kelas mesra budaya - implikasi positif serta negatif kepada murid, sekolah, dan masyarakat berserta...

12
KELAS MESRA BUDAYA: IMPLIKASI POSITIF SERTA NEGATIF KEPADA MURID, SEKOLAH, DAN MASYARAKAT BERSERTA TINDAKAN SEMASA P&P BAGI MEWUJUDKANNYA 1.0 PENGENALAN Pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara. Negara yang memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan ketamadunan secara menyeluruh. Dalam sejarah dunia, pembangunan negara kebiasaannya selari dengan pembinaan sekolah-sekolah atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari aspek pendekatannya. Sewaktu negara Islam Madinah al- Munawwarah berkembang, masjid dijadikan pusat utama pendidikan. Menurut Ishak Ramly (2005), asuhan budaya pendidikan bermula dari rumah, masjid, dan berkembang pesat melalui sistem lebih terancang. Sekolah formal menjadi institusi siginfikan di mana-mana negara seluruh dunia. Produk-produk dari sekolah ialah aset terpenting yang mengubah struktur kemajuan negara. Kejayaan sekolah terletak kepada banyak faktor, antaranya peranan kelas dan bilik darjah itu sendiri. Hal ini ditandai oleh unsur-unsur yang terkandung di dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi murid. Bilik darjah sepatutnya menjadi tempat paling menyeronokkan bagi semua pihak. Kelas secara harfiahnya dapat ditakrifkan sebagai ruang tertentu yang menjadi tempat belajar murid-murid bagi menerima seberapa banyak input berguna sebagai persediaan untuk cemerlang dari semua aspek kehidupan. Pembelajaran yang diterima berlaku secara formal tetapi secara tidak langsung, terdapat juga nilai diterima melalui cara tidak formal melalui kurikulum tersembunyi. Kelas mesra budaya perlu diaplikasikan dengan berkesan supaya impaknya membawa kesan terbaik. Guru sepatutnya meneliti latar belakang murid-murid dan meraikan budaya yang berbeza dalam kalangan semua pihak termasuklah kepelbagaian sosiobudaya, ekonomi, tahap intelek, dan latar keluarga. Proses pembelajaran yang mesra budaya memberikan natijah yang besar dalam diri murid khususnya Sesungguhnya, terdapat implikasi positif dan negatif kepada murid, sekolah, termasuk masyarakat sekiranya kelas mesra budaya berjaya dilaksanakan atau hal sebaliknya berlaku. Sebagai guru, langkah-langkah dan tindakan yang sesuai amat diperlukan semasa pengajaran dan pembelajaran (P&P) berlaku supaya kelas mesra

Upload: zequl-zerul-zesul

Post on 02-Jan-2016

552 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

kelas mesra budaya

TRANSCRIPT

Page 1: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

KELAS MESRA BUDAYA: IMPLIKASI POSITIF SERTA NEGATIF

KEPADA MURID, SEKOLAH, DAN MASYARAKAT BERSERTA

TINDAKAN SEMASA P&P BAGI MEWUJUDKANNYA

1.0 PENGENALAN

Pendidikan merupakan entiti yang sangat penting dalam sesebuah negara. Negara yang

memiliki pendidikan sempurna dapat membangunkan ketamadunan secara menyeluruh. Dalam

sejarah dunia, pembangunan negara kebiasaannya selari dengan pembinaan sekolah-sekolah

atau pusat pengajian walaupun memiliki perbezaan dari aspek pendekatannya. Sewaktu negara

Islam Madinah al-Munawwarah berkembang, masjid dijadikan pusat utama pendidikan. Menurut

Ishak Ramly (2005), asuhan budaya pendidikan bermula dari rumah, masjid, dan berkembang

pesat melalui sistem lebih terancang.

