konsep dan matlamat falsafah pendidikan kebangsaan
TRANSCRIPT
KONSEP DAN MATLAMAT FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
”Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk
mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi
dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan
berkeupayaan mencapai kesejahteran diri serta memberi sumbangan terhadap
keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara”
Konsep dan matlamat pendidikan ini akan menjadi lebih sempurna apabila
unsur-unsur rukun negera dan pendidikan tersirat dalam ideologi dan aspirasi
negara diterbitkan sebagai penyataan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Segala
usaha pendidikan termasuk sistem pendidikan yang sedia ada, akan dapat
dirancang dan dilaksanakan untuk mencapai matlamat Pendidikan Negara mengikut
haluan dan pedoman yang diperkenalkan oleh Falsafah pendidikan Kebangsaan.
Matlamat Pendidikan Kebangsaan ialah melahirkan insan yang baik dan
sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna dan
memperkembangan potensi individu secara menyeluruh dan seimbang melalui
proses pendidikan. Negara dapat mencapai matlamat iaitu:
Melahirkan rakyat yang bertanggungjawab dan boleh memenuhi
kewajibannya sebagai seorang warganegara.
Melahirkan rakyat yang boleh memahami dan menerima serta mengamalkan
prinsip-prinsip dan cita-cita demokrasi mengikut perlembagaan.
Menghasilkan rakyat yang progresif, mahir serta cekap supaya
membolehkannya melaksanakan tugas secara produktif dan sempurna demi
memberi sumbangan terhadap kemajuan dan pembangunan.
Melahirkan rakyat yang taat setia kepada raja dan cintakan negara.
Melahirkan rakyat yang memahami serta mengamalkan prinsip Rukun Negara
dan bersikap toleransi demi wujudnya perpaduan rakyat berbilang kaum.
Mengurangkan jurang perbezaan antara kaum dengan membekalkan
kemudahan asas pendidikan kepada golongan yang kurang berada.