pentaksiran psv lengkap

81
(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual) TAJUK 1 Pengertian dan Konsep Pentaksiran PSV SINOPSIS Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul, maka fungsi ’pengujian dan penilaian’ sebagai indikator pencapaian atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, akan memberi maklum balas atau gambaran yang sebenar tentang keupayaan pelajar. Seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru itu sendiri. Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran dan penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara penilaian berasaskan norma dan kriteria. HASIL PEMBELAJARAN Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat; i. Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan penilaian dalam pendidikan; ii. Menjelaskan konsep kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan, kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran; 1

Upload: hasrulnizam-hassan

Post on 02-Feb-2016

100 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

tambahan tajuk yg hilang

TRANSCRIPT

Page 1: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

TAJUK 1 Pengertian dan Konsep Pentaksiran PSV

SINOPSIS

Apabila pemahaman tentang konsep dapat didalami dengan betul,

maka fungsi ’pengujian dan penilaian’ sebagai indikator pencapaian

atau penguasaan pelajar dalam sesuatu kemahiran, akan memberi

maklum balas atau gambaran yang sebenar tentang keupayaan

pelajar. Seterusnya dapat meningkatkan lagi kualiti pengajaran guru

itu sendiri.

Modul ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran

dan penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi ciri-ciri utama

ujian, bentuk-bentuk penilaian dan membezakan di antara penilaian

berasaskan norma dan kriteria.

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;

i. Menjelaskan konsep dan matlamat pengujian, pengukuran dan

penilaian dalam pendidikan;

ii. Menjelaskan konsep kesahan, kebolehpercayaan, keobjektifan,

kebolehtadbiran dan kemudahtafsiran;

iii. Membezakan bentuk penilaian formatif, sumatif, pra kelayakan dan

diagnostik serta penilaian alternatif.

1

Page 2: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

KERANGKA TAJUK-TAJUK

1.1.1 Pengertian dan Tujuan Pengajaran dan Penilaian

Penilaian memainkan peranan penting dalam pendidikan. Penilaian

dilakukan dalam semua aspek pendidikan bagi mengenal pasti status

semasa dan seterusnya bagi tujuan perancangan program

penambahbaikan pendidikan. Dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik

darjah, penilaian dilakukan bagi mengetahui sama ada guru ‘mengajar’

dan pelajar ‘belajar’.

Justeru itu, penilaian pengajaran dan pembelajaran perlu dilakukan

dengan sempurna dan berkesan. Bukti-bukti 1empirikal tentang sesuatu

pengajaran dan pembelajaran yang diperoleh menggunakan pengukuran

perlu dianalisis. Memandangkan pengukuran di bilik darjah sering

menggunakan ujian, pengujian merupakan salah satu aspek utama dalam

bidang penilaian pengajaran.

Seseorang guru biasanya 2merangka objektif dan kandungan pelajaran

yang hendak diajar sebelum merancang strategi dan kaedah pengajaran

1 Empirical bermaksud penemuan atau keputusann yang diperolehi daripada bukti-bukti pemerhatian sama ada secara langsung atau diulangi.2 Langkah-langkah menyediakan soalan

2

PENTAKSIRANPSV

Pentaksiran Pengujian Penilaian

Page 3: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

tajuk berkenaan. Kemudian, beliau akan menyediakan soalan sama ada

untuk kuiz, ujian atau peperiksaan. Dalam merancang dan membina

soalan, adalah penting agar soalan-soalan tersebut relevan, sesuai dan

menepati objektif tajuk pembelajaran yang dirancang serta kandungan

yang diajar.

Seterusnya, kertas jawapan pelajar perlu diperiksa, diskor, dianalisis dan

ditafsir bukan sahaja untuk membuat penilaian yang adil terhadap

penguasaan pelajar dalam kursus yang diajar, malah bagi mengenal pasti

kekuatan dan kelemahan soalan dan seterusnya pengajaran pensyarah.

Justeru pemahaman terhadap konsep penilaian, pengukuran dan

pengujian, ciri-ciri utama soalan ujian, matlamat mereka bentuk soalan

formatif, sumatif, pra kelayakan dan diagnostik serta norma dan kriteria

sangat penting bagi seseorang pensyarah bagi memastikan pengajaran

dan penilaiannya bermutu dan adil.

1.1.2 Konsep Pentaksiran

Pentaksiran merupakan satu episod dalam proses pembelajaran yang

merangkumi aktiviti mengumpul, merekod, memberi skor,

menginterpretasi, menghurai maklumat tentang pembelajaran seseorang

bagi tujuan tertentu.

1.1.2.1 Definisi Pentaksiran

Satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat

penghakiman tentang produk sesuatu proses pendidikan.

1.1.2.2 Tujuan pentaksiran

i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran

3

Page 4: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran

iii. Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan

pembelajaran

iv. Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

1.1.2.3 Prinsip Pentaksiran

1.1.3 Pengertian Pengujian

Pengujian merupakan proses mengaturkan satu siri tugasan untuk

diselesaikan supaya pemerhatian tepat dibuat tentang penguasaan

pelajar dalam sesuatu bidang atau mata pelajaran. Ujian adalah alat ukur.

bagi mengukur ‘penguasaan’ pelajar dalam sesuatu kursus. Ujian

mengandungi satu set tugasan (dalam bentuk tugasan) yang berdasarkan

sesuatu kursus bagi merangsang pelajar untuk ‘menunjukkan’ tahap

penguasaan mereka dalam kursus berkenaan. Tahap penguasaan pelajar

biasanya dikuantifikasikan dengan memberi skor kepada jawapan yang

diberi.

Memandangkan ujian merupakan alat ukur yang sering digunakan untuk

mendapatkan bukti empirik bagi tujuan penilaian pengajaran dan

pembelajaran di sekolah, tumpuan perlu diberi bagi membina ujian yang

bermutu, mentadbir ujian berkenaan dengan betul dan mentafsir

4

Prinsip Pentaksiran

Instrumen Kumpulan yang

ditaksir

Respons Kumpulan yang

menaksir

Skor

Page 5: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

dapatannya dengan tepat. Kita perlu memastikan penilaian terhadap

keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dapat dilakukan dengan

sempurna dan boleh dipertahankan. Satu daripada cara-cara memastikan

ini berlaku ialah dengan menjalankan pengujian yang berkualiti.

1.1.3.1 Tujuan Pengujian Pengajaran dan Pembelajaran

Tujuan utama pengujian ialah untuk menghasilkan bukti yang boleh

digunakan bagi membuat penilaian terhadap pengajaran dan

pembelajaran. Penilaian di bilik darjah boleh membantu para guru

menambah baik pengajaran mereka dan pembelajaran pelajar. Selain

matlamat diagnosis pengajaran dan pembelajaran, skor ujian digunakan

sebagai asas bagi pengredan, pemilihan, penempatan, kaunseling dan

bimbingan pelajar.

a. Diagnosis

Satu daripada tujuan pengujian ialah untuk mendiagnos kesukaran yang

dihadapi dalam pengajaran dan pembelajaran. Diagnosis pengajaran

diperlukan bagi mengesan sejauhmana pengajaran guru berkesan.

