konsep dan definisi motivasi

5
PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN 1 Konsep dan definisi motivasi Terdapat ramai pengkaji yang memiliki pelbagai persepsi yang diutarakan bagi menjelaskan pengertian motivasi itu sendiri. Namun demikian, antara yang paling popular dan sangat hampir dengan konsep motivasi ini ialah definisi Sage (1977). Beliau menyatakan bahawa motivasi merujuk kepada arah dan intensiti usaha seseorang individu. Secara tuntasnya, arah merujuk kepada tindakan seseorang individu untuk menjauhi atau menghampiri sesuatu situasi. Manakala intensiti pula ialah takat atau kekuatan usaha seseorang individu untuk menghampiri atau menjauhi situasi tersebut. Wann (1977) pula berpendapat bahawa motivasi merupakan satu proses kebangkitan yang lahir dari diri individu yang dapat membantunya berusaha ke arah atau mengekalkan perlakuan yang diingini. Manakala Robert (1993), menyatakan bahawa motivasi merujuk kepada faktor-faktor personaliti, sosial dan kognitif yang memainkan peranan ketika seseorang atlet membuat persembahan dan ingin mencapai sesuatu matlamat. Sebagai kesimpulannya, motivasi ialah faktor-faktor yang menggerakkan, mengekalkan atau memberhentikan tingkah laku ke arah sesuatu matlamat yang ingin dituju, dari aspek biologi, sosial dan pembelajaran. Terdapat dua keadaan yang terkandung di dalam motivasi itu sendiri iaitu motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik. Motivasi Intrinsik. Motivasi yang wujud dari dalaman individu dan tidak dipengaruhi oleh sebarang faktor luaran. Ia terbentuk hasil daripada keyakinan diri yang tinggi tanpa mengharapkan dorongan, ganjaran atau sokongan dari persekitaran. Sebagai contoh adalah minat yang amat mendalam untuk menceburkan diri dan berazam untuk berjaya, seterusnya meningkatkan prestasi atlet melalui penguasaan kemahiran-kemahiran tertentu. Contoh lainnya ialah ingin menjaga kesihatan diri. Kuasa pengekalannya bertahan lebih lama berbanding motivasi ekstrinsik.

Upload: ebak

Post on 25-Jul-2015

241 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Dan Definisi Motivasi

PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

1

Konsep dan definisi motivasi

Terdapat ramai pengkaji yang memiliki pelbagai persepsi yang diutarakan bagi

menjelaskan pengertian motivasi itu sendiri. Namun demikian, antara yang paling

popular dan sangat hampir dengan konsep motivasi ini ialah definisi Sage (1977).

Beliau menyatakan bahawa motivasi merujuk kepada arah dan intensiti usaha

seseorang individu. Secara tuntasnya, arah merujuk kepada tindakan seseorang

individu untuk menjauhi atau menghampiri sesuatu situasi. Manakala intensiti pula ialah

takat atau kekuatan usaha seseorang individu untuk menghampiri atau menjauhi situasi

tersebut.

Wann (1977) pula berpendapat bahawa motivasi merupakan satu proses kebangkitan

yang lahir dari diri individu yang dapat membantunya berusaha ke arah atau

mengekalkan perlakuan yang diingini. Manakala Robert (1993), menyatakan bahawa

motivasi merujuk kepada faktor-faktor personaliti, sosial dan kognitif yang memainkan

peranan ketika seseorang atlet membuat persembahan dan ingin mencapai sesuatu

matlamat.

Sebagai kesimpulannya, motivasi ialah faktor-faktor yang menggerakkan, mengekalkan

atau memberhentikan tingkah laku ke arah sesuatu matlamat yang ingin dituju, dari

aspek biologi, sosial dan pembelajaran.

Terdapat dua keadaan yang terkandung di dalam motivasi itu sendiri iaitu motivasi

intrinsik dan motivasi ekstrinsik.

Motivasi Intrinsik.

Motivasi yang wujud dari dalaman individu dan tidak dipengaruhi oleh sebarang

faktor luaran. Ia terbentuk hasil daripada keyakinan diri yang tinggi tanpa

mengharapkan dorongan, ganjaran atau sokongan dari persekitaran. Sebagai

contoh adalah minat yang amat mendalam untuk menceburkan diri dan berazam

untuk berjaya, seterusnya meningkatkan prestasi atlet melalui penguasaan

kemahiran-kemahiran tertentu. Contoh lainnya ialah ingin menjaga kesihatan diri.

Kuasa pengekalannya bertahan lebih lama berbanding motivasi ekstrinsik.

Page 2: Konsep Dan Definisi Motivasi

PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

2

Motivasi Ekstrinsik

Berbeza dengan motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik melibatkan ganjaran atau

faktor luaran yang mendorong individu bertingkah laku dalam sukan, motivasi ini

boleh berbentuk fizikal atau pun verbal. Implikasi motivasi ini lebih bersifat motivasi

sementara. Sumber motivasi ini ialah keinginan untuk memenangi pingat emas,

mengharapkan ganjaran dan penghargaan dan takut akan dendaan atau kesan

sekiranya tewas.

Motivasi dan ganjaran

Ganjaran dan motivasi yang diterima oleh atlet boleh meningkat atau menurunkan

motivasi atlet. Ia bermula pada cara seseorang atlet menerima dan mentafsir

motivasi atau ganjaran yang diterima. Pemberian ganjaran berbentuk ekstrinsik

seperti anugerah sukan atau trofi yang ditafsirkan sebagai pengiktirafan kebolehan

atlet boleh meningkatkan motivasi intrinsik. Namun pemberian ganjaran ekstrinsik

yang demikian sekiranya ditafsir sebagai mengawal atlet akan mengurangkan

motivasi intrinsik dan keseronokan atlet berkenaan.

