unit 2 persepsi dan pengetahuan kendiri kerja...
TRANSCRIPT
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 2
UNIT 2
Kandungan: Topik 1: Pengenalan Topik 2: Apa itu Kendiri Topik 3: Sumber Persepsi dan Pengetahuan Kendiri Topik 4: Bias untuk kepentingan kendiri Topik 5: Pengetahuan kendiri dan dorongan tingkah laku Topik 6: Penutup
Persepsi kita tentang siapa diri kita, dari kaca mata kita sendiri adalah penting. Tegasnya, kita melihat (mempersepsi) diri kita oleh diri kita sendiri. Persepsi kita terhadap siapa diri kita adalah mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku kita. Maksudnya, kebanyakan tingkah laku kita adalah dipengaruhi oleh persepsi kita terhadap siapa diri kita. Contoh, kita tidak akan memasuki pertandingan ratu cantik, sekiranya kita mempersepsi diri sebagai tidak menarik (walupun mungkin pada kaca mata orang lain kita adalah menarik). Terdapat kata-‐kata yang berbunyi “kita adalah apa yang kita fikirkan”. Begitu juga dengan kata-‐kata “ketahuilah diri anda sebelum anda mengetahui diri orang lain”. Ini merupakan fokus unit ini, iaitu persepsi dan pengetahuan kendiri.
PERSEPSI DAN PENGETAHUAN KENDIRI
Objektif unit: Selepas mempelajari unit ini anda akan dapat: 1. Menghuraikan definisi kendiri sebagaimana yang terdapat dalam bidang
psikologi sosial 2. Menjelaskan mengapa manusia mempunyai bias kendiri 3. Menghuraikan bagaimana pengetahuan tentang kendiri adalah berkait rapat
dengan harga-‐kendiri, kesedaran kendiri 4. Menghuraikan bagaimmana persepsi dan pengetahuan kendiri mendorong
tingkah laku.
Topik 1: Pengenalan
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 2
Kendiri (self) merupakan perasaan identiti peribadi seseorang yang dilihat oleh dirinya sendiri. Ia merujuk kepada “siapa saya” dari sudut kaca mata kita sendiri. Ada kata-‐kata “Apa yang dipentingkan bukanlah siapa sebenarnya kita, tetapi adalah apa yang kita percaya tentang siapa kita – Kita adalah apa yang kia fikirkan”. Sebgaimana kata-‐kata dari William James, saya (I) adalah orang yang mengetahui siapa saya (the known-‐ me). Maksudnya, saya (I) mempersepsi tentang siapa diri saya (the known -‐ me). Kedudukan ini dirujuk sebagai konsep kendiri (self-‐concept) -‐ kendiri kita sebagaimana yang kita persepsikan. Apakah imej tentang diri anda yang anda miliki? Mengikut pegetahuan anda apakah bakat-‐bakat yang anda miliki? Pada pandangan anda apakah kelemahan dan kelebihan anda? Kesemua yang anda fikirkan tentang siapa diri anda ini merupakan konsep-‐kendiri. Konsep-‐kendiri boleh didefinisikan sebagai keseluruhan pemikiran dan perasaan yang menjadikan diri sebagai objek rujukan. Ini berkait rapat dengan kesedaran-‐kendiri (self-‐awareness), iaitu kesedaran siapa diri kita (menurut kaca mata kita sendiri). Dengan demikian apakah unsur-‐unsur kendiri kita? Apabila ditanya tentang siapa diri kita, kita merujuk kepada (1) ciri-‐ciri fizikal (ketinggian, warna kulit ,berat badan); (2) ciri demografi (umur, jantina, bangsa); (3) keahlian kelompok (ahli persatuan, keturunan, ahli komuniti); (4) tret personaliti (rajin, malas, bengis); dan (5) minat dan aktiviti (kegemaran).
Apakah sumber atau cara anda untuk mengetahui siapa diri anda? Maksudnya, bagaimana caranya kita dapat mengetahui tentang diri kita. Pelbagai cara telah dicadangkan oleh ahli-‐ahli psikologi sosial seperti di bawah. a. Pengiktirafan kendiri -‐ Untuk mengetahui siapa diri kita kita perlu mengiktiraf atau
mengakui siapa diri kita. Sekiranya kita tidak mengakui siapa diri kita sebagaimana yang kita ketahui maka kita tidak akan mengenali diri kita. Pernahkah anda dengar cerita anjing dengan bayang-‐bayang, di mana anjing tersebut tidak mengakui bahawa bayang di air itu adalah dirinya? Ada orang kata “Akuilah siapa diri anda sebenarnya!” “Terimalah diri anda yang sebenarnya”.
