konsep kerohanian dan pandangan agama hindu

12
KONSEP KEROHANIAN DAN PANDANGAN AGAMA HINDU KEPERCAYAAN Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden. Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman(iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan). Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu Brahma: Pencipta Vishnu: Pemelihara Shiv Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama: Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu. Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam

Upload: muhd-muqri

Post on 27-Dec-2015

171 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

KONSEP KEROHANIAN & PANDANGAN AGAM HINDU

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Kerohanian Dan Pandangan Agama Hindu

KONSEP KEROHANIAN DAN PANDANGAN AGAMA HINDU

KEPERCAYAAN

Agama Hindu telah terpelihara sejak zaman Veda lagi dengan idea bahawa Tuhan (Brahman) wujud dan boleh dialami secara mendalam dengan mencapai keadaan kesedaran transenden.

Mereka percaya dengan kitaran kelahiran, kematian dan kelahiran semula (samsara) di mana sistem ini bergantung dengan amalan-amalan (karma) seseorang itu yang akan menentukan kehidupan seterusnya di alam yang lain. Yoga (penyatuan) ialah amalan rohaniah untuk mencapai penyatuan antara Atman(iaitu, roh dirih) dengan Brahman (Roh Agung atau Tuhan).

Brahman, Satu Realiti yang Menyeluruh, menjadi Isvara (Tuhan) melalui tiga sifatnya iaitu

Brahma: Pencipta

Vishnu: Pemelihara

Shiv Ini mewakili Triniti Hindu atau Trimurti. Ini pula boleh ditambah dengan pemujaan kuasa feminin alam semesta, iaitu Shakti yang juga dipanggil Devi. Orang Hindu mempunyai tiga kepercayaan utama:

Shaivisme: Pemujaan Shiva, dewa paling hebat, iaitu Pemusnah dan Pencipta Semula. Shiva juga dikenali sebagai Mahadev atau Maha Dewa. Kuasa ciptaannya dirayakan dengan penyembahan lingam, satu objek pujaan berbentuk huruf r yang lazim terdapat di kuil-kuil dan juga rumah-rumah orang beragama Hindu.

Vaishnavisme: Pemujaan dewa Vishnu merupaka amalan paling popular di kalangan orang Hindu sebab Dewa ini sering mengambil bentuk manusia dari masa kesemasa untuk membantu manusia. Dewa ini telah melalui sembilan kehidupan semula (avataras) dan ia diramalkan akan kembali hidup semula dalam bentuk lain. Daripada sembilan kelahiran ini, dua kelahiran yang paling utama adalah ketika Dewa ini mengambil bentuk manusia sebagai Rama dan Krishna.

Shaktisme: Pemujaan tenaga aktif wanita yang termasuk kuasa pemusnah Kali dan yang lebih lembut, iaitu Dewa Parvati dan Uma.

a: Tuhan Pemusnah dan Kelahiran semula.

KITAB-KITAB HINDU

Terdapat empat Veda (Rig, Atharva, Sama dan Yahjur) yang ditulis sekitar 1500 SM dan yang terdiri daripada lagu pujian dan amalan.

Page 2: Konsep Kerohanian Dan Pandangan Agama Hindu

Kitab-kitab ini juga berserta denganUpanishad atau ajaran asas agama Hindu.

Smriti merupakan himpunan undang-undang buatan para wali dan bijaksana beragama Hindu manakala Undang-Undang Manumenggariskan tugas manusia dan tanggungjawab sosial berdasarkan sistem kasta dan kelas sosial.

Parana-parana memperkukuhkan Veda dan terdapat 18 parana, enam untuk Vishnu, enam untuk Brahma dan enam untuk Shiva. Parana-parana ini termasuk Bhagavatam yang dianggap oleh fahaman Vaishnavisme sebagai kitab paling unggul dan tulen

Ramayana merupakan sebuah mahakarya yang dikhaskan untuk Rama, iaitu Dewa yang hidup semula selepas menjadi Vishnu.

Rama merupakan simbol dharma(amalan baik) dan dewa ini menyelamatkan Sita, isterinya yang diculik, dengan bantuan abangnya, Lakhsmana, dan dewa jelmaan monyet, Hanuman.

Mahakarya ini menunjukkan kejayaan kebaikan menentang dewa yang tamak. Satu lagi teks Hindu yang penting ialah Bhagavad Gita di mana Dewa Krishna menceritakan laluan kesedaran Tuhan kepada pemujanya bernama Arjuna

http://pismppra2.blogspot.com/2010/07/pandangan-mengikut-agama-hindu.html

Nilai-nilai murni dari perspektif pelbagai agama di Malaysia.

Pengenalan:

Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan dari semasa ke semasa.

Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam. Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

Nilai-nilai Murni Dalam Masayarakat Melayu

Page 3: Konsep Kerohanian Dan Pandangan Agama Hindu

Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Masyarakat Melayu mengutamakan amalan budi kerana amalan ini merupakan jati diri setiap orang Melayu dalam masyarakat Melayu.

