pengaruh hindu buddha

10
BUKTI KEWUJUDAN PENGARUH HINDU-BUDDHA DI ALAM MELAYU Kewujudan pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara bermula pada kurun ke-7. Pada mulanyaa agama ini dibawa oleh pengaruh gologan pedagang (vaisya) dan kesatria (tentera). Dua kerajaan yang hebat pada masa tiu adalah kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit. Kerajaan Srivijaya berjaya menyataukan Nusantara dan membentuk acuannya sendiri. Pecahan kemasukan pengaruh Hindu-Buddha ini dapat dilihat melalui beberapa negara. Di Indonesia, kerajaan yang terawal adalah Kerajaan Tambayung pada abad pertengahan ke 6 dan ke-7. Kemudian kerajaan Srivijaya Pertama, Kerajaan Keritang, Kerajaan Melayu Jambidan kerajaan sekala brak. Di Semenanjung Tanah Melayu pula kerajaan yang terawal adalah Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Pan-Pan, Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Dhi Tu. Jawa dimulai dengan Kerjaan Salakanagara, Kerajaan Tarumanagara,Kerajaan Sunda Galuh dan beberapa kerjaan lagi. Borneo dimulai dengan Kerjaan Kutai,kerjaan PO ni dan lain. Manakala Vietnam adalah Kerjaan Champa. Didalam artikel ini saya memberi penekanan terhadap tiga kawasan iaitu Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Srivijaya.. Perbezaan Hindu dan Buddha boleh dilihat dari beberapa aspek. Hindu Buddha Menyatukan budaya bangsa Arya dan bangsa Dravida Muncul sebagai hasil pemikiran dan pencerahan Disharta dalam rangka mencari jalan lain

Upload: james-jackson

Post on 12-Nov-2015

77 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

sejarah

TRANSCRIPT

BUKTI KEWUJUDAN PENGARUH HINDU-BUDDHA DI ALAM MELAYU

Kewujudan pengaruh Hindu-Buddha di Asia Tenggara bermula pada kurun ke-7. Pada mulanyaa agama ini dibawa oleh pengaruh gologan pedagang (vaisya) dan kesatria (tentera). Dua kerajaan yang hebat pada masa tiu adalah kerajaan Srivijaya dan Kerajaan Majapahit. Kerajaan Srivijaya berjaya menyataukan Nusantara dan membentuk acuannya sendiri. Pecahan kemasukan pengaruh Hindu-Buddha ini dapat dilihat melalui beberapa negara. Di Indonesia, kerajaan yang terawal adalah Kerajaan Tambayung pada abad pertengahan ke 6 dan ke-7. Kemudian kerajaan Srivijaya Pertama, Kerajaan Keritang, Kerajaan Melayu Jambidan kerajaan sekala brak. Di Semenanjung Tanah Melayu pula kerajaan yang terawal adalah Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Langkasuka, Kerajaan Pan-Pan, Kerajaan Kedah Tua dan Kerajaan Dhi Tu. Jawa dimulai dengan Kerjaan Salakanagara, Kerajaan Tarumanagara,Kerajaan Sunda Galuh dan beberapa kerjaan lagi. Borneo dimulai dengan Kerjaan Kutai,kerjaan PO ni dan lain. Manakala Vietnam adalah Kerjaan Champa. Didalam artikel ini saya memberi penekanan terhadap tiga kawasan iaitu Kerajaan Gangga Negara, Kerajaan Langkasuka dan Kerajaan Srivijaya.. Perbezaan Hindu dan Buddha boleh dilihat dari beberapa aspek.

