kkbi pentaksiran psv

17
1.0 PENDAHULUAN Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi memastikan sama ada guru `mengajar` dan pelajar `belajar`. Melalui pentaksiran pengajaran dan pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa, pentadbir dan perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah , aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada pengajaran dan pembelajaran berkesan. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin berkembang sebagaimana perkembangannya pada hari ini. Justeru itu, pentaksiran perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh mengunakan pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 1

Upload: ngieng88

Post on 26-Jul-2015

605 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: KKBI PENTAKSIRAN PSV

1.0 PENDAHULUAN

Pentaksiran memainkan peranan yang penting dalam pendidikan. Pentaksiran

dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status semasa dan

seterusnya bagi tujuan perancangan program pembaikan pendidikan. Dalam

pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik darjah, pentaksiran dilakukan bagi

memastikan sama ada guru `mengajar` dan pelajar `belajar`. Melalui pentaksiran

pengajaran dan pembelajaran, para guru, murid dan ibu bapa, pentadbir dan

perancangan pendidikan mempunyai asas yang kukuh bagi meningkatkan

keberkesanan pengajaran guru dan keberkesanan pembelajaran pelajar. Malah ,

aktiviti pentaksiran menjadi sebati dengan proses pengajaran dan pembelajaran di

bilik darjah. Tanpa pentaksiran, kita tidak dapat menentukan sama ada pengajaran

dan pembelajaran berkesan. Tanpa pentaksiran, bidang pendidikan tidak mungkin

berkembang sebagaimana perkembangannya pada hari ini. Justeru itu, pentaksiran

perlu dilakukan dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti emperik, iaitu bukti-bukti

sahih tentang sesuatu pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh mengunakan

pengukuran, perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering

menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam bidang

teknologi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.

1

Page 2: KKBI PENTAKSIRAN PSV

2.0 PENGERTIAN DAN KONSEP PENTAKSIRAN

Menurut Stufflebeam (1971) pentaksiran adalah proses mengenal pasti,

memperoleh dan menyediakan maklumat berguna bagi keputusan

mempertimbangkan pilihan-pilihan yang ada pada kita. Pentaksiran menentukan

jurang perbezaan antara “apa yang dihasilkan” dengan “apa yang dihasratkan” dari

sesuatu program pendidikan. Pentaksiran merupakan pertimbangan profesional iaitu

proses yang membolehkan seseorang membuat keputusan. Beberapa pakar seperti

Stufflebeam (1971), Thorndike dan Hagen (1977) dan Kubiszyn dan Borich (1996)

menyatakan pada asasnya pentaksiran merupakan suatu proses membuat

keputusan yang sistematik melibatkan pengenalpastian, pemerolehan dan

pentafsiran maklumat yang berguna bagi pertimbangan pilihan-pilihan keputusan

berasaskan kepada sesuatu objektif pendidikan.

Mengikut pakar dan penulis buku yang terkenal dalam bidang berkenaan iaitu

David Payne dalam bukunya Applied Educational Assessment Edisi Kedua tahun

2003, pentaksiran ialah integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi

maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan

berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Dodge et. al. (1994) pula

mengatakan pentaksiran merupakan satu proses pengumpulan maklumat tentang

kanak-kanak dalam aspek pengetahuan, kemahiran danperkembangan mereka yang

dinilai melalui pemerhatian, dokumentasi dan tugasan yang dilakukan oleh kanak-

kanak.

