konsep dan fungsi kesusasteraan melayu

19
BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan Melayu Soalan 1 1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu Pengenalan Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalaui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Ini kerana sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah sastera juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa. Menurut pandangan Sarjana Ismail Hussein (1998:23) kesusasteraan merangkumi semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat kreatif. Manakala M.K Danziger & W.S Jahnson (1983:2) berpendapat seni yang menggunakan kata-kata sama ada lisan atau tulisan dan Abu Bakar Hamid (1997:13) kesusasteraan merupakan seni yang bercorak intlektual. Gabungan kepuasan intelek dan kepuasan estetik. Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud dalam pernyataan bahasa. Pada hakikatnya kesusasteraan atau seni sastera itu ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada masyarakat. (Sabaruddin Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal.11) Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. Kesusasteraan harus tumbuh di tengah-tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat. (B. Simorangkir-Simanjuntak, Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8) Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera (bahasa Sanskrit) + ke an (kesusasteraan). Su (indah, baik, lebih bermakna.) Sastera (huruf atau buku) Susastera + ke an (kesusasteraan): Kumpulan buku- buku yang indah bahasanya dan baik isinya. (Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel Akademik, hal. 2) KONSEP DAN FUNGSI KESUSASTERAAN MELAYU 1

Upload: nanidefran

Post on 08-Aug-2015

3.760 views

Category:

Documents


52 download

DESCRIPTION

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalaui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai seni bahasa. Ini kerana sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam malah sastera juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa.

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

1. Menghuraikan konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

Pengenalan

Kesusasteraan Melayu merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang

terdapat dalam kalangan masyarakat Melayu. Ianya adalah satu bentuk ciptaan seni

yang disampaikan melalaui bahasa. Sastera juga dapat dikatakan sebagai seni

bahasa. Ini kerana sastera ialah ungkapan spontan daripada perasaan yang

mendalam malah sastera juga merupakan ekspresi fikiran melalui medium bahasa.

Menurut pandangan Sarjana Ismail Hussein (1998:23) kesusasteraan

merangkumi semua aspek yang menggunakan kata-kata atau bahasa yang bersifat

kreatif. Manakala M.K Danziger & W.S Jahnson (1983:2) berpendapat seni yang

menggunakan kata-kata sama ada lisan atau tulisan dan Abu Bakar Hamid

(1997:13) kesusasteraan merupakan seni yang bercorak intlektual. Gabungan

kepuasan intelek dan kepuasan estetik.

Kesusasteraan ialah manifestasi daripada gerak jiwa manusia yang wujud

dalam pernyataan bahasa. Pada hakikatnya kesusasteraan atau seni sastera itu

ialah bingkisan kata yang dipersembahkan oleh sasterawan sebagai hadiah kepada

masyarakat. (Sabaruddin Ahmad, Punca Sastera Indonesia, 1963, hal.11)

Kesusasteraan adalah cermin jiwa getar sukma pengarang. Kesusasteraan harus

tumbuh di tengah-tengah rakyat oleh rakyat untuk rakyat yang menggambarkan

suka duka, harap cipta dan kerja cipta rakyat. (B. Simorangkir-Simanjuntak,

Kesusasteraan Indonesia, 1971, hal. 8) Kesusasteraan ialah ciptaan seni yang

disampaikan melalui bahasa. Kesusasteraan terbentuk dari akar kata susastera

(bahasa Sanskrit) + ke – an (kesusasteraan). Su (indah, baik, lebih bermakna.)

Sastera (huruf atau buku) Susastera + ke – an (kesusasteraan): Kumpulan buku-

buku yang indah bahasanya dan baik isinya. (Prof. Dr. Hasyim Awang, Artikel

Akademik, hal. 2)

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

1

Page 2: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Kesusasteraan  Melayu dalam konteks pendidikan ialah karya asal yang tertulis

dalam bahasa Melayu berunsurkan keindahan dan kehalusan sama ada berbentuk

novel, cerpen, drama, sajak, prosa tradisional atau puisi tradisional bagi

mengimbangi intelek, rohani, emosi, dan jasmani di samping memaparkan nilai

kemanusiaan dan citra masyarakat.

Sastera ialah karya seni kreatif hasil ciptaan manusia menggunakan bahasa

yang indah, halus dan menarik serta memberi kesan kepada pembaca/penonton. Ia

merupakan hasil pemikiran seni yang berkualiti yang diterjemahkan sama ada dalam

bentuk lisan, penulisan, prosa, puisi, naratif dan bukan naratif. Karya sastera

berbeza dengan hasil-hasil penulisan akademik atau bukan akademik lain kerana

tidak mempunyai variasi bahasa serta kesan langsung dan tidak langsung kepada

pembaca/penonton.

