konsep 5p

22
1.0 PENDAHULUAN Kemahiran berbahasa merupakan aspek yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Keperluan terhadap kemahiran literasi dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu seharusnya selari dengan perkembangan dan kehendak kemahiran literasi dalam era masa kini. Lima aspek yang penting dalam kemahiran literasi, iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir memerlukansuntikan yang baru bagi menghasilkan generasi muda yang berketerampilan dalam penguasaan bahasa (Mahzan Arshad, 2003). Bersesuaian dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat, pengajaran Bahasa Melayu perlu difokuskan kepada penggunaan peralatan komputer dan teknologi komunikasi bagi mendapatkan maklumat sama ada dengan melayari laman web yang bersesuaian atau menerusi pesanan ringkas elektronik. Pelajar juga diharapkan dapat menghasilkan bahan penulisan menggunakan pelbagai perisian sama ada bagi pemprosesan perkataan dalam Bahasa Melayu dan dapat menggunakan ciri-ciri perisian tersebut bagi membantunya membina ayat dan menggunakan perkataan atau istilah yang tepat ataupun dapat menggunakan perisian yang bercorak penyelidikan. Pedagogi bilik darjah Bahasa Melayu alaf baru perlu akan guru yang mahir menggunakan peralatan komputer, perisian komputer yang bersesuaian sebagai bahan pengajaran, malah mungkin sampai peringkat guru dapat

Upload: fara-ara

Post on 06-Sep-2015

338 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

konsep 5p

TRANSCRIPT

1.0 PENDAHULUAN

Kemahiran berbahasa merupakan aspek yang penting di dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Keperluanterhadap kemahiran literasi dalam pengajaran bahasa dan kesusasteraan Melayu seharusnya selari dengan perkembangan dan kehendak kemahiran literasi dalam era masa kini. Lima aspek yang penting dalam kemahiran literasi, iaitu mendengar, bertutur, membaca, menulis dan berfikir memerlukansuntikan yang baru bagi menghasilkan generasi muda yang berketerampilan dalam penguasaan bahasa (Mahzan Arshad, 2003).

Bersesuaian dengan perkembangan pesat dalam bidang teknologi maklumat, pengajaran Bahasa Melayu perlu difokuskan kepada penggunaan peralatan komputer dan teknologi komunikasi bagi mendapatkan maklumat sama ada dengan melayari laman web yang bersesuaian atau menerusi pesanan ringkas elektronik. Pelajar juga diharapkan dapat menghasilkan bahan penulisan menggunakan pelbagai perisian sama ada bagi pemprosesan perkataan dalam Bahasa Melayu dan dapat menggunakan ciri-ciri perisian tersebut bagi membantunya membina ayat dan menggunakan perkataan atau istilah yang tepat ataupun dapat menggunakan perisian yang bercorak penyelidikan. Pedagogi bilik darjah Bahasa Melayu alaf baru perlu akan guru yang mahir menggunakan peralatan komputer, perisian komputer yang bersesuaian sebagai bahan pengajaran, malah mungkin sampai peringkat guru dapat membina bahan dan perisian komputer sendiri dalam pengajaran bahasa dan sastera Melayu. Guru Bahasa Melayu juga perlu membimbing pelajarnya menggunakan e-mel dan e-dagang dalam berkomunikasi secara lebih pantas dan mudah menerusi ruang siber dan peralatan multimedia. Kemahiran tersebutlah yang perlu dikuasai oleh guru Bahasa Melayu, dan latihan perguruan harus memberikan pendedahan awal kepada bakal guru supaya dapat menggunakan peralatan tersebut dengan berkesan.Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KSSR. Konsep ini merupakan aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran kerana melalui proses ini pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam ransangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh serta mengelakkan kebosanan dalam kalangan murid. Konsep 5P terdiri daripada proses penggabungjalinan kemahiran, penyerapan pengetahuan, penerapan nilai murni, pemulihan dan juga pengayaan.2.0 KONSEP 5P Strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu menekankan konsep 5P iaitu penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Ini selaras dengan usaha memenuhi konsep bersepadu dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Konsep 5P merupakan asas dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam KBSR. Melalui proses 5P, pelajar dapat menyesuaikan maklumat dalam rangsangan serta menghasilkan satu pelajaran yang bersepadu dan menyeluruh sekali gus akan mengelakkan pelajar daripada berasa bosan sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) dijalankan.Konsep 5P adalah singkatan bagi elemen penggabungjalinan, penyerapan, pengayaan, pemulihan dan penilaian. Kelima lima elemen adalah sangat penting dan amat di tekankan penggunaannya di dalam strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Setiap elemen ini penting untuk membantu guru merangka strategi pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang efektif dan menyeronokkan. Di dalam sukatan pengajaran Bahasa Melayu, konsep 5P digunakan bermula dari Tahun 1 sehingga Tahun 6. Ini adalah untuk memudahkan para guru di dalam melaksanakan tugas dan juga memastikan murid murid terus bertambah mahir dan sekaligus menguasai mata pelajaran Bahasa Melayu dengan lebih mendalam.2.1Penggabungjalinan

