konsep kerjaya guru sebagai ibadah

8
Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah PERSPEKTIF AGAMA AGAMA ISLAM Menurut konsep perguruan dalam islam ,pendidik atau guru merupakan murabbi,mualim,muadib,alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama islam. Guru juga dikelaskan sebagai: a) Al-mu'allim menyampaikan ilmu yang Ü benar b) Al-murabbi menjayakan proses tarbiah Ü c) Al-mu'addi mengajarkan adab dan budi pekerti Ü d) Al-mursyid membentuk kepimpinan insan Ü e) Al-mudarris menitipkan pelajaran dan Ü kemahiran f) Qdwatun hasanah beri contoh yang baik Ü Di samping itu, guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana mereka mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan,kelemahan,kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. wahyu yang diturunkan dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah. Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka. Semua itu diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar. Ilmu ibarat mutiara yang bernilai tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu ketuhanan.Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disia- siakan. Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan prinsip-prinsip Maqasid Assyariah (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta). Guru menggembeling tenaga dalam menyemai benih- benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang dan akan datang. AGAMA BUDDHA Agama Buddha merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling ramai di negara China. Agama ini sangat mementingkan ilmu dan disiplin yang tinggi. Tempat untuk belajar ajaran Buddha dinamakan Rumah rahib atau disebut Sangha. Kemasukan bukan sahaja kepada rahib dan rahib perempuan sahaja tetapi kepada sesiapa sahaja yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut Buddha. Kaedah penyampaian adalah secara lisan sahaja. Oleh itu, murid-murid dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam dhamma, iaitu kebenaran dan vinaya , iaitu disiplin atau peraturan. Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh penganutnya. Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mereka sebagai sumber di mana penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi. AGAMA HINDU Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia ini. Justeru,guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial masyarakat hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi. Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan akademik,sosial dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab terhadap kebajikan kerohanian anak mereka. Mereka menggunakan cara hafalan. Menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka. AGAMA SIKH Menurut agama sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion perguruan kerana guru dikaitkan dengan Tuhan bagi perspektif agama sikh. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian 10 orang Guru. Guru yang terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind Singh. Guru merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat sikh kerana mereka dianggap sebagai pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid muridnya. Mereka juga mempunyai budi pekerti beliau yang baik dan ramah tamah. Oleh itu, murid-murid mereka akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang hati, dan bercantum menjadi satu dengan kebanaran. AGAMA KRISTIAN Agama kristian merupakan agama yang yang memberi kedudukan yang tinggi terhadap guru. Dalam agama ini sendiri, Yesus kristus merupakan seorang guru yang agung. Yesus sentiasa berusaha untuk mengajar tentang pelbagai perkara merangkumi duniawi dan surgawi dan memberi nasihat kepada anak anak muridnya supaya mereka dapat melakukan perkara yang baik berlandaskan firman Tuhan yang terdapat di dalam Alkitab atau Bible. Guru sebagai seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anak-anak murid hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Hal ini membuatkan seseorang guru akan sentiasa berasa puas hati

Upload: soyab1

Post on 30-Jun-2015

688 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah

Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah

PERSPEKTIF AGAMA

AGAMA ISLAM

Menurut konsep perguruan dalam islam ,pendidik atau guru merupakan murabbi,mualim,muadib,alim atau ulamak. Hal ini menunjukkan guru merupakan profesion yang mulia dalam perspektif agama islam. Guru juga dikelaskan sebagai:

a) Al-mu'allim Ü menyampaikan ilmu yang benar

b) Al-murabbi Ü menjayakan proses tarbiah

c) Al-mu'addi Ü mengajarkan adab dan budi pekerti

d) Al-mursyid Ü membentuk kepimpinan insan

e) Al-mudarris Ü menitipkan pelajaran dan kemahiran

f) Qdwatun hasanah Ü beri contoh yang baik

Di samping itu, guru pergi ke sekolah dianggap sebagai pergi ke medan jihad kerana mereka mereka bertindak untuk menentang, membasmi dan mencegah kejahilan,kelemahan,kealpaan, kemunduran dan kehinaan akibat tidak berilmu pengetahuan. Mengajar dengan perasaan ikhlas dan tanpa sebarang muslihat dan tipu helah dianggap sebagai suatu ibadah. Oleh itu, keikhlasan guru dalam mencurahkan ilmu akan menjadi keberkatan kepada pelajar. wahyu yang diturunkan dalam Surah Iqra, menyeru manusia untuk menuntut ilmu dan mencari keredaan Allah.

Ilmu membentuk keperibadian yang tinggi (bersih dan suci) serta minda yang terbuka. Semua itu diadun dari curahan ilmu dari guru dan pendidik yang mengajar. Ilmu ibarat mutiara yang bernilai tinggi apalagi ilmu yang bersangkutan dengan ilmu ketuhanan.Tugas dan tanggungjawab guru bukan hanya mendidik malah membimbing pelajar ke jalan kebenaran, ke jalan takwa dan menunjuk jalan akhirat. Guru hendaklah menyedari bahawa tugas mendidik anak bangsa merupakan suatu amanah Allah Taala yang tidak boleh disia-siakan.

Guru juga mengamalkan konsep kerjayanya sebagai suatu ibadah dalam melaksanakan prinsip-prinsip “Maqasid Assyariah” (menjaga, memelihara dan memperkasakan agama, akal, nyawa,keturunan dan harta). Guru menggembeling tenaga dalam menyemai benih-benih keimanan, ketaqwaan dan keinsafan kepada generasi sekarang dan akan datang.

