konsep pentaksiran dan penilaian

Upload: firdaus-azreen

Post on 04-Apr-2018

248 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    1/16

    1

    PENGHARGAAN

    Pertama kali syukur ke hadrat ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat kami

    menyiapkan assignment kami ini. Terima kasih yang tidak terhingga kepada semua individu yang

    telah membantu kami melaksanakan kerja kami ini secara langsung atau pun tidak langsung..

    Terima kasih yang tidak terhingga kepada En Hamizan B Palil selaku pensyarah mata

    pelajaran Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah (RBT 3108) ini atas

    bimbingan dan tunjuk ajar beliau kepada kami.. Buat semua kawan-kawan kami juga ingin

    mengucapkan terima kasih atas sokongan dan dorongan mereka sehingga kami dapat menyiapkan

    kerja kami ini.

    Kami juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak sekolah kami kerana

    memberi peluang kepada kami dan banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini.

    Terutamanya kepada pihak pentadbiran dan Ketua Panitia Kemahiran Hidup.

    Kami juga ingin memohon sejuta kemaafan sekiranya terdapat kesilapan dan kekurangan

    dalam tugasan kami ini., segala kekurangan harap dimaafkan..sesungguhnya yang baik itu

    datangnya dari allah dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan kami sendiri..

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    2/16

    2

    KANDUNGAN

    PENGHARGAAN ................................................................................................ 1

    KANDUNGAN .................................................................................................... 2

    Pengenalan ...................................................................................................... 4

    1 Pengenalan Pentaksiran dan Penilaian .......................................................... 4

    1.1 konsep pentaksiran DAN PENILAIAN ......................................................... 4

    1.1.1 Definisi dan Konsep Pentaksiran ....................................................... 4

    1.1.2 Definisi dan konsep penilaian ............................................................ 6

    1.1.3 Hubungan antara pentaksiran dan penilaian ..................................... 9

    1.2 PERUNDANGAN DAN KESAKSAMAAN DALAM PENTAKSIRAN (Prosedur

    penilaian) .................................................................................................... 10

    2 Pembentukan dan pelaksanaan ujian ........................................................... 11

    2.1 Kepentingan pentadbiran dan pelaksanaan ujian yang baik...................11

    2.2 Aspek-aspek penting pentadbiran dan pelaksanaan ujian......................11

    2.2.1 Pengendalian ujian .......................................................................... 12

    2.2.2 Keresahan pelajar ............................................................................ 13

    2.2.3 Peniruan dan penipuan .................................................................... 13

    2.2.4 Menyediakan murid......................................................................... 13

    2.2.5 Arahan dalam ujian ......................................................................... 14

    2.3 Pemeriksaan ujian ................................................................................. 14

    2.3.1 Bentuk ujian diberi dan di mana jawapan itu dibuat ........................15

    2.3.2 Tujuan ujian dijalankan .................................................................... 15

    2.3.3 Kemampuan guru mengikut sesuatu prosedur serta kemudahan yang

    ada dan dapat digunakan ......................................................................... 15

    2.3.4 Emosi pemeriksan ........................................................................... 15

    2.3.5 Suasana tempat pemeriksaan ......................................................... 15

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    3/16

    3

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    4/16

    4

    PENGENALAN

    Kebelakangan ini pentaksiran dalam bilik darjah kian diberi perhatian (Zhang & Burry-Stock, 2003) .

    Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang mula diperkenalkan untuk peringkat tahun satu

    pada tahun 2011 telah mengguna pakai Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) untuk mentaksir

    pembelajaran murid. Pentaksiran dalam bilik darjah merupakan sebahagian daripada aktiviti

    penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran (McMillan,2000). Tujuan pentaksiran yang

    terpenting adalah membantu pelajar menguasai isi kandungan pelajaran (Akhbar Ibrahim & Siti

    Zaliha Reduan, 2002), memperbaiki pembelajaran pelajar (Gronlund, 2006; Roeber, 2002) dan

    pemberian gred (Airasian,2001; Black & William, 1998) Pentaksiran ini termasuklah pentaksiran

    bertulis atau pentaksiran secara lisan yang dijalankan sepanjang pelajaran hinggalah yang dibuat

    pada akhir tahun (Akhbar Ibrahim & Siti Zaliha Reduan, 2002). Pentaksiran yang berkesan dapat

    membantu guru mengetahui tahap pembelajaran pelajar dan juga keberkesanan pengajaran guru.