Topik 2: Apa itu kendiri
Topik 3: Sumber Persepsi dan Pengetahuan Kendiri
Fikirkan kata-‐kata ini: You are not what you think you are; but what you think, you are! You always behave, on the outside, in a manner consistent with your self-‐concept, on the inside.
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 2
b. Cermin Sosial -‐ Kita boleh mengetahui siapa diri kita melalui orang lain; misalnya, melalui tingkah laku orang lain terhadap diri kita. Konsep kendiri kita terbentuk melalui tingkah laku orang lain terhadap kita. Kita tahu diri kita cantik, kerana orang lain kata kita cantik. Kita tahu diri kita dibenci orang apabila orang lain tidak mahu berkawan dengan kita. Dengan demikian, orang lain itu bertindak sebagai cermin sosial, yang memancarkan kembali kepada kita tentang siapa kita pada kaca mata mereka. Kita biasanya menggunakan cermin muka untuk bersolek, dan seterusnya mengetahui diri kita kemas dan rapi. Begitu juga kita menggunakan cermin sosial (orang lain) untuk mengetahui siapa kita. Tegasnya, orang lain yang berada di sekeliling kita memancarkan kepada kita tentang siapa kita.
c. Perbandingan Sosial -‐ Sumber untuk mengetahui kendiri kita adalah dengan cara
membandingkan kendiri kita itu dengan kendiri orang lain. Ini adalah berkaitan dengan cermin-‐kendiri, dalam mana kita mengetahui diri kita dengan membuat perbandingan dengan orang lain. Anda tahu bahawa anda pandai, cantik, tinggi dalan lain-‐lain itu, dibandingkan dengan siapa? Ciri-‐ciri fizikal (realiti fizikal) boleh diukur dengan alat-‐alat fizikal. Misalnya, ketinggian diukur dengan kayu pembaris, tetapi ciri-‐ciri psikologi dan sosial (realiti sosial) seperti rajin dan pandai tidak boleh diukur dengan menggunakan alat-‐alat fizikal, sebaliknya melalui persetujuan daripada orang lain. Adakah anda rasa diri anda pandai dan hebat di kelas apabila dapat markah B, sedangkan ramai pelajar lain mendapat markah A? Pandangan seperti ini adalah dikemukan oleh teori teori perbandingan sosial. Teori ini menyataan penilaian terhadap realiti sosial bergantung pada persetujuan orang lain, yakni satu proses yang dirujuk sebagai pengesahan sepersetujuan. Misalnya, sekiranya anda percaya bahawa peperiksaan psikologi sosial yang anda telah duduki terlalu sukar, anda tidak dapat mengesahkan penilaian anda itu dengan alat seperti pembaris atau termometer. Sebaliknya, anda mendapatkan persetujuan dengan anda bertanya kepada teman sekelas anda, bagaimana mereka menilai peperiksaan tersebut; dan dengan membandingkan diri anda itu dengan mereka, anda dapat membuat pertimbangan sama ada peperiksaan tersebut benar-‐benar sukar, atau kerana anda memang seorang yang bodoh dan tidak dapat menjawabnya dengan baik. Dua bentuk perbandingan adalah seperti di bawah.
i. Penilaian perbandingan. Kita mengetahui kendiri kita dengan cara membuat
perbandingan dengan kendiri orang lain. Bila disoal "Adakah anda tinggi?" maklum balas yang sesuai adalah "Dibandingkan dengan siapa?". Walaupun anda rasa tinggi dengan ketinggi 5 kaki 8 inci, namun anda adalah secara perbandingannya adalah rendah jika dibandingkan dengan para pemain bola keranjang Amerika Syarikat.
ii. Penilaian terpantul. Tingkah laku, sikap dan penilaian orang lain terhadap kita menyediakan kita dengan maklumat tentang siapa kita. Maksudnya, ia memantulkan kembali (memberitahu kita) siapa kita. Sekiranya kawan-‐kawan kita sudah tidak mahu bergaul dengan kita, ini mungkin memantulkan / memberitahui kita bahawa kita adalah orang yang tidak disenangi kawan. Sebab itu kita sentiasa bertingkah laku untuk disenangi oleh orang lain.
