48597223 pragmatik

Download 48597223 pragmatik

Post on 14-Dec-2014

889 views

Category:

Documents

2 download

Embed Size (px)

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. 1.0 Pengenalan Pragmatik merupakan suatu ilmu penginterpetasian (pentafsiran) linguistik yang melibatkan faktor-faktor bukan linguistik, iaitu kombinasi di antara faktor kedua-duanya (linguistik dan bukan linguistik). Hal ini benar-benar dapat membantu penyelidik untuk memperolehi makna yang lebih berkesan (Nor Hasyimah Jalaluddin, 1992:1). Dalam Kamus Dewan Edisi Keempat (2005:1229), Pragmatik merupakan salah satu cabang ilmu linguisitk yang berkaitan dengan kajian tentang makna dan kesan yang timbul daripada penggunaan bahasa dalam situasi tertentu. Dalam Kamus Linguistik (1997:192) pula, pragmatik yang terdapat dalam semiotik ialah pengkajian tentang bagaimana tanda dan lambang digunakan oleh manusia untuk berhubung dalam bahasa tertentu. Dalam linguistik moden, pengkajian bahasa dari sudut pandangan pengguna, terutama pemilihan yang dibuat, kekangan yang dihadapi ketika menggunakan bahasa dalam interaksi sosial, dan kesan penggunaan bahasa ke atas peserta lain dalam lakuan komunikasi. Pragmatik ialah kajian mengenai penggunaan bahasa. Mengikut Jens Allwood (1983), pragma berasal daripada perkataan Greek yang membawa makna aksi atau aktiviti. Selain daripada itu, terdapat ramai ahli linguistik yang telah cuba memberikan pengertian mengenai pragmatik. Di antaranya ialah seorang ahli falsafah, iaitu Charles Morris (1938, 1946) yang telah membincangkan mengenai tiga konsep tradisional, iaitu sintax, semantic, dan pragmatic. Menurut beliau, Sintax merupakan kajian mengenai hubungan di antara lambang-lambang dengan penutur-pendengar. Pendapat beliau ini telah telah diulas oleh Levinson (1983) dalam bukunya yang bertajuk Pragmatics. 1

