tahap motivasi dan kebimbangan serta … · 2011-08-24 · 2.2 konsep motivasi 16 2.3 teori...

28
TAHAP MOTIVASI DAN KEBIMBANGAN SERTA HUBUNGANNYA DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR JURUSAN KIMIA, FAKULTI SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA PATRICIA ANAK PETER UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: ngonga

Post on 20-Mar-2019

226 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

TAHAP MOTIVASI DAN KEBIMBANGAN SERTA HUBUNGANNYA

DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR JURUSAN KIMIA, FAKULTI

SAINS, UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

PATRICIA ANAK PETER

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

UTPSZ 19:16 (Pind.1/97)

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan

** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak

berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh

tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.

Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana

secara penyelidikan atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan

penyelidikan atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).

BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS

JUDUL: TAHAP MOTIVASI DAN KEBIMBANGAN SERTA HUBUNGANNYA

DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR JURUSAN KIMIA

FAKULTI SAINS, UTM.

SESI PENGAJIAN: 2010/2011

Saya PATRICIA ANAK PETER

(HURUF BESAR)

mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan

Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:

1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan

pengajian sahaja.

3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi.

4. **Sila tandakan ( )

SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malyasia seperti yang termaktub di dalam

(AKTA RAHSIA RASMI 1972)

TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan

oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)

TIDAK TERHAD

Disahkan oleh

______________________ ________________________

(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)

Alamat tetap:

KAMPUNG RIIH MAWANG, PM. AZIZ BIN NORDIN 94700 SERIAN, Nama Penyelia

SARAWAK.

Tarikh: _________________ Tarikh: _____________________ 11 MEI 2011

2011

11 MEI 2011

“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya

karya ini adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan

ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

(Kimia)”

Tandatangan : _________________________________

Nama Penyelia : PROF. MADYA AZIZ BIN NORDIN

Tarikh : _________________________________

11 MEI 2011

TAHAP MOTIVASI DAN KEBIMBANGAN SERTA HUBUNGANNYA

DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK PELAJAR

JURUSAN KIMIA FAKULTI SAINS, UTM.

PATRICIA ANAK PETER

Laporan ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan

( Kimia/Matematik )

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MEI, 2011

ii

“Saya akui karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan

yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya.”

Tandatangan : ______________________

Nama : PATRICIA ANAK PETER

Tarikh : ______________________

11 MEI 2011

iii

DEDIKASI

Teristimewa buat,

ayah dan ibuku yang dicintai,

Peter anak Kirit dan Rondi anak Sali,

Adik-adik yang disayangi,

Ollylia anak Peter,

Macmillan anak Peter dan

Mackenzie anak Peter…

Terima kasih diatas segala sokongan, doa dan pengorbanan yang telah kalian

lakukan… semoga Tuhan akan membalasnya dengan sebaik-baik…

Untuk teman-teman seperjuangan,

Perkukuhkanlah silaturahim di antara kita

Dan semoga berjaya

iv

PENGHARGAAN

Syukur kepada Tuhan kerana dengan berkatnya, maka kajian ini dapat

disiapkan dalam masa yang dirancang.

Pada kesempatan ini, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi ucapan terima

kasih kepada penyelia Projek Sarjana Muda iaitu P.M Aziz bin Nordin di atas segala

bimbingan, tunjuk ajar, nasihat dan dorongan yang telah diberikan. Komitmen yang

telah diberikan sangat berguna dalam menyiapkan kajian ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana banyak

memberi teguran, pandangan, perkongsian maklumat serta idea-idea bernas. Terima

kasih juga kepada Dr. Johari Surif dan Dr. Johari Hasan di atas kesudian menyemak

dan mengesahkan penggunaan ayat pada instrumen kajian ini.

Di samping itu saya ingin memberikan ucapan terima kasih kepada pihak

pengurusan Fakulti Sains di atas sedikit maklumat yang diberikan.

Tidak dilupakan juga kepada ahli keluarga di atas perhatian, sokongan,

nasihat serta motivasi yang diberikan. Ribuan terima kasih diucapkan.