Sekiranya berkesan, guru akan lebih yakin untuk meneruskan strategi dan

kaedah pengajarannya. Sekiranya tidak berkesan, guru boleh

menganalisis dan mengesan kelemahan yang ada supaya strategi dan

kaedah pengajaran guru boleh diubahsuai, diperbaiki dan dipertingkatkan.

b. Pengredan

Pengujian juga dilakukan bagi tujuan pengredan pelajar. Guru boleh

mengred pencapaian pelajar kepada kategori ‘lulus’ atau ‘gagal’, ‘lemah’,

‘sederhana’ atau ‘cemerlang’ atau gred ‘A’, ‘B’ ‘C’, ‘D’ atau ‘E’. Melalui

5

Page 6: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

pengredan pelajar, kita boleh memberitahu ibu bapa dan pihak berkaitan

tentang prestasi akademik pelajar khususnya berbanding dengan prestasi

pelajar lain.

Dengan adanya maklumat gred, guru dan ibu bapa boleh memainkan

peranan membantu dan seterusnya melibatkan diri dalam proses

pendidikan pelajar. Rangsangan luaran seperti penghargaan, nasihat,

sokongan, bantuan dan kerjasama dari pihak-pihak yang terbabit dengan

pendidikan pelajar khususnya ibu bapa sangat penting bagi meransang

kemajuan dan pembangunan pelajar di sekolah.

c. Pemilihan dan Penempatan

Seringkali juga skor dan keputusan ujian digunakan sebagai asas bagi

pemilihan dan penempatan pelajar. Sebagai contoh pelajar yang

cemerlang dalam sesuatu mata pelajaran sains mungkin dipilih untuk

mewakili sekolah. Skor dan keputusan ujian juga digunakan bagi

pemilihan pelajar untuk mengikuti kursus tumpuan bidang tertentu.

d. Kaunseling dan Bimbingan

Keputusan dan skor ujian boleh digunakan untuk membantu pelajar

supaya berdaya maju. Berasaskan keputusan ujian, para guru dan

kaunselor boleh membantu pelajar mengenal pasti kelemahan dan

kekuatan masing-masing supaya program dan tindakan intervensi

dilakukan bagi memperbaiki keadaan pelajar. Keputusan ujian juga

membantu para guru dan kaunselor untuk memberi khidmat bimbingan

misalnya bagi memandu pelajar menceburi bidang kerjaya yang diminati.

1.1.4 Konsep Penilaian

6

Page 7: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Penilaian merupakan satu proses memperolehi maklumat kuantitatif bagi

menentukan perubahan tingkah laku dan membuat pertimbangan menilai.

Proses menilai dapat memberi maklumat tentang pencapaian objektif

pelajaran, kaedah mengajar seorang guru dan keberkesanan kurikulum.

Dijalankan sebelum, semasa atau selepas satu sesi pengajaran guru

berdasarkan sesuatu pembelajaran spesifik atau keseluruhan kurikulum.

1.1.4.1 Tujuan Penilaian

i. Mengetahui keupayaan, kemahiran atau pengetahuan asas

yang sedia ada pada pelajar-dalam perkara yang hendak

diajar.

ii. Menolong guru mengetahui sejauh manakah pelajar mereka

telah dapat menguasai atau mempelajari perkara yang telah

disampaikan.

iii. Membandingkan pencapaian pelajar dengan teman-teman

sekelasnya atau dengan peringkat kelas yang sama di

sekolah.

iv. Menentukan pelajar yang tinggi keupayaan dan yang amat

lemah dalam pencapaian mereka.

7

Page 8: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

v. Membolehkan guru menilai bahan-bahan dan teknik serta

kaedah pengajaran mereka.

vi. Membolehkan pelajar mengetahui kelemahan-kelemahan

mereka dalam sesuatu kemahiran atau bidang itu dan

segera pula memperbaikinya.

1.1.4.2 Jenis-Jenis Penilaian

Banyak cara kita boleh mengkelaskan penilaian. Penilaian yang dibuat

berasaskan tujuan dan masa boleh dikelaskan kepada penilaian formatif,

sumatif, pra kelayakan dan diagnostik dan alternatif. Penilaian pengajaran

juga boleh dilakukan melalui pelbagai hasil pembelajaran pelajar seperti

disertasi, projek, kajian kes, portfolio, bengkel, seminar dan oral pelajar.

Justeru ujian yang dibina perlu mencerminkan tujuan dan masa sesuatu

penilaian dilakukan. Terdapat dua jenis penilaian berdasarkan kepada

masa dan tujuan pelaksanaan penilaian iaitu penilaian formatif dan

sumatif.

a. Penilaian Formatif

Penilaian formatif digunakan untuk mengesan kemajuan yang dicapai

oleh pelajar dalam unit-unit pelajaran yang diajar. Penilaian formatif

dilakukan bagi memastikan pelajar telah menguasai setiap unit pelajaran

sebelum mereka diperkenalkan dengan unit pelajaran baru seterusnya.

Penilaian formatif sangat berguna bagi tujuan diagnosis. Dengannya

punca-punca kelemahan pelajar dapat dikesan.

Penilaian formatif dapat menentukan samada pelajar telah bersedia untuk

mengikuti pelajaran berikutnya yang lebih tinggi dan rumit. Penilaian

8

Page 9: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

formatif juga boleh meningkatkan motivasi pelajar untuk belajar.

Penggunaan penilaian formatif sangat ditekankan di sekolah.

Memandangkan laporan penilaian formatif adalah untuk tujuan diagnosis

kelemahan pelajar dalam unit-unit pelajaran, pelaporan penilaian formatif

amat sesuai dirumuskan sebagai “menguasai” atau “tidak menguasai”

sesuatu isi unit pelajaran. Pencapaian ujian formatif tidak sesuai digred.

b. Penilaian Sumatif

Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan

pelajar dalam keseluruhan kursus. Penilaian sumatif biasanya dilakukan

pada akhir sesi kursus. Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir

semester. Memandangkan penilaian sumatif dibuat pada akhir kursus,

skor-skor dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan

melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal

pengajaran pensyarah dan pembelajaran pelajar. Skor penilaian sumatif

banyak digunakan bagi tujuan pemilihan dan penempatan pelajar ke alam

pembelajaran yang lebih tinggi.

Latihan

9

Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan

penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan

dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan

penilaian sumatif?

[Jawapan anda perlu didokumentasikan di dalam portfolio PSV3111]

Page 10: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

c. Penilaian Pra Kelayakan dan Diagnostik

Penilaian pra kelayakan digunakan sebagai petunjuk sama ada pelajar

berpotensi, bersedia dan mempunyai kecerdasan, bakat dan minat

terhadap sesuatu bidang yang ingin beliau ceburi. Penilaian diagnostik

pula dilakukan sebagai cara untuk mengesan sama ada pelajar sudah

bersedia untuk mengikuti pelajaran seterusnya. Sekiranya beliau belum

bersedia, guru dapat mengesan kelemahan dan kekuatan pelajar agar

pembetulan serta penambahbaikan yang berkaitan boleh lakukan.

- Ujian Pencapaian

Ujian pencapaian mengukur secara khusus sejauh mana pelajar telah

menguasai isi sesuatu kursus yang diajar. Ujian pencapaian

mempersoalkan apa yang pelajar telah belajar? Seringkali ujian

pencapaian merujuk kepada ujian bagi mengukur tingkah laku pengajaran

dan pembelajaran kognitif, afektif dan psikomotor.

