konsep pragmatik dalam bahasa melayu

11
PRAGMATIK KONSEP PRAGMATIK

Upload: flowers-girls-mainie

Post on 17-Dec-2014

4.273 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

PRAGMATIK

KONSEP PRAGMATIK

Page 2: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

KONSEP PRAGMATIK

• terdapat beberapa faktor yang menentukan makna bagi sesuatu perkataan atau ungkapan, iaitu pilihan yang ada pada pengguna bahasa.

• contohnya-ungkapan ‘apa khabar?’ digunakan untuk menyapa orang yang baru dikenali atau orang yang memang dikenali .

Page 3: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

FAKTOR KEBUDAYAAN

• Contoh-dalam masyarakat melayu, kata-kata yang kurang sopan tidak sesuai digunakan apabila kita bercakap dengan orang yang lebih tua atau lebih berkedudukan daripada kita.

• Konteks, unsur-unsur paralinguistik contohnya, mimik muka dan gerak tangan

• Ciri –ciri prosodi. contonya- tekanan dan

intonasi pengujaran ayat.

Page 4: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

• Makna dalam semantik ditakrifkan semata-mata sebagai ciri ungkapan sesuatu bahasa, tanpa mengambil kira keadaan penutur dan pendengar tertentu, manakala makna dalam pragmatik pula mengambil kira penutur dan pendengarnya.

Page 5: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

PENDAPAT TOKOH

• NOR HASHIMAH jalaludin-makna pada peringkat semantik hanya terhad kepada maklumat linguistik

• S.NATHESAN-menyatakan bahawa dengan mengambil kira konteks unsur ketaksaan makna yang pelbagai dapat dielakkan walaupun ada pengguguran beberapa kompoun dalam ujaran atau tulisan kita

• Contoh- dalam ungkapan “salamah! Kambing!” makna yang ingin disampaikan ialah “samlah tolong halau kambing-kambing itu- bergantung pada tempat ujaran itu dilafazkan.

Page 6: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

WITTGESTEIN DAN ULLMAN- Makna perkataan atau ayat hanya dapat ditentukan berdasarkan penelitian terhadap penggunaannya.

Page 7: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

RUMUSAN

• Bahasa manusia amatlah kompleks sifatnya ertinya untuk memahami erti sebenar pertuturan atau penulisan, pengguna bahasa tidak boleh terikat bersama makna stuktur sahaja, terdapat unsur bukan linguistik yang perlu digarap bagi memastikan maksud sesuatu ujaran itu berupaya untuk difahami dengan sempurna.

Page 8: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

• Konsep pragmatik akan mudah difahami merujuk kepada tafsiran dan analisis dialog yang berikut.

• Ayat “aku ingin mendengar suaramu” merupakan ayat penyata yang berupa pernyataan biasa.

• Dari segi struktur ayat ini mengandungi subjek dan predikat.

“Mei! Ada telefon… hello … Mei ! Kata syahid… agak susah mahu mendengar suara dihujung sana…aku ingin mendengar suara mu…kata syahid lagi…dia tersentap

dia pun suka dengannya.”

Page 9: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

• Dari segi makna struktur, perkataan “ingin” bermaksud berkehendakkan sesuatu. Iaitu syahid terlalu berharap untuk mendengar suara Mei menerusi telefon.

• Dari segi konteks, ayat penyata Dia juga ingin menyimpan hasrat untuk bertemu dengan Mei dan ingin mencurahkan segala isinya hatinya kepada Mei.

Page 10: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

• Disebalik ungkapan tersebut,syahid sebenarnya mempunyai niat untuk menghilangkan rasa rindu dan kesunyian. Walaupun tidak bersua muka , suara Mei berupaya untuk mencetuskan perasaan gembira buat syahid.

• Dari sudut lain, tujuan syahid untuk mendengar suara Mei adalah untuk mengetahui kedudukan dirinya dalam hati Mei

• Demikianlah, cara makna dikenal pasti menerusi pendekatan pragmatik. Sesuatu ungkapan dinilai maknanya berdasarkan konteks dan rasionalnya.sesuatu ungkapan pasti mempunyai niat yang khusus dan sebenar ungkapan tidak dapat dinilai dari sudut stuktur semata-mata. Disinilah disiplin pragmatik diaplikasikan.

Page 11: konsep pragmatik dalam bahasa melayu

Sekian terima kasih