Sekolah formal menjadi institusi siginfikan di mana-mana negara seluruh dunia. Produk-

produk dari sekolah ialah aset terpenting yang mengubah struktur kemajuan negara. Kejayaan

sekolah terletak kepada banyak faktor, antaranya peranan kelas dan bilik darjah itu sendiri. Hal

ini ditandai oleh unsur-unsur yang terkandung di dalam bilik darjah yang mempengaruhi emosi

murid. Bilik darjah sepatutnya menjadi tempat paling menyeronokkan bagi semua pihak. Kelas

secara harfiahnya dapat ditakrifkan sebagai ruang tertentu yang menjadi tempat belajar murid-

murid bagi menerima seberapa banyak input berguna sebagai persediaan untuk cemerlang dari

semua aspek kehidupan. Pembelajaran yang diterima berlaku secara formal tetapi secara tidak

langsung, terdapat juga nilai diterima melalui cara tidak formal melalui kurikulum tersembunyi.

Kelas mesra budaya perlu diaplikasikan dengan berkesan supaya impaknya membawa

kesan terbaik. Guru sepatutnya meneliti latar belakang murid-murid dan meraikan budaya yang

berbeza dalam kalangan semua pihak termasuklah kepelbagaian sosiobudaya, ekonomi, tahap

intelek, dan latar keluarga. Proses pembelajaran yang mesra budaya memberikan natijah yang

besar dalam diri murid khususnya

Sesungguhnya, terdapat implikasi positif dan negatif kepada murid, sekolah, termasuk

masyarakat sekiranya kelas mesra budaya berjaya dilaksanakan atau hal sebaliknya berlaku.

Sebagai guru, langkah-langkah dan tindakan yang sesuai amat diperlukan semasa pengajaran

dan pembelajaran (P&P) berlaku supaya kelas mesra budaya dapat diwujudkan. Kesemuanya

Page 2: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

mempengaruhi keseluruhan sistem pendidikan dari segi pelaksanaan dan amalan. Jika kelas

mesra budaya berjaya diwujudkan, semua pihak perlu menilai kesannya sebaik mungkin.

2.0 IMPLIKASI

Sekiranya kelas mesra budaya berjaya diwujudkan dengan efektif, implikasi positif nyata

dapat diperoleh dan terasa memberangsangkan. Sebaliknya, jika kelas mesra budaya ini gagal,

bermakna semua pihak dapat merasakan implikasi negatifnya. Implikasi positif dan negatif bagi

kelas mesra budaya ini dapat dikesani daripada indikator-indikator yang dijelmakan di kelas itu

sendiri khususnya perkara melibatkan murid.

2.1 Implikasi Positif

Terdapat implikasi positif yang dapat diteliti daripada kelas mesra budaya termasuklah

kepada murid, sekolah, dan masyarakat.

2.1.1 Implikasi Positif (Murid)

Menurut Johanna Kasin Lemlech (1988), pengurusan bilik darjah ialah orkestra hidup.

Bilik darjah yang mesra budaya melambangkan bilik darjah yang diuruskan dengan sempurna.

Perkara ini memberi petunjuk jelas bahawa bilik darjah amat berguna kepada murid bagi tujuan

melengkapkan rutin kehidupan mereka secara teratur. Guru yang memiliki gaya kepemimpinan

yang cekap, kekuatan interpersonal, dan kemahiran-kemahiran mengendalikan teknologi akan

cenderung untuk menampilkan kelas mesra budaya yang optimum.

Implikasinya, murid akan mempelajari sesuatu mata pelajaran secara koperatif. Secara

am, kelas mesra budaya menyebabkan murid berada dalam suasana bilik darjah yang kondusif

serta memberangsangkan kerana guru bertindak sebagai pemantau tanpa mendiskriminasikan

latar belakang, ras, dan budaya. Semua ini dapat disatukan di dalam bilik darjah melalui proses

pengajaran dan pembelajaran sempurna. Oleh itu, jurang perbezaan dapat diminimumkan dan

kelainan sosiobudaya menyebabkan bilik darjah menjadi semakin bermanfaat.

