media dan komunikasi

Upload: shah-lin

Post on 18-Jan-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • Makna proses komunikasi massa -urutan peristiwa yg tidak diketahui bila ia bermula & bila ia berakhir. Komunikasi merupakan suatu proses yg memerlukan pelbagai komponen (elemen). Komponen ini adalah bahagian2 yg penting & utama secara keseluruhan.

  • Menurut Schramm semasa sesuatu komunikasi itu sedang berlangsung, sekurang-kurangnya memerlukan 3 komponen iaitu komunikator (source), maklumat (message) & destinasi (destination). Jika salah satu komponen tersebut tidak ada, maka komunikasi tidak dapat berlangsung dgn sebaiknya.

  • Harold D. Lasswell, mengemukakan suatu yang sangat terkenal dlm teori & penelitian komunikasi massa.

    Formulanya spt: who (siapa), says what (apa yg diucap), in which channel (melalui saluran apa), to whom (kpd siapa) & with what effect (dgn kesan apa)?

  • WHOSAYS WHATIN WHICH CHANNELTO WHOMWITH WHAT EFFECTSiapaApa yg DiucapMelalui Saluran ApaKepada SiapaDengan Kesan ApaKomunikatorMaklumatMediaPenerimaKesanControl StudiesAnalisis MaklumatAnalisis MediaAnalisis KhalayakAnalisis Kesan

  • Menurut Claude D. Shannon & Warren Weaver dlm bukunya Theories of Mass Communication digambarkan sbg proses linear & searah. (berdasarkan keperluan yang...diperingkat permulaan kewujudanprosesperancangan)

    Maklumat diumpamakan mengalir dari sumber informasi melalui beberapa komponen menuju kepada masyarakat.

  • Sumber InformasiTransmitter

    PenerimaTujuanSumber gangguanPesanIsyaratIsyaratPesan

  • Komunikator (penghubung)Kod & KandunganGatekeeper (pengwal/penjaga pintu)Regulator (pengawal selia/pengatur)MediaAudiensFilter (penapis)Feedback (maklum balas)

  • Proses komunikasi massa dimulai oleh komunikator.Contohnya, dlm media massa cetak :- wartawan, pemberita, editor, pengiklanan, sidang redaksi dll.Sifat komunikator:- Perbelanjaan (Costlines) Sesebuah rancangan @ siaran televisyen memerlukan belanjawan yg besar hingga mencecah jutaan ringgit-perlu diandai dan dirancang.Kerumitan (Complexity) Setiap maklumat yg disampaikan sama ada secara cetakan @ menerusi elektronik memerlukan masa yg panjang & proses yg rumit utk menghasilkan yg terbaik.Persaingan (Competitiveness) Semua media massa berlumba-lumba mendapatkan perhatian khalayak. Maka, berlaku persaingan di antara syarikat2 media yg sejenis.

  • b) Syarat Komunikator yg Baik :-

    Menurut Aristoteles, watak komunikator adalah sbg ethos.Ethos komunikator terdiri drp good will (maksud yg baik), good sense (fikiran yg baik), dan good moral character (watak yg baik).Ethos ditujukan utk proses komunikasi persepsi, di mana kesan dr komunikasi adalah utk mengubah tingkah laku.Menurut Hovland dn Weiss Ethos sbg kreadibiliti yg terdiri drp dua unsur iaitu kepakaran (expertise) dan dpt dipercayai (trustworthiness).Syarat lain ialah penerimaan (acceptability).

  • Kod adalah simbol yg digunakan utk menyampaikan mesej @ pesanan komunikasi. Contohnya :- ungkapan lisan, tulisan, foto, muzik, dn filem. Kandung @ isi media merujuk pd makna dr sebuah mesej, boleh berupa informasi mengenai isu peperangan @ lawak komedi dr seorang pelawak. Contohnya :- sebuah filem patriotik lakonan Hairil Othman, Leftenan Adnan, kodnya adalah berbentuk audio visual, gambar, muzik, kesan bunyi (sound effect), teknik pencahayaan dn aksi-aksi lakonan. Manakala isi kandungannya pula adalah berkisahkan tentang perjuangan seorang leftenan muda Melayu yg berjuang mempertahankan negara drp penjajah Jepun.

  • Gatekeeper diterjemahkan sbg penjaga pintu. Pintu yg dimaksudkan dlm hal ini adalah kepekaan dan keberhatian sebuah media massa, supaya media massa tersebut berjaya.