Menurut Hills (1993), pentaksiran melibatkan langkah yang pelbagai dalam

mengumpul maklumat mengenai perkembangan kanak-kanak dan proses

pembelajaran mereka. Dalam masa yang sama pentaksiran juga dikatakan akan

dapat mengenalpasti signifikannya matlamat dan objektif pendidikan serta

rnenggunakan maklumat yang ada untuk merancang program yang berkaitan

dengan pendidikan awal kanak-kanak, Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa

dalam penulisan mengenai pentaksiran yang bersesuaian dengan kanak-kanak perlu

melibatkan penilaian yang bermakna terutama dalam aspek pemerhatian dan

2

Page 3: KKBI PENTAKSIRAN PSV

pengukuran yang dibuat ke atas diri kanak-kanak yang lebih bermakna untuk bakal

generasi akan datang

Dari segi pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah, pentaksiran boleh

didefinisikan secara ringkas sebagai satu proses sistematik untuk menentukan

sejauh mana objektif pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah tercapai. Dalam

proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah, pendedahan tentang pentaksiran

prestasi juga turut dilaksanakan. Pentaksiran prestasi ini terbahagi kepada dua

bahagian iaitu pelaksanaan tugasan dan yang satu lagi ialah set pemarkahan kriteria

atau ‘Rubrik’. Tujuan pentaksiran dijalankan di bilik darjah semasa proses

pengajaran dan pembelajaran adalah untuk mendapatkan gambaran tentang

prestasi seseorang, menilai aktiviti yang dijalankan, mendapatkan maklumat secara

berterusan, memperbaiki pengajaran dan pembelajaran, merancang aktiviti

pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan

tahap keupayaan murid, melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam

kelas secara efektif serta merancang dan melaksanakan aktiviti tindakan susulan

yang dikenalpasti.

Dalam konteks sekarang, istilah pentaksiran mula digunakan dalam membuat

penilaian. Popham (2000) berpendapat istilah pengukuran, pengujian dan

pentaksiran digunakan silih berganti dan dianggap sebagai sinonim. Dalam konteks

pendidikan, pentaksiran merupakan sebahagian daripada proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan

menterjemah maklumat pembelajaran seseorang pelajar. Dasar penting bagi

pencapaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan melalui langkah-langkah

pengujian, pengukuran dan penilaian yang tepat dan berkesan dijalankan dalam

kelas. Justeru kecekapan guru dalam membangun instrumen pengujian dan

penilaian amat penting.

Pelbagai makna dan konsep yang telah diterangkan bagi istilah pentaksiran.

Melalui pemerhatian berdasarkan huraian tersebut pentaksiran merupakan satu

proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman tentang

produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merangkumi aktiviti menghurai,

merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang hasil pembelajaran

seseorang pelajar.

3

Page 4: KKBI PENTAKSIRAN PSV

3.0 PENTAKSIRAN AUTENTIK

Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak

mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan memberi maklum

balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang bermakna (Rudner & Boston,

1994). Dengan kaedah dan amalan yang digunakan di kebanyakan sekolah maka

amat wajar pentaksiran autentik. Ringkasnya pentaksiran autentik merupakan satu

sistem penilaian yang sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna

dalam bidang pendidikan di sekolah dengan rasional lain seperti di setiap sekolah

perlu mempunyai sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk

perkembangan murid. Selain itu pentaksiran ini perlu diperkenalkan secara telus

untuk ibubapa dan anak-anak mereka serta perlu ada program jambatan dengan

program di sekolah dan kesinambungan subjek.

Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam

menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan kanak-kanak

di sekolah. Antara ciri-cirinya ialah menilai pemahaman melalui penampilan tugasan

yang dilaksanakan, subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi, subjek

membina maksud yang tersirat dan berpusatkan kepada murid-murid. Pentaksiran

jenis autentik bukan sahaja boleh meninggalkan kesan yang positif terhadap

kemajuan murid-murid malah dapat memperbaiki penyediaan guru dalam proses

pembelajaran dan perkembangan murid-murid untuk kesediaan ke alam

persekolahan yang lebih tinggi. Pentaksiran autentik juga disarankan oleh segelintir

pakar psikologi sebagai satu sistem penilaian yang berbentuk kontektual, kolaboratif,

dan konsttuktif. Ciri-ciri ini yang amat sesuai dengan sistem pendidikan di Malaysia

dewasa ini.

