hindu budda

30
Hindu-buddha Dari pemerhatian orientalis Inggeris dan pentadbir kolonial Malaya British , Richard Olaf Winstedt yang pernah berada di Tanah Melayu dari tahun 1902 hingga 1939, kepercayaan-kepercayaan lama yang berasal dari zaman sebelum Islam masih berakar dalam budaya Melayu pada zaman tersebut. Aliran sufisme atau unsur mistik dari mazhab Syiah , yang sepatutnya tiada tempat dalam mazhab Sunah Waljamaah ortodoks juga diamalkan oleh orang Melayu, disamping unsur-unsur lama dari fahaman animisme dan agama Hindu-Buddha [82] . erdapat bukti arkeologi binaan candi campuran batu dan kayu di lembah bujang, Kedah yang dipengaruhi oleh seni bina India bertarikh seawal kurun pertama sebelum Masihi. Dalam kawasan yang berkeluasan lebih 350 kilometer persegi, 87 tapak bersejarah telah dilaporkan yang terdiri dari relau besi, dewan dan jeti di sepanjang sungai purba Lembah Bujang. [86] [87] Terdapat juga candi -candi yang ditemui di puncak-puncak gunung, satu ciri yang mungkin berasal dari kepercayaan orang Melayu purba mengenai kesucian tempat-tempat tinggi [88] . Candi Muara Takus dan Candi Muaro Jambi di Sumatra merupakan antara peninggalan arkeologi yang berkaitan dengan elemen- elemen seni bina empayar Srivijaya. Sebahagian besar peninggalan seni bina Srivijaya dapat juga ditemui di Chaiya (kini sebuah wilayah di Thailand ) di Semenanjung Melayu , yang pernah menjadi pusat terpenting pada zaman Srivijaya [89] [90] [91] . Bentuk unik struktur rumah ibadat di Chaiya terdiri daripada ruang sel yang menempatkan imej Buddha dan puncak struktur yang dinaikkan dalam bentuk stupa dengan teres yang bertingkat-tingkat, yang dapat dilihat padaWat Pra Borom That. [90] Gambaran orang asing yang terawal tentang seni bina Melayu di tanah Melayu dapat ditemui dalam beberapa catatan China. Satu catatan dari abad ke-7 menceritakan tentang penziarah-

Upload: james-jackson

Post on 18-Nov-2015

316 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

se

TRANSCRIPT

Hindu-buddha

Dari pemerhatian orientalis Inggeris dan pentadbir kolonialMalaya British,Richard Olaf Winstedtyang pernah berada diTanah Melayudari tahun 1902 hingga 1939, kepercayaan-kepercayaan lama yang berasal dari zaman sebelum Islam masih berakar dalam budaya Melayu pada zaman tersebut. Aliransufismeatau unsurmistikdari mazhabSyiah, yang sepatutnya tiada tempat dalam mazhab Sunah Waljamaah ortodoks juga diamalkan oleh orang Melayu, disamping unsur-unsur lama dari fahaman animisme dan agama Hindu-Buddha[82].erdapat bukti arkeologi binaancandicampuran batu dan kayu di lembah bujang, Kedah yang dipengaruhi oleh seni bina India bertarikh seawal kurun pertama sebelum Masihi. Dalam kawasan yang berkeluasan lebih 350 kilometer persegi, 87 tapak bersejarah telah dilaporkan yang terdiri dari relau besi, dewan dan jeti di sepanjang sungai purba Lembah Bujang.[86]

HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu" \l "cite_note-87" [87]Terdapat jugacandi-candi yang ditemui di puncak-puncak gunung, satu ciri yang mungkin berasal dari kepercayaan orang Melayu purba mengenai kesucian tempat-tempat tinggi[88].

Candi Muara TakusdanCandi Muaro JambidiSumatramerupakan antara peninggalan arkeologi yang berkaitan dengan elemen-elemen seni bina empayar Srivijaya. Sebahagian besar peninggalan seni bina Srivijaya dapat juga ditemui diChaiya(kini sebuah wilayah diThailand) diSemenanjung Melayu, yang pernah menjadi pusat terpenting pada zaman Srivijaya[89]

HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu" \l "cite_note-Jermsawatdi-90" [90]

HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu" \l "cite_note-91" [91]. Bentuk unik struktur rumah ibadat di Chaiya terdiri daripada ruang sel yang menempatkan imejBuddhadan puncak struktur yang dinaikkan dalam bentukstupadengan teres yang bertingkat-tingkat, yang dapat dilihat padaWat Pra Borom That.[90]Gambaran orang asing yang terawal tentang seni bina Melayu di tanah Melayu dapat ditemui dalam beberapa catatan China. Satu catatan dari abad ke-7 menceritakan tentang penziarah-penziarah Buddha yang singgah diLangkasukaada menerangkan yang bandarnya dikelilingi tembok dengan menara-menara peninjau, dan memiliki pintu berkembar yang besar[92]Satu lagi catatan abad ke-7 oleh utusan khas China keKerajaan Bumi Merahmerekodkan yang ibu kotanya mempunyai 3 pintu utama yang jarak antaranya adalah 100 langkah dan dihiasi dengan lukisan bertemakan Buddha dan semangat-semangat wanita.[85]

Rumah adat MelayuSarawakdariBorneo Malaysia.

Keadaan fizikal binaan kayu yang mudah rosak dan kurangnya catatan tentang hasil seni bina sebelum abad ke-15, menyebabkan pengetahuan terperinci tentang seni bina Melayu terhad kepada 500 tahun dahulu sahaja. Keterangan terperinci tentang seni bina Melayu yang terawal adalah mengenaiIstanabesarSultan Mansur Shahyang memerintahMelakadari tahun 1458 hingga 1477.[44]

HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu" \l "cite_note-Warisan_seni_bina_dunia_Melayu-85" [85]. MenurutSejarah Melayu, bangunan ini mempunyai tujuh struktur ruang di atas tiang-tiang kayu, dengan tujuh bumbung dari genting tembaga yang berlapis-lapis dan menara-menara bersadur emas, dihiasi dengan cermin kaca Cina[85]Sumber Portugis juga ada menerangkan tentang Istana Sultan Mansur Shah serta binaCara kedatangan Pengaruh Hindu dan Buddha.1.Dibawa oleh golongan kesyatria atau tentera. 2.Pedagang atau vaisya.3.Golongan Brahmin atau pendeta.4.Proses pengambilan aspek budaya India dan disesuaikan dengan budaya tempatan. Diterima oleh sejarawan dengan bukti berikut:Jumpaan seni arca yang kasar yang ada langgam bercirikan AT spt arca dengan ikatan tali kulit harimau di Srivijaya.Candi yang didirikan spt Borobudur, Lembanh Bujang, Prambanam, Angkor Wat.Amalankepercayaan agama Buddha dan Hindu . Kedah Tua Buddha, Dieng, Indonesia Hindu. 7 M Kerajaan di Takuapa dan Pulau Bangka Hindu, Sumatera dan Jawa Buddha Mahayana.Sistem berajaAspek amalan agama dan sistem beraja dipengaruhi perdagangan sejak 5SM. untuk dapatkan emas. Ketara bila Maharaja Vespian ,Rom hentikanperdagangan emas dengan India.Pengaruh Hindu-Buddha yang tersebar dialam Melayu merupakan dampak yang kuat mempengaruhi adat resammasyarakat Melayu. Bermula dari abadpertama hingga abad ke-14.Sebelum kedatanganIslam, masyarakattempatan banyak dipengaruhi oleh kebudayaan Hindu-Budha (1-10 AD. Kerajaan Langkasuka), Sri Vijaya,Sumatera(5-14AD),Majapahit(13-15 AD)dan Melaka(15-16AD) yangtelahbertapakdiKepulauanNusantara meresapi kebudayaan tempatan. (Sarah Arney, 1987: 22-23). Hasil pertembungan dua budaya ini,berlakulahprosesasimilasidanberlakulahpenyesuaianbudayadalammasyarakatsetempat.BanyakkepercayaanHindu-BudhadigunakandalammasyarakatMelayu,misalnyadalambahasa,adatistiadat,perbomohan, seni bina danyang sangat menonjol adalah dalam seni ukiran kayu Melayu. Perkembangan lainmempengaruhi kesenian dan kebudayaan di zaman ini adalah dalam bidang kesusasteraan Melayu. MisalnyaHikayat Sri Rama, Hikayat Pendawa Lima, Panji Semirang dan lain-lain yang disadur dari pengaruh Hindu-Budha.Kesan pengaruh kebudayaan Hindu-Budha yang telah bertapak dan berada dialam Melayu sejakabadke tujuh lagi. Lembah Bujang di Kedah, adalah bukti awal terdapatnya kerajaan Melayu lama yang tertua diSemanjung Tanah Melayu dan juga agamaHindu-Budha pernah menjadi agama rasmi di alamMelayu. KerajaanSri Wijaya, Kerajaan Temasik Lama, Gangga Negara di Perak. Semua kerajaan Hindu-Buddha tersebut telahmempengaruhidanmemberikesannyaterhadapsenibinarumahtradisionalMelayuawalyangsangatdipengaruhiolehsenibina candi. (Abdul Halim Nasir danWan Hasyim, 1997: 33). Pengaruh Hindu-Budhamengamalkankonsepdewarajayang manaraja dikaitkan dengan keturunan dewaatau kayangan.Rajamempunyai kedudukan yang mulia dan dianggap tidak berdosa walaupun sebaliknya. Pengaruh ini memberikesankepadahasil karyaseni masyarakatMelayuyang biasanya diciptakanuntuk memenuhi manifestasispiritual dengan tujuan persembahan dan pengabdian kepada raja atau dewa mereka. Motif flora dan fauna jugabanyak dijelmakan dalam ukiran di zaman ini. Motif bunga tanjung dan teratai dikatakan sebagai lambangketuhanan dan kealaman hasil dari pengaruh India-Purba semasa pemerintahan Hindu di Ligor ( Ligar ) danLangkasuka.[i]Motif binatang bernyawa juga digunakan sebagai perantaraantuhandan manusia dalamukiran kayuMelayu. Ada juga di anggap penyambung kasih bagi orang India dan Arab dengan jelmaan motif ikan. (SitiZainon Ismail, 1995: 26). Pengaruh dan pertembungan pengaruh ini masih lagi wujud dan diamalkan dalammasyarakat Melayu tradisional hingga sekarang. Misalnya dalam perkembagan motif kosmos, haiwan, tumbuh-tumbuhan ( flora ) yang merupakan kewujudan yang masih kuat mempengaruhi perkembangan seni ukkiran padahari ini. Motif-motif ini akan distilasikan sesuai dengan ajaran dan anutan pada zaman Islam.Abad ke-4 hingga abad ke-11 merupakan zaman kegemilangan Lembah Bujang. Lembah Bujang telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan terpenting di antara Laut Mediteranean dan China. Lembah Bujang pernah berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Ini membantu Lembah Bujang menjadi sebuah pelabuhan yang pesat.Peninggalan Agama Hindu- Buddha yang ditemui di Lembah Bujang merupakan kesan daripada proses kemasukan agama Hindu- Buddha melalui perdagangan. Ia juga menunjukkan bahawa "Proses Penghinduan" atau "Indianisasi" berlaku dengan ketaranya di utara Tanah Melayu.

Lamb (1959) telah mengemukakan beberapa peringkat perkembangan kebudayaan di Lembah Bujang dan kawasan sekitarnya.

1. Peringkat Perkembangan Awal Pengaruh Buddha. Peringkat ini bermula pada abad ke-4. Kawasannya meliputi Bukit Meriam, Bukit Choras dan sekitar tepi pantai. Agama Buddha di bawa masuk melalui aktiviti perdagangan. Banyak candi dibina dan ditemui di kawasan-kawasan ini.

2. Peringkat Kegemilangan Kerajaan Srivijaya. Pada abad ke-7 hingga abad ke-9, Lembah Bujang berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Lembah Bujang turut berkembang sebagai pusat perdagangan dan perkembangan agama Hindu di nusantara kerana kedudukannya yang berdekatan dengan Kerajaan Srivijaya.

3. Peringkat Pengkalan Bujang. Peringkat ini merangkumi abad ke-10 hingga abad ke-14. Lembah Bujang telah mencapai taraf pelaburan entrepot. Agama Hindu-Buddha telah berkembang ke kawasan Matang Pasir, Merbok, Batu Lintang dan Tikam Batu.

4. Peringkat Kuala Muda. Peringkat ini berlaku pada abad ke 14. Perubahan muara Sungai Muda telah menyebabkan perkembangan kebudayaan semakin malap. Candi-candi banyak dibina di kawasan pedalaman.

Ahli-ahli sejarah lain pula mengatakan agama Hindu-Buddha dibawa masuk ke Lembah Bujang melalui tiga tahap. Tahap pertama ialah tahap Buddha awal. Ia berlangsung dari abad ke-4 hingga abad ke-5. Mubaligh-mubaligh agama Buddha telah masuk untuk berdagang bersama pedagang-pedagang India.

Tahap kedua ialah tahap Hindu iaitu penganut Dewa Siva. Tahap ini berlaku dari abad ke-6 hingga abad ke-8. Pada masa ini, Kerajaan Srivijaya ialah pusat penyebaran agama Hindu yang terkenal. Ia sekaligus dibawa ke Lembah Bujang melalui aktiviti penaklukan, perkahwinan dan hubungan diplomatik. Pada masa itu, Lembah Bujang masih berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Lembah Bujang seterusnya menjadi pusat agama Hindu menggantikan Srivijaya.

Tahap yang terakhir ialah tahap Buddha aliran Mahayana. Ia bermula pada abad ke-9 hingga abad ke-14. Pada masa ini, penduduk tempatan telah berkemahiran membina candi dan menguasai tulisan India terutamanya tulisan "Pallawa".

Pengaruh Lembah Bujang mula merosot apabila agama Islam dibawa ke Tanah Melayu oleh pedagang-pedagang Arab dan kemunculan beberapa pelaburan baru seperti Melaka, Acheh, Singapura dan sebagainya. Penduduk sekitar Lembah Bujang mula menganut agama Islam dan menghapuskan bukti-bukti peninggalan agama Hindu-Buddha.

Selain itu, perubahan muara Sungai Muda dan sungai-sungai berdekatan yang semakin cetek menyebabkan pedagang beralih ke pusat perdagangan lain.

Penulisan sejarah di Kedah Tua amat bergantung kepada peninggalan-peninggalan arkeologi di Lembah Bujang. Proses carigali adalah salah satu kaedah arkeologi. Penyelidikan terhadap arkeologi di Lembah Bujang telah dimulakan pada sekitar tahun 1840an oleh Kolonel James Low. Penemuan ini menarik minat pengkaji-pengkaji lain untuk membongkar sejarah Kedah Tua.