2. Kemudian Levinson (1978), telah membincangkan pendapat Carnap (1942, 1956), seorang ahli falsafah dan ahli ilmu mantik telah menjadikan pragmatik sebagai tajuk yang popular sekarang. Levinson (1978) pula mendefinisikan pragmatik sebagai kajian mengenai bahasa yang mempunyai ayat yang gramatikal. Pendapat beliau ternyata mempunyai kelemahannya. Kalau ditekankan kepada aspek bahasa yang gramatikal sahaja, bahasa yang tidak gramatikal sukar untuk ditentukan ciri pragmatiknya. Pendapat Wunderlich (1980) dalam buku yang ditulis oleh Searl, Keifer, dan Bierwisch (1980), pragmatik adalah berkaitan dengan interpretasi terhadap ayat atau ujaran di dalam konteks yang lebih luas, termasuk pemahaman terhadap wacana yang berkaitan, kepercayaan, dan jangkaan oleh seseorang penutur dan pendengar, hubungan sosial mereka, tanggungjawab serta pengetahuan latar belakang, dan sebagainya. Levinson sekali lagi dalam tahun 1983, telah memberikan definisi yang lebih terperinci mengenai pragmatik dengan mengatakan bahawa teori ini merupakan teori yang cuba untuk menerangkan hubungan bahasa dengan penggunanya, termasuklah penggunaan deiksis dan juga indeksikal, implikatur perbualan, pra-andaian, lakuan bahasa, dan struktur perbualan. Markkanen (1985) beranggapan bahawa pendapat Levinson terhadap pragmatik adalah saling bertindih dengan sosiolinguistik sebab kesesuaian adalah satu aspek kemampuan berkomunikasi seperti yang didefinisikan oleh Hymess (1971).Seorang lagi sarjana yang membincangkan tentang ilmu pragmatik ialah Leech (1983). Beliau telah memberikan definisi pragmatik sebagai satu kajian 2 3. bagaimana sesuatu ujaran mempunyai makna di dalam sesuatu situasi di mana terdapat kesediaan pengguna bahasa untuk berkomunikasi. Jika dibuat kesimpulan berdasarkan hujah-hujah yang dikemukakan oleh ahli-ahli sarjana tersebut, pragmatik ialah penginterpretasian makna yang melibatkan faktor- faktor bukan linguisitk, maka ia benar-benar membantu pendengar mendapatkan makna yang sebenarnya. Dalam bidang pragmatik, terdapat beberapa skop kajian yang menjadi perbincangan yang utama, iaitu deiksis (deixis), implikatur (implicature), praandaian (presupposition) dan lakuan tuturan (speech acts). Berdasarkan skop-skop kajian pragmatik, tugasan ini akan membincangkan tentang kajian implikator beserta dengan contoh-contoh yang ada dalam bahasa Melayu dalam konteks seharian. 2.0 Konsep Implikatur Implikatur ialah satu aspek penting dalam bidang pragmatik, iaitu satu bidang yang mengkaji hubungan antara bahasa dan konteks. Secara umumnya, implikatur 3 4. ialah sesuatu yang tersirat dalam sesuatu perbualan. Topik yang berhubung dengan implikatur seringkali dikaitkan dengan nama Paul Grice, iaitu seorang ahli falsafah yang telah mengemukakan konsep implikatur perbualan dalam makalahnya yang bertajuk Logic and Conversation pada tahun 1975. Menurut Nor Hasyimah Jalaluddin (1992:677) implikatur dalam erti kata yang mudah ialah mesej yang tersirat dan cuba disampaikan dalam perbualan. Mesej yang diperolehi merupakan mesej yang dideduksikan daripada apa-apa yang diperkatakan Jamaliah Mohd Ali (1996) pula mendefinisikan implikatur sebagai kajian yang melibatkan aspek-aspek makna yang tidak diliputi oleh bidang semantik. Katanya lagi, tetapi kita juga harus mengetahui batasan makna yang dilitupi dalam bidang ini, keluasan makna yang dilitupi termasuk ironi, metafora, dan juga kandungan komunikasi yang implisit dalam sesuatu ujaran. Apabila disebut implikatur perbualan, maka seringkali dikaitkan dengan nama Grice, iaitu seorang ahli falsafah yang mengemukakan konsep implikatur perbualan dan prinsip perbualan. Implikatur perbualan merupakan suatu bentuk pentafsiran makna yang melewati batas-batas makna literal di dalam sesebuah ayat, iaitu suatu konsep yang berhubung rapat dengan prinsip kerjasama (cooperative principle). Implikatur perbualan adalah salah satu bentuk pentafsiran makna yang melewati batas-batas makna literal (makna tersurat) sesebuah ayat. Selain itu, implikatur 4 5. perbualan ialah satu konsep yang berhubung rapat dengan konsep kerjasama. Implikatur perbualan merupakan satu bentuk pentafsiran makna melewati batas-batas