konsep perlembagaan

18
Pendahuluan Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undang tertinggi Negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah Negara. Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang member jaminan kepada pemerintah dan juga kepada rakyat sama ada perlindungan, kedudukan, hak dan sebagainya.perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kini dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang menyentuh pelbagai aspek mengenai sistem pemerintahan. Kedudukan istimewa orang Melayu, agama, bangsa, kebebasan asasi dan sebagainya. Perlembagaan juga telah menggariskan tentang kuasa Persekutuan, negeri dan kuasa bersama. Oleh kerana Perlembagaan sumber undang-undang Negara, maka semua pihakperlu akur kepada undang- undang Perlembagaan memandangkan kandungan Perlembagaan adalah dibuat secara demokrasi yang telah mewakili kehendak dan persetujuan semua pihak. 1

Upload: parimalakumaran

Post on 18-Jun-2015

12.433 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep perlembagaan

Pendahuluan

Perlembagaan merupakan satu dokumen yang menggariskan undang-undang

tertinggi Negara dan prinsip-prinsip perjalanan pemerintahan sesebuah Negara.

Perlembagaan melambangkan kewujudan demokrasi berparlimen di Malaysia yang

member jaminan kepada pemerintah dan juga kepada rakyat sama ada perlindungan,

kedudukan, hak dan sebagainya.perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, kini

dikenali sebagai Perlembagaan Persekutuan Malaysia mengandungi 131 Perkara yang

menyentuh pelbagai aspek mengenai sistem pemerintahan. Kedudukan istimewa orang

Melayu, agama, bangsa, kebebasan asasi dan sebagainya. Perlembagaan juga telah

menggariskan tentang kuasa Persekutuan, negeri dan kuasa bersama. Oleh kerana

Perlembagaan sumber undang-undang Negara, maka semua pihakperlu akur kepada

undang- undang Perlembagaan memandangkan kandungan Perlembagaan adalah

dibuat secara demokrasi yang telah mewakili kehendak dan persetujuan semua pihak.

1

Page 2: Konsep perlembagaan

Apa itu perlembagaan

Perlembagaan adalah sekumpulan undang-undang dasar, yang menjadi garis

panduan bagi pemerintahan sesebuah Negara. Dari undang-undang dasar ini, lahirlah

semua undang-undang yang diperkenalkan di Negara ini. Dalam perlembagaan

termaktub peraturan yang menentukan struktur kerajaan dan kuasanya, sistem

kehakiman, hak asasi , kebebasan beragama, soal bahasa, hak kerakyatan, dan pilihan

raya. Jelaslah bahawa Perlembangan merupakan satu dokumen unggul yang amat

mempengaruhi segala aspek perkembangan politik, ekonomi, pendidikan, keagamaan,

dan kebudayaan.

Perlembagaan Malaysia adalah berdasarkan Perlembagaan Tanah Melayu yang

telah digubal oleh Suruhanjaya Perlembagaan yang dipengerusikan Lord Reid dari

United Kindom. Ahli-ahli Suruhanjaya ini terdiri daripada pakar-pakar perlembagaan

dari Australia, India dan Pakistan. Wakil-wakil Raja-raja Melayu dan parti-parti politik

seperti UMNO, MCA, dan MIC juga menyertai suruhanjaya ini. Perlembagaan Malaysia

telah mula dikuatkuasakan bermula pada 16 September 1963 dan kandungannya

disesuaikan dengan keadaan tempatan. Perlembagaan kita adalah jenis bertulis. Ada

juga Negara seperti England yang mempunyai perlembagaan yang tidak bertulis

2

Page 3: Konsep perlembagaan

3

Konsep Perlembagaan

Merupakan sumber undang-undang

tertinggi sesebuah Negara

Untuk menyelaraskan

pemerintahan sesebuah Negara.

Berperanan sebagai garis panduan

pembentukan undang-undang sama ada di

pihak pemerintah atau rakyat.

Bermatlamat untuk memberikan

jaminan dan perlindungan kepada

rakyat.

Perlembangan Persekutuan mengandungi 131 perkara yang menyentuh

pelbagai aspek pemerintahan seperti kebebasan asasi, YDPA, keistimewaan

raja-raja ,Melayu dan hak orang bukan melayu, soal bahasa Melayu, agama,

kehakiman, kewarganegaraan, kehakiman dan sebagainya.

