abcd dan rubrik

22
NAMA PELAJAR ANGKA GILIRAN NOMBOR KP KUMPULAN UNIT KOD/ NAMA KURSUS NAMA PENSYARAH TARIKH HANTAR 1

Upload: norma-saad

Post on 06-Oct-2015

40 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

kk

TRANSCRIPT

NAMA PELAJAR

ANGKA GILIRAN

NOMBOR KP

KUMPULAN UNIT

KOD/ NAMA KURSUS

NAMA PENSYARAH

TARIKH HANTAR

SEKALUNG BUDI

AssalamualaikumBersyukur kehadrat Illahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menyiapkan folio saya yang telah diusahakan selama ini yang bertajuk .... Folio yang ini amat penting buat saya memandangkan perkara ini merupakan sebahagian daripada kerja khusus subjek

Ribuan terima kasih saya ucapkan kepada individu penting yang banyak membantu saya sepanjang saya menyiapkan projek folio saya ini. Pertama sekali kepada ........, Tuan ... kerana beliau telah banyak memberikan bimbingan dan semangat kepada semua pelajar.

Seterusnya, terima kasih juga kepada ibu bapa saya kerana memberikan sokongan dan dorongan kepada saya sepanjang folio ini disiapkan. Terima kasih yang tidak terhingga juga saya ucapkan kerana memberikan saya bantuan dari segi kewangan.

Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berhempas pulas dalam menyempurnakan projek masing-masing. Bantuan kalian dari segi informasi terkini mengenai projek folio amat saya hargai. Budi kalian yang sanggup meluangkan masa untuk memberikan saya maklumat tidak akan saya lupakan.

Akhir sekali terima kasih kepada pihak-pihak yang telah membantu saya secara langsung atau tidak langsung sepanjang projek saya dijalankan dan dibentangkan.

SENARAI KANDUNGAN

BILPERKARAMUKA SURAT

1Pengenalan 4

2A. Pengertian dan konsep pentaksiran PSV5

3Jenis-jenis pentaksiran 6

4Tujuan pentaksiran7

5B. Jenis-jenis Pentaksiran dan Tujuan Pentaksiran8-14

6C. Kaedah pentaksiran dan Bentuk pentaksiran15-17

7D. Penilaian Hasil Kerja dan Penilaian Portfolio18-19

RUBRIK HOLISTIK DAN ANALITIK21-23

8Bibliografi 24

1.0 PENGENALAN

Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama ada guru `mengajar` dan pelajar `belajar`. Melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah , aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran berkesan. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada hari ini. Justeru itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh mengunakan pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1.1A. PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN, JENIS-JENIS PENTAKSIRAN DAN TUJUAN PENTAKSIRANDalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Dalam erti kata yang lain pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. la merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan. la hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. (Akta 550). Menurut Stufflebeam (1971) pentaksiran adalah proses mengenal pasti, memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Pentaksiran menentukan jurang perbezaan antara apa yang dihasilkan dengan apa yang dihasratkan dari sesuatu program pendidikan. Pentaksiran merupakan pertimbangan profesional iaitu proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Beberapa pakar seperti Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996) menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan. Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun 2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Dodge et. al. (1994) pula mengatakan pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran danperkembangan mereka yang dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan oleh kanak-kanak. Menurut Hills (1993), pentaksiran melibatkan langkah yang pelbagai dalam mengumpul maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak dan proses pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama pentaksiran juga dikatakan akan dapat mengenalpasti signifikannya matlamat dan objektif pendidikan serta rnenggunakan maklumat yang ada untuk merancang program yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak, Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa dalam penulisan mengenai pentaksiran yang bersesuaian dengan kanak-kanak perlu melibatkan penilaian yang bermakna terutama dalam aspek pemerhatian dan pengukuran yang dibuat ke atas diri kanak-kanak yang lebih bermakna untuk bakal generasi akan datangDari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pendedahan tentang pentaksiran prestasi juga turut dilaksanakan. Pentaksiran prestasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelaksanaan tugasan dan yang satu lagi ialah set pemarkahan kriteria atau Rubrik. Tujuan pentaksiran dijalankan di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang, menilai aktiviti yang dijalankan, mendapatkan maklumat secara berterusan, memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid, melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif serta merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang dikenalpasti.Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar.Dasar penting bagi pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui langkah-langkah pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan penilaian amat penting.Pelbagai makna dan konsep yang telah diterangkan bagi istilah pentaksiran. Melalui pemerhatian berdasarkan huraian tersebut pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.Secara keseluruhannya pentaksiran bertujuan untuk mengenal pasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Dalam konteks pendidikan,pentaksiranmerupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor da menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu Hasil pentaksiran membolehkan guru mengambil tindakan susulan yang berkesan dan seterusnya membantu guru mengembangkan potensi murid ke tahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor. Pentakiran dapat dirumuskan seperti carta di bawah;

