konsep budaya

10
KONSEP BUDAYA Para guru memainkan peranan yang besar dalam memupuk kefahaman dan memberikan penghayatan kepada murid-murid tentang kepelbagaian budaya yang terdapat dalam kelompok masyarakat di Malaysia ini, supaya murid-murid lebih terarah dalam membina perpaduan antara berbilang bangsa dan agama demi menjamin keharmonian negara yang telah merdeka selama 57 tahun ini. Definisi budaya menurut kamus dewan edisi ke-3 membawa maksud tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi. Dalam konteks pendidikan pula, kepelbagaian budaya bukan sahaja dapat dilihat dari ras, etnik dan adat budaya masyarakat di Malaysia, ianya merangkumi skop yang lebih besar. Menurut Slavin (1997) perbezaan setiap individu terdapat dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Dengan kepelbagaian budaya ini akan memberi impak terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Natijahnya guru kini perlu merancang dengan bijak dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kemajuan murid- murid secara optimum. Dengan itu perkara seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid dan mengintegrasikan penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi. Disamping itu, dari sudut hak seorang murid di dalam bilik darjah guru tidak seharusnya mengamalkan sifat diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan dan tempat lahir yang berbeza antara setiap murid.

Upload: ahmad-fadhil-ramza

Post on 18-Nov-2015

23 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

konsep budaya

TRANSCRIPT

KONSEP BUDAYA

KONSEP BUDAYA

Para guru memainkan peranan yang besar dalam memupuk kefahaman dan memberikan penghayatan kepada murid-murid tentang kepelbagaian budaya yang terdapat dalam kelompok masyarakat di Malaysia ini, supaya murid-murid lebih terarah dalam membina perpaduan antara berbilang bangsa dan agama demi menjamin keharmonian negara yang telah merdeka selama 57 tahun ini.Definisi budaya menurut kamus dewan edisi ke-3 membawa maksud tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi. Dalam konteks pendidikan pula, kepelbagaian budaya bukan sahaja dapat dilihat dari ras, etnik dan adat budaya masyarakat di Malaysia, ianya merangkumi skop yang lebih besar. Menurut Slavin (1997) perbezaan setiap individu terdapat dalam konteks pengajaran dan pembelajaran. Beliau mengatakan kepelbagaian pelajar terdapat dalam tahap prestasi, kadar belajar, gaya kognitif, etnik, kelas sosial, bahasa, jantina, bakat dan minat. Dengan kepelbagaian budaya ini akan memberi impak terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Natijahnya guru kini perlu merancang dengan bijak dalam pengajaran dan pembelajaran bagi menjamin kemajuan murid-murid secara optimum. Dengan itu perkara seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid dan mengintegrasikan penggunaan Teknologi Maklumat Komunikasi.Disamping itu, dari sudut hak seorang murid di dalam bilik darjah guru tidak seharusnya mengamalkan sifat diskriminasi terhadap mana-mana warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan dan tempat lahir yang berbeza antara setiap murid. Justeru dapat kepelbaaian budaya dan kelompok masyarakat yang terdapat dalam negara Malaysia ini memerlukan usaha yang besar dari seorang pendidik demi memupuk semangat perpaduan di antara kelompok masyarakat di Malaysia ini.

anegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan atau tempat lahir(a) dalam pentadbiran mana-mana institusi pendidikan yang disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam, dan, khususnya, kemasukan murid-murid atau pelajar-pelajar atau pembayaran fi; atau(b) dalam memberikan bantuan kewangan daripada wang sesuatu pihak berkuasa awam bagi penyenggaraan atau pendidikan murid-murid atau pelajar-pelajar di mana-mana institusi pendidikan (sama ada disenggarakan oleh suatu pihak berkuasa awam atau tidak dan sama ada di dalam atau di luar Persekutuan).Petikan perlembagaan Malaysia

perkara pokok seperti perancangan pengajaran dan pembelajaran yang sesuai, spesifik dan relevan dengan objektif pembelajaran, persekitaran bilik darjah, masa yang diperuntukkan dan profil pelajar mengikut tahap kecerdasan.Dalam erti kata lain, elemen yang perlu dikuasai oleh setiap guru untuk menjadikan pengajarannya berkesan meliputi kesesuaian bahan pengajaran, sumber pembelajaran, penglibatan aktif murid, penilaian prestasi, pengukuran dan penambahbaikan. Selain itu guru perlu mahir dalam menguruskan bilik darjah dan mengintegrasikan TKM.

Kepelbagaian sosio-budaya di antara murid memberi implikasi secara langsung terhadap guru dan murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran.menyatakan budaya dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan).

Definisi:Budaya biasanya dikaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang ada dalam persekitaran manusia seperti kesenian, barangan, makanan, tarian dan sebagainya.