Pihak yang tertentu seperti Kernenterian Pendidikan, Lembaga Peperiksaan,

Pusat Perkembangan Kurikulum, Badan Bukan Kerajaan dan lain-lain yang terlibat

dalam pendidikan di sekolah diharap dapat membuahkan sesuatu atau

menghasilkan sesuatu berkaitan garis panduan pentaksiran yang lebih sejagat dan

mantap. Pentaksiran yang berkesan sangat bergantung kepada bagaimana untuk

4

Page 5: KKBI PENTAKSIRAN PSV

menganalisis dan mentafsir keputusan yang dihasilkan oleh pelbagai strategi,

kaedah dan alat pentaksiran. Dalam proses pelaksanaan sama ada yang telah atau

bakal dilakukan, adalah juga diharapkan guru memahami, mahir, berupaya, dan

mengamalkan penggunaan pelbagai jenis alat pentaksiran yang sesuai dengan

sasaran utama pendidikan di sekolah.

Melalui pentaksiran autentik guru diharap berupaya membuat keputusan serta

bersedia untuk melakukan refleksi kritikal terhadap amalanyang digunakan. Segala

usaha untuk mewujudkan sistem pentaksiran autentik yang standard memerIukan

keperihatinan dan penelitian serta pemantauan berterusan agar proses yang berjalan

tiada mengalami kecacatan. Dengan kata lain, dalam pendidikan di sekolah,

pentaksiran perIu mengikuti peredaran masa dan sangat memainkan peranan

penting bagi membantu kejayaan dan kecemerlangan sistem pendidikan dari

peringkat akar umbi kehidupan manusia.

5

Page 6: KKBI PENTAKSIRAN PSV

4.0 PENTAKSIRAN PERFORMANCE BASED

Pentaksiran “perfomance based” adalah penilaian yang mengkehendaki murid

untuk menunjukkan keaslian hasil kerja dan pada akhirnya akan di nilai berdasarkan

kriteria yang lebih spesifik.

Pentaksiran performance based membekalkan guru dengan maklumat

mengenai bagaimanakah murid memahami dan mengaplikasikan pengetahuannya.

Mereka boleh menggunakan penilaian secara produk dan kemahiran yang boleh di

perhatikan dan dinilai dengan kriteria yang terperinci. Tugasan yang mempunyai

lebih dari satu penyelesaian selalunya mendekatkan mereka kepada pentaksiran

secara perfomance based. Guru akan membantu murid untuk menggunakan

kemahiran berfikir seperti kajian dan analisis. Contohnya adalah seperti memberikan

ilmu, menulis kertas kajian, mencuba peralatan, dan membina serta mengelola

eksprimen sains.

Persoalan yang timbul perlu kita ketahui dalam pentaksiran ini di mana kita

perlu tahu bagaimana untuk mengetahui pencapaian murid dalam pentaksiran

Performance Based. Peringkat pertama adalah memberikan takrifan kepada murid

dan guru mengenai persepsi mengenai tugasan yang diberikan. Peringkat kedua

pula adalah setelah definisi diberikan atau di temui, guru dan murid menilai

berdasarkan objektif tugasan dengan tepat. Setelah peringkat tadi selesai,

seseorang yang berkecuali akan melaksanakan proses tersebut secara individu

untuk mengetahui ketepatan penilaian yang dilaksanakan. Dengan kata lain,

penulisan kriteria persembahan akan membolehkan guru untuk mengekalkan

pencapaian terutamanya dalam kemahiran mentaksir.