Di sekitar Lembah Bujang sehingga hari ini, sejumlah 41 buah tapak arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah telah dikenalpasti.

Tapak arkeologi atau Tapak Tanah Bersejarah tadi mengandungi pelbagai tinggalan sejarah, seperti struktur atau jumpaan artifak sama ada berkaitan dengan perdagangan atau yang berkaitan dengan artifak keagamaan atau struktur bangunan candi.

Artifak perdagangan terdiri daripada pecahan seramik tembikar tanah, tembikar batu, porselin, kaca, manik serta peralatan yang digunakan oleh masyarakat kuno. Artifak keagamaan pula terdiri daripada candi, patung-patung dan arca.

Kebanyakan barang-barang yang ditemui ini dibuat daripada tanah liat. Bahan binaan untuk candi pula terdiri daripada batu bata, batu sungai, mineral laterit dan batu granit.

Terdapat beberapa candi yang terkenal di Lembah Bujang yang telah ditemui, antaranya ialah Candi Bukit Batu Pahat (Tapak 8), Candi Kampung Pangkalan Bujang (Tapak 19,21 dan 22), Candi Estet Sungai Batu (tapak 5 dan 11/3), Candi Kampung Pendiat (Tapak 16), Candi Kampung Permatang Pasir (Tapak 31) dan Candi Kampung Bendang Dalam (Tapak 50).

Candi-candi ini menjadi bukti bahawa Lembah Bujang pernah menjadi pusat penyebaran agama Hindu suatu ketika dahulu. Walau bagaimanapun, sebahagian daripadanya telah musnah dan struktur asalnya tidak dapat dibentuk semula daripada bencana alam seperti banjir, hakisan, Perang DuniaII ataupun dimusnahkan oleh penduduk tempatan. Namun begitu, candi-candi ini tetap menjadi tarikan utama pelancong dari dalam dan luar negara untuk mengunjungi Lembah Bujang.

Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha yang diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat-adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu.

Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan cerminan kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, terlihat lagi kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu.

Period atau peringkat yang kedua ialah pengaruh unsur campuran Hindu/Buddha dan Islam. Pada zaman ini Islam sudah datang ke Nusantara dan majoriti orang Melayu pun sudah beragama Islam. Namun pengaruh adat lama yang berteraskan Hindu dan Buddha masih diamalkan. Justeru zaman ini digelar zaman campuran adat Hindu/Buddha dan Islam dalam masyarakat Melayu. Pada zaman ini, walaupun masyarakat Melayu sudah Islam, namun mereka mengamalkan adat-adat yang dianggap menyimpang dari ajaran Islam. Sebagai contoh masyarakat Melayu mengamalkan adat mandi Safar yang dianggap sebagai suatu usaha untuk membuang sial bulan Safar dalam kehidupan mereka. Ia jelas bertentangan dengan ajaran Islam yang menganggap perbuatan itu sebagai khurafat. Begitu juga adat puja kampung, puja pantai dan sebagainya. Ia jelas bertentangan dengan Islam, tetapi tetap diamalkan dengan meluas didalam masyarakat Melayu yang masih tebal dengan pengaruh Hindu dan Buddha ketika itu.

Pengaruh unsur luar yang ketiga didalam masyarakat Melayu ialah pengaruh Islam iaitu pengaruh yang paling kuat sekali dalam kebudayaan dan adat Melayu. Bagi masyarakat Melayu, adat ialah kepatuhan yang kedua selepas agama mereka iaitu Islam. Kepatuhan kuat orang Melayu kepada agama Islam diakui oleh Prof. Syed Naquib Al-Attas yang mengatakan Islam telah mentamadunkan masyarakat Melayu. Perlembagaan Malaysia sendiri telah mendefinisikan Melayu sebagai mereka yang beragama Islam, bertutur dalam bahasa Melayu dan mengamalkan budaya Melayu. Ini menunjukkan betapa kuatnya Islam didalam hidup orang Melayu.

Apa yang ingin dijelaskan disini ialah betapa pentingnya agama Islam kepada orang Melayu. Kerana kepentingan itu, pada zaman pengaruh Islam yang kuat ini, masyarakat Melayu menjadikan Islam sebagai teras kepada pembentukan adatnya. Adat-adat yang bertentangan dengan ajaran Islam semakin tidak popular dalam kalangan masyarakat Melayu dan semakin dikurangkan penggunaanya. Namun pada zaman Islam ini, adat-adat lampau yang tidak bertentangan dengan ajaran Islam tetap diteruskan pengamalanya.

Adat-adat Melayu yang bercirikan Islam merangkumi adat ketika seseorang dilahirkan, seseorang meningkat remaja, dewasa, adat dalam kehidupan sehari-hari dan adat ketika seseorang itu meninggal dunia. Adat-adat yang diamalkan ini sebenarnya merupakan apa yang disebut sebagai perkara sunat didalam ajaran Islam.

Sebagai petunjuk kepada pengaruh Islam didalam adat Melayu ialah adat ketika seseorang itu baru dilahirkan. Antaranya ialah adat bercukur, melaungkan azan dan iqamat ke telinga bayi dan adat membelah mulut. Bercukur ialah perbuatan mencukur rambut asal bayi sehingga botak, ianya biasa diadakan pada hari-hari ganjil seperti hari ketiga, ketujuh, kesembilan dan seterusnya. Bercukur bertujuan membuang rambut asal bayi yang dianggap kotor dan tidak akan tumbuh dengan baik. Ia sesuai dengan ajaran Islam yang mementingkan aspek kebersihan dan kesihatan.

Azan dan Iqamat pula merupakan tuntutan Islam untuk memulakan pendengaran seseorang yang baru dilahirkan itu dengan kalimat-kalimat yang mulia. Ada juga golongan tua Melayu mengatakan ianya merupakan simbolik kepada singkatnya hidup didunia ini iaitu sesingkat masa yang diambil antara iqamat dan solat yang akan didirikan. Ketika dilahirkan kita diazan dan diiqamatkan, dan apabila kita meninggal dunia, kita disolatkan dengan solat jenazah.

Adat membelah mulut pula menjadi tradisi masyarakat Melayu dengan melalukan manisan ke bibir bayi yang baru dilahirkan. Adakalanya juga digunakan emas bagi maksud itu. Adat membelah mulut ini biasanya dilaksanakan oleh orang-orang yang dianggap alim oleh masyarakat. Ada masa-masanya, ia juga dilakukan oleh bidan yang menyambut kelahiran bayi itu. Ia bertujuan supaya bayi yang dibelah mulutnya akan mengikut perangai orang yang membelah mulutnya apabila sudah dewasa nanti.

Masyarakat Cina di Malaysia juga seperti masyarakat-masyarakat lain yang mempunyai adat dan cara hidupnya sendiri. Secara teorinya, dapat kita katakan bahawa adat kaum Cina di Malaysia ialah warisan daripada negara China. Ini memandangkan berlaku proses kemasukan besar-besaran kaum Cina ke Tanah Melayu pada awal abad ke 19 dahulu, kemasukan kaum Cina ke Tanah Melayu ketika itu secara tidak langsung telah membawa sekali segala adat istiadat mereka.