    Guru merupakan pihak utama yang bertanggungjawab dalam pentaksiran pengajaran dan

    pembelajaran pelajar, oleh itu kualiti pentaksiran bilik darjah yang diamalkan oleh guru amat diberi

    perhatian. Para guru perlu mempunyai kemahiran pentaksiran tertentu bagi mengamalkan

    pentaksiran yang berkesan. Tujuan utama pentaksiran dalam bilik darjah adalah untuk mendapat

    maklumat tentang kemajuan dan pencapaian seseorang pelajar (Abu Bakar Nordin, 1986;

    Airasian,2001; Desforges,1989; Jacobs & Chase,1992; Mcmillan, 2008) pentaksiran dalam bilik

    darjah merangkumi aktiviti-aktiviti seperti pembentukan ujian bertulis dan pentaksiran prestasi

    (performance assessment), penggredan, mentafsir skor peperiksaan, memberi maklum balas

    tentang hasil pentaksiran dan penggunaan hasil pentaksiran dalam membuat keputusan. Guru

    gunakan pelbagai kaedah pentaksiran untuk mengesan perkembangan pembelajaran pelajar

    (Stiggins & Bridgeford, 1984) dan juga pencapaian akademik pelajar bergantung kepada tujuan

    atau fungsi pentaksiran itu (Ng, 1991).

    1 PENGENALAN PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

    1.1KONSEP PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

    1.1.1 DEFINISI DAN KONSEP PENTAKSIRAN

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    5/16

    5

    Banks (2005) mendefinisikan pentaksiran sebagai ' The total sets of information gathered about

    students in the classroom'. Definisi yang diberikan oleh Banks memperlihatkan penilaian wujud

    dalam pentaksiran.

    Manakala Mc Milan (2004) didalam bukunya yang bertajuk Classroom Assessment pula

    mendefinisikan pentaksiran bilik darjah sebagai ' Classroom assessment can be defined as the

    collection, evaluation and use of information to help teachers make better decisions. Penilaian

    melibatkan pertimbangan nilai. Ini bermakna ada aktiviti menghurai, menganalisa, menterjemah

    dan menafsir.

    Pentaksiran bilik darjah dari kacamata Mohamad Sahari Nordin (2002) merangkumkan kedua-dua

    definisi Banks dan McMilan iaitu sebagai proses mengumpulkan dan menafsir maklumat tentang

    pelajar untuk membuat keputusan-keputusan yang dapat meningkatkan pembelajaran dan

    pengajaran. Definisi oleh Mohamad Sahari Nordin menulis dengan nyata perkataan menafsir.

    Kesimpulannya kita boleh katakan penaksiran merupakan satu episod dalam proses pengajaran

    dan pembelajaran yang melibatkan aktiviti mengumpul, merekod, menghurai, menganalisis,

    menterjemah dan menafsir maklumat bertujuan membantu pihak-pihak berkepentingan membuat

    keputusan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Pentaksiran merupakan satu proses

    mendapatkan malumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk

    sesuatu proses pendidikan.

    Dari konteks pendidikan pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang

    merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi

    maklumat tentang pembelajaran seorang pelajar bagi sesuatu tujuan. Pentaksiran juga merupakan

    satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang dalam

    sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan.

    Untuk melaksanakan penaksiran, seorang guru itu perlu faham elemen-elemen penting yang

    terkandung dalam penaksiran. Tujuan umum penaksiran di bilik darjah ialah untuk membantu

    meningkatkan mutu pembelajaran murid dan pengajaran guru. Bagi mengetahui mutu

    pembelajaran dan pengajaran yang sedang diamalkan, satu aktiviti yang mampu memberikanpetunjuk pencapaian ialah pengukuran kerana ia memberi nilai kuantitatif yang boleh kita lihat.

    Aktiviti pengukuran ini perlu diikuti oleh aktiviti penilaian kerana ia memberikan pertimbangan nilai

    atas apa yang diukur. Melalui maklumat-maklumat ini, baharulah tindakan yang membantu

    memperkukuhkan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara berterusan.

    Jika diteliti, seiring dengan matlamat penaksiran, penaksiran ini perlu dilakukan dalam setiap

    langkah pengajaran, iaitu sebelum, semasa dan di akhir pengajaran.