Penggabungjalinan dalam pengajaran guru adalah bertujuan untuk mengelakkan guru daripada mengajar sesuatu kemahiran bahasa dengan memecahkan atau mengasingkan bahagian-bahagian yang berkait rapat. Konsep ini bertujuan memperkukuh satu aspek kemahiran bahasa dengan yang lain dan menjadikan pengajaran lebih berkesan. Melalui proses penggabungjalinan juga, beberapa kemahiran dapat dikuasai serentak, hal ini mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih bermakna dan menarik serta menjadikan murid-murid tidak cepat bosan dan jemu.

Penggabungjalinan membantu guru memastikan murid menguasai beberapa kemahiran secara serentak. Secara tidak langsung ini juga membolehkan guru untuk menjadikan aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran lebih menarik dan mewujudkan suasana pembelajaran yang lebih berkesan. Melalui penggabungjalinan juga, guru boleh mewujudkan lebih banyak lagi aktiviti dan melibatkan lebih ramai pelajar. Penggabungjalinan di dalam Bahasa Melayu mempunyai pelbagai bentuk,antaranya adalah pengabungjalinan sekurang- kurangnya dua kemahiran bahasa melayu sendiri atau dengan kemahiran mata pelajaran yang lain. Contohnya adalah membaca kuat teks dan seterusnya menulis isi isi penting yang terkandung di dalam teks tersebut.

Menurut Abdul Aziz Abd Talib (2000: 262), penggabungjalinan dalam bahasa bermakna guru menggabungjalinkan sesuatu kemahiran bahasa itu dengan satu lagi kemahiran bahasa.Kamus Dewan (2002:358), penggabungjalinan bermaksud perbuatan menggabungjalinkan iaitu mencantumkan dan menjalinkan.Strategi penggabungjalinan dibahagikan kepada tiga bentuk iaitu penggabungjalinan kemahiran, bahan dan aktiviti (Kamarudin Haji Husin, 1990). Di dalam bentuk penggabungjalinan kemahiran, terdapat dua jenis gabungjalin, iaitu penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran dan penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa matapelajaran ke dalam satu pelajaran.Bagi penggabungjalinan kemahiran dalam satu mata pelajaran, guru boleh menggabungkan semua atau beberapa kemahiran bahasa ke dalam satu pengajaran. Guru harus memastikan aktiviti pengajaran saling berkait rapat dan berjalan dengan lancar (Suradi Salim, 1980).Bagi penggabungjalinan kemahiran daripada beberapa mata pelajaran ke dalam satu pelajaran pula, contohnya seperti dalam satu pelajaran bahasa, kemahiran bahasa digabungjalinkan dengan kemahiran pendidikan seni dan muzik. Kemahiran bahasa menjadi kemahiran fokus, manakala kemahiran pendidikan seni dan muzik, menjadi kemahiran sampingan.2.2Penyerapan