- Ujian Kecerdasan

Ujian kecerdasan adalah ujian yang direka khusus untuk mensampel

secara luas pelbagai fungsi mental (pemikiran) supaya dapat

menganggarkan tahap intelektual am seseorang individu.

- Ujian Prestasi

Ujian prestasi adalah ujian yang memerlukan pelajar menunjukkan

pemahaman dan kemahiran mereka dalam melakukan aktiviti atau siri

aktiviti seharian. Ujian prestasi memberi rangsangan kepada pelajar untuk

memperkenal dan mengembangkan aktiviti pemikiran dan taakulan

mereka berasaskan kepada kurikulum yang diajar. Di antara teknik yang

digunakan dalam ujian prestasi ialah menghendaki pelajar merakam

sebahagian aktiviti, menemubual pelajar bagi mengesahkan kebolehan,

kefahaman dan pemikiran mereka. Teknik portfolio juga sering digunakan

bagi memeriksa hasil kerja pelajar. Melalui teknik portfolio guru boleh

menentukan sama ada kerja yang dilakukan memenuhi kehendak soalan

ujian.

10

Page 11: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

d. Penilaian Alternatif

Penilaian prestasi yang menegaskan bahawa kaedah penilaian ini

memberi satu alternatif kepada pengujian kertas dan pensil tradisional.

Penilaian pengajaran di sekolah sering melibatkan penilaian berdasarkan

hasil pembelajaran yang ditunjukkan oleh pelajar. Antara penilaian

alternatif ini adalah penilaian terhadap disertasi, projek, kajian kes,

portfolio, seminar, bengkel dan oral pelajar.

PERKAITAN 3P

Berdasarkan rajah di atas, kita dapati ketiga-tiga konsep berkenaan

mempunyai perkaitan rapat dalam proses mendapatkan tahap

keberkesanan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Tujuan atau

objektif sesuatu penghakiman produk P&P membabitkan ketiga-tiga aspek

bekenaan.

Mengumpul Maklumat

11

Pentaksiran

PenilaianPengujian

Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu

contoh ujian pencapaian, ujian kecerdasan, ujian prestasi, dan

ujian alternatif.

Page 12: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

TAJUK 2 JENIS-JENIS PENTAKSIRAN

SINOPSIS

Pembelajaran pendidikan seni secara umumnya adalah untuk membina

keupayaan bagi menghargai dan mendiskriminsi apa yang dilihat oleh

mata. Literasi visual ini juga meliputi keupayaan menghargai dan

memanipulasi bahasa tampak yang menghendaki seseorang

itu berkeupayaan untuk membaca imej-imej visual. Disamping keupayaan

ini menerusi pendidikan seni juga pelajar diberi peluang untuk membina

kemahiran psikomotor dalam berbagai-bagai bidang kemahiran. Begitu

juga dengan pembinaan berbagai nilai bagi menyuburkan domain

afektifnya. Ini adalah teras kepada pembelajaran Pendidikan Seni.

Pendidikan Seni perlu memenuhi keperluan pelajar-pelajarnya

untuk mendapatkan keupayaan dan kemahiran tersebut.

Sejauhmanakah pencapaian pelajar-pelajar dalam membina keupayaan,

kemahiran dan memupuk nilai tersebut dicapai? Sejauhmanakah

pencapaian dan berkesannya pengajaran dalam mata pelajaran ini?

Untuk menjawab persoalan ini, satu proses penilaian perlu dilakukan.

Penilaian pendidikan seni boleh dijadikan sebagai petunjuk untuk

membuat diagnosis bagi membantu pelajar yang bermasalah. Mekanisma

untuk mendapatkan maklumat tersebut adalah dengan mengadakan

pengukuran, pengujian atau penilaian.

12

Page 13: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;

i. Menjelaskan jenis-jenis pentaksiran yang boleh dijalankan oleh

pihak penilai;

ii. Menjelaskan konsep pentaksiran yang pelbagai;

iii. Membezakan bentuk – bentuk pentaksiran.

Konsep Pentaksiran

Dalam konteks pendidikan, pentaksiran merupakan satu episod dalam

proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul,

merekod, memberi skor dan menginterpretasikan maklumat tentang hasil

pembelajaran seseorang pelajar bagi tujuan tertentu. Pentakiran dapat

dirumuskan seperti carta di bawah;

13

Langkah / tindakan / operasi yang digunakan untuk mendapatkan hasil yang dikehendaki

Proses

Bukti tentang prestasi pelajar dalam sesuatu perkara yang ditaksirMaklumat

Proses pertimbangan tentang pencapaian pendidikan pelajarPenghakiman

Pengetahuan, kemahiran dan nilai yang pelajar perolehi setelah melalui proses pendidikan

Produk.

Page 14: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Tujuan Pentaksiran

i. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam

pembelajaran

ii. Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan

pembelajaran

iii. Merupakan satu proses untuk menghasilkan nilai kuantitatif untuk

menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan dalam

pembelajaran juga bertujuan untuk memberi maklumat tentang

pencapaian akademik, kemahiran atau sikap

iv. Merangkumi aspek penilaian, pengujian dan pengukuran.

Memikirkan

14

“Mengapa perlu penilaian dalam Pendidikan Seni?”

Berikan pendapat anda berdasarkan tiga domain iaitu;

- Domain kognitif

- Domain afektif

- Domain psikomotor

Maklumat anda perlu dipersembahkan dalam bentuk peta

minda dan dimasukkan ke dalam porfolio. Atas

persetujuan bersama anda juga boleh emailkan kepada

pensyarah untuk tujuan semakan.

Page 15: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

1.2.1 Jenis Pentaksiran

1.2.1.1 Pentaksiran autentik

Pentaksiran authentik bermaksud mengevaluasi pengetahuan atau

keahlian pelajar dalam konteks yang mendekati dunia sebenar atau

kehidupan nyata sedekat mungkin. Mengikut Rudner & Boston (1994)

Pentaksiran autentik adalah proses yang memerlukan kanak-kanak

mendemonstrasikan pengetahuan, kemahiran dan strategi dengan

memberi maklum balas dan atau hasilan dalam konteks atau realiti yang

bermakna. Pentaksiran autentik digunakan seperti yang disebut oleh

seperti yang disebut oleh Hills (1993) bahawa pentaksiran autentik ini

meliputi pentaksiran dari pelbagai aspek merangkumi pengetahuan

pelajar, pemahaman mendalam, penyelesaian masalah, kemahiran sosial,

sikap terhadap persekitaran, dan simulasi terhadap situasi dunia sebenar.

Dalam erti kata lain, pentaksiran autentik ini juga merupakan suatu proses

yang melibatkan pelbagai bentuk pengukuran prestasi yang boleh

mereflek tahap pembelajaran pelajar, kejayaan, motivasi dan sikap pada

aktiviti yang releven.

Menurut Grace (1992) pula, menjelaskan bahawa penilaian autentik ini

merupakan amalan yang membabitkan kanak-kanak secara realistik

dalam menilai kemajuan mereka sendiri. Ia juga melibatkan pentaksiran

yang dilakukan secara berterusan. ‘Realistik’ dan ‘bermakna’ merupakan

terma yang sering digunakan dalam pentaksiran autentik. (Sumber:

Buku Educational Assessment of Students).