1.2A Jenis-jenis PentaksiranTerdapat lapan jenis pentaksiran dalam Pendidikan seni Visual. Antara pentaksiran berikut ialah;BilJenis Pentaksiran

1Pentaksiran Autentik

2Pentaksiran Performance Baced

3Pentaksiran Tindakan dan Penambahbaikan

4Pentaksiran Pembentukan Watak

5Pentaksiran Motivasi

6Pentaksiran Aspek Nilai dan Sahsiah

7Pentaksiran Kendiri

8Pentaksiran Berbantukan Komputer

1.3A. Tujuan Pentaksiran Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid. Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif. Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan. Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran seseorang pelajar.

2.0 B. JENIS-JENIS PENTAKSIRAN DAN TUJUAN PENTAKSIRANDari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pendedahan tentang pentaksiran prestasi juga turut dilaksanakan. Pentaksiran prestasi ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu pelaksanaan tugasan dan yang satu lagi ialah set pemarkahan kriteria atau Rubrik. Tujuan pentaksiran dijalankan di bilik darjah semasa proses pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang, menilai aktiviti yang dijalankan, mendapatkan maklumat secara berterusan, memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid, melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif serta merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan yang dikenalpasti.2.1.1Pentaksiran AutentikPentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna (Rudner & Boston, 1994). Dengan kaedah dan amalan yang digunakan di kebanyakan sekolah maka amat wajar pentaksiran autentik. Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam bidang pendidikan di sekolah dengan rasional lain seperti di setiap sekolah perlu mempunyai sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk perkembangan murid. Selain itu pentaksiran ini perlu diperkenalkan secara telus untuk ibu bapa dan anak-anak mereka serta perlu ada program jambatan dengan program di sekolah dan kesinambungan subjek. Pihak yang tertentu seperti Kementerian Pendidikan, Lembaga Peperiksaan, Pusat Perkembangan Kurikulum, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain yang terlibat dalam pendidikan di sekolah diharap dapat membuahkan sesuatu atau menghasilkan sesuatu berkaitan garis panduan pentaksiran yang lebih sejagat dan mantap. Pentaksiran yang berkesan sangat bergantung kepada bagaimana untuk menganalisis dan mentafsir keputusan yang dihasilkan oleh pelbagai strategi, kaedah dan alat pentaksiran. Dalam proses pelaksanaan sama ada yang telah atau bakal dilakukan, adalah juga diharapkan guru memahami, mahir, berupaya, dan mengamalkan penggunaan pelbagai jenis alat pentaksiran yang sesuai dengan sasaran utama pendidikan di sekolah.

2.1.1.1Tujuan Pentaksiran Autentika) Untuk pemahaman yang lebih jelas dalam menganalisis keperluan kaedah penilaian.b) Memperbaiki penyediaan guru dalam proses pembelajaran dan perkembangan murid-murid.c) Sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif, dan konstuktif.d) Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang dilaksanakan.e) Guru diharap berupaya membuat keputusan serta bersedia untuk melakukan refleksi kritikal.

2.1.2Pentaksiran Perfomance Base

Pentaksiran perfomance based adalah penilaian yang mengkehendaki murid untuk menunjukkan keaslian hasil kerja dan pada akhirnya akan di nilai berdasarkan kriteria yang lebih spesifik. Pentaksiran performance based membekalkan guru dengan maklumat mengenai bagaimanakah murid memahami dan mengaplikasikan pengetahuannya. Mereka boleh menggunakan penilaian secara produk dan kemahiran yang boleh di perhatikan dan dinilai dengan kriteria yang terperinci. Tugasan yang mempunyai lebih dari satu penyelesaian selalunya mendekatkan mereka kepada pentaksiran secara perfomance based. Guru akan membantu murid untuk menggunakan kemahiran berfikir seperti kajian dan analisis. Contohnya adalah seperti memberikan ilmu, menulis kertas kajian, mencuba peralatan, dan membina serta mengelola eksprimen sains.Persoalan yang timbul perlu kita ketahui dalam pentaksiran ini di mana kita perlu tahu bagaimana untuk mengetahui pencapaian murid dalam pentaksiran Performance Based. Peringkat pertama adalah memberikan takrifan kepada murid dan guru mengenai persepsi mengenai tugasan yang diberikan. Peringkat kedua pula adalah setelah definisi diberikan atau di temui, guru dan murid menilai berdasarkan objektif tugasan dengan tepat. Setelah peringkat tadi selesai, seseorang yang berkecuali akan melaksanakan proses tersebut secara individu untuk mengetahui ketepatan penilaian yang dilaksanakan. Dengan kata lain, penulisan kriteria persembahan akan membolehkan guru untuk mengekalkan pencapaian terutamanya dalam kemahiran mentaksir.Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:1. Portfolio (dapatan hasil kerja) Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara keseluruhannya.2. Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi sebenar).Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid dan keberkesanan penyelesaian masalah dalam sesuatu situasi yang diberikan.3. Mengukur berdasarkan keupayaan.Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada murid seperti :--Bahan penulisan -Persembahan -Gerak kerja projek

Tujuan Pentaksiran Performance Baseda. Memberikan takrifan kepada murid dan guru mengenai persepsi mengenai tugasan yang diberikan.b. Guru dan murid dapat menilai berdasarkan objektif tugasan dengan tepat.c. Membolehkan guru untuk mengekalkan pencapaian terutamanya dalam kemahiran mentaksir.d. Menyimpan maklumat berkaitan dengan pencapaian murid itu sendiri.

2.1.3Pentaksiran Hasil dan PembelajaranDefinisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan kepada individu yang terlibat.Tujuan Pentaksiran Hasil dan PembelajaranPentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian yang sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang. Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan bebentuk individu.

2.1.4Pentaksiran dan Tindakan Penambahbaikan Satu proses pengawalan yang berlaku apabila pelajar menggunakan maklum balas yang diperoleh untuk membuat pembetulan, penyesuaian dan mungkin juga pertukaran dan perubahan dalam apa-apa yang mereka fahami.Tujuan Pentaksiran dan Penambahbaikana) mencari kelemahan murid.b) membuat penambahbaikan guru dan murid.c) Guru dapat merancang Pdp berikutnya dengan lebih berkesan.d) Murid dan guru dapat memahami kehendak masing-masing.

2.1.5Pentaksiran dan motivasiSuatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan. Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam diri manusia. Tujuan Pentaksiran dan MotivasiTingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi. Motivasi bertujuan; 1. sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam tindakannya sama ada secara negatif atau positif1. Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan1. Darjah Kesungguhan1. Stimulator / semangatTiga Kategori Motivasii. Motif Primer :1. Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar1. Faali/psikologis1. Keinginan untuk makan & minumii. Motif Umum:1. Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar1. Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia1. Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikaniii. Motif Sekunder:1. Tumbuh sebagai hasil proses belajar1. Tidak berhubungan dengan proses faali1. Kebutuhan berprestasi & berkuasa

2.1.6Pentaksiran Aspek Nilai dan SahsiahPentaksiran berbentuk nilai merupakan proses di mana murid dan guru dapat melakukan sesuatu hasil dengan lebih baik. Guru boleh membuat penambahbaikan dari segi penilaian nilai dan sahsiah yang terkandung dala karya mahupun murid tersebut. Dengan pentaksiran nilai dan sahsiah, guru dapat membantu murid yang mempunyai kelemahan berbanding murid yangmempunyai kemahiran yang tinggi. 2.1.7Pentaksiran Pembentukan WatakPentaksiran pembentukan watak ialah merupakan salah satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan. Terdapat empat komponen utama dalam mencorakkan pentaksiran ini iaitu melalui proses, maklumat, produk dan penghakiman.