Budaya boleh dibahagikan kepada dua lapangan besar iaitu Budaya kebendaan Budaya bukan kebendaan

Budaya kebendaan ialah peralatan dan kelengkapan hidup seperti rumah, kereta, perahu, senjata dan sebagainya, Contohnya, orang Melayu mempunyai rumah yang berbeza dengan orang Inggeris atau orang EskimoBudaya bukan kebendaan ialah kepercayaan, adat istiadat dan undang-undang. Contohnya, setiap masyarakat mempunyai adat istiadat yang berbeza-beza dalam menjalani kehidupan seperti perkahwinan masyarakat Melayu yang mana pihak lelaki yang memberi hantaran kepada pihak perempuan manakala, bagi masyarakat India, hantaran(dowri) perkahwinan diberi oleh pihak perempuan kepada pihak lelaki.Dalam budaya Melayu, faktor agama paling penting kerana agamalah dasar tanggapan terhadap alam sekitar dari segi sosial dan fizikal. Bahasa juga penting sebagai alat komunikasi dan adat resam juga mustahak sebagai petunjuk jalan bagi seseorang dalam mengendalikan hidupnya bermasyarakat dan berbudaya.

Dua peranan utama bagi pembentukan sesuatu budaya Pertama, membina imej negara ke arah mewujudkan keperibadian dan identiti Kedua ialah pemupukan kesedaran kebangsaan dan kenegaraan berasaskan ciri-ciri kerohanian, kemanusiaan, spiritual dan mental.( Tamadun Melayu Dan Pembinaan Bangsa Melayu, 1992).

Kalau sesuatu kelompok manusia hidup dalam lingkungan yang dikenali sebagai budaya dan budaya ini memberikan identiti kepada kelompok itu dari segi cara ia mengendalikan hidupnya. Budaya turut diwarisi dari satu keturunan kepada satu keturunan yang lain. Dari itu, budaya boleh dikatakan sebagai satu himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan keadaan sekeliling.

Pendidikan dapat ditakrifkan sebagai satu proses perubahan tingkahlaku individu daripada tidak berpengetahuan dalam sesuatu perkara kepada memahami dan mengaplikannya dalam kehidupan seharian. Ianya juga membawa makna aktiviti perkembangan dan penyuburan pemikiran dimana meliputi pendidikan formal dan pendidikan bukan formal. Namun begitu semenjak dari penjajahan British ke atas Tanah Melayu dasar pendidikan yang diperkenalkan oleh British iaitu dasar pecah dan perintah telah mengakibatkan berlakunya ketaksamaan dalam pendidikan di negara ini walaupun setelah merdeka. Ketidaksamaan peluang dalam pendidikan pula bermaksud sekatan hak seseorang untuk mengembangkan potensinya. Konsep ketidaksamaan ditakrifkan sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok terhadap anggota atau kelompok etnik lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Diskriminasi ialah perbuatan membanding dan membezakan individu atau kelompok etnik lain berasaskan ciri-ciri etnik semata-mata. Oleh itu, Kepelbagaian kaum atau budaya kadang kala dilihat menjadi satu bentuk ketaksamaan peluang dalam pendidikan. Kepentingan pendidikan pelbagai budaya membantu dalam memahami budaya sesuatu kaum. Namun begitu masalah ketaksamaan peluang pendidikan di Malaysia masih memerlukan usaha yang lebih dan berterusan dalam menjamin pendidikan dapat diberi kepada semua rakyat.

