konsepsualisasi dan organisasi

5
Konsepsualisasi dan organisasi Definisi: Kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. Konsepsualisasi : proses formulasi dan penjelasan dari konsep. Organisasi : didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan orgsnisasi. Konsepsualisasi dan organisasi merupakan kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. Peringkat dalam pembelajaran konseptualisasi peringkat pertama ialah pengalaman berbentuk konkrit. Ini bermaksud tindakan yang dilakukan oleh seseorang dan kesan perlakuannya diperhatikan dalam situasi-situasi tertentu. Individu itu mengalami atau melibatkan diri secara langsung dalam tugasan tertentu. Biasanya, seseorang individu itu hanya melakukan tugasan yang diberi tanpa mempunyai kesedaran atau membuat refleksi. Peringkat kedua ialah refleksi iaitu membuat refleksi selepas sesuatu tindakan atau daripada pengalaman tertentu. Paradigma mempengaruhi perbezaan bentuk refleksi. Kesan daripada tindakan atau tingkah laku perlu diambil kira dalam refleksi supaya perlakuan itu tidak diulang dalam situasi yang sama. Peringkat ketiga ialah membina konsep daripada yang abstrak kepada yang sebenar. Konsepsualisasi melibatkan keadaan yang boleh diperhatikan dan pemahaman antara perkaitan antaranya. Paradigma juga mempengaruhi keadaan dalam membentuk konsepsualisasi. Ini bermaksud seseorang itu perlu memahami prinsip asas sebelum mengaplikasikan prinsip- prinsip tertentu dalam bentuk konsep.

Upload: je-teir

Post on 21-Dec-2015

18 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Penerangan

TRANSCRIPT

Page 1: Konsepsualisasi Dan Organisasi

Konsepsualisasi dan organisasi Definisi: Kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul.

Konsepsualisasi : proses formulasi dan penjelasan dari konsep.Organisasi : didefinisikan sebagai satu unit sosial yang terdiri daripada manusia yang bekerjasama dan saling bergantung antara satu dengan lain bagi mencapai matlamat individu, kumpulan, dan orgsnisasi.

Konsepsualisasi dan organisasi merupakan kebolehan untuk memahami konsep dan mengikut organisasi dengan betul. Peringkat dalam pembelajaran konseptualisasi peringkat pertama ialah pengalaman berbentuk konkrit. Ini bermaksud tindakan yang dilakukan oleh seseorang dan kesan perlakuannya diperhatikan dalam situasi-situasi tertentu. Individu itu mengalami atau melibatkan diri secara langsung dalam tugasan tertentu. Biasanya, seseorang individu itu hanya melakukan tugasan yang diberi tanpa mempunyai kesedaran atau membuat refleksi.

Peringkat kedua ialah refleksi iaitu membuat refleksi selepas sesuatu tindakan atau daripada pengalaman tertentu. Paradigma mempengaruhi perbezaan bentuk refleksi. Kesan daripada tindakan atau tingkah laku perlu diambil kira dalam refleksi supaya perlakuan itu tidak diulang dalam situasi yang sama.

Peringkat ketiga ialah membina konsep daripada yang abstrak kepada yang sebenar. Konsepsualisasi melibatkan keadaan yang boleh diperhatikan dan pemahaman antara perkaitan antaranya. Paradigma juga mempengaruhi keadaan dalam membentuk konsepsualisasi. Ini bermaksud seseorang itu perlu memahami prinsip asas sebelum mengaplikasikan prinsip-prinsip tertentu dalam bentuk konsep.

Peringkat keempat ialah membuat jangkaan. Seseorang itu boleh membuat aplikasi dan generalisasi. Malah, individu itu juga dapat membuat perancangan berbentuk konteks dalam pemahaman dan menterjemahkan sesuatu konsep untuk jangkaan pada masa depan atau untuk jangkaan tindakan yang akan dilakukan.

http://www.slideshare.net/mainiakif/modul-matematik-16030903

Kepantasan pemprosesan maklumat

Page 2: Konsepsualisasi Dan Organisasi

Definisi: Kebolehan individu memproses input ke dalam otak dan menterjemah dengan perlakuan dan juga tindakan yang bersesuaian dengan pantas.