Konsep Kesusasteraan Melayu

Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam Bahasa Melayu 1 Kesusasteraan Melayu

merujuk kepada hasil karya dan ciptaan seni yang terdapat dalam kalangan

masyarakat Melayu. Dalam masyarakat Melayu tradisional, sastera bersatu dan

berintegrasi dalam kehidupan seharian mereka. Sebagai contoh, seorang ibu yang

menidurkan bayinya secara sengaja atau tidak, akan menyanyikan balada-balada

yang berirama dan merdu. Seorang dukun yang membacakan mantera untuk

menyembukan orang sakit secara sedar atau tidak,akan melagukan puisi yang indah

dan berirama. Dalam upacara perkahwinan pula, ketika wakil keluarga pengantin

perempuan berbicara dengan wakil keluarga pengantin lelaki, hadirin sebenarnya

menyaksikan satu adegan dramatik dengan bahasa yang menarik dan indah. Ketika

seorang pengambil dan pembuat gula enau hendak melakukan pekerjaannya di atas

pokok enau, dia membaca mantera-mantera dan secara tidak langsung dia

sebenarnya sedang berdeklamasi.

Kesusasteraan ialah satu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui

bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada perkataan Sanskrit, iaitu

susastera yang bermaksud huruf atau buku indah. Sastera dari segi makna umum

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

2

Page 3: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

bermaksud bahasa (bukan bahasa basahan) yang digunakan dalam kitab-kitab.

Kesusasteraan pula, menurut makna kamus ialah hasi seni atau karya tulisan dalam

bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistemewaan tertentu. Seni

kesusasteraan pula ialah seni karang-mengarang bahan-bahan sastera yang

berbentuk puisi dan prosa.

Kesusasteraan dalam bahasa Melayu sama pengertiannya dengan literature

dalam Bahasa Inggeris. Perkataan literature berasal daripada perkataan litera yang

bermaksud huruf atau abjad. Dalam bentuk asalnya, perkataan literature digunakan

untuk tatabahasa dan puisi. Istilah kesusasteraan yang digunakan dalam bahasa

Melayu berasal daripada bahasa sanskrit, iaitu sastra. Kata dasar sas-bermaksud

mengarahkan, mengajar atau memberikan petunjuk, manakala –tra merujuk kepada

alat. Sastra bererti alat untuk mengajar. Awalan su- pula bererti baik atau indah.

Imbuhan ke- dan –an membawa maksud yang menyeluru, iaitu segala yang tetulis,

yang bernilai seni dan estetik serta dengan maksud memberikan panduan, petunjuk

dan pengajaran.

Ada yang mengatakan bahawa sastera ialah seni bahasa. Sastera ialah

ungkapan spontan daripada perasaan yang mendalam. Sastera ialah ekspresi fikiran

melalui medium bahasa. Maksud fikiran itu pula ialah idea-idea, pandangan,

perasaan, pemikiran dan semua kegiatan mental manusia. Sastera ialah inspirasi

kehidupan manusia yang diserlakan dalam sebuah karya tulisan yang indah. Sastera

juga ialah semua karya yang memuatkan perasaan kemanusiaan yang mendalam

dan kebenaran moral dengan sentuhan keikhlasan, keterbukaan dan keluasan

pandangan yang dinukilkan dalam bentuk yang mempersonakan.

Daripada pengertian diatas, dapatlah difahami bahawa dalam sastera

terkandung beberapa unsur yang saling berhubungan. Unsur-unsur tersebut

dihuraikan seperti berikut:

a) Isi Kandungan sastera yang berupa fikiran, perasaan, pengalaman,

idea, semangat, keyakinan, kepercayaan dan lain-lain.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

3

Page 4: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

b) Eksperesi dan ungkapan-ekspresi ialah keupayaan mengeluarkan

sesuatu dari dalam diri manusia. Jika seseorang itu memiliki

pengalaman yang hebat, fikiran yang cemerlang, perasaan yang

mendalam dan keyakinan yang kuat, tetapi selagi dia tidak mampu

mengekspresikannya keluar dari dalam dirinya, maka tentu tidak akan

diterima dan di ketahui oleh orang lain.

c) Bentuk-unsur isi dan diri manusia tadi dapat dizahirkan dalam

berbagai-bagai bentuk. Jika tiada bentuk dan pola yang tertentu, tidak

mungkin kedua-dua perkara tadi dapat disampaikan kepada orang lain.

Bentuk pengungkapan sastera ada bermacam-macam ragam,

misalnya ada ungkapan dalam bentuk suara yang disertai bunyi-

bunyian. Dalam bentuk kesenian tadi menjelma pula bentuk seni

sastera, seni tari, seni rupa, seni bina, seni muzik dan sebagainya.