v

ABSTRAK

Motivasi merupakan salah satu faktor yang utama dalam mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar. Begitu juga dengan aspek kebimbangan. Kajian ini

bertujuan untuk melihat aspek motivasi, kebimbangan dan pencapaian akademik

pelajar tahun dua jurusan Kimia Fakulti Sains, UTM iaitu 2SSA dan 2SSC. Seramai

98 orang responden dipilih secara rawak. Nilai kebolehpercayaan, α untuk item

motivasi ialah 0.791 dan 0.855 untuk item kebimbangan. Objektif kajian adalah

untuk melihat, (1) tahap motivasi intrinsik dan ekstrinsik serta tahap kebimbangan

keadaan dan kebimbangan tret pelajar, (2) hubungan antara PNGK pelajar sebelum

dan ketika di UTM, (3) hubungan antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik

dengan pencapaian akademik pelajar, (4) hubungan antara kebimbangan keadaan dan

kebimbangan tret dengan pencapaian akademik pelajar. Kajian ini berbentuk

kuantitatif dan menggunakan soal selidik sebagai instrumen kajian. Analisis data

dibuat secara deskriptif seperti min, kekerapan, peratus dan statistik inferensi seperti

korelasi. Hasil kajian menunjukkan pelajar dominan terhadap motivasi intrinsik dan

kebimbangan keadaan. Majoriti pelajar mempunyai tahap pencapaian akademik yang

baik. Dapatan kajian menunjukkan (1) tahap motivasi intrinsik, motivasi ekstrinsik,

dan kebimbangan keadaan adalah tinggi, manakala tahap kebimbangan tret adalah

sederhana (2) hubungan antara PNGK pelajar sebelum dan ketika di UTM adalah

sederhana dan signifikan, (3) hubungan antara motivasi intrinsik dan motivasi

ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar adalah lemah dan sangat lemah serta

tidak signifikan, dan (4) hubungan antara kebimbangan keadaan dan kebimbangan

tret dengan pencapaian akademik pelajar adalah sangat lemah dan tidak signifikan.

Kajian ini mencadangkan langkah-langkah untuk mengatasi kebimbangan dan

mengekalkan motivasi dalam pembelajaran.

vi

ABSTRACT

Motivation is one of the main factors in affecting students’ academic

achievement. Same goes with anxiety aspect. The purpose of this study is to identify

aspects of motivation, anxiety and students’ academic achievement among second

year chemistry course students of Faculty of Science, UTM that are SSA and SSC.

98 numbers of respondents are chose randomly. The reliability coefficient, α value

for items of motivation is 0.791 and for items of anxiety is 0.855. Objectives of the

research were (1) level of intrinsic and extrinsic motivation, (2) relationship between

students’ CGPA before and current studying in UTM, (3) relationship between

intrinsic motivation and extrinsic motivation with academic achievement, (4)

relationship between state anxiety and trait anxiety with academic achievement. This

research is quantitative and used questionnaire as its instrument. Data was analyzed

quantitatively by using mean, frequency, percentage and statistic inferential such as

correlation. Research findings showed that mostly of the students are dominant

toward intrinsic motivation and state anxiety. Majority students exhibit good level of

academic achievement. Research findings also showed that (1) high level of intrinsic

motivation, extrinsic motivation and state anxiety, while moderate level for trait

anxiety (2) relationship between students’ CGPA before and current studying in

UTM was found moderate and significant, (3) relationship between intrinsic

motivation and extrinsic motivation with academic achievement is weak and very

weak and also not significant, (4) relationship between state anxiety and trait anxiety

with academic achievement is very weak and not significant. Suggestions of ways to

overcome anxiety among students were given in order to sustain the level of

motivation in learning.