makna literal sesebuah ayat. (Zulkifli Hamid, 1991:572). Mengikut Frank Parker (seperti yang termuat dalam sebuah artikel berjudul Logic And Conversation,1995) beliau ada menyatakan bahawa seorang ahli falsafah iaitu Paul Grice telah mengatakan sesuatu pertuturan boleh bermaksud sesuatu cadangan (iaitu satu kenyataan) bahawa ia bukanlah merupakan sebahagian daripada pertuturan dan ia juga semestinya mengikut tuturan sesuatu pertuturan. Grice menamakan kenyataan yang sedemikian sebagai implikatur (Raja Rahawani Raja Mamat, 1994:31). Leech (1983) telah mengkaji kenyataan yang dikemukakan oleh Grice itu dan beliau menjelaskan bahawa dalam implikatur perbualan, maka bagi sesuatu ujaran dilihat dari makna ujaran The Said Meaning (sence) dengan implicatur meaning (pragmaticforce) dan Leech telah memperluaskan bidang ini dengan membuat perbandingan di antara makna yang disampaikan dengan makna yang dimaksudkan. Dengan itu, setiap ujaran yang disampaikan perlu dikaji tentang tekanan pragmatik yang terkandung di sebalik ujaran, iaitu selain daripada maksud ujaran itu yang sebenar (tersurat). Kenyataan beliau dapat difahami dengan meneliti kepada contoh di bawah ini; Contoh 1: Leo : Ke manakah awak pergi semalam. Paul : saya sakit kepala. 5 6. Kalau berdasarkan contoh di atas, jika kita mentafsirkan makna diperingkat ayat, jawapan Paul tidaklah menepati prinsip kerjasama, dimana Paul tidak menjawab pertanyaan Leo dan juga telah melanggar maksim cara dan hubungan. Tetapi mengikut Grice, Paul masih lagi bekerjasama kerana ia telah menjawab pertanyaan Leo. Di sini, Leo haruslah mengandaikan Paul telah menjawab soalan yang ditanya iaitu Paul tidak pergi ke mana-mana kerana kepalanya sakit di dalam menerangkan pernyataan sebegini. Oleh kerana implikatur itu sesuatu yang tersirat, maka ia mempunyai sifat kebarangkalian, iaitu tidak mungkin seseorang itu secara mutlak dapat mengetahui secara pasti apa yang dimaksudkan pengujar dengan ujarannya. Semua ujaran ditentukan terlebih dahulu oleh konteks. Dengan itu, untuk mengenalpasti implikatur dalam sesuatu ujaran, si pendengar ujaran yang dituturkan itu perlulah bijak membuat andaian-andaian dan kemudian membuat kesimpulan yang tersendiri menurut pemahaman pendengar mesej dengan mengambil kira konteks tertentu semasa sesuatu ujaran itu dituturkan. Yang pasti, jika dalam sesuatu perbualan itu, maksim-maksim yang dikemukakan oleh Grice dalam prinsip kerjasamanya dilanggar, maka implikatur sudah pasti wujud dalam perbualan berkenaan, dan terpulanglah kepada si pendengar untuk mentafsirkannya, tetapi terlebih dahulu, pendengar hendaklah menganggap bahawa penutur masih mematuhi maksim-maksim tersebut untuk membolehkan pendengar memperoleh makna sebenar, dan penutur pula mestilah benar-benar pasti bahawa 6 7. pendengar sememangnya menyedari bahawa apa yang dituturkannya itu tidak ditafsir secara literal sahaja sebab jika berlaku pentafsiran secara literal (cuba memahami makna luaran ujaran sahaja), maka peristiwa komunikasi atau perbualan antara kedua- dua pihak akan terputus begitu sahaja. Dengan kenyataan-kenyataan diatas dapat kita membuat kesimpulan bahawa implikatur perbualan merupakan satu kenyataan yang harus diambil kira pendengar tentang apa yang ingin disampaikan oleh seseorang penutur untuk pendengar mengandaikan prinsip kerjasama dan maksim-maksim dipatuhi di dalam sesuatu perbualan. Implikatur perbualan itu wujud berdasarkan andaian dan pengalaman yang dikongsi bersama untuk menganggap penutur masih mematuhi prinsip kerjasama (PK). Jelasnya, implikatur penting dalam perbualan sebab daripada implikaturlah, sesuatu perbualan yang berlangsung diketahui ada atau tidak wujudnya kerjasama di antara penutur dan juga pendengar. 2.1 Prinsip Kerjasama Dalam membicarakan tentang kajian implikatur, sememangnya terdapat perkaitannya dengan Prinsip Kerjasama yang diperkenalkan oleh Grice. Prinsip Kerjasama dilihat dalam konteks perbualan dan terdapat peraturan-peraturan (maxim) yang perlu diikuti. Grice menyatakan terdapat empat maksim (peraturan) asas dalam 7 8. perbualan iaitu ; maxim kualiti, maxim, kuantiti, maxim relevan da

Recommended

View more >