AGAMA BUDDHA

Agama Buddha merupakan agama yang mempunyai penganut yang paling ramai di negara China. Agama ini sangat mementingkan ilmu dan disiplin yang tinggi. Tempat untuk belajar ajaran Buddha dinamakan Rumah rahib atau disebut Sangha. Kemasukan bukan sahaja kepada rahib dan rahib perempuan sahaja tetapi kepada sesiapa sahaja yang berminat, termasuk mereka yang bukan penganut Buddha. Kaedah penyampaian adalah secara lisan sahaja. Oleh itu, murid-murid dikehendaki menghafal segala yang terkandung dalam dhamma, iaitu kebenaran dan vinaya , iaitu disiplin atau peraturan.

Rahib dan rahib perempuan buddha juga amat dihormati oleh penganutnya. Mereka dianggap sebagai role model kerana mereka mempunyai ilmu yang lengkap dan mendalam mengenai doktrin dan disiplin Buddha. Mereka sebagai sumber di mana penganut memperoleh pahala melalui pemberian hadiah (berbentuk wang tunai atau barangan) dan sokongan moral. Sebagai balasan, rahib dan rahib perempuan dikehendaki menumpukan perhatian sepenuh kepada pengajian doktrin Buddha, bertafakur dan berhemah tinggi.

AGAMA HINDU

Menurut agama Hindu, guru merupakan wakil yang dihantar oleh Tuhan ke dunia ini. Justeru,guru merupakan pekerjaan yang mulia dan dipandang tinggi oleh masyarakat Hindu. Hal ini dapat dilihat melalui hieraki sosial masyarakat hindu, guru diberi penghormatan yang amat tinggi.

Murid-murid amat menghormati guru mereka dan tetap mengikuti segala ajaran yang disampaikan agar memperoleh ilmu dan pengetahuan sama ada yang melibatkan akademik,sosial dan keagamaan yang sempurna. Tanggungjawab ibu bapa hanyalah kepada kebajikan fizikal anak-anak, sementara guru bertanggungjawab terhadap kebajikan kerohanian anak mereka. Mereka menggunakan cara hafalan. Menghabiskan masa untuk memahami setiap ayat yang terkandung dalam kitab berkenaan. Apabila guru sudah berpuas hati, barulah mereka dikatakan sudah menamatkan pengajian mereka, lalu dibenarkan meninggalkan guru mereka.

AGAMA SIKH

Menurut agama sikh, guru merupakan jambatan yang menghubungkan manusia dengan Tuhan. Betapa mulianya profesion perguruan kerana guru dikaitkan dengan Tuhan bagi perspektif agama sikh. Guru Nanak adalah pengasas agama Sikh dan dikenali sebagai guru pertama dalam rantaian 10 orang Guru. Guru yang terakhir dalam rantaian itu ialah Guru Gobind Singh.

Guru merupakan orang yang sangat penting dalam masyarakat sikh kerana mereka dianggap sebagai pelita jalan yang akan menunjukkan jalan yang benar kepada murid– muridnya. Mereka juga mempunyai budi pekerti beliau yang baik dan ramah tamah. Oleh itu, murid-murid mereka akan menjadi sempurna, berupaya mengatasi sebarang masalah yang dihadapi, menjadi senang hati, dan bercantum menjadi satu dengan kebanaran.

AGAMA KRISTIAN

Agama kristian merupakan agama yang yang memberi kedudukan yang tinggi terhadap guru. Dalam agama ini sendiri, Yesus kristus merupakan seorang guru yang agung. Yesus sentiasa berusaha untuk mengajar tentang pelbagai perkara merangkumi duniawi dan surgawi dan memberi nasihat kepada anak – anak muridnya supaya mereka dapat melakukan perkara yang baik berlandaskan firman Tuhan yang terdapat di dalam Alkitab atau Bible.

Guru sebagai seorang pemimpin dan menjadi role model kepada anak-anak murid hendaklah sentiasa berusaha untuk mendidik dan memberi ilmu pengetahuan dengan ikhlas tanpa mengharapkan balasan. Hal ini membuatkan seseorang guru akan sentiasa berasa puas hati kerana dapat melahirkan anak-anak murid yang berjaya dan menjadi manusia yang berguna kepada bangsa dan agama. Tuhan lebih mengetahui

Page 2: Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah

tujuan dan usaha kita sebagai seorang guru, keikhlasan kita akan sentiasa dilihatNya dan Dia lebih mengetahui waktunya Dia akan membalas kebaikan kita tersebut.

PANDANGAN DAN PENDAPAT AHLI FALSAFAH

Essensialisme

Falsafah ini diasaskan oleh William C. Bagley(1938). Antara pendidik yang tergolong dalam mazhab ini ialah :

1. Thomas Briggs.

2. Frederick Breed.

3. Isaac L. Kandel.

Menurut falsafah ini, guru merupakan seorang model dan seorang yang berpendidikan dan berpengetahuan dalam kebudayaan bangsa dan nilai- nilai tradisional masyarakat. Manakala pendapat Brickman(1958) ahli- ahli essensialisme meletakkan guru di tengah- tengah(pusat) alam pendidikan. Mereka menganggap bahawa inisiatif dalam pendidikan terletak di bahu guru dan bukan di bahu pelajar. Guru juga seharusnya mencerminkan kebaikan sesuatu masyarakat.