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT

PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xiv

SENARAI RAJAH xvi

SENARAI SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xviii

BAB 1 PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan 1

1.2 Latar Belakang Kajian 4

1.3 Pernyataan Masalah 6

1.4 Objektif Kajian 7

1.5 Persoalan Kajian 8

1.6 Kepentingan Kajian 9

viii

1.6.1 Pelajar 9

1.6.2 Ibu bapa 9

1.6.3 Pensyarah 9

1.6.4 Penasihat Akademik 10

1.6.5 Pentadbir 10

1.7 Batasan Kajian 10

1.8 Defini Istilah 11

1.8.1 Motivasi 11

1.8.2 Motivasi Intrinsik 11

1.8.3 Motivasi Ekstrinsik 12

1.8.4 Kebimbangan 12

1.8.5 Kebimbangan Keadaan 12

1.8.6 Kebimbangan Tret 13

1.8.7 Tahap 13

1.8.8 Pelajar Tahun Dua Jurusan Kimia 13

1.8.9 Pencapaian akademik 13

1.9 Rumusan 14

BAB 2 SOROTAN KAJIAN

2.1 Pengenalan 15

2.2 Konsep Motivasi 16

2.3 Teori Motivasi 16

2.3.1 Teori Pengukuhan Kendiri 17

2.3.2 Teori Pencapaian 17

2.3.3 Attribution Theory 18

2.3.4 Expectancy Theory 19

2.4 Komponen Motivasi 19

2.4.1 Motivasi Intrinsik 19

2.4.2 Motivasi EKstrinsik 21

2.4.3 Ketidakinginan 21

2.5 Definisi dan Konsep Kebimbangan 22

2.6 Teori Kebimbangan 22

ix

2.6.1 Teori Kebimbangan Ujian 23

2.6.2 Teori Kebimbangan Keadaan-Stet 24

2.7 Komponen Kebimbangan 24

2.7.1 Kebimbangan Keadaan 25

2.7.2 Kebimbangan Tret 25

2.8 Faktor-faktor mempengaruhi pencapaian pelajar 26

2.9 Kajian-kajian lepas 27

2.10 Rumusan 30

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN

3.1 Pengenalan 31

3.2 Rekabentuk Kajian 32

3.3 Responden Kajian 32

3.4 Kajian Rintis 33

3.5 Prosedur Kajian 34

3.6 Instrumen Kajian 34

3.6.1 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen 36

3.7 Analisis Data 37

3.8 Rumusan 38

BAB 4 ANALISIS DATA

4.1 Pengenalan 39

4.2 Latar Belakang Responden 40

4.2.1 Taburan responden mengikut jantina 40

4.2.2 Taburan responden mengikut bangsa 40

4.2.3 Taburan responden mengikut proram 41

4.2.4 Taburan responden mengikut umur 41

4.2.5 Taburan responden mengikut cara Kemasukan

ke UTM 42

4.2.6 Taburan responden mengikut PNGK di UTM 42

x

4.2.7 Taburan responden mengikut PNGK sebelum

ke UTM 43

4.2.8 Taburan responden mengikut gred SPM 43

4.3 Tahap Motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik pelajar secara

keseluruhan dan mengikut cara kemasukan ke UTM 44

4.3.1 Tahap Motivasi Intrinsik pelajar secara

keseluruhan 44

4.3.1.1 Taburan Tahap Motivasi Intrinsik pelajar

secara keseluruhan 47

4.3.2 Tahap Motivasi Ekstrinsik pelajar secara

keseluruhan 48

4.3.2.1 Taburan Tahap Motivasi Ekstrinsik pelajar

secara keseluruhan 51

4.3.3 Tahap motivasi intrinsik pelajar mengikut

cara kemasukan ke UTM 51

4.3.4 Tahap motivasi ekstrinsik pelajar mengikut

cara kemasukan ke UTM 52

4.4 Tahap Kebimbangan keadaan dan kebimbangan tret

pelajar secara keseluruhan dan mengikut cara kemasukan

ke UTM 53

4.4.1 Tahap Kebimbangan Keadaan pelajar secara

keseluruhan 54

4.4.1.1 Taburan tahap kebimbangan keadaan pelajar

secara keseluruhan 54

4.4.2 Tahap Kebimbangan Tret pelajar secara

keseluruhan 57

4.4.2.1 Tahap kebimbangan tret pelajar

secara keseluruhan 60

4.4.3 Tahap kebimbangan keadaan pelajar mengikut

cara kemasukan ke UTM 61

4.4.4 Tahap kebimbangan tret pelajar mengikut

cara kemasukan ke UTM 62

xi

4.5 Analisis hubungan antara PNGK terkini dengan PNGK

sebelum ke UTM secara keseluruhan dan mengikut

cara kemasukan ke UTM 63

4.5.1 Hubungan antara PNGK terkini dengan PNGK

sebelum ke UTM secara keseluruhan 63

4.5.2 Hubungan antara PNGK pelajar sekarang dan

PNGK pelajar sebelum ke UTM mengikut

cara kemasukan 64

4.6 Analisis hubungan antara motivasi intrinsik dan

motivasi ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar 64

4.6.1 Hubungan antara motivasi intrinsik dan

pencapaian akademik pelajar 65

4.6.2 Hubungan antara motivasi ekstrinsik dan

