kontrak sosial

8
Kontrak sosial (Malaysia) Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Untuk teori falsafah, lihat kontrak sosial ; untuk dasar politik, lihat Kontrak Sosial (Ontario) atau Kontrak Sosial (Britain) . Malaysia Rencana ini sebahagian daripada siri: Politik dan kerajaan Malaysia Kerajaan[tunjuk] Eksekutif[tunjuk] Perundangan[tunjuk] Badan Kehakiman[tunjuk] Pilihan raya[tunjuk] Hubungan luar[tunjuk] Bahagian-bahagian[tunjuk] Negara-negara lain · Atlas Portal Politik pralihat bincang sunting Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan , dan merupakan penggantian beri-

Upload: ismail-ahmad

Post on 26-May-2017

224 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kontrak sosial

Kontrak sosial (Malaysia)Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Untuk teori falsafah, lihat kontrak sosial; untuk dasar politik, lihat Kontrak Sosial

(Ontario) atau Kontrak Sosial (Britain).

Malaysia

Rencana ini sebahagian daripada siri:Politik dan kerajaan

Malaysia

Kerajaan[tunjuk]Eksekutif[tunjuk]Perundangan[tunjuk]Badan Kehakiman[tunjuk]Pilihan raya[tunjuk]Hubungan luar[tunjuk]Bahagian-bahagian[tunjuk]

Negara-negara lain · Atlas Portal   Politik

pralihat

bincang

sunting

Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara

dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui

Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-

orang bukan Melayu, danPerkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka

Page 2: Kontrak sosial

daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada

bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa

Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali

dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang

menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu

kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan

golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah

ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu(UMNO), parti

politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO,

telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu.

Isi kandungan

  [sorokkan] 

1 Syarat-syarat kontrak

2 Kritikan awal

3 Penggunaan dalam konteks lain

4 Pelbagai bantahan

5 Subjek Kontrak Sosial

6 Nota dan rujukan

o 6.1 Rujukan lain

7 Pautan luar

Syarat-syarat kontrak[sunting | sunting sumber]

Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak

kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-

undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh.

Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak

sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada

kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap

sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan

Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai

ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli

(dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan

Page 3: Kontrak sosial

tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin

Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin

komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli

Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk

merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak." [1]

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan

awam, biasiswa danpendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk

memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada

hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat

rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi

Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota

ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak

5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.

Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu

dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan

orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu.

Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah

yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.

Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam

pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik

secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum

Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus

yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi

Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh

masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh

sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang

Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.

Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya

bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan

menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga

menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk

mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam

persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang

diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-

Page 4: Kontrak sosial

ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang

menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula

Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.

Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-

peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu

diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Perlu diingatkan

bahawa hak-hak istimewa orang-orang bukan Bumiputera juga telah diberikan apabila negara

mendapat kemerdekaan, antaranya penubuhan sekolah-sekolah vernakular seperti sekolah cina

dan tamil. Hak-hak ini juga bersifat sementara apabila di dalam Perlembagaan, iaiya mesti

dimansuhkan 10 tahun selepas merdeka. Walaubagaimanapun, ianya sudah termaktub di

dalam Akta Pelajaran 1996 bilamana kewujudan sekolah-sekolah vernakular dibenarkan untuk

diteruskan.

Justeru, kecuali hak-haki istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap

sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak

kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun kebelakangan

ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu

dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan

penyokong ketuanan Melayumemperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam

undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.

Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian

menjadi Perdana Menteri Malaysiapertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang

Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu),

kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan

masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan

mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan

Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika

kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya

ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah

pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai

dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut

mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan

mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang

Melayu." [2]

Kritikan awal[sunting | sunting sumber]

Page 5: Kontrak sosial

Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber kontoversi

semenjak hari-hari mula bagiMalaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian

menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat(PAP; cawangannya di Malaysia

kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan

keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu "Malaysian Malaysia".

Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: "Merujuk kepada sejarah, orang Melayu

telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun

yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara

perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang

datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.

Namun begitu kita juga perlu sedar bahawa penghijrahan orang melayu adalah dari Gugusan

Kepulauan Melayu (Tanah Melayu,Indonesia,Brunei,Filipina,Singapura dan Thailand) ketika itu

yang mempunyai agama, bahasa dan adat yang seakan sama seperti orang melayu di tanah

melayu. Justeru perkara ini tidak boleh dipertikaikan berbanding kaum lain seperti cina dan india

yang dibawa oleh penjajah ketika itu datang dari negara China dan negara India yang

mempunyai agama,bahasa dan adat yang jauh berbeza.

Penggunaan dalam konteks lain[sunting | sunting sumber]

Kontrak sosial kadangkala digunakan untuk merujuk kepada konteks yang tidak melibatkan

hubungan kaum. Dalampilihanraya umum Malaysia 2004, DAP bertanding atas dasar untuk

mempertahankan "kontrak sosial" dengan menentang teokrasi Islam, yang dilarang oleh

Perlembagaan, tetapi disokong oleh bekas Perdama Menteri,Mahathir bin Mohamad, Lim Keng

Yaik dan PAS, parti politik Melayu yang kedua terbesar dalam negara.

Pelbagai bantahan[sunting | sunting sumber]

Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik yang juga Presiden

Gerakan dilaporkan meminta supaya formula itu diketepikan kerana ia membuatkan

kaum Cina dan India 'kecil hati'. Beliau merasmikan Konvensyen Anak Malaysia anjuran

Pergerakan Pemuda Gerakan pada 13 Ogos 2005.

