konsep bahasa

24
BAB 1 1.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengetahuan tentang konsep bahasa dan ciri-cirinya amat mustahak dalam kalangan guru khususnya guru bahasa. Pengetahuan tentang perkara ini membolehkan para guru menjana idea yang lebih kreatif dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga pengetahuan dalam bidang fonologi akan memudahkan para guru merancang pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa dengan lebih sempurna dan efektif. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini bertujuan untuk : 1.2.1. Menjelaskan konsep bahasa ; 1.2.2. Menjelaskan ciri-ciri sesuatu bahasa ; dan 1.2.3. Menjelaskan cara-cara penghasilan bunyi-bunyi vokal 1.3 Kaedah kajian Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk buku-buku dan bahan bukan buku seperti jurnal, majalah dan internet. 1.4 Batasan Kajian Kajian ini terbatas kepada pendefinisian bahasa dan ciri-ciri sesuatu bahasa yang digunakan oleh manusia untuk

Upload: adawiyah-ajos

Post on 27-Jun-2015

3.299 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

BAB 11.0 PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan Pengetahuan tentang konsep bahasa dan ciri-cirinya amat mustahak dalam kalangan guru khususnya guru bahasa. Pengetahuan tentang perkara ini membolehkan para guru menjana idea yang lebih kreatif dalam menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga pengetahuan dalam bidang fonologi akan memudahkan para guru merancang pengajaran dan pembelajaran kemahiran bahasa dengan lebih sempurna dan efektif. 1.2 Objektif Kajian Kajian ini

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep Bahasa

BAB 1

1.0PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Pengetahuan tentang konsep bahasa dan ciri-cirinya amat mustahak dalam

kalangan guru khususnya guru bahasa. Pengetahuan tentang perkara ini

membolehkan para guru menjana idea yang lebih kreatif dalam menjalankan proses

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah. Begitu juga pengetahuan dalam

bidang fonologi akan memudahkan para guru merancang pengajaran dan

pembelajaran kemahiran bahasa dengan lebih sempurna dan efektif.

1.2 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk :

1.2.1. Menjelaskan konsep bahasa ;

1.2.2. Menjelaskan ciri-ciri sesuatu bahasa ; dan

1.2.3. Menjelaskan cara-cara penghasilan bunyi-bunyi vokal

1.3 Kaedah kajian

Kajian ini menggunakan kaedah keperpustakaan iaitu dengan merujuk buku-buku

dan bahan bukan buku seperti jurnal, majalah dan internet.

1.4 Batasan Kajian

Kajian ini terbatas kepada pendefinisian bahasa dan ciri-ciri sesuatu bahasa yang

digunakan oleh manusia untuk berkomunikasi. Manakala bahagian bunyi-bunyi

vokal pula terbatas kepada bunyi vokal biasa dalam Bahasa Melayu baku.

Page 2: Konsep Bahasa

1.5 Definisi Konsep

1.5.1. Konsep Bahasa

Menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2003, p.1) , bahasa ialah

kebolehan semula jadi manusia yang berupa satu sistem simbol bunyi suara

yang arbitrari yang dipersetujui dan digunakan oleh sekelompok manusia

untuk berkomunikasi.

Dalam kajian ini konsep bahasa ialah pamparan enam definisi bahasa yang

dikemukakan tokoh-tokoh bahasa berlainan dan disertai dengan satu

kesimpulan.

1.5.2. Ciri-ciri Bahasa

Ciri-ciri bahasa ialah sifat-sifat khusus yang dimiliki dan membezakan antara

bahasa dan bukan bahasa.

Menurut Nik Hassan Basri Nik Abdul Kadir (2003, p.6) , bahasa mempunyai

sembilan ciri khusus iaitu ;

i. Bahasa mempunyai system

ii. Bahasa mengandungi symbol

iii. Bahasa terdiri daripada bunyi-bunyi

iv. Bahasa dilambangkan secara struktur

v. Bahasa bersifat arbitrary

vi. Bahasa ialah pertuturan

vii. Bahasa dipelajari dan bukan diwarisi

viii. Bahasa mempunyai makna

ix. Bahasa sebagai alat komunikasi

Bagi tujuan kajian ini, setiap satu ciri di atas akan dihuraikan secara terperinci.