pencapaian akademik pelajar 65

4.7 Hubungan antara kebimbangan keadaan dan

Kebimbangan tret dengan pencapaian akademik pelajar 66

4.7.1 Hubungan antara kebimbangan keadaan dan

pencapaian akademik pelajar 66

4.7.2 Hubungan antara kebimbangan tret dan

pencapaian akademik pelajar 66

4.8 Hubungan antara Motivasi iaitu motivasi intrinsik

dan motivasi ekstrinsik dengan Kebimbangan

keadaan dan kebimbangan tret pelajar 67

4.8.1 Hubungan antara motivasi intrinsik dan

kebimbangan keadaan 67

4.8.2 Hubungan antara motivasi intrinsik dan

kebimbangan tret 68

4.8.3 Hubungan antara motivasi ekstrinsik dan

kebimbangan keadaan 68

4.8.4 Hubungan antara motivasi ekstrinsik dan

kebimbangan tret 69

4.9 Rumusan 69

xii

BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1 Pengenalan 70

5.2 Perbincangan 70

5.2.1 Latar belakang responden 71

5.2.2 Tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik

pelajar secara keseluruhan dan mengikut cara

kemasukan ke UTM 73

5.2.3 Tahap kebimbangan keadaan dan kebimbangan

tret pelajar secara keseluruhan dan mengikut cara

kemasukan pelajar ke UTM 76

5.2.4 Hubungan antara PNGK terkini dengan

PNGK sebelum ke UTM secara keseluruhan dan

mengikut cara kemasukan ke UTM 78

5.2.5 Hubungan antara motivasi intrinsik dan motivasi

ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar 79

5.2.6 Hubungan antara kebimbangan keadaan dan

kebimbangan tret dengan pencapaian akademik

pelajar 80

5.2.7 Hubungan antara motivasi iaitu motivasi intrinsik

dan motivasi ekstrinsik dengan kebimbangan

iaitu kebimbangan keadaan dan kebimbangan

tret pelajar 81

5.3 Kesimpulan 82

5.4 Implikasi Kajian 83

5.4.1 Unit kaunseling dan perkhidmatan pelajar 84

5.4.2 Dorongan ibu bapa 84

5.4.3 Pelbagaikan program dan aktiviti pembagunan

diri pelajar 84

5.4.4 Motivasi dan usaha dari pensyarah 85

5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 85

5.6 Rumusan 86

xiii

RUJUKAN 87

LAMPIRAN A Borang Soal Selidik 93

LAMPIRAN B Pengesahan Borang Soal Selidik 99

LAMPIRAN C Statistik Pelajar Jurusan Kimia Tahun Dua

Fakulti Sains, UTM 101

LAMPIRAN D Surat Akuan Pelajar dari Uiversiti Teknologi Malaysia 102

LAMPIRAN E Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat 103

xiv

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT

1.1 Kategori pencapaian akademik 14

3.1 Jadual penentuan sampel dari jumlah populasi 33

3.2 Kaedah pemeringkatan skala Likert 35

3.3 Pengkelasan item soal selidik mengikut aspek

motivasi dan kebimbangan 35

3.4 Hubungan antara mitivasi dan kebimbangan dengan

pencapaian akademik 37

3.5 Tahap motivasi dan kebimbangan berdasarkan

skor min 38

3.6 Tahap pencapaian akademik (PNGK) 38

4.1 Kekerapan dan peratusan responden mengikut jantina 40

4.2 Kekerapan dan peratusan responden mengikut bangsa 40

4.3 Kekerapan dan peratusan responden mengikut program 41

4.4 Kekerapan dan peratusan responden mengikut umur 41

4.5 Kekerapan dan peratusan responden mengikut cara

kemasukan ke UTM 42

4.6 Kekerapan dan peratusan responden mengikut PNGK di

UTM 42

4.7 Kekerapan dan peratusan responden mengikut PNGK

Sebelum ke UTM 43

4.8 Kekerapan dan peratusan responden mengikut gred SPM 43

4.9 Kekerapan, peratusan dan min mengikut motivasi 45

intrinsik pelajar

xv

4.10 Kekerapan dan peratusan pelajar mengikut tahap motivasi

intrinsik 47

4.11 Kekerapan, peratusan dan min mengikut motivasi

ekstrinsik pelajar 48

4.12 Kekerapan dan peratusan pelajar mengikut tahap motivasi

ekstrinsik 51

4.13 Analisis tahap motivasi intrinsik pelajar mengikut skor min

bagi pelajar mengikut cara kemasukan ke UTM yang berbeza 51

4.14 Analisis tahap motivasi ekstrinsik pelajar mengikut skor min

bagi pelajar mengikut cara kemasukan ke UTM yang berbeza 52

4.15 Kekerapan, peratusan dan min mengikut kebimbangan keadaan

pelajar 54

4.16 Kekerapan dan peratusan pelajar mengikut tahap kebimbangan