Melalui pentaksiran ini, kita juga dapat menyimpan maklumat berkaitan

dengan pencapaian murid itu sendiri. Terdapat 4 perkara yang perlu diketahui dalam

proses menyimpan maklumat yang berhubung dengan pencapaian berdasarkan

pentaksiran performance based. Antaranya ialah rubrik, senarai semak, naratif dan

memori. Rubrik penilaian merupakan dokumen yang berkaitan dengan skala

pencapaian yang diperolehi oleh murid-murid berdasarkan pemerhatian guru

6

Page 7: KKBI PENTAKSIRAN PSV

berhubung dengan kriteria yang ditetapkan. Ianya adalah berhubung dengan tajuk

atau perkara yang hendak dinilai. Kebiasaannya rubrik penilaian ini menetapkan

empat atau lima tahap yang dikehendaki contohnya tahap satu adalah lemah, tahap

dua sederhana, tahap tiga baik dan sehinggalah kepada cemerlang. Ianya haruslah

disesuaikan dengan jenis tajuk atau perkara yang dipilih.

Penilaian melalui senarai semak pulak adalah jenis dokumen yang mudah

untuk dilakukan di mana penilaian tersebut hanyalah diberi dua kategori. Kategori

yang dimaksudkan ialah samada murid dapat melakukannya ataupun tidak dapat

melaksanakannya. Ini amat mudah untuk dilaksanakan tetapi agak kurang tepat bagi

memastikan ianya berkesan atau tidak bagi tindakan yang selanjutnya dibuat.

Walaubagaimanapun penilaian cara ini memang mudah untuk dilaksanakan.

Bagi penilaian naratif pula ianya adalah berbentuk penulisan yang disimpan.

Sekiranya ingin membuat penilaian terhadap murid berdasarkan tugasan yang

diberikan kita perlulah membuat penerangan yang tepat bagaimana murid tersebut

dapat melaksanakan kriteria pencapaian yang ditetapkan. Keburukan yang dapat

diperhatikan berdasarkan penilaian jenis ini adalah memerlukan banyak masa untuk

melaksanakannnya.

Penilaian yang terakhir dalam pentaksiran performance based adalah

penilaian secara memori. Maksudnya di sini adalah guru perlu membuat pemerhatian

secara rawak berdasarkan perkara yang ingin dinilai. Maklumat melalui pemerhatian

perlu diingat oleh seseorang guru tersebut samada murid tersebut dapat

melaksanakan atau tidak bagi tugasan yang diberikan berdasarkan pencapaian

murid. Di sini kelemahan bagi penilaian ini adalah kesukaran bagi guru tersebut

untuk menilai ketetapan terutamanya dalam masa yang agak lama untuk menyimpan

data dalam ingatannya.

Jadi di sini, penilaian performance based ini memerlukan guru memahami

murid-muridnya berdasarkan empat contoh jenis penilaian yang boleh dibuat oleh

guru tersebut. Pemilihan penilian ini haruslah disesuaikan dengan perkara yang ingin

dinilai serta kesukaran penilian tersebut. Hasil daripada penilaian tersebut, guru

dapat melihat kelemahan dan kekuatan yang terdapat pada diri muridnya.

7

Page 8: KKBI PENTAKSIRAN PSV

5.0 PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir

penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.

Penilaian sumatif bertujuan untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir

penggal persekolahan atau akhir tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan

sesuatu kurikulum. Penilaian sumatif adalah satu cara penilaian yang lebih berbentuk

formal. Penilaian ini juga biasa dikenali sebagai penilaian produk. Sebagai satu

matlamatnya adalah mengkaji darjah keberkesanan tentang pencapaian yang

terhasil di dalam perbincangan. Di samping itu, penilaian cara ini juga cuba

mengukur impak kejayaan perlaksanaan perbincangan yang dijalankan. Sudah

tentunya fokus yang diutamakan di dalam penilaian secara ini adalah hasil

perbincangan.

Terdapat ciri-ciri yang dapat dikenalpasti dalam penilaian sumatif ini. Melalui

penilaian ini ianya lebih menumpukan tahap penguasaan murid dalam sesuatu topik

pembelajaran yang diajar. Selain itu ianya lebih kepada penentuan pencapaian murid

pada akhir sesuatu penggal persekolahan dan juga digunakan untuk menentukan

keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan.