Page 3: Konsep Bahasa

1.5.3. Bunyi-bunyi Vokal

Menurut Nik Safiah Karim dan Norliza Jamaluddin (2001, p.129) , bunyi-

bunyi vokal ialah bunyi-bunyi bahasa yang bersuara yang ketika

menghasilkannya udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan

rongga mulut tanpa mendapat sebarang getaran atau geseran.

Dalam kajian ini akan dijelaskan bagaimana bunyi-bunyi vokal itu terhasil

secara terperinci dan disertai dengan rajah-rajah yang sesuai.

BAB 2

2.0 KONSEP BAHASA

Bahasa telah didefinisikan dalam pelbagai cara mengikut sifat-sifat semula jadi

bahasa, peranan dan fungsinya.

2.1.1. Menurut Edward Sapir (1921) (dalam Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, p.52)

bahasa ialah “yang sering digunakan oleh manusia dan merupakan kaedah

yang digunakan untuk menyampaikan idea,perasaan dan keinginan melalui

bunyi- bunyi bahasa yang dituturkan”.

2.1.2. Menurut Bloch dan Trager (1942), (dalam Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, p.52) ,

Bahasa didefinisikan sebagai system lambing-lambang vokal yang

digunakan oleh manusia oleh berkomunikasi. Proses komunikasi bahasa

berlaku apabila adanya penutur dan juga pendengar.

2.1.3. Menurut G.Trager (1949), (dalam Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, pg. 52) ,

bahasa ialah satu sistem lambang vokal yang arbitrari dan bermakna yang

digunakan oleh anggota masyarakat untuk berhubung sebagai satu cara

mereka bersosialisasi.

2.1.4. Menurut Noam Chomsky (1957) (dalam Siti Hajar Abdul Aziz, 2008,p.52)

bahasa ialah set ayat,sama ada terbatas atau tidak dan setiap ayat yang

terbatas panjangnya dibina oleh satu set elemen yang terbatas juga.

Page 4: Konsep Bahasa

2.1.4. Menurut R.A. Hall (1964), (dalam Siti Hajar Abdul Aziz,2008, p. 52) , bahasa

merupakan institusi yang membolehkan manusia berkomunikasi dan

berhubung antara satu sama lain yang mengandungi makna dan dan

menggunakan lambang- lambang arbitrari lisan – pendengaran.

2.1.5. Menurut Michael Halliday (1973), (dalam Siti Hajar abdul Aziz, 2008, p.52) ,

bahasa ialah satu urutan kemungkinan dan pilihan tingkah laku yang

bersesuaian dengan individu sebagai manusia yang bersosialisasi.

BAB 3

3.0 CIRI-CIRI BAHASA

Bahasa-bahasa di dunia adalah berbeza antara satu sama lain, terutamanya dari

segi bunyi dan bentuk. Namun, pada hakikatnya bahasa mempunyai sifat dan ciri

sepunya yang dikongsi bersama.

Bahasa mempunyai ciri yang universal dan semua bahasa terdiri daripada

konsonan dan vokal. Gabungan daripada kedua-duanya akan menghasilkan bunyi-

bunyi yang bermakna. Set-set konsonan dan vokal bagi setiap bahasa boleh

bercantum dan menghasilkan ayat-ayat yang berbeza.

1) Bahasa sebagai satu sistem

Semua bahasa mempunyai cara atau kaedah untuk diujarkan atau dituliskan.

Manakala sistem pula bersifat berperaturan. Bahasa mempunyai susunan yang

tertentu dalam bentuk bunyi-bunyi perkataan , susunan perkataan, nahu atau

struktur sintaksis. Dalam bahasa, dengan mematuhi cara dan peraturan yang

terdapat dalam sesuatu sistem bahasa, semua percantuman unit dan struktur

dapat dilakukan dan memberikan makna yang sempurna.

Bahasa sebagai satu sistem juga bermaksud bentuk perkataan dan kedudukan

perkataan dengan perkataan yang lain dalam ayat adalah secara teratur. Hal ini

kerana bentuk dan kedudukan perkataan akan memberikan makna kepada

sesuatu bahasa.

Page 5: Konsep Bahasa

2) Bahasa sebagai satu simbol

Bahasa merupakan simbol isyarat bersuara antara penutur dan pendengar.