Bagi masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati diri amat penting untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak, dan berbudi. Justeru, terdapat pelbagai egen yang membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyarakat umat Islam dan orang Melayu.

      i.        Keluarga

  Merupakan egen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab yang amat berat   Keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang mempunyai

keperibadian yang luhur dan suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat 

 

    ii.        Masyarakat

  Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial  Kawalan sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan lain-lain atau berbentuk

sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti mahkamah, polis dan sebagainya

   iii.        Kerajaan/Pemerintah

  Kerajaan dan pemerintah merupakan egen pembentuk masyarakat yang bertamadun dan harmonis   Kejayaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinanyang diterajui oleh pemimpin yang

melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah

Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu sejak dari abad ke-13 lagi. ( Pemikir AprilJun2003: 6)

Kedua-dua aspek ini juga menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat tersebut.(Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001: 187) Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai (budaya) masyarakat yang dianggotainya. (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187) Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi yang terpenting adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja. Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan

Page 4: Konsep Kerohanian Dan Pandangan Agama Hindu

mengekalkan kesinambungan budaya dan identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia 2001 : 191192).]

 

 

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Cina

Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri. Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan tian (langit) di samping kepercayaan primitif iaitu animisme iaitu pemujaan bintang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya telah wujud dalam masyarakat Cina sejak zaman silam lagi.

Masyarakat . Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka berbanding konsep ketuhanan. Bagi masyrakat Cina kepercayaan dan agama merupakan perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan dan konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.

Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral. Konsep Ying dan Yang juga mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untuk mencapai keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun Asia UM: 2002: 306-307)

 

Falsafah Konfusianisme

Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspekaspek falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius (551SM-479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik iaitu:

Page 5: Konsep Kerohanian Dan Pandangan Agama Hindu

  Perikemanusiaan (ren)  Kewajaran (yi)  Kesusilaan (li)  Kearifan (zhi)

Ajaran Konfusius

Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai wulun, iaitu:

      i.        Raja dengan menteri    ii.        Ayah dengan anak   iii.        Suami dengan isteri   iv.        Abang dengan adik    v.        Kawan dengan kawan

Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni yang membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasasma tanpa mengira bangsa.

Ajaran Buddhisme

Ajaran Buddhisme mementingkan kesederhanaan di mana asas pengajarannya ialah penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau yang terlalu mengikut perasaan.

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakt India

Masyarakat India kenbanyakkan beragama Hindu. Bagi masyarakat India, keluarga merupakan unit asas dan terpenting. ( Azhar Hj. Md Ars dan Azharuddin Mohd Dali 2000 : 164 ). Masyarakat India juga mengamalkan sistem keluarga bersama (joint family).

Apa yang dititikberatkan dalam masyarakat India ialah perpaduan di antara ahli keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan. Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda. Sistem keluarga bersama juga mengalami kemorosotan kerana tidak dapat bertahan dengan cabaran-cabaran semasa dan arus pemodenan terutama pengaruh daripada Barat menerusi media massa dan ICT.

Page 6: Konsep Kerohanian Dan Pandangan Agama Hindu

Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat objektif mulia yang mesti ada bagi setiap insan. Apa yang dimaksudkan dengan empat objektif mulia ini ialah:

       i.        Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini.

     ii.         Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal.

    iii.         Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah untuk memberi makanan dan pakaian ahli keluarga.

 

 

    iv.         Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara duniawi. Mereka melakukan keIja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 359-360).

Secara keseluruhannya, agama Hindu menitkberatkan kehidupan yang lebih baik berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak melakukan kerosakan terhadapa makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan. Sekiranya mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan semula dengan mempunyai daIjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka akan dilahirkan dengan daIj at yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 360)

pendidikan Moral

Pendidikan Moral dipelajari oleh murid bukan beragama islam selama dua jam seminggu. Pendidikan moral prasekolah member focus kepada perlakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah.

Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut :

  Kepercayaan kepada Tuhan.  Baik Hati.  Bertanggung jawab.  Berterima kasih.  Hemah Tinggi.  Hormat-menghormati.

Page 7: Konsep Kerohanian Dan Pandangan Agama Hindu

  Kasih Sayang.  Keadilan.   Keberanian.  Kejujuran.  Kerajinan.  Kerjasama.  Kesederhanaan.  Toleransi.  Berdikari.  Berdisplin.

TUNJANG KEROHANIAN, SIKAP DAN NILAI 

Tunjang Kerohanian, sikap dan nilai merangkumi pendidikan Islam dan pendidikan Moral. Pendidikan Islam dipelajari oleh murid beragama Islam selama dua jam seminggu. Pendidikan Moral dipelajari oleh murid lain selama dua jam seminggu.