Page 3: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

Pembelajaran koperatif memberi ruang kepada semua murid untuk berinteraksi secara

berkumpulan dengan saling menyokong antara satu sama lain dipandu oleh guru. Hal ini amat

bertepatan dengan metafora yang disebut oleh Johanna Kasin Lemlech di dalam bukunya

Classroom Management: Methods and Techniques for Elementary and Secondary Teachers. Di

dalam buku tersebut, beliau menganalogikan peranan guru sebagai konduktor atau komposer

kumpulan orkestra yang memandu arah tetapi anak-anak buahnya sendiri akan bekerjasama,

bergabung menghasilkan paduan muzik. Paduan muzik tersebut lahir daripada gabungan ahli

muzik yang memiliki kepakaran berbeza dan latar belakang berlainan. Dalam konteks Malaysia,

kelas yang mempunyai jurang sosiobudaya antara satu sama lain dapat dirapatkan melalui cara

mengoptimumkan kewujudan kelas mesra budaya. Contohnya, pergaulan antara kaum Melayu,

Cina, dan India di dalam satu bilik darjah pasti mempertalikan hubungan budaya yang sihat.

Gambar 1: Contoh pelan fizikal kelas mesra budaya

2.1.2 Implikasi Positif (Sekolah)

Kesan positif paling penting dapat dilihat dari aspek sekolah itu sendiri. Kejayaan untuk

menghasilkan kelas mesra budaya akan membawa penanda aras kecemerlangan bagi sekolah

berkenaan. Guru yang memahami konsep kelas mesra budaya dan memgaplikasikannya pada

bilik darjah pasti mampu melihat kejayaan keseluruhan di peringkat sekolah dari pelbagai sudut

termasuk akademik, kokurikulum, dan sahsiah. Hal ini selari dengan pandangan sarjana penting

pendidikan, Robert J. Marzano (2003) di dalam buku beliau What Works in Schools: Translating

Page 4: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

Research into Action. Beliau menyifatkan fungsi seorang guru membentuk kelas mesra budaya

sebenarnya memberi kesan besar malahan impaknya dua kali ganda berbanding mendidik dan

mengarah murid mematuhi setiap peraturan di sekolah.

Pembinaan kelas yang mesra budaya nyata memberikan implikasi positif kepada pihak

sekolah. Sekolah secara langsung menerima natijah baik daripada murid-murid yang berada di

dalam kelas mesra budaya kerana keberkesanan yang ditonjolkan. Kelas seperti ini hakikatnya

melibatkan sistem pengurusan bilik darjah. Sebagai contoh, kelas mesra budaya turut memberi

pemberatan kepada persekitaran fizikal dan persekitaran sosioemosi. Guru bertanggungjawab

menyediakan kemudahan fizikal paling kondusif di dalam kelas bagi membantu perkembangan

murid. Secara tidak langsung, persekitaran sosioemosi murid turut dikembangkan secara sihat.

Keceriaan, kebersihan, dan susun atur kelas amat penting kerana iklim tersebut membantu dan

merangsang murid untuk membentuk budaya positif seperti berdisiplin dan bekerjasama.

Pengurusan bilik darjah melibat perkara tersebut sangat penting diaplikasikan. Banyak

kaedah yang dapat diguna pakai seperti rajah di bawah:

Rajah 1: Pengurusan bilik darjah mesra budaya

Page 5: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

Salah satu sebab kelas mesra budaya memberi kesan positif adalah kerana berlakunya

perhubungan kelompok etnik. Menurut tokoh pendidikan Howard Seeman (1999) di dalam buku

Preventing Classroom Discipline Problems: A Classroom Management Handbook, antara kesan

positif yang dapat dilihat apabila sesebuah kelas mesra budaya itu memiliki ruang belakang di

kelas atau lebih popular dengan nama red carpet. Guru dan murid berdiskusi serta membentuk

bulatan di atas permaidani. Silaturahim antara murid dapat ditingkatkan tanpa mengira bangsa.