HinduBuddha

Menyatukan budaya bangsa Arya dan bangsa DravidaMuncul sebagai hasil pemikiran dan pencerahan Disharta dalam rangka mencari jalan lain menuju kesempurnaan

Kitab sucinya WEDAKitan sucinya Tripitaka

Kehidupan masyarakat terbahagi kepada 4 golongan ataupun KastaMemandang semua adalah sama

Dibenarkan mengada upacara korbanTidak dibenarkan mengadakan upacara korban

Kerajaan Kedah TuaAgama Hindu-Buddha dibawa masuk ke Kedah Tua melalui tiga tahap. Tahap pertama ialah tahap Buddha awal yang berlaku pada abad ke-4 hingga abad ke-5. Tahap kedua ialah tahap Hindu iaitu penganut Dewa Siva. Tahap ini berlaku dari abad ke-6 hingga abad ke-8. Tahap yang terakhir ialah tahap Buddha aliran Mahayana. Ia bermula pada abad ke-9 hingga abad ke-14. Kedah Tua pada awalnya dikanali sebagai Kataha, kadaram, Sai, Kalah, Kalah Bar dan Kalagam. Menurut cacatan I Ching Kedah tua juga dikenali sebagai Cheh-Cha. Pada masa ini, penduduk tempatan telah berkemahiran membina candi dan menguasai tulisan India terutamanya tulisan "Pallawa". Impak pengaruh yang kuat dari aliran ini masih meresap didalam jiwa masyarakat melayu. Banyak pengaruh kepercayaan Hindu-Buddha digunakan dalam masyarakat melayu, contohnya dalam bahasa, adat istiadat,kepercayaan dan kebudayaan, seni bina, dan bidang kesusasteraan.Kerajaan Gangga Negara

Kerajaan ini merupakan kerajaan Melayu Hindu Lama yang hilang dan ada disebut dalam Sejarah Melayu yang merangkumi Beruas, Dinding dan Manjung yang terletak di Negeri Perak. Antara bukti peninggalan yang dijumpai adalah meriam 128 kg, pedang, keris pitis, ketulan timah, tembikar dari kerajaan Dinasti Ming dalam pelbagai era, dantempayanbesar. Kebanyaak artifak yang dijumpai bertarikh abad ke 5- dank ke-6. Satu artifak yang menarik adalah batu nisan yang dipercayaai milik Raja dari Acheh dan menunjukkan Bruas mungkin titik permulaan penyebaran agama Islam.,BidordanSungai Siputmerupakan sebahagian kerajaan Beruas. Artifak turut mencadangkan bahawa pusat kerajaan mungkin telah berpindah beberapa kali. Gangga Negara dinamakan menjadi Beruas selepasIslam bertapak di sana.

Kerajaan Langkasuka

Kerajaan Langkasuka juga dikanali sebagai Lang-ya-Shiu atau Lang-chia-shu dari negara China. Arab pula menyebutnya sebagai Langasyuka. Mengikut cacatan Paul Wheatley kerajaan Langkasuka telah wujud pada 387-412. Beliau percaya bahawa negeri Langkasuka yang terletak di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu antara Senggora kini dikenali sebagai Sonkla danKelantan. Langkasuka ialah sebuah kerajaanHinduMelayusilam yang terletak diSemenanjung Tanah Melayu. Kerajaan ini bersama-sama dengan KerajaanKedah Tuaberkemungkinan merupakan kerajaan yang paling awal diTanah Melayu. Mengikut satu sumber, kerajaan ini diasaskan pada kurun ke-2 Masihi. Legenda orang Melayu mendakwa bahawa Langkasuka diasaskan diKedah, dan kemudian berpindah ke Pattani. Persoalan bagaimana Langkasuka bertukar menjadi Patani masih belum dapat dipastikan oleh para pengkaji sejarah kerana tidak ada sebarang cacatan sejarah yang jelas mengenainya. Bukti kewujuddan pengaruh ini dengan terjumpanya . Catatan sejarah dari China pernah menyebut sebuah negeri iaituLang-ya-hsiuatauLang-chia-shu pada tahun515 M, RajaBhagadattatelah menjalinkan hubungan dengan China. Hubungan itu dikukuhkan lagi dengan duta-duta dihantar pada tahun523,531dan568Masihi. Pada kurun ke-12, Langkasuka merupakan negeri naungan kepada KerajaanSrivijayadan pada kurun ke-15 ia digantikan denganKerajaan Pattani.