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    6/16

    6

    Bagi menterjemahkan tujuan pentaksiran secara konkrit dalam amalan bilik darjah, kita harus sedar

    proses pentaksiran perli dirancang, dilaksana dan dinilai dengan teliti. Justeru, proses penaksiran

    hanya dapat menghasilkan maklumat-maklumat yang berguna dalam meningkatkan kualiti

    pengajaran dan pembelajaran sekiranya aktiviti-aktiviti pengukuran dan penilaian dilakukan secara

    tepat dan sistematik

    Berikut adalah tujuan pentaksiran secara ringkas

    Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran

    Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran

    Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran

    memperbaiki pengajaran-pembelajaran.

    Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik

    bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.

    Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.

    Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.

    Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

    .

    1.1.2 DEFINISI DAN KONSEP PENILAIAN

    Penilaian adalah proses memperolehi maklumat dan menggunakannya untuk membuat pentafsiran

    dan keputusan.

    Menurut D.Stufflebeam; Educational Evaluation and Decision Making. Proses menentukan ,

    mendapat dan memberikan maklumat yang berguna untuk membuat pertimbangan dan tindakan

    susulan

    Penilaian pula menurut Banks ' are the spesific process of describing and making judgements

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    7/16

    7

    about assessments

    Mokhtar Ismail (1995), menterjemah maksud penilaian dari kacamata Gronlund (1981) sebagai

    satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran telah dicapai oleh para

    pelajar.

    Bagi McMilan (2004), pula menyatakan penilaian melibatkan 'an interpretation of what has been

    gathered through measurement, in which value judgement are made about performance.

    Gay (1985) menyatakan penilaian adalah satu proses yang sistematik semasa mengumpul dan

    menganalisis data bagi menentukan sama ada sesuatu objektif yang telah ditetapkan itu telah

    tercapai.

    Secara kesimpulannya, penilaian merupakan satu proses yang sistematik untuk menentukan

    sejauh mana objektif pengajaran dapat dicapai oleh murid. Ia juga merupakan proses menentukan

    perubahan tingkah laku seseorang individu dan membuat pertimbangan nilai. Penilaian merupakan

    satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk menentukan peringkat pencapaian dan

    kedudukan dalam pembelajaran. Penilaian merangkumi aspek pengujian dan pengukuran.

    Penilaian juga dapat didefinisikan sebagai satu proses/prosedur yang sistematik bagi membuat

    pertimbangan dalam menafsir hasil pengukuran, yang bertujuan untuk memberi maklumat tentang

    pencapaian akademik, kemahiran atau sikap.

    Dalam pendidikan proses penilaian melibatkan:

    Perancangan rapi bagi menilai perkara & objektif

    Aktiviti penilaian termasuk analisis hasil pengukuran kuantitatif dan kualitatif tingkah laku

    murid-murid dan membuat pertimbangan nilai terhadap tingkah laku itu.

    Penilaian ke atas murid adalah lebih daripada pengukuran atau pengujian dan mempunyai

    makna yang sangat luas

    Dalam bilik darjah penilaian adalah:

    Proses mengumpul maklumat tentang strategi atau aktiviti pengajaran dan pembelajaran

    Menganalisis atau membuat keputusan dan merancang tindakan sewajarnya

    Proses sistematik untuk mendapatkan maklumat bagi menentukan pencapian sesuatu

    objektif dan arah pengajaran dan pembelajaran

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    8/16

    8

    Penilaian melibatkan tiga langkah seperti berikut :

    mendapatkan maklumat melalui pengukuran

    menetapkan suatu kriteria bagi pengukuran

    membuat suatu pentaksiran (pertimbangan) tentang hasil pengukuran.

    Maklumat/data untuk penilaian adalah berbentuk kualitatif dan juga kuantitatif

    Contoh Kualitatif .

    gred (A,B,C.D)

    dinyatakan dalam nilai cemerlang, kepujian, lulus atau gagal

    Contoh Kuantitatif

    Hafizah dapat melukis gambar sebuah kereta dengan cepat, tepat dan bersih.

    Tujuan Penilaian ialah:

    Membantu guru mengetahui keupayaan penguasaan pelajar.

    Membantu guru dalam membuat perbandingan antara seseorang pelajar dengan rakan-

    rakannya atau antara kelas tersebut dengan kelas yang lain.

    Membuat perbandingkan pencapaian pelajar dalam subejk tersebut dengan pencapaian

    dalam subjek lain.