Page 4: Konsep perlembagaan

Kontrak Sosial

Seawal termeterainya kontrak ini di awal pembinaan negara, hal ini dipandang relevan

kerana masyarakat bukan bumiputera masih baru di tanah ini. Namun setelah masa

selama 50 tahun berlalu, generasi terkemudian, masyarakat yang lahir daripada benih

penduduk bukan bumiputera tadi sudah merasakan bahawa mereka juga rakyat

Malaysia yang perlu mendapat kesaksamaan hak dalam menongkah arus kehidupan di

bumi tercinta ini. Isu ini sememangnya antara isu yang boleh membawa negara ke arah

kemusnahan sekiranya tidak difahami secara teliti terutamanya oleh generasi muda

dewasa ini.

Perlembagan Persekutuan Malaysia pada hari ini merupakan hasil dari kontrak Sosial

yang telah dipersetujui antara etnik dalam proses pembentukan Negara semasa;

(a) Bantahan orang melayu terhadap rancangan Malayan Union melahirkan

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

(b) Pemuafakatan pelbagai etnik di wakili oleh Parti Perikatan, cadangan NGO’s dan

Raja-Raja Melayu-Perlembagan Persekutuan Tanah Melayu 1957

(c) Pemuafakatan antara etnik merangkumi Sabah dan Sarawak dalam Penubuhan

Malaysia-Perlembagan Persekutuan Malaysia 16 September 1963

Semasa proses pembentukan Perlembagaan Perseketuan terdapat beberapa kaedah

yang di praktikan antara etnik

konsep win-win solution/situation

persefahaman, tolenrasi,berkongsi kuasa.

sedia berkorban

Contoh; Orang melayu sanggup memberikan kerakyatan manakala bukan melayu

sanggup menerima hakikat kedudukan istimewa orang melayu. Hasilnya prinsip “jus

soli” diterima dan 800,00 etnik cina diterima menjadi warganegara.

4

Page 5: Konsep perlembagaan

Pendapat tentang Kontrak Sosial

Apabila membaca banyak buku rujukan dan melayari internet berkaitan dengan

Kontrak Sosial saya berpendapat bahawa kontrak social ini merupakan satu perjanjian

yang tidak bertulis yang telah dimeterai oleh pemerintah dan pentadbir Negara pada

zaman sebelum kemerdekaan Tanah Melayu pada tahun 1957., kontrak social ini masih

lagi menjadi pegangan dan ikutan oleh pemimpin pada masa kini. Bagi saya kontrak

sosial ini memang merupakan tindakan bijak yang dilakukan oleh pemimpin tiga kaum

utama di Malaysia iaitu Melayu, India, dan Cina dalam menjadikan rakyat Tanah Melayu

yang pada masa itu berkerjasama dan hidup sebagai satu komuniti masyarakat yang

harmoni. Masyarakat ,Malaysia pada masa itu terlalu bersikap pasif terhadap satu sama

lain. Setiap kaum hanyak mementingkan keadaan dan keperluan kaum itu sendiri.

Malah pada masa itu perasaan cinta kepada Tanah Melayu masih belum terpahat

dalam diri rakyat bukan Melayu. Ini seterusnya membawa kepada pembentukan

Perjanjian yang tidak bertulis yang telah membawa kepada permuafakatan masyarakat

berbilang kaum di Malaysia. Malah kontrak sosial ini turut menjamin keamanan Negara

sehingga ke hari ini.

Dapat dikatakan di sini bahawa pemimpin pada zaman dulu telah mengambil

keputusan yang bijak dengan mewujudkan kontrak sosial yang terus diikuti walaupun

tiada bukti hitam putih. Permuafakatan antara kaum akan terus terpelihara jika semua

orang mengetahui tentang kontrak sosial ini dan terus mengikutinya.

5

Page 6: Konsep perlembagaan

Unsur –unsur dalam Perlembagaan Malaysia

Unsur- unsur ini penting kerana menjadi faktor penting untuk mewujudkan identiti

Malaysia dan memupuk persefahaman ke arah perpaduan, ia juga merupakan satu

“kontrak sosial”. Ianya telah pun wujud semenjak ratusan tahun sebelum Perlembagaan

Persekutuan 1963 dan ia berperanan menstabilkan sistem politik negara” (Tun Salleh

Abbas bekas Ketua Hakim Negara). Selain itu, unsur tradisi in juga dilindungi dibawah

Akta Hasutan atau lebih di kenali sebagai Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960

( Internal Security Act 1960 (ISA) ). Ini menyatakan bahawa jika terdapat sebarang

hasutan berkaitan dengan un sur – unsur tradisi ini maka seseorang atau pemula

hasutan boleh dikenakan tidakan dibawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.

