konsep ibadah dan adat

Upload: aiza-hana

Post on 15-Jul-2015

1.096 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

KONSEP IBADAH DAN ADATOLEH: AIZATIL HANAFI BIN JAILANI FIRDAUS BIN MUHAMMAD

IBADAH DAN ADATMaksud Ibadah: Ibadah secara bahasa bererti merendahkan diri serta tunduk. Menurut syara, ibadah mempunyai banyak definisi, tetapi makna dan maksudnya satu. Definisi lain adalah: 1. Ibadah adalah taat kepada Allah dengan melaksanakan perintah-Nya melalui lisan para RasulNya. 2. Ibadah adalah merendahkan diri kepada Allah Azza wa Jalla, yaitu tingkatan tunduk yang paling tinggi disertai dengan rasa mahabbah (kecintaan) yang paling tinggi. 3. Ibadah adalah sebutan yang merangkumi seluruh apa yang dicintai dan diredhai Allah Azza wa Jalla, baik berupa ucapan atau perbuatan, yang zahir mahupun yang batin. Yang ketiga ini adalah definisi yang paling lengkap.

Ibadah terbahagi kepada ibadah hati, lisan, dan anggota badan. Rasa khauf (takut), raja (mengharap), mahabbah (cinta), tawakkal (ketergantungan), raghbah (senang), dan rahbah (takut) adalah ibadah qalbiyah (yang berkaitan dengan hati). Sedangkan tasbih, tahlil, takbir, tahmid dan syukur dengan lisan dan hati adalah ibadah lisaniyah qalbiyah (lisan dan hati). Sedangkan solat, zakat, haji, dan jihad adalah ibadah badaniyah qalbiyah (fisik dan hati).

Maksud adat:perkara yang menjadi kebiasaan bagi orang ramai atau segolongan perkara yang diulang-ulangkan tanpa perkaitan daripada segi akal .

Makna ' perkara ' dalam ayat diatas adalah yang menerangkan perkataan atau perbuatan , manakala ' yang diulang-ulangkan ' bermaksud perkara yang diulang-ulangkan beberapa kali . Oleh yang demikian , perbuatan tersebut dinamakan adat . Sebaliknya perkara yang dilakukan sekali sahaja , tidak dinamakan adat , begitu juga halnya jika perkara tersebut berulang tatapi mempunyai perkaitan dari segi akal .

Antara Adat Dan IbadatPada hari ini jika kita lihat telah banyak berlaku percampuran ibadat dan adat yang mana adat dikatakan ibadat dan ibadat pula dikatakan sebagai adat. Sebagai contoh yang berlaku pada hari ini ialah adat memberikan sumbangan ketika menghadiri majlis kenduri kahwin. Adat memberikan sumbangan secara terpaksa ini akan menimbulkan kesan negatif sama ada dari sudut rohani atau jasmani kerana orang yang tidak berupaya sudah tentu akan merasa malu untuk menghadiri majlis kenduri tersebut atau beliau sanggup berhutang semata-mata untuk menghadiri kenduri kahwin. Bagi yang masih tidak mampu untuk mendapatkan wang maka keinginanan menghadiri majlis tersebut akan terhalang dan mereka akhirnya tidak dapat menghadirinya kerana malu tidak memberikan sumbangan. Jika sekirannya pada satu hari tersebut si miskin menerima jemputan sehingga 4 kenduri kahwin, macam mana? Setiap majlis memerlukan kepada RM10! Tidakkah ini membebankan?

Perbezaan antara ibadah dengan adat dapat dilihat melalui niat. Misalnya , seseorang itu boleh mendapat ganjaran pahala daripada perbuatannya. Sebagai contoh, antara duduk di dalam masjid dengan niat iktikaf dengan masuk masjid kerana untuk berehat semata-mata ada bezanya. Maka sesiapa yang berniat iktikaf akan mendapat pahala sedangkan sesiapa yang tidak berniat iktikaf tidak akan mendapat pahala ( duduk dalam masjid sebagai adat kebiasaan ) . Demikian juga halnya dengan seseorang yang memberi wang kepada seseorang yang lain dengan niat ikhlas untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT seperti zakat , sedekah atau membayar kafarah akan mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT , dan jika dia memberi dengan tujuan dunia maka dia tidak akan mendapat apa-apa ganjaran pahala daripada Allah SWT.

Selain itu , niat juga dapat dijadikan neraca atau penilaian dalam menentukan sama ada suatu perbuatan itu mendapat pahala ataupun sebaliknya terhadap setiap perbuatan yang merupakan adat kebiasaan seperti orang yang menyimpan AlQuran di rumah sedangkan dia tidak membacanya . Jika dia berniat untuk kebaikan dan mendapat berkat di samping memperoleh keredhaan Allah SWT , maka dia akan mendapat pahala , tatapi jika dia menyimpan kerana perhiasan sematamata , maka dia tidak akan beroleh apa-apa ganjaran . Demikian juga halnya dengan seseorang yang makan hingga kenyang , jika dia berniat mengikut nafsu adalah berdosa tatapi berbeza pula halnya jika dengan niat bertakwa kerana untuk berpuasa kemudiannya , maka dia akan beroleh ganjaran pahala .

Dengan ini sebagai kesimpulannya , dapatlah dirumuskan dalam pengertian yang luas bahawa ibadah itu mempunyai kesyumulannya dan merangkumi seluruh aspek kehidupan . Iaitu kita tidak hanya membataskan kepada solat , puasa , zakat dan haji sahaja kerana risalah dan tugas kita dalam hidup ini ialah untuk beribadah kepada Allah SWT yang bermaksud seluruh kehidupan kita ini adalah merupakan ibadah kepada Allah SWT. Sebagaimana Firman Allah dalam surah al- Zariyat ayat 56 yang bermaksud:

"dan aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya Mereka menyembahku

Justeru itu , setiap individu Muslim hendaklah bersungguhsungguh untuk merealisasikan setiap pengertian ini dengan memperbetulkan niat dan menghadirkan keikhlasan dalam diri dalam setiap amalan perbuatan yang dikira sebagai adat seperti menuntut ilmu, mencari rezeki, makan , minum , berpakaian , perniagaan , perkahwinan dan sebagainya dengan menjadikannya sebagai alat untuk mendidik diri dalam mentaati segala perintah dan larangan Allah serta mendapat keredhaan Allah SWT supaya setiap amalan yang dilakukan sentiasa mendapat ganjaran pahala daripada Allah SWT.

SEKIAN TERIMA KASIH