Kerajaan Srivijaya

Pada kurun ke 7 hingga kurun ke 14, terdapat dua kerajaan besar iaitu kerajaanSrivijayadan kerajaanMajapahit. Kerajaan Srivijaya merupakan kerajaan pertama yang berjaya menyatukan Nusantara dan membentuk acuan budayanya. Perkembangan perdagangan denganIndiatelah membawa kepada penyebaran agama-agama besar India,agama Hindudanagama Buddha, ke seluruh pelusuk alam Melayu. Tempat-tempat ibadat mula dibina berdasarkan seni binaIndia, dan ketua-ketua tempatan mula menggelar diri merekaRajadan menyerap banyak aspek utama dari sistem pemerintahan feudal India.Semenanjung Tanah Melayu HYPERLINK "http://ms.wikipedia.org/wiki/Etnik_Melayu" \l "cite_note-Zaki_Ragman_page_1-6-37"

Kemudiannya, muncul negeri-negeri maritim Melayu kecil di kawasan pesisiran pantai sepertiChi Tu(abad pertama),Gangga Negara(abad ke-2),Langkasuka(abad ke-2), danKedah(abad ke-4). Di antara abad ke-7 dan ke-13, sebahagian besar dari negeri-negeri maritim yang makmur ini berada di bawah kawalan empayarSrivijaya, sebuah kerajaan Melayu agung yang berpusat diPalembang,Sumatera. Pengaruh Hindu ini bertahan sehingga abad ke 14 apabila Islam mula memasuki Nusantara menerusi Sumatra. Panggilan lain utnuk Srivijaya adalah Sri Vijaya atau Sriwijaya. Ianya merupaka sebuah empayar maritim Melayu purba yang berpusat di Sumatera dan Semenanjung Tanah Melayu. Pada tahun 671 seorang sami telah menulis dan menyatakan bahawa Batu Bersurat Kedukan Bukit bertarikh 638 masihi telah dijumpai di Palembang Sumatera. Srivijaya merupa pusat penyebaran agama Buddha. Kerajaan Srivijaya runtuh sepenuhnya pada abad ke-13 disebabkan oleh kebangkitan Kerajaan Majapahit. Banyak penemuan artifak yang diperolehi oleh akeologi untuk zaman ini. Kebesaran raja Srivijaya digambarkan melalui catatan Arab yang menyifafkannya sebagai Raja di Gunung dan Maharaja di Pulau. Raja di Gunung dan Maharaja menggambarkan kebesaran raja yang mempunyai kuasa sakit, berkuasa multak, dan bersifat ketuhanan. Raja Srivijaya memerintah secara multak dan dibantu oleh menteri yang menjadi perantaraan raja dengan rakyat.

Bukti Artifak

Bukti keagamaan dapat dilihat di Lembah Bujang. Satu ketika dulu Lembah Bujang telah muncul sebagai sebuah pusat perdagangan terpenting di antara Laut Mediteranean dan China. Lembah Bujang pada waktu itu berada di bawah naungan Kerajaan Srivijaya. Terdapat bukti arkeologi berkaitan dengan binaancandicampuran batu dan kayu yang dipengaruhi oleh seni bina India bertarikh seawal kurun pertama sebelum Masihi. Dalam kawasan yang berkeluasan lebih 350 kilometer persegi, 87 tapak bersejarah telah dilaporkan terdiri dari relau besi, dewan dan jeti di sepanjang sungai purba Lembah Bujang.Terdapat jugacandi-candi yang ditemui di puncak-puncak gunung, menunjukkan bahawa ada golongan melayu purba yang mempercayai tempat-tempat yang tinggi. Antara bukti artifak yang dijumpai adalah seperti Candi Bukit Batu Pahat , Candi Kampung Pangkalan Bujang , Candi Estet Sungai Batu , Candi Kampung Pendiat , Candi Kampung Permatang Pasir dan Candi Kampung Bendang Dalam .

