konsep kendiri positif dan negatif

7
KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF KONSEP KENDIRI: Personaliti diri yang terbentuk hasil daripada interaksi dengan orang sekeliling,pengalaman dan persekitaran. Konsep kendiri positif : 1) Personaliti harmonis dan seimbang 2) Tenang dan tabah menghadapi ujian 3) Pandangan terbuka dan bertimbang rasa 4) Berfikiran positif 5) Berani mencuba dan yakin kebolehan diri sendiri 6) Mudah bersosialisasi 7) Sedia menerima teguran 8) Optimistik dan bijak mengurus emosi 9) Sentiasa menerima perhatian masyarakat Konsep kendiri negatif: 1) Emosi tidak seimbang dan keyakinan diri rendah 2) Tidak suka bergaul atau bekerjasama dengan orang lain 3) Tidak berani mencuba benda baru 4) Mempunyai tanggapan buruk,tidak percaya pada orang lain 5) Sensitif terhadap teguran dan kritikan orang lain 6) Tidak suka mendengar atau menerima pendapat 7) Sukar bersosialisasi dan menjauhkan diri daripada khalayak ramai 8) Menunjukkkan wajah muram dan masam muka 9) Bersifat penakut dan pemalu Bagaimana guru dapat memupuk dan membina konsep kendiri positif murid : 1) Guru memberi dorangan,sokongan kepada usaha dalam pembelajaran 2) Guru memberi bimbingan yang wajar dalam memberi bimbingan 3) Guru mengajar murid mengikut kebolehan meraka supaya dapat meningkatkan keyakinan dan penghargaan diri 4) Guru menghargai kebolehan sedia ada murid 5) Guru menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya 6) Guru memberi peluang kepada murid bergiat aktif dalam kelas 7) Guru menunjukkan sikap, nilai yang baik kepada murid 8) Guru menyelitkan pengajaran dan refleksi berbentuk motivasi dan pembinaan diri yang positif

Upload: iznin

Post on 11-Feb-2016

32 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

Perkembangan Kanak-kanak

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF

KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF

KONSEP KENDIRI: Personaliti diri yang terbentuk hasil daripada interaksi dengan orang sekeliling,pengalaman dan persekitaran.

Konsep kendiri positif :

1) Personaliti harmonis dan seimbang

2) Tenang dan tabah menghadapi ujian

3) Pandangan terbuka dan bertimbang rasa

4) Berfikiran positif

5) Berani mencuba dan yakin kebolehan diri

sendiri

6) Mudah bersosialisasi

7) Sedia menerima teguran

8) Optimistik dan bijak mengurus emosi

9) Sentiasa menerima perhatian masyarakat

Konsep kendiri negatif:

1) Emosi tidak seimbang dan keyakinan diri

rendah

2) Tidak suka bergaul atau bekerjasama

dengan orang lain

3) Tidak berani mencuba benda baru

4) Mempunyai tanggapan buruk,tidak percaya

pada orang lain

5) Sensitif terhadap teguran dan kritikan orang

lain

6) Tidak suka mendengar atau menerima

pendapat

7) Sukar bersosialisasi dan menjauhkan diri

daripada khalayak ramai

8) Menunjukkkan wajah muram dan masam

muka

9) Bersifat penakut dan pemalu

Bagaimana guru dapat memupuk dan membina konsep kendiri positif murid :

1) Guru memberi dorangan,sokongan kepada usaha dalam pembelajaran

2) Guru memberi bimbingan yang wajar dalam memberi bimbingan

3) Guru mengajar murid mengikut kebolehan meraka supaya dapat meningkatkan

keyakinan dan penghargaan diri

4) Guru menghargai kebolehan sedia ada murid

5) Guru menggalakkan interaksi positif di kalangan rakan sebaya

6) Guru memberi peluang kepada murid bergiat aktif dalam kelas

7) Guru menunjukkan sikap, nilai yang baik kepada murid

8) Guru menyelitkan pengajaran dan refleksi berbentuk motivasi dan pembinaan diri

yang positif

Page 2: KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF

Bagaimana guru dapat melayan pelbagai tingkah laku murid?