Guru memainkan peranan utama dalam proses pendidikan, membantu pelajar memperoleh keperluan dan kualiti kehidupan orang dewasa agar mereka berjaya hidup dalam masyarakat terus menerus.(James B. Conant dan Hyman George Rickover) Guru juga harus mengamalkan sikap pimpinan demokratik, mengambil inisiatif untuk menjalankan tugas sebagai pengajar, kreatif, membentuk iklim kondusif untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan mahir menggunakan teknik peneguhan atau ganjaran dan denda.

Progresivisme

Falsafah ini diasaskan di Amerika Syarikat pada pertengahan tahun 1920-an. Falsafah ini muncul daripada pragmatisme dan kemudian dibentuk untuk pendidikan oleh John Dewey.

Menurut falsafah ini, guru merupakan pembimbing atau penasihat dalam membantu pelajar- pelajar mengenali masalah- masalah yang dihadapi oleh mereka dalam persekitaran yang berubah. Hal ini membolehkan murid-murid dapat belajar dengan persekitaran yang baik dan selesa.

Rekonstruktivisme

Rekonstruktivisme merupakan falsafah pendidikan yang dipecahkan daripada aliran fahaman progresivisme dan menjadi falsafah sendiri. Pelopor utama ialah George S. Counts(1899- 1974) dan Harold O. Rugg(1886- 1960). Kedua- duanya ialah penyokong pragmatisme John Dewey.

Menurut falsafah ini, peranan guru bukanlah untuk menyampaikan pengetahuan, tetapi berperanan untuk menimbulkan isu- isu sosial yang dianggap penting. Hal ini dapat membentuk kematangan di dalam pelajar dan mereka lebih mengenali diri sendiri. Di samping itu, guru perlu menerang dan mencadangkan kepada para pelajarnya bentuk masyarakat demokrasi yang merupakan suatu persekitaran

yang baik di mana manusia digalakkan untuk membentuk bakat yang ada pada diri mereka.

Eksistensialisme

Falsafah ini berdasarkan Naturalisme Rousseau dan mazhab Humanis. Dipelopori oleh Carl Rogers(1902- 1987) .

Menurut falsafah ini pula, sebagai manusia yang bebas, guru mestilah berusaha untuk mendedahkan dan memerangi semua kuasa dalam kebudayaan dan masyarakat yang cuba menghilangkan sifat- sifat perikemanusiaan manusia dengan menafikan kebebasannya. Tugas ini adalah sangat berat tetapi sebagai seorang guru, kepercayaan masyarakat hendaklah dibalas dengan kejayaan. Oleh itu, seorang guru hendaklah sabar dan berusaha dengan gigih untuk mengecapi kejayaan yang diingini.

Di samping itu, falsafah ini menekankan guru untuk menghormati kebebasan pelajar seperti mana dia menilai dirinya sendiri Hal ini memberikan kebaikan kepada guru dan murid-murid kerana saling menghormati antara satu sama lain.

Perkembangan Sistem Pendidikan di Malaysia

Negara Malaysia mempunyai sejarah pembentukan

negara bangsa yang amat panjang dalam mengorak langkah

mencapai kemerdekaan. Selari dengan proses tersebut,

pendidikan juga telah berkembang seiring dengan zaman.

Maka, dapatlah disimpulkan bahawa sistem pendidikan di

Malaysia boleh dibahagikan kepada tiga peringkat iaitu

sebelum merdeka, selepas merdeka dan sistem pendidikan

semasa. Perkembangan sistem pendidikan sebelum merdeka

terbahagi kepada empat peringkat iaitu sebelum kedatangan

British, tempoh penjajahan pertama, tempoh penjajahan kedua

dan awal kemerdekaan, iaitu sebelum pembentukan gagasan

Malaysia. Perkembangan sistem pendidikan selepas merdeka

terbahagi kepada tiga tahap iaitu tahap pertama(1963-1965),

tahap kedua(1966-1970) dan tahap ketiga(1971-1975).

Perkembangan sistem pendidikan semasa pula berlaku selepas

tempoh 1975.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA

Pada peringkat pertama sistem pendidikan sebelum

merdeka iaitu sebelum kedatangan British pendidikan pada

umumnya merupakan pendidikan yang tidak menekankan soal

formal. Penekanan hanyalah kepada pengajaran kitab suci Al-

Quran, tingkah laku dan akhlak yang baik, pengetahuan dan

juga sifat kerohanian.

Page 3: Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah

Terdapat juga sebilangan pelajar yang mempelajari pendidikan

agama di sekolah-sekolah pondok yang ditubuhkan oleh para

ulama Islam yang terkenal pada zaman tersebut. Sekolah-

sekolah jenis ini masih boleh dilihat sekarang di negeri-negeri

seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah.

Pada amnya pendidikan tradisi ini mempunyai kurikulum yang

terlalu sempit kerana pelajaran adalah terhad kepada teks Al-

Quran sahaja. Namun, kelebihan yang boleh diperolehi

daripada aspek pengajaran sebegini ialah ia telah berjaya

mewujudkan ramai tokoh agama yang bukan sahaja terkenal

dalam bidang agama, tetapi juga mempunyai tahap etika yang

amat tinggi.