Simbol digunakan untuk merujuk kepada perkataan-perkataan atau ungkapan-

ungkapan yang membentuk simbol tersebut. Dalam proses komunikasi, semua

isyarat dihantar melalui saluran komunikasi yang tertentu.

Sebagai contoh, di Negara Malaysia, bahasa Melayu telah dipilih untuk mewakili

semua kelompok penutur bahasa yang terdapat di negara ini. Bahasa tersebut

mudah difahami oleh semua pihak dan dapat menyatukan semua kaum dan

bangsa yang ada di Malaysia.

3) Bahasa sebagai alat komunikasi

Melalui komunikasi, manusia dapat menyampaikan pandangan kepada orang

lain dan juga dapat mewarisi serta mempelajari semua yang diperoleh daripada

individu terdahulu.

Sebagai satu alat komunikasi, bahasa boleh berlaku dengan dua cara iaitu

secara lisan atau tulisan. Dalam bahasa, ciri-ciri konteks komunikasi yang terdiri

daripada penutur, pendengar, topik pembicaraan, latar belakang dan tujuan

komunikasi perlulah dititikberatkan.

Selain itu, bahasa juga melibatkan dua perkara, iaitu jarak tempat dan jarak

masa. Dengan kecanggihan teknologi pada hari ini, manusia masih mampu

untuk berkomunikasi walaupun penutur dan pendengar tidak berhadapan antara

satu sama lain. Dari segi jarak masa pula, seseorang dapat merakam pertuturan

atau menuliskannya di dalam buku untuk pengetahuan generasi yang

terkemudian daripadanya.

4) Bahasa bersifat arbitrari

Bahasa bersifat arbitrari bermaksud bunyi-bunyi bahasa yang dilafazkan tidak

semestinya berkaitan dengan benda-benda yang dimaksudkan. Oleh sebab itu,

semua bahasa di dunia mempunyai perkataan yang berlainan bagi merujuk

kepada benda yang sama. Makna juga bersifat arbitrari kerana makna sukar

dikenal pasti hanya dengan melihat bentuk simbol tersebut.

Page 6: Konsep Bahasa

5) Bahasa bersifat unik

Bahasa bersifat unik bermaksud setiap bahasa mempunyai bentuk dan struktur

tertentu. Walau bagaimanapun, semua bahasa mempunyai huraian yang

tersendiri dari segi tatabahasa dan tidak dapat diseragamkan untuk bahasa yang

berbeza-beza.

Bahasa tidak boleh diwarisi tetapi dipelajari secara tidak langsung daripada ibu

bapa, keluarga dan masyarakat sekeliling kita.

Sebagai contoh, jika seorang bayi Cina dilahirkan dan dibesarkan oleh keluarga

berbangsa Melayu, maka bahasa yang diperolehnya adalah bahasa Melayu

bukan bahasa Cina.

6) Bahasa bersifat sejagat

Sesuatu bahasa bebas dipelajari dan dituturkan oleh sesiapa sahaja kerana

setiap bahasa itu bersifat sejagat atau universal. Sebagai contoh, bahasa

Melayu tidak khusus terhadap bangsa Melayu sahaja, tetapi bangsa lain seperti

Cina dan India juga bebas untuk mempelajari dan menuturkannya kerana

bahasa menjadi milik bersama.

7) Bahasa bersifat dinamis

Sesuatu bahasa itu berpontensi untuk berkembang, membuat penyesuaian serta

menerbitkan pembaharuan dan kemajuan selagi berlakunya komunikasi antara

satu sama lain. Pertembungan kebudayaan akan menyebabkan pertambahan

dan pengayaan perbendaharaan kata sesuatu bahasa. Namun, struktur dan

tatabahasa sesuatu bahasa lazimnya tidak akan berubah.

8) Bahasa bersifat bervariasi

Bahasa bersifat bervariasi bermaksud satu-satu bahasa itu mempunyai

kepelbagaian tersendiri seperti cara dan gaya mengajarkannya, istilah-istilah

khusus yang digunakan, struktur sintaksis, pelbagai dialek dan juga laras bahasa

yang digunakan.