Kaum Cina di Malaysia mempunyai beberapa pegangan dalam menjalankan proses kehidupan mereka, seperti juga lain-lain kaum, masyarakat Cina juga mempunyai adat tentang perkahwinan, kematian, dan sebagainya. Apa yang menarik berkenaan adat kaum Cina ialah suatu bentuk adat dan petua untuk kehidupan yang mereka namakan Feng Shui, yang mana pengaruhnya masih menebal dalam kalangan mereka pada hari ini. Lazimnya adat istiadat Cina dipengaruhi oleh unsur Buddha yang menjadi pegangan kebanyakan ahli dalam masyarakat Cina. Falsafah lampau juga banyak mempengaruhi adat istiadat Cina sehingga menyebabkan mereka mempunyai pelbagai acara-acara dan pantang larang yang berorientasikan adat.

Seperti juga masyarakat majoriti Melayu dan Islam, masyarakat Cina juga mementingkan nasab keluarga dari sebelah lelaki. Nama pangkal seseorang iaitu nama keluarga didalam masyarakat Cina ialah nama keluarga disebelah lelaki. Sebagai contoh, nama Prof. Dr. Teo Kok Seong dan Prof. Wang Gunwu, nama pangkal mereka iaitu Teo dan Wang itu ialah nama warisan keluarga ayah mereka yakni nama keluarga sebelah lelaki. Ini merupakan salah satu aspek adat yang menjadi amalan masyarakat Cina. Kaum lelaki Cina juga seperti kebanyakan lelaki bangsa lain, dilantik menjadi ketua keluarrga dan merupakan waris utama pusaka keluarga.

Kepentingan meneruskan kesinambungan keluarga didalam masyarakat Cina menyebabkan perkahwinan seorang lelaki didalam keluarga adalah amat penting. Secara tradisi, perkahwinan tersebut akan mengikuti beberapa upacara yang bermula dengan merisik oleh seorang perantara hinggalah perkahwinan. Namun, pada zaman yang lebih moden ini, hanya pendaftaran menurut undang-undang saja yang diperlukan dan akan diadakan majlis keraian yang mewah di restoran.

Kelahiran anak mengikut adat dan pantang larang Cina ialah sangat penting. Justeru kesihatan si ibu dan kandunganya adalah amat dititik beratkan. Si ibu digalakkan tidur dan makan dengan baik, membaca buku yang baik dan melihat benda-benda yang cantik. Apabila anak itu dilahirkan, anak itu dibersihkan dan akan dibedung. Pada hari ke 29 kelahiran, rambut si anak dicukur dan rambutnya dibungkus dengan kain merah. Rambut itu akan digantung berdekatan bantalnya selama 100 hari dan kemudian rambut itu dibuang ke sungai. Anak itu diharap akan menjadi berani pada masa hayatnya. Setelah sebulan kelahiran anak itu, upacara Bulan Penuh akan diadakan dengan meriah. Ulang tahun kelahiran seseorang kaun Cina tidak akan diperingati, kecuali diperingati oleh anaknya apabila seseorang itu sudah tua dan ianya akan diadakan secara besar-besaran.

Kematian ibu bapa dalam masyarakat Cina adalah upacara yang amat berharga dan mahal kosnya yang terpaksa ditanggung oleh anak-anak. Keranda yang baik, tanah kuburan yang baik dan pakaian kematian yang bagus pastinya memerlukan belanja besar. Bagi masyarakat Cina inilah hadiah terbaik seorang anak kepada ibu bapanya. Jika si anak tidak mampu, masyarakat sekeliling pasti akan membantu. Anak lelaki yang tua memainkan peranan utama memastikan upacara mandi, memberi makan, kafan dan bertanggungjawab memasukkan mayat ke dalam keranda seperti yang dinasihatkan oleh seorang tukang tilik. Keranda tersebut akan dijaga hingga beberapa hari tertentu untuk lawatan dan sembahyang seterusnya akan dikebumikan pada satu hari yang ganjil.

Didalam masyarakat Cina, upacara pengkebumian adalah acara yang amat meriah dengan dipenuhi dengan peraturan dan adat tertentu. Selepas pengkebumian mayat, akan diadakan pelbagai upacara lain terutama adat pembakaran colok dan alatan yang diperbuat daripada kertas sebagai bekalan hidup si mati di alam akhirat. Upacara ini biasanya akan diketuai oleh seorang Sami yang diamanahkan oleh keluarga si mati. Oleh kerana adat kematian ini dianggap terlalu penting dalam masyarakat Cina, banyak kepercayaan dan pantang larang mesti diperhatikan dan dipatuhi apabila berlaku sesuatu kematian.

Sepanjang tahun dalam kehidupan masyarakat Cina, banyak sekali perayaan yang diikuti dan diraikan oleh orang Cina. Setiap bulan, pasti ada kegiatan dan upacara tertentu serta dewanya yang berlainan untuk dipuja. Adat resam masyarakat Cina amat banyak dan ianya akan diamalkan mengikut perubahan musim pertanian dan negeri China.

Antara upacara-upacara yang diraikan masyarakat Cina selain dari Tahun Baru Cina dan Chap Goh Meh ialah adat Ulang Tahun Kematian, adat Puja Kampung, adat Mencuci Kubur, Sembahyang Hajat dan Menjamu Keramat. Adat-adat ini tampak seumpama perbuatan-perbuatan yang menjadi amalan masyarakat Melayu. Namun ianya pastilah berbeza dan dijalankan dengan cara dan matlamat yang berbeza bagi mewujudkan identiti masyarakat Cina yang tersendiri.

Seperti juga kaum Cina, kaum India juga bukanlah penduduk asal Malaysia. Kemasukan masyarakat India ke Tanah Melayu sudah berlaku sejak sekian lama. Samada kemasukan itu suatu bentuk penghijrahan atau sekadar merantau untuk mencari rezeki, hakikatnya kemasukan ini sudah berlaku sejak sekian lama. Apabila Melaka muncul sebagai pusat perdagangan serantau menjelang abad ke 15,masyarakat India yang terdiri daripada golongan pedagang, sami Buddha dan Hindu, tukang dan sebagainya tidak terlepas pandang untuk memasuki Tanah Melayu dengan pelbagai kepentingan. Kemasukan mereka ini juga sudah pasti membawa bentuk adat istiadat mereka yang tersendiri.

Masyarakat India biasanya mengikuti adat resam yang berteraskan agama Hindu meskipun ramai orang India pada hari ini beragama lain. Seperti kaum-kaum lain di Malaysia, mereka juga mempunyai budaya berkunjung ke rumah rakan dan sanak saudara serta turut bersedia menerima kunjungan dari jiran tetangga. Didalam masyarakat India, jika kita ingin berkunjung kerumah tetamu, amatlah digalakkan membawa buah tangan sebagai tanda terima kasih kepada tuan rumah. Mereka juga biasanya melangkah kedalam rumah dengan kaki kanan dahulu.

Kaum India juga mengamalkan adat bertegur sapa sesama sendiri. Mereka menyapa dengan sebutan vanakam dan sentiasa bertanyakan tentang kesihatan, kerja, perniagaan atau sebagainya antara rakan dan sanak saudara mereka. Apabila tetamu bertandang ke rumah mereka, tetamu sentiasa dijamu dengan minuman atau makanan dan tetamu mesti sudi menerima hidangan dengan baik sebagai tanda hormat kepada tuan rumah. Didalam masyarakat India juga, jika menerima sesuatu, dimestikan menggunakan tangan kanan sebagai tanda kebaikan dan kesyukuran.