15

Page 16: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Umumnya pentaksiran autentik merupakan satu sistem penilaian yang

sesuai untuk dicadangkan sebagai satu sistem yang bermakna dalam

bidang pendidikan seni visual dengan rasional lain seperti yang berikut:

a) Perlu ada sistem yang mentaksir secara autentik atau bermakna untuk

perkembangan kanak-kanak:

- Eisner (19 80) kanak-kanak membuat pengamatan, membuat

tafsiran dan tanggapan seterusnya melahirkan konsep.

- Brown (19 80) mendapati bahawa pengalaman kanak-kanak dalam

memerhati ketika melukis atau membuat lakaran mengembangkan

pemikiran yang kritis.

b) Perlu diperkenalkan sistem pentaksiran yang telus untuk ibu bapa dan

kanak-kanak

c) Perlu ada program jambatan di sekolah dengan program di sekolah

dan kesinambungan subjek.

16

Page 17: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Ciri-ciri Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik adalah untuk pemahaman yang lebih jelas dalam

menganalisis keperluan kaedah penilaian ini dalam bidang pendidikan

awal kanak-kanak.

Antara ciri-cirinya ialah:

i. Menilai pemahaman melalui penampilan tugasan yang

dilaksanakan.

ii. Indikator profisensi melalui aktiviti melakukannya.

iii. Subjek menganalisis, mensintesis dan mengaplikasi.

iv. Subjek membina maksud yang tersirat.

v. Berpusatkan kanak-kanak.

Contoh-contoh pentaksiran autentik;

Persembahan tarian

Mempersembahkan karya tulis asli kepada rakan- rakan sebaya

Mendemostrasikan hasil karya dalam pameran seperti Science fair

(pameran Sains) atau Art show ( pertunjukan Seni)

Menunjukkan keterampilan yang dimiliki dalam bentuk

pengumpulan portfolio.

Kebaikan kaedah penilaian autentik ini kepada pelajar ;

Dapat mengungkapkan secara total seberapa baik pemahaman

akademik mereka.

Menghubungkan pembelajaran dengan pengalaman mereka sendiri,

dunia mereka dan masyarakat luas.

Mengungkapkan dan memperkuatkan penguasaan kompetensi

mereka.

17

Page 18: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Menangani teknologi dan berfikir sistematik.

Kesimpulan Pentaksiran Autentik

Pentaksiran autentik yang disarankan dapat mengukur kemajuan kanak-

kanak dari pelbagai aspek perkembangan kanak-kanak. Kaedah

pentaksiran ini juga akan dapat memperbaiki penyediaan guru dalam

proses pernbelajaran dan perkembangan kanak-kanak untuk kesediaan

ke alam persekolahan yang lebih tinggi.

1.2.1.2 Pentaksiran Hasil Pembelajaran

Definisi kepada pentaksiran hasil pembelajaran adalah proses

pengumpulan data yang memberitahu sama ada aktiviti atau pengalaman

yang disediakan telah memberi kesan kepada mereka yang terlibat atau

dalam kata lain, adakah hasil yang dipelajari mampu memberi perubahan

kepada individu yang terlibat.

Sekolah yang terlibat sebagai pihak yang menentukan hasil pembelajaran

yang diharapkan. Tidak hanya memilih matapelajaran yang tertentu

sahaja. Keputusan yang diperolehi mestilah berdasarkan nilai

keberkesanan aktiviti yang dijalankan bukan kepada sesorang individu

sahaja. Pihak sekolah menggunakan maklumat yang diperoleh untuk

menentukan kaedah yang terbaik untuk membantu menangani masalah

yang dirasakan perlu. Penilaian yang diadakan mestilah bersifat

berterusan. Pihak penilai mestilah berakauntabiliti dan berkepimpinan

dalam menjalankan penilaian.

Pendekatan yang yang dikemukan dikemukan oleh oleh MONTGOMERY

tentang pentaksiran berasaskan berasaskan hasil pembelajaran;

18

Page 19: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Kebaikan kaedah pentaksiran hasil pembelajaran ini boleh dikategorikan

kepada 3 bahagian;

19

Student Learning Outcomes (SLO)

• Jangkaan hasil pembelajaran yang

diperoleh dengan memberi penekanan

kepada pertambahan ilmu pengetahuan ,

kemahiran dan sikap.

Student Progress Outcomes (SPO)

• Berterusan iaitu murid dapat melakukan

perubahan yang lebih baik dalam peringkat

yang seterusnya.

• Penilaian tidak dilakukan pada satu tahap

semata- mata.

• Pembelajaran bersifat berterusan maka

• pentaksiran juga bersifat berterusan.

Page 20: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

20

Kebaikan kepada

kepada pelajarpelajar:

- Faham kehendak hasil pembelajaran

yagdiharapkan.- Pentaksiran

lebih konsisten dan telus.

- Pentaksiran menggalakan pembelajaran

merentas kurikulum.

- Murid dapat menentukan pekara yang

terbaik untuk memperoleh

hasilpembelajaran yang terbaik.

Kebaikan kepada

kepada penilaipenilai:

- Menentukan sama ada hasil pembelajaran

yang diharapkan

tercapai atau tidak.

- Dapat menerangkan

keadaan muriddengan lebih

terperinci.- Memberikan

bukti kukuh dalam kejayaan

sesuatu hasil pembelajaran.

Kebaikan kepadakepada sekolahsekolah

- Bukti komitmen berterusan sekolah

dalamusaha

memperkmbgkan potensi murid.- Menyediakan

maklumat bertepatan untukrujukan yang akan

datang.- Menerapkan nilai akaunbiliti dalammengumpulkan

maklumat berkaitan

perkmbgan murid.- Memberi

maklumat berguna untuk merancang tindakan susulan

dalam usaha meningkatkan

keberkesanan hasil pembelajaran.

Page 21: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Kesimpulan

Pentaksiran ini mempertingkatkan pembelajaran berdasarkan penilaian

yang sistematik. Murid akan cuba menguasai hasil pembelajaran yang

spesifik. Pentaksiran ini memacu sekolah ke arah yang lebih cemerlang.

Pembelajaran yang berterusan akan berlaku kerana penilaian bersifat

berterusan. Pentaksiran lebih terarah kepada program yang afektif bukan

bebentuk individu.

1.2.1.3 Pentaksiran “Performance Based”

Definisi kepada Pentasiran Performaced Based ialah proses yang

menggunakan subjek penglibatan murid dalam sesuatu aktiviti yang

dijalankan. Kaedah ini mengkhendaki pelajar menggunakan

pengetahuan dengan bermakna juga menghendaki pelajar mahir

menggunakan pelbagai kemahiran (contohnya, penulisan, penyelidikan,

perdebatan, kemahiran komunikasi dan kemahiran berfikir secara kritis).

Memberi pelajar peluang untuk memperbaiki dan melakukan

penambahbaikan melalui pemikiran kritis dari masa ke semasa dalam

memperoleh kejayaaan pada masa hadapan. Merangsang pelajar

menggunakan kombinasi kemahiran, pengetahuan, kemampuan yang ada

dalam dunia sebenar.

Jenis- jenis Pentaksiran Performanced Based:

1. Portfolio (dapatan hasil kerja)

21

Page 22: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Kaedah ini selalu digunakan untuk menilai pencapaian individu

murid dari semasa ke semasa. Ianya juga suatu cara yang

membolehkan penilaian terhadap murid dibuat secara

keseluruhannya.

2.  Kaedah pentaksiran berpusat (simulasi berdasarkan situasi

sebenar).

