konsep sosialisasi

Upload: leu-qiao-xin

Post on 07-Jul-2015

1.386 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Konsep Sosialisasi - Sosialisasi / permasyarakatan merupakan satu proses sepanjang hayat yang perlu dilalui oleh seseorang individu untuk menjadi anggota sesuatu kelompok dengan mempelajari kebudayaan kelompok itu. - Individu itu mempelajari bagaimana berberkelakuan sebagai seorang ahli masyarakat iaitu tentang nilai, sikap dan peranan yang sesuai dan diterima oleh kelompok atau masyarakat itu. Kepentingan proses sosialisasi - Mempengaruhi pemikiran pemikiran, emosi dan tingkahlaku setiap individu supaya menghayati norma-norma dan nilai masyarakatnya. - Individu dan mempelajari skrip untuk berfikir, berperasaan dan bertindak

selaras dengan jangkaan masyarakat supaya dapat hidup dalam masyarakat itu. - Memberi sumbangan dalam mewujudkan perpaduan dan kesejahteraan masyarakat Norma Sosial - merupakan kelakuan standard yang dikongsi oleh anggota sesuatu kumpulan - setiap anggota dijanka akan mematuhinya *peraturan ditentukan dan dipersetujui oleh sebahagian besar anggota masyarakat tentang munasabah atau tidaknya sesuatu tingkahlaku. - Satu garis panduan bagi anggota masyarakat menentukan bagaimana mereka patut bertingkahlaku dalam situasi tertentu. - Sebagai peraturan kepada tingkahlaku yang diterima umum dan ia didedahkan melalui agen-agen sosialisasi seperti

keluarga, rakan sebaya, sekolah dan sebagainya yang disahkan melalui undangundang.