Perkembangan sistem pendidikan semasa

penjajahan British(1984-1986) pula bermula setelah Francis

Light mengambil Pulau Pinang hingga menjelang Perang Dunia

Kedua. Pada masa itu, kerajaan British mula memberi perhatian

terhadap pendidikan di negeri-negeri Selat. Blundell(Gabenor

negeri Selat) telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah-

sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri Selat dengan

bantuan kerajaan British. Pada tahun 1856, Blundell dengan

bantuan kewangan daripada DYMM Temenggung Johor telah

menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di

Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan

British telah menubuhkan beberapa buah sekolah Melayu di

Pulau Pinang dan Melaka.

Mata pelajaran-mata pelajaran yang biasa

diaplikasikan di sekolah-sekolah Vernakular ialah Bacaan,

Mengarang, Ejaan, Menulis, Ilmu Hisab, Latihan Jasmani dan

Ilmu Alam. Gerakan bimbingan juga mula dikembangkan di

Tanah Melayu ketika ini. Pejabat Pelajaran Negeri-negeri Selat

dan Negeri-negeri Tanah Melayu Bersekutu mengeluarkan “A

Guide To Careers In Malaya For Parents, Teachers and Pupils”.

Buku tersebut mengandungi analisis senarai kerja yang

terdapat di dalam perkhidmatan kerajaan.

Pada awal kurun ke-20, mata pelajaran Perkebunan

dan Anyaman telah ditambah ke dalam kurikulum sekolah.

Murid-murid akan memasuki Darjah I hingga Darjah IV. Selepas

itu, hanya sebilangan kecil pelajar sahaja yang berpeluang

melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class, di mana mereka

dapat meneruskan persekolahan di sekolah Inggeris kelak.

Sekolah Vernakular Cina yang pertama telah

didirikan oleh Persatuan Mubaligh London di negeri Melaka

pada tahun 1815, dan kemudiannya di Singapura pada tahun

1819. Pada tahun 1900, dua orang menteri dan pendidik dari

negeri China, Kang You Wei dan Liang Qi Chau telah mendirikan

sekolah Vernakular Cina dan menggabungkan pengajaran

Confucious dengan pengajaran sains Barat. Kurikulum yang

diperkenalkan adalah berorientasikan kepada negara China.

Sesetengah sekolah dijadikan pusat untuk menyebarkan

sentimen anti British. Pentadbiran Inggeris kemudiannya telah

mengawal segala aktiviti sekolah dan kurikulumnya menjadi

bertambah baik.

Perkembangan sekolah Vernakular Tamil bermula

semasa perkembangan ladang getah, kelapa sawit, kopi dan

gula di Tanah Melayu. Terdapat ramai buruh dari negara India

telah diambil untuk bekerja di estet-estet. Pendidikan dalam

bahasa Tamil diberi di salah sebuah sekolah cawangan

Singapore Free School mulai tahun 1834. Kumpulan-kumpulan

mubaligh Kristian banyak memberi sumbangan kepada

perkembangan pendidikan formal dalam bahasa Tamil pada

peringkat awalnya. Sehingga tahun 1938, terdapat 13 buah

sekolah Tamil kerajaan, 511 buah sekolah estet, 23 buah

sekolah mubaligh dan 60 buah sekolah Tamil swasta di seluruh

Semenanjung Tanah Melayu. Sepertimana sekolah Vernakular

Melayu, sekolah-sekolah Vernakular Tamil terhad pada

peringkat rendah sahaja dan seperti sekolah-sekolah Cina,

kurikulum sekolah-sekolah Tamil berorientasikan negara asal

mereka, India. Buku-buku dan tenaga pengajar dibawa dari Sri

Lanka dan India.

Sementara itu, perkembangan bagi sekolah Inggeris

pula bermula apabila pada peringkat awal penubuhannya,

kebanyakan sekolah Inggeris didirikan daripada hasil usaha

kaum mubaligh Kristian. Pada tahun 1816, Penang Free School

telah ditubuhkan dan mempunyai beberapa matlamat seperti

berikut:

i. untuk semua bangsa;

ii. mendidik supaya berdisiplin, berkelakuan baik dan rajin;

iii. ibu bapa yang berkemampuan dikehendaki membayar yuran

sekolah dengan kadar berpatutan;

iv. murid akan belajar membaca dan menulis Bahasa Inggeris

dan mempelajari Ilmu Kira-kira;

v. murid Melayu akan diajar Bahasa Melayu;

vi. rancangan yang sama diadakan juga untuk bangsa lain;

vii. murid akan diajar tentang pekerjaan seperti pertukangan

menjahit dan lain-lain;

viii. diajar supaya menghormati ibu bapa dan agama Kristian.

Pada tahun 1826, Melaka Free Schol ditubuhkan

serta disusuli dengan penubuhan Victoria Insitute pada tahun

Page 4: Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah

1893, Sekolah King Edward VII di Taiping pada tahun 1906. Pada

awal kurun ke-20, semua Free School telah diambil alih oleh

kerajaan. Pada tahun 1905 pula, sebuah sekolah Melayu iaitu

Malay College Kuala Kangsar ditubuhkan khas untuk anak-anak

Melayu peringkat atasan. Sementara itu, perkembangan sistem

pendidikan untuk tempoh kedua selepas kedatangan British

pula bermula dari tempoh 1946-1957. Perkembangan

pendidikan terbantut apabila pihak Jepun telah menakluki

Tanah Melayu pada tahun 1941 sehingga tahun 1945 iaitu pada

Perang Dunia Kedua. Pada zaman ini, kebanyakan sekolah

terpaksa ditutup dan hanya sebilangan kecil daripadanya

digunakan untuk mengajar bahasa Jepun.