Penyerapan pula adalah bertujuan untuk memenuhi elemen Pengisian Kurikulum di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Penyerapan adalah proses di mana ilmu,nilai,kewarganegaraan,peraturan sosiobudaya dan kemahiran bernilai tambah di serapkan di dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Bentuk penyerapan adalah seperti penyerapan isi mata pelajaran lain ke dalam mata pelajaran Bahasa Melayu,penyerapan nilai nilai murni dan semangat kewarganegaraan masyarakat Malaysia yang berlandaskan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan dan yang terakhir sekali penyerapan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir,kemahiran belajar cara belajar,kajian masa depan,kemahiran teknologi dan komunikasi,kecerdasan pelbagai,konstruktivisme, dan kontekstual. Penyerapan di lakukan secara terancang oleh guru dan diserap oleh murid murid secara tidak langsung semasa sesi pengajaran dan pembelajaran. Contoh penyerapan adalah seperti semasa aktiviti membaca teks mengenai anatomi serangga , guru pasti akan meletakkan beberapa istilah sains ke dalam teks tersebut untuk di serapkan ke dalam minda pelajar.Penyerapan merupakan proses penyebatian dan menyatupadukan pengetahuan atau unsur pengetahuan daripada satu mata pelajaran lain sebagai isi pelajaran bagi sesuatu mata pelajaran yang diajar. Dalam pengajaran Bahasa Melayu, unsur ilmu, nilai, dan kemahiran bernilai tambah seperti kemahiran berfikir, kemahiran belajar, dan kajian masa depan boleh diserapkan. Saedah Yunus (1992), mengatakan bahawa dalam pengajaran dan pembelajaran biasanya guru akan menyampaikan ilmu secara berasingan dan murid biasanya belajar mengingati butiran yang diajar. Pembelajaran tentang ilmu akan lebih bermakna jika disampaikan sebagai isi pelajaran kepada kemahiran-kemahiran tertentu. Oleh itu, murid bukan sekadar menghafal tetapi menerima isi pelajaran dalam konteks. Dalam program KSSR, penyerapan boleh dilihat dalam dua aspek utama, iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi. Aspek pembelajaran dapat membantu murid untuk membentuk sikap ingin menambah dan memperluaskan pengetahuan, memupuk corak pemikiran yang terbuka dan sentiasa ingin tahu, membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif dan positif, meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang mereka minati, dan menambahkan kefahaman serta kemahiran untuk mematuhi arahan dan peraturan melalui aktiviti yang dijalankan. Melalui aspek komunikasi pula, penyerapan dapat dijalankan dengan membantu penguasaan pengetahuan tentang penggunaan kosa kata, tatabahasa, pemilihan laras bahasa, kegunaan intonasi dan perlakuan bukan bahasa lain mengikut konteks, menguasai dan mengamalkan tingkah laku yang sesuai dan diterima oleh rakan sebaya dan masyarakat, dan memahami dan menerima serta mengamalkan aspek-aspek nilai yang sesuai untuk perkembangan diri.Menurut Ab. Rahman Ab. Rash dan rakan-rakannya (1997), rasional penyerapan dilihat menerusi dua aspek pendidikan iaitu aspek pembelajaran dan aspek komunikasi. Melalui aspek pembelajaran, proses ini membantu murid menambahkan kefahaman dan kemahiran, dengan mematuhi arahan dan peraturan. Guru juga dapat membentuk sikap ingin menambah ilmu pengetahuan serta meluaskan ruang untuk meneroka bidang ilmu yang diminati. Corak pemikiran yang terbuka dan rasa ingin tahu juga dapat dipupuk dalam diri pelajar. Seterusnya, guru dapat membentuk pemikiran yang rasional, logik, objektif dan positif kepada murid.Menerusi aspek komunikasi, guru dapat membantu murid dalam menguasai pengetahuan mengenai penggunaan perbendaharaan kata, pemilihan laras bahasa, tatabahasa, penggunaan intonasi yang sesuai dan perlakuan bukan bahasa yang lain mengikut konteks. Hal ini selaras dengan objektif dan matlamat sukatan pelajaran yang digubalkan. Murid akan memahami serta mengamalkan aspek nilai dan tingkah laku yang sesuai demi memperkembangkan diri serta memastikan mereka diterima rakan sebaya dan masyarakat.

Ciri-ciri bagi penyerapan ialah :1. Proses menyerapkan pelbagai bidang ilmu, nilai dan kemahiran bernilai tambah dalam P&P bahasa Melayu

2. Penyerapan kemahiran bernilai tambah

3. Peyerapan kemahiran berfikir secara kreatif dan kritis

4. Penyerapan semangat patriotisme dan nilai murni dalam P&P2.3Pengayaan

Chong Lean Keow (2008), mengatakan bahawa penggayaan ialah aktiviti pengajaran dan pembelajaran tambahan dan pelbagai bertujuan untuk meningkatkan ilmu, kemahiran dan pengalaman murid. Beliau juga berpendapat bahawa pengayaan merangkumi latihan dan aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang terancang dan bersifat lebih mencabar. Menurut Ee Ah Meng (1990) pula, program penggayaan merupakan suatu program pembelajaran yang dibentuk untuk murid-murid memperolehi pelbagai pengalaman serta pengetahuan berdasarkan aktiviti yang dirancang adalah sejajar dengan kebolehan mereka. Aktiviti penggayaaan hendaklah disediakan untuk semua jenis murid iaitu murid cergas, sederhana dan lambat. Jenis aktiviti ini hanya dijalankan setelah murid-murid menguasai satu-satu kemahiran asas. Aktiviti penggayaan akan memperdalami pengetahuan serta meluaskan pengalaman murid- murid.