Keluarga amat penting dalam masyarakat India. Meskipun bapa memainkan peranan utama tetapi ibu adalah institusi yang paling dihormati dan dianggap mulia, Ibu adalah umpama Tuhan dan anak perempuan juga dipanggil amma seperti seorang ibu didalam tradisi India. Oleh itu, penjagaan anak perempuan am

Apakah bukti yang menunjukkan kemunculan kerajaan awal di Asia Tenggara1. Sumber dari China menyatakan bahawa kewujudan kerajaan Funan pada pertengahan abad ketiga masihi berdasarkan catatan Kang Tai dan Chu Ying yang di hantar ke Funan untuk menemui raja Houan-Tien.2. G Coedes menyatakan kerajaan Funan wujud pada abad pertama Masihi kerana berpendapat kerajaan kedua tertua Champa wujud sekitar akhir abad kedua.3. Data arkeologi menunjukkan kewujudan funan bermula semenjak abad ketiga masihi. Ia di buktikan melalui perjumpaan seni arca berunsur Hindu dan Buddha yang langgamnya dipengaruhi oleh langgam seni arca Amaravati dari India4. Hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kerajaan China dan hubungan kebudayaan dengan India dibuktikan melalui jumpaan artifak gendang gangsa Dongson. 5. Hubungan perdagangan antara Rom dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selingsing, Kota Tinggi dan Muar, di pantai barat serta selatan Thailand. Nyatakan bukti yang menunjukkan kegiatan perdagangan berkembang pada abad kelima sebelum Masihi.1. Hubungan perdagangan antara Rom dapat dibuktikan dengan persamaan artifak manik yang dijumpai di Kuala Selingsing, Kota Tinggi, Muar dan di pantai barat serta di selatan Thailand.2. Berperanan sebagai pembekal bahan mentah seperti timah untuk diproses menjadi gendang gangsa di Dongson, dan juga sebagai pelabuhan pembekal.3. Perkembangan perdagangan maritim seiring dengan kemahiran perbuatan kapal layar dan perahu.4. Bukti arkeologi seperti jumpaan manik dan tembikar menunjukkan perdagangan maritim di Asia Tenggara telah berkembang semenjak abad kelima sebelum Masihi.B. Kerajaan Agraria Apakah dimaksudkan dengan kerajaan agraria?1. Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemugutan hasil hutan dan sungai. Di manakah lelaknya kerajaan agraria di Asia Tenggara?1. Di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai contohnya kerajaan Dvaravati, kawasan bukit dan lereng gunung berapi seperti Kerajaan Taruma. Senaraikan kerajaan agraria di Asia Tenggara.1. Kerajaan Angkor2. Kerajaan Funnan3. Kerajaan Dvaravati4. Kerajaan Sungai Merah5. Kerajaan Sungai Mekong6. Kerajaan Sailendra7. Kerajaan Sukhotai8. Kerajaan Taruma di Tanah Tinggi Deing Terangkan ciri-ciri kerajaan agraria.1. Asas Kerajaan yang berasaskan pertanian, penternakan dan pemungutan hasil hutan dan sungai.2. Subur Terletak di kawasan pertanian yang subur seperti di lembah sungai, kawasan bukit dan lereng gunung berapi.3. Padi Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat bekalan air yang mencukupi.4. Huma Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan dibuat teres dan relung.5. Sampingan Tanaman sampingan yang turut diusahkan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dan sayursayuran.6. Rempah Menghasilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam.7. Hutan Mengumpul hsil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagi jenis buahbuahan.8. Burung Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan.9. Ikan Masyarakat agraria terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai dan mendapatkan kulit kurakura.10. Ternak Mengusahakan kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.11. Bekal Lebihan hasil ternakan dan tanaman tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar dan kerajaan maritim.12. Pengairan Perkembangan pertanian turut dipengaruhi oleh pembinaan sistem pengairan yang baik.13. Raja Raja terlibat dalam pembinaan pengairan dan kerajaan bertanggugjawab dalam pengurusan sistem pengairan. Huraikan kegiatan ekonomi masyarakat agraria di Asia Tenggara.1. Tanaman utama yang diusahakan ialah padi sawah kerana mendapat bekalan air yang mencukupi.2. Padi huma ditanam di kawasan tanah tinggi atau bukit yang kurang mendapat bekalan air dengan membuat teres dan relung.3. Tanaman sampingan yang turut diusahakan oleh masyarakat agraria ialah jagung, pisang, keledek dan sayur-sayuran.4. Menghsilkan pelbagai jenis rempah seperti cengkih dan lada hitam.5. Mengumpulkan hasil hutan seperti kayu gaharu, kapur barus, tanduk, gading, damar, kayu cendana dan pelbagai jenis buahbuahan.6. Sarang burung dari gua diambil untuk tujuan perdagangan.7. Masyarakat agraria terlibat dengan kegiatan menangkap ikan di sawah, paya dan sungai dan mendapatkan kulit kurakura.8. Mengusahakan kegiatan menternak binatang seperti lembu, kerbau, kambing dan ayam.9. Lebihan hasil ternakan dan tanaman tersebut akan dipasarkan atau dibekalkan untuk memenuhi keperluan masyarakat bandar dan kerajaan maritim. Huraikan faktorfaktor yang menyumbang kemajuan pertanian kepada kerajaan Angkor.1. Pembinaan sistem pengairan yang baik yang diperoleh dari Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap.2. Raja sendiri terlibat dalam pembinaan sistem pengairan.3. Kerajaan bertanggugjawab secara langsung dalam pengurusan sistem pengairan.4. Pemerintahan Raja Indravarman I telah membina sistem pengairan dan baray yang mampu mengairi tanah seluas 12.5 juta ekar serta dapat menampung keperluan beras kerajaan Angkor.5. Tanah disekitar Sungai Mekong dan Tasik Tonle Sap yang subur disebabkan mendapan lumpur ketika banjir.6. Mempunyai iklim panas dan lembap sepanjang tahun sesuai untuk tanaman padi sawah.7. Kemudahan perhubungan dan pengangkutan Sungai Mekong. Jelaskan sebabsebab kerajaan Funan berubah menjadi kerajaan maritim.1. Pelabuhan Oc-eo terletak di muara Sungai Mekong.2. Pelabuhan yang terlindung daripada tiupan angin monsun dari Teluk Siam.3. Terdapat kemudahan membaiki kapal dan menyimpan barang serta penginapan.4. Kemudahan mendapat bekalan minuman dan makanan. Huraikan kepentingan Tasik Tonle Sap kepada Kerajaan Angkor.1. Membekal sumber air minuman.2. Limpahan air Sungai Mekong pada musim banjir mengalir ke dalam Tasik Tonle Sap dan tasik menjadi luas.3. Pada musim kemarau, kawasan sekitar tasik menjadi subur hasil daripada mendapan lumpur.4. Membekal sumber protein seperti ikan kepada penduduk sekitar tasik.5. Air daripada tasik dialirkan ke kawasan tanaman padi dengan menggunakan terusan.6. Sumber air dan tasik dapat menampung keperluan penanaman padi bagi menyediakan beras yang mencukupi kepada penduduk Angkor.C. Kerajaan Maritim Apakah yang dimaksudkan kerajaan maritim?1. Kerajaan maritim ialah kerajaan yang menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan. Di manakah letaknya kerajaan maritim?1. Kerajaan ini terletak berhampiran dengan kawasan di pesisiran pantai, lembah sungai dan keperluan. Senaraikan nama kerajaan maritim di Asia Tenggara?1. Srivijaya di Sungai Musi2. Kedah Tua di Sungai Merbok dan Sungai Muda3. Langkasuka di Sungai Yarang4. Tiumah di Pulau Tioman Pahang5. Chih-tu Sungai Kelantan6. Mo-lo-yu Sungai Batang Hari7. Kalah Sungai Takupa8. Fo-lo-an Sungai Terengganu9. Peng-keng Sungai Pekan Pahang Terangkan ciri-ciri kerajaan maritim di Asia Tenggara.1. Kerajaan maritim menjalankan kegiatan ekonomi yang berasaskan perdagangan dan kelautan serta berfungsi sebagai pelabuhan.2. Kerajaan ini terletak berhampiran dengan kawasan di pesisiran pantai, lembah sungai dan kepulauan.3. Terdapat pelabuhan pembekal berkembang kepada pelabuhan kerajaan apabila terbentuk kerajaan maritim.4. Menjadi pelabuhan entrepot apabila menjalin hubungan dagangan dengan kerajaan besar seperti China dan India.5. Penduduk kerajaan maritim terdiri daripada orang tempatan, orang laut dan pedagang luar.6. Menggunakan lebih dari satu bahasa tetapi Bahasa Malaysia menjadi bahasa perhubungan atau lingua franca di Asia Tenggara.7. Mempunyai pelabuhan yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti membaiki kapal, penyimpanan barang, penginapan, tempat