Selepas kekalahan pihak Jepun ke atas pihak

Inggeris, kurikulum asal telah diaplikasikan semula. Walau

bagaimanapun, beberapa laporan cadangan terhadap

kurikulum baru telah digubal. Laporan-laporan yang

dimaksudkan ialah Laporan Barnes 1951, Laporan Fenn-Wu

1951, Ordinan Pelajaran, Dasar Pelajaran Kebangsaan dan

Laporan Razak 1956.

Di antara cadangan yang telah dikemukakan ialah menuntut

kerajaan supaya menyediakan kemudahan-kemudahan

pelajaran dan pembelajaran serta menyediakan guru-guru

terlatih di sekolah-sekolah. Guru-guru ini merangkumi mereka

yang mempunyai rekod penilaian yang baik serta mempunyai

etika pengajaran yang boleh dicontohi oleh para pelajar.

Sistem pendidikan di Malaysia pada awal

kemerdekaan bermula setelah Parti Perikatan merebut 51

daripada 52 kerusi dalam Pilihan Raya Umum pertama di

Persekutuan Tanah Melayu.Sistem pendidikan pada zaman ini

masih berorientasikan sistem yang telah tercatat di dalam

Laporan Razak. Pada tahun 1959, cawangan Universiti Malaya

telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Kursus-kursus yang

ditawarkan ialah Kejuruteraan, Sastera dan Sains. Pada tahun

ini juga Laporan Rahman Talib diwujudkan iaitu pada tahun

1960.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SELEPAS MERDEKA

Perkembangan sistem pendidikan di Malaysia selepas merdeka

bermula pada tahun 1963 hingga 1975. Tahap

pertamanya(1963-1965) pula menekankan perlaksanaan Akta

Pelajaran 1961. Antara yang dilaksanakan dalam tahap pertama

ini, termasuklah pemansuhan Peperiksaan Masuk Sekolah

Menengah(1964), penubuhan sistem Pendidikan Aneka

Jurusan(1965) dan penubuhan Pusat Latihan Daerah.

Tahap kedua(1966-1970) pula dilaksanakan dibawah

Rancangan Malaysia Pertama yang digubal untuk

menyelesaikan masalah ekonomi dan sosial yang timbul pada

masa itu. Antara yang dilaksanakan dalam tempoh ini

termasuklah penubuhan Sekolah Menengah Teknik dan

Vokasional, penyelarasan sistem pendidikan melalui Polisi

Pendidikan Kebangsaan serta penubuhan Lembaga Peperiksaan

Malaysia.

Tahap ketiga(1971-1975) merupakan pengubahsuaian sistem

pelajaran dan latihan untuk memenuhi keperluan-keperluan

perkembangan ekonomi serta mengeluarkan lebih ramai

tenaga kerja mahir bagi melancarkan perlaksanaan Dasar

Ekonomi Baru. Antara yang ditekankan ialah peranan

pendidikan dalam perpaduan(Rancangan Malaysia Kedua),

penubuhan Rukun Negara dan Pusat Pengajian Sains.

PERKEMBANGAN SISTEM PENDIDIKAN SEMASA

Dalam jangka waktu ini, ideologi negara bagi sistem

pendidikan adalah Rukun Negara dan tumpuannya adalah

sejajar dengan pembangunan negara. Aspek yang sangat

penting dalam pendidikan iaitu berkaitan dengan etika turut

ditekankan dalam Rukun Negara, iaitu ‘Kesopanan dan

Kesusilaan’. Aspek ini sering diaplikasikan dalam banyak mata

pelajaran yang diajar di sekolah-sekolah bagi mewujudkan para

pelajar yang tinggi moral dan etika mereka.

Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran ditubuhkan pada bulan September 1974 untuk

mengkaji pelaksanaan sistem pelajaran kebangsaan bagi:

“Mengkaji semula matlamat dan

berkesannya sistem pelajaran sekarang,

termasuk kurikulumnya, dalam rangka

dasar palajaran yang wujud, dengan

tujuan untuk memastikan bahawa

keperluan tenaga rakyat negara dapat

dipenuhi sama ada dari segi jangka

pendek mahupun jangka panjang, dan

lebih-lebih lagi untuk memastikan

bahawa sistem pelajaran itu dapat

memenuhi matlamat negara ke arah

melahirkan masyarakat yang

bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.”

(Sumber: Education In Malaysia, 1980)

Page 5: Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah

Mengikut Laporan Kabinet pada tahun 1979 bagi

peringkat sekolah rendah iaitu kurikulum, kemahiran adalah

tertumpu kepada bidang komunikasi, alam sekitar,

perkembangan diri yang menekankan aspek 3M dan

perkembangan bakat, membantu murid yang lemah serta

mengadakan program pengayaan, pengajaran pemulihan

diperbaiki lagi dan Kurikulum Baru Sekolah Rendah

dicadangkan.

Bagi peringkat sekolah menengah pula, sistem baru

bagi pelajaran vokasional, jurusan perdagangan

dipertingkatkan, penekanan terhadap mata pelajaran

Matematik, Sains dan Bahasa, penekanan kepada aktiviti ko-

kurikulum, bimbingan dan kaunseling diwujudkan di sekolah

serta Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah dicadangkan.