2.1.3 Implikasi Positif (Masyarakat)

Implikasi positif turut dirasai kesannya dalam kalangan masyarakat. Kelas yang mesra

budaya akan menerbitkan semangat kekitaan, toleransi, dan muafakat dalam komuniti. Bangsa

dan latar belakang murid yang berbeza tidak lagi dijadikan alasan untuk mewujudkan lompang

atau jurang. Peling penting, kelompok masyarakat bermula daripada peranan ibu bapa kepada

murid di sekolah. Ibu bapa yang melihat perkembangan baik terhadap anak-anak di sekolah

melalui kelas mesra budaya pasti akan memberikan sokongan terbaik mereka. Dari situ, terbit

implikasi positif terhadap masyarakat kerana lingkungan komuniti sudah mengetahui kesan baik

Menurut antropologis, Ralp Linton (1945) di dalam buku The Cultural Background of Personality

kebudayaan merupakan warisan sosial ahli-ahli masyarakat dan konsep mesra budaya secara

amnya akan dipersetujui oleh semua ahli dalam komuniti sebagai amalan murni.

Di sinilah, terletaknya fungsi guru untuk melaksanakan praktik berkesan di dalam kelas

untuk meyakinkan masyarakat betapa kelas mesra budaya mampu membawa perpaduan serta

norma-norma kekitaan. Sebagai contoh, guru dapat membentuk suasana kelas melalui proses

pengajaran dan pembelajaran. Aktviti-aktiviti harus berkisar tentang bangsa berbeza di negara

kita. Murid-murid perlu bertukar-tukar maklumat tentang budaya masing-masing atau mengajar

bahasa etnik kepada teman-teman yang lain. Kemudian, murid berkenaan tentu sahaja pulang

ke rumah dan membawa berita positif tersebut kepada ibu bapa masing-masing. Masyarakat

pun mula membuka mata, menyedari kepentingan dan keperluan kelas mesra budaya. Akhirnya

semua ahli komuniti akan menerima kelas mesra budaya sebagai amalan yang diterima dalam

kalangan masyarakat. Implikasi ini membawa kepada pergaulan masyarakat harmoni, toleransi,

dan bersatu-padu.

2.2 Implikasi Negatif

Page 6: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

Selain implikasi positif, terdapat juga implikasi negatif yang perlu dihalusi bagi membaiki

struktur kelas mesra budaya yang diwujudkan. Banyak faktor yang mendorong kegagalan kelas

mesra budaya dan implikasinya cukup besar.

2.2.1 Implikasi Negatif (Murid)

Kegagalan melaksanakan kelas mesra budaya semestinya mendatangkan implikasi dan

akibat yang negatif. Sekiranya guru menghasilkan kelas tersebut tanpa kaedah praktikal, maka

kecenderungan untuk gagal sangat tinggi. Natijahnya, murid-murid akan menimbulkan pelbagai

kekecohan di dalam kelas. Pengajaran dan pembelajaran (P&P) secara koperatif tanpa kawalan

rapi daripada guru akan mengalih kelas mesra budaya kepada pertelingkahan serta menyerap

unsur-unsur yang lebih ekstrem seperti rasis. Kelas tanpa adunan mesra budaya menyebabkan

murid tidak memahami dan sukar menghormati antara satu sama lain kerana masing-masing di

dalam persekitaran tersendiri sehingga tidak menyenangi budaya bangsa lain. Pendapat yang

berbeza antara rakan mereka khususnya melibatkan etnik lain tidak diterima kerana tidak ada

perkongsian ilmu tentang budaya dan kepercayaan tersebut. Hal ini mendorong kekeliruan dan

kekecohan budaya di dalam kelas.

Menurut Shahabuddin Hashim et. al. (2007), kejayaan atau kegagalan sesuatu kelas itu

bergantung sepenuhnya kepada ahli-ahli di dalamnya, dalam konteks lebih tepat, murid-murid

berbilang bangsa yang berada di dalam sebuah kelas. Kegagalan berlaku apabila murid-murid

tidak menyumbang ke arah keharmonian kelas disebabkan tiada elemen yang menghubungkan

mereka. Oleh itu, pertelingkahan berlaku apabila perbezaan bangsa, latar belakang, psikologi,

tahap kecerdasan, dan fizikal dipermain-mainkan tanpa sekatan. Implikasi negatif ini ketara dan

meluas sekiranya kelas mesra budaya tidak diberi perhatian oleh guru.