6

Page 7: Konsep perlembagaan

7

Bahasa Melayu

Perkara 152(1) Bahasa Melayu sebagai bahasa

rasmi,namun penggunaan dan pembelajaran

bahasa-bahasa lain tidak dihalang. Cth-

penggunaan bahasa cina,tamil dimedia cetak atau

elektronik,disekolah-sekolah- ada subjek bahasa

iban, kadazan,cina dan tamil di sekolah.

Unsur- unsur dalam

Perlembagaan

Malaysia

Agama Islam

Perkara 3 Islam sebagai Agama rasmi. Walaupun agama Islam dianggap sebagai

agama rasmi, namun agama-agama lain boleh

diamalkan secara bebas dalam persekutuan

Malaysia.

Kedudukan Istimewa orang Melayu dan Bumiputera Sabah dan

Sarawak

Hak ini meliputi pejawatan dalam perkhidmatan

awam,biasiswa,pendidikan,permit dan lesen perniagaan,

selain itu berkaitan dengan perezaban tanah perkara ini tidak

boleh dilaksanakan jika mengakibatkan penarikan hak

berkaitan terhadap kaum lain. Etnik lain juga diberikan ruang

untuk terlibat dalam perkara yang serupa dengan bilangan

yang minoriti.

Pemerintahan beraja

Perkara 32,38(4)

Kedudukan Raja-Raja

Melayu dalam sistem

pemerintahan negara,

Kewujudan institusi ini

adalah sebagai simbol

kuasa,kestabilan politik

dan perpaduan etnik.

Page 8: Konsep perlembagaan

Kepentingan Perlembagaan

8

Kewudan Perlembagaan dari segi sejarahnya adalah berdasarkan tolak ansur antara kaum dalam beberapa perkara seperti hak istimewa orang Melayu, bangsa Melayu agamaIslam dan lain- lain lagi.Dalam hal ini, walaupun Perlembagaan memperuntukkan agama Islam sebagai Agama Persekutuan/ Agama Rasmi, ( bahagian 1, perkara 3 (1) ), tetapi agama lain juga bebas diamalkan di Malaysia.Peruntukan Bahasa Mealyu sebagai bahasa rasmi negara (Perkara 152) juga ada kelonggarannya apabila bahasa- bahasa lain juga bebas digunakan di Malaysia, manakala dalam perkara hak keistimewaan orang Melayu, YDPA tidak sahaja menjaga kepentingan orang Melayu , tetapi kaum bukan Melayu juga mendapat perlindungan yang sewajarnya.Peruntukan ini adalah untuk melahirkan satu bentuk pemerintahan yang adil dan tidak menitikberatkan sesuatu kaum sahaja.

untuk mewujudkan satu bentuk pemerintahan yang

adil

Sebagaimana yang digariskan dalam Perlembagaan, terdapat beberapa peruntukan tertentu yang khas untuk YDPA dan Raja/ Yang Dipertua Negeri.Dalam hal ini walaupun baginda mempunyai bidang kuasa tertentu tetapi segala tindakan mereka adalah tertakluk kepada Perlembagaan ( Bahagian 4 , Bab 3, Perkara 40).Jadi , ini dapat mengelakkan penyalahgunaan kuasa oleh pemerintah.

untuk mengelakkan penyalahguna-an kuasa

oleh pemerintah

Perlembagaan Persekutuan bukan saja peruntukan kuasa kepada pemerintah, tetapi juga kepada Rakyat melalui kebebasan asasi( Bahagian 2, Perkara 5-13) dan hak istimewa orang Melayu.Keadaan ini secara tidak langsung akan membentuk pembahagian kuasa dan dapat mengelakkan daripada dominasi kuasa oleh sesuatu pihak. dalam hal ini , Pemerintah ada had perkara yang boleh dilakukan dan apa yang tidak boleh dilakukan dan rakyat juga ada perkara yang boleh dialkukan dan juga perkara yang tidak boleh dilakukan

mengawal pergerakk

an kerajaan

dan rakyat

Page 9: Konsep perlembagaan

9

Perlembagaan sesungguhnya telah menjadi undang-undang tertinggi negara dan menjadi rujukan utama dalam penggubalan undang-undang Persekutuan dan Negeri.Malahan apa-apa masalah dalam pembuatan undang-undang atau rujukan apa-apa hukuman kepada seorang warganegara adalah berdasrkan perlembagaan

Sebagai alat untuk menyelesaikan masalah

Perlembagaan sememangnya berperanan penting dalam menentukan haal tuju pentadbiran negaraMalahan Perlembagaan itu sendiri adalh asas kepada pembentukan demokrasi di Malaysia. Justeru itu, pembentukan Perlembagaan akan mengekalkan identiti sesebuah negara bangsa Malaysia kerana ia telah mencorak sistem pentadbiran dan perjalanan undang-undang negara.