berdagang, air dan makanan.8. Kemahiran membuat perahu dan kapal layar menyebabkan mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh.9. Barang dagangan merupakan rempah ratus, damar, rotan, beras, logam seperti emas dan biji timah. Senarai tiga jenis pelabuhan kerajaan maritim.1. Pelabuhan Pembekal 2. Pelabuhan Kerajaan 3. Pelabuhan Entrepot Huraikan perkembangan setiap pelabuhan di atas.1. Pelabuhan Pembekali. Pelabuhan yang terawal.ii. Membekal barangan tempatan seperti biji timah, emas dan makanan kepada pedagang.iii. Menjadi tempat persinggahan pedagang.iv. Contoh Pelabuhan Jenderam Hilir, Kuala Berang dan Kuala Selinsing.v. Terdapat pelabuhan pembekal bertukar kepada pelabuhan kerajaan apabila wujud kerajaan seperti Champa, Kedah Tua dan Sri Vijaya.2. Pelabuhan Kerajaan i. Peringkat awal adalah pelabuhan pembekal menjadi pelabuhan kerajaan apabila petempatan berkembang menjadi negeri.ii. Berperanan sebagai pembekal barangan dagangan.iii. Menjadi tempat berdagang.iv. Berkembang menjadi pelabuhan entrepot kerana kedudukan yang strategik antara China dan India.v. Contoh Kedah Tua dan Sri Vijaya.3. Pelabuhan Entrepoti. Kedudukan strategik di laluan antarabangsa China dn India.ii. Berperanan membekal hasil tempatan dan kawasan takluk kepada pedagang antarabangsa.iii. Membeli barangan daripada pedagang antarabangsa.iv. Mengedar barangan kepada pedagang yang datang ke pelabuhan dan kawasan takluknya.v. Memperdagangkan barangan hasil bumi seperti logam, hasil hutan dan laut serta hasil kerajaan takluknya.vi. Terdapat emas dan biji timah menjdi tarikan pedagang antarabangsa. Mengapakah penduduk kerajaan maritim berjaya menjadi pelaut yang hebat?1. Didorong oleh semangat masyarakatnya untuk meneroka dan berdagang dengan masyarakat luar kawasannya.2. Mereka mampu belayar untuk berdagang ke kawasan yang jauh kerana mempunyai kemahiran membuat perhu dan kapal layar.3. Penciptaan layar membolehkan mereka menggunakannya untuk perdagangan yang jauh.4. Mereka mengetahui kaedah untuk menuju ke sesuatu tempat berpandukan bintang di langit. Terangkan sebab-sebab kerjaan Srivijaya menjadi kusa maritim yang kuat pada abad ke-7 hingga abad ke-131. Memiliki tentera laut yang besar dianggotai oleh pelbagai golongan rakyat termasuklah orang laut.2. Tentera lut ditugaskan mengawal perdagangan di Selat Melaka.3. Tentera laut mengawal keselamatan kerajaan.4. Menjalankan dasar peluasan kuasa ke atas kawasan yang berhampiran seperti Jambi, Kedah Tua dan persisir pantai Sumatera.5. Menguasai laluan perdagangan Selat Melaka dn Selat Sunda.6. Kedudukan yang strategik di Selat Melaka, Srivijaya telah menjadi tempat persinggahan kapal yang berdagang di antara India dan China.7. Terdapat hasil dan barang untuk perdagangan antarabangsa yang dibekalkan oleh kawasan pemerintahannya dan wilayah taklukannya.8. Pelabuhan Srivijaya turut dikenali kerana mampu menghsailkan kapal besar.9. Menyediakan kemudahan di pelabuhan seperti tempat membaiki kapal, penginapan dan tempat menyimpan barang.10. Kemudahan mendapat bekalan makanan di kawasan pemerintahanya dan wilayah taklukannya kepada para pedagang.11. Pengurusan di pelabuhan yang cekap dengan melantik Tuhan Vatakuurah. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan Kerajaan Kedah Tua sebagai pusat perdagangan terpenting di Asia Tenggara.1. Kerajaan ini adalah yang tertua dan telah menjadi pelabuhan entrepot sejak abad kelima Masihi.2. Peranannya sebagai pelabuhan entrepot sebelum Melaka berdasarkan bukti jumpaan tembikar China yang dihasilkan pada Zaman Dinasti Tang.3. Berdagang dengan banyak negara seperti China dan Timur Tengah berdasarkan pelita tembaga dan tembikar yng ditemui serta pelbagai jenis manik yang merupakan barang dagangan dari beberapa tempat di India, Sri Langka, dan Burma turut ditemui.4. Terdapatnya Gunung Jerai yng menjadi panduan kapal dagang yang keluar masuk terutama pada waktu malam melalui nyalaan api.5. Kedudukannya yang strategik di laluan Selat Melaka yang terlindung daripada tiupan angin monsun barat daya dan timur laut.6. Terdapat kemudahan menyimpan barang dagangan, baiki kapal, tempat berdagang dan penginapan kepada pedagang.7. Kekayaan hasil bumi seperti damar, rotan, dan sumber bumi seperti timah manakala baranag dagangan yang diperoleh dari luar ialah kain kapas, sutera, teh, tembikar, kaca dan manik Kenapakah kerajaan agraria saling bergantung dengan kerajaan maritim dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.1. Kerajaan agraria mempunyai penduduk yang ramai dan dapat membekalkan tenaga kerja kepada kerajaan maritim2. Kerajaan agraria bergantung kepada kerajaan maratim untuk mendapatkan barangan mewah dari negara luar seperti China dan India.3. Kerajaan agraria memerlukan pelabuhan kerajaan maritim untuk memasarkan barangan mereka4. Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan bekalan makanan iaitu beras5. Beras menjadi dagangan utama antara kerajaan agraria dengan kerajaan maritim6. Kerajaan maritim mendapatkan bahan mentah seperti kayu untuk membut kapal daripada kerajaan agraria7. Kerajaan maritim memperolehi gajah daripada kerajaan agraria sebagai kenderaan raja8. Kerajaan maritim bergantung kepada kerajaan agraria untuk mendapatkan tukang-tukang yang mahir seperti tukang kayu dan tukang batu9. Kerajaan maritim yang menjalankan perdagangan entrepot bergantung kepada kerajaan agraria bagi membekalkan barang dagangan seperti hasil hutanD. Pengaruh agama Hindu dan Buddha Apakah bukti pengaruh Hindu dan Buddha di Asia Tenggara1. Peninggalan data arkeologi menunjukkan ciri Hindu di lembah bujang, Buddha di Sri Vijaya dan Hindu dan Buddha di Angkor Wat.2. Data catatan I-Tsing terdapat 1000 bhisku mempelajari agama Buddha di sri vijaya sebelum melanjutkan pelajaran ke Nalanda, India.3. Atis, guru agama Buddha dari tibet pernah belajardi sri vijaya selama 12 tahun.4. Pengaruh seni agama Hindu dan Buddha terhadap seni tempatan Bagaimanakah pengaruh agama Hindu dan Buddha tersebar di Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal?1. Dibawa oleh golongan Ksyatria atau tentera golongan penakluk dari India yang membentuk tanah jajahan takluk di Asia Tenggara2. Dibawa oleh pedagang atau vaisya melalui aktiviti perdagangan antara Asia Tenggara dengan India.3. Dibawa oleh golongan brahmin atau pendeta yang mengetuai pelbagai upacara keagamaan di istana raja kerajaan awal.4. Melalui pengambilan aspek-aspek kebudayaan India yang menarik sahaja yang kemudiannya disesuaikan dengan budaya tempatan untuk diamalkan. Jelaskan pengaruh Hindu dan Buddha dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran kerajaan awal di Asia Tenggara1. Sistem beraja dengn gelaran raja kepada ketua pemerintah kerajaan awal merupakan pengaruh Hindu dan Buddha.2. Raja berada sebagai ketua pemerintah di bawahnya terdapat kerajaan diraja dan pembesar, termasuk ahli agama, iaitu brahmin, rakyat dan hamba.3. Raja berkuasa mutlak dalam semua aspek pemerintahan yang meliputi pentadbiran, hubungan luar, ketenteraan dan khazanah negara.4. Perintah raja adalah undang-undang yang wajib dilaksanakan sekiranya melanggar perintah bermakna menderhaka dan tidak akan diampunkan.5. Raja dikehendaki adil terhadap golongan yang diperintah.6. Rakyat takut untuk menderhaka kepada raja walaupun raja tidak berlaku adil kerana wujudnya kepercayaan bahawa raja merupakan bayangan tuhan.7. Menggunakan unsur mitos dan lagenda tentang asal usul raja sebagai dew-raja dipercayai memiliki kesaktian untuk memperkuatkan kedudukan raja.8. Adat istiadat pertabalan raja oleh golongan brahminbagi mengukuhkan kedaulatan dan membezakan kedudukan raja daripada golongan yang diperintah.9. Raja mendirikan kompleks kota yang melambangkan konsep alam semesta atau orde kosmos untuk berkuasa terhadap seluruh alam semesta. Raja Suryavarman II yang memerintah kerajaan Angkor telah membina Angkor Wat.10. Raja akan dibantu oleh pembesar yang terdiri daripada pegawai