Sebagai contoh, sebuah kelas yang terdiri daripada murid majoriti berbangsa Melayu

pasti akan dilibatkan dengan perbincangan tentang budaya kaum Melayu semasa P&P berlaku.

Guru yang tidak prihatin terhadap kaum lain dan tradisi budaya mereka pasti kurang disenangi.

Murid-murid berbangsa Melayu mungkin cenderung untuk mengeluarkan pendapat berbentuk

etnosentrisme yang mengandungi unsur-unsur prejudis dan diskriminasi terhadap kaum-kaum

lain. Secara ringkas, implikasi negatif berlaku terhadap murid apabila proses P&P berlangsung

dalam keadaan kurang memberangsangkan malah tidak mengambil kira aspek mesra budaya.

Page 7: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

2.2.2 Implikasi Negatif (Sekolah)

Sekolah yang tidak mementingkan kelas mesra budaya banyak menerima implikasi dan

impak negatif. Masalah-masalah besar akan berlaku sekiranya unsur ini tidak dititikberatkan di

sekolah khususnya di dalam bilik darjah. Intergrasi budaya tidak akan berlaku bahkan keadaan

lebih menyedihkan apabila terdapat murid-murid marginal atau terpinggir di dalam bilik darjah.

Keciciran berlaku dan graf akademik juga pasti menurun secara mendadak.

Menurut Profesor Ulung Dr. Shamsul Amri Baharuddin (2007), jika sistem persekolahan

memisahkan murid mengikut bahasa ibunda dan perbezaan etnik, maka pemupukan integrasi

dan persefahaman dalam kalangan murid tidak akan berlaku sama sekali. Keadaan ini pastinya

menyebabkan interaksi berlaku semasa sendiri dan berkisar dalam kalangan etnik yang sama.

Nyata, perkara ini mampu dijadikan penanda aras untuk menilai persekitaran bilik darjah sama

ada mempunyai unsur mesra budaya atau tidak. Sekiranya integrasi kaum termasuk perbezaan

latar belakang pendidikan ibu bapa dan sosioekonomi mereka tidak difahami, input pengajaran

di dalam kelas sukar di sampaikan. Jurang hubungan antara pihak sekolah juga terbatas dan

secara amnya, prestasi sekolah akan menurun dalam tempoh yang mendadak.

Sebagai contoh, peranan murid-murid daripada kaum minoriti dipinggirkan semasa P&P.

Pihak sekolah juga tidak mengambil inisiatif untuk mengadakan program seperti kebudayaan,

aktiviti seperti RIMUP, lawatan adat kepercayaan, atau perkhemahan bersepadu budaya. Oleh

itu, implikasi negatifnya pasti melibatkan sekolah itu sendiri. Kemajuan sekolah pasti tidak akan

berlaku secara menyeluruh dan akhirnya, wujud masalah-masalah disiplin akibat kekeliruan dan

kecelaruan komunikasi.

2.2.3 Implikasi Negatif (Masyarakat)

Selain memberikan impak negatif kepada murid dan sekolah jika kelas mesra budaya

tidak dapat dilaksanakan di sekolah, implikasi negatif tersebut pasti berkembang pada peringkat

lebih tinggi iaitu masyarakat. Apabila sosiobudaya berbeza tidak diberikan perhatian serius di

dalam kelas, maka nilai-nilai murni seperti kerjasama, bertolak, ansur, dan hubungan toleransi

tidak wujud. Elemen-elemen itu menjadi hambar dan hubungan sosial dalam masyarakat yang

majmuk menjadi kucar-kacir. Komuniti tidak bersatu-padu dan mencari kesalahan antara kaum

menyebabkan Malaysia yang harmoni menjadi tidak seimbang. Sememangnya, hal yang serius

Page 8: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

tidak pernah berlaku melibatkan kekacauan berterusan namun bibit-bibitnya bermula di sekolah.