Bentuk dalam seni itu pula menggunakan istilah sebagai bentuk yang

indah, mempersonakan, mengasyikkan, menyenangkan dan menarik.

d) Bahasa-medium pengungkapan bentuk sastera itu tadi ialah

bahasa.Bahasa ialah bahan utama untuk mewujudkan ungkapan

peribadi dalam suatu bentuk sastera yang indah.

Secara umumnya, sastera dapat dianggap sebagai ungkapan peribadi manusia

yang berupa pengalaman, pemikiran, perasaan, idea,semangat dan keyakinan

dalam suatu bentuk gambaran konkrit yang membangkitkan keperibadian melalui

pengantar bahasa. Deskripsi ini mencakupi semua bentuk sastera, sama ada yang

bermutu atau tidak bermutu.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

4

Page 5: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu

Sejarah dan perkembangan kesusteraan pada prinsipnya melihat karya

sastera dari sudut daya kreatif manusia. Membincangkan sejarah dan

perkembangan kesusasteraan Melayu, mengikut Ismail dalam kata pengantar buku

Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, perkembangannya mengikut kronologi

zaman bermula dari zaman sebelum mengenal huruf dan diikuti zaman Hindu dan

Islam. Manakala mengikut Safian Hussain dan rakan-rakan (1981: 3),

kesusasteraan Melayu Moden pula bermula dengan kedatangan penjajah barat ke

Alam Melayu.

Ini bererti, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu bermula dalam

bentuk sastera lisan diikuti dengan sastera yang bercorak tulisan pada zaman

Islam. Meskipun terlihat empat peringkat perkembangan kesusasteraan, pada

realitinya mengikut sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu, ia hanya

melibatkan tiga peringkat perkembangan kerana sastera dari pengaruh Hindu hanya

ditulis pada zaman selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu.

Sebelum masyarakat Melayu mengenali huruf, sastera berbentuk lisan telah

berkembang dengan meluas dalam masyarakat Melayu purba. Oleh itu dalam

memperkatakan tahap-tahap perkembangan sastera Melayu, maka sastera rakyat

yang berbentuk lisan merupakan sastera Melayu yang tertua dalam masyarakat

Melayu.

Sastera rakyat terbahagi kepada dua bentuk iaitu berbentuk cerita dan yang

bukan berbentuk cerita. Tujuan utama penghasilan sastera lisan pada masa ini

bertujuan bukan sahaja sebagai media hiburan pada zaman tersebut, malah ia juga

berperanan sebagai institusi pendidikan secara informal. Ini bermaksud, bahawa

dalam masyarakat Melayu lama, sastera lisan menjadi media penting untuk memberi

nasihat dan pengajaran baik kepada anggota masyarakatnya. Disamping itu ia juga

digunakan sebagai media kritikan dan sindiran kepada golongan tertentu dalam

masyarakat.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

5

Page 6: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Bentuk dan Genre Kesusasteraan Melayu

Rajah 1:Genre

Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan

dengan sesuatu gaya bentu atau kandungan tertentu. Kesusasteraan Melayu

dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. Kedua-dua

bentuk ini pula dikategorikan mengikut era atau zaman kemunculannya iaitu kategori

klasik atau tradisional dan jenis moden atau kotemporari. Rujuk Rajah 1. Seperti

yang dinyatakan sebelumnya, bentuk prosa dapat dikategorikan mengikut era atau

zaman iaitu:

i. Prosa klasik dan prosa moden

ii. Puisi klasik dan puisi moden

Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu :

i. Naratif

ii. Bukan Naratif

Prosa Tradisional berbentuk naratid terbahagi pula kepa dua jenis iaitu :

i. Naratif Lisan

ii. Naratif Tulisan

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

6

Page 7: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre iaitu :

Mitos

i. Legenda

ii. Cerita Rakyat

Cerita Rakyat pula terbahagi kepada sub genre iaitu :

i. Cerita Jenaka

ii. Cerita Binatang

iii. Cerita dongeng

Cerita dongeng ialah :

i. Lupur lara

ii. Cerita Teladan

Prosa Melayu Tradisional (Naratif dan Bukan Naratif)

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa

tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang

bukan cerita (bukan naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu

yang panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Prosa

Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa

tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :

Rajah 2: Prosa Melayu Tradisional

Prosa Melayu Tradisional

Naratif

Bukan Naratif

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

7

Page 8: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Prosa tradisional berbentuk naratif itu boleh dibahagikan pula kepada dua pecahan

lagi iaitu naratif lisan dan naratif tulisan. Naratif lisan pula boleh dipecahkan lagi

kepada tiga genre yang utama iaitu:

