konsep dan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan

10
KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN (FPK) Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diumumkan secara rasminya. Falsafah pendidikan ini akan menentukan arah haluan, asas dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang pendidikan di Malaysia. Berikut ialah petikan daripada FPK: "Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara." Merujuk kepada FPK yang dinyatakan di atas, maka matlamat FPK ialah untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara yang berguna. Selain itu, matlamat FPK bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri berikut: o Percaya dan patuh kepada Tuhan o Berilmu pengetahuan o Berakhlak mulia o Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara o Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu o Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Upload: ladlady

Post on 15-Jun-2015

7.949 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

Falsafah pendidikan kebangsaan..

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

(FPK)

Pada tahun 1988, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) telah diumumkan

secara rasminya. Falsafah pendidikan ini akan menentukan arah haluan, asas

dan sumber inspirasi kepada semua usaha dan rancangan dalam bidang

pendidikan di Malaysia. Berikut ialah petikan daripada FPK:

"Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu

untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek,

rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada

Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu

pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan

berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan

terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara."

Merujuk kepada FPK yang dinyatakan di atas, maka matlamat FPK ialah

untuk melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi

warganegara yang berguna. Selain itu, matlamat FPK bertujuan melahirkan

rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri

berikut:

o Percaya dan patuh kepada Tuhan

o Berilmu pengetahuan

o Berakhlak mulia

o Bertanggungjawab kepada diri, masyarakat, agama dan negara

o Memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu

o Memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.

Page 2: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Selain perkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang,

melalui pendidikan adalah diharapkan Malaysia dapat mencapai matlamat

pendidikannya iaitu:

o Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi

kewajiban sebagai seorang warganegara.

o Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya

membolehkannya berupaya melaksanakan tugas secara produktif serta

sempurna demi memberi sumbangan kepada negara.

o Melahirkan warganegara yang memahami dan menerima serta

mengamalkan prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi Perlembagaan.

o Melahirkan rakyat yang taat setia kepada Raja dan cintakan negara.

o Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip-prinsip

Rukun Negara, bersikap toleransi demi mewujudkan perpaduan rakyat

berbilang kaum.

o Mengurangkan jurang perbezaan di antara kaum dengan membekalkan

kemudahan-kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang

berada.

Pada lazimnya, ideologi dan aspirasi negara merupakan factor yang penting

untuk menentukan matlamat pendidikan kebangsaan. Matlamat ini akan

menjadi lebih jelas, mantap, bermakna dan sempurna apabila dijelmakan

sebagai penyataan FPK.

Secara ringkasnya, FPK menggariskan segala istilah, pemikiran dan prinsip

berkaitan dengan bidang pendidikan di negara kita. Dengan erti kata lain,

ianya menggabungkan matlamat, dasar-dasar dan amalan-amalan

pendidikan sebagai satu entiti yang tekal, jelas dan logik. FPK bertujuan untuk

menjelaskan secara rasional amalan-amalan pendidikan terkini serta

membimbing tindakan dan tren pendidikan masa depan.

Page 3: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

FAKTOR-FAKTOR PEMBENTUKAN FPK

Idea untuk menggubal FPK telah tercetus pada tahun 1979 setelah

penerbitan Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar

Pelajaran. Laporan tersebut mengandungi isu-isu penting yang berkaitan

dengan pendidikan termasuk prinsip, nilai dan hala tuju pendidikan.

Dengan kata lain, Jawatankuasa Kabinet mengesyorkan unsur-unsur yang

harus diberi penekanan dalam aspek pembangunan kemanusiaan. Untuk

menggubal FPK yang boleh memberi panduan dan bimbinganyang manfaat

kepada segala usaha pendidkan, beberapa faktor yang berkaitan hendaklah

dipertimbangkan terlebih dahulu. Di antara faktor-faktor berikut ialah:

1. faktor agama: agama Islam ialah agama rasmi negara kita. Di

samping itu, agama Kristian, Buddha, Hindu dan lain-lain juga bebas

dianuti mengikut undang-undang negara. Semua agama tersebut

terutamanya agama Islam merupakan faktor penting dalam proses

penggubalan FPK. Unsur agama ini dapat dilihat melalui penyataan

berikut: " mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaaan dan

kepatuhan kepada Tuhan…."

2. faktor sosial: masyarakat negara ini terdiri daripada masyarakat

majmuk. Keharminian dan kemakmuran negara bergantung kepada

sikap toleransi, kerjasama dan hormat menghormati tanpa mengira

kaum, agama dan kepercayaan. Sikap positif ini amat penting dalam

usaha mengukuhkan perpaduan kaum yang merupakan kriterian paling

penting untuk mewujudkan keadaan sosial yang stabil. Tujuan ini telah

dinyatakan di dalam FPK iaitu: "…..melahirkan rakyat

Malaysia….memberi sumbangan terhadap keharmonian dan

kemakmuran masyarakat dan negara."