Dalam penilaian sumatif ini, terdapat beberapa langkah yang perlu dibuat

untuk membentuk sesuatu ujian sumatif. Pada peringkat pertama apa yang penting

ialah membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi maklumat yang lengkap

berkaitan objektif, bentuk item, jumlah item, tempoh penilaian, kandungan dan

sebagainya. Ini bagi memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan

kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi. Langkah yang kedua ialah dengan

menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan perlakuan yang ingin diuji.

Setiap item haruslah menguji objektif pelajaran yang telah ditetapkan. Langkah yang

ketiga pula ialah mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan item

mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan dengan item mengisi tempat

kosong, esei dan sebagainya. Item juga boleh disusun mengikut susunan topik atau

mengikut aras kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras rendah

diikuti aras lebih tinggi.

8

Page 9: KKBI PENTAKSIRAN PSV

Seterusnya ialah menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan

kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam pemberian markah murid-

murid. Setelah menyiapkan skema pemarkahan maka tindakan yang selanjutnya

ialah menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya murid lakukan

dalam menjawab setiap soalan yang dikemukakan. Kemudian pengujian item perlu

dijalankan terlebih dahulu iaitu melalui ujian rintis kepada sampel pelajar bagi

memastikan ujian yang bakal dijalankan itu benar-benar sah dan boleh dipercayai

serta dapat membaiki kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.

Pada peringkat terakhir, seharusnya kita menganalisis item yang telah ditadbir

secara rintis bagi mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item,

ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan serta memastikan

pilihan jawapan yang disediakan (distraktor) dapat berperanan dengan baik.

Tujuan penilaian ini dilaksanakan adalah untuk membantu murid-murid secara

individu dalam meningkatkan pencapaian serta memberikan gred kepada murid-

murid berdasarkan pencapaian yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.

Selain daripada itu, penilaian ini dibuat adalah untuk mengiktiraf kebolehan dan

kemahiran yang dimiliki oleh murid. Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar

dalam penilaian yang dijalankan. Malahan ianya juga dapat dijadikan sebagai

petunjuk dalam memulakan sesuatu topik baru yang berkaitan dan memperlihatkan

peringkat pencapaian yang berbeza mengikut kumpulan.

9

Page 10: KKBI PENTAKSIRAN PSV

6.0 PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan

pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar. Penilaian

formatif juga dikenali sebagai penilaian proses.

Terdapat beberapa ciri yang perlu kita ketahui dalam penilaian formatif.

Penilaian ini dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki

kurikulum. Ianya dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi daripada

penilaian ini digunakan secara terus menerus. Selain itu ianya bercorak ujian

diagnostik yakni yang dapat memberikan input akan masalah yang dihadapi murid

dalam mengikuti pembelajaran. Apa yang penting di sini ialah penilaian formatif

dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Maklumat

yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta dalam memperbaiki pengajaran

dan pembelajaran agar murid dan guru sama-sama memperolehi manfaat

daripadanya. Contoh yang kita dapat lihat dalam penilaian formatif adalah seperti

sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak

ditentukan grednya.

Berdasarkan penilaian formatif terdapat lima langkah yang perlu dilaksanakan.

Langkah yang pertama adalah dengan menentukan topik pembelajaran. Dengan ini,

sukatan pelajaran yang mengandungi beberapa topik seharusnya dihabiskan

sepanjang sesi persekolahan untuk satu tahun bagi mengadakan penilaian formatif.