keadaan 57

4.17 Kekerapan, peratusan dan min mengikut kebimbangan tret

pelajar 57

4.18 Kekerapan dan peratusan pelajar mengikut tahap kebimbangan

tret 60

4.19 Analisis tahap kebimbangan keadaan pelajar mengikut skor

min bagi pelajar dengan cara kemasukan ke UTM yang berbeza 61

4.20 Analisis tahap kebimbangan tret pelajar mengikut skor min

bagi pelajar dengan cara kemasukan ke UTM yang berbeza 62

4.21 Hubungan antara PNGK terkini dan PNGK sebelum ke UTM 63

4.22 Hubungan antara PNGK terkini dengan PNGK sebelum

ke UTM mengikut cara kemasukan Mara-Ekspress 64

4.23 Analisis korelasi antara motivasi intrinsik dan PNGK pelajar 65

4.24 Analisis korelasi antara motivasi ekstrinsik dan PNGK pelajar 65

4.25 Analisis korelasi antara kebimbangan keadaan dan PNGK

pelajar 66

4.26 Analisis korelasi antara kebimbangan tret dan PNGK pelajar 66

4.27 Hubungan antara motivasi intrinsik dan kebimbangan keadaan 67

4.28 Hubungan antara motivasi intrinsik dan kebimbangan tret 68

4.29 Hubungan antara motivasi ekstrinsik dan kebimbangan keadaan 68

4.30 Hubungan antara motivasi ekstrinsik dan kebimbangan tret 69

xvi

SENARAI RAJAH

NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT

2.1 Aspek Kebimbangan 25

3.1 Prosedur Kajian 34

xvii

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

IPTA – Institut Pengajian Tinggi Awam

IPTS – Institut Pengajian Tinggi Swasta

MSLQ – Motivated Strategies for Learning Questionnaires

PNGK – Purata Nilai Gred Kumulatif

SPM – Sijil Pelajaran Malaysia

SPSS – Statistical Package for the Social Science

SSA – Sarjana Muda Sains (Kimia)

SSC – Sarjana Muda Sains (Kimia Industri)

STAI – State-Trait Anxiety Inventory

STPM – Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia

UTM – Universiti Teknologi Malaysia

f – Kekerapan

p – Aras signifikan

r – Korelasi Pearson

% – Peratus

α – Nilai Alpha Cronbach

xviii

SENARAI LAMPIRAN

NO. LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

A Borang Soal Selidik 93

B Pengesahan Borang Soal Selidik 99

C Statistik Pelajar Jurusan Kimia Tahun Dua

Fakulti Sains, UTM 101

D Surat Akuan Pelajar dari Universiti Teknologi Malaysia 102

E Surat Memohon Kebenaran Mendapatkan Maklumat 103

2

Dalam sesuatu proses pembelajaran dan pengajaran, penerimaan ilmu

pengetahuan oleh pelajar dipengaruhi pelbagai faktor. Faktor motivasi mampu

mempengaruhi cara penerimaan pembelajaran. Individu yang bermotivasi tinggi,

akan bersemangat untuk belajar dan mudah mempelajari sesuatu. Sebaliknya, jika

individu selalu bimbang dan tidak berminat, pembelajaraan akan menjadi lemah.

Sebagai tambahan, salah satu matlamat dalam Kementerian Pengajian Tinggi adalah

untuk meningkatkan tahap motivasi pelajar untuk pembelajaran sepanjang hayat (Lin

et al., 2003).

Istilah motivasi berasal daripada perkataan Latin iaitu movere yang

bermaksud bergerak. motivasi bermaksud mendorong, mengarah tingkah laku

(Abdullah Hassan dan Ainon Mohd, 2002). Motivasi yang tinggi mendorong

individu untuk melakukan sesuatu pekerjaan bersungguh-sungguh. Motivasi tidak

dapat dilihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan individu untuk menampilkan

suatu tingkah laku ke arah pencapaian suatu tujuan. Motivasi juga didefinisikan

sebagai sesuatu yang menggerak dan mengarah tuju seseorang dalam tindakannya

sama ada secara negatif atau positif. Motivasi adalah pendorong tujuan atau motif

dan sama fungsinya dengan matlamat, wawasan, aspirasi, hasrat atau cita-cita yang

mendorong menggerakkan usaha bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang

dihajatkan. Jadi, wawasan, cita-cita, impian, keinginan atau keperluan seseorang itu

malah bagi sesebuah negara merupakan pendorong utama yang menggerakkan usaha

bersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang dihajatkan (sumber; Portal Soalan

Peperiksaan UPSR 5A 2010).