Guru perlu memahami perbezaan tingkah laku murid supaya persefahaman

dan perhubungan antara murid dan guru dapat dicapai.

Guru perlu mengelak sikap pilih kasih.

Guru bersifat timbang rasa dan bersimpati dengan murid.

Guru perlu sentiasa bertolak ansur dengan murid-murid dalam apa jua

keadaan.

Guru perlu sabar melayani pelbagai karenah murid.

Guru harus bijak meramal atau menalah gerak balas atau tingkah laku yang

mungkin timbul dalam sesuatu situasi.

Guru harus menggunakan strategi dan pendekatan yang sesuai seperti aktiviti

kumpulan supaya murid yang cerdas dapat membantu murid yang lemah.

Guru perlu mempelbagaikan bahan bantu mengajar yang dapat menarik minat

murid untuk mempelajari topik yang diperkenalkan.

Guru perlu mengenal pasti samada tingkah laku murid merupakan tingkah

laku bermasalah ataupu tidak.

Selain itu, jika tingkah laku bermasalah, guru perlu mengenalpasti samada

tingkah laku bermasalah positif ataupun tingkah laku bermasalah negatif.

Guru menggunakan modifikasi tingkah laku untuk membantu murid.

1. Tingkah laku bermasalah Positif Tingkah laku bermasalah positif merangkumi :- Tingkah laku ingin tahu – sikap ingin tahu yang tinggi terhadap sesuatu

perkara yang dilihat Tingkah laku cepat belajar – cepat menangkap atau ‘ catch up ‘ sesuatu

perkara yang baru dipelajari, dapat mempelajari sesuatu yang baru dengan cepat

Tingkah laku pintar cerdas – sentiasa cepat dan pantas apabila menggunakan otak dan berfikir

Tingkah laku proaktif – sentiasa menunjukkan kesungguhan atau sikap maju ke depan berbanding kawan-kawan yang lain

Page 3: KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF

2. Tingkah laku Bermasalah Negatif Tingkah laku bermasalah negatif merangkumi :-

Tingkah laku yang menghalang ( bergantung ) : Tingkah laku ini

merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan diri.

Kebimbangan – sentiasa berasa takut, menunjukkan reaksi

bimbang, tiada keyakinan diri.

Pergantungan lebihan – terlalu mengharapkan pertolongan atau

bantuan dari orang lain terutama ibu bapa atau orang yang rapat

dengannya, terlalu manja, tidak boleh berdikari

Pengunduran diri – malu untuk menunjukkan kebolehan,

teragak-agak memberi pendapat atau idea, tidak yakin pada

kebolehan diri, sering menggangap orang lebih baik dari dirinya

Pengasingan diri – tidak suka bergaul atau berkomunikasi

dengan kawan-kawan, sikap rendah diri yang terlalu tinggi,

perasaan malu pada kawan-kawan

Tingkah laku yang mengganggu ( disruptif ) : Tingkah laku ini

merupakan tingkah laku yang boleh membahayakan orang lain.

Hiperaktif – kelakuan atau bertingkah laku yang tersangat agresif

Kelakuan nakal – suka menggangu kawan-kawan, membuli atau

menyakat kawan-kawan sekelas.

Bising – menganggu ketenteraman bilik darjah, banyak bercakap .

Bergerak sesuka hati – suka keluar masuk kelas tanpa kebenaran,

berjalan-jalan di dalam kelas semasa sesi pembelajaran berlaku,

melakukan aktiviti yang disukai bila-bila masa.

Ketawa kuat – ketawa dengan suara yang nyaring dan kuat tanpa

menghiraukan orang yang berada di sekelilingnya

Agresif secara lisan / fizikal – menggunakan kata-kata kasar, lucah,

kurang ajar, tidak sopan

Tingkah laku anti sosial ( distruktif ) : Tingkah laku ini merupakan

tingkah laku yang boleh membahayakan diri, sekolah dan masyarakat.

