komuniti sekolah

9
SK SERI SEKAMAT KERTAS KERJA KHIDMAT KOMUNITI SEKOLAH PROJEK MENCERIAKAN BILIK GERAKAN UPSR SEKOLAH BILIK LONJAKAN SAUJANA

Upload: yus-muhamad

Post on 17-Dec-2015

31 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

kumuniti sekolah

TRANSCRIPT

KERTAS CADANGAN

SK SERI SEKAMATKERTAS KERJAKHIDMAT KOMUNITI SEKOLAHPROJEK MENCERIAKAN

BILIK GERAKAN UPSR SEKOLAHBILIK LONJAKAN SAUJANA29 Mac 20141. Pengenalan

Aktiviti Bina Insan Guru (BIG) khususnya fokus terhadap projek dalaman sekolah yang menjadi salah satu syarat dalam BIG PPG Semester 6 ini merupakan suatu kegiatan yang memerlukan kemantapan dari segi fizikal dan mental di samping mengukuhkan nilai-nilai murni seperti semangat kemasyarakatan, kerjasama, tolong-menolong, keselesaan berkomunikasi dan kesabaran. Selain itu, program ini dapat menyediakan peluang untuk mendapatkan pengalaman sebenar dan meningkatkan kemahiran memerhati, menyertai, berkomunikasi dan merapati komuniti di dalam sekolah khususnya menunjukkan keprihatinan dan kesungguhan di dalam melaksanakan sesuatu projek bagi manfaat bersama. Di samping itu, program ini juga dapat menyediakan peluang kepada pelajar PPG yang juga berperanan sebagai guru di sekolah untuk melibatkan diri secara aktif dan mempelbagaikan aktiviti di sekolah-sekolah untuk diselaraskan dengan sesi pembelajaran pendidikan sosial di sekolah.2. Rasional

2.1Aktiviti BIG merupakan aktiviti wajib yang terkandung dalam Sukatan Pelajaran untuk peserta-peserta Program Pensiswazahan Guru (PPG)2.2Aktiviti ini, diharap dapat memberikan pendedahan, pengetahuan dan pengalaman berasaskan aktiviti dan pembelajaran sosial kepada guru-guru PPG dan komuniti sekolah.2.3Menerapkan dan mengukuhkan sikap-sikap bekerjasama, berkomunikasi dengan berkesan, tolong-menolong, toleransi, perpaduan dan kerjasama di kalangan murid-murid dan komuniti yang terlibat.3.Objektif

3.1 Menimba ilmu pengetahuan dalam bidang kemasyarakatan dan sosial.

3.2 Mendapat gambaran dan pengalaman sebenar dalam mengamati, menghayati dan menghargai peranan dan komuniti sekolah serta menjadikannya sebahagian daripada sumber dalam pendidikan. 3.3Mendapat pendedahan dan kefahaman secara langsung untuk menguasai latihan kemahiran aktiviti kemasyarakatan, kebajikan serta aktiviti-aktiviti lain daripada komuniti terlibat.

4. Matlamat

4.1Guru-guru PPG dan juga murid-murid yang terlibat akan dapat menimba pengetahuan dan pengalaman praktikal asas mengenai persediaan dan pelaksanaan program dalaman.4.2Guru-guru dapat memberikan sumbangan serta menunjukkan penghargaan terhadap sekolah dengan memberikan idea serta usaha secara inisiatif di dalam menghasilkan projek komuniti yang memberi manfaat kepada pihak sekolah.4.3Guru-guru dan murid yang terlibat dapat mengamati, menghayati dan menghargai kemahiran bersosial dan berkomuniti.