Faktor-faktor yang mempengaruhi ketaksamaan peluang pendidikan

Kelas sosial

Kelas sosial ini berkaitan dengan kedudukan sesuatu kelompok masyarakat yang mempunyai kedudukan yang sama dari segi politik,kuasa, kekayaan, martabat dan pekerjaan. Oleh yang demikian, ekonomi yang dimiliki oleh golongan yang kaya dengan mudah dapat memnghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran di luar negara ke tahap yang lebih tinggi. Manakala ekonomi golongan berada kebiasaanya menjawat jawatan dari sektor awam sebagai pegawai tinggi ataupun berniaga sendiri. Selain itu, golongan miskin yang berada di pedalaman dan kampung-kampung akan mengalami kesukaran untuk menghantar anak-anak mereka untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat tinggi tanpa bantuan daripada pihak kerajaan dan kebiasaanya anak-anak golongan ini akan mewarisi pekerjaan tradisi keluarga daripada melanjutkan pelajaran dengan meninggalkan kampung halaman. Selain itu, kemudahan asas yang lengkap, keadaan tempat tinggal dan suasana persekitaran juga memberi impak kepada murid-murid untuk belajar. Misalannya keadaan di bandar yang memerlukan kos sara hidup yang tinggi ini telah membuka mata masyarakat di bandar betapa pentingnya pendidikan demi menjamin keselesaan hidup pada masa akan datang, dengan itu mereka akan berusaha sedaya upaya supaya anak-anak mereka mendapat pendidikan dan hasil yang cemerlang untuk ke peringkat yang lebih tinggi demi mendapat peluang kerjaya yang cerah pada masa akan datang. Ini berbeza pula dengan masyarakat di bahagian kampung-kampung yang mempunyai kekurangan dari segi infrastruktur di sekolah, masalah kewangan dan kekurangan guru untuk mengajar di kawasan-kawasan tersebut. Hal yang demikian mengakibatkan kurangnya daya penarik di kawasan-kawasan pedalaman dari aspek pendidikan kepada masyarakat kampung. Disamping itu, Terdapat jurang sekolah yang mengalami masalah kekurangan murid atau dipanggil Sekolah Kurang Murid (SKM), iaitu sekolah yang mempunyai murid kurang dari 250 orang. Hampir 90% SKM berada dalam keadaan daif dan menghadapi masalah kekurangan peruntukan, kemudahan dan guru terlatih. Norma perjawatan sedia ada tidak bersesuaian dengan keperluan SKM seperti tiada perjawatan guru pemulihan. Penempatan guru di SKM sukar dilakukan kerana kebanyakkanya berada jauh di pendalaman.

Jantina

Pemikiran ibu bapa dahulu dari pelbagai masyarakat percaya bahawa anak lelaki merupakan tulang blakang keluarga yang wajib mencapai kejayaan dalam kehidupan berbanding dengan anak perempuan. Bagi anak-anak perempuan pula, mereka diharapkan untuk tinggal di rumah bagi membantu membuat kerja rumah. Ibubapa juga kurang memberi sokongan untuk anak perempuan mereka melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi. Ibubapa beranggapan bahawa anak perampuan tidak perlu mendapat pendidikan yang tinggi kerana akhirnya mereka akan berumahtangga. Namun begitu, pada zaman kini itu semua telah berubah menurut Aminah Ahmad (2000), menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politenik. Mengikut kajian, kebanyakan ruang dan peluang untuk berjaya dimonopoli oleh golongan perempuan. Oleh itu, berdasarkan kajian dan penelitian murid perempuan dan lelaki masing-masing kini bebas untuk memilih mata pelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelakian.

Kumpulan minoriti

Kumpulan minoriti merupakan suatu kumpulan etnik dalam sesebuah masyarakat yang mempunyai jumlah ahli yang kecil. Jumlah ini sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan-kumpulan etnik yang lain. Faktor geografi mempengaruhi budaya sesebuah kumpulan seperti masyarakat pendalaman kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebaginya. Mereka hanya menerima pendidikan tidak formal sahaja melalui keturunan atau warisan daripada ibubapa mereka.Kumpulan minoriti yang boleh dikatakan bersifat negatif disekolah adalah yang sering suka ponteng kelas, ponteng sekolah, pembuli, suka merokok, budaya lepak, gengsterism dan lain-lain lagi. Walaupun mereka ini kumpulan minoriti tetapi tingkah laku mereka mampu menggangu keharmonian sekolah. Kumpulan minoriti yang bersifat positif pula adalah kumpulan ulat buku, suka mencari maklumat di internet, cenderung kepada keagamaan, menghias sekolah dan sebagainya.Kumpulan minoriti ini perlu diberi perhatian supaya mereka tidak terus tercicir dalam arus pendidikan. Perhatian juga harus diberikan agar kumpulan minoriti tidak akan terus mendominasi situasi dan terus dikhuatiri akan membentuk satu situasi yang membantutkan suasana pembelajaran di sekolah.

Kumpulan minoriti ini terbahagi kepada dua kelompok, iaitu kelompok pertama ialah dari kumpulan etnik dalam sesebuah masyrakat dimana kumpulan etnik ini mempunyai jumlah yang sangat kecil dan tidak mampu mempengaruhi kumpulan etnik yang lain. Mereka adalah kaum Asli, Kadazan, Murut dan sebagainya. Mereka ini tidak menerima pendidikan formal malah sebaliknya melalui keturunan ibu bapa mereka sahaja. Kelompok yang kedua ialah kumpulan minoriti di sekolah yang dikategorikan sebagai kumpulan yang bersifat negatif. Tingka laku mereka yang bermasalah boleh menggugat ketenteraman sekolah walaupun mereka dikategorikan sebagai kumpulan minoriti. Oleh yang demikian, pihak sekolah perlu menyediakan pelbagai alternatif lain supaya mereka ini tidak mengalami keciciran dalam proses pembelajaran di sekolah.