Seandainya kelas mesra budaya tidak diberikan perhatian sewajarnya, bermakna kesan yang

besar akan mewabak ke dalam masyarakat.

Menurut sarjana terkenal, Edward Said (2008), ramai yang sebenarnya mahu bersaing

dengan budaya, tidak menghormati tradisi orang lain, serta memandang rendah kepercayaan

berbeza. Kesannya, dunia menjadi huru-hara, pendidikan menjadi tidak teratur, dan masyarakat

berpecah-belah kerana pertarungan budaya. Tiada toleransi dan masyarakat saling menuduh

sesama sendiri. Implikasi ini sangat negatif kerana setiap jenis kepercayaan seharusnya dijaga

dan dihormati.

Sekiranya kelas mesra budaya tidak mendapat perhatian serius daripada pihak sekolah,

nyata kesan-kesan sampingan yang kurang baik akan diterima. Ahli masyarakat terjejas serta

kurang memberi respons terhadap kemajuan pendidikan anak-anak mereka. Seterusnya, ahli

masyarakat tidak bersatu-padu dan sering bertelingkah. Isu-isu sensitif pasti dicanang jika tidak

ada inisiatif untuk menyatupadukan perbezaan ini.

3.0 CADANGAN LANGKAH DAN TINDAKAN BAGI GURU SEMASA P&P BAGI KELAS

MESRA BUDAYA YANG BERKESAN

Terdapat beberapa langkah cadangan bersama-sama tindakan yang perlu diberi fokus

serius oleh guru bagi mewujudkan kelas mesra budaya di sekolah dengan baik.

3.1 Melibatkan kerjasama aktiviti budaya dalam proses P&P

Sesungguhnya terdapat banyak kaedah yang dapat dilaksanakan semasa pengajaran

dan pembelajaran (P&P) bagi mewujudkan kelas mesra budaya. Persekitaran kelas sepatutnya

diberi penekanan paling ketara kerana dari situ, kelas mesra budaya akan dikembangkan. Satu

langkah efektif yang dapat dilakukan untuk mewujudkan kelas mesra budaya adalah menyerap

budaya daripada pelbagai kaum di dalam kelas tersebut ke dalam sesi P&P. Seterusnya, guru

perlu mendorong murid untuk bekerjasama dalam setiap aktiviti kebudayaan yang terlibat atau

digabungjalinkan bersama dengan mata pelajaran.

Guru perlu berperanan dan menjadi contoh kepada murid kemudian cuba menegaskan

kepentingan berinteraksi antara pelbagai kaum. Tindakan paling sesuai adalah dengan menyelit

unsur budaya semasa sesi pembelajaran berlaku dengan harapan murid akan menghormatinya

Page 9: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

serta berminat untuk mengetahui lebih lanjut. Guru dan murid-murid juga amat sesuai bekerja

dalam satu pasukan, sebagai contoh sama-sama menghias kelas dengan unsur-unsur budaya

yang dipamerkan. Hasil lukisan, anyaman, dan kerja seni yang lain perlu divariasikan supaya

membentuk kesepaduan juga gambaran terhadap identiti sesuatu bangsa.

Menurut Ahmad Marzuki Ismail (2004), sekolah merupakan institusi sosial yang penting

dalam membentuk sesebuah masyarakat. Melalui sistem pendidikan yang teratur, sistematik,

dan berterusan, sekolah berupaya membentuk peribadi yang sempurna dalam kalangan murid

tanpa mengira jantina, kaum, dan agama. Kelas mesra budaya yang menggabungkan aktiviti

kebudayaan dalam proses P&P amat berkesan dan kecemerlangannya berterusan dari semua

aspek khususnya meneguhkan jati diri. Oleh itu, secara ringkasnya guru mestilah melibatkan

kerjasama budaya dengan membanyakkan sesi interaksi antara murid pelbagai bangsa serta

melibatkan semua murid yang memilik latar belakang berlainan bagi merapatkan jurang sosial.