Page 7: Konsep Bahasa

BAB 4

4.0 CARA-CARA MEMBUNYIKAN VOKAL BAHASA MELAYU

4.1 Bunyi Vokal

Bunyi vokal ialah bunyi bersuara yang dihasilkan dengan tidak melibatkan

sebarang sekatan pengaliran udara. Semasa menghasilkannya, udara dari paru-

paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa

sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menimbulkan bunyi-bunyi geseran.

Pita suara merupakan alat yang penting sekali dalam penghasilan bunyi. Alat

artikulasi yang turut terlibat secara langsung dalam penghasilan bunyi vokal ialah

lidah, bibir dan lelangit lembut.

Secara keseluruhannya, terdapat lapan bunyi vokal dalam bahasa Melayu, tetapi

hanya enam sahaja yang biasanya berlaku dalam pertuturan bahasa Melayu

standard.

Danial Jones (1956, dalam Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar) , telah

memperkenalkan diagram vokal kardial untuk memudahkan gambaran tentang

kedudukan bunyi-bunyi vokal.

RAJAH 1.0 Kedudukan Vokal dalam Bahasa Melayu

Page 8: Konsep Bahasa

Rajah 1.0 merupakan keratan rentas lidah manusia yang terbahagi kepada tiga

bahagian iaitu bahagian sebelah kiri dinamakan bahagian hadapan lidah, manakala

bahagian di sebelah kanan dinamakan bahagian belakang lidah dan di tengah

dinamakan bahagian tengah lidah. Garis yang melintang merupakan gambaran

ketinggian lidah dinaikkan. Bunyi vokal dibezakan mengikut tinggi atau rendah lidah

diangkat.

Selain itu, bibir juga memainkan peranan penting dalam menghasilkan bunyi vokal.

Rajah di bawah menunjukkan gambaran tentang keadaan bibir semasa menghasilkan

setiap bunyi vokal.

RAJAH 1.1 Keadaan bibir dalam penghasilan vokal

Page 9: Konsep Bahasa

4.2 Cara membunyikan setiap vokal

4.2.1. Vokal depan

Vokal depan ialah bunyi [i], [e], [ε] dan [a]. Lidah dan saiz rongga mulut dan

bentuk bibir merupakan alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan

bunyi ini. Manakala lelangit keras merupakan daerah artikulasi yang

terlibat.

a) Vokal depan sempit [i]

Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan setinggi mungkin

ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Bagi

menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil

menggetarkan pita suara.

Contoh penggunaan vokal [i] :

Awal Tengah Akhir

Ikan [ikan] Bila [bila] Tali [tali]

Page 10: Konsep Bahasa

Iman [iman] Sila [sila] Padi [padi]

b) Vokal depan separuh sempit [e]

Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke

arah gusi. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut

dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara keluar melalui

rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

Contoh penggunaan vokal [e] :

Awal Tengah Akhir

Ekor [ekor] Sepet [sepet] Sate [sate]

Elok [eloʡ] Leher [leher] Kole [kole]

Page 11: Konsep Bahasa

c) Vokal depan separuh luas / lapang [ε]

Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah dinaikkan separuh rendah

ke arah gusi. Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut

dinaikkan supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara keluar melalui

rongga mulut sambil menggetarkan pita suara.

Contoh penggunaan vokal [ε] :

Awal Tengah Akhir

Enak [εnaʡ] Belok [bεloʡ] Tempe [tempε]

Esa [εsa] Belek [bεlεʡ] Tauge [taugε]

Page 12: Konsep Bahasa

d) Vokal depan luas / lapang [a]

Bibir berada dalam keadaan terhampar. Depan lidah diturunkan serendah mungkin.

Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil

menggetarkan pita suara.

Contoh penggunaan vokal [a] :

Awal Tengah Akhir

Aku [aku] Saya [saya] Kita [kita]

Anak [anaʡ] Hati [hati] Bila [bila]

Page 13: Konsep Bahasa

4.2.2. Vokal Belakang

Vokal belakang ialah bunyi [u], [o] dan [ɔ]. Lidah dan lelangit lembut

merupakan alat artikulasi yang terlibat dalam menghasilkan bunyi ini.

Manakala rongga mulut dan saiz bukaan mulut menentukan kadar bukaan

luas. Daerah artikulasi yang terlibat pula ialah lelangit keras.

a) Vokal belakang sempit [u]

Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin

ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. . Bagi

menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil

menggetarkan pita suara.

