konsep

3
KONSEP SEGREGASI Segregasi merupakan pemisahan atau pengasinagan antara satu kumpulan etnik dengan kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan , pengangkutan dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksnakan antara tahun 1948 -1994. Di negara kita juga wujud segregasi semasa penjajahan British melalui Dasar Pecah dan Perintah. Mengikut dasar ini masyarakat pelbagai kaum diasingkan berdasarkan pekerjaan, tempat tinggal dan kegiatan ekonomi mereka. Pengasingan ini juga berlaku selepas kemerdekaan yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Oleh itu, konsep segregasi merupakan salah satu punca utama berlakunya konflik antara etnik. Pelbagai undang-undang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini selepas peristiwa 13 Mei 1969 ini. Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Rukun Negara, Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Undang-undang yang baru- baru ini diwartakan di negara kita juga merupakan salah satu langkah kerajaan dalam mengelakkan berlakunya rusuhan kaum dan juga dapat mempuk perpaduan kaum. Undang-undang ini juga dikuatkuasakan untuk membendung aktiviti kegiatan seseorang atau kumpulan yang mahu mengguling atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara keganasan dan tidak berlandaskan Perlembagaan. Contohnya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah- Langkah Khas) 2012 dikuatkuasakan untuk membendung sebarang tindakan yang mengguling atau melemahkan demokrasi

Upload: iswaran-krishnan

Post on 13-Apr-2016

214 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Sejarah

TRANSCRIPT

Page 1: Konsep

KONSEP SEGREGASI

Segregasi merupakan pemisahan atau pengasinagan antara satu kumpulan etnik dengan

kumpulan etnik yang lain dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa

keadaan, antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan , pengangkutan

dan kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang atau

sebaliknya seperti Dasar Aparteid di Afrika Selatan yang dilaksnakan antara tahun 1948 -

1994. Di negara kita juga wujud segregasi semasa penjajahan British melalui Dasar Pecah

dan Perintah. Mengikut dasar ini masyarakat pelbagai kaum diasingkan berdasarkan

pekerjaan, tempat tinggal dan kegiatan ekonomi mereka. Pengasingan ini juga berlaku

selepas kemerdekaan yang menyebabkan berlakunya rusuhan kaum 13 Mei 1969. Oleh itu,

konsep segregasi merupakan salah satu punca utama berlakunya konflik antara etnik.

Pelbagai undang-undang telah diambil oleh kerajaan bagi mengatasi masalah ini selepas

peristiwa 13 Mei 1969 ini. Antaranya ialah Dasar Ekonomi Baru (DEB), Rukun Negara,

Dasar Kebudayaan Kebangsaan dan sebagainya. Undang-undang yang baru-baru ini

diwartakan di negara kita juga merupakan salah satu langkah kerajaan dalam mengelakkan

berlakunya rusuhan kaum dan juga dapat mempuk perpaduan kaum. Undang-undang ini juga

dikuatkuasakan untuk membendung aktiviti kegiatan seseorang atau kumpulan yang mahu

mengguling atau melemahkan demokrasi berparlimen dengan cara keganasan dan tidak

berlandaskan Perlembagaan. Contohnya, Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah

Khas) 2012 dikuatkuasakan untuk membendung sebarang tindakan yang mengguling atau

melemahkan demokrasi berparlimen. Undang-undang ini akan membantu kerajaan untuk

memupuk integrasi nasional dalam kalangan masyarakat untuk mengelakkan sesuatu

berlakunya konflik perkauman dalam negara.

Page 2: Konsep

KONSEP AKOMODASI

Akomodasi merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta

menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahan budaya hidup

masing-masing. Akomodasi juga merupakan satu proses yang memerlukan kerjasama dua

atau lebih pihak yang mempunyai matlamat yang berbeza untuk membentuk satu matlamat

yang dapat memuaskan hati kedua-dua pihak tersebut. Pelbagai kumpulan etnik hidup secara

harmonis, dan menghormati antara satu sama lain. Pada peringkat pemerintahan pusat, setiap

kumpulan etnik mempunyai wakil dalam bidang ekonomi dan pendidikan dan mereka saling

bergantung. Konsep ini begitu meluas diamalkan di Malaysia kerana setiap kumpulan etnik

bebas mengamalkan budaya mereka dalam keadaan harmoni. Meskipun bahasa Melayu

diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan, namun demikian bahasa-bahasa yang lain masih boleh

digunapakai selagi ia tidak bertentangan dengan prinsip perlembagaan.

Akomodasi ini sangat penting dalam mengelakkan berlakunya rusuhan kaum di

sesebuah negara yang mempunyai masyarakat berbilang kaum. Masyarakat berbilang kaum

ini mengamalkan budaya dan kepercayaan yang berbeza iaitu agama Islam, Hindu, Buddha

dan kristian. Oleh itu, setiap orang mestilah menghormati budaya dan kepercayaan kaum lain

dan juga tetap mempertahankan budaya hidup mereka dalam memastikan tidak berlakunya

rusuhan kaum. Dalam membendung berlakunya masalah disebabkan perbezaan agama dan

kebudayaan di negara kita, kerajaan telah memperkenalkan undang-undang baru ini yang

telah dinyatakan tadi. Terutamanya, dalam Rang Undang-Undang Akta Hasutan (Pindaan)

2015, indaan keempat, untuk menjadikan kesalahan bagi mana-mana orang yang

mengembangkan perasaan jahat, permusuhan atau kebencian antara mana-mana orang atau

kumpulan orang atas alasan agama. Mengikut huraian, ini selaras dengan hasrat Kerajaan

untuk melindungi kesucian agama yang dianuti oleh masyarakat berbilang agama di

Malaysia. Perbuatan menghina dan mempermainmainkan mana-mana agama boleh

menyebabkan ketidakharmonian dan mengancam ketenteraman awam.