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 2
d. Pelabelan – Penlabelan berkait dengan penilaian terpantul. Manusia memantulkan label-‐label kepada orang lain, seperti label-‐label tidak siuman, penagih, orang jahat dan seumpamanya. Melaui label yang diberikan oleh lain itu, seseorang itu dapat mengetahui siapa dirinya sebagaimana yang dilabelkan itu. Seseorang mengetahui dirinya bodoh kerana orang lain melabelkan dirinya sebagai bodoh. Berdasarkan kepada hakikat itu kita dilarang untuk melabelkan kanak-‐kanak dengan label-‐label negatif seperti jahat dan bodoh; dikhuatiri mereka akan menerima label-‐label tersebut sebagai kendiri mereka, yang akhirnya bertingkah laku sebagaimana label yang diberikan.
e. Persepsi Kendiri -‐ Sumber pengetahuan kendiri seterusnya ialah melalui persepsi kendiri. Teori persepsi kendiri yang dicadangkan oleh Daryl Bem (1967, 1972) mengandaikan bahawa kita dapat memahami atau mengenali kehidupan dalaman diri kita melalui pemerhatian kendiri; kita menjadi sedar mengenai diri kita hanya apabila kita menilai semula apa yang kita lakukan dan melalui pemerhatian pada tingkah laku. Tegasnya, kita melakukan analisis diri dalam mengetahui siapa kita. Misalnya, pada awalnya kita tidak mengetahui siapa diri kita berkaitan dengan kesihatan. Tetapi dengan menganalisis tingkah laku kita berkaitan dengan kesihatan, misalnya kita berjonging setiap hari, menjaga pemakanan kita dan perhatin terhadap penyakit, maka kita boleh menyimpulkan bahawa kita adalah seorang yang perhatin terhadap kesihatan kita.
Kita biasanya menyusun atau menggambarkan potret kendiri kita (siapa kita) bersesuaian dengan cita rasa kita. Kita menggambarkan kendiri kadang kala secara tidak tepat (sebenar). Dengan demikian kita bersifat bias. Tiga bias kognitif adalah egosentrik,
Topik 4: Bias untuk Kepentingan Kendiri
Fikirkan kata-‐kata ini What you believe, with feeling, becomes your reality. You do not believe what you see; you see what you have already chosen to believe. You must identify, then remove the self-‐limiting beliefs that hold you back. Manusia memperolehi kendirinya daripada persekitarannya (sosial dan fizikal). Di mana persekitaran berpengaruh kuat ke atas pembentukan kendiri. “Mengapakah manusia yang dipelihara oleh serigala, berpersonaliti macam serigala? Nampaknya, tidak begitu penting apa yang orang lain fikir tentang diri kita; tetapi yang lebih penting ialah apakah yang kita fikirkan tentang impresi (fikiran) orang lain terhadap kita.
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 2
beneffectance, dan konservatisma kognitif.
a. Egosentriksiti – Egosentriksiti merujuk kepada bagaimana manusia sering menjaga egonya agar tidak tercabar. Manusia yang egonya tercabar akan berasa bimbang dan resah gelisah. Untuk menjaga egonya, manusia kadang kala bersifat bias. Contohnya (a) peristiwa positif tentang diri lebih diingati berbanding dengan peristiwa negatif; (b) manusia percaya mampu mengawal peristiwa yang berlaku secara kebetulan, sedangkan orang lain tidak mampu berbuat demikian (untuk menunjukkan dirinya hebat); (c) manusia percaya apa yang dilakukan adalah betul dan orang lain akan mengikutinya atau bersetuju denganya, yang dikenali sebagai kesan sepersetujuan palsu; dan (d) manusia percaya bahawa mereka adalah lebih baik berrbanding dengan orang lain dari sebagai tret-‐tret tertentu.
b. “Beneffectance” -‐ Ia merujuk kepada keadaan dalam mana manusia mahukan pujian
/ ganjaran daripada kejayaan yang diperolehi, sebaliknya menafikan bertanggungjawab diatas kegagalan yang berlaku. Apabila berjaya dalam ujian, manusia menyatakan bahawa ujian tersebut sah, sukar dan beliau adalah hebat; sebaliknya apabila gagal mereka menyatakan bukan mereka yang “bodoh” tetapi ujian yang silap.
