kpd 3026

Upload: perodua1962

Post on 06-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

EDU 3026 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 2

MENILAI VIDEO RAKAMAN SESI P & PTAJUK

KUMPULANEL-BP03 (A121PJJ)

DISEDIAKAN OLEHNAMANO. IDNO. TELEFON

PUAN ALINA BINTI SARMAND2011052789017-7442436

NAMA TUTOR E-LEARNING:NIK AZMAH BINTI NIK YUSUFF

Kemahiran mikropengajaran menurut Sharifah Alwiah (1986),merupakan satu teknik pengajaran untuk meningkatkan kemahiran pengajaran guru dalam aspek-aspek tertentu seperti set induksi atau motivasi, penyoalan, variasi rangsangan, penggunaan papan kapur, alat bantuan mengajar, pengukuhan, penutup dan lain-lain.Guru dalam bilik darjah menggunakan berbagai teknik dan kaedah untuk membolehkan murid melakukan proses pembelajaran. Aktiviti-aktiviti pembelajaran seperti set induksi, penerangan, penyoalan, tunjukcara, variasi rangsangan, peneguhan, penggunaan gerak-geri , gerak-isyarat, sikap(gesture) dan perlakuan bukan lisan seperti senyum , anggukkan kepala dan gerakan tangan dan sebagainya akan menentukan keberkesan guru.Guru yang berkesan akan memilih kemahiran-kemahiran yang sesuai dengan umur dan kebolehan murid serta objektif pelajaran, juga perlu memikirkan organisasi dan disiplin bilik darjah. Kesimpulannya, pengajaran mikro digunakan untuk memerihalkan teknik pengajaran untuk membolehkan murid-murid menguasai, melatih atau memurnikan kemahiran pengajaran dalam situasi yang dikurangkan dari segi kesukarannya.Saya telah melihat rakaman video sesi pengajaran oleh Norkhamidah binti Sulam. Saya memilih aspek kemahiran mikropengajaran set induksi yang terdapat dalam rakaman video untuk dinilai. Kemahiran set induksi mempunyai kaitan dengan cara guru untuk memperkenalkan atau memulakan sesuatu pelajaran. Set induksi yang telah dilaksanakan telah dapat menarik minat dan perhatian murid. Guru telah berjaya menggunakan nada suaranya yang jelas dan lantang untuk menarik perhatian murid ke arah pelajaran yang akan diajar. Tutur kata yang jelas membantu murid lebih memahami apa yang diajar oleh guru. Gerak geri guru juga membantu untuk menjadikan set induksi ini menarik perhatian dan lebih berkesan. Guru bergerak secara rawak di dalam kelas dan dengan ini murid-murid lebih memberikan tumpuan kepada pengajaran guru. Pergerakan guru yang aktif di dalam kelas telah dapat memantau murid-murid agar lebih memberi tumpuan terhadap pelajaran yang sedang dijalankan. Semasa memberi penerangan dan menyoal cikgu Norkhamidah telah berjaya menggunakan kontaks mata dan pergerakan yang sentiasa memandang murid-murid. Semasa mendengar jawapan murid juga beliau memastikan untuk memandang dan memberi tumpuan kepada jawapan murid. Tindakan beliau telah dapat membantu tumpuan murid-murid terhadap pelajaran malah juga membantu mengawal disiplin murid-murid di dalam kelas.