Tujuan Pentaksiran Pembentukan Wataka) Proses Proses bagaimana penghasilan produk itu berlaku atau dengan kata lain sebagai satu cara seorang seniman itu bekerja.b) Maklumat mendapatkan maklumat bagaimana sesuatu produk itu, cara penghasila asas bagi seni tersebut dan bagaimana ianya digunakan. Selain itu, ia sebagai satu proses mencari tema sesebuah karya.c) Produk ialah satu produk yang dihasilkan berdasarkan maklumat dan proses yang dilalui.d) Penghakiman penilaian dan pentaksiran produk.

Terdapat lima ciri pentaksiran pembentukan watak yang akan dinilai melalui;i) Sikap pencipta karya tersebut.ii) Perwatakan umum dan perkembangan emosi - Perkembangan Perwatakan pengkarya dan perkembangan emosi pelajar mampu mempengaruhi produk yang dihasilkan. Contohnya pengkarya menghasilkan karya yang berkaitan dengan kehidupan atau perasaan dalaman mereka.iii) Minat dan keutamaan Lazimnya pengkarya lebih suka menghasilkan karya mengikut minat dan dan keutamaan mereka.iv) Trait tingkahlaku- Tingkah laku pengkarya mampu mempengaruhi produk. Contohnya cara bekerja, dan stail mereka dalam menghasilkan karya.v) Konsep kendiri Pengkarya mampu menaikkan konsep kendiri dalam karyanya dengan menunjukkan stail tersendiri dalam menghasilkan produk.

Teknik Pentaksiran Watak3. Projektif - (Skala pemeringkatan ujian inventori atau ujian projektif untuk mengukur beberapa aspek sahsiah luaran dan dalaman).3. Skala kadar - (darjah pencapaian murid dari segi pencapaian dan gred, teknik ini boleh dilakukan di dalam kumpulan.3. Laporan Kendiri - Refleksi tentang produk sendiri.3. Pengukuran situasi3. Prosedur pemerhatian