3. faktor politik: di dalam usaha membentuk ideologi negara, pengaruh

politik memainkan peranan penting dalam penentuan dasar pendidikan

negara. FPK digubah berlandaskan kepada ideologi negara yang

dicerminkan dalam dokumen-dokumen rasmi seperti Laporan

Pendidkan, Rancangan Malaysia dan Rukun Negara.

Page 4: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4. faktor ekonomi: rakyat Malaysia yang terlatih dalam pelbagai

kemahiran dapat membantu memperkembangkan ekonomi negara

dengan meningkatkan daya pengeluarannya. Ianya telah dinyatakan

iaitu: "…melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,

beketerampilan, bertanggungjawab dan berkeupayaan memberi

sumbangan terhadap kemakmuran negara."

5. faktor individu: potensi individu dapat dikembangkan melalui proses

pendidikan. Potensi tersebut merangkumi aspek-aspek intelek, rohani,

emosi dan jasmani. Perkembangan potensi individu secara

menyeluruh dan bersepadu akan menjana insan yang seimbang dan

harmonis.

6. faktor sejagat: perkembangan sistem pendidikan antarabangsa

mempengaruhi penggubalan FPK. Idea-idea yang dihasilkan semasa

seminar pendidikan antarabangsa mempengaruhi FPK. Sebagai

contoh, program pendemokrasian pendidikan dan pendidikan seumur

hidup.

Sehubungan itu, adalah diharapkan pendidikan negara ini merangkumi

semua aspek yang dapat melahirkan warganegara yang berilmu dan dapat

memberi sumbangan kepada negara serta memberi jasa ke arah kemajuan,

keamanan dan kestabilan antarabangsa.

Page 5: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

ELEMEN-ELEMEN DI DALAM FPK

1. Pendidikan suatu usaha berterusan

Pendidikan adalah suatu proses pemerolehan dan pemindahan ilmu,

kemahiran dan nilai murni. Proses pemerolehan dan pemindahan berlansung

secara berterusan bermula dari kecil hingga ke akhir hayat. Pendidikan awal

kanak-kanak amat penting untuk membentuk asas sahsiah kanak-kanak yang

berada dalam lingkungan umur antara satu hingga enam tahun. Sahsiah yang

dibentuk akan terus berkembang sepanjang tempoh persekolahan. Setelah

tamat persekolahan, setiap individu masih terus meningkatkan ilmu,

kemahiran dan akhlak mereka. Proses pendidikan yang berterusan dapat

membantu individu menyesuaikan diri dalam pelbagai keadaan.

2. Memperkembangkan potensi individu

Setiap individu memiliki pelbagai keupayaan, bakat dan potensi intelek,

jasmani, emosi dan rohani sejak lahir. Kebanyakannya terpendam dalam

kendiri. Fungsi utama pendidikan ialah memperkembangkan dan

meningkatkan potensi individu supaya mencapai tahap cemerlang. Bakat,

potensi dan kebolehan dapat dicungkil, dipupuk, dikembangkan dan

ditingkatkan. Ianya akan terjelma melalui interaksi sosial dengan orang lain

dan alam sekeliling.

3. Perkembangan individu secara menyeluruh dan bersepadu

Perkembangan potensi individu tidak lengkap dan sempurna jika dilakukan

secara berasingan. Ia harus dikembangkan secara menyeluruh dan

bersepadu. Maka, untuk membentuk insan yang berilmu pengetahuan,

bertenaga mahir serta berakhlak mulia dengan sempurna, aktiviti kokurikulum

juga harus diberi penekanan di samping kurikulum akademik di dalam bilik

darjah. Potensi yang ada pada diri individu harus dikembangkan ke peringkat

optimum dengan mengintegrasi bakat dan kebolehan yang saling berkait

rapat.

Page 6: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

4. Insan yang seimbang dan harmonis

Insan yang seimbang memiliki ilmu (intelek), sahsiah yang baik (emosi),

percaya kepada Tuhan serta memiliki akhlak yang baik (rohani) dan kesihatan

diri yang baik (jasmani). Insan yang seimbang dan harmonis memiliki

kesedaran dan keinsafan terhadap tanggungjawab terhadap diri, keluarga

dan negara. individu ini akan sentiasa berikhtiar menyelesaikan masalah yang

dihadapi, melaksanakan tanggungjawab demi kemajuan diri, keluarga,

bangsa dan negara.

5. Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan

Kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan memberi tumpuan kepada aspek

seperti berikut:

o mengakui wujudnya Pencipta

o mengakui Tuhan sebagai pencipta manusia dan alam

o menyedari bahawa hokum dan fenomena alam merupakan peraturan

yang ditetapkan oleh Tuhan

o menyedari bahawa individu bertanggungjawab sepenuhnya ke atas

segala perbuatan dan tindakannya.

o Melakukan kebaikan dan menghindari keburukan

o Meningkatkan serta mengukuhkan kepercayaan agama.

6. Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan

Rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan merupakan rakyat yang memiliki

ciri-ciri:

o Mencintai ilmu pengetahuan

o Minat membaca

o Sentiasa berusaha menambah ilmu pengetahuan

o Sentiasa meningkatkan dan menyebarkan ilmu pengetahuan

o Memanfaatkan ilmu untuk kebaikan diri dan orang lain

o Berfikiran terbuka, luas dan mendalam.

Page 7: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

7. Rakyat Malaysia yang berketerampilan

Rakyat yang mempunyai ilmu pengetahuan dan kemahiran sentiasa sedia

memberi sumbangan kepada negara tercinta. Rakyat Malaysia yang

berketerampilan merupakan rakyat yang memiliki ciri-ciri berikut:

o Berilmu pengetahuan dan berkelayakan yang sesuai dengan tugas yang

dipertanggungjawabkan

o Mempunyai kemahiran yang sesuai dalam pelaksanaan tugasnya

o Dapat melaksanakan tugas dengan cekap dan sempurna

o Berpandangan jauh dan berinisiatif

8. Rakyat Malaysia yang berakhlak mulia

Rakyat yang memiliki tingkah laku yang bersopan santun, berdisiplin dan baik

serta mengamalkannya dalam kehidupan seharian. Rakyat Malaysia yang

berakhlak mulia ialah rakyat yang mempunyai ciri-ciri berikut:

o Dapat menilai perkara yang baik dan yang buruk

o Mempunyai perwatakan yang baik

o Berpegang kepada nilai-nilai murni dan moral sebagai prinsip hidup

9. Rakyat Malaysia yang bertanggungjawab

Rakyat yang mempunyai tanggungjawab sempurna terhadap Tuhan, bangsa

dan negara dan melaksanakan tugasnya dengan cekap, bersih dan amanah.

o Menyedari tugas dan tanggungjawab sendiri

o Menyedari tugas dan tanggungjawab harus dilaksanakan dengan

sempurna

o Mematuhi peraturan dan undang-undang negara

o Berusaha untuk meningkatkan diri, keluarga, masyarakat, agama, bangsa

dan negara.

Page 8: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

10. Rakyat Malaysia yang berkeupayaan menikmati kesejahteraan diri

Melalui perkembangan potensi individu secara menyeluruh, rakyat akan

memiliki jiwa yang tenteram untuk memahami keperluannya sendiri, keluarga,

masyarakat, agama dan negara. Rakyat yang berupaya mencapai

kesejahteran diri ialah rakyat yang memiliki keupayaan seperti berikut:

o Daya ketahanan diri yang kuat untuk menangani cabaran hidup

o Berfikiran waras dan berjiwa tenang

11. Rakyat Malaysia yang dapat memberi sumbangan

Rakyat yang berusaha untuk memupuk perpaduan melalui sifat toleransi,

bertimbang rasa, kekitaan, hormat menghormati dan lain-lain. Mereka juga

akan berusaha untuk memajukan ekonomi negara berdasarkan dasar-dasar

yang telah ditetapkan. Selain itu, mereka akan mengekalkan kestabilan politik

dan keamanan negara dan mematuhi perlembagaan serta peraturan negara

di samping mempertahankan maruah diri, profesion, agama, bangsa dan

negara.

Page 9: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan

IMPLIKASI FPK TERHADAP SISTEM PENDIDIKAN NEGARA

FPK merupakan sebuah dokumentasi yang murni dan luhur dan perlu dihayati

untuk mendapatkan kesan daripada pelaksanaannya. FPK merupakan satu

penyataan hasrat kerajaan terhadap sistem pendidikan di negara ini. FPK

juga merupakan garis panduan dan rujukan para pendidik dalam

melaksanakan tugas mendidik anak bangsa.

Setiap warga pendidik di negara ini haruslah bersifat terbuka terhadap

perubahan-perubahan yang dilaksanakan terutamanya dalam bidang sains

dan teknologi seiring dengan perkembangan pendidikan antarabangsa. Selain

itu, mereka haruslah memainkan peranan secara aktif bagi merealisasikan

FPK supaya keberkesanannya dapat dinikmati dan memperkembangkan

sistem pendidikan di Malaysia.

Perubahan-perubahan dalam sukatan pelajaran adalah tidak dapat dielakkan

dalam usaha untuk melahirkan rakyat yang seimbang dan berdaya saing

bukan sahaja di Malaysia malah di peringkat global. FPK adalah merupakan

pemacu kepada usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang dapat

menyumbang kemajuan, kemakmuran dan keharmonian kepada negara.

Tugas dan tanggungjawab pendidik bukan hanya terbatas dan tertumpu

kepada penyampaian ilmu dan kemahiran sahaja. Mereka harus menyedari

tugas mereka juga adalah untuk membentuk modal insan yang mempunyai

nilai-nilai positif, bukan sekadar mempunyai intelek yang tinggi dan jasmani

yang sihat. Oleh itu, jelaslah bahawa berperanan besar dalam merealisasikan

FPK dengan menterjemahkannya ke arah memajukan pendidikan di

Malaysia.

Page 10: Konsep Dan Matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan