kokurikulum ( tajuk : abstrak rubrik )_tugasan kumpulan sem 2_uthm

5
ABSTRAK Bagi mengisi keperluan negara, pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan berkualiti yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik malahan juga cemerlang dari segi sahsiah. Menyedari tentang kepentingan ini, kami dari Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), kelas Elektif Sains Seksyen 1, Badminton Seksyen 2 telah diarahkan menjalankan pertandingan badminton dengan menerapkan Kemahiran Insaniah di kalangan peserta yang bertujuan sebagai medium di peringkat masyarakat luar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang relevan ke arah pembangunan sahsiah dan kesukanan setiap peserta. Salah satu usaha yang dijalankan oleh kami adalah menganjurkan pertandingan badminton. Program pertandingan ini melibatkan 15 orang guru dari sekolah-sekolah yang berdekatan. Hasil daripada maklumbalas peserta didapati program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menerapkan kemahiran insaniah serta memantapkan semangat kesukanan peserta dalam aktiviti berkenaan. Akhirnya, dapatan menunjukkan bahawa program pertandingan berupaya menjadi wadah dalam menerapkan KI dan seterusnya berjaya menyediakan peserta dalam menghadapi dunia global kelak.

Upload: rosdi-ramli

Post on 26-May-2015

705 views

Category:

Documents


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

ABSTRAK

Bagi mengisi keperluan negara, pendidikan memainkan peranan penting dalam

membangunkan modal insan berkualiti yang bukan sahaja cemerlang dari segi akademik

malahan juga cemerlang dari segi sahsiah. Menyedari tentang kepentingan ini, kami dari

Fakulti Pendidikan Teknikal Universiti Tun Hussien Onn (UTHM), kelas Elektif Sains

Seksyen 1, Badminton Seksyen 2 telah diarahkan menjalankan pertandingan badminton

dengan menerapkan Kemahiran Insaniah di kalangan peserta yang bertujuan sebagai medium

di peringkat masyarakat luar untuk menjalankan aktiviti-aktiviti yang relevan ke arah

pembangunan sahsiah dan kesukanan setiap peserta. Salah satu usaha yang dijalankan oleh

kami adalah menganjurkan pertandingan badminton. Program pertandingan ini melibatkan 15

orang guru dari sekolah-sekolah yang berdekatan. Hasil daripada maklumbalas peserta

didapati program ini berjaya mencapai objektifnya dalam menerapkan kemahiran insaniah

serta memantapkan semangat kesukanan peserta dalam aktiviti berkenaan. Akhirnya, dapatan

menunjukkan bahawa program pertandingan berupaya menjadi wadah dalam menerapkan KI

dan seterusnya berjaya menyediakan peserta dalam menghadapi dunia global kelak.

Page 2: Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

Kemahiran Kerja Berpasukan

Kemahiran berpasukan juga melibatkan kebolehan untuk bekerjasama dengan orang lain

daripada pelbagai latar belakang sosiobudaya untuk mencapai matlamat yang sama. Menurut

Yeop Hussin (2006), kerja berpasukan melibatkan agihan kuasa kepada kumpulan kecil

kakitangan supaya mereka dapat menjalankan tugas atau projek dengan berkesan. Di samping

itu, setiap pasukan mempunyai ketua yang merangka gerak kerja dan mengawasi tindakan ahli

pasukan supaya matlamat organisasi dapat dicapai. Menurut Yeop Hussin (2006) lagi, antara

elemen yang perlu ada mencerminkan ciri-ciri kerja berpasukan ialah kepimpinan sebagai

ketua, keanggotaan sekumpulan kecil kakitangan atau ahli, rangkaian hubungan erat dan

berkesan, cara menyelesaikan masalah dan mencapai matlamat yang jelas.

Individu yang memimpin sesebuah pasukan perlulah bersifat adil, saksama dan

mampu menguasai suasana tegang, berusaha meredakan konflik dalam pasukan serta

mempunyai pertimbangan berkaitan kesan tindakan ke atas pasukan dan ahli. Ahli dalam

pasukan perlulah bersedia melaksanakan tugas dan arahan, menyumbang idea,

bertanggungjawab dan aktif dalam membuat perancangan serta tindakan. Jalinan hubungan

antara ketua dan ahli pasukan penting ke arah mewujudkan kerjasama dan persefahaman.