Rajah 3: Naratif Lisan

Sementara itu naratif tulisan terbahagi kepada lima genre iaitu:

Rajah 4: Naratif Tulisan

Naratif Lisan

Mitos Legenda Cerita Rakyat

Cerita Binatang, Cerita Jenaka, Cerita Lipur Lara, Cerita

Teladan

Sastera sejarah

Sastera hikayat

Sastera sastera panji

Sastera kepahlawanan / epik

Sastera agama

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

8

Page 9: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Prosa tradisional bukan naratif terdiri daripada empat genre iaitu :

Rajah 5: Prosa Tradisional Bukan Naratif

Sastera Lisan dan Sastera Tulisan

Kesusasteraan Melayu tradisional merupakan satu bidang kajian yang sangat

luas dan sentiasa berkembang dan melahirkan penemuan-penemuan baru yang

pelbagai sifatnya. Menurut Profesor Ismail Hussein “Kesusasteraan Melayu

tradisional adalah semua gejala kesusasteraan yang berbentuk lisan atau bertulis

tetapi tidak bercetak.”

Kesusasteraan lisan (tradisi lisan) lahir dalam kalangan masyarakat Melayu

yang lazimnya terdiri daripada kaum tani dan nelayan. Pada waktu tersebut sistem

tulisan belum lagi muncul dan masyarakat lazimnya buta huruf. Walaupun belum

menguasai sistem tulisan, daya kreativiti mereka dalam bidang kesusasteraan tidak

pupus begitu sahaja. Sebaliknya dikembangkan melalui pertuturan atau penceritaan

secara lisan. Hasil-hasil keusasteraan yang dicipta oleh kelompok ini disebut

sebagai kesusasteraan lisan kerana penyampaian cerita secara lisan.

Kesusasteraan lisan dikenali juga sebagai kesusasteraan rakyat.

Kesusasteraan tulisan (tradisi tulisan) muncul apabila orang Melayu mula

menerima pengaruh luar. Pengaruh luar yang awal menyerap ke dalam kebudayaan

Melayu adalah pengaruh India. Melalui kemasukan pengaruh India, orang Melayu

diperkenalkan dengan sistem tulisan. Walau bagaimanapun, sistem tulisan ini tidak

meluas dan akhirnya pupus.

Kepustakaan ilmu tradisional

Sastera ketatanegaraan

Sastera kitab

Sastera undang-undang

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

9

Page 10: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Puisi Melayu Tradisional

Puisi merupakan kata pinjaman dari bahasa Indonesia yang digunakan

secara meluas di Malaysia. Puisi adalah satu bentuk karangan berangkap yang

terikat dengan peraturan sesuatu jenis puisi itu. Bahasa puisi adalah terhad dan

padat tetapi makna yang cuba disampaikan adalah mendalam. Puisi

mengungkapkan sesuatu yang abstrak kepada yang nyata.

Puisi Melayu tradisional juga boleh dibahagikan kepada dua pecahan iaitu:

a) Naratif

Puisi Melayu tradisional yang berbentuk naratif terdiri daripada genre Syair

sahaja.

b) Bukan naratif

Manakala yang bukan naratif ialah Pantun, Gurindam, Endoi, Rejang,

Dikir/Zikir, Rubai, Nazam, Masnawi, Ghazal, Berzanji, Qit'ah, Seloka,

Teromba, Talibun, Peribahasa berangkap dan Mantera

Ciri Kesusasteraan Melayu

Kesusasteraan Melayu Tradisional mempunyai ciri-ciri tersendiri yang terdiri

daripada lima aspek yang diperturunkan di bawah ini:

i. Lisan

Ciri utama kesusasteraan Melayu tradisional adalah Lisan. Lisan dalam

bahasa Arab maknanya lidah atau kata-kata. Oleh itu dapatlah dikatakan

bahawa kesusasteraan Melayu tradisional itu disampaikan secara lisan

ataupun mediumnya adalah kata-kata ataupun pertuturan. Pada zaman

tradisional pastilah wujud manusia-manusia yang berbakat besar dalam

bidang kesusasteraan, yang mampu menghasilkan karya-karya prosa

ataupun puisi.

ii. Tulisan

Apabila masyarakat Melayu mula menerima pengaruh Islam, mereka telah

menerima juga bersama-sama sistem tulisan. Maka berlakulah satu

perubahan besar dalam penghasilan karya kesusasteraan iaitu peralihan

daripada lisan kepada tulisan. Satu perkara yang harus difahami dengan

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

10

Page 11: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

mendalam ialah kebolehan menulis lebih berpihak kepada golongan

bangsawan yang berdekatan dengan pihak istana. Sedangkan golongan

rakyat biasa masih kekal dengan kaedah lisan. Dengan itu lahirlah karya-

karya kesusasteraan yang berpusatkan istana. Karya-karya kesusasteraan ini

ditulis menggunakan tulisan jawi dan penciptaannya lebih kepada untuk

memenuhi kehendak golongan istana.