2.1.8 Pentaksiran Berbantukan KomputerMerupakan satu-satunya pentaksiran yang menggunakan komputer sebagai medium untuk merekod data supaya lebih tepat dan cekap. Pentaksiran ini juga membolehkan data yang diperolehi disimpan dengan lebih tersusun dan bersistematik. Melalui kaedah pentaksiran ini, beberapa kebaikan telah dikenalpasti seperti, data dapat disimpan lebih lama, lebih sistematik dan tersusun, dapat memudahkan guru untuk merekod, menyimpan dan menyusun maklumat pentaksiran murid serta dapat memotivasikan, meningkatkan kefahaman, merangsang penglibatan, mengekalkan minat pelajar terhadap pelajaran serta meningkatkan tahap pembelajaran murid. Tujuan Pentaksiran Berbantukan Komputer a) Faham kehendak hasil pembelajaran yang diinginkan oleh guru. b) Pentaksiran menggalakan pembelajaran merentas kurikulum. c) Pentaksiran yang konsisten dan telus.d) Murid dapat menentukan perkara yang terbaik untuk memperoleh hasil pembelajaran yang terbaik seperti yang diinginkan 2.1.9Pentaksiran KendiriKonsep kendirimerupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi keyakinan dan harga dirinya.Tujuan Pentaksiran Kendirimembolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu;memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya;memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam menilai perkembangan diri dan pencapaiannya;mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu bidang/kemahiran, danmembolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.3.0C) KAEDAH PENTAKSIRAN DAN BENTUK PENTAKSIRAN3.1Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)Penilaian ini memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan, kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PKS.PKS lebih bersifat formatif iaitu mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta potensi murid. Melalui PKS, guru dapat : mengesan perkembangan murid secara menyeluruh; mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa; mengetahui keberkesanan pengajarannya; merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.PKS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian di peringkat pusat.3.2Bentuk Pentaksirana)Penilaian FormatifPenilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.Ciri-ciri pentaksiran: dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki kurikulum. dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus. bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti pembelajaran. dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.b)Penilaian SumatifPenilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar. Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.Ciri- ciri: lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam satu-satu topik pembelajaran untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhanc)PemerhatianPenilaian kaedah pemerhatian adalah merupakan jenis penilaian authentik. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) menjelaskan bahawa pemerhatian ialah sejenis bentuk penilaian autentik yang menolong guru-guru untuk membimbing murid-murid untuk mempertingkatkan kebolehan mereka secara individu. Cara paling baik untuk melaporkan pemerhatian ialah dengan menggunakan senarai semak dan rubrik. Guru-guru juga boleh menggunakan senarai semak atau rekod anekdot untuk membuat pemerhatian kognitif, afektif, psikomotor, materialistik dan persekitaran. Senarai semak selalu digunakan untuk memerhati pencapaian murid-murid selepas satu jangkamasa tertentu. Ia juga dapat digunakan untuk menentukan sama ada murid-murid telah mencapai kriteria untuk tugasan spesifik yang ditetapkan. Ia juga digunakan untuk penilaian bilik darjah kerana ia senang untuk dibentuk dan mudah untuk digunakan. d)PortfolioPortfolio menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) ialah satu koleksi yang terdiri daripada pelbagai resos dan bahan-bahan yang relevan dengan hasil pembelajaran murid dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuatu portfolio biasa mendokumentasikan semua hasil kerja murid dan mungkin termasuk perekodan proses-proses yang lain seperti draf kerja murid, penilaian kendiri murid dan penilaian ibu bapa. Oleh kerana portfolio disediakan oleh murid-murid dalam masa bebas mereka, ia juga dapat digunakan sebagai satu rekod untuk menunjukkan pencapaian mereka dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Guru-guru mesti menentukan tahap pencapaian yang murid-murid mesti menunjukan dalam portfolio mereka.e) Hasil KerjaPemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan, bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan. Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir.

4.0D. PENILAIAN HASIL KERJA DAN PENILAIAN PORFOLIO4.1Penialaian Hasil Penilaian secara lisan dan interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni, kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid dalam kemahiran berfikir. Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda, kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran. Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap murid.

Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan.Melalui penilaian ini, guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep, proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir. Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

4.2PortfolioBentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil yang hendak dibuat.Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4 aspek :Kajian Pemerhatian dan pengamatan Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai dengan kegiatan Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan Lakaran Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat idea yang konstruktif Pewujudan Idea . Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk. Rangka Sebenar Merangka reka cadang atau model Menentukan alatan dan bahan Prototaip (jika berkaitan)

Persembahan Portfolio Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat Mengikut urutan Bersih, kemas dan mudah digunakan Keempat-empat aspek yang meliputi kajian, lakaran, rangka sebenar dan persembahan boleh dihasilkan melalui sebarang bentuk, bergantung kepada keupayaan dan kemampuan fizikal pelajar, sekolah dan kemudahan yang ada kemungkinan besar pelajar akan menyediakan portfolio dalam bentuk seperti: Jurnal Diari Laporan Kompilasi catatan yang dijilid Beberapa helaian kertas yang di kokot Ataupun mungkin disket/cakera padat terdapat beberapa kegunaan portfolio secara umum.