Menjamin riwayat Negara Bangsa

Perlembagaan yang berfungsi sebagi alat penyelesai masalah, mengawal kedudukan rakyat dan pemerintah.Alat penyelesai masalah yang sesugguhnya telah berjaya membentuk keamanan dan kestabilan negaraIni memendangkan terdapat sekatan-sekatan dalam Perlembagaan yang mengawalpergerakan setiap warganegara Malaysia walaupun mereka diberi kebebasan dan keistimewaan tertentu.Tetapi kebebasan dan keistimewaan ini ada hadnya apabila adanya perkara-perkara yang difikirlkan perlu untuk menyekat kebebasan mereka(BBahagian 2,Perkara 10)

Menjamin Keamanan dan Kestabilan Negara

Page 10: Konsep perlembagaan

Bentuk-bentuk Perlembagaan

Perlembagaan terdiri daripada dua jenis iaiatu perlembagaan bertulis dan

perlembagaan tidak bertulis. Perlembagaan bertulis merupakan bentuk perlembagaan

yang dikumpul dan disusun dalam satu surat. Perlembagaan bertulis ini mengandungi

tiga sifat yang utama iaitu:

1. Ia adalah kukuh dan sukar untuk dibuat pindaan melainkan ada peruntukan

dalam perlembagaan tersebut yang membolehkannya dipinda.

2. Parlimen mempunyai kuasa membuat undang-undang terhadap perkara yang

terkandung dalam Perlembagaan tetapi Parlimen adalah dilarang membuat

undang-undang yang bertentangan dengan kebebasan asasi.

3. Tugas mahkamah. Dalam hal ini mahkamah mempunyai kuasa untuk mentafsir

undang-undang dan melindungi Perlembagaan.

Manakala Perlembagaan tidak bertulis pula merangkumi semua prinsip Perlembagaan

yang tidak terkumpul dalam satu surat contohnya Akta Parlimen dan keputusan-

keputusan mahkamah. Dalam hal ini, Perlembagaan Malaysia mengamalkan

Perlembagaan bertulis di mana Parlimen mendapat kuasa daripada Perlembagaan.

Malah ketiga– tiga badan kerajaan iaitu badan Kehakiman, Perundangan dan Eksekutif

serta Yang di Pertuan Agong juga tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia. Kuasa –

kuasa perundangan dan kehakiman yang dijalankan di mahkamah juga tertakluk

kepada sekatan– sekatan yang dikenakan atau tertakluk di dalam Perlembagaan.

.

10

Page 11: Konsep perlembagaan

Perlembagaan Persekutuan

Ciri-ciri Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan mempunyai ciri-ciri yang khas dan ia telah

menjadikan Perlembagaan sebagai undang-undang Negara yang menjamin keamanan

dan kesejahteraan rakyatnya. Oleh itu, perkara penting yangmencirikaqn Perlembagaan

ialah ia melambangkan Malaysia sebagai sebuah Negara Persekutuan, mempunyai

Raja Berperlembagaan, mengamalkan sistem demokrasi berparlimen, tetapi agama lain

bebas untuk mengamalkan agama masing-masing. Ini menunjukkan Malaysia sebagai

sebuah Negara yang mengamalkan sikap tolak ansur dan menjaga kepentingan semua

kaum dan bangsa. Manakala Perlembagaan pula menjadi sumber undang-undang

tertinggi Negara dan pada masa yangsama menjamin kebebasan undang-undang di

Negara ini. Selain daripada itu, Perlembagaan juga memperuntukkan pengasingan

kuasa dalam pentadbiran kerajaan. Ini juga melambangkan sikap toleransi pemerintah

dan menjamin amalan demokrasi tetap wujud.

11

Page 12: Konsep perlembagaan

12

Ciri-ciri perlembagaan persekutuan

Page 13: Konsep perlembagaan

Sejarah penggubalan Perlembagaan Malaysia

13

April 1946Malayan Union diperkenalkan dan mendapat tentangan orang Melayu

Perjanjian Persekutuan telah dibuat antara raja-raja Melayu dan pemimpin British

1 Februari 1948Perlembagaan baru bagi Tanah Melayu telah diperkenalkan

1955selepas pilihan raya, parti perikatan menang majoriti undian dan telah menjadi kerajaan pemerintah

oktober 1956Suruhanjaya Reid berjaya menerima 131 cadangan daripada penduduk Tanah Melayu.