Motivasi dibahagikan kepada dua bahagian iaitu motivasi intrinsik dan

motivasi ekstrinsik (Deci dan Ryan, 1985). Motivasi intrinsik adalah motivasi

dalaman seseorang iaitu nilai diri atau kekuatan seseorang yang mendorong

melakukan sesuatu (Hasan, 2010). Motivasi intrinsik memberikan kepuasan kepada

pelajar dalam melakukan sesuatu. (Deci dan Ryan, 1985). Manakala motivasi

ekstrinsik adalah motivasi atau dorongan luaran seperti ganjaran yang mendorong

seseorang melakukan sesuatu dan hukuman yang dikenakan atas kegagalan

seseorang dalam sesuatu tugas (O’Donnell, Reeve dan Smith, 2005). Motivasi

ekstrinsik juga menujuk kepada motivasi yang dirangsang oleh ganjaran atau

3

hukuman yang diberikan berdasarkan kejayaan atau kegagalan seseorang individu

dalam sesuatu tugas.

Motivasi adalah sebagai pendorong manakala kebimbangan adalah sesuatu

yang bertentangan dengan motivasi. Kebimbangan adalah keadaan psikologi

perasaan takut yang berunsurkan kognitif, tubuh badan, emosi tidak tenang, dan

komponen tingkah laku. Perasaan ini sering berlaku tanpa ada sebab-sebab yang

pasti. Wigfield dan Meece (1988) menyatakan kebimbangan adalah perasaan tidak

senang, dan sering ditemani oleh simptom automatik seperti sakit kepala.

Spielberger (1983) mengenal pasti kebimbangan kepada dua jenis iaitu

kebimbangan keadaan (state) dan kebimbangan tret (trait). Kebimbangan keadaan

adalah bercirikan subjektif, merangkumi perasaan bimbang dan debar secara sedar

diikuti oleh rasa ragu-ragu yang dibangkitkan oleh sistem saraf. Kebimbangan ini

bersifat sementara dan berubah-ubah mengikut masa apabila menerima rangsangan

yang dirasakan membahayakan. Kebimbangan tret pula merujuk kepada

kecenderungan individu memberi respon (Spielberger, 1983). Ia juga merupakan

perbezaan personaliti individu apabila dirangsang ancaman. (Endler dan Kocovski,

1999).

Individu yang berlainan dengan cara belajar yang berbeza akan menghasilkan

pencapaian akademik yang juga berbeza. Archer et al., (1999) menyatakan

pencapaian adalah penyelesaian dan kecekapan yang diperolehi dalam sesuatu

kemahiran, pengetahuan atau kemajuan yang diperolehi secara semulajadi yang tidak

terlalu bergantung kepada kecerdasan akal fikiran.

Peralihan dari sekolah menengah ke peringkat pengajian yang lebih tinggi

adalah jarak yang jauh (Clark et al., 2010). Sebelum ke universiti, pelajar perlu

melalui peringkat diploma, STPM, matrikulasi, ekspress-mara atau peringkat yang

setaraf dengannya. Pelajar-pelajar dengan kelulusan yang berbeza ini mempunyai

tahap motivasi dan kebimbangan yang berbeza.

4

1.2 Latar Belakang Masalah

Motivasi mempengaruh seseorang untuk melakukan sesuatu. Motivasi

percaya bahawa ada sebab bagi setiap kelakuan manusia (Abdullah Hassan & Ainon

Mohd, 2002). Teori-teori motivasi seperti teori pembelajaran dan pengukuhan

menerangkan faktor yang mendorong individu mempelajari sesuatu. Dorongon dan

galakan adalah dari diri pelajar ataupun persekitaran. Kebimbangan dalam diri dan

persekitaran pelajar pula mengurangkan motivasi diri. Menurut kajian di Amerika

pada tahun 1990 sehingga 1992, peratusan pencapaian akademik pelajar semakin

menurun. Motivasi pelajar untuk belajar demi masa depan semakin menurun.

Keluarga juga dilihat sebagai sumber motivasi luaran yang tinggi berbanding guru-

guru di sekolah (Entwistle, 2001).

Kerajaan, guru, ibu bapa sangat bimbang terhadap pencapaian pelajar yang

kurang memuaskan (Patrick, 2007). Ramai pensyarah di institusi tinggi mengeluh

melihat pencapaian pelajar yang semakin menurun. Mereka berpendapat bahawa

kemungkinan besar faktor yang mempengaruhi ialah disebabkan motivasi dan

kebimbangan dalam diri pelajar. Sering dilihat, pelajar yang mengalami kegelisahan

dalam belajar adalah pelajar yang mempunyai masalah yang dibawa dari rumah. Ada

juga yang memang tidak berminat untuk belajar. Kegelisahan pelajar yang tinggi

mengurangkan motivasi dan minat pelajar dalam belajar. Tahap pencapaian akademik

juga banyak bergantung kepada usaha yang dilakukan, dan nilai-nilai serta sikap yang

diamalkan ketika belajar.

