konsep

1
KONSEP, PRINSIP DAN FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM Perundangan Islam berdasarkan kepada prinsip meletakkan hukuman. Untuk pengetahuan anda, perundangan Islam ialah satu sistem perundangan yang meliputi undang-undang yang ditetapkan oleh Allah dan undang-undang yang ditetapkan oleh manusia (mujtahid). Kaedah dan sumber yang digunakan adalah melalui mekanisme ijtihad. Undang-undang Islam merupakan sebahagian daripada syariah Islam yang luas. Syariah sebagai satu aspek yang berbeza daripada akidah dan akhlak syariah lebih menumpukan kepada aspek amaliyyah. Aspek amaliyyah pula meliputi bidang ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat. Perundangan Islam yang dimaksudkan dalam konteks bab ini tertumpu pada bidang jenayah sahaja. Perundangan jenayah Islam meliputi kesemua kesalahan-kesalahan jenayah dalam Islam, hukuman terhadap kesalahan jenayah tersebut serta kaedah perbicaraan dan pembuktian bagi setiap kesalahan jenayah yang ditetapkan. Dalam hal ini, kesalahan jenayah Islam berbeza daripada kesalahan jenayah konvensional. Terdapat beberapa kesalahan jenayah dalam Islam yang tidak dianggap sebagai jenayah dalam sistem undang-undang ciptaan manusia. Contohnya, berzina dianggap sebagai jenayah berat dalam Islam, namun ia tidak dianggap sebagai kesalahan dalam undang-undang ciptaan manusia jika dilakukan secara sukarela oleh kedua-dua belah pihak. Begitu juga kesalahan minum arak dan murtad yang tidak dianggap sebagai kesalahan dalam undang-undang ciptaan manusia.

Upload: nor

Post on 29-Jan-2016

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

mengenai perundangan

TRANSCRIPT

Page 1: KONSEP

KONSEP, PRINSIP DAN FALSAFAH PERUNDANGAN ISLAM

Perundangan Islam berdasarkan kepada prinsip meletakkan hukuman.

Untuk pengetahuan anda, perundangan Islam ialah satu sistem

perundangan yang meliputi undang-undang yang ditetapkan oleh Allah

dan undang-undang yang ditetapkan oleh manusia (mujtahid). Kaedah

dan sumber yang digunakan adalah melalui mekanisme ijtihad. Undang-

undang Islam merupakan sebahagian daripada syariah Islam yang luas.

Syariah sebagai satu aspek yang berbeza daripada akidah dan akhlak

syariah lebih menumpukan kepada aspek amaliyyah. Aspek amaliyyah

pula meliputi bidang ibadat, muamalat, munakahat dan jinayat.

Perundangan Islam yang dimaksudkan dalam konteks bab ini tertumpu

pada bidang jenayah sahaja.

Perundangan jenayah Islam meliputi kesemua kesalahan-kesalahan

jenayah dalam Islam, hukuman terhadap kesalahan jenayah tersebut

serta kaedah perbicaraan dan pembuktian bagi setiap kesalahan jenayah

yang ditetapkan. Dalam hal ini, kesalahan jenayah Islam berbeza

daripada kesalahan jenayah konvensional.

Terdapat beberapa kesalahan jenayah dalam Islam yang tidak dianggap

sebagai jenayah dalam sistem undang-undang ciptaan manusia.

Contohnya, berzina dianggap sebagai jenayah berat dalam Islam, namun

ia tidak dianggap sebagai kesalahan dalam undang-undang ciptaan

manusia jika dilakukan secara sukarela oleh kedua-dua belah pihak.

Begitu juga kesalahan minum arak dan murtad yang tidak dianggap

sebagai kesalahan dalam undang-undang ciptaan manusia.