iii. Kreatif

Pada dasarnya karya kesusasteraan kreatif itu bermaksud karya-karya prosa

dan puisi naratif dan non naratif. Oleh itu novel, cerpen, sajak, drama, prosa

tradisional dan puisi tradisional merupakan kesusasteraan kreatif.

iv. Bukan kreatif

Karya kesusasteraan bukan kreatif adalah karya-karya seperti esei, rencana

dan sebagainya

v. Estetik

Estetik merujuk kepada keindahan hasil-hasil kesusasteraan yang dicipta oleh

seseorang penulis.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

11

Page 12: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Fungsi kesusasteraan Melayu

Rajah 6 : Fungsi Kesusasteraan Melayu

i. Alat Pendidikan

Antara fungsi kesusasteraan Melayu menurut Siti Hajar Abdul Aziz

ialah  sebagai alat pendidikan. Pengalaman-pengalaman para pengarang ini

diterjemahkan melalui kisah-kisah yang ditulis oleh mereka yang terangkum

didalamnya pelbagai bidang ilmu seperti ekonomi, politik, sosiologi dan agama.

Pengalaman mereka ini dijadikan prosa atau puisi dan diadun dengan unsur-

unsur pengajaran,moral atau ilmu pengetahuan yang tinggi nilainya yang mana

akan dapat dikutip oleh para pembaca maka berlakulah pendidikan secara tidak

langsung. Jadi dapat dilihat dengan jelas bahawa kesusasteraan mampu

menjadi bahan untuk pendidikan buat masyarakat.

Mengisi Masa Lapang

Alat Kawalan Sosial Dalam Kehidupan Seharian

Memberi Pengajaran

Kepuasan Estetik

Instrument Perpaduan

Nilai Pendidikan

Usaha Pengayaan Khazanh Ilmu Dan Persuratan Bahasa Melayu 

Alat Pendidikan

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

12

Page 13: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Di Negara kita Malaysia Mata pelajaran Kesusasteraan Melayu telah

diperkenalkan sejak tahun 1957. Matlamatnya untuk membolehkan pelajar atau

rakyat Malaysia khususnya menjiwai unsur dan nilai murni dari segi kerohanian,

kemanusiaan, kemasyarakatan, kebudayaan, kewarganegaraan, menanam

perasaan bangga dan cinta akan tanah air dalam satu wawasan budaya

kebangsaan yang dihasratkan tercapai. Dengan adanya pendidikan

Kesusasteraan Melayu dapat mencerminkan masyarakat kesenian yang kreatif,

mampu mengkaji keindahan karya sastera dan menguasai kemahiran

berbahasa bahasa Melayu.

Peranan sastera terutamanya sastera Melayu dapat membina insaniah dalam

kehidupan manusia. Hal ini amat bertepatan dengan konsep membina ‘modal

insan’ yang diharap-harapkan oleh pemimpin negara. Kita tidak mahu

melahirkan satu bangsa seperti robot yang tidak mempunyai nilai-nilai

kemanusiaan ketika bertindak atau mengambil keputusan. Apa yang kita boleh

lihat sekarang, ramai bijak pandai dalam bidang sains dan teknologi tetapi

sayang mereka gagal dalam usaha melahirkan pemimpin yang bermoral, berjati

diri dan mempunyai nilai-nilai kemanusiaan. Pemimpin yang tidak berjiwa seperti

di atas, merupakan manusia yang hilang pertimbangan ketika bertindak. Akibat

daripada itu, masalah rasuah, keruntuhan moral sehingga membawa kepada

kemusnahan alam dan manyusahkan masyarakat. Justeru mengembalikan nilai

sejagat yang bersifat kemanusiaan sebenarnya terkandung dalam sastera.