Dari sudut seni bina pula, beberapa candi dijumpai di Sumatera yang merupakan bukti akeologi tentang kewujudan pengaruh Hindu - Buhhda. Candi Muara TakusdanCandi Muaro JambidiSumatramerupakan antara peninggalan arkeologi yang berkaitan dengan elemen-elemen seni bina empayar Srivijaya. Beberapa arca juga dijumpai di wilayah Thailand atau dulu dikenali seagai Chaiya. Tempat ini dipercayai pernah menjadi sebuah pusat terpenting pada zaman Srivijaya. Rumah-rumah ibadat yang dibina sangat unik dengan imej Buddha dan puncak struktur yang dinaikan dalam bentuk stupa dengan teres yang bertingkat-tingkat seperti dapat dilihat pada Wat Pra Borom That. Ditanah Melayu gambaran orang asing yang terawal tentang seni bina Melayu dapat ditemui dalam beberapa catatan China. Satu catatan dari abad ke-7 menceritakan tentang pelawat-pelawat Buddha yang singgah diLangkasukaada menerangkan yang bandarnya dikelilingi tembok dengan menara-menara peninjau, dan memiliki pintu berkembar yang besar. Satu lagi catatan abad ke-7 oleh utusan khas China keKerajaan Bumi Merahmerekodkan yang ibu kotanya mempunyai 3 pintu utama yang jarak antaranya adalah 100 langkah dan dihiasi dengan lukisan bertemakan Buddha dan semangat-semangat wanita. Di Tanah Melayu seni bina Melayu yang terawal adalah mengenaiIstanabesarSultan Mansur Shahyang memerintahMelakadari tahun 1458 hingga 1477. MenurutSejarah Melayu, bangunan ini mempunyai tujuh struktur ruang di atas tiang-tiang kayu, dengan tujuh bumbung dari genting tembaga yang berlapis-lapis dan menara-menara bersadur emas, dihiasi dengan cermin kaca dari China.

Pengaruh Hindu-Buddha dalam alam melayu banyak dapat dilihat dalam pengamalan adat dan budaya. Malah kesannya dapat dilihat hingga di hari ini. Adat Melayu yang awal dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu dan Buddha diperolehi melalui kitab-kitab lama seperti Rayamana dan Mahabrata. Ketika adat ini diamalkan, Islam masih belum sampai ke Nusantara. Ada diantara adat-adat dalam period Hindu dan Buddha ini masih diamalkan sehingga ke hari ini. Pastinya kita pernah melihat upacara persandingan didalam majlis-majlis perkahwinan masyarakat Melayu. Ini merupakan salah satu contoh adat-adat Hindu yang ditiru oleh masyarakat Melayu dahulu. Pemujaan Raja secara melebih-lebih dalam masyarakat Melayu suatu ketika dahulu juga merupakan gambaran kepada pengaruh Hindu Dan Buddha dalam masyarakat Melayu bahkan perkataan Raja itu sendiri pun sudah memperlihatkan pengaruh Hindu yang tebal. Begitu juga dari aspek pertabalan dan adat istiadat Istana Melayu, masih kelihatan kekuatan unsur Hindu dan Buddha dalam mencorakkan adat Melayu itu. Malah kadang-kala unsure-unsur dewa di kalangan orang melayu masih menebal contohnya apabila menjadikan tok bomoh sebagai rujukkan pada sesuatu masalah atau merawati sesuatu penyakit. Melalui bukti-bukti artifak, seni bina dan amalan kebudayaan jelaslah menunjukkan bahawa kewujudan pengaruh Hindu dan Buddha sememangnya telah wujud sejak sekian lama. Bukan saja di Malaysia, pengaruh ini juga terdapat di dunia nusantara. Di Malaysia pengaruh ini mula beransur hilang selepas kedatangan Islam pada kurun ke 15. Walaubagaimana tempoh yang begitu lama yang telah sebati dalam nenek moyang kita, amalan ini sukar untuk dihilangkan. Sebagai individu yang beragama Islam, jelas amalan yang berunsurkan Hindu-Buddha ini jelas harus ditinggalkan dalam kehidupan harian kerana ianya bersifat syirik. Sejarah tetap sejarah itulah fakta yang kita terima tentang kewujudan pengaruh Hindu Buddha dialam melayu.BIBLIOGRAFI

1. Rogayah A.Hamid, Kesultanan Melayu, Dawama 2006

2. Wan Abdul Rahman Latif, et-al. Dewan Bahasa, 1996

Artifak Di Lembah Bujang

Candi

Pengaruh Hindu-Buddha dialam seni bina masjid

Tcandi Muara Takus

Candi muaro Jambi