    Keberjayaan dlm pengertian media massa tersebut tidak diajukan ke bhgn perundangan oleh pembacanya krn menyampaikan berita yg tidak tepat, menyinggung reputasi seseorang, mencemarkan nama baik seseorang, dll.

    Sehingga gatekeeper pd media massa menentukan penilaian apakah suatu maklumat itu penting @ tidak.

  • Dlm proses komunikasi massa - suatu proses yg rumit dan melibatkan banyak pihak. Peranan regulator hampir sama dgn gatekeeper, namun regulator/pengawal selia bekerja di luar institusi media yg menghasilkan berita. Regulator boleh menghentikan aliran berita dan menghapus suatu maklumat, tetapi ia tidak dapat menambah @ mengubah informasi krn bentuknya lebih spt pengesan. Contohnya :- pengiklan dimasukkan ke dalam regulator krn pengiklan boleh membatalkan sebuah kontrak iklan apabila isi media massa tersebut dapat merugikan produknya.

  • Media Cetak :- Surat Khabar Majalah Iklan

    Media Elektronik :- Siaran radio Televisyen Internet

  • Komponen media massa yg paling penting adalah audiens. Tanpa audiens @ khalayak, segala maklumat, mesej @ pesanan tidak mencapai matlamat dan tujuan sasaran. Maka ianya hanyalah sia-sia sahaja. Menurut Melvin DeFleur - empat teori berkaitan audiens:-The Individual Differences TheoryThe Social Categories TheoryThe Social Relationship TheoryThe Cultural Norms Theory

  • Filter atau dgn bahasa mudah adalah penapisan yg dilakukan oleh sesebuah media massa sebelum menyampaikan sesuatu maklumat @ pesanan. Pancaindera kita yg berfungsi sbg penapisan komunikasi dipengaruhi oleh 3 perkara, iaitu budaya, psikologi, dan fizikal. Budaya Perbezaan budaya menyebabkan wujudnya perbezaan pendapat dan persepsi terhadap sesuatu mesej @ pesanan. Psikologi Pengalaman drp kanak-kanak terutamanya, apabila menonton rancangan yang berunsur ganas dan kasar, menyebabkan kanak-kanak lebih terpengaruh utk melakukan aksi-aksi yg mereka tonton spt dlm filem Spiderman.

  • Fizikal Keadaan fizikal berhubung dgn kesihatan setiap individu yg menerima sesuatu maklumat. Contohnya, apabila seseorang sedang mengalami sakit batuk, kemudian menonton iklan ubat batuk di televisyen, dapat mempengaruhi individu tersebut utk membeli ubat batuk itu bg melegakan kesakitan batuk yg dialaminya.

  • Komunikasi adalah proses dua arah antara pengirim dan penerima pesanan.

    Proses komunikasi belum lengkap apbl audiens tidak mengirimkan respons atau tindak balas terhadap mesej @ pesanan yg disampaikan.

    Respons @ tindak balas ini spt penonton ketawa apabila menonton rancangan komedi, menulis surat pembaca kpd surat khabar, menelefon perkhidmatan, menutup televisyen dan sbgnya.

  • KESAN KEHADIRAN MEDIA MASSAKESAN MAKLUMAT

  • KESAN EKONOMIKESAN SOSIALPENJADUALAN KEGIATAN SEHARIANKESAN HILANGNYA PERASAAN TIDAK TENTERAMKESAN MELAHIRKAN PERASAAN LAIN

  • Kehadiran media massa di tengah kehidupan manusia dpt membangunkan pelbagai usaha produksi, pengedaran dan konsumsi jasa media massa.

    Dgn adanya surat khabar bererti memajukan sektor pembuatan kertas, memajukan sektor pencetakan dan grafik, membuka peluang kerja kpd wartawan, pengiklan dan sbgnya.

  • Kesan sosial berkaitan dgn perubahan pd struktur @ interaksi sosial sbg akibat dr kehadiran media massa.

    Contohnya, kehadiran televisyen dpt meningkatkan status sosial oleh pemiliknya.

    Kesan sosial lain iaitu penduduk di bandar menjalinkan hubungan dgn penduduk di kampung/ luar bandar dlm menyampaikan sesuatu maklumat.

    Dikenali sbg interaksi sosial masyarakat di sesebuah kawasan.

  • Sebelum ke pejabat, masyarakat bandar pd umumnya membaca surat khabar dahulu.

    Pada hujung minggu, anak-anak akan mandi lebih lambat berbanding hari persekolahan krn dihidangkan rancangan animasi/kartun menarik di televisyen.