Di peringkat sekolah Kesusasteran Melayu memainkan peranan sebagi satu

cabang ilmu dan senjata yang dapat meresapi dan berkembang dalam pelbagai

disiplin ilmu sejajar dengan konsep bahasa merentas kurikulum. Sementara itu

di peringkat pengajian tinggi pelajar didedahkan dengan teknik penulisan ilmiah,

rencana dan penulisan kreatif dan pelajar juga diberikan pengetahuan tentang

dunia penerbitan dan penyiaran selaras dengan matlamat pembudayaan bahasa

Melayu melalui sistem pendidikan.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

13

Page 14: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

ii. Usaha Pengayaan Khazanh Ilmu Dan Persuratan Bahasa Melayu 

Selain itu, sastera juga berperanan dalam usaha pengayaan khazanh ilmu dan

persuratan bahasa Melayu wajar dipertingkatkan kepada semua peringkat usia

pembelajaran dan pengajaran. Dengan cara ini, proses pembentukan jati diri

dan cinta akan khazanah negara dapat diatur, dilentur, dibentuk dengan sebaik-

baik mungkin. Proses pengayaan ini merupakan proses yang berterusan dan

menjadi agenda utama dasar pentadbiran negara.

Shahnon Ahmad (1997:25) menyatakan bahawa kesusasteraan berperanan

sebagai satu cabang kesenian yang berteraskan cinta. Cinta di sini maksudnya

cinta kepada keindahan dan cinta kepada kebenaran. Karya kesusasteraan

dicipta oleh para sasterawan untuk membangunkan peribadi manusia supaya

cinta akan keindahan dan cinta akan kebenaran. A. Samad Said (1997: 35) pula

menyatakan bahawa peranan sastera sebagai rakman dan renungan interaksi

insan seni dengan masyarakat dan masalah mereka. Setiap karya yang tercipta,

sedikit sebanyak mendekatkan insan seni itu kepada sebahagian kecil

cakerawala Tuhan yang luas, di samping menggarapkannya dengan sesam

makhluk yang sama-sama mencari dan sama-sama menikmati dan sama-sama

terhukum oleh getir-getar kehidupan. Oleh latar dan pengaruh itu, sastera

mestilah berkhasiat untuk batiniah dan minda manusia. Manakala Usman Awang

(1997:41) menjelaskan bahawa peranan sastera meliputi semua aspek

kehidupan manusia secara luas. Tiada sesiapapun yang boleh mendakwa

bahawa dia mempunyai monopoli terhadap budaya Malaysia. Budaya bersama

ini hanya akan lahir daripada penghidupan bersama semua rakyat bukan contoh

angkuh daripada sebilangan kecil golongan kaya dan istimewa.

iii. Nilai Pendidikan

Aripin Said dalam Prosa Warisan (1996:25) menyatakan fungsi Kesusasteraan

Melayu yang penting dari aspek nilai pendidikan. Suasana kehidupan

masyarakat dengan kepetahan serta kebijaksanaan seorang penglipur lara telah

lama berakhir. Suasana itu bagaikan satu nostalgia. Apalagi apabila didapati

sudah jarang atau sedikit benar daripada kalangan anggota masyarakat masa

kini yang sempat menyaksikan suasana tersebut.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

14

Page 15: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Jika kita menyorot ke belakang dalam aliran kehidupan masyarakat Melayu

terutamanya di kampung-kampung, cerita-cerita rakyat dipertuturkan masih

boleh didapati sekitar tahun 1950-an serta pada awal tahun 1960-an. Pada

waktu itu, masih kedapatan seorang nenek atau seorang ibu yang sering

bercerita atau menyanyikan lagu-lagu rakyat sewaktu hendak menidurkan cucu

atau anaknya. Orang tua-tua masih mahu bercerita kepada anak cucunya

tentang Batu Belah Batu Bertangkup, Bawang Putin Bawang Merah, Puteri

Walinong Sari dan sebagainya.

Terdapat dua hal yang amat nyata dalam memperkatakan keistimewaan

pencerita ini. Pertama, terdapat tokoh-tokoh intelektual bangsa sebagai orang

yang mahir dalam bidang mereka. Tidak semua anggota masyarakat yang

mendapat gelaran seorang penglipur lara. Tidak semua anggota masyarakat

yang mampu menghafal puluhan malah ratusan puisi rakyat, dan kemudian

dapat pula menyampaikan dengan cara yang menarik. Mungkin dengan iringan

sebuah rebab, sebuah rebana atau sebiji batil, dia mampu memukau

khalayaknya yang setia menunggu dari awal hingga akhir persembahan yang

diadakan. Mereka ialah cendekiawan bangsa yang lahir asuhan alam semesta.

Cerita-cerita yang dipersembahkan pula bukan sahaja dapat mengasyikkan

khalayak yang mendengar tetapi kepelbagaian cerita tersebut dengan watak-

watak tertentu menggambarkan perwatakan manusia dalam masyarakat

setempat. Lagu-lagu yang dinyanyikan merupakan puisi-puisi yang indah. Dalam

puisi tergambar keindahan alam dan kehalusan budi yang diungkap dengan

gaya yang menakjubkan.