Topik yang dipilih adalah berdasarkan sukatan pelajaran yang telah disusun

mengikut peringkat kesukaran. Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang

luas, maka penekanan harus diberikan. Caranya dengan mengecilkan lagi topik

tersebut kepada sub-topik tertentu. Berdasarkan cara tersebut guru akan dapat

memastikan murid-muridnya menguasai sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum

meneruskan kepada topik-topik yang lain. Jadi, sebelum beralih kepada topik lain,

guru akan mengadakan ujian formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

10

Page 11: KKBI PENTAKSIRAN PSV

Langkah yang kedua adalah dengan menyatakan aspek dan tahap

pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran. Di sinilah peranan guru dalam

menentukan kebolehan muridnya dalam mengenal warna simbol, membaca dan lain-

lain mengikut keperluan topik berkenaan. Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka

guru boleh menentu tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap

satu-satu topik berkenaan. Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80%

hingga 90% murid telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik,

memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai topik berkenaan.

Langkah yang ketiga pula dengan menghubungkaitkan elemen-elemen yang

terdapat dalam setiap topik. Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat

dalam topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu dengan

berdasarkan taksonomi pendidikan. Setelah pemeringkatan mengikut tahap

perlakuan selesai, gurus seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang

terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak terpisah.

Langkah seterusnya dalam melaksanakan penilaian formatif ialah membentuk

soalan ujian. Tindakan ini perlu dilakukan selepas penentuan elemen-elemen

berkenaan. Setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada murid sekurang-

kurangnya satu soalan. Prosedur yang terakhir dalam penilaian ini ialah

mencadangkan langkah susulan. Oleh itu, guru perlulah mengetahui tahap

penguasaan sesuatu topik pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh

murid-murid. Tindakan susulan ini seharusnya dilaksanakan berdasarkan keputusan

ujian yang diperolehi oleh murid-murid. Tindakan ini dibuat berdasarkan pemerhatian

guru di mana murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara dalam sesuatu

topik. Jadi, tindakan selanjutnya yang harus diambil oleh guru ialah dengan

mengulang semula topik yang berkenaan atau mengubah suai pendekatan

penyampaian pengajaran dan pembelajaran agar murid-murid boleh menguasai topik

tersebut.

Dengan menggunakan penilaian formatif kita dapat memperbaiki pengajaran

pembelajaran yang digunakan di dalam bilik darjah sekaligus meningkatkan

pencapaian murid pada akhir sesuatu pelajaran. Penilian formatif ini juga bertujuan

untuk memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud samada pada

11

Page 12: KKBI PENTAKSIRAN PSV

penyampaian guru ataupun penguasaan murid dan seterusnya guru akan

memperbaiki agar murid dapat menguasai topik yang diajar dengan lebih baik.

Dengan erti kata lain guru dapat menolong murid-murid dalam menguasai sesuatu

unit atau topik pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi

pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester persekolahan. Guru

juga dapat memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian murid. Ini akan

menjadikan satu kepuasan kepada guru apabila mereka dapat meningkatkan

pencapaian murid-murid dari semasa ke semasa.

Sehubungan dengan itu, guru dapat meningkatkan dan mengekalkan

pencapaian murid-murid. Hal ini dapat dilihat melalui perbandingan yang boleh

dibuat antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid sebelum ini

melalui rekod ujian formatif yang dikendalikan dan dengan mencatat masalah yang

dihadapi oleh murid-murid. Apa yang penting langkah penyelesaian masalah perlulah

sentiasa diperbaiki untuk mengekalkan prestasi murid dan guru boleh meramal

sendiri pencapaian pada akhir penggal persekolahan.

12

Page 13: KKBI PENTAKSIRAN PSV

7.0 PERBEZAAN ANTARA PENILAIAN SUMATIF DAN FORMATIF

PENILAIAN SUMATIF PENILAIAN FORMATIF

Definisi

Penilaian sumatif ialah penilaian

yang dibuat pada akhir pengajaran

( akhir penggal/ akhir tahun), yang

bertujuan untuk menilai

pencapaian akhir pelajar.

Penilaian formatif adalah penilaian

yang dibuat secara berterusan, iaitu

sepanjang proses pengajaran dan

pembelajaran, untuk menilai

keberkesanan pengajaran guru dan

pembelajaran pelajar bagi setiap

tajuk yang diajar.