Model Motivasi

Motivasi boleh dilihat dan dijelaskan melalui beberapa pendekatan model. Berikut ialah

beberapa model yang amat popular dalam bidang motivasi sukan.

Model McClelland dan Atkinson

Model ini menyatakan bahawa motivasi terbentuk berdasarkan motif untuk

mencapai kejayaan dan takut akan kegagalan. Cox (2007) berpendapat bahawa, motif

untuk mencapai kejayaan adalah lahir dari motivasi intrinsik, manakala takut akan

kegagalan adalah komponen kebimbangan kognitif seketika. Faktor yang mendorong

seseorang atlet untuk mengharapkan kejayaan ialah motivasi berjaya. Manakala

faktor yang mengelakkan seseorang atlet untuk merasa bimbang terhadap

kegagalan ialah motivasi untuk mengelakkan kegagalan.

Motivasi pencapaian = motivasi intrinsik – kebimbangan kognitif seketika.

Page 3: Konsep Dan Definisi Motivasi

PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

3

Formula di atas menceritakan bahawa sekiranya seseorang atlet berkeyakinan

boleh berjaya, maka beliau akan memilih untuk kekal terlibat dalam aktiviti

berkenaan, namun jika atlet tidak berkeyakinan maka atlet tersebut akan memilih

untuk tidak menyertai aktiviti berkenaan. Atkinson sendiri mengakui kesan pengaruh

motivasi ekstrinsik kepada motivasi intrinsik individu.

Teori Self Efficacy oleh Bandura

Pengaruh keyakinan diri sebagai faktor yang membezakan individu bermotivasi

pencapaian tinggi atau sebaliknya. Teori ini menjelaskan keadaan yang berkaitan

dengan keyakinan individu tentang kemampuannya untuk melakukan sesuatu

tugasan dengan berkesan. Mekanisme yang menjadi pengantara motivasi, corak

pemikiran dan tingkah laku. Self-Efficacy adalah pertimbangan individu terhadap

kemampuannya beraksi dalam apa tahap sekalipun, serta merupakan hasil daripada proses

pengaruh kendiri yang kompleks berdasarkan sumber maklumat keupayaan diri seperti

berikut :

Perlakuan prestasi yang berjaya

Pengalaman lalu

Pujukan atau dorongan

Status fisiologi

Teori Motivasi Kecekapan Harter

Teori ini menjelaskan pencapaian berdasarkan aspek kecekapan atlet. Atlet yang

merasakan bahawa mereka mempunyai kecekapan yang mencukupi dalam sesuatu

tugasan biasanya akan melakukan tugasan tersebut tanpa banyak soal, dan begitu

juga sebaliknya. Penilaian kognitif terhadap kejayaan seseorang menguasai sesuatu

kemahiran akan memberi kesan terhadap motivasi seseorang. Jika atlet berjaya

dalam kemahiran yang ditunjukkan maka motivasi kecekapannya akan meningkat.

Jika sebaliknya berlaku, maka keinginan terus untuk melibatkan diri dalam

kemahiran tersebut akan menurun.

Page 4: Konsep Dan Definisi Motivasi

PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

4

Model Keyakinan Sukan Spesifik Vealey

Model keyakinan sukan spesifik oleh Vealey (1986) adalah merupakan teori motivasi

pencapaian yang berasaskan konsep keyakinan sukan. Model ini mencadangkan

bahawa atlet yang berjaya dalam sesuatu sukan tertentu akan merasakan

keyakinan sukan dan keyakinan boleh dibawa ke dalam situasi sukan baru yang lain

pula.

Strategi motivasi

1. Kata-kata motivasi dari Jurulatih (Pep Talks)

Kata-kata yang berkobar-kobar

Menimbul ketakutan pada jurulatih

menyemai perasaan takut pada lawan dan menganggap jurulatih sebagai

orang berkuasa.

Mengamalkan konsep benci dan marah kepada pemain, pasukan lawan

untuk bangkitkan semangat.

2. Sikap jurulatih terhadap atlet

pemain dilatih seorang yang baik dan berguna

pemain mesti disayangi

pemain dilatih dengan baik

jurulatih mesti mengenal dan memahami atlet

Kaedah Lokus Kawalan

Kaedah ini menyatakan bahawa individu memiliki persepsi yang berbeza terhadap

keperluan mendapat dendaan atau ganjaran. Ada individu yang berfikir bahawa mereka

mempunyai daya untuk mengawal untung nasib kehidupan mereka dan ada pula yang

berfikir bahawa kehidupan mereka dikawal oleh orang lain dan bergantung pada nasib.

Jenis kawalan ini akan mempengaruhi motivasi atlet.

Page 5: Konsep Dan Definisi Motivasi

PJM 3117 PSIKOSOSIAL SUKAN

5

Kaedah Tidak Langsung

Jurulatih menggunakan situasi atau persekitaran dari segi fizikal dan psikologi untuk

memberikan motivasi kepada atlet. Sebagai contoh jurulatih menukar tempat latihan

atau kaedah latihan untuk meningkatkan motivasi.

Kaedah Memberi Motivasi

1. Rangsangan dan pujian

Sanggup mencuba

Pujian yang lemah

Lebih agresif dan peningkatan

2. Pertandingan

Cuba baiki rekod pencapaian dan dorongan pencapaian

3. Hormat-menghormati (appreciate)

Wujud hubungan saling menghormati

Pandangan positif hasil kemajuan

Jurulatih ada kuasa atlit perlu diberi peluang

Tindak balas atlit baik menggembirakan

Penghargaan