Pengayaan pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan murid yang mempunyai tahap kemampuan yang memuaskan dan telah menguasai kemahiran asas di dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Aktiviti pengayaan boleh di lakukan sama ada di luar atau di dalam kelas. Aktiviti pengayaan juga mengandungi unsur unsur seperti meluaskan dan memperkukuhkan ilmu pengetahuan, pengalaman dan kemahiran yang sedang di pelajari. Aktiviti pengayaan adalah berbentuk bebas untuk memberi peluang kepada pelajar untuk memperkembangkan minat,kreativiti,sikap ingin tahu,sikap berdikari,bakat kepimpinan serta melatih murid membuat keputusan untuk diri,masyarakat dan kumpulan. Contoh aktiviti pengayaan adalah murid di minta menulis sebuah cerita dengan menggunakan perkataan perkataan yang di sediakan.Pengayaan mempunyai beberapa objektif. Antara objektif bagi pengayaan adalah seperti berikut :

I. Menggunakan kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluas pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran tertentu.

II. Melakukan kegiatan pembelajaran yang menarik dan mencabar kebolehan mereka.

III. Melahirkan daya cipta melalui pemikiran dan kegiatan serta kebolehan untuk menilai sesuatu hasil kerja sendiri.

IV. Meminati dan menguasai bacaan luas dengan membuat rujukan terhadap pelbagai bahan dan sumber pengetahuan.

V. Berminat untuk belajar sendiri dan berdikari untuk membolehkan mereka meneruskan pembelajaran seumur hidup.

Rasional strategi penggayaan ialah murid-murid didedahkan kepada pengalaman pembelajaran yang sama tetapi berbeza dari segi kebolehan, minat, bakat dan latar belakang sosial. Oleh itu, keupayaan mereka dalam penguasaan satu-satu kemahiran adalah berbeza. Dalam sesebuah kelas, biasanya terdapat kumpulan yang cerdas, sederhana dan lambat. Bagi kumpulan yang cergas, kerja yang biasa akan dapat mereka selesaikan dengan cepat dan aktiviti penggayaan lebih menarik jika disediakan untuk mereka. Bagi kumpulan murid yang sederhana dan lambat pula guru haruslah membimbing murid - murid ini agar objektif aktiviti yang dilakukan dapat dicapai.

2.4Penilaian

Penilaian boleh ditakrifkan sebagai satu proses mengumpul maklumat untuk membuat keputusan pendidikan mengenai penguasaan, kemajuan dan pencapaian murid. Tambahan pula, penilaian juga merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik dan di luar bilik darjah yang amat penting. Anuar Amat (1992), berpendapat bahawa penilaian ialah suatu proses menguji, mengukur dan membuat pertimbangan tentang kebolehan atau kemahiran dan kefahaman murid berdasarkan objektf pengajaran dan pembelajaran. Oleh itu, penilaian bukan sahaja meliputi pencapaian dan kemajuan dalam pelajaran tetapi merangkumi aspek perkembangan mental dan fizikal, minat, sikap, bakat, emosi dan sosial. Terry D. TenBrink (1974), pula menyatakan bahawa penilaian merupakan suatu proses mendapatkan maklumat yang akan digunakan untuk membuat pertimbangan yang seterusnya digunakan dalam membuat keputusan.Penilaian iaitu proses yang sistematik yang digunakan untuk mendapatkan maklumat yang penting bagi menilai tahap pencapaian dan prestasi murid. Ianya juga bertujuan untuk melihat sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran yang di rancang guru tercapai. Penilaian juga di anggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran kerana penilaian boleh dilakukan oleh seseorang guru semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran. Bagi memastikan maklumat perkembangan prestasi dan pencapaian murid sentiasa dapat di pantau,penilaian haruslah di lakukan secara berterusan. Terdapat 2 bentuk penilaian yang boleh dijalankan oleh guru iaitu penilaian secara formatif dan sumatif. Hasil dapatan daripada penilaian tersebut guru boleh memastikan jenis tindakan susulan sama ada memberi aktiviti pemulihan atau pengayaan kepada pelajar bersesuaian berpandukan keputusan penilaian pelajar tersebut. Terdapat dua jenis ujian, iaitu ujian formatif dan ujian sumatif. Perbezaan antara kedua-dua jenis ujian tersebut pada asasnya berdasarkan skop kemahiran, jangka masa pengajaran dan pembelajaran (P&P) atau objektif (P&P) yang hendak diuji. Perbezaan antara ujian formatif dan ujian sumatif dapat dilihat menerusi jadual di bawah:PerbezaanUjian formatifUjian sumatif