c. Konservatisme Kognitif -‐ Manusia cenderung untuk mempertahan dan mengekalkan
kendiri positif mereka dengan tujuan untuk mendapat pujian dan berasa puas dengan kendirinya. Dengan demikian, apabila kendiri dicabar atau dikritik manusia cenderung untuk mengekalkan kepercayaan bahawa kendiri tetap positif. Apabila kita percaya bahawa kita adalah seorang yang cantik, kita tetap berkepercayaan sedemikian walaupun orang lain menyatakan kita adalah seorang yang hodoh.
Sebagaimana yang dikemukakan di atas, bahawa pengetahuan kita tentang siapa kita mempengaruhi pemikiran dan tingkah laku kita. Sekiranya kita berasa bahawa diri kita menarik dan cantik, misalnya, tentunya perasaan ini mendorong kita untuk memohon jawatan pramugari atau menyertai pertandingan ratu cantik; dan tidak berbuat demikian sekiranya kita berasa bahawa wajah kita hodoh. Beberapa konsep berkaitan adalah dinyatakan seperti di bawah. a. Kesedaran-‐Kendiri -‐ Kendiri mempengaruhi tingkah laku dan pemikiran apabila
manusia memberi fokus kepada diri mereka, yang dirujuk sebagai kesedaran kendiri. Kesedaran kendiri merujuk kepada perhatian yang difokuskan ke arah hanya satu aspek daripada kendiri. Seseorang akan terlibat dalam satu proses penilaian-‐kendiri, menilai sama ada tingkah lakunya selari dengan ukuran dan standard dalaman dirinya. Kesedaran-‐kendiri boleh juga membawa kepada perubahan dalam tingkah laku, biasanya ke arah yang positif. Dengan demikian, sekiranya seseorang menjadi sedar kendiri ketika membuat keputusan mengenai bagaimana untuk bertindak,
Topik 5: Pengetahuan Kendiri dan Dorongan Tingkah Laku
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 2
maka tingkah laku berkenaan mungkin akan lebih mencerminkan keprihatinannya untuk selari dengan standard dalamannya.
b. Harga-‐Kendiri -‐ Harga-‐kendiri (kadangkala dikenali sebagai estim diri) merujuk
kepada keadaan dalam mana manusia berasa dirinya berharga (mempunyai nilai) dalam hidupnya; berlawanan dengan manusia yaang merasa dirinya tidak bernilai dan merasa rendah diri. Harga-‐kendiri ini adalah berupaya untuk mempengaruhi tingkah laku. Harga kendiri ditentukan oleh perbezaan antara kendiri ideal (kendiri yang diharap untuk dimiliki) dengan kendiri sebenar (kendiri yang sebenarnya dimiliki). Sekiranya kendiri sebenar adalah sama atau lebih tinggi daripada kendiri ideal, maka harga kendiri adalah tinggi, dan sebaliknya. Ambilah contoh berikut, andaikanlah anda ingin menjadi seorang pelajar yang hebat (kendiri ideal) dan sebenarnya anda adalah pelajar yang hebat (kendiri sebenar) maka harga kendiri anda adalah tinggi, dan sebaliknya. Harga-‐kendiri yang tinggi menyeronokkan dan memuaskan, dan merupakan salah satu matlamat hidup manusia. Kebanyakan manusia menyukai dirinya apabila berada dalam keadaan positif, dan apabila mengalami emosi-‐emosi positif. Harga kendiri positif pada umumnya dianggap sebagai petanda baik, dan satu tanda orang sihat. Sumber-‐sumber harga-‐kendiri adalah di antaranya (a) perasaan yang diri adalah cekap dalam kebanyakan aspek kehidupan yang sering dirujuk sebagai atau kecekapan-‐kendiri; (b) perasaan kepuasan dengan aktiviti-‐aktiviti semasa, persahabatan, dan penglibatan dalam hubungan romantik; (c) ciri-‐ciri fizikal (menari dan cantik), pengetahuan dan kemahiran; dan lain-‐lain lagi. Harga kendiri boleh diperolehi melalui perbandingaan sosial. Perbandingan sosial ke bawah adalah di mana kita membandingkan diri kita dengan mereka yang berkualiti rendah dan ini boleh meningkatkan harga kendiri kita. Tetapi apabila kita berusaha untuk memperbaiki kendiri kita, perbandingan sosial ke atas perlu dilakukan, melihat kendiri orang lain yang lebih baik daripada kita.