Contoh penggunaan vokal [u] :

Awal Tengah Akhir

Ulat [ulat] Bulat [bulat] Dadu [dadu]

Ulam [ulam] Sulam [sulam] Batu [batu]

Page 14: Konsep Bahasa

b) Vokal belakang separuh sempit [o]

c) Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke

arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. . Bagi

menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara

tidak keluar melalui rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil

menggetarkan pita suara.

Contoh penggunaan vokal [o] :

Awal Tengah Akhir

Ombak [ombaʡ] Sorak [soraʡ] Soto [soto]

Obor [obor] Bola [bola] Koko [koko]

Page 15: Konsep Bahasa

d) vokal belakang separuh luas / lapang [ɔ]

Bibir berada dalam keadaan bundar. Belakang lidah dinaikkan separuh rendah.

Bagi menutup rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya

udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut

sambil menggetarkan pita suara.

Contoh penggunaan vokal [ɔ] :

Awal Tengah Akhir

Oleh [olɔh] Bolot [bɔlɔt] Soto [sɔtɔ]

Orang [ɔraŋ] Botak [bɔtaʡ] Teko [tekɔ]

Page 16: Konsep Bahasa

4.2.3. Vokal tengah

Vokal depan ialah bunyi [ə].

Bibir berada dalam keadaan hampar dengan bundar. Tengah lidah dinaikkan ke

arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Bagi menutup

rongga hidung, anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan supaya udara tidak

keluar melalui rongga hidung. Udara keluar melalui rongga mulut sambil

menggetarkan pita suara.

Contoh penggunaan vokal [ə] :

Awal Tengah

Emak [əmaʡ] Lelah [ləlah]

Empat [əmpat] Tenat [tənat]

Page 17: Konsep Bahasa

5.0 KESIMPULAN

Berdasarkan penjelasan yang diberikan, definisi bahasa yang diberikan oleh ahli-

ahli bahasa tidaklah muktamad. Hal ini bermakna definisi baharu bagi bahasa boleh

sahaja terhasil mengikut keperluan dan fungsi bahasa pada sesuatu zaman itu.

Dari segi ciri bahasa yang disenaraikan, kita dapat simpulkan bahawa bahasa

mempunyai sifat semula jadi dan universal. Ciri-ciri ini tidak khusus bagi bahasa Melayu

sahaja tetapi juga bagi semua bahasa di dunia. Sebagai contoh, ciri bahasa sebagai

alat komunikasi memang terdapat pada semua bahasa di dunia ini kerana ia

merupakan asas kepada kewujudan bahasa itu sendiri.

Menurut Asmah Hj Omar (1986), (dalam Siti Hajar Abdul Aziz, 2008, p. 99) , bahasa

merupakan alat yang digunakan oleh manusia untuk berhubung dengan manusia yang

lain. Alat artikulasi boleh menghasilkan bunyi dan setiap satunya mempunyai

kedudukan dan fungsi yang berbeza dalam menghasilkan bunyi.

Vokal terbahagi kepada tiga jenis iaitu vokal depan, belakang dan juga tengah yang

dapat menghasilkan bunyi-bunyi yang tersendiri. Bunyi vokal merupakan bunyi-bunyi

bahasa dan bunyi-bunyi bersuara. Bunyi-bunyi bersuara ini mempunyai kaitan dengan

keadaan pita suara (glotis). Jika keadaan pita suara tertutup rapat sewaktu udara keluar

melaluinya, maka berlakulah getaran pada pita suara dan bunyi yang terhasil ialah

bunyi bersuara.

Page 18: Konsep Bahasa

RUJUKAN

Siti Hajar Abdul Aziz, 2008. Bahasa Melayu 1, Selangor : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Indirawati Zahid dan Mardian Shah Omar, 2006. Fonetik dan fonologi, Kuala Lumpur :

PTS Professional.

2002, Sistem Bunyi Bahasa Melayu dalam

http://www.tutor.com.my/tutor/arkib2002.asp?

e=STPM&s=BM&b=SEP&m=4&t=&r=m&i=NOTA (12/09/2009)

2009, Sistem Fonologi dalam

http://ms.wikipedia.org/wiki/Bahasa_Melayu (12/09/2009)