Peringkat pemprosesan maklumatPeringkat 1: kenalpasti rangsanganRangsangan

semua jenis maklumat persekitaran yang diterima melalui reseptor sensori berperanan untuk mentafsir maksud rangsangan yang wujud dalam persekitaran

Contoh : seorang pemain badminton yang menerima hantaran tinggi sebagai rangsangan dan akan mula bertindak untuk mematikan bola tersebut.

Peringkat 2: Pemilihan respon Berperanan sebagai sistem yang menyediakan beberapa respon dan akan memilih

respon yang terbaik dan releven dengan tafsiran rangsangan tersebut.Contoh : jika kita ingin menangkap bola, secara automatiknya otot tangan dan jari sudah bersedia melakukan aksi tersebut.

Peringkat 3: Pemprosesan respon Peringkat ini merupakan peringkat perlaksanaan fizikal segala persiapan yang

telah dilakukan diperingkat organisasi lakuan Pelaksanaan lakuan ialah pergerakan yang dapat dilihat

Contoh : pemain badminton yang menerima bola tinggi sebagai rangsangan maka lakuan yang tepat baginya ialah dengan melakukan pukulan smesy.

Dalam peringkat ini juga, pelaku memperoleh pengalaman sensori daripada pengalaman yang dilakukan

Cara memproses  maklumat  1. Menyusun Maklumat

Maklumat yang terkumpul boleh diproses berdasarkan:  kronologi (masa dan peristiwa) Keutamaan  Kata Tanya Kategori

2. Membuat lakaran grafik Lakaran grafik adalah penting untuk menyusun maklumat. Lakaran grafik adalah maklumat yang ditunjukkan menggunakan simbol, rajah, graf dan gambar bersama-sama dengan sedikit maklumat bertulis.

3. Menganalisis data Maklumat yang telah disusun atau diproses perlu di analisis untuk membuat kesimpulan yang jelas dan tepat.

Page 3: Konsepsualisasi Dan Organisasi

Langkah menganalisis data:             Menghubungkaitkan Fakta Mengsintesis Data Membandingkan Fakta Membaca Yang Tersirat Membuat kesimpulan

Empat Proses Utama Terlibat dalam Model Pemprosesan Maklumat.

1) Pengkodan ('Encoding')Pengkodan ialah proses yang menentukan cara maklumat dienkod dan diletakkan dalam perakam deria, ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini bermula dengan hasil pendengaran dan pemerhatian apabila sesuatu maklumat itu disampaikan oleh jurulatih ataupun guru melalui cara demonstrasi di hadapan atlit atau pelajar.

2) Penyimpanan ('Storage')Penyimpanan pula ialah proses yang menentukan bagaimana maklumat disimpan dalam ketiga-tiga stor memori. Biasanya, proses ini berlaku selepas daripada proses pengkodan telah berlaku kepada atlit atau pelajar itu.

3) Mengingat Kembali ('Retrieval')Mengingat kembali ialah proses yang membolehkan maklumat dikeluarkan daripada ingatan jangka pendek dan ingatan jangka panjang. Proses ini berlaku setelah proses pengkodan dan proses penyimpanan telah berlaku pada sebelumnya. Keadaan mengingat kembali boleh berlaku dalam masa sejam, seminggu, sebulan, setahun malahan bertahun-tahun lamanya. Ianya bergantung kepada kekuatan seseorang itu dapat mengenkod dan menyimpan data dengan berkesan.

4) Lupaan ('forgetting')Lupaan ialah proses yang menyebabkan maklumat 'hilang' atau sukar diingat kembali daripada ingatan jangka pendek dan ingatan panjang. Proses lupaan sering kali berlaku dalam kehidupan seseorang. Keadaan berlaku mungkin kerana data yang telah tersimpan lama tidak digunakan atau diaplikasikan sepanjang masa. Akibatnya, apabila data ini ingin dikeluarkan, ianya tidak pula dapat diingat dengan baik.