    Pd waktu Maghrib, anak-anak biasanya mengaji setelah solat, namun setelah dihidangkan acara hiburan, anak-anak lebih suka menonton ketika Maghrib.

  • Kesan ini berlaku terutamanya kpd pasangan berkasih.

    Perasaan kecewa, rindu, sayang, cemburu, sepi, marah dan sbgnya membawa kesan apabila media massa memainkan peranan dgn menyajikan rancangan atau mendendangkan lagu-lagu yang dpat menyentuh perasaan mereka.

    Selain itu, acara dakwah juga mampu mengubah perasaan seseorang.

  • Kehadiran media massa juga mampu mengubah perasaan individu sama ada perasaan positif atau negatif.

    Contohnya, wanita lebih gemar membaca majalah wanita atau majalah resepi berbanding dgn majalah sport @ auto car.

    Perasaan ini lahir akibat drp pengalaman yg dihadapi oleh individu itu sendiri.

  • KESAN KOGNITIFKESAN AFEKTIFKESAN BEHAVIORAL (KELAKUAN)

  • Kesan kognitif melibatkan pemikiran seseorang individu sama ada terkesan atau tidak menerusi informasi yg disampaikan oleh sesuatu media massa.

    Contohnya, apabila rancangan berita di televisyen memaparkan berita tentang pembunuhan serta penganiyaan yg berlaku di negara kita semakin meningkat, kita seringkali berfikir bahawa kita hidup dlm keadaan yg tidak tenteram dan bahaya.

  • KESAN PROSOSIAL KOGNITIF Maksud kesan prososial kognitif ialah bagaimana media massa memberikan manfaat yg dikehendaki oleh masyarakat.

    Contohnya, rancangan Sesame Street menjadi rancangan popular dlm kalangan kanak-kanak dan membantu kanak-kanak penguasai pembelajaran bahasa Inggeris.

    Selain itu, majalah serta buku-buku spt bidang sains, geografi dan sejarah dapat membantu para pelajar menambah ilmu pengetahuan serta membina kemahiran.

  • Kesan afektif melibatkan pengaruh terhadap perasaan individu yg menghayati apa yg disampaikan oleh sesuatu media massa. Perasaan ini termasuklah, marah, kecewa, dendam, suka, hiba, pilu dan sbgnya. Antara faktor-faktornya:-Suasana emosiTahap kognitif @ pemikiran Suasana terpaanKeadaan individuketokohan

  • Kesan kelakuan merupakan akibat yg timbul dlm diri khalayak dlm bentuk perilaku, tindakan @ kegiatan. Adegan ganas dlm televisyen @ filem akn menyebabkan orang menjadi kasar dan ganas. Siaran kesejahteraan keluarga mempengaruhi suri rumah tangga dlm menjalani kehidupan berumah tangga dgn lebih baik dn sempurna. Media massa juga telah melakukan sesuatu yg bermanfaat bg khalayak. Contohnya, pelbagai jenis buku, majalah dn surat khabar telah membincangkan pelbagai ketrampilan dan seterusnya media tersebut dijadikan media pendidikan.

  • Media massa mampu mempengaruhi pemikiran & tindakan khalayak. Sbg contoh, pengaruh drpd filem animasi spt Upin dan Ipin memberi implikasi besar kpd pemikiran kanak-kanak. Media dapat mengubah pendapat masyarakat umum utk membawa perubahan yg berkesan dlm diri masing-masing. Sbg contoh, Kempen Katakan Tak Nak Merokok, menjadi isu hangat yg disiarkan di semua akhbar2 dan berita tentang bahayanya merokok kpd kesihatan.

  • Media massa mampu memberi implikasi besar kpd pengetahuan, persepsi, dan sikap masyarakat.

    Media massa terutama siaran televisyen menjadi agen sosialisasi utama dlm menyebarkan nilai-nilai kemasyarakatan dan memainkan peranan penting dlm perubahan sikap, persepsi dn kepercayaan masyarakat.

  • Komunikasi media massa memerlukan beberapa proses yang penting dlm menyampaikan maklumat, mesej, informasi, @ pesanan kpd audiens/ khalayak.Kesemua proses tersebut penting bagi melancarkan perjalanan penyampaian sesuatu maklumat supaya dapat mencapai tujuan dan matlamat sasaran.Proses komunikasi media yang berjaya mampu menarik perhatian masyarakat, memberi/ menambah ilmu pengetahuan, serta memberi amaran/ peringatan kpd masyarakat.