FungsiMaklum balas kepada pelajar dan guru tentang kemajuan dan kelemahan.Pensijilan dan penggredan

MasaSepanjang pengajaranPada akhir unit/kursus

PenekananKognitif, psikomotor dan afektifKognitif

SifatTerhad kepada tugasanBeraneka jenis

KesukaranBerubah-ubahSenang-sukar

AlatDibentuk khasPeperiksaan akhir tahun

Jenis ujianRujukan kriteriaRujukan norma

Jadual 1: Perbezaan antara ujian formatif dengan ujian sumatif.

2.5Pemulihan

Pemulihan pula adalah merupakan aktiviti yang diberikan oleh guru kepada golongan murid yang mempunyai tahap kemampuan yang lemah dan lembab. Pemulihan lebih berfokus kepada proses membantu murid memperbaiki kelemahan mereka di dalam pembelajaran,khususnya di dalam subjek Bahasa Melayu. Oleh itu aktiviti yang boleh di lakukan di dalam pemulihan adalah sangat terbatas dan lebih khusus. Contoh aktiviti pemulihan adalah seperti mengisi tempat kosong di dalam petikan dengan menggunakan perkataan perkataan yang disediakan.

Menurut Chong Lean Keow (2008), pemulihan merupakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran khusus yang diberikan kepada murid yang gagal untuk menguasai atau menghadapi masalah yang tertentu berkaitan dengan kemahiran 3M iaitu kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Sebaik sahaja masalah pembelajaran dikesan dan dikenal pasti, program ini akan dilaksanakan. Murid-murid dalam kategori pemulihan perlu didedahkan dengan aktiviti ini mengikut kadar kemampuan murid menguasai sesuatu kemahiran supaya jurang perbezaan antara mereka dengan murid lain dapat dikurangkan atau dihapuskan sama sekali. Mengikut kebiasaan, guru boleh menjalankan pemulihan dalam kelas ataupun pemulihan kelas. Pemulihan dalam kelas adalah bagi murid yang yang mengalami masalah pembelajaran yang ringan dan dijalankan oleh guru kelas sendiri. Pemulihan kelas pula dikendalikan oleh guru pemulihan khas bagi murid yang menghadapi masalah yang serius.

Pemulihan ialah strategi untuk membantu murid yang bermasalah dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau aktiviti pelajaran.Guru hendaklah menyedari perbezaan kebolehan murid yang cepat, sederhana atau lambat menguasai sesuatu kemahiran atau menerima sesuatu isi kandungan pelajaran yang diajar (Marzukhi Nyak Abdullah, 1994).Proses ini untuk membantu murid yang bermasalah pembelajaran atau bermasalah dalam penguasaan kemahiran asas 3M (Ab. Rahman Ab. Rash, Yap Kim Fatt, dan Ad. Rahim Selamat, 1997).Sekiranya murid itu mempunyai masalah berat dalam penguasaan kemahiran tersebut, dia perlu dimasukkan ke kelas khas yang diajar oleh guru khas pemulihan. Selain itu, murid-murid perlu didedahkan dengan bahan-bahan, kaedah dan gerak kerja yang bersesuaian berdasarkan masalah dihadapi. Contohnya, guru memberikan latihan pengukuhan untuk dijadikan kerja rumah.Guru juga boleh menggunakan tenaga murid pintar untuk mengendalikan gerak kerja pengukuhan melalui pembelajaran rakan sebaya.3.0 Konsep Penggabungjalinan Dalam Pengaplikasian Strategi Pengajaran Dan Pembelajaran Bahasa Melayu