Pentaksiran akan dibuat berdasarkan kepada penglibatan murid

dan keberkesanan penyelesaian masalah

dalam sesuatu situasi yang diberikan.

3.  Mengukur berdasarkan keupayaan.

Pentaksiran ini dapat dinilaikan seperti bahan contoh daripada

murid seperti :-

- Bahan penulisan

- Persembahan

- Gerak kerja projek

1.2.1.4 Pentaksiran dan Motivasi

Suatu variabel perantara yang digunakan untuk menerangkan faktor-

faktor dalam diri individu, yang dapat membangkitkan, mempertahankan

dan menyalurkan tingkah laku ke arah suatu tujuan tertentu. Motivasi tidak

dapat terlihat dari luar. Motivasi dapat menggerakkan manusia untuk

menampilkan suatu tingkah laku kearah pencapaian suatu tujuan.

Motivasi berhubungan dengan kekuatan (dorongan) yang berada di dalam

diri manusia. Tingkah laku dapat dilandasi oleh berbagai macam motivasi;

22

Page 23: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

sesuatu yang menggerak dan mengarahtuju seseorang dalam

tindakannya sama ada secara negatif atau positif

Pengarah Tujudan Penggerak Tindakan

Darjah Kesungguhan

Stimulator / semangat

Tiga Kategori Motivasi

i. Motif Primer :

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar

Faali/psikologis

Keinginan untuk makan & minum

ii. Motif Umum:

Dibawa sejak lahir & bukan hasil proses belajar

Tidak berhubungan dengan proses faali tubuh manusia

Kebutuhan kasih sayang, rasa ingin tahu & diperhatikan

iii. Motif Sekunder:

Tumbuh sebagai hasil proses belajar

Tidak berhubungan dengan proses faali

Kebutuhan berprestasi & berkuasa

1.2.1.5 Pentaksiran Konsep kendiri 

Konsep kendiri merupakan penilaian seseorang terhadap dirinya atau

cara dia menganggap tentang dirinya secara positif atau negatif. Untuk

membina konsep kendiri seseorang juga menerima penilaian daripada

orang lain. Hal ini meliputi persepsi tentang diri dan alam sekelilingnya

melalui dirinya dan juga perasaan tentang kebolehannya meliputi

keyakinan dan harga dirinya.

23

Page 24: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pelajar merupakan penilai

terbaik terhadap pembelajaran mereka. Guru tidak mungkin akan

mengetahui apa yang pelajar benar-benar tahu atau berupaya

mengetahui. Namun, kadang-kadang pelajar sendiri juga tidak mengenal

keupayaan sendiri tanpa membuat refleksi, pertimbangan dan penilaian.

Penilaian kendiri membolehkan pelajar menilai, dan seterusnya mengenal

diri sendiri. Carl Rogers (1950), mendefinisikan konsep kendiri sebagai

suatu gambaran persepsi seseorang tentang ciri-ciri dan kebolehannya,

persepsi dan konsep kendiri berbanding dengan orang lain dan

persekitarannya. Terdapat juga kajian yang dilakukan mengenai cara

memahami konsep kendiri.

Dari segi psikologi, Hall dan Landsay seperti yang dipetik oleh Staats

(1963), berpendapat konsep kendiri boleh dilihat dalam 2 cara, iaitu:

tanggapan diri seseorang individu

proses yang menentukan tingkah laku seseorang individu

Syarifah Alawiah (1987), pula menyatakan kendiri merupakan suatu

organisasi, peribadi bagi seseorang individu yang unik dan dinamik lahir

daripada interaksinya dengan persekitaran. Hal tersebut seterusnya akan

menentukan ciri tingkah laku perasaan dan fikiran.

Fungsi

Dalam pembelajaran, baik di dalam mahupun di luar bilik darjah, penilaian

kendiri;

• membolehkan pelajar secara individu, mengukur dan membuat

refleksi terhadap kekuatan dan kelemahan kendiri dalam

penguasaan sesuatu kemahiran atau disiplin ilmu;

24

Page 25: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

• memberi panduan kepada pelajar tentang dari mana dia harus

memulakan perancangan bagi pembelajaran seterusnya;

• memberi keyakinan kepada pelajar tentang peranannya dalam

menilai perkembangan diri dan pencapaiannya;

• mengurangkan kebergantungan pelajar pada guru dalam kelebihan

dan kekurangan/kekuatan dan kelemahannya dalam sesuatu

bidang/kemahiran, dan

• membolehkan pelajar sentiasa bersikap kritis terhadap kerjanya.

Kaedah:

1. Bagi memastikan penilaian kendiri dilaksanakan dengan berkesan

dan menepati matlamatnya guru hendaklah

• meyakinkan pelajar tentang kepentingan penilaian kendiri dalam

proses pembelajaran

• mengemukakan soalan-soalan yang boleh membantu pelajar

membuat penilaian kendiri.

• melatih pelajar menilai setiap langkah atau pembelajaran mereka

berpandukan instrumen seperti senarai semak atau alat rubrik

• membimbing pelajar melaporkan dapatan penilaian

masingmasing, dan kesannya terhadap proses pembelajaran

seterusnya;

2. Penialian kendiri boleh juga dibuat dengan pelajar yang berkenaan

menstruktur sendiri segala butiran yang hendak dinilai dan kriteria yang

hendak dicapai, sama ada dalam bentuk senarai semak atau sebagainya,

kemudian meminta kerjasama rakan sebayanya (individu/kumpulan)

membuat penilaian terhadap dirinya. Dapatan itu kemudian dikumpul dan

dianalisis sendiri oleh pelajar tersebut.

Proses menganalisis dan membuat refleksi terhadap penilian mengenai

dirinya sendiri itulah menjadi “penilaian kendiri”

25

Page 26: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Konsep Kendiri Positif

Seseorang itu percaya dan yakin kepada diri sendiri secara lebih sihat,

mempunyai minat yang baik dan objektif serta tidak terlalu sensitif. Ia juga

meliputi sikap terbuka dan memberi pendangan jika wujud keadaan yang

tidak baik dan stabil.

Ciri-ciri Konsep Kendiri Positif

Menghargai

Memuji orang lain

Puas hati dengan pencapaian

Murah hati

Mudah berkawan

Puas hati dengan dirinya

Berpuas hati dengan bahan-bahan kepunyaannya

Peramah

Ciri-ciri Konsep Kendiri Negatif

Cenderung untuk merasa salah

Takut kepada kegagalan

Sering merasa bimbang

Cepat berkecil hati walaupun melibatkah masalah kecil

Pencapaian akademik yang rendah

Tidak gemar kerja mencabar

Kurang keyakinan pada diri sendiri

26

Page 27: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Kurang berminat untuk mendapatkan maklum balas

Melihat diri sebagai kurang menarik dari segi personaliti

TAJUK 3 TUJUAN PENTAKSIRAN PSV

SINOPSIS

Proses pentaksiran dalam pendidikan seni visual melibatkan beberapa

alat yang akan digunakan untuk membuat penilaian dan pengujian.

Tajuk ini memperkenalkan konsep dan kaedah pengujian, pengukuran

dan penilaian di sekolah rendah. Modul ini juga meliputi konsep, ciri-ciri

dan aspek dalam Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

HASIL PEMBELAJARAN

Pada akhir modul ini, peserta kursus akan dapat;

i. Menjelaskan konsep dan matlamat pengukuran dalam PSV.

ii. Menjelaskan ciri-ciri dan aspek dalam PKSR.

