pengenalan kpd java

28
P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a 1 PENGENALAN KPD JAVA

Upload: anas-assayuti

Post on 23-Jun-2015

2.756 views

Category:

Technology


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

1

PENGENALAN KPD JAVA

Page 2: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

2

Objektif

Penerangan tentang Teknologi Java iaitu:

Aplikasi Java (Java Application) Java Applet Java API packages

Page 3: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

3

Pengenalan

Terdapat dua elemen penting tentang teknologi Java :

Bahasa Pengaturcaraan Java Pelantar Java

Page 4: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

4

Bahasa Pengaturcaraan Java

Java ialah bahasa pengaturcaraan yang dicipta oleh Sun Microsystems.

Mempunyai 11 ciri-ciri berikut : 1. Simple2. Object-oriented 3. Network-savvy4. Interpreted5. Robust

Page 5: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

5

Bahasa Pengaturcaraan Java

6. Secure7. Architecture neutral8. Portable9. High-performance10. Multithreaded11. Dynamic language.

Dua ciri paling utama yang menjadikan Java begitu dikenali - architecture neutral dan portable.

Page 6: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

6

Mudah & Berorientasikan Objek

Merupakan bahasa pengaturcaraan berorientasikan objek.

Konsep objek sangat diperlukan untuk membangunkan sistem yang kompleks yang berasaskan rangkaian seperti sistem teragih dan sistem berasaskan pelanggan-pelayan (client-server)

Page 7: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

7

Kuat (Robust) & Selamat (Secure)

Bahasa pengaturcaraan Java direkabentuk dengan mempunyai kemudahan iaitu mengumpulkan sampah secara automatik (automatic garbage collection).

Setiap aturcara Java mesti melalui dua fasa

iaitu pengkompilan dan perlaksanaan.

Sebelum aturcara Java boleh dilaksanakan, pengkompil akan memastikan ia bebas dari sebarang kesilapan.

Page 8: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

8

Kuat (Robust) & Selamat (Secure)

Teknologi Java direka untuk beroperasi dalam persekitaran teragih - ciri keselematan sangat penting.

Aplikasi yang dibangunkan dalam Java adalah selamat dari diganggu oleh kod-kod asing atau lebih dikenali sebagai virus.

Page 9: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

9

Architecture Neutral Aturcara Java menyokong perlaksanaan dalam

persekitaran rangkaian yang berbeza (heterogeneous network environments).

Komputer di dalam rangkaian selalunya menggunakan pelbagai pelantar.

Bagi membolehkan Java diimplentasikan pada pelbagai jenis pelantar perkakasan, setiap aturcara Java yang telah dikompil akan dijanakan kodbait (bytecode).

Berbeza dengan bahasa pengaturcaraan yang lain, pengkompil akan meghasilkan kod-kod binari.

Kodbait adalah satu “architecture neutral” yang mudahkan suatu aplikasi dilaksanakan pada pelbagai pelantar perkakasan dan perisian.

Apabila tiba masa hendak dilaksanakan barulah Java VM pada sesuatu pelantar akan menterjemahkan kodbait kepada kod mesin tersebut.

Page 10: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

10

Mudah alih (Portable)

Suatu aturcara Java yang ditulis di atas satu mesin tidak perlu dikompilkan semula untuk dilaksanakan di atas mesin lain.

Mudah alih berkaitan dengan penulisan

kod sumber manakala architecture neutral berkaitan dengan perlaksanaan aturcara yang terhasil dari pengkompilan kod sumber.

Page 11: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

11

Interpreted, Threaded & Dynamic

Pentafsir Java boleh melaksanakan kod-kodbait secara terus pada mana-mana mesin.

Aturcara Java terbahagi kepada 2 iaitu:- Aplikasi Java

- Java Applet. Aplikasi Java adalah aturcara yang sifat berdiri

sendiri (standalone) seperti perisian permainan dan pemproses perkataan.

Manakala Java Applet ialah satu aturcara yang boleh dilaksanakan oleh pelayar Web.