tentera dan hakim manakala disetiap daerah terdapat pembesar daerah atau gabenor.11. Golongan Brahmin pula memainkan peranan dalam upacara keagamaan. Bagaimanakah raja di Asia Tenggara mengukuhkan kedudukannya1. Menjadi ketua pemerintah.2. Berkuas mutlak dalam pemerintahan3. Bertindak sebagai ketua tentera4. Bertidak sebagai pemegang khazanah negara.5. Menanam kepercayaan rakyat bahawa raja adalah bayangan tuhan6. Menggunakan unsur mitos dan lagenda dikaitkan asal usul raja sebagai dewa raja7. Dikaitkan dengan raja memiliki kesaktian luar biasa.8. Menjadikan ibukota sebagai pusat alam atau orde kosmos.9. Menjalankan adat istiadat pertabalan raja untuk membezakan kedudukan dengan rakyat.10. Peranan yang dimainkan oleh golongan brahmin mengaitkan raja dengan bayangan tuhan. Huraikan sistem penadbiran kerajaan sri vijaya dalam kerajaan awal di Asia Tenggara1. Sistem pentadbiran beraja di mana raja menjadi ketua pemerintah2. Di bawah pentadbiran pusat raja dibantu oleh empat kumpulan anak raja, terdiri daripada yuvaraja, pratiyuvaraja, raja kumara dan raja putra3. Seorang daripada tiga orang anak raja yang awal boleh mengantikan raja kecuali raja putra kerana dia merupakan anak gundik.4. Di bawah anak raja terdapat parvanda atau senapati, iaitu ketua pentadbiran pusat.5. Di bawahnya terdapat pegawai lain seperti hakim, temenggung dan penghulu serta hamba raja merupakan golongan paling bawah dalam hierarki pentadbiran.6. Pentadbiran daerah pula ditadbir oleh datu yang dilantik oleh raja terbahagi kepada dua bergelar parvanda (berketurunan raja) dan keduanya bergelar bhupati (orang-orang kaya)7. Datu yang dilantik hendaklah mengikuti upacara angkat sumpah yang dilaksanakan di sebuah tempat suci di telaga batu di palembang sebagai taat setia kepada raja Apakah yang dimaksudkan dengan monumen1. Monumen ialah bangunan yang di bina daripada batu bata bertujuan memperingati orang ternama atau peristiwa penting.2. Monumen terdiri daripada candi seperti kuil, wat atau stupa, arca dan patung Senaraikan candi terkenal di Asia Tenggara pada zaman kerajaan awal1. Candi Angkor Wat2. Candi Borobudur3. Candi Lembah Bujang4. Candi Dieng5. Candi Prambanan6. Candi Chaiya dan Yarang Huraikan kepentingan candi kepada kerajaan awal di Asia Tenggara1. Candi merupakan monumen keagamaan bagi agama Hindu dan Buddha2. Berperanansebagai rumah ibadat dikenali sebagai wat di Thailand, Kemboja, dan Vietnam dan stupa di Burma.3. Candi berfungsi sebagai tempat menyimpan patung dewa utama.4. Candi menjadi lambang kepada keagungan seseorang pemerintah berdasarkan kehebatan seni binanya.5. Candi angkor wat melambangkan orde kosmos iaitu raja dan ibu kota sebagai pusat alam, begitu juga dengan candi borobudur6. Melambangkan kehebatan ahli seni agama Asia Tenggara dalam melahirkan monumen keagamaan Nyatakan ciri-ciri seni bina candi angkor wat yang ditemui pada zaman awal di Asia Tenggara.1. Angkor Wat dibina untuk agama Hindu di kemboja.2. Raja Suryavarnam II bertanggungjawab dalam membina angkor wat.3. Melambangkan orde kosmos.4. Tinggi angkor wat ialah 213 meter dan keluasan kawasannya ialah 208 hektar.5. Mempunyai tempat pemujaan pada bahagian tengah yang tingginya sekitar 39 meter dengan teres bertingkat empat.6. Setiap sudutnya mempunyai menara.7. Bahagian luarnya terdapat tembok yang dibina daripada batu laterit dan batu pasir.8. Terdapat ukiran di dinding yang menggambarkan epik Ramayana dan Mahabharata Jelaskan ciri-ciri seni bina candi borobudur yang di temui pada zaman awal di Asia Tenggara.1. Candi Borobudur dibina untuk agama Buddha Mahayana di Jawa Tengah.2. Terdiri daripada sembilan tingkat dan terdapat pagar langkan dengan relief lukisan Buddha. 3. Setiap tingkat melambangkan satu tahap kehidupan yang diwakili oleh patung stupa dan patung Buddha.4. Di tingkat pertama terdapat ukiran cerita kehidupan gautama Buddha5. Bahagian paling atas melambangkan tahap nirwana iaitu tahap manusia bebas daripada nafsu.6. Stupa candi borobudur terbahagi kepada tiga tingkat.7. Tiga tingkat ini melambangkan tiga tahap kehidupan, iaitu sila (moral), samadhi (penumpuan) dan panna (kebijaksanaan), seperti dalam ajaran Buddha8. Candi borobudur dibina dalam masa 75 tahun. Jelaskan ciri-ciri candi lembah bujang yang ditemui pada zaman awal di Asia Tenggara.1. Candi lembah bujang dibina untuk agama Hindu dan Buddha di kedah.2. Candi agama Hindu terbahagi kepada dua bahagian utama iaitu Vimana dan Mendapa.3. Vimana ialah bahagian suci tempat arca keagamaan dan mendapa ialah bahagian luar candi.4. Candi berunsur Buddha memiliki pelan cruciform. Huraikan kepentingan bahasa sanskrit pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara1. Bahasa Sanskrit telah meningkatkan percapaian dalam bidang intelek masyarakat.2. Batu bersurat yang terdapat di tapak-tapak sejarah awal di Asia Tenggara mengandungi maklumat tentang agama, pemerintahan, raja dan undang-undang.3. Batu bersurat Kutei menjelaskan tentang keturunan raja.4. Batu berrsurat Sungai Mas (Kedah Tua) berkaitan dengan ajaran Buddha.5. Inskripsi di palembang ditulis dalam bahasa melayu kuno yang berkaitan dengan pemerintahan dan amaran raja kepada rakyat serta pembesar agar tidak menderhaka kepada raja.6. Sebahagian tulisan dipahat pada batu memerlukan kemahiran yang tinggi dan asas yang kukuh dalam bahasa sanskrit.7. Bahasa dan tulisan sanskrit yang ditemui pada batu bersurat di Lembah Bujang mengandungi arahan dan pemberitahuan kepada rakyat.8. Banyak perkataan bahasa sanskrit mengalami penyesuaian dan berubah ke dalam bahasa melayu seperti, dosa, duka, derhaka, manusia, pahala, rupa, sengsara dan huruf.9. Bahasa sanskrit berkembang menjadi bahasa ilmu dan komunikasi kerajaan awal di Asia Tenggara. Huraikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam bidang kesusasteraan pada zaman kerajaan awal di Asia Tenggara.1. Kesusasteraan India melalui epik Ramayana, Mahabharata dan puranas menyumbang kepada unsur mitos yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.2. Pengaruh kesusasteraan India dapat di lihat dalam puisi dan prosa Jawa seperti Nagarakertagama, Sutasoma, Arjunwiwaha dan Kunjarkarna.3. Cerita-cerita dalam epik Ramayana dan Mahabharata melalui kesusasteraannya telah mempengaruhi penceritaan lisan dan teater seperti wayang kulit.4. Epik Mahabharata melahirkan naskah hikayat yang diadun dengan unsur tempatan seperti Hikayat Pendawa Lima, Hikayat Pendawa Jaya dan Hikayat Sang Samba. Manakala epik Ramayana pula melahirkan Hikayat Seri Rama. Berdasarkan contoh-contoh, buktikan pengaruh Hindu dan Buddha dalam kerajaan awal di Asia Tenggara.1. Mengamalkan sistem pemerintahan beraja dengan raja sebagai ketua kerajaan.2. Raja berkuasa mutlak dalam pemerintahan dan rakyat tidak boleh langgar perintah raja.3. Raja dianggap sebagai dewa raja, wakil tuhan dibumi dan rakyat tidak boleh menderhaka kepada raja.4. Adat istiadat pertabalan raja dikendalikan oleh golongan Brahmin.5. Golongan Brahmin merupakan golongan tertinggi selepas raja dan amat berpengaruh.6. Sebuah negara menggambarkan satu alam semesta atau orde kosmos iaitu pusat alam dan pusat pemerintahan.7. Raja bertanggungjawab untuk mengatur kesejahteraan negara dan rakyat selaras dengan Dharma atau peraturan alam semesta.8. Terdapat istilah pentadbiran menggunakan bahasa Sanskrit seperti gelaran, arahan raja dan sistem perundangan.9. Seni bina candi seperti Candi Dieng, Prambanan dan Angkor Wat pengaruh agama Hindu, Candi Borobodur pengaruh agama Buddha, Candi Lembah Bujang pengaruh Hindu dan Buddha.10. Bahasa Sanskrit menjadi bahasa komunikasi dan bahasa ilmu kepada kerajaan.11. Banyak bahasa Sanskrit yang mengalami penyesuaian dan berubah ke bahasa Melayu seperti dosa, duka, derhaka, manusia, pahala, rupa, sengsara dan huruf.12. Kesusasteraan India melalui epik Ramayana, Mahabharata dan Prunas menyumbang kepada unsur mitos, prosa, puisi serta hikayat yang terdapat dalam kesusasteraan klasik Asia Tenggara.