2.1 Tujuan Pentaksiran PSV Kemahiran Bahasa Visual Kefahaman Seni Visual Kesedaran tentang kepercayaan dan nilai budaya diri

- kognitif- psikomotor- afektif- sosial

Kaedah Pentaksiran PSV Penilaian Kendalian Sekolah Rendah ( PKSR )

- Persepsi- Sensitiviti- Kefahaman Bahasa Visual - Aplikasi Bahasa Visual- Kemahiran kritikan dan analitikal- Pengurusan, penghasilan dan persembahan Seni Visual

27

Page 28: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

TAJUK 4: KAEDAH PENTAKSIRAN PSV

2.2.1 Penilaian Kendalian Sekolah Rendah (PKSR)

Konsep3Guru memainkan peranan penting dalam mengesan perkembangan,

kebolehan, kemajuan dan pencapaian murid. Guru menentukan hasil

pembelajaran yang hendak dinilai, merancang dan membina instrumen

penilaian, melaksanakan penilaian, merekod hasil penilaian, menganalisis

maklumat penilaian, melapor dan membuat tindakan susulan. Penilaian

yang dirancang oleh guru di peringkat sekolah ini dikenali sebagai PKS.

Melalui aktiviti penilaian guru dapat memastikan perkembangan potensi

individu secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani,

emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

(FPK). Untuk mencapai hasrat ini penilaian di sekolah haruslah memberi

penekanan kepada konsep penilaian berterusan terhadap perkembangan

bagi kesemua aspek tersebut. PKS lebih bersifat formatif iaitu

mengutamakan kemajuan setiap murid dari satu peringkat ke satu

peringkat. Guru dapat membuat diagnostik bagi mengesan perkembangan

murid dari semasa ke semasa. Ini memberi peluang kepada guru untuk

membetulkan kesilapan dan memperbaiki kelemahan murid serta-merta

supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun. Di samping itu guru dapat

mengenal pasti kelemahan dan memperkembangkan lagi kekuatan serta

potensi murid.

PKS dirancang dan dilaksanakan oleh guru secara berterusan dalam

proses pengajaran dan pembelajaran harian. Maklumat tentang

perkembangan murid yang diperoleh dari semasa ke semasa melalui

penilaian berterusan dapat membantu guru mengambil tindakan susulan

yang sewajarnya jika perlu. PKS boleh menilai kemajuan murid dalam

3 Rujuk Modul Penilaian Kendalian Sekolah

28

Page 29: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

pelbagai aspek termasuk aspekaspek yang tidak dapat dinilai secara

berpusat.

Perkaitan Antara PKS Dan Penilaian Berpusat

Penilaian secara berpusat iaitu UPSR, PMR dan SPM dikendalikan oleh

Lembaga Peperiksaan, Kementerian Pendidikan Malaysia. Keputusan

penilaian secara berpusat dapat memberi maklumat tentang pencapaian

murid di seluruh negara. PKS dan penilaian berpusat saling melengkapi

dalam sistem penilaian. PKS dilaksanakan untuk mendapatkan gambaran

tentang kemajuan pembelajaran murid di samping memberi maklum balas

tentang keberkesanan pengajaran guru. Melalui PKS, guru dapat :

• mengesan perkembangan murid secara menyeluruh;

• mengenal pasti kekuatan dan kelemahan murid dalam

pembelajaran lebih awal dari semasa ke semasa;

• mengetahui keberkesanan pengajarannya;

• merancang dan mengubahsuai pengajarannya; dan

• menjalankan tindakan susulan yang sesuai dengan serta-merta.

Ciri-Ciri PKS

PKS yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu

murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada

peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun

seterusnya. Di samping itu kekuatan murid yang telah menguasai pula

diperkukuh dan diperkaya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang

berkesan guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam

pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam

penilaian di peringkat pusat. PKS dilaksanakan berasaskan beberapa ciri

yang utama seperti berikut:

29

Page 30: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

30

Page 31: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Aspek Yang Dinilai

Melalui PKS murid dinilai dalam pelbagai aspek yang meliputi pelbagai

kecerdasan serta perkembangan emosi dan sahsiah murid.

31

Page 32: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Latihan

32

Bincang dan kaitkan pengetahuan tentang bentuk penilaian PKSR dengan mata pelajaran pendidikan seni visual berdasarkan modul PKSR Pusat Perkembangan Kurikulum. Pelajar boleh muat turun di web ini:

http://www.moe.gov.my/bpk/bsk/bpanduan/kendalian_sekolah.pdf

Page 33: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

TAJUK 5 Bentuk Pentaksiran Pendidikan Seni Visual

Sinopsis

Keberkesanan PdP tidak akan dapat diketahui sehingga pelajar-pelajar di

uji sejauh mana tahap kefahaman mereka. Oleh itu satu mekanisme

seharusnya di cari bagi menilai pencapaian mereka. Pelajar-pelajar ini

dinilai dengan pelbagai cara dan kaedah yang dapat meneliti dengan lebih

perinci serta keesahan nya. Beberapa kaedah serta cara yang

dikemukakan seharus nya dapat membantu guru khas nya dalam mata

pelajaran Pendidikan Seni Visual yang menilai pelajar mereka dengan

pelbagai cara untuk melihat ’produk’ yang dihasilkan pelajar.

HASIL PEMBELAJARAN

Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :-

i. Penilaian formatif

ii. Penilaian Sumatif

iii. Pemerhatian

iv. Portfolio

v. Hasil Kerja ( Produk )

KERANGKA TAJUK-TAJUK

33

Page 34: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

3.1.1 PENILAIAN FORMATIF

Penilaian formatif adalah penilaian yang dibuat secara berterusan, iaitu

sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, untuk menilai keberkesanan

pengajaran guru dan pembelajaran pelajar bagi setiap tajuk yang diajar.

Ciri-ciri :

dijalankan bagi tujuan memperoleh maklumat bagi memperbaiki

kurikulum.

dijalankan sepanjang masa dan maklumat yang diperolehi

daripada penilaian ini digunakan secara terus menerus.

bercorak ujian diagnostik yakni yang dapat memberikan input

akan masalah yang dihadapi murid dalam mengikuti

pembelajaran.

34

Formatifsepanjang masa selepas P&P di jalankan bercorak ujian diagnostik digunakan serta merta dalam memperrbaiki P&PContoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian di bilik darjah yang tidak ditentu-kan gred

Sumatifdibuat pada akhir P&P, penggal, tahun menilai tahap penguasaan pelajarmenentukan keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhanContoh: UPSR, PMR atau SPM

Pemerhatianrekod anekdottemubualsenarai semakborang kemajuan dirisoal selidikrekod profil murid

Portfoliopenyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pem-belajaran pelajardikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang

Hasil Kerjapencapaian kebolehan dan kemahiran muridKriteria-kriteria yang relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan.

Page 35: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

dijalankan sepanjang masa pengajaran dan pembelajaran

berlangsung

maklumat yang diperolehi hendaklah digunakan serta merta

dalam memperbaiki pengajaran dan pembelajaran agar pelajar

dan guru sama-sama memperolehi manfaat daripadanya

Contoh: sesi soal jawab, latihan yang diberikan guru dan ujian

di bilik darjah yang tidak ditentukan gred.