Aplikasi Java tidak memerlukan satu pelayar untuk membolehkan ia dilaksanakan.

Page 12: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

12

Pelantar Java Pelantar adalah satu persekitaran perkakasan

atau perisian yang membolehkan aturcara dilaksanakan.

Pelantar juga boleh ditakrifkan sebagai gabungan sistem pengoperasian dan perkakasan.

Pelantar yang paling popular ialah Windows 2000, Linux, Solaris, and MacOS.

Pelantar Java berbeza dengan pelantar yang lain.

Pelantar java hanyalah satu perisian yang membolehkan suatu aplikasi boleh dilaksanakan pada pelantar perkakasan yang berbeza.

Page 13: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

13

Pelantar Java Pelantar Java mempunyai 2 komponen :

Java Virtual Machine (Java VM) Java Application Programming Interface (Java

API) Pelantar Java boleh digambarkan dengan

rajah berikut (sumber : laman Web http://java.sun.com).

Page 14: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

14

Java Virtual Machine (Java VM)

Java VM adalah perisian atau perkakasan yang melaksanakan arahan dalam aturcara Java yang telah dikompil.

Page 15: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

15

Java Application Programming Interface (Java API) Java API ialah koleksi komponen perisian

(dikumpulkan dalam pustaka) yang membolehkan penggunaan semula komponen dalam aturcara.

Page 16: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

16

Sejarah Java Java dimulakan dari projek Sun pada tahun 1991. Tujuan utama projek tersebut ialah untuk membentuk

perisian yang bersifat mudah alih dan teragih. Bahasa C++ mulanya digunakan tetapi setelah

banyak kesukaran dihadapi, mereka membuat keputusan mencipta dan menggunakan bahasa baru.

Bahasa Java dicipta berasaskan bahasa C++. Bahasa Java bersama browser HotJava diumumkan

pada tahun 1995. Java dilancarkan tepat pada masanya. Ketika itu

Internet sedang bercambah penggunaannya. Kebolehan aturcara Java (applet) untuk diletakkan

pada laman Web telah membantu popularitinya. Semua pengguna Web di dunia boleh melihat

aturcara Java.

Page 17: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

17

Perlaksanaan Aturcara Java Setiap aturcara Java perlu dikompil dan ditafsirkan

sebelum dilaksanakan. Pengkompil Java dikenali sebagai Javac. Pengkompil

akan menukarkan aturcara tadi kepada kod-kod bait.

Seterusnya pentafsir akan mentafsir dan melaksanakan setiap arahan kod-kod bait tersebut.

Proses pengkompilan hanya akan berlaku sekali sahaja tetapi pentafsiran perlu dilakukan setiap kali aturcara hendak dilarikan.

Page 18: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

18

Perlaksanaan Aturcara Java Proses pengkompilan dan pentafsiran dapat

digambarkan seperti rajah di bawah:

Satu program Java, “myProgram.java” telah dicipta dengan menggunakan Pengedit Teks. Pengkompil akan menukarkan program ini kepada myProgram.class yang terdiri daripada kod-kod bait.

Pentafsir Java diperlukan bagi membolehkan aturcara myProgram dilaksanakan.

Kod-kod bait Java boleh dianggap sebagai arahan kod mesin bagi Java Virtual Machine (Java VM).

Page 19: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

19

Perlaksanaan Aturcara Java Setiap pentafsir Java, sama ada pada peralatan

pembangunan (tempat aturcara dibangunkan) atau pelayar Web, merupakan satu implementasi bagi Java VM.

Selagi komputer mempunyai Java VM, maka ia boleh melaksanakan sebarang aturcara Java.

Kod-kod bait Java membolehkan “aturcara dibangunkan sekali tetapi dilaksanakan di mana-mana”.