Pencapaian akademik digariskan sebagai isu yang kritikal di peringkat

universiti (Prima Vitasari et al., 2010). Pencapaian pelajar berkait rapat dengan tahap

motivasi pelajar itu sendiri (Azizi et al., 2005). Menurut Lin et al., (2003), pelajar

yang memiliki motivasi yang berbeza samada intrinsik atau ektrinsik mempunyai

pencapaian akademik berbeza. Pencapaian ini bergantung bergantung kepada usaha

berbanding kebolehan.

5

Menurut Hasan, 2010 motivasi menjadi peramal terhadap pencapaian pelajar.

Ini disokong oleh Prospero dan Gupta (2007) yang menyatakan dengan meiliki

motivasi intrinsik, ia meramalkan tahap kebimbangan yang rendah dan ini

menunjukkan peningkatan pada pencapaian akademik. Motivasi mempengaruhi

bagaimana dan mengapa individu mempelajari sesuatu sebagaimana pencapaian

mereka (Pintrich 2002). Kajian oleh McEwan dan Goldenberg, (1998) menunjukkan

bahawa motivasi akademik adalah kunci penentuan untuk pencapaian akademik

pelajar. Tambahan lagi, Kamariah et al., (2010) mendapati bahawa motivasi dan

tingkah laku adalah peramal yang baik bagi pencapaian pelajar.

Kebimbangan pelajar turut menyumbang kepada pencapaian pelajar.

Kebimbangan juga merupakan faktor dalam apa jua situasi yang memerlukan

individu untuk bertahan, fokus dan menerima. Kajian lepas oleh Endler dan

Kocovski (1997) menunjukkan pencapaian akademik pelajar merosot disebabkan

tahap kebimbangan tret-keadaan yang tinggi. Tahap kebimbangan ini berbeza

mengikut individu. Endler dan Kocovski (2001) menyatakan untuk melihat tahap

kebimbangan individu, kita hendaklah mengaitkan individu itu sendiri (kebimbangan

tret) dan persekitarannya (kebimbangan keadaan).

Menurut Akbas dan Kan (2007), motivasi dan kebimbangan adalah peramal

yang penting dalam pencapaian akademik. Ini disokong oleh Prospero dan Gupta

(2007) yang menyatakan motivasi intrinsik meramalkan tahap kebimbangan yang

rendah yang menunjukkan peningkatan pada pencapaian akademik. Kedua-dua aspek

ini menyumbang terhadap pencapaian akademik pelajar. Persoalannya, sejauh

manakah faktor motivasi dan kebimbangan ini menyumbang terhadap tahap

pencapaian akademik pelajar.

Dalam institusi pengajian tinggi, kemasukan pelajar adalah dari cara yang

berbeza iaitu dari Diploma, Matrikulasi, STPM dan Ekspress-Mara. Ini mungkin

mempengaruhi pencapaian pelajar ketika di institusi tinggi. Tidak dinafikan juga

bahawa pelajar yang berjaya memasuki intitusi pengajian tinggi mempunyai kognitif

yang berbeza. Tetapi sejauh manakah faktor ini mempengaruhi pencapaian pelajar?

6

Kemungkinan besar juga, pencapaian pelajar dipengaruhi oleh tahap motivasi dan

kebimbangan pelajar tersebut terhadap pembelajaran mereka. Tahap motivasi dan

kebimbangan ini mungkin berbeza ketika berada di institusi tinggi sebelumnya

dengan institusi tinggi sekarang. Zulkifli (2001) mendapati bahawa Penilaian

Pencapaian Pelajar Matrikulasi Universiti Utara Malaysia (UUM) sentiasa lebih

rendah berbanding prestasi para pelajar lepasan STPM terutama pelajar STPM yang

berketurunan Cina. Oleh itu kajian ini dijalankan untuk melihat sedikit pengaruh

motivasi dan kebimbangan terhadap pencapaian akademik pelajar yang memasuki

UTM melalui kelayakan yang berbeza iaitu STPM, Diploma, Express-Mara UTM,

Matrikulasi dan hubungannya dengan pencapaian mereka dalam pencapaian

akademik ketika belajar di UTM. Selain itu kajian ini fokus untuk mendapatkan

maklumat berkaitan motivasi dan kebimbangan secara umum pelajar tahun dua

jurusan kimia, fakulti sains, UTM.