Prosedur Penilaian Formatif 

Menentukan topik pembelajaran.

Sukatan pelajaran mengandungi beberapa topik yang

seharusnya dihabiskan sepanjang sesi persekolahan untuk satu

tahun.

Topik berdasarkan sukatan pelajaran disusun mengikut

peringkat kesukaran.

Seandainya topik tersebut mempunyai cakupan yang luas,

maka penekanan harus diberikan dan mungkin diperlukan

dikecilkan kepada sub-topik tertentu.

Dengan cara ini guru akan dapat memastikan murid-murid

menguasai sesuatu sub-topik tertentu terlebih dahulu sebelum

meneruskan kepada topik-topik seterusnya.

Sebelum beralih kepada topik lain, guru akan mengadakan ujian

formatif untuk melihat tahap penguasaan sesuatu topik.

Menyatakan aspek dan tahap pencapaian bagi sesuatu topik pembelajaran.

35

Page 36: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Guru menentukan kebolehan pelajar dalam mengenal warna,

simbol, membaca dan lain-lain mengikut keperluan topik

berkenaan.

Setelah aspek berkenaan ditentukan, maka guru boleh menentu

tahap penguasaan murid-murid dalam bilik darjah terhadap

satu-satu topik berkenaan.

Dalam hal ini apabila keputusan menunjukkan 80% hingga 90%

pelajar telah menunjukkan penguasaan terhadap sesuatu topik,

memperlihatkan bahawa kebanyakan pelajar sudah menguasai

topik berkenaan.

Menghubungkaitkan elemen-elemen yang terdapat dalam setiap topik.

Guru perlu menyusun elemen-elemen yang terdapat dalam

topik-topik pembelajaran pada peringkat perlakuan tertentu

dengan berdasarkan taksonomi pendidikan.

Setelah pemeringkatan mengikut tahap perlakuan selesai, guru

seterusnya mengaitkan semua elemen berkenaan yang

terdapat dalam satu-satu topik agar saling bertautan dan tidak

terpisah.

Jadual 3.1 : Taksonomi Kognitif Bloom (1956)

36

Page 37: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

TAHAP ISTILAHPengetahuanIngat kembali, mengenal idea, fakta asas, definisi teori, hukum, tarikh, peristiwa dll daripada pembelajaran yang lepas.

Nyatakan, terangkan,namakan, labelkan.

KefahamanMengubah kefahaman daripada satu bentuk kepada satu bentuk yang lain, menyatakan idea-idea utama dalam ayat sendiri, menterjemah, memberi contoh kepada konsep, menterjemah draf.

Pilih, terangkan,tulis semula.

PenggunaanMenggunakan maklumat dalam situasi yang baru, termasuk menyelesaikan masalah menggunakan prinsip, kaedah, hukum, teori, formula. Bina graf daripada data, dll.

selesaikan, ramalkan, cari, kesilapan, bina alat.

AnalisisSesuatu yang kompleks dipecahkan kepada yang kecil, bezakan fakta daripada pendapat, kaitan kenal di antara bahagian, kenali struktur organisasi.

Bezakan, pasti, pilih.

SintesisMenyepadu, mencantum idea menjadi satu, usaha tersendiri, menyelesaikan masalah, membuat ramalan, membuat klasifikasi.

Bina, hasilkan, susun, kembangkan.

PenilaianMembuat pertimbangan termasuk memberi rasional atas alasan dalaman atau luaran, menafsir dan mengkritik

Pilih, berikan alasan, kritikan, buktikan.

Membentuk soalan ujian.

Dilakukan selepas penentuan elemen-elemen berkenaan setiap elemen berkenaan seharusnya diuji kepada pelajar

sekurang-kurangnya satu soalan.

Mencadangkan langkah susulan.

37

Page 38: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Guru mengetahui tahap penguasaan sesuatu topik

pembelajaran di samping kesukaran yang dihadapi oleh murid-

murid.

Tindakan susulan harus dilaksanakan berdasarkan keputusan

ujian yang diperolehi.

Contoh: murid-murid masih menunjukkan kelemahan ketara

dalam sesuatu topik, maka tindakan selanjutnya yang harus

diambil oleh guru ialah mengulang semula topik berkenaan atau

mengubah suai pendekatan penyampaian agar murid-murid

boleh menguasai topik tersebut.

Tujuan Penilaian Formatif:

memperbaiki pengajaran pembelajaran.

meningkatkan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu pelajaran.

memperlihatkan kelemahan-kelemahan yang wujud sama ada

pada penyampaian guru atau penguasaan murid dan

seterusnya guru akan memperbaiki agar murid dapat

menguasai dengan lebih baik.

menolong murid-murid menguasai sesuatu unit atau topik

pembelajaran dan ini memungkinkan mereka memperolehi

pencapaian yang lebih baik pada akhir penggal atau semester

persekolahan.

memperbaiki kualiti serta dapat meramal pencapaian pelajar.

Menjadi satu kepuasan kepada seseorang guru apabila beliau

dapat meningkatkan pencapaian murid-murid dari semasa ke

semasa.

guru dapat meninggi dan mengekalkan pencapaian yang

memuaskan. Hal ini melalui perbandingan yang boleh dibuat

antara pencapaian murid sekarang dengan pencapaian murid-

murid lalu melalui rekod ujian formatif yang telah dikendalikan

dan mencatatkan masalah yang dihadapi oleh murid-murid

38

Page 39: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

dahulu serta langkah penyelesaian yang telah diambil. Dengan

cara ini, guru dapat mengekalkan prestasi pelajar dan meramal

pencapaian pada akhir penggal persekolahan.

mengubah suai pengajaran seseorang guru.

guru juga dapat menentukan pendekatan yang lebih baik dalam

penyampaian.

memberikan bimbingan pembelajaran kepada murid-murid.

menjadikan murid sentiasa bersedia untuk menduduki siri ujian

yang dijalankan dan dengan itu memerlukan ketekunan dan

tumpuan kepada topik-topik pembelajaran

Latihan

39

Senaraikan DUA contoh ‘penilaian formatif’ serta bina soalan-

soalan tersebut dengan mengaitkan dengan EMPAT Bidang

dalam Pendidikan Seni Visual.

Page 40: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

3.1.2 PENILAIAN SUMATIF

Penilaian sumatif ialah penilaian yang dibuat pada akhir pengajaran ( akhir

penggal/ akhir tahun), yang bertujuan untuk menilai pencapaian akhir pelajar.

Berbeza dengan penilaian formatif yang lebih menumpukan kepada penilaian

penguasaan pelajar dalam sesuatu tajuk, penilaian sumatif bertujuan untuk

menentukan pencapaian pelajar pada akhir penggal persekolahan atau akhir

tahun yang juga dapat menentukan keberkesanan sesuatu kurikulum.

Ciri- ciri:

lebih menumpukan menilai tahap penguasaan pelajar dalam

satu-satu topik pembelajaran

untuk menentukan pencapaian pelajar pada akhir sesuatu

penggal persekolahan dan digunakan untuk menentukan

keberkesanan sesuatu kurikulum secara keseluruhan

Langkah-langkah membentuk ujian sumatif :

Membentuk jadual penentuan ujian yang mengandungi

maklumat yang lengkap berkaitan objektif, bentuk item, jumlah

item, tempoh penilaian, kandungan dan sebagainya. Ini bagi

memastikan kesahan ujian yang bakal dilaksanakan dan

kebolehpercayaan keputusan yang diperolehi.