Permusuhan nyata – suka bergaduh, berlawan, bertumbuk,

mencari pasal dengan mana-mana murid terutama rakan

sebaya.

Page 4: KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF

Vandalisme – suka merosakkan harta benda awam seperti

menconteng dinding menggunakan pen, pensil, marker atau

tapak kaki, mematahkan alat pengepam tandas, memecahkan

kerusi atau meja di dalam bilik darjah, menggores atau

menconteng meja.

Kumpulan liar – terlibat dengan kumpulan tidak bermoral

Klik – mempunyai hubungan dengan beberapa orang yang

mempunyai perangai atau tabiat yang sama tetapi lebih kepada

tingkah laku tidak baik

Geng – menubuhkan kumpulan tertentu di dalam sekolah,

kumpulan yang ditakuti atau digeruni oleh murid-murid lain,

bertindak membuli atau menakut-nakutkan murid-murid lain.

Modifikasi tingkah laku ialah suatu pendekatan yang bersistematik untuk

mengubah tingkah laku melalui aplikasi pelaziman. Berikut ialah huraian pelbagai

teknik yang sesuai digunakan untuk perlaksanaan program modifikasi tingkah laku

murid-murid di sekolah.

Peneguhan

Positif dan peneguhan Negatif

Menurut Skinner ( 1930 ), tingkah laku boleh diajarkan dan dipelajari melalui satu

stimuli yang sesuai yang diberi sebaik saja wujunya tingkah laku operan itu.

Peneguhan boleh berupa positif dan negatif.

Peneguhan Positif

Peneguhan positif berfungsi sebagai ganjaran yang mendorong individu mengulangi

tingkah laku berulang-ulang.

Peneguhan Negatif

Peneguhan negatif berfungsi mengelakkan dari tingkah laku yang tidak diingini

berulang lagi supaya tingkah laku positif dapat dikuatkan lagi.

Page 5: KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF

Denda dan Peneguhan

Denda dilakukan unuk mengelakkan tingkah laku yang tidak diingini berulang.

Dengan erti kata lain ialah mengehentikan perbuatan atau tingkah laku yang tidak

baik daraipada dilakukan lagi. Ia biasanya hanya memberi kesan yang singkat

sahaja. Apabila individu terlupa, ia akan mengulangi semula perbuatan atau tingkah

laku tersebut.

Peneguhan pula sekadar memberi dorongan agar tingkah laku yang diingini atau

sebaliknya berfungsi dengan sebaiknya.

Reverse Psychology

Ia adalah kaedah menggunakan psikologi untuk memodifikasikan tingkah laku

negatif kepada positif. Ia bertujuan agar murid-murid dapat melupakan tingkah laku

negatif dan beralih kepada tingkah laku positif.

Shaping

Shaping meupakan proses pembentukan tingkah laku yang diingini melalui beberapa

peneguhan diberi secara beransur-ansur.

Token Economy

Ia merupakan satu sistem untuk membahagikan beberapa peneguh simbolik yang

akan ditukarkan kepada pelbagai peneguh yang diidamkan seperti point merit,

markah, peratus. Kebiasaannya ia digunakan di sekolah-sekolah berasrama penuh

bagi pengukuhan disiplin murid.

Kontrak ( Lisan atau Bertulis )

Melalui cara ini ia dapat memodifikasikan tingkah laku negatif kepada positif secara

perjanjian lisan atau bertulis.

Page 6: KONSEP KENDIRI POSITIF DAN NEGATIF

Kawalan Kendiri

Tingkah laku ini merujuk kepada kebolehan individu mengawal tingkah laku sendiri.

Ia dilakukan seperti berikut :-

a) Menentukan tingkah laku yang ingin dimodifikasikan

b) Mengumpulkan data

c) Merancang program tindakan

d) Menilai program

e) Menamatkan Program