Bertolak daripada perkara-perkara itulah, nilai pendidikan yang murni dapat

digarap daripada cerita-cerita yang disebutkan itu. Dalam cerita Mat Jenin,

misalnya, khalayak diasuh supaya tidak menjadi seperti Mat Jenin yang hanya

hidup berangan angan. Falsafah yang tersembunyi di sebaliknya adalah untuk

menjadi kaya-raya perlu berusaha, bukan sekadar berangan angan. Jika terus

berangan-angan, bencana pula akan menimpa.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

15

Page 16: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Daripada cerita rakyat, banyak lagi unsur pendidikan lain yang dapat ditimba.

Contohnya, selitan lagu-lagu seperti:

Burung kenek-kenek,

Terbang ke dalam awan;

Pesan datuk nenek,

Pandai-pandai cari kawan.

Burung kenek-kenek,

Hinggap pelepah kelapa;

Pesan datuk nenek,

Patuh ibu dan bapa.

Pantun di atas jelas memberikan nasihat yang berguna kepada anak-

anak.Pantun tersebut disampaikan melalui kata-kata yang tersusun indah,

ditambah dengan iramanya yang merdu.

Daripada kajian yang telah dijalankan oleh Aripin Said dalam Prosa Warisan

(1996:26) beberapa jenis sastera rakyat telah dikenal pasti iaitu:

a. Cerita Penglipur Lara

b. Cerita Asal Usui

c. Cerita Legenda

d. Cerita Mitos

e. Cerita Jenaka

f. Cerita Binatang.

Cerita-cerita tersebut mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Cerita-cerita

tersebut telah banyak ditulis dan diterbitkan. Kemajuan zaman dengan segala

media yang canggih memudahkan pembuatan dokumentasi cerita-cerita

tersebut.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

16

Page 17: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

iv. Instrument Perpaduan

Menurut Timbalan Perdana Menteri Malaysia  Tan Sri Muhyiddin Yassin, sastera

dijadikan instrumen penting bagi mewujudkan semangat kekitaan atau `esprit de

corp’ di kalangan rakyat dalam usaha untuk membina sebuah negara bangsa

yang bersatu padu. Sastera negara menitikberatkan nilai perpaduan dan

penghargaan kepada satu bentuk budaya kebangsaan untuk dikongsi bersama

sebagai pemangkin bagi menyatupadukan rakyat. Tan Sri Muhyiddin Yassin

menyatakan “Sastera kebangsaan yang menggunakan bahasa Melayu sebagai

bahasa pengantar dapat memartabat dan memperkasakan lagi fungsi bahasa

Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa perpaduan”

v. Kepuasan Estetik

Seterusnya, kesusasteraan juga berfungsi untuk memberi kepuasan estetik.

Penulis cerita akan merasa tenteram dan damai apabila mampu menghasilkan

sesuatu cerita yang dapat menyentuh perasaannya. Bagi pembaca pula, dengan

membaca karya yang mempamerkan keindahan akan merasa satu kepuasan

yang tidak dapat digambarkan dalam dirinya.

vi. Memberi Pengajaran

Selain itu, kesusasteraan Melayu turut berfungsi untuk memberi pengajaran.

Para sasterawan melalui karya mereka akan memberi pengajaran melalui hasil

karya kesusasteraan mereka yang mana banyak menyingkap tentang  nilai-nilai

murni dalam kehidupan. Sebagai contoh Seloka Pak Pandir  dan Pantun

Nasihat. Karya-karya ini banyak menjadi rujukan buat masyarakat dalam

menjalani kehidupan harian.

vii.Alat Kawalan Sosial Dalam Kehidupan Seharian

Menurut Aripin Said dalam Prosa Warisan, Sastera secara umumnya dapat

dikatakan menjadi alat kawalan sosial dalam kehidupan seharian. Melalui cerita

rakyat umpamanya, anggota masyarakat diberitahu tentang perkara yang boleh

dan tidak boleh dilakukan. Misalnya, jika derhaka kepada ibu bapa, seseorang

itu akan mendapat malapetaka sebagaimana yang diterima oleh Si Tenggang.

Jika berangan-angan tinggi tanpa berusaha akan menjadi seperti Mat Jenin.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

17

Page 18: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Malah, anak-anak harus bijak sebagaimana Sang Kancil dalam cerita-cerita

binatang. Cerita rakyat juga dirujuk untuk menyelesaikan masalah dalam

kehidupan. Perlakuan yang baik seperti yang terdapat dalam cerita rakyat

dijadikan ikutan.