    Menentukan pelajar yang tinggi keupayaannya dan yang amat lemah keupayaannya dan

    lemah pencapaiannya

    Membantu guru dalam menentukan pengayaan dan pemulihan bagi pelajar yang

    berkenaan.

    Membantu guru dalam membuat jangkaan terhadap potensi atau bakat pelajar terhadap

    pembelajaran.

    Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta kaedah pengajaran mereka.

    Melalui ujian penilaian yang dilakukan guru dapat berusaha meningkatkan keberkesanan

    pengajaran mereka.

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    9/16

    9

    Pelajar berpeluang mengetahui kelemahan dalam sesuatu kemahiran atau bidang dan

    segera memperbaikinya.

    1.1.3 HUBUNGAN ANTARA PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN

    Dari kupasan beberapa definisi pentaksiran dan definisi penilaian, kita boleh rumuskan bahawa

    untuk melaksanakan pentaksiran, kita memerlukan aktiviti yang dapat membantu kita

    mengkategorikan perubahan tingkah laku yang kita harapkan dan itulah dia penilaian.

    Perkaitan antara penilaian dan pentaksiran boleh dilihat melalui petikan gambarajah yang dibinaoleh Banks (2005)

    Rajah 1.1 Perkaitan Pentaksiran dengan penilaian

    Jelas, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang

    merangkumi aktiviti penilaian.

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

    Pentaksiran

    Penilaian Pentaksiran tidak formal

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    10/16

    10

    1.2PERUNDANGAN DAN KESAKSAMAAN DALAM PENTAKSIRAN

    (PROSEDUR PENILAIAN)

    Prosedur penilaian mengandungi aspek-aspek pengujian, pengukuran, penganalisaan dan

    penyimpulan. Prosedur penilaian ini boleh dilaksanakan dalam lima peringkat iaitu:

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

    Peringkat Persediaan Ujian

    Peringkat Pentadbiran Ujian

    Peringkat Pemeriksaan dan

    Pengukuran

    Peringkat Analisis Ujian

    Peringkat Interpretasi dan

    tindakan susulan

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    11/16

    11

    Rajah 1.2 Prosedur penilaian

    Berdasarkan keterangan di atas, pengujian dan pengukuran merupakan aktiviti-aktiviti utama dalam

    aktiviti penilaian.

    2 PEMBENTUKAN DAN PELAKSANAAN UJIAN

    2.1 KEPENTINGAN PENTADBIRAN DAN PELAKSANAAN UJIAN YANG

    BAIK.

    Apabila kita sebagai guru membuat soalan-soalan ujian, kita akan merujuk kepada sukatan dan

    Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Mengapa kita berbuat demikian? Tidak lain dan tidak bukan adalah

    untuk menjamin kesahan ujian. Kita juga menjalankan penganalisaan item yang dikenali sebagai

    indeks diskriminasi dan indeks kesukaran item-item soalan. Selain itu, kita juga mengambil langkah

    sesuai bagi memastikan soalan-soalan mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi. Kita akhirnya

    menyimpan kertas-kertas ujian di dalam bilik kebal bagi menjamin keselamatan kertas ujian

    sementara menantikan hari peperiksaan tiba.

    Sebenarnya , dalam kita mentadbir ujian, ada aspek-aspek yang mempengaruhi tahap kesahan

    dan kebolehpercayaan ujian. Ini bermakna kita sebagai guru perlu mengambil langkah berkesan

    bagi memastikan ujian yang kita tadbir terus menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian.

    2.2 ASPEK-ASPEK PENTING PENTADBIRAN DAN PELAKSANAAN

    UJIAN.

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    12/16

    12

    Antara aspek-aspek penting pentadbiran dan pelaksanaan ujian yang perlu kita ambil perhatian

    ialah

    Pengendalian ujian

    Keresahan pelajar

    Peniruan dan penipuan

    Menyediakan pelajar

    Arahan dalam ujian

    2.2.1 PENGENDALIAN UJIAN

    Ada banyak perkara yang diuji dan dinilai dalam sesebuah institusi pendidikan. Apa yang pasti ,

    lain perkara yang diuji dan dinilai, lain pula prosedur yang perlu dipatuhi. Ada kalanya kita

    melaksanakan ujian terkawal menggunakan pensel dan kertas, ada waktunya pula kita membuat

    ujian jadi berbeza-beza. Apa yang penting, siapa pun penguji, tugas utama beliau ialah memahami

    jenis atau prosedur yang hendak dijalankan termasuk aspek peraturan, metod menjawab, tempoh

    masa dan juga suasana menjawab. Baharulah nanti pencapaian murid boleh diukur dengan tepat.

