konsep perlembagaan
TRANSCRIPT
KONSEP PERLEMBAGAAN
Perlembagaan merupakan sumber undang-undang tertinggi sesebuah negara &
setiap individu perlu mematuhi keluhurannya. Tidak ada satu institusi pun yang boleh
mengatasi ketertinggian Perlembagaan Malaysia. Ia juga dianggap sebagai
panduan mengatur dan menyelaras pemerintahan sesebuah negara.Berperanan
sebagai panduan bagi pembentukan undang2 sama ada bagi pihak kerajaan atau
rakyat atau sesiapa shj. Perlembagaan umumnya dibahagikan kepada 2 jenis iaitu:
perlembagaan bertulis dan tidak bertulis.
Perlembagaan Malaysia adalah perlembagaan bertulis dan badan
perundangan, kehakiman dan eksekutif mendapat kuasa daripada
perlembagaan.
- Perlembagaan Malaysia mengandungi 15 bahagian, 183 perkara dan 13
jadual.
- Secara ringkasnya, perlembagaan Malaysia menyentuh mengenai bidang
kuasa eksekutif, legislatif, kehakiman, kedudukan agama Islam,
kewarganegaraan, bahasa kebangsaan, kedudukan istimewa orang
Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak dan sebagainya.
SEJARAH PENGGUBALAN PERLEMBAGAAN MALAYSIA.
- Perlembagaan Malaysia yg ada kini dipengaruhi oleh beberapa siri sejarah
Malaysia. Sejarah penentangan terhadap penjajah dan kemunculan
nasionalis Melayu menyedarkan mereka tentang usaha menuntut
kemerdekaan drp penjajah Barat.
- Perjuangan menuntut kemerdekaan selepas Perang Dunia Kedua dan
pengenalan Perlembagaan Malayan Union serta Persekutuan Tanah
Melayu oleh kerajaan British di Tanah Melayu.
Persiapan ke arah berkerajaan sendiri menerusi pengenalan Sistem Ahli dan
Pilihan raya di Tanah Melayu.
- Penubuhan Parti Perikatan – kerjasama yg lebih erat antara orang Melayu
dan bukan Melayu bagi memenuhi syarat yg ditetapkan oleh British iaitu:
“Kemerdekaan hanya akan diberikan sekiranya rakyat negara ini
bersatu padu dan boleh bekerjasama”.
- Rombongan kemerdekaan ke London oleh pemimpin Perikatan (pelbagai
kaum)
- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu yg merdeka 1957.
Perlembagaan Malaysia 1963.
Daripada rentetan sejarah Malaysia dan sejarah penggubalan perlembagaan
Malaysia membuktikan bahawa semangat toleransi, rela berkongsi kuasa,
sedia berkorban, persefahaman dan semangat perpaduan yg tinggi
antara pelbagai kaum menjadi penyumbang utama dalam menjamin
kelangsungan negara Malaysia sebagai sebuah negara yg berbilang kaum
dan terpisah-pisah dari segi kedudukan wilayah dan negeri.
UNSUR-UNSUR TRADISI PERLEMBAGAAN DAN KONTRAK SOSIAL
- Unsur2 ini sangat penting untuk difahami dalam usaha mewujudkan
identiti Malaysia dan memupuk persefahaman pelbagai kaum ke arah
perpaduan.
- Unsur2 ini juga adalah satu “kontrak sosial” yg telah disepakati semasa
penggubalan perlembagaan.
- Unsur2 tradisi ini meliputi: bahasa, agama, pemerintahan beraja dan
kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera Sabah & Sarawak.
Unsur2 tsb telah wujud ratusan tahun sebelum perlembagaan diwujudkan pada
tahun 1957 dan berperanan menstabilkan politik negara.
- Unsur2 tradisi ini juga dilindungi di bawah Akta Hasutan & dianggap sbg
isu-isu sensitif yg dilarang drp dijadikan isu perbincangan awam.
Pembentukan Malaysia pd tahun 1963 memberi satu lagi dimensi kpd hubungan
etnik di Malaysia.