4.4Murid-murid dapat mengukuhkan sikap nilai-nilai murni melalui interaksi antara satu sama lain dan bersama komuniti. 5. Kumpulan sasaran

Program ini disasarkan kepada guru-guru PPG dan 20 orang murid-murid yang terdiri daripada pelajar Tahap 26. Tarikh

29 Mac 20147. Tempat

SK Seri Sekamat9. Penglibatan

9.16 orang pelajar PPG dari IPG Kampus Raja Melewar9.220 orang murid10. Kewangan

10.1Anggaran Kewangan dan Perbelanjaan ( sila rujuk Lampiran 1 )

11. Aktiviti11.1 Aktiviti yang dijalankan adalah seperti :

a. Mengecat dinding dan kecerian bilik UPSRb. Membersihkan keseluiruhan ruang bilik dan lorongc. Membuat hiasan pada papan kenyataan d. Membuat corak di lorong kawasan sekolah11.2 Jadual Tentatif (sila rujuk Lampiran 3)

12. Ahli Jawatankuasa

( Sila rujuk Lampiran 2 )14. Penutup

Akhir sekali, dengan kerjasama dan komitmen yang tidak berbelah bahagi daripada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung, adalah diharapkan program ini dapat dilaksanakan dengan jayanya. Diharap semua objektif aktivititi BIG ini dapat dimanfaatkan oleh semua peserta kursus dan murid yang terlibat, di samping dapat mengetengahkan maklumat serta pengalaman yang diperolehi untuk diaplikasikan di sekolah kelak. Dengan ini, semua pelajar PPG yang terlibat dapat menambahkan pengetahuan dan memperkembangkan potensi diri sebagai guru dan pemimpin yang berkebolehan dalam semua aspek.

Disediakan oleh,

Disahkan oleh,

(IZWAR FAHMI BIN HAWARI)

( EN. ZULKIFLI BIN MOHD TAHIR )

Setiausaha,

Guru Besar,Program Komuniti Sekolah,

SK Seri Sekamat

PPG PSV 1

Kajang.Lampiran 1ANGGARAN KEWANGAN DAN PERBELANJAAN

AKTIVITI KHIDMAT MASYARAKATSK SERI SEKAMAT, KAJANGTempat: Bilik Longjakan Saujana Sekolah KebangsaanTarikh

: 29 Mac 2014Bilangan: 20 murid dan 6 guruSUMBER KEWANGAN (PENDAPATAN )BILPERKARAJUMLAH (RM)SUMBER

1Peruntukan makanan(20 murid x RM5 x 1 hari )100.00Sumbangan guru

2Lain-lain perbelanjaan(Peralatan mengecat dan bahan/media hiasan)150.00Sumbangan guru dan sekolah

JUMLAH250.00

Lampiran 2AHLI JAWATANKUASA INDUKPensyarah Penasihat :

1. Rohaizad Bin Ismail [ Unit Kokurikulum ]Ahli Jawatankuasa KerjaPenasihat program :Zulkifli Bin Mohd TahirPengerusi

:Mohd Yusry Bin MuhamadNaib Pengerusi:Marwan B MansorSetiausaha

:Izwar Fahmi Bin HawariBendahari

:Mohd Syazly Bin Abd. HalilAJK PelaksanaMakanan

:Khairul Azman bin Mat SamanPeralatan

:Faizal Bin AbdullahKebajikan

:Marwan Bin MansorSeranta

:Nik Ahazzied bin Nik AidiDokumentasi

:En. Izwar Fahni B Hawari

Lampiran 3JADUAL PERLAKSANAAN PROGRAM KOMUNITI SEKOLAHSK SERI SEKAMATTarikh

:29 MAC 2014Masa

:8.00 Hingga 2.00 petangTempat:Bilik Gerakan UPSR Sekolah Seri SekamatTarikhAktiviti

30 Januari 2014Menyediakan senarai ajk dan kertas kerja

9 Mac 2014- Menyediakan peralatan dan bahan

- Taklimat perancangan dan memulakan tugasan

29 Mac 2014

- Membersihkan dinding - Membuang habuk untuk memudahkan proses mengecat

29 Mac 2014

Mengecat dinding dan amparan tikar getah- multi code

29 Mac 2014

Mengecat dinding

29 Mac 2014

Menghias Papan Kenyataan dengan maklumat

29 Mac 2014

Perasmian

29 Mac 2014

Menghantar kertas kerja dan dokumentasi

PAGE 8

_1169896605.doc