    Justeru, bagi menjamin kesahan dan kebolehpercayaan ujian, setiap penguji mestilah mengambil

    inisiatif memahami penerangan dan panduan menjalankan ujian sebelum menjalankan ujian.

    Bukan itu sahaja, penguji dan pengawas ujian mestilah mematuhi langkah-langkah yang

    dinyatakan dalam penerangan semasa menjalankan sesi ujian

    Dalam suasana ujian formal, ujian merupakan satu ancaman kepada murid. Sebagai penguji dan

    pengawas ujian, kita tidak sepatutnya membuat suatu tindakan yang boleh meningkatkan rasa

    ancaman kepada calon. Sudah pasti calon yang mengambil ujian akan berasa gementar, tidak

    tenang dan akan berasa kurang selesa. Guru perlu memastikan pelajar dalam keadaan selesa

    ketika menjawab ujian. Seorang guru sepatutnya mengambil langkah sesuai bagi memastikan

    semua calon berada dalam keadaan bebas dari sebarang gangguan penumpuan. Antaranya,

    pencahayaan, silauan matahari, kejadian-kejadian luar yang dapat mengganggu penumpuan dan

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    13/16

    13

    sebagainya. Sekiranya dalam ujian lisan pula, guru perlulah sentiasa mesra dan tenang supaya

    murid tidak berasa takut dan gugup untuk menjawab soalan. Tempat ujian mestilah selesa, tidak

    bising, dan pastikan tiada gangguan yang akan membuatkan murid terganggu.

    2.2.2 KERESAHAN PELAJAR

    Sebagai guru, kita harus sedar perkaitan antara murid dan ujian. Perkaitan ini sebenarnya

    diperolehi dari pemerhatian dan pengalaman juga kajian. Ujian boleh menimbulkan kerisauan.

    Darjah kerisauan pula mempengaruhi pencapaian. Sebagai guru, apa yang sepatutnya kita lakukan

    dalam aspek keresahan pelajar ini? Kita mesti urus keresahan pelajar ini dengan mentadbir ujian

    yang kita jalankan dengan baik. Keresahan tinggi akan menjadikan murid mengalami tekanan lalu

    tidak dapat berfikir secara rasional. Sebaliknya, tiada kerisauan langsung menyebabkan murid tidak

    mempamerkan keupayaan pembelajarannya yang sebenar dan ini mempengaruhi tingkat

    kebolehpercayaan ujian. Bila ini berlaku mana mungkin seorang guru itu mampu membuat

    penilaian dan pentaksiran yang tepat? Dalam usaha meletakkan keresahan pelajar pada tahap

    positif, seorang guru mesti menyediakan pelajar. Maksud menyediakan pelajar adalah guru perlu

    melengkapkan diri seseorang murid dengan ilmu yang ingin diujinya supaya perasaan kerisauan itu

    dapat dikawal.

    2.2.3 PENIRUAN DAN PENIPUAN

    Mengapa meniru dan mengapa dalam ujian dan peperiksaan? Apa kesannya kepada skor yang

    diperolehi oleh murid? Skor tidak menggambarkan pencapaian sebenar murid. Bermakna,

    kebolehpercayaan menghasilkan penilaian serta pentaksiran yang membolehkan keputusan

    berkesan diambil.

    Justeru, aspek peniruan dan penipuan mesti diurus dalam mentadbir ujian. Antara lengkah-

    lengkah yang boleh diambil ialah member kesedaran kepada murid bahawa meniru dan menipu

    adalah salah serta mengambil langkah sesuai menjauhkan murid dalam keadaan yang

    membolehkan mereka meniru dan menipu. Kita juga mesti membuat keputusan tegas apabila

    keadaan ini benar-benar berlaku. Sekiranya guru Berjaya menyedarkan murid tujuan sebenar ujian

    penipuan dan peniruan juga boleh dielakkan.

    2.2.4 MENYEDIAKAN MURID.

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    14/16

    14

    Berbalik kepada tujuan sebenar ujian, mengapa kita mesti merahsiakan rupa bentuk ujian kepada

    murid-murid kita? Tambahan pula, ujian merupakan pengalaman yang mencemaskan. Sekiranya

    kita mengharapkan murid mempamerkan potensi sebenar ia tidak sepatutnya dirahsiakan.