Penggabungjalinan ialah satu sesi pengajaran dan pembelajaran yang menyarankan supaya bidang kemahiran yang berkait rapat atau bahan pengajaran yang mempunyai urutan yang baik tidak disampaikan secara berasingan. Strategi ini berhasrat untuk menjadikan aspek kemahiran saling memperkukuh dan bahan pengajaran saling melengkapi. Dalam hal ini, sesi pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih berkesan.3.1Tujuan strategi penggabungjalinan seperti yang berikut:a. Kemahiran dapat dikuasai secara serentak.

b. Bentuk pengajaran lebih menarik dan berkesan.

c. Berpeluang untuk menggunakan kemahiran secara semula jadi.

d. Aktiviti melibatkan pelbagai kemahiran dan ramai pelajar.3.2Prinsip-prinsip penggabungjalinan Mudah ubah, bergantung kepada matlamat dan objektif yang hendak dicapai.

Guru mesti tahu apa dan berapa kemahiran yang ingin digabungjalinkan.

Kemahiran fokus dan sampingan hendaklah dirancang dengan baik.

Berdasarkan kebolehan dan pencapaian pelajar.

3.3 Bentuk-bentuk penggabungjalinan

Ada 3 bentuk penggabungjalinan :i. Penggabungjalinan Kemahiran

Rajah 1: Penggabungjalinan Kemahiran Bahasa dalam Satu Mata Pelajaran

Rajah 2: Penggabungjalinan Kemahiran Lebih daripada Satu Mata Pelajaranii. Penggabungjalinan Aktiviti

Anda boleh menggabungjalinkan sekurang-kurangnya dua aktiviti atau lebih mengikut keperluan dan kesesuaian. Aktiviti-aktiviti itu merangkumi aspek kemahiran mendengar dan bertutur, membaca, dan menulis.

Aktiviti

Mendengar dan Bertutur

MembacaMenulis

Berbual

Berbincang

Bertemu ramah

Berbahas

Berceramah

Bercerita

Berlakon

Memaham

Mengesan isi penting

Meringkas

Membuat ayat

Memberi makna

Menghurai maknaKarangan

Laporan

Ulasan

Ucapan

Arahan

Iklan

Mencatat isi

Jadual 1: Penggabungjalinan Aktiviti

Untuk melaksanakan penggabungjalinan, anda perlu merancangkannya dengan aktiviti-aktiviti yang mempunyai urutan yang baik.

Contoh:

a. Berceramah mencatat isi

b. Bercerita berbincang menulis karangan

c. Membaca mengesan isi mengulas menulis ulasan

iii. Penggabungjalinan Bahan

Penggabungjalinan ini memberikan tumpuan kepada bahan atau tema pengajaran dan pembelajaran. Bahan itu boleh terdiri daripada bahan utama atau bahan sokongan. Perancangan harus dibuat bagi menentukan bahan yang dipilih sesuai dengan keperluan, pengalaman, dan tahap pencapaian murid. Antara bahan yang boleh digabungjalinkan itu adalah seperti yang berikut:Bahan

Bahan utama

(Petikan)Bahan sokongan

(Bahan rangsangan)Bahan lisan

(Rakaman)

Rencana

Laporan

Berita

Ucapan

Pengumuman

Ulasan

Iklan

Gambar

Data

Rajah

Graf

Carta

Ucapan

Ulasan

Komentar

Laporan

Temu bual

Pengumuman

Jadual 2: Penggabungjalinan BahanPenggabungjalinkan bahan-bahan ini boleh dilakukan mengikut keperluan masa yang diperuntukkan, pertalian bahan, dan urutan aktiviti yang bersesuaian.

Lihat contoh yang berikut:

1. Berita ulasan

2. Iklan surat permohonan temu duga surat jawapan.

Contoh penggabungjalinan dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu

4.0 Rancangan Pengajaran HarianCONTOH RANCANGAN PELAJARAN HARIANBAHASA MALAYSIA KSSRTAHUN 4/2014TEMAKEMASYARAKATAN

TAHUN4 TEKAD

TAJUKCerianya Tamanku

MASA9.30 10.30 pagi

STANDARD PEMBELAJARAN3.3.3Membina dan menulis jawapan pemahaman berdasarkansoalan yang bertumpu dan bercapah dengan betul.

OBJEKTIFPada akhir pengajaran, murid dapat:i.membina ayat berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.ii.menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman yang bertumpu dan bercapah.