Dalam cerita-cerita legenda pula, terdapat tokoh yang menjadi sanjungan satu-

satu masyarakat. Tokoh-tokoh tersebut mungkin sahaja tokoh agama, pahlawan,

peneroka satu-satu tempat atau seumpamanya. Melalui gambaran

keistimewaan, tokoh dipaparkan mempunyai semangat perjuangan yang gigih,

mempunyai kekuatan yang luar biasa, berjasa dan sebagainya. Kesemua ini

dapat menanam semangat tidak putus asa dikalangan pendengar selain

menanamkan semangat cinta akan tanah air yang tidak berbelah bahagi. Segala

sikap, cara berfikir, pengorbanan watak dalam cerita legenda itu cepat meresap

di hati para pendengarnya.

Cerita legenda dapat memberi sumbangan yang amat besar dalam kehidupan

masyarakat dalam membentuk anggota masyarakat menjadi manusia yang

mempunyai wawasan dalam hidupnya. Dalam hal ini juga, kita melihat setiap

bangsa memang ada tokoh tokoh tertentu yang mereka agungkan serta kagumi.

Baik cerita mitos, cerita binatang, cerita lipur lara, cerita legenda dan sebagainya

itu kadangkala terlalu kental berbaur dengan dongeng-dongeng tertentu. Namun

yang harus diperhatikan, ada segala nasihat dan teladan yang terdapat dalam

cerita cerita tersebut. Tukang-tukang cerita, selain bertindak untuk

menyeronokkan hati khalayak yang mendengar, juga menekankan nasihat.

Ungkapan yang sering diulang atau dinyatakan oleh tukang-tukang cerita,

seperti "Jangan jadi seperti Si Tenggang" atau "Sang Kancil itu cerdik dan bijak"

atau "Kalau-rajin bekerja mesti hidup senang" dan sebagainya.

Demikian cerita rakyat dapat menentukan arah tindak tanduk masyarakat pada

masa itu. Kesan yang terlekat di hati mereka dengan mendengar cerita-cerita

rakyat kekal dari mereka masih kanak-kanak hingga kehidupan mereka pada

hari tua. Kemudian cerita-cerita tersebut bersambungan lagi kepada khalayak

yang seterusnya.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

18

Page 19: Konsep dan fungsi kesusasteraan Melayu

BMB2203 Kesusasteraan & Kebudayaan MelayuSoalan 1

Walaupun perkembangan masyarakat dipengaruhi oleh segala macam

perubahan namun nilai moral yang terdapat dalam cerita-cerita rakyat tetap

sesuai dengan anggota masyarakat itu baik dalam era mana sekalipun.

Pengalaman individu dalam masyarakat tersebut cepat sahaja diasosiasikan

dengan gambaran yang terdapat dalam cerita-cerita yang mereka dengar.

viii. Mengisi Masa Lapang

Malah, kesusasteraan Melayu juga berfungsi bagi memberi hiburan.

Kesusasteraan digunakan bagi mengisi masa lapang dan dijadikan hobi. Karya-

karya sastera seperti Seloka Pak Pandir bukan saja memberi pengajaran tetapi

juga menyeronokkan untuk dibaca. Malah jika pada zaman dahulu, cerita-cerita

rakyat akan diceritakan pada waktu-waktu lapang bagi menghilangkan

kebosanan dan anggota masyarakat dapat berkumpul pada malam hari setelah

sibuk mencari nafkah pada siangnya. Pada waktu malam itulah, mereka

berkumpul untuk berhibur sambil belajar melalui cerita rakyat.

Kesimpulan

Kesusasteraan Melayu dalam masyarakat Melayu lama wujud bersama-sama

bangsa Melayu itu sendiri. Kewujudan sastera Melayu itu juga memperlihatkan

segala-galanya itu digambarkan dengan cukup menarik. Keindahan itu juga terlihat

pada gaya bahasa. Melalui cerita-cerita sedemikian, kita melihat kesinambungan

budaya masa lalu dengan masa kini. Perkembangan budaya tahap demi tahap

dapat membentuk peradaban atau tamadun manusia dari satu zaman ke satu

zaman yang lainnya. Perkembangan budaya masa kini sebenarnya diasaskan oleh

budaya silam. Manusia sentiasa mencari kemajuan. Fungsi sastera Melayu

mewujudkan pemikiran yang bijaksana sentiasa memimpin manusia untuk mencapai

kemajuan yang sesuai untuk kesempurnaan hidup. Sehubungan ini, pemikiran

dahulunya dapat membentuk sosialisasi masyarakat dengan jelas. Pemikiran yang

dimaksudkan itu masih utuh dan murni walaupun diletakkan dalam mana mana

zaman yang sentiasa berubah.

KO

NS

EP

DA

N F

UN

GS

I K

ES

US

AS

TER

AA

N M

ELA

YU

19