika demikian kisahnya, kenapakah kamu semua berlengkap
senjata, berlengkap diri ini?” tanya Bendahara Paduka Raja.
Anak Muda : “Kami semua hendak membalas kematian saudara kami itu!’
jawab mereka serentak.
Bendahara berdiri dan menghadapi anak-anak muda itu.
Bendahara : “Hai! Hai! Hendak derhakakah kamu sekalian? Hendak
derhakakah? Ceh! Kamu Sekalian. Ceh! Kerana tiada adat; hamba melayu
tiada pernah derhaka. Tetapi janganlah kita bertuankan anak raja seorang ini.
Anak Muda : “Datuk!
12
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Tiba-tiba satu suara dari anak muda yang berkampung itu terdengar. Suara
itu keras dan marah bunyinya.
Bendahara : “Kamu semua telah mendengar tadi,” jawab Bendahara.
Mereka pun tunduk dan ada yang mencampakkan senjata. Mereka pun
berundur. Bendahara Paduka Raja merapati mayat anaknya. Meleleh juga air
matanya tapi dicuba tahan supaya tidak dilihat oleh anak buah dan hamba
sahayanya, takut-takut mereka tidak sabar dan mengamuk. Mayat Tun Besar pun
dibawa balik, dan malam itu juga dikebumikan.
Berita kematian Tun Besar sampai ke istana. Orang-orang istana dan di luar
istana pun gempar. Pengawal istana berkawal dan ada khabar angin orang
Bendahara amat marah di atas kejadian itu.
Sultan Mansur Syah mendengar gempar di luar istana itu dan berkata, “Hai,
apakah gempar di luar istana itu?”
Tun Indera Segara pun mengadap sultan dan mempersembahkan berita
gempar itu.
Tun Indera Segara : “Tuanku, Tun Besar anak datuk Bendahara mati
ditikam oleh paduka anakanda Raja Muhammad.”
Sultan Mansur Syah : “Apa kata Bendahara?” tanya Sultan.
Tun Indera Segara : “Tuanku, apa yang hamba dengar, Bendahara berkata
tiada adat hamba Melayu derhaka kepada raja, tetapi janganlah kita
bertuankan anak raja ini.”
13
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Sultan pun senyum dan menganggukkan kepalanya. “Pergilah panggil Si
Muhammad ke mari,” kata Sultan kepada Tun Indera Segara.
Seketika Raja Muhammad datang menghadap, Sultan pun faham apa
maksud Bendahara itu dan Sultan tidak dapat menyalahkan Bendahara. Sebelum
Bendahara sendiri mempersembahkan perkara itu, biarlah dia dulu mengambil
keputusan.
Sultan : “Beta amat murka atas apa yang berlaku hari ini. Mengapa anakanda
bertindak sedemikian rupa!” kata Sultan Mansyur Syah dengan nada yang
keras.
Raja Muhammad : “Mereka rakyat yang tidak sedar diri! Mudah sahaja
mereka mempermalukan anakanda di depan khalayak. Apa mereka semua
itu bodoh tidak tahu anakanda ini siapa!,” kata Raja Muhammad ingin tidak
puas hati.
Sultan : “Sungguh! Ayahanda tidak percaya kelakuan anakanda semakin
angkuh dan sombong seperti ini.
Raja Muhammad : “Mereka semua itu patut dihukum ayahanda!”
Sultan : “Hai, Muhammad, apakah dayaku, engkau ditolak dari bumi Melaka.
Sekarang aku suruh panggilkan Seri Bira Diraja di Pahang membawa kau ke
Pahang. Kau tidak diterima lagi oleh bumi Melaka.”
Raja Muhammad : “Tidak! Anakanda tidak akan meninggalkan tempat ini
tempat kelahiran anakanda. Ayahanda tidak adil berpihak kepada mereka
sedangkan mereka cuma rakyat jelata.
Sultan : “Keputusan ayahanda muktamad. Pergilah engkau, hai Muhammad.
Kau ditolak dari bumi Melaka.
14
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Raja Muhammad masih tunduk bisu dan tiada membantah titah ayahanda itu.
Raja Muhammad mengundurkan diri dan berlalu pergi daripada istana. Sakit
hatinya
GLOSARI
Perkataan Makna
Membuntuti mengekori
Tuanku Bahasa panggilan di dalam atau tulisan
dipakai oleh Raja-raja.
Lambat-lambat perlahan
Pelesit Makhluk halus, hantu
Lintang pukang Tidak tentu arah
Hamba sahaya Hamba satu-satunya
Bendahara Orang yang memegang harta benda
kerajaan
Desas-desus Khabar angin
Dastar Mahkota yang dibina daripada songket
Dibaham Diterkam, dimakan
15
PENGHAYATAN KARYA AGUNG (KRB3063)
Arakian Sesudah itu
Berlaksa-laksa kali Perbuatan berulang-ulang
Kegeringan kesakitan
16