1.3 Pernyataan Masalah

Masalah yang timbul ialah setiap pelajar menunjukkan perbezaan individu

yang amat nyata. Ada sesetengah pelajar yang tidak berminat untuk belajar dan ada

yang malas belajar. Kelemahan ini mungkin ada kaitan dengan kegagalan pelajar

mengambil kira berkaitan motivasi dan kebimbangan dalam diri mereka. Perbezaan

tahap motivasi dan kebimbangan adalah bergantung kepada individu itu sendiri.

Kajian-kajian lepas jelas menunjukkan bahawa motivasi dan kebimbangan

memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pencapaian pelajar. Lebih lagi

dalam institusi pengajian tinggi di mana subjek yang diajar adalah kebanyakannya

lanjutan dari subjek sebelumnya, maka dorongan dan galakan memang diperlukan.

Walaupun begitu, terdapat juga pelajar yang sering gelisah, tetapi boleh memperoleh

pencapaian yang bagus. Cara pembelajaran mungkin berlainan oleh orang yang

berlainan.

7

Ramai pelajar telah berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih

tinggi. Walaupun begitu, sering diperhatikan bahawa prestasi pelajar tersebut akan

berubah di dua tempat pengajian yang berbeza. Tidak semestinya pelajar lepasan

STPM akan mendapat keputusan yang kurang baik berbanding pelajar lepasan

Express-Mara. Memang diakui bahawa pelajar Express-mara adalah pelajar terpilih

berbanding STPM, namun tetapi tidak semestinya pencapaian mereka dipengaruhi

oleh faktor cara kemasukan tersebut. Tahap motivasi dan kebimbangan pelajar

mungkin menjadi faktor dalam pencapaian akademik mereka.

Sehubungan dengan itu, satu kajian perlu dijalankan untuk melihat tahap

motivasi dan kebimbangan pelajar Sarjana Muda Sains (Kimia), SSA dan Sarjana

Muda Sains (Kimia Industri), SSC di UTM dan hubungannya dengan pencapaian

akademik pelajar secara keseluruhan. Adakah hubungan antara motivasi dan

kebimbangan terhadap pencapaian akademik pelajar signifikan antara satu sama lain

atau tidak? Aspek lain yang turut diambil kira ialah cara kemasukan pelajar tersebut

ke UTM iaitu Diploma, Matrikulasi, STPM atau Ekpress-Mara UTM. Sejauh

manakah semua aspek ini menyumbang kepada pencapaian akademik pelajar ketika

berada di UTM?

1.4 Objektif Kajian

Berdasarkan kepada permasalahan yang dibincangkan, enam objektif telah

dikenalpasti bagi kajian ini iaitu:

i. Menentukan tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik pelajar secara

keseluruhan dan mengikut cara kemasukan ke UTM.

ii. Menentukan tahap kebimbangan keadaan dan kebimbangan tret pelajar secara

keseluruhan dan mengikut cara kemasukan ke UTM.

iii. Menentukan hubungan antara PNGK pelajar sebelum dan PNGK pelajar

ketika di UTM secara keseluruhan dan mengikut cara kemasukan ke UTM.

iv. Menentukan hubungan antara motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik

dengan pencapaian akademik pelajar.

8

v. Menentukan hubungan antara kebimbangan keadaan dan kebimbangan tret

dengan pencapaian akademik pelajar.

vi. Menentukan hubungan antara motivasi iaitu motivasi intrinsik dan motivasi

ekstrinsik dengan kebimbangan iaitu kebimbangan keadaan dan kebimbangan

tret pelajar .

1.5 Persoalan Kajian

Untuk mencapai objektif kajian, beberapa persoalan kajian dicadangkan. Persoalan

kajian ini merupakan jawapan bagi objektif yang dikaji:

i. Apakah tahap motivasi intrinsik dan motivasi ekstrinsik pelajar secara

keseluruhan dan mengikut cara kemasukan ke UTM?

ii. Apakah tahap kebimbangan keadaan dan kebimbangan tret pelajar secara

keseluruhan dan mengikut cara kemasukan ke UTM?

iii. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara PNGK pelajar sebelum dan

PNGK pelajar ketika di UTM secara keseluruhan dan mengikut cara

kemasukan?

iv. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara motivasi motivasi intrinsik

dan motivasi ekstrinsik dengan pencapaian akademik pelajar?

v. Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara kebimbangan keadaan dan

kebimbangan tret dengan pencapaian akademik pelajar?

vii. Adakah hubungan yang signifikan antara motivasi iaitu motivasi intrinsik dan

motivasi ekstrinsik dengan kebimbangan iaitu kebimbangan keadaan dan

kebimbangan tret pelajar .