- Kedudukan kaum2 bumiputera di kedua2 negeri ini diberikan status yg sama
sebagaimana org2 Melayu, mereka turut dimasukkan ke dlm Perkara 153.
Namun hak istimewa ini dilindungi dgn cara tidak menafikan kedudukan yg
sah kaum2 lain.
Kedudukan Sabah & Sarawak di dlm perlembagaan dilindungi oleh kuasa Yang
Dipertua Negeri2 berkenaan – Pindaan hanya boleh dibuat sekiranya
kedua-duanya memberikan persetujuan.
- Parlimen tidak blh meminda kedudukan istimewa Sabah & Sarawak. Ini
menyamai peranan dan kuasa Majlis Raja2 berhubung kedudukan orang2
Melayu.
PERKARA-PERKARA YG MENYENTUH HUBUNGAN ETNIK DALAM
PERLEMBAGAAN MALAYSIA
1. Perkara 8 – persamaan & hak sama rata (kecuali dlm soal agama,
kedudukan istimewa Melayu dan seumpamanya.
2. Perkara 10 (4) – batasan hak kebebasan bersuara drp menyentuh
kedudukan Raja2, Islam, orang Melayu, kewarganegaraan dan
seumpamanya.
3. Perkara 38 – kuasa Majlis Raja2 menghalang Parlimen membuat undang2 yg
menyentuh kedudukan Raja2 Melayu, orang Melayu & bahasa Melayu.
4. Perkara 150 (6a) – kedudukan Agama Islam, Adat istiadat Melayu &
Bumiputera Sabah & Sarawak, kewarganegaraan meskipun dlm keadaan
darurat.
5. Perkara 152 – kedudukan bahasa Melayu sbg bahasa kebangsaan
tanpa menafikan hak2 bangsa lain menggunakan bahasa mereka.
6. Perkara 153 – kedudukan istimewa orang2 Melayu tanpa menafikan
kedudukan yg sah kaum2 lain.
Kedudukan Bahasa Melayu
- Bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu yg mesti digunakan untuk
maksud2 rasmi.
- Namun perkara 152 ini juga melindungi bahasa2 lain dan
memperuntukkan bahawa “tiada sesiapa pun boleh dilarang atau ditahan
drp menggunakan (selain drp maksud rasmi) atau mengajar atau
belajar apa2 bahasa lain.
- Kerajaan berhak mengekalkan penggunaan dan pembelajaran bahasa
lain dalam persekutuan.
Rasional Perkara 152
- Kedudukan dan peranan bahasa Melayu sbg Lingua franca di alam
Melayu/Nusantara sejak berabad-abad lamanya.
- Persefahaman menjadikan BM sbg bahasa kebangsaan juga tidak perlu
merisaukan kaum lain kerana penggunaan bahasa ibunda masing2 tidak
disekat malah dijamin oleh perlembagaan.
- Sebelum Perang Dunia Kedua lagi, BM telah digunakan secara meluas bagi
tujuan rasmi seperti mesyuarat, surat-menyurat, perundangan &
kehakiman di negeri2 Melayu tidak bersekutu, jabatan Polis dsb bagi
memudahkan pentadbiran yg terdiri drp pelbagai kaum.
BM diterima sbg bahasa rasmi walaupun pd zaman pentadbiran British - Pegawai2
Eropah yg memegang lebih 90% jawatan kumpulan 1 perlu
mempelajari BM, mengambil ujian BM dan dikehendaki lulus, barulah
boleh berkhidmat di Tanah Melayu.
Kedudukan Agama Islam
- Agama Islam adalah agama persekutuan tetapi agama lain boleh
diamalkan dgn aman dan damai di mana2 bahagian persekutuan.
- Kebebasan beragama ini dijamin dlm perlembagaan terhadap semua
agama iaitu setiap orang mempunyai hak untuk menganut &
mengamalkan agamanya dan setiap agama mempunyai hak untuk:
1. Menguruskan hal-ehwal agamanya sendiri.
2. Menubuh & menyelenggara institusi bagi maksud agama
atau khairat.
3. Memperoleh dan memiliki harta benda serta memegang &
mentadbirnya mengikut undang2.