Page 20: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

20

Proses Membangunkan Aturcara Java

1. Pastikan komputer tersebut mempunyai perisian pengkompil Java Development Kit (JDK).  

Bagi membolehkan perisian JDK dapat digunakan dari direktori lain, laluan (path) perlu disetkan pada lokasi aturcara tersebut berada.

set path = c:\jdk1.3\bin;

2. Cipta satu aturcara Java dengan menggunakan Pengedit Teks. Contoh aturcara yang mudah :

Page 21: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

21

Proses Membangunkan Aturcara Java

/* ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

Description : First Java Programming

Nama fail : Hello.java

Programmer : Mazni binti Omar

No. Matrik : 19528

Tarikh : 20 Jun 2002

Kursus : TA1013 (F)

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*/public class Hello

{

public static void main(String [ ] args)

{

System.out.println(“Selamat Belajar Java”);

}

}

Page 22: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

22

Simpankan fail tadi dengan nama “Hello.java” . Katakan fail ini disimpan di dalam folder Mazni.

3. Mengkompil aturcara. 

Pergi ke persekitaran DOS. Taipkan pada direktori c:\Mazni>javac Hello.java 4. Melaksanakan aturcara

Taipkan c:\Mazni>java HelloOutput dibawah akan dipaparkan pada skrin 

 

Proses Membangunkan Aturcara Java

Selamat Belajar Java

Page 23: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

23

Menganalisa Aturcara Java1. /* ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~2. Description : First Java Programming3. Nama fail : Hello.java4. Programmer : Mazni binti Omar 5. No. Matrik : 195286. Tarikh : 20 Jun 20027. Kursus : TA1013 (F)8. ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~*/9. public class Hello10. {11. public static void main(String [ ] args)12. {13. System.out.println(“Selamat Belajar Java”);14. }15. }

Komen aturcara

Page 24: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

24

1. Komen

Sintaks komen :i. Kaedah 1:

Satu baris :

// Komen anda

ii. Kaedah 2 : Lebih dari satu baris :

/* ….. Komen anda……………………… */

Komen digunakan untuk membuat penerangan ringkas dalam aturcara tujuan aturcara, maklumat pengaturcara dsb.

Baris komen TIDAK akan dikompil !!!

Menganalisa Aturcara Java

Page 25: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

25

2. Pengisytiharan Kelas dan Kelakuan

Baris ke-9 mengandungi pengisytiharan satu kelas yang diberi nama Hello.

Dalam kelas ini terdapat satu lagi pengistiharan

kelakuan (method) main. (baris ke-11)

Setiap aturcara Java mesti mempunyai kelakuan main.

Aturcara Java yang telah siap ditulis perlu disimpan dengan menggunakan nama kelas yang mengand. kelakuan main.

Contohnya aturcara di atas, mesti disimpan dengan menggunakan nama “Hello.java”.

Menganalisa Aturcara Java

Page 26: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

26

2. Pengisytiharan Kelas dan Kelakuan

Baris ini juga mengandungi perkataan public. Ini bermaksud, segala kandungan dalam badan

fungsi {…} boleh dicapai oleh kelas-kelas yang lain.

Perkataan static pada baris ke-11 pula menunjukkan kelakuan tersebut hanya boleh dilaksanakan oleh kelas tersebut sahaja.

Manakala perkataan void pula bermaksud method tidak memulangkan sebarang nilai.

Menganalisa Aturcara Java

Page 27: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

27

Kebaikan Java Kebaikan Java yang utama ialah architecture

neutral dan portable. Selain daripada itu, kebolehan aturcara Java

untuk diaplikasikan pada laman Web telah meningkatkan popularitinya.

Page 28: Pengenalan kpd java

P e n g e n a l a n K e p a d a J a v a

28

Kelemahan Java Kelemahan utama Java jika dibandingkan dengan

C dan C++ ialah perlaksanaan-nya yang agak lambat.

Kenapa ?? walaupun aturcara Java dikompil, tetapi pengkompilan ini tidak lengkap sehingga menghasilkan kod mesin.

Kod bait masih perlu diterjemah sebelum boleh

dilaksanakan.