komunikasi introvert

6
INTROVERT Selamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Dr Che Hasnizah, pensyarah kemahiran komunikasi kumpulan 2, dan hadirin sekalian. Pada hari ini, saya diberikan peluang keemasan untuk menyampaikan ucapan saya yang bertajuk “introvert”. Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan introvert? Pernahkah anda mendengar istilah introvert dan juga ekstrovert? Sebelum itu, izinkan saya menggambarkan satu situasi yang biasa berlaku di sekeliling kita. Semasa pergi ke taman tema permainan separti Sunway Lagoon, terdapat dua jenis orang, salah satu jenis adalah orang yang berasa sangat gembira dan tidak dapat menunggu lagi untuk menaiki roller coaster dan satu jenis lagi ialah orang yang berasa takut dan tidak berminat terhadapnya. Situasi ini sebenarnya telah menunjukkan 2 personaliti yang berbeza di dalam dunia ini. Introvert pada dasarnya merujuk kepada jenis kepribadian seseorang yang merupakan lawan dari ekstrovert. Introvert merupakan individu yang lebih berkaitan dengan dunia dalam fikiran manusia itu sendiri. Manakala Ekstrovert pula pada dasarnya merujuk kepada jenis kepribadian seseorang yang merupakan lawan dari Introvert. Ekstrovert merupakan individu yang suka berinteraksi dengan dunia luar. Sudah menjadi satu kebiasaan bagi individu ekstrovert bergaul dalam golongan masyarakat sehingga mereka mudah diterima oleh masyrakat . Individu ekstrovert juga merupakan individu