Subjek Kontrak Sosial[sunting | sunting sumber]

Pada 22 Oktober 2008, Sultan Perak Sultan Azlan Shah mencadangkan supaya subjek kontrak

sosial diperkenalkan di di institusi pendidikan supaya generasi muda di negara ini

memahaminya dengan lebih mendalam.

Page 6: Kontrak sosial

Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan

kontrak sosial menjadi subjek ko kurikulum di universiti-universiti kerana bukan semua faham

dengan kontrak sosial ini. Isu kontrak sosial sebenarnya sudah lama selesai dan ia harus

diterima oleh semua pihak.[3] Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah 'Politik

Melayu-Islam Kemelut dan Penyelesaian' di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM)

pada 21 Oktober 2008.

Memanglah semua kaum ada rasa tidak puas hati sedikit sebanyak. Kita akui hakikat ini tetapi

jangan cuba persoalkan hak orang Melayu melalui cara yang tersirat .Kita harus berpijak di bumi

yang nyata. Lagipun kontrak sosial sudah termeterai dan dipersetujui bersama sejak sekian

lama.[4]

Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan subjek ini / penekanan

topik dalam subjek Sejarah hanya boleh diperkenalkan pada 2010. Ini kerana ia perlu kajian

menyeluruh , tenaga pengajar, peralatan, dan prasarana yang mencukupi. Jika tidak , ia akan

dipolitikkan dan menjadi polemik berpanjangan.

Pada 16 Ogos 2008, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan formula

kontrak sosial yang berteraskan Perlembagaan Malaysia bukanlah diskriminasi kaum.

Sebaliknya ia terbukti menjamin perpaduan antara kaum.[5]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

1. Jump up↑ Shuid, Mahdi & Yunus, Mohd. Fauzi (2001). Malaysian Studies, p. 50.

Longman. ISBN 983-74-2024-3.

2. Jump up↑ Putra, Tunku Abdul Rahman (1986). Political Awakening, p. 31. Pelanduk

Publications. ISBN 967-978-135-6.

3. Jump up↑ Universiti Disaran Wujudkan Ko-kurikulum Jelaskan Isu Kontrak Sosial

4. Jump up↑ Senator Tidak Setuju Akhbar Tabloid Bangkitkan Isu Kontrak Sosial

5. Jump up↑ Kontrak Sosial Kekal Relevan Sampai Bila-bila, Kata Ghani

Rujukan lain[sunting | sunting sumber]

Adam, Ramlah binti, Samuri, Abdul Hakim bin & Fadzil, Muslimin bin (2004). Sejarah

Tingkatan 3. Dewan Bahasa dan Pustaka. ISBN 983-62-8285-8.

"Anwar: Time to suspend NEP" . (Oct. 28, 2005). Malaysiakini.

Badawi, Abdullah Ahmad (2004). "The Challenges of Multireligious, Multiethnic and

Multicultural Societies". Retrieved Nov. 12, 2005.

"Don't Raise Social Contract Issue, Umno Youth Chief Warns" . (Aug. 15, 2005). Bernama.

Page 7: Kontrak sosial

Goh, Cheng Teik (1994). Malaysia: Beyond Communal Politics. Pelanduk Publications. ISBN

967-978-475-4.

"'Impossible to co-operate with Singapore while Lee is Premier'" . (June 2, 1965). Straits

Times.

"Johor Umno Says Meritocracy A Form Of Discrimination" . (July 9, 2005). Bernama.

Khaw, Ambrose (1998). "This man is making too much noise". Retrieved Nov. 11, 2005.

Lim, Kit Siang (2002). "Liong Sik and Keng Yaik also suffer from the 'Mudah Lupa'

syndrome, forgetting the clear and unequivocal calls by Tunku Abdul Rahman and Hussein

Onn and MCA founding fathers not to turn Malaysia into an Islamic state". Retrieved Nov.

12, 2005.

Lim, Kit Siang (2004). "2004 general election will be a critical test of the reaffirmation or

abandonment of the 46-year Merdeka 'social contract' of Malaysia as a democratic, secular

and multi-religious nation with Islam as the official religion but not an Islamic State".

Retrieved Nov. 12, 2005.

Musa, M. Bakri (1999). The Malay Dilemma Revisited. Merantau Publishers. ISBN 1-58348-

367-5.

Ooi, Jeff (2004). "Meritocracy: Naked Lies or Partial Truth?". Retrieved Nov. 11, 2005.

Ooi, Jeff (2005). "The 30% solution" . Retrieved Nov. 12, 2005.

Ooi, Jeff (2005). "New controversy: Social Contract and Bangsa Malaysia". Retrieved Nov.

12, 2005.

Ooi, Jeff (2005). "Perils of the sitting duck". Retrieved Nov. 11, 2005.

Ooi, Jeff (2005). "Social Contract: 'Utusan got the context wrong'". Retrieved Nov. 11, 2005.

Ye, Lin-Sheng (2003). The Chinese Dilemma. East West Publishing. ISBN 0-9751646-1-9.

Yeoh, Oon (June 4, 2004). "Meritocracy: The truth must be well told". The Sun.

Yusoff, Marzuki & Samah, Nazeri Nong (Aug. 14, 2005). "Kontrak sosial: Kenyataan Keng

Yaik bercanggah Perlembagaan Persekutuan". Utusan Malaysia.