AKTIVITI1.Murid ditunjukkan alat menjaga kebersihan dan berbincang tentang kegunaan alatan tersebut dan kaitannya dengan menjaga kebersihan. Dalam masa yang sama guru menayangkan video lagu mengenai kepentingan kebersihan kepada kita.2. Guru membimbing murid menamakan dan menulis pada papan tulis tentang alatan lain yang sesuai digunakan untuk menjaga kebersihan kawasan rumah dan taman dan menyatakan sumber kewangan untuk menjayakan aktiviti gotong-royong.3.Murid melakonkan watak dan situasi yang terdapat dalam petikan yang dipaparkan pada skrin dengan sebutan yang jelas dan intonasi yang betul dan membina jawapan untuk soalan yang dikemukakan oleh guru berdasarkan petikan yang dibaca.4.Murid menggarisi isi petikan yang menjadi jawapan pada paparan skrin dengan menggerakkan kursor.5.Murid menulis jawapan pemahaman menggunakan ayat yang gramatis berdasarkan petikan.PemulihanMurid mengisi tempat kosong menggunakan perkataan yang diberi.PengayaanMurid menjawab soalan pemahaman berdasarkan teks yang dibaca.

PENGISIAN KURIKULUMPengisian Kurikulum: - budaya

ilmu pengetahuan

Penerapan Nilai: - berkerjasama

Sopan santun

Hormat menghormati

Kemahiran Gabungjalin:- Menulis

Membaca

Berlakon

Nyanyian

BAHAN BANTU BELAJARLCD, peta ITHINK, lembaran kerja

PENILAIAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANMurid dapat membina dan menulis jawapan berdasarkan soalan pemahaman dengan betul.

REFLEKSI30 orang daripada 36 orang murid telah mencapai objektif P&P.Murid yang belum menguasai akan diberi bimbingan.Murid yang telah menguasai akan diberi latihan pengayaan.

BIBLIOGRAFIKPM. (n.d.). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Tahun 4. Retrieved Mac 1, 2012, from SkSeriAmpang.net: http://akses.skseriampang.net/HSP_SP.htm

Mahamod, Z. (2007). Psikolinguistik Dalam Pembelajaran dan Pemerolehan Bahasa Pertama dan Kedua. Selangor: Karisma Publication Sdn. Bhd.

Pencilbook. (2008, December 16). Pengertian Membaca. Retrieved Februari 25, 2012, from Pencil Books Children Publications: http://pencilbooks.wordpress.com/2008/12/16/pengertian-membaca/

Tahir, N. (2011, September). Pengajaran. Retrieved Februari 22, 2012, from Amaljaya.com: http://www.amaljaya.com/guru/wp-content/uploads/2011/09/pengajaran.pdf

Bahasa, I. (1994). Strategi Pendidikan Bahasa Melayu. Selangor: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Griffen, C. (2010, Mac 19). Pengajaran Kemahiran Bahasa Melayu. Retrieved Februari 27, 2012, from Arakian: http://dadwayne.blogspot.com/2010/03/pengajaran-kemahiran-bahasa-melayu_19.html

Idris Mohd Radzi, D. J. (2006). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu. Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Khir, N. M. (2009, Julai 28). Konsep 5P Dalam Kurikulum Bahasa Melayu. Retrieved Februari 25, 2012, from Manshuberry.blogspot.com: http://manshuberry.blogspot.com/2009/07/konsep-5p-dalam-kurikulum-bahasa-melayu.html

K1-Kemahiran Mendengar

K2-Kemahiran Bertutur

K3-Kemahiran Membaca

K4-Kemahiran Menulis

BM-Bahasa Melayu

K1

K2

K4

BM

K3

K1-Kemahiran Bahasa

K2-Kemahiran Muzik

K3-Kemahiran Seni

BM-Bahasa Melayu

K1

K2

K3

BM

Tajuk pelajaran : Jasa Ibu

Langkah 1:

Murid mendeklamasikan sajak bertajuk Jasa Ibu.

Langkah 2:

Berdasarkan sajak di atas, murid bercerita tentang jasa ibu mereka.

Langkah 3:

Murid berbincang dalam kumpulan tentang bagaimana membalas jasa ibu.

Langkah 4:

Murid menulis satu peranggan tentang keistimewaan ibu mereka.

Langkah 5:

Murid menghantar hasil karangan tersebut kepada ibu bapa mereka menerusi mel elektronik.

Penutup :

Murid menyanyi lagu Ibu nyanyian P. Ramlee dengan pergerakan yang sesuai.