- Oleh sebab Islam diterima sbg agama bagi persekutuan, pihak kerajaan
sama ada kerajaan persekutuan atau negeri mempunyai kebebasan,
kuasa dan keistimewaan untuk menubuhkan atau menyelenggara atau
membantu penubuhan institusi Islam dan melaksanakan ajaran dlm
agama Islam serta mengeluarkan perbelanjaan yg diperlukan untuk tujuan
itu.
Rasional perkara ini menunjukkan bahawa Islam telah diterima sbg agama
persekutuan sejak zaman Kesultanan Melayu Melaka sehinggalah
zaman penjajahan British.
- Di negeri2 Melayu, sebelum penjajahan, penggunaan undang2 Islam
telah dilaksanakan dan diktiraf oleh penjajah British.
Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera Sabah & Sarawak.
- Hak istimewa ini meliputi jawatan dlm perkhidmatan awam, biasiswa,
pendidikan, perniagaan dan kemudahan khas lain yg diberikan.
- Namun perkara ini dilaksanakan dgn cara tidak menindas kaum2 lain.
Cthnya: mengakibatkan kehilangan sebarang jawatan awam yg dipegang
oleh sesiapa atau penarikan sebarang biasiswa atau keistimewaan yg
dinikmati oleh kaum lain atau perlucutan/penamatan permit lesen yg
dipegang olehnya.
Siapakah yg dimaksudkan sbg orang Melayu?
- Dlm Perlembagaan Malaysia, Melayu itu ditakrifkan sebagai:
1. Lazimnya bertutur dlm bahasa Melayu.
2. Menganut agama Islam.
3. Mengamalkan adat istiadat Melayu.
Bumiputera di Sabah & Sarawak pula semua suku kaum asli / peribumi Sabah.
Rasional Perkara 153 Kedudukan Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera
Sabah & Sarawak
- Mengambil kira semangat persefahaman, toleransi, berkongsi kuasa &
sedia berkorban di kalangan orang Melayu & bukan Melayu ketika
penggubalan perlembagaan.
- Intipati drp kontrak sosial.
- Perkara2 yg dibicarakan dlm Perkara 153 ini khususnya menyentuh 3
perkara iaitu:
1. Perkhidmatan Awam.
- Dlm perlembagaan dinyatakan bahawa adalah menjadi tanggung jwb
YDA untuk menentukan rezab bagi orang Melayu & bumiputera Sabah &
Sarawak dgn memperuntukkan kadar bilangan jawatan dlm
perkhidmatan awam persekutuan yg baginda fikirkan perlu. Namun layanan
yg adil mesti diberikan kpd setiap kaum dari segi kenaikan pangkat,
gaji & kebajikan yg lain.
-Adalah rasional merezabkan bilangan orang Melayu dan bumiputera Sabah
& Sarawak kerana pd masa penjajahan dan awal merdeka sangat
sedikit yg berpeluang menganggotai perkhidmatan awam.
2. Ekonomi.
- Perkara 153 wajar digunakan utk mencapai tujuan memperbetulkan
ketidakseimbangan ekonomi antara orang Melayu dan bukan Melayu
yg wujud kerana dasar ekonomi penjajah.
-Faktor pembahagian kekayaan dan agihan pendapatan yg tidak adil dan
seimbang menjadi faktor utama yg mempengaruhi hubungan etnik.
3. Pendidikan
-Sistem pendidikan tinggalan penjajah telah mengekalkan org Melayu dan
bumiputera Sabah & Sarawak dlm kemiskinan dan tercicir dalam
kemajuan pendidikan.
-Wlpun kedudukan istimewa mengenai pendidikan Melayu dan bumiputera
diwujudkan namun pelbagai toleransi antara kaum telah diwujudkan
dengan tidak menghapuskan sekolah Cina dan Tamil.
-Setiap kaum mempunyai institusi pendidikan tinggi mereka: Melayu – UiTM,
Cina - KTAR,
India – Kolej Tafe
- Toleransi kaum juga menyebabkan pemberian pinjaman pendidikan
diberikan kpd smua kaum menerusi PTPTN utk membiayai kos pendidikan
mereka.