Upload: kelvin-onn

Post on 12-Sep-2015

13 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

com

TRANSCRIPT

INTROVERTSelamat sejahtera saya ucapkan kepada Yang Dihormati Dr Che Hasnizah, pensyarah kemahiran komunikasi kumpulan 2, dan hadirin sekalian. Pada hari ini, saya diberikan peluang keemasan untuk menyampaikan ucapan saya yang bertajuk introvert.Persoalannya, apakah yang dimaksudkan dengan introvert? Pernahkah anda mendengar istilah introvert dan juga ekstrovert? Sebelum itu, izinkan saya menggambarkan satu situasi yang biasa berlaku di sekeliling kita. Semasa pergi ke taman tema permainan separti Sunway Lagoon, terdapat dua jenis orang, salah satu jenis adalah orang yang berasa sangat gembira dan tidak dapat menunggu lagi untuk menaiki roller coaster dan satu jenis lagi ialah orang yang berasa takut dan tidak berminat terhadapnya. Situasi ini sebenarnya telah menunjukkan 2 personaliti yang berbeza di dalam dunia ini. Introvert pada dasarnya merujuk kepada jenis kepribadian seseorang yang merupakan lawan dari ekstrovert.Introvert merupakan individu yang lebih berkaitan dengan dunia dalam fikiran manusia itu sendiri. Manakala Ekstrovert pula pada dasarnya merujuk kepada jenis kepribadian seseorang yang merupakan lawan dari Introvert.Ekstrovert merupakan individu yang suka berinteraksi dengan dunia luar. Sudah menjadi satu kebiasaan bagi individu ekstrovert bergaul dalam golongan masyarakat sehingga mereka mudah diterima oleh masyrakat . Individu ekstrovert juga merupakan individu yang suka mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti sosial. Individu Ekstrovert telah mendapat sambutan yang baik oleh masyarakat dan hal ini secara tidak langsung telah menyebabkan individu introvert berasa rendah diri sabab tidak dapat mengambil bahagian dalam aktiviti sosial dengan aktif seperti individu ekstrovert. Namun begitu, hal ini bukan merupakan satu perkara yang salah bagi seseorang introvert. Jenis kepribadian introvert atau ekstrovert ini merujuk pada preferensi-preferensi yang dipilih oleh seseorang. Sementarapreferensi preferensi itu dipilih berdasarkan hal-hal yang terasa lebih nyaman untuk dilakukan atau dijalani oleh seseorang individu. Introvert lebih berasa nyaman apabila keadaan itu senyap manakala ekstrovert berasa lebih nyaman apabila berinteraksi dengan individu yang lain.Adakah ini membawa maksud bahawa introvert adalah individu yang tidak suka bergaul dengan orang lain dan bersifat sombong kepada orang lain? Hal ini merupakan salah faham yang serius terhadap individu introvert Pada dasarnya, orang introvert juga suka bersosialisasi, namun mereka sudah merasa nyaman jika memiliki 1 atau 2 orang teman dekat karena bagi mereka yang terpenting bukanlah kuantitas teman yang mereka miliki tetapi lebih kepada kualitas atau kedalaman hubungan yang mereka bangun.Hal ini demikian kerana sumber energi mentalmereka berasal dari proses menyendiri ini sehingga bagi orang yang tidak mengerti, orang introvert terkadang disalah artikan sebagai pribadi yang anti sosial dan tertutup. Ketika orang introvert bersosialisasi dengan banyak orang, maka stock energi mentalmereka perlahan-lahan akan berkurang dan ketika itu terjadi, maka mereka akan mengisi tenaga dirinya dengan menyendiri.Ketika orang introvert bersosialisasi dengan banyak orang, maka stock tenaga mentalmereka perlahan-lahan akan berkurang dan ketika itu terjadi, maka mereka akan mengisi tenaga dirinya dengan menyendiri.Malahan ekstrovert perlu berinteraksi dengan individu yang lain untuk mengisikan tenaganya. Menurut kajian Matt Ridley, terdapat personality yang ditentukan oleh gen-gen kita, iaitu gen D4DR. Gen ini terdapat 2 jenis, satu lebih panjang dan satu lebih pendek. Bagi individu yang mempunyai gen yang lebih panjang, mereka selalu mencari sesuatu yang baru dan tidak tahan untuk mengulangi pengalaman kerja yang tetap. Mereka merupakan individu ekstrovert. Individu yang mempunyai Gen D4DR yang lebih pendek lebih suka untuk bersendirian. Terdapat beberapa salah faham terhadap Introvert. Pertama sekali, salah fahamnya ialah Introvert tidak suka berbicara. Sebenarnya Introvert tidak berbicara jika memang tidak ada yang penting untuk diperkatakan. Mereka berpikir sebelum bicara. Jika ada terlalu banyak orang, Introvert biasanya sulit untuk berkata-kata dan memutuskan diam saja.Salam faham seterusnya ialah Introvert selalu ingin berada sendirian. ntrovert merasa sangat nyaman dengan pikiran mereka sendiri. Namun, terkadang mereka merasa kesepian jika mereka tidak memiliki teman untuk berbagi mengenai penemuannya. Oleh sebab itu, mereka akan sangat setia jika mereka mempunyai pasangan atau sahabat yang baik dengan dia.Kelebihan individu introvert adalah pendengar yang baik dan merupakan teman yang berkualiti. Hal ini demikian kerana Introvert selalunya berteman dengan orang yang benar-benar ingin menjadi temannya. Oleh itu, mereka juga lebih menghargai temannya, dan sanggup membantu dan bersedia untuk mendengar masalah mereka. Selain itu, Introvert juga mempunyai kelebihan dalam bidang penulisan. Walaupun introvert kurang aktif dalam berbicara, tapi mereka dapat menghasilkan cerita yang unik sebab mereka selalu berfikir.Selain itu, introvert juga mempunyai fikiran dan Imajinasi yang luas. Walaupun mereka pendiam, tetapi otak mereka selalu berfikir terhadap sesuatu.Satu contoh individu introvert yang baik ialah Albert Einstein. Dalam buku yang bernama , penulis Denis Brian telah menyatakan kisah Einstein sebagai seorang introvert. Semasa Albert Einstein kecil, beliau merupakan seorang yangpemalu dan pendiam.Beliau berasa malu untuk bercakap di hadapan kelas. Ketika ditanya soalan oleh guru, beliau tidak mampu menjawabnya. Beliau juga selalu didenda oleh guru dan dianggap sebagai seorang pelajar yang tidak mempunyai hadapan yang cerah. Walau bagaimanapun, sebagai seorang introvert, beliau malu untuk berkomunikasi dengan orang yang lain, dan berasa takut untuk bercakap di hadapan orang, tetapi beliau lebih tertumpu kepada pemikiran diri sendiri. Kejayaan beliau bukan sahaja disebabkan oleh usahanya, tetapi juga cara pemikirannya. Jelaslah bahawa sebagai seorang introvert bukanlah perkara yang memalukan, tetapi juga akan membawa kepada kejayaan jika berusaha dengan bersungguh-sungguh. Antara kelemahan Introvert ialah keyakinan pada diri sendiri adalah kurang. Introvert cenderung tidak mempunyai kepercayaan diri yang tinggi semasa berhadapan dengan keramaian. Mereka akan berasa rendah diri semasa berhadapan dengan Ekstrovert dan hal ini akan menyebabkan mereka tidak dapat menonjolkan kebakatan yang berada dalam dirinya. Kelemahan yang seterusnya ialah kelebihan mereka kurang diakui. Seorang introvert akan terus berusaha untuk beradaptasi dengan lingkungan mahupun suasana yang penuh dengan banyak orang. Mereka kurang untuk menonjolkan kebakatan diri sendiri dan menyebabkan mereka kurang peluang untuk menarik perhatian masyarakat.Kesimpulannya, personaliti seseorang tidak boleh dibahagikan kepada baik atau sebaliknya. Ekstrovert tidak semestinya merupakan individu yang baik dan Introvert juga bukan seorang yang mempunyai kelemahan melebihi kebaikan. Seperti jari kita yang tidak sama panjangnya, setiap jari mempunyai fungsi masing-masing. Introvert dan Ekstrovert mempunyai kelebihan dan kelemahan masing-masing dan yang pentingnya, bukannya menolak kelemahan diri sendiri semasa medapatinya, tetapi kita haruslah menerimanya dan cuba mengatasi.Sekian, terima kasih.