3.2 Cari titik persamaan tanpa mengeluarkan isu sensitif

Titik persamaan sangat penting dalam sebarang bentuk komunikasi khususnya hal-hal

melibatkan perbezaan budaya. Hal ini selari dengan pandangan Wiryanto (2004) dalam buku

Pengantar Ilmu Komunikasi yang menyentuh mengenai titik persamaan dalam berinteraksi dan

berhubung dengan pihak lain khasnya berlainan bangsa. Istilah ilmu sosiologi yang diguna bagi

menyatakan maksud ini ialah homofili. Homofili bererti tingkat kesamaan bagi individu-individu

atau masyarakat yang ditandai oleh persamaan kepercayaan, nilai-nilai sosial, pendidikan, dan

status sosial. Hal ini bertepatan dengan kelas mesra budaya yang perlu diolah oleh guru sendiri

melibatkan titik persamaan antara murid. Guru perlu mencari titik persamaan seperti berbincang

mengenai perkara fundamental atau asas dengan menegaskan persamaan yang wujud. Andai

persamaan itu wujud, murid berasa selesa untuk berinteraksi dan terus bersahabat walaupun

tidak mempunyai persamaan ras. Mereka hidup dengan penuh keakraban dan terikat dengan

semangat kesatuan malah saling berbahagi makna yang sama (common meanings) sebagai

warganegara Malaysia.

Terdapat lima gaya yang dapat diaplikasikan oleh guru di dalam bilik darjah yang mesra

budaya tanpa menerbitkan isu sensitif. Pertama, keterbukaan (openess). Keterbukaan dalam

memahami budaya lain perlu diberikan perhatian sewajarnya. Kedua, empati (emphathy). Guru

dan murid-murid majoriti perlu merasai emosi murid-murid lain yang bersifat minoriti di dalam

kelas. Ketiga, dukungan (supportiveness). Situasi yang dibina di dalam kelas termasuk P&P

Page 10: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

perlu terbuka dan berlangsung secara komunikasi efektif. Keempat, rasa positif (positiveness).

Guru khususnya perlu memiliki perasaan positif terhadap dirinya terlebih dahulu, mendorong

murid yang berbeza budaya lebih aktif mengambil bahagian di dalam kelas, dan cuba membina

kemesraan budaya. Terakhir, untuk mencari titik persamaan atau homofili bagi semua murid di

kelas, guru perlu mendorong kesetaraan (equality). Keseteraan ini bermaksud guru membantu

murid-murid untuk menghargai sesama sendiri dan bersifat toleran sesama sendiri.

Oleh itu, guru perlu merancang pendekatan P&P paling sesuai untuk memenuhi proses

dan sesi yang dilaksanakan supaya objektif tercapai. Guru seharusnya menarik perhatian murid

daripada pelbagai latar belakang, kaum, dan agama misalnya orang Melayu, Cina, India, Iban,

Kadazan, Sikh, dan kaum lain. Persekitaran mesra budaya perlu diwujudkan untuk melicinkan

proses pengajaran dan pembelajaran agar menjadi kondusif, tenteram, dan berkesan kepada

semua murid tanpa diskriminasi. Perkara ini disebabkan semua murid mempunyai hak sama

untuk pendidikan, justeru guru perlu mencari titik persamaan dan mengelakkan isu sensitif terbit

di dalam bilik darjah. Misalnya, walaupun seorang murid itu berbangsa India tetapi pintar dalam

bahasa Inggeris atau subjek tertentu, guru boleh meminta murid tersebut membantu temannya

yang berbangsa Cina atau Melayu bagi memantapkan kemahiran.

3.3 Menyusun murid dalam kumpulan berbentuk koperatif dan menggalakkan

penglibatan aktif

Kaedah menyusun murid dalam kelompok berbentuk koperatif merupakan langkah baik.

Kesannya ketara kerana setiap kumpulan mempunyai murid yang berbeza latar belakang dan

berbeza bangsa serta agama. Kaedah ini menambah minat murid-murid dalam aktiviti P&P.