KEDATANGAN AGAMA HINDU DAN BUDDHA Dengan kedatangan agama Hindu dan Buddha ke alam Melayu, upacara agama menjadi lebih formal dan tersusun. Namun pengaruh itu tidak benar-benar melibatkan keseluruhan ajaran yang terdapat dalam falsafah Hindu-Buddha asli, yang dipentingkan hanya perkara-perkara yang berkaitan dengan selok-belok upacara agama. Di samping itu, ajaran Hindu-Buddha ini juga membesar-besarkan keagongan dewa-dewa dan ini telah mempengaruhi kepercayaan masyarakat Melayu.

Pandangan semesta yang dipengaruhi oleh agama baru ini juga dapat dikesan melalui karya-karya Melayu tradisional yang bercorak mitos dan lagenda. Ini dipengaruhi daripada ajaran kitab-kitab suci agama Hindu seperti Mahabrata, Bhagavad Sita dan Baratayudha. Oleh itu aspek-aspek yang dipentingkan ialah kesenian, keindahan, keromantisan, kesedihan, keagongan dan ketakjuban. Aspek-aspek falsafah dan penghujahan yang rasional tidak ditekankan. Ini telah mempengaruhi pemikiran masyarakat Melayu khususnya golongan bangsawan.

Menurut pendapat Syed Naquibb, kedatangan agama Hindu tidak merubah pandangan semesta masyarakat Melayu secara mutlak. Apa yang jelas terlihat ialah kesan pengaruh Hindu-Buddha hanya pada lapisan di atas sahaja (golongan bangsawan), tidak menyerap ke segenap lapisan masyarakat Melayu.

Namun kesan daripada aspek-aspek ajaran Hindu seperti sistem kasta (lapisan masyarakat) yang memisahkan antara golongan raja, bangsawan dan rakyat jelata menular masuk ke dalam sistem sosial masyarakat Melayu. Dari sinilah wujudnya sistem feudal yang telah diamalkan dalam sistem pantadbiran mana-mana kerajaan Tamadun Melayu.