Pada tahun 1990-an, peperiksaan Ujian Penilaian

Sekolah Rendah(UPSR), Penilaian Menengah Rendah(PMR), Sijil

Pelajaran Malaysia(SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran

Malaysia(STPM) telah diperkenalkan. Selain itu, beberapa akta

telah digubal untuk memantapkan sistem pendidikan di negara

ini termasuklah:

i. Akta Pelajaran 1995

ii. Rang Undang-Undang Pendidikan 1995

iii. Rang Undang-Undang Institusi Pengajian Tinggi

Swasta 1996

iv. Rang Undang-Undang Universiti dan

Kolej(Pindaan 1996)

v. Rang Undang-Undang Majlis Pendidikan Tinggi

Negara 1996

vi. Rang Undang-Undang Lembaga Akreditasi Negara

1996

Perkembangan terhadap sistem pendidikan

berterusan sehingga ke hari ini antaranya termasuklah

penubuhan Sekolah BESTARI 1995, Koridor Raya Multimedia

1999, Ujian Bahasa Inggeris(MUET), PSMI 2003, Sekolah

Wawasan dan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2006.

Perlaksanaan pelbagai program ke arah perkembangan sistem

pendidikan ini akan berlanjutan untuk masa-masa yang akan

datang. Pelajar-pelajar yang dahagakan ilmu pengetahuan terus

meningkat dari setahun ke setahun dalam mendaftarkan diri

mereka ke sekolah-sekolah rendah dan menengah di seluruh

Malaysia.

Perkembangan Kurikulum dan Perlaksanaan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)

Dalam usaha untuk meningkatkan kualiti pendidikan

agar setaraf dengan negara – negara maju yang lain, tahun

1986 hingga awal tahun 1991 adalah merupakan tahap

terpenting dalam sejarah pendidikan negara di mana pelbagai

perubahan telah dilaksanakan dalam banyak aspek, di samping

berusaha untuk menangani cabaran perkembangan semasa

yang mana telah mula mengabaikan nilai kerohanian dan juga

nilai murni dalam kehidupan masyarakat pada waktu tersebut.

Perlaksanaan kurikulum baru KBSR adalah susulan daripada

perubahan yang dilakukan oleh Laporan Jawatankuasa Kabinet

Mengenai Perlaksanaan Dasar Pelajaran yang dikeluarkan pada

tahun 1979. Berikutan itu, Kementerian Pendidikan pada ketika

itu telah mengambil langkah drastik dengan melaksanakan

perakuan yang terkandung dalam laporan tersebut. Oleh yang

demikian, kurikulum di peringkat rendah dan menengah telah

dikaji dan digubal semula dengan tujuan untuk meningkatkan

lagi mutu pendidikan negara. Oleh yang demikian, segala

perubahan dalam kurikulum, cita - cita FPN dan pendekatan

yang menekankan kesepaduan dalam kurikulum menengah

perlu difahami oleh semua lapisan masyarakat agar hasrat

murni yang ingin dicapai melalui pendidikan dapat dijayakan

dengan berkesan dan sempurna.

Penggubalan semula Falsafah Pendidikan Negara

yang dahulunya hanya dikenali sebagai Falsafah Pendidikan,

menyebabkan berlakunya keperluan untuk mengkaji semula

keseluruhan system dalam pendidikan kebangsaan.

Kesinambungan daripada perubahan ini, maka terhasilnya

Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah yang telah dilancarkan

sepenuhnya pada tahun 1983. Kurikulum ini digubal bagi

memastikan setiap murid diberi peluang untuk mendapatkan

kemahiran, pengetahuan, nilai, sikap dan amalan kehidupan

yang diperlukan. Falsafah KBSR ialah memberi pendidikan yang

bercorak pendidikan asas dengan penegasan terhadap

kemahiran 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. KBSR

turut memberi penekanan terhadap perkembangan individu

secara menyeluruh dan seimbang dari aspek JERIS serta

pemupukan dan perkembangan bakat seseorang individu itu.

Antara objektif penting pembentukan KBSR yang perlu dicapai

pula ialah yang pertama, murid dapat menguasai dan

menghargai Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan

sebagai alat perpaduan dengan baik dan memuaskan. Yang

kedua, murid dapat menguasai kemahiran asas bahasa iaitu

kemahiran bertutur, membaca dan menulis dalam bahasa

pengantar sekolah rendah iaitu Bahasa Melayu. Seterusnya

yang ketiga pula ialah, melalui KBSR, pembinaan sikap dan

perlakuan yang baik berpandukan nilai – nilai kemanusiaan dan

kerohanian yang berlandaskan RUKUN NEGARA dapat dipupuk

Page 6: Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah

dikalangan murid. Yang keempat, murid dapat bergaul ,

menghargai hak dan kebolehan orang lain serta mempunyai

semangat kerjasama dan toleransi. Dan yang kelima, murid

dapat menambahkan ilmu pengetahuan, kefahaman, minat

serta kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.

KBSR dibahagikan kepada tiga bidang asas iaitu

bidang komunikasi, bidang kemanusiaan dengan persekitaran

dan bidang perkembangan diri individu. Bidang komunikasi

pada asasnya terdiri daripada komponen Kemahiran Asas yang

mengandungi mata pelajaran Bahasa iaitu Bahasa Melayu, Cina,

Tamil dan Inggeris serta matapelajaran Matematik. Bidang

Kemanusiaan dan Alam Sekitar pula terbahagi kepada dua

komponen iaitu Kerohanian, Nilai dan Sikap serta Komponen

Kemanusiaan dengan Alam. Mata pelajaran yang mewakili

bidang ini ialah matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan

Moral. Bidang yang ketiga pula iaitu bidang perkembangan diri

individu terdiri daripada komponen Kesenian dan Reakreasi

yang mengandungi matapelajaran Muzik, Pendidikan Seni dan

Pendidikan Jasmani. Berdasarkan perkara yang berkaitan di

atas, maka jelaslah bahawa matlamat pendidikan KBSR di

sekolah rendah untuk memastikan perkembangan murid secara

menyeluruh dari aspek intelek, rohani, jasmani, emosi, bakat,

akhlak, nilai – nilai estetika dan sosial selaras dengan falsafah

dan dasar pendidikan negara iaitu untuk membangunkan

negara dan menyemai perpaduan kaum yang kukuh serta

integrasi nasional melalui sistem pendidikan yang tersusun dan

bersistematik.