31 ogos 1957draf perlembagaan bagi persekutuan Tanah Melayu

telah dibentuk.

1963Perlembagaan tersebut dipinda berdasarkan laporan suruhanjaya Cobbolt(Persetujuan rakyat Sabah dan Sarawak terhadap pembentukan Malaysia

16 Sep 1963pindaan Akta Malaysia yang memasukkan sabah, sarawak dan Singapura serta menukar nama Persekutuan kepada Malaysia

Page 14: Konsep perlembagaan

Ciri-ciri Utama Dalam Setiap Peringkat Kearah Penggubalan

Perlembagaan

Ciri – ciri Malayan Union

Malayan Union merupakan gabungan 11 buah Negeri-negeri Melayu

Bersekutu, Negeri Melayu tidak Bersekutu dan 2 buah Negeri Selat .Ciri-ciri utama

Malayan Union ialah Singapura telah diasingkan menjadi Tanah Jajahan Mahkota

kerana kepentinganny sebagai pelabuhan bebas. Selain itu, Malayan Union diketuai

oleh Gabenor British yang dilantik oleh Ratu England. Raja-raja Melayu dilantik sebagai

ahli Majlis Raja- raja dan hanya membincangkan soal agama dan adat istiadat orang

Melayu. Kerakyatan sama rata berdasarkan prinsip jus soli yang menjadi asas

kerakyatan Malayan Union juga telah diperkenalkan. Pada maa yang sama Majlis

Eksekutif dan Majlis Undangan diwujudkan sebagai badan pelaksana dan perundingan.

Ciri-ciri Perjanjian Persekutuan

Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu merupakan gabungan 11 buah negeri ,

4 buah negeri-negeri Melayu Bersekutu, 5 buah negeri Melayu Tidak Bersekutu dan 2

buah Negeri Selat.kerajaan Pusat diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi dan dibantu 2

badan kerajaan iaitu Majlis Eksekutif dan Majlis Perundangan. Negeri pula diketuai oleh

sultan dan jawatan Menteri Besar diwujudkan sebagai pentadbir negeri. Selain itu,

konsep Raja Berperlembagaan telah diwujudkan, kuasa raja ditentukan oleh

Perlembagaan. Sistem kerakyatan diperketatkan. Kerakyatan jus soli hanya untuk

rakyat melayu dan rakyat British yang lahir di sesebuah negeri Melayu dan menjadi

rakyat negeri itu secara automatic. Rakyat British ialah mereka yang lahir dan tinggal di

Pulau Pinang dan Melaka malahan British juga telah mengiktiraf semula ketuanan

Melayu yang diperakui sejak Perjanjian Pangkor.

14

Page 15: Konsep perlembagaan

Ciri- ciri Suruhanjaya Reid

Suruhanjaya Reid telah dibentuk pada Mac 1956. Tujuan pembentukannya

adalah untuk berbincang dan susun Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang

merdeka. Suruhanjaya Reid diketuai oleh Lord Reid ( Hakim British ). Tugas

Suruhanjaya ialah merangka Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

Ciri-ciri Suruhanjaya Cobbolt

Suruhanjaya Cobbolt adalah sebuah suruhanjaya yang diwujudkan adalah

untuk meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak tentang gagasan Malaysia.

Suruhanjaya ini turut membuat penilaian dan mengemukakan cadangan kepada pihak

British. Suruhanjaya ini bertugas dari Februari ke April 1962 dan seterusnya

mengemukakan laporan kepada British pada Jun 1962. Ahli-ahli yang terlibat ialah Lord

Cobbolt, Sir Antony Abell, dan Sir David Waterson.

Kesimpulan

Kewujudan perlembagaan sebagai asas undang-undang sesungguhnya

mempunyai peranan yang sangat besar dalam membentuk perjalanan pemerintahan

Negara ini. Walaupun ia sebuah perlembagaan yang terlalu panjang dan terperinci,

setakat ini ia telah Berjaya melicinkan pentadbiran Negara. Perlembagaan sebenarnya

adalah tunjang kepada keamanan dan perpaduan kaum di Malaysia. Perlembagaan

juga telah menjadi dasar kepada pembentukan demokrasi berparlimen di Malaysia.

Melalui perlembagaan setiap warganegara samavada pemerintah dan rakyat mendapat

hak masing-masing dan pembelaan sewajarnya

15