Set induksi yang menggunakan bahan bantu mengajar atau alat bantu mengajar dapat menimbulkan dan merangsang perasaan ingin tahu di dalam diri murid-murid. Cikgu Norkhamidah telah menggunakan bahan bantu mengajar dengan menggunakan gambar jenis-jenis air untuk ditunjukkan kepada murid-murid. Beliau menunjukkan gambar tersebut satu persatu dan meminta murid memberikan nama jenis air yang ditunjukkan. Apabila melihat gambar tersebut murid-murid berasa ingin tahu apakah pelajaran yang akan mereka pelajari nanti. Oleh demikian, langkah mempamerkan gambar oleh cikgu Norkhamidah telah berjaya membuatkan murid-murid ingin tahu dan menimbulkan rasa tidak sabar untuk mereka mengikuti pelajaran seterusnya.. Di samping itu, Cikgu Norkhamidah juga telah berjaya membuat perkaitan pelajaran dengan pengetahuan sedia ada di dalam diri murid-murid. Ini jelas dapat dilihat melalui soalan-soalan yang telah dikemukakan oleh beliau. Beliau bertanya adakah murid-murid pernah melihat air hujan? Air hujan, air embun atau air sungai memang biasa dilihat dan telah diketahui oleh murid-murid. Oleh demikian, murid-murid dapat menjawab soalan-soalan yang dikemukakan oleh guru. Apabila murid-murid dapat menjawab semua soalan yang diberikan, cikgu Norkhamidah mengaitkan pula jawapan-jawapan murid dengan topik pelajaran yang akan mereka pelajari.

Dalam penyampaian pengajaran cikgu Norkhamidah juga telah memberi peneguhan secara lisan kepada murid-murid. Sebagai seorang guru pelbagai peneguhan boleh dilakukan seperti senyuman, anggukan kepala, memuji murid yang memberi jawapan yang baik, menggalakkan murid yang lambat belajar supaya terus tekun belajar, atau menulis perkataan syabas atau bagus dalam buku murid kerana kerja yang telah disempurnakan. Cikgu Norkhamidah telah memberikan peneguhan seperti baik dan betul bagi setiap jawapan yang telah diberikan oleh murid-murid. Peneguhan seperti ini akan membawa kepada perulangan perlakuan yang baik dan seterusnya akan membina sikap yang positif. Malah peneguhan yang diberikan oleh cikgu Norkhamidah juga memberikan perasaan satu kepuasan dan keseronokkan di dalam diri murid-murid kerana telah diberikan pujian oleh guru.

Selain itu, Cikgu Norkhamidah juga telah berjaya mengawal tingkah laku dan disiplin murid-murid semasa pengajaran pembelajaran sedang dilaksanakan. Tindakan beliau yang sentiasa bergerak aktif di dalam kelas dapat membantu mengelakkan murid daripada membuat bising. Malah nada suara beliau yang jelas dan tegas juga membantu dalam usaha mengawal tingkah laku murid. Walau pun pengajaran pembelajaran ini mempunyai kelebihannya dan kekuatannya, namun terdapat juga sedikit penambahbaikkan yang boleh dilakukan untuk mempertingkatkan pencapaian objektif pengajaran yang lebih berkesan di dalam dikelas. Tindakan cikgu Norkhamidah menggunakan gambar sebagai bahan bantu mengajar dapat menimbulkan rasa ingin tahu didalam diri murid-murid. Tetapi sepatutnya gambar tersebut tidak perlu ada perkataan yang menerangkan tentang jenis air tersebut. Dengan terdapatnya perkataan maka tidak dapat menguji sepenuhnya pengetahuan murid-murid. Sepatutnya cikgu hanya mempamerkan gambar jenis-jenis air dan meminta murid untuk memberitahu apakah jenis air tersebut. Dengan cara ini terdapat pelbagai jawapan yang diberikan oleh murid-murid dan cikgu boleh menjelaskan jenis air yang sebenarnya.Di samping itu juga, Cikgu Norkhamidah juga seharusnya melekatkan di hadapan gambar jenis-jenis air tersebut. Setelah beliau menunjukkan gambar jenis-jenis air, gambar tersebut dilekatkan dan dipamerkan di hadapan kelas. Ini bertujuan agar murid-murid lebih memahami dan mengetahui jenis-jenis air yang boleh digunakan untuk bersuci.Secara kesimpulannya, set induksi sememangnya memainkan peranan untuk menarik minat dan menimbulkan perasaan ingin tahu di dalam diri murid untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Permulaan pengajaran yang menarik akan membantu murid berminat untuk meneruskan pelajaran dan akhirnya akan membantu pencapaian objektif pengajaran pembelajaran yang berkesan.