c. Pemeriksaan kendiri dan peningkatan kendiri -‐ Apa kendiri kita dicabar, kita cuba
mempertahankannya (teori konsevertisme kognitif), melalui pemeriksaan kendiri. Manusia akan memeriksa sama ada yang yang dikatakan oleh lain itu betul atau salah mengenai diri kita (teori pemeriksaan kendiri). Melalui pemeriksaan ini kita mampu untuk memperbaiki atau meningkatkan kendiri kita, dan mungkin menerima kritikan daripada orang lain tentang kendiri kita itu (teori peningkatan kendiri).
d. Kecekapan-‐Kendiri -‐ Kecekapan-‐kendiri seseorang merujuk kepada perasaan bahawa
dirinya adalah berkesan dalam mengatasi masalah-‐masalah hidup. Sebaliknya, manusia yang mempunyai perasaan kecekapan-‐kendiri yang rendah biasanya tidak mahu menerima kedudukan dirinya yang berkesan dalam menyelesaikan masalah, dan seterusnya cuba mengelakkan diri daripada tugas-‐tugas yang agak sukar untuk diselesaikan, atau dengan mudah menyerah kalah. Ini ada kaitannya dengan apa yang dinamakan sebagai orientasi penguasaan dalaman-‐luaran. Orientasi ini merujuk kepada darjah sejauh mana individu percaya bahawa apa yang terjadi padanya adalah akibat daripada tingkah lakunya sendiri (orientasi penguasaan dalaman), berbeza dengan darjah sejauh mana individu itu percaya bahawa apa yang berlaku pada dirinya adalah akibat daripada nasib, peluang, tuah, atau gerak-‐kuasa yang di luar daripada kekuasaannya (orientasi penguasan luaran). Kepercayaan tentang
SKP3501:PSIKOLOGI SOSIAL Unit 2
kendiri ini adalah kuat mempengaruhi tingkah laku. e. Ketidakupayaan dipelajari -‐ Ketidakupayaan dipelajari merujuk kepada perasaan
bahawa kita tidak mampu (upaya) untuk menyelesaikan masalah yang dalami. Ini merupakan salah satu ciri orang yang berada dalam keadaan murung. Ketidakupayaan dipelajari merupakan satu persepsi kendiri pada perasaan ketidak-‐upayaan untuk menguasai peristiwa-‐peristiwa atau untuk menyelesaikan masalah-‐masalah. Akibatnya ialah bahawa individu akan berhenti daripada mencuba untuk menyelesaikan masalah, berasa lemah, dan mengalami kemurungan.
Ada orang pernah mengatakan "Ketahuilah diri anda sebelum anda mengetahui diri orang lain." Ungkapan ini mungkin ada benarnya. Ada pula peribahasa yang berbunyi "Kuman di seberang lautan nampak, gajah di depan mata tidak nampak." Peribahasa ini menyindir manusia yang sibuk tentang diri orang lain (khususnya tentang keburukan mereka), sebaliknya tidak sibuk untuk memahami kelemahan, keburukan atau kelebihannya. Pengetahuan kita tentang diri kita adalah penting, kerana ia mempengaruhi pemikiran, perasaan, emosi dan tingkah laku kita. Tegasnya, kita sewajarnyaa mengetahui siapa diri kita sebenarnya.
Topik 6: Penutup
1. Jelaskan konsep kendiri sebagaimana yang yang dibincangkan dalam topik ini.
2. Jelaskan peranan skema-‐kendiri dalam kita memproses maklumat (rangsangan) yang datang daripada persekitaran.
3. Huraikankan bagaimana pengetahuan dan persepsi kendiri mempengaruhi tingkah laku kita.
4. Jelaskan maksud “kita adalah apa yang kita fikirkan”.
5. Mengapa manusia bias dalam menerangkan kendiri mereka?
Cuba fikirkan kata-‐kata ini. The world around you is the physical equivalent of the world within you. Your main job in life is to create within your mind the mental equivalent of the life you want to live. Imagine your ideal life, in every respect. Hold that thougth until it materializes around you