Saling memahami peranan dan tugas masing-masing dapat melahirkan keadaan bertolak ansur

dan toleransi antara ketua dan ahli, serta sesama ahli pasukan. Hubungan yang akrab dapat

membina persahabatan, rasa hormat dan saling mempercayai. Kerja berpasukan menekankan

kata sepakat dan persetujuan apabila sesuatu keputusan atau cadangan pembaharuan

dikemukakan. Kerja berpasukan melatih perkongsian idea dan pendapat untuk menyelesaikan

kesulitan yang timbul. Konflik yang berlaku pula perlu diselesaikan dengan hati yang

terbuka. Kerja berpasukan mampu berada pada landasan yang tepat apabila matlamat yang

ingin dicapai dalam pasukan dinyatakan dengan jelas. Ia juga secara tidak langsung dapat

menyedarkan ahli mengenai tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan (Yeop

Hussin, 2006).

Page 3: Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

Menurut Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (2006), kemahiran berpasukan

melibatkan:

i. Kebolehan untuk membina hubungan baik, berinteraksi dengan orang lain dan bekerja

secara efektif bersama untuk mencapai objektif yang sama.

ii. Kebolehan untuk memahami dan mengambil peranan bersilih ganti antara ketua

kumpulan dan ahli kumpulan.

iii. Kebolehan mengenal dan menghormati sikap, kelakuan dan kepercayaan orang lain.

iv. Kebolehan memberi sumbangan kepada perancangan dan menyelaraskan hasil usaha

kumpulan.

Kerja berpasukan penting bagi meningkatkan mutu kerja, mengambil keputusan dan

menyiapkan tugas yang telah diberikan. Menurut Yeop Hussin (2006) antara faedah kerja

berpasukan adalah penggunaan sumber yang saksama, perkongsian pengetahuan dan

pengalaman, pengukuhan organisasi, penambahbaikan prestasi kerja, semangat, kepuasan dan

motivasi bekerja.

Secara keseluruhannya, bagi memastikan program ini berjaya, kebanyakkan aktiviti-

aktiviti yang dijalankan memerlukan ahli pasukan berkerja secara berkumpulan. Antaranya

ialah melakukan penyelarasan ketika menyiapkan program, menyediakan minit mesyuarat

sebelum program untuk menyelesaikan masalah yang diberikan, perbincangan dan penilaian

oleh rakan dalam kumpulan dan mereka perlu mempertahankan idea-idea utama dalam projek

mereka semasa sesi pembentangan. Dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para pelajar

secara tidak langsung telah mengaplikasikan kaedah-kaedah berikut:

• Kebolehan membina hubungan baik,

berinteraksi dengan ahli kumpulan dan bekerja secara efektif bersama mereka untuk

mencapai objektif yang sama.

Page 4: Kokurikulum ( Tajuk : Abstrak rubrik )_Tugasan Kumpulan Sem 2_UTHM

• Kebolehan memahami dan mengambil peranan,

bersilih ganti antara ketua kumpulan dan ahli kumpulan.

• Kebolehan mengenali dan menghormati sikap,

kelakuan dan kepercayaan orang lain. Hasil projek ini secara amnya adalah daripada

idea kritis setiap kumpulan dan kerjasama untuk mengendalikannya.

Kemahiran Kepimpinan

Selain dari melaksanakan pertandingan ini secara berkumpulan, ahli jawatankuasa pelaksana

telah diwujudkan yang terdiri daripada kumpulan kami bagi memastikan kelancaraan

pelaksanaan program pertandingan badminton ini. Setiap jawatankuasa pelaksana akan

melantik seorang ahli untuk menjadi ketua. Tugas ketua adalah membuat pemerhatian semasa

menjalankan projek dan ketua tersebut akan dinilai oleh rakan ahli dalam kumpulan. Dalam

aktiviti-aktiviti yang dijalankan, para ahli secara tidak langsung telah mengaplikasikan

kaedah-kaedah seperti berikut:

• Pengetahuan tentang teori asas kepimpinan.

• Kebolehan untuk memimpin kumpulan.