BORANG RUBRIK DALAM BIDANG MENGGAMBAR

PSV 3113E PENTAKSIRAN & PENDIDIKAN SENI VISUAL 2014

1

2

RUBRIK PEMARKAHAN : HOLISTIKPENDIDIKAN SENI VISUAL TAHUN 5BIDANG : MENGGAMBAR TEMA: ALAM SEMULAJADI TAJUK: PEMANDANGAN DI TEPI KOLAMTEKNIK: TON WARNA DAN KERINGKEMAHIRAN: Menggambar dengan bebas menggunakan warna krayonOBJEKTIF: Pada akhir pembelajaran murid dapat : 1. Menghasilkan lukisan pemandangan di tepi kolam 2. Mewarna dengan menarik dan kemas

KEMAHIRAN DIUJIKRITERIA PEMARKAHAN (HOLISTIK)

CEMERLANGSEDERHANALEMAH

BAND 6 & 5BAND 3BAND 1 & 2

1. Pemilihan Teknik Pengaplikasian pelbagai jenis teknik penghasilan karya dengan jelas dan rnantap, Teknik yang digunakan menepati tema tugasan serta kelihatan merarik dan kreatif, Pengaplikasian beberapa jenis teknik penghasilan karya dengan jelas" Teknik yang digunakan menepati tema iugasan. Pengaplikasian satu atau dua teknik penghasilan karya sahaja dengan kurang jelas dan mantap. Teknik yang digunakan kurang menepati tugasan.

2. Aplikasi Alat & BahanCEMERLANGSEDERHANALEMAH

BAND 6 & 5BAND 3BAND 1 & 2

Pemilihan alat dan bahan yang sangat bertepatan dengan karya. Boleh nenguasai dan berkemnahiran dengan menggunakan pelbagai jenis alat dan bahan. Pernilihan alat dan bahan yang bertepatan dengan karya. Boleh menguasai dan Berkemahiran menggunakan beberapa alat dan bahan. Pemilihan alat dan bahan yang kurang bertepatan dengan karya, Kurang menguasai kemahiran menggunakan alat dan bahan.

3. Pengelolaan dan Sumber ideaCEMERLANGSEDERHANALEMAH

BAND 6 & 5BAND 3BAND 1 & 2

Perpelolaan sumber idea dengan sangat menarik dan kreatif. Dapat menghasilkan idea baru yang amat menarik dan kreatif daripada Pelbagai jenis rujukan. Pengekrlaan sumber idea yang menarik dan kreatif. Dapat menghasilkan idea baru yang menarik dan kreatif daripada rujukan. Kurang pengelolaan sumber idea dan hamper meniru balik sumber rujukan. Lemah dalam menghasilkan idea baru daripada rujukan yang sedikit.

RUBRIK: PEMARKAHAN ANALITIKBIDANG : MENGGAMBAR TAJUK : PEMANDANGAN DI TEPI KOLAMTAHAP/PERATUS (%)PROSES & TEKNIKPEILIHAN & KOMBINASI WARNAASAS SENI REKAKEMASANSIKAP & SAHSIAH

CEMERLANG80 100 Menggambar dengan teknik yang betul dan menarik. Menggunakan 3 warna asas dengan tepat dan betul. Mengandungi 3 jenis unsur seni. Mengandungi 3 jenis prinsip rekaan. Mengambar dengan sangat kemas, bersih dan teliti. Sangat komited dan berdisiplin ketika menggambar.

BAIK50-79 Menggambar dengan teknik yang betul.

Menggunakan 3 warna asas dengan tepat tetapi agak pudar Mengandungi 3 jenis unsur seni Mengandungi 2 jenis prinsip dan rekaan. Menggambar dengan kemas, bersih dan teliti. komited dan berdisiplin ketika menggambar

SEDERHANA40-49 Menggambar dengan teknik yang hampir tepat. Menggunakan 2warna asas dengan tepat tetapi pudar. Mengandungi 2 jenis unsur seni Mengandungi 2 jenis prinsip rekaan. Menggambar dengan kurang kemas, bersih dan teliti. Kurang berminat dan kurang berdisiplin ketika menggambar.

LEMAH1-39 Menggarnbar dengan teknik yang tidak tepat. Menggunakan 2warna asas dengan tepat tetapi sangat pudar. Mengandungi 1 jenis unsur seni Mengandungi 1 jenis prinsip rekaan. Menggambar dengan tidak kemas, bersih dan teliti. Tidak berminat dan tidak berdisiplin ketika menggambar.

BIBLIOGRAFI