A). Sumbangan Ahli Falsafah Yunani

1. Socrates

- Beliau dianggap sebagai bapa falsafah dan demokrasi Yunani.

- Socrates menggunakan kaedah bertanya untuk mencari jawapan, pengetahuan dan kebenaran. Segala perkara yang berlaku dalam alam ini harus dibuktikan. Kaedah ini menggalakkan orang ramai menggunakan akal.

- Persoalan yang dibangkitkan oleh Socrates menyentuh kehidupan manusia dan menanamkan nilai individualisme di jiwa rakyat Athens.

- Beliau mengajar manusia berkelakuan dan berakhlak baik serta berfikir dengan bijak.

- Beliau dihukum mati kerana dituduh menafikan dewa dewi dan merosakkan pemikiran golongan muda yang menggunakan kaedahnya iaitu menyampaikan pengetahuan melalui cara menyoal untuk mendapatkan kebenaran.

2. Plato

- Plato adalah anak murid Socrates.

- Beliau telah menubuhkan sebuah sekolah yang bernama Akademi di Athens di mana sekolah itu telah melahirkan ramai ahli falsafah.

- Menurut beliau, sesuatu kerajaan dan juga kehidupan manusia haruslah berpandukan kepada prinsip-prinsip kebaikan, kemuliaan, keadilan dan kasih sayang. Beliau juga menegaskaan bahawa hak yang sama harus diberikan kepada golongan wanita.

- Plato dalam bukunya ‘ Republik ’ menerangkan tentang struktur kerajaan yang paling baik kepada rakyat dan menekankan bahawa kerajaan yang ideal adalah kerajaan yang dipimpin oleh ahli falsafah.

- Selain itu, pemerintah harus memberi pendidikan kepada setiap warganegara supaya manusia boleh mempunyai hidup yang baik, sempurna, berbudi dan berdisiplin.

3. Aristotle

- Aristotle adalah pengikut Plato yang terkenal dan dikenali sebagai bapa logik.

- Menurutnya, ilmu pengetahuan dan penyelesaian masalah haruslah diperolehi melalui proses pemerhatian, pengumpulan, penyusunan fakta serta fikiran yang yang teratur, tepat atau berdasarkan hubungan sebab dan akibat.

- Beliau merupakan orang yang pertama memperkenalkan kaedah saintifik dalam mencari kebenaran.

- Idea dan falsafah Aristotle terkandung dalam bukunya yang berjudul ‘ Ethics ’ dan ‘ Politic ’ .

- Dalam bukunya Politic, Aristotle menyarankan supaya manusia harus mengamalkan sifat sederhana dalam kehidupan.

- Menurut Aristotle, kerajaan bercorak demokrasi adalah sistem yang zalim dan menindas kerana mengabaikan perbezaan antara manusia. Bagi beliau, kerajaan yang baik adalah politi di mana pemerintahannya dijalankan oleh orang ramai yang meliputi ciri-ciri terbaik pemerintahan monarki dan oligarki.

- Beliau menubuhkan sebuah sekolah bernama Lyceum untuk mengembangkan falsafah dan kajian sainsnya.

B). Sumbangan Ahli Falsafah China

1. Mencius

- Falsafah tamadun awal China dipengaruhi oleh perubahan musim. Menurut Mencius, seorang ahli falsafah China, semua benda di dunia termasuk ilmu terbahagi kepada dua kategori umum iaitu Yin dan Yang.

- Yin dan Yang melambangkan keharmonian dan saling bertindak di antara unsur-unsur yang bertentangan seperti kegelapan dan kecerahan, kelembapan dan kepanasan, langit dan bumi serta lelaki dan perempuan. Kesinambungan di antara kedua-dua unsur ini telah mempengaruhi kehidupan masyarakat China.

Page 7: Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah

2. Confucianisme

- Falsafah China juga tertumpu kepada manusia dan hubungannya dengan orang lain dan di dalam masyarakat. Ahli-ahli falsafah China seperti Confucius juga berusaha untuk memperkukuhkan semula feudalisme di China untuk mewujudkan keamanan dan keharmonian. Ia tidak menekankan manusia sebagai individu yang bebas.

- Confucianisme yang berasaskan kepada ajaran Confucius, wujud pada zaman Dinasti Chou yang mengalami keruntuhan akhlak akibat keruntuhan sistem feudal dan peperangan. Menurut Confucius, manusia tidak hidup berseorangan atau terasing daripada masyarakat. Oleh itu, manusia diajar bagaimana mereka harus bertindak dalam masyarakat mengikut suatu upacara adat istiadat.