Setiap murid dapat berkomunikasi sesama sendiri dan juga dapat berbincang tentang hal-hal

melibatkan asal-usul bangsa masing-masing. Oleh itu, perpaduan antara murid tanpa mengira

latar belakang bangsa, agama, dan kepercayaan dapat berlangsung dalam situasi yang baik.

Guru juga perlu menggalakkan penglibatan aktif murid di dalam mana-mana kumpulan secara

menyeluruh. Pelibatan murid sebegini sangat siginifikan kerana mereka menyumbang sesuatu

kepada kelas yang mesra budaya. Sekiranya guru memahami konsep kelas mesra budaya,

guru pasti akan mengelompokkan mereka mengikut kumpulan koperatif dengan dipantau oleh

guru yang bertindak sebagai fasilitator.

Hal tersebut selari dengan pandangan Abdullah Sani Yahaya et. al. (2007) di dalam

buku Guru Sebagai Pemimpin yang menyatakan bahawa guru perlu cuba membentuk budaya

Page 11: Kelas Mesra Budaya - Implikasi Positif Serta Negatif Kepada Murid, Sekolah, Dan Masyarakat Berserta Tindakan Semasa P&P Bagi Mewujudkannya

yang positif, antaranya sharing responsibility supaya dengan sifat bertanggungjawab itu, sifat,

nilai, norma, tindak-tinduk, malah budaya positif yang lain dapat dibina bagi menangani segala

masalah dalam kalangan murid. Dalam konteks kelas mesra budaya, sifat bertanggungjawab

dalam kumpulan menyebabkan murid saling mempercayai antara satu sama lain, tidak cuba

untuk menerbitkan bibit-bibit kontroversi melibatkan budaya berbeza, dan berjaya memahami

latar belakang masing-masing secara mendalam.

Secara tidak langsung, menjadi tugas guru untuk memilih kaedah P&P paling sesuai

dalam konteks persekitaran kelas mesra budaya. Rancangan pengajaran, modul, bahan-bahan

pengajaran, dan alat bantu mengajar (ABM) perlulah sesuai dengan murid yang berlainan dan

berbeza bangsa. ABM mesti mengikut kesesuaian semua bangsa dan mereka juga senang hati

untuk menerimanya sebagai alat pembelajaran. Kebijaksanaan guru perlu wujud dalam semua

perkara bagi membolehkan semua kaum menjalani pembelajaran dengan selesa. Perbezaan

budaya sepatutnya menjadi aset berguna untuk kelas membentuk identiti tersendiri mengenali

tradisi masing-masing. Akhirnya, langkah membentuk kumpulan secara koperatif termasuklah

penglibatan aktif dapat dirasai kesannya.

4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulan, kelas mesra budaya sememangnya merupakan elemen paling

penting yang perlu diberi perhatian dan tumpuan sepenuhnya oleh semua pihak.

Dalam situasi pendidikan yang berbilang budaya, pendekatan pendidikan perlu diberi

nafas lebih wajar dengan mengambil kira keperluan murid yang berbeza dari aspek individu itu

sendiri atau budaya yang dipegang. Sememangnya, keunikan Malaysia melibatkan formula dan

rempah-ratus kepelbagaian kaum. Hal ini tidak boleh dianggap satu masalah tetapi alternatif

untuk mengembangkan variasi keunikan. Persekitaran kelas yang mesra budaya menjadi salah

satu faktor untuk meningkatkan keberkesanan P&P.

Oleh itu, guru perlu peka supaya tiada murid tercicir untuk mendapat proses pendidikan

terbaik. Komunikasi penting untuk diaplikasikan oleh guru supaya perbezaan budaya ditukar

kepada situasi paling mesra budaya. Pada peringkat akhir, masyarakat akan hidup harmoni dan

mula memahami ucapan Dato’ Seri Mohd. Najib Tun Abdul Razak yang mengatakan, “Kita perlu

bekerja sebagai pasukan.” Bermakna murid pelbagai budaya juga disatukan dalam bilik darjah

yang memaknakan seluruh kehidupan mereka kelak.