    Sebaliknya guru perlu mengambil tindakan menyediakan pelajar untuk menghadapi ujian yang

    telah dirancang.

    2.2.5 ARAHAN DALAM UJIAN

    Mana-mana kertas ujian pasti mengandungi arahan. Sebagai guru, kita sepatutnya membimbing

    murid untuk sentiasa membaca dan memahami arahan. Ada dalam kalangan murid tidak mendapat

    skor yang baik bukan kerana tidak menguasai apa yang dipelajari, tetapi hanyalah kerana tidak

    meneliti dan tidak memahami arahan ujian. Apatah lagi bagi murid yang lemah, kita perlu

    mengawasi mereka supaya dapat member jawapan mengikut arahan.

    Jadi, apa yang sepatutnya dilakukan oleh guru? Kita sewajarnya memastikan murid benar-

    benar faham bagaimana menjawab sesuatu ujia. Satu pendekatan yang kita lakukan ialah

    membuat simulasi atau percubaan untuk membiasakan pelajar membaca arahan, memahami

    arahan dan bertindak balas seperti arahan.

    2.3 PEMERIKSAAN UJIAN

    Pemeriksaan ujian merupakan perkara yang perlu diambil perhatian dan ditadbir dengan baik

    selepas ujian dilaksanakan. Tahap penguasaan murid boleh dibuktikan melalui skor atau markah

    yang diperolehi dalam sesuatu ujian. Skor yang tinggi menunjukkan murid menguasai sesuatu

    top[ik dengan baik. Tetapi, adakah semestinya demikian? Skrip jawapan seorang murid mendapat

    dua skor markah yang jauh berbeza dari dua orang pemeriksa. Apa yang berlaku? Skor yang tinggi

    boleh juga disebabkan cara pemeriksaan ujian , guru perlu mempertimbangkan aspek-aspek

    berikut:

    Bentuk ujian diberi dan dimana jawapan itu dibuat

    Tujuan ujian dijalankan

    Kemampuan guru mengikut sesuatu prosedur serta kemudahan yang ada dan dapat digunakan

    Emosi pemeriksa

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    15/16

    15

    Suasana tempat pemeriksaan

    2.3.1 BENTUK UJIAN DIBERI DAN DI MANA JAWAPAN ITU DIBUAT

    Guru mempunyai berbagai pilihan bentuk ujian. Bagi ujian pencapaian bertulis misalnya, guru

    mempunyai pilihan untuk menyediakan item ujian bentuk objektif mahupun subjektif. Bagi ujian

    objektif pula guru sekali lagi mempunyai pilihan unutk mengarahkan murid menjawab dalam kertas

    OMR atau diatas kertas ujian itu sendiri. Apa pun tindak balas yang kita harapkan daripada murid,

    guru seharusnya sedar jawapan murid boleh ditanda oleh sesiapa sahaja dengan pemberian

    markah yang sama dan serupa.

    2.3.2 TUJUAN UJIAN DIJALANKAN

    Ujian formatif memerlukan maklumat segera. Jadi, pemeriksaan ujian perlu dibuat secepat yang

    mungkin. Jika kita lambat memeriksa jawapan murid, kita akan lambat mendapat maklumbalas

    berkenaan tahap penguasaan murid. Mana mungkin kita dapat membuat tindakan

    penambahbaikan yang berkesan jika maklumbalas tahap pengetahuan murid diketahui tidak pada

    masa yang tepat?

    2.3.3 KEMAMPUAN GURU MENGIKUT SESUATU PROSEDUR SERTA

    KEMUDAHAN YANG ADA DAN DAPAT DIGUNAKAN

    2.3.4 EMOSI PEMERIKSAN

    Emosi guru sebagai pemeriksa ujian perlu dikendali dengan baik kerana ia boleh mengancam

    kebolehpercayaan ujian

    2.3.5 SUASANA TEMPAT PEMERIKSAAN

    Suasana tempat pemeriksaan pula sebenarnya mempemngaruhi emosi dan penumpuian guru

    ketika memeriksa jawapan murid.

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108

  • 7/31/2019 Konsep Pentaksiran Dan Penilaian

    16/16

    16

    Pentaksiran Reka Bentuk Dan Teknologi Sekolah Rendah RBT3108