- Ajaran Confucius memberikan penekanan tentang harga diri dan kemanusiaan. Penekanan diberikan kepada prinsip amanah, rajin, bersifat mulia, berbudi bahasa dan bermurah hati. Kerajaan yang aman dan makmur dapat diwujudkan sekiranya pemerintah menunjukkan budi pekerti yang baik untuk dicontohi oleh rakyat.

- Pedoman untuk hubungan dalam masyarakat dibahagikan kepada lima bentuk iaitu hubungan pemerintah dengan rakyat, ibubapa dengan anak, suami dengan isteri, abang dengan adik dan kawan dengan kawan. Sekiranya wujud hubungan hormat-menghormati, kesopanan, kesusilaan dan bertanggungjawab, maka akan wujud keamanan dalam keluarga, masyarakat dan negara.

- Ajaran-ajaran Confucius boleh diperolehi daripada dua buku iaitu Klasik Confucius dan Analekta.

3. Taoisme

- Taoisme berasaskan kepada ajaran Lao Tze dan Chuang Tzu. Ajaran falsafah mereka terkandung dalam dua buah buku mereka iaitu Tao Te Ching dan Chuang Tzu. Ajaran ini ialah reaksi terhadap ajaran Confucius yang menekankan kepatuhan kepada peraturan sosial.

- Ajaran Tao ini menekankan keharmonian manusia dengan alam semesta. Tao adalah suatu cara atau jalan untuk mencapai keharmonian itu. Menurut ajaran Tao, manusia tidak harus mementingkan keduniaan dan mencari kebahagiaan dengan mengasingkan diri daripada peraturan duniawi. Manusia harus hidup sederhana serta melakukan meditasi dan hidup berharmoni dengan peraturan alam semesta.

- Taoisme menegaskan bahawa kerajaan yang paling berkesan adalah kerajaan yang paling sedikit memerintah dengan undang-undang dan peraturan yang sedikit serta mudah difahami oleh rakyat. Penekanan kepada alam telah menggalakkan pengikut Taoisme menerokai sains dan teknologi. Pengaruh Taoisme juga terdapat dalam bidang kesusasteraan dan kesenian masyarakat China.

4. Legalisme

- Legalisme merupakan satu lagi falsafah yang penting di China. Ia mengajukan kepentingan penekanan undang-undang untuk mewujudkan kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam masyarakat.

- Pemikir unggul Legalis adalah Han Fei yang menulis Han-fei-tzu yang merupakan falsafah legalis yang komprehensif. Pengikut Legalisme tidak percaya tentang kasih sayang dan belas kasihan. Kuasa harus dikekalkan dan dipelihara dalam apa jua keadaan.

- Menurut Han Fei, nilai-nilai yang dicadangkan oleh Confucius adalah hipokratik dan hanya digunakan untuk kepentingan sendiri.

- Falsafah ini digunakan oleh Maharaja Shih Huang Ti untuk memerintah dan mengekalkan kuasanya setelah beliau berjaya menyatukan Negeri China.

Kesimpulan

- Pelbagai jenis falsafah yang muncul di Yunani dan Negeri China muncul akibat keadaan politik dan sosial yang wujud pada zaman itu yang memerlukan pendapat dan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah pada zaman itu. Sumbangan ahli-ahli falsafah di Yunani dan China juga adalah relevan untuk kehidupan pada masa kini.

Penyata Razak 1956

Penyata Razak 1956 merupakan cadangan-cadangan yang dibuat oleh satu jawatankuasa oleh kerajaan Malaysia bagi mengkaji semula sistem pendidikan di Malaysia. Jawatankuasa pelajaran ini ditubuhkan pada bulan September 1955 dan dipengerusikan oleh Menteri Pelajaran Malaysia ketika itu Tun Abdul Razak Hussein.

Cadangan yang dikemukan oleh Penyata Razak ini diluluskan oleh kerajaan persekutuan dan antara perkara penting yang dicadangkan adalah mewujudkan dua jenis sekolah rendah iaitu Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) dan Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) serta menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa bahasa pengantar bagi SRK. Penyata Razak juga mencadangkan satu sistem pendidikan menengah dengan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Tugas jawatankuasa ini ialah untuk:

membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan yang bersesuaian dengan aspirasi menyatupadukan penduduk berbilang bangsa

menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

menjaga perkembangan bahasa dan kebudayaan kaum lain

Penyata Razak mempunyai 17 cadangan dengan mengambilkira matlamat akhirnya membentuk satu sistem pendidikan kebangsaan di Malaysia. Di antara perkara yang diperkatakan ialah:

1. Semua sekolah di tanah air mempunyai sukatan yang sama

2. Bahasa Melayu dijadikan bahasa Kebangsaan dan menjadi bahasa pengantar utama.

3. Bahasa Melayu dan bahasa Inggeris diwajibkan bagi semua sekolah rendah dan menengah.

4. Bagi sekolah jenis kebangsaan, bahasa Inggeris, Cina dan Tamil menjadi bahasa pengantar.

Page 8: Konsep Kerjaya Guru Sebagai Ibadah

5. Sekolah-sekolah rendah ditukar kepada sekolah kebangsaan dan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar utama.

6. Penubuhan satu jenis sekolah sahaja yang terbuka kepada semua kaum.

7. Guru-guru sekolah rendah dan menengah adalah bekelayakan.

8. Sistem pendidikan sekolah menengah adalah Sekolah Menengah Rendah (SMR), Sekolah Menengah Atas (SMA) dan Pra Universiti.

9. Semua guru diletakkan di bawah satu perkhidmatan profesional dan Jemaah Nazir Persekutuan ditubuhkan.