Ciri-ciri

penilaian

1. Menumpukan tahap

penguasaan murid dalam

sesuatu topik pembelajaran

yang diajar.

2. Penentuan pencapaian

murid pada akhir sesuatu

penggal persekolahan.

3. Menentukan keberkesanan

sesuatu kurikulum secara

menyeluruh.

1. Bercorak ujian diagnostik

yakni yang dapat

memberikan input akan

masalah yang dihadapi murid

dalam mengikuti

pembelajaran.

2. Dijalankan sepanjang masa

dan maklumat yang

diperolehi daripada penilaian

ini digunakan secara terus

menerus. Maklumat yang

diperolehi hendaklah

digunakan serta merta dalam

memperbaiki pengajaran dan

pembelajaran agar murid dan

guru sama-sama

memperolehi manfaat

daripadanya.

3. Memperoleh maklumat bagi

memperbaiki kurikulum.

13

Page 14: KKBI PENTAKSIRAN PSV

Prosedur

Penilaian

1. Membentuk jadual

penentuan ujian yang

mengandungi maklumat

yang lengkap berkaitan

objektif, bentuk item, jumlah

item, tempoh penilaian,

kandungan dan

sebagainya.

2. Menggubal soalan-soalan

yang berkaitan dengan isi

dan perlakuan yang ingin

diuji.

3. Mengumpul item secara

sistematik.

4. Menyiapkan skema

pemarkahan bagi tujuan

penyemakan kertas ujian.

5. Menyediakan arahan yang

jelas tentang apa yang

seharusnya murid lakukan

dalam menjawab setiap

soalan yang dikemukakan.

6. Pengujian item perlu

dijalankan terlebih dahulu

iaitu melalui ujian rintis

kepada sampel pelajar bagi

memastikan ujian yang

bakal dijalankan itu benar-

benar sah dan boleh

dipercayai serta dapat

membaiki kelemahan-

kelemahan yang wujud

pada item berkenaan.

1. Menentukan topik

pembelajaran.

2. Menyatakan aspek dan

tahap pencapaian bagi

sesuatu topik pembelajaran.

3. Menghubungkaitkan elemen-

elemen yang terdapat dalam

setiap topik.

4. Membentuk soalan ujian.

5. Mencadangkan langkah

susulan.

14

Page 15: KKBI PENTAKSIRAN PSV

7. Menganalisis item yang

telah ditadbir secara rintis

bagi mengetahui aras

kesukaran item, daya

diskriminasi item,

ketunggalan item, kesahan

dan kebolehpercayaan

berkenaan serta

memastikan pilihan

jawapan yang disediakan

(distraktor) dapat

berperanan dengan baik.

Tujuan

penilaian

1. Membantu murid-murid

secara individu dalam

meningkatkan pencapaian

serta memberikan gred

kepada murid-murid

berdasarkan pencapaian

yang ditunjukkan dalam

peperiksaan yang diadakan.

2. Mengiktiraf kebolehan dan

kemahiran yang dimiliki

oleh murid.

3. Petunjuk dalam memulakan

sesuatu topik baru yang

berkaitan dan

memperlihatkan peringkat

pencapaian yang berbeza

mengikut kumpulan.

1. Memperbaiki pengajaran

pembelajaran yang

digunakan di dalam bilik

darjah sekaligus

meningkatkan pencapaian

murid pada akhir sesuatu

pelajaran.

2. Memperlihatkan kelemahan-

kelemahan yang wujud

samada pada penyampaian

guru ataupun penguasaan

murid dan seterusnya guru

akan memperbaiki agar

murid dapat menguasai topik

yang diajar dengan lebih

baik.

3. Guru juga dapat

memperbaiki kualiti serta

dapat meramal pencapaian

murid.

15

Page 16: KKBI PENTAKSIRAN PSV

8.0 RUBRIK PENILAIAN

16

Page 17: KKBI PENTAKSIRAN PSV

9.0 RUMUSAN

17