Pendidikan IslamPendidikan Islam memberi pengetahuan dan kemahiran asas tentang Rukun Iman, Rukun Islam, Sirah Rasulullah dan Kalimah Syahadah. Murid prasekolah belajar bersuci, berwuduk, melakukan pergerakan solat, mencontohi beberapa akhlak Rasulullah dan melakukan amalan harian mengikut adab. Pada masa yang sama murid ini juga mengenal asas bahasa Al Quran, huruf hijjaiyah dan Jawi serta menghafaz beberapa surah pendek dan doa pilihan. Pengajaran dan pembelajaran pendidikan Islam dijalankan melalui aktiviti seperti bercerita, simulasi, menyanyi, bernasyid, aktiviti hands-on, meneroka dan bermain.

Pendidikan MoralPendidikan moral prasekolah memberi fokus kepada pelakuan moral yang dipupuk secara berterusan sepanjang masa murid berada di prasekolah. Pendidikan moral tidak dijalankan melalui aktiviti yang spesifik tetapi diterapkan melalui kesemua aktiviti yang dijalankan dalam prasekolah. Nilai-nilai murni Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan adalah seperti berikut: kepercayaan kepada Tuhan, baik hati, bertanggungjawab, berterima kasih, hemah tinggi, hormat-menghormati, kasih sayang, keadilan, keberanian, kejujuran, kerajinan, kerjasama, kesederhanaan, toleransi, berdikari dan berdisiplin.

TEORI PERKEMBANGAN MORAL

Peringkat Permbangan Moral Individu (Saya nyatakan sebagai panduan utk kanak-kanak sehingga 12 tahun sahaja-masih ada beberapa peringkat lagi)

Teori Freud menegaskan tentang pentingnya interaksi awal kanak-kanak dengan ibu bapa.  Beliau juga menerangkan mengenai unsur-unsur dalaman yang merangsang tingkah laku dan cara bertindak anak dengan persekitaran yang menjadi penentu moraliti individu.

2.    Teori Kognitif (Jean Piaget)

Page 8: Konsep Kerohanian Dan Pandangan Agama Hindu

-Perkembangan moral berkaitan dengan aturan-aturan dan ketentuan tentang apa yang

seharusnya dilakukan oleh orang dalam berinteraksi dengan orang lain. Kebanyakkan

pakar mempelajari tentang bagaimana anak-anak kita berfikir, berkelakuan dan

menyedari tentang aturan-aturan tersebut. Terdapat dua kajian yang dilakukan oleh

Piaget (1932) mengenai perkembangan moral kanak-kanak dan remaja iaitu membuat

pemerhatian terhadap sejumlah kanak-kanak yang bermain sambil mempelajari

bagaimana mereka bermain dan memikirkan tentang peraturan-peraturan permainan.

Selain itu, Piaget menanyakan kepada kanak-kanak tentang natijah-natijah apabila

kanak-kanak melakukan kesalahan seperti mencuri, berbohong, hukuman dan keadilan.

Hasil daripada kajian beliau, Piaget menyimpulkan bahawa kanak-kanak berfikir dengan

dua cara yang sangat berbeza mengenai perkembangan moral kerana pemikiran ini

bergantung kepada tahap perkembangan mereka. Dua cara tersebut ialah

Heteronomous Morality dan Autonomous Morality.

Penerangan ringkas mengenai Teori Perkembangan Kognitif-Moral Piaget

3.  Teori  Perkembangan Moral (Lawrence Kholberg)

-Teori perkembangan moral Kohlberg (1986) lebih memfokuskan kepada penaakulan

moral peringkat awal remaja dan dewasa. Beliau berpandangan bayi dan kanak-kanak

masih tidak mampu menaakul dan mencapai nilai moral yang sebenar. Kohlberg

menekankan bahawa perkembangan moral didasarkan terutama pada perkembangan

moral dan perkembangan berlaku secara peringkat iaitu daripada awal remaja sehingga

dewasa.

Penaakulan moral bergantung kepada perkembangan akal dan keupayaan menaakul

seseorang. Oleh itu, keupayaan menaakul berkembang seiring dengan perkembangan

logiknya. Penaakulan moral Kohlberg terbahagi kepada tiga peringkat dan setiap

peringkat dipecahkan kepada dua tahap.

Page 9: Konsep Kerohanian Dan Pandangan Agama Hindu

Teori Penaakulan Moral Kohlberg

Setelah selesai tugasan mengenai penghasilan teori perkembangan moral, saya perlu

menyediakan bahan bant mengajar yang sesuai untuk mengajar topik Asas Bahasa Al-

quran dan Moral.

Bahan bantu mengajar yang disediakan adalah carta bergambar huruf hijaiyah, kad

imbasan huruf jawi dab nombor dalam bahasa arab serta bahan multimedia seperti

audio dan video huruf hijaiyah dan bacaan surah-surah lazim.