Menggubal soalan-soalan yang berkaitan dengan isi dan

perlakuan yang ingin diuji. Setiap item haruslah menguji objektif

pelajaran yang telah ditetapkan

Mengumpul item secara sistematik. Misalnya mengelompokkan

item mengikut bentuk yang sama. Item objektif diasingkan

dengan item mengisi tempat kosong, esei dan sebagainya. Item

juga boleh disusun mengikut susunan topik atau mengikut aras

kemahiran kognitif. Misalnya menyusun soalan bermula aras

rendah diikuti aras lebih tinggi.

40

Page 41: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Menyiapkan skema pemarkahan bagi tujuan penyemakan

kertas ujian. Ini dapat mengelakkan berlakunya bias dalam

pemberian markah murid-murid.

Menyediakan arahan yang jelas tentang apa yang seharusnya

murid lakukan dalam menjawab setiap soalan yang

dikemukakan.

Menguji item tersebut terlebih dahulu melalui ujian rintis kepada

sampel pelajar bagi memastikan ujian yang bakal dijalankan itu

benar-benar sah dan boleh dipercayai serta dapat membaiki

kelemahan-kelemahan yang wujud pada item berkenaan.

Menganalisis item yang telah ditadbir secara rintis bagi

mengetahui aras kesukaran item, daya diskriminasi item,

ketunggalan item, kesahan dan kebolehpercayaan berkenaan

serta memastikan pilihan jawapan yang disediakan (distraktor)

dapat berperanan dengan baik

Tujuan :

membantu murid-murid secara individu dalam meningkatkan

pencapaian.

memberikan gred kepada murid-murid berdasarkan pencapaian

yang ditunjukkan dalam peperiksaan yang diadakan.

mengiktiraf kebolehan dan kemahiran yang dimiliki oleh pelajar.

Ini berdasarkan skor yang diperolehi oleh pelajar dalam

penilaian yang dijalankan.

dijadikan petunjuk dalam memulakan sesuatu kursus baru yang

berkaitan.

memperlihatkan peringkat pencapaian yang berbeza mengikut

kumpulan 

41

Page 42: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Jadual 3.2 : Perbezaan Penilaian Formatif dan Sumatif

Aspek Penilaian Formatif Penilaian Sumatif

Konsep Mengesan penguasaan pelajar

pada suatu hasil pembelajaran

melalui pengujian yang dapat

dibina dan ditadbir secara formal

ataupun tidak formal.

Mengesan pencapaian

pelajar dalam tempoh

tertentu persekolahan

melalui pengujian yang

dijalankan secara formal.

Waktu Penilaian Sepanjang proses pengajaran

dan pembelajaran berlangsung.

Pada pertengahan

ataupun akhir penggal /

semester persekolahan.

Kaedah Formal: pensel, kertas.

Tidak formal: Pemerhatian, soal

jawab, latihan.

Dibuat secara individu ataupun

berkumpulan.

Dibuat secara formal:

Ujian pensel dan kertas,

lisan.

Dijalankan secara

berkumpulan.

Selepas penilaian

dijalankan

Menjalankan tindakan susulan

ke atas pelajar:

a. Aktiviti bimbingan bagi

kemahiran yang belum

dikuasai.

b. Aktiviti pengukuhan bagi

kemahiran yang sudah

mula dikuasai.

c. Aktiviti penggayaan bagi

memperkembangkan

penguasaan kemahiran.

Mengubahsuai proses

pengajaran dan pembelajaran.

memperbaiki kurikulum

sedia ada.

Mengumpulkan pelajar

mengikut tahap

penguasaan.

42

Page 43: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Latihan

3.1.3 PEMERHATIAN

Penilaian kaedah pemerhatian adalah merupakan jenis penilaian

authentik. Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) menjelaskan bahawa

pemerhatian ialah sejenis bentuk penilaian autentik yang menolong guru-

guru untuk membimbing murid-murid untuk mempertingkatkan kebolehan

mereka secara individu. Pengimplementasian kaedah penilaian

pemerhatian ini boleh dijalani secara global atau analitik berdasarkan

objektif pelajaran yang telah ditentukan oleh seorang guru. Jenis

penilaian ini mudah dan senang untuk dilaksanakan oleh guru-guru tetapi

sangat sukar untuk menentukan kesahan dapatannya. Ini kerana kaedah

pemerhatian di pengaruhi oleh persepsi (tanggapan), ilmu dan

pengalaman sebenar guru-guru. Guru-guru boleh membuat persepsi atau

tanggapan terhadap murid-murid. Mereka juga boleh membuat

pemerhatian jangka panjang atau jangka pendek. Dalam penilaian ini,

guru-guru akan melaporkan apa jua aksi yang mereka saksikan.

Cara paling baik untuk melaporkan pemerhatian ialah dengan

menggunakan senarai semak dan rubrik. Guru-guru juga boleh

menggunakan senarai semak atau rekod anekdot untuk membuat

pemerhatian kognitif, afektif, psikomotor, materialistik dan persekitaran.

Senarai semak selalu digunakan untuk memerhati pencapaian murid-

43

Senaraikan DUA contoh ‘penilaian sumatif’ serta bina soalan-soalan

tersebut dengan mengaitkan dengan EMPAT Bidang dalam Pendidikan

Seni Visual.

Page 44: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

murid selepas satu jangkamasa tertentu. Ia juga dapat digunakan untuk

menentukan sama ada murid-murid telah mencapai kriteria untuk tugasan

spesifik yang ditetapkan. Ia juga digunakan untuk penilaian bilik darjah

kerana ia senang untuk dibentuk dan mudah untuk digunakan.

Jadual 3.3: Satu Contoh Senarai Semak Bilik Darjah

LAMPIRAN PEMERHATIAN BILIK DARJAH

Nama Murid : _________________________________________

Tarikh Lahir : __________________ Darjah : ________________

Bilik Darjah Pemerhatian : ________________________________

Guru : _____________________________ Masa : _____________

Sila nilai pencapaian murid dalam bidang-bidang berikut:

Baik Lemah

Memuaskan Tidak dapat diperhatikan

Murid dapat membuat yang berikut:

1. Mengikut peraturan Ya Tidak

_________________________________________________________

2. Melibatkan diri dalam perbincangan kelas Ya Tidak

_________________________________________________________

3. Mentadbirkan kerja bilik darjah Ya Tidak

_________________________________________________________

4. Bekerjasama dengan murid yang lain Ya Tidak

_________________________________________________________

5. Melengkapkan tugasan Ya Tidak

_________________________________________________________

44

Page 45: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Latihan

Merujuk Huraian Sukatan Pelajaran (2002) penilaian kaedah pemerhatian

dalam konteks pendidikan seni visual sekolah rendah, melibatkan

pemerhatian proses dan pemerhatian hasil kerja. Pemerhatian yang

dilakukan oleh guru semasa murid membuat kerja adalah dikenali sebagai

pemerhatian proses berguna kerana guru dapat menilai penguasan

kemahiran amali dan perkembangan bakat murid. Selain daripada itu,

guru juga dapat menilai penguasan kemahiran sosial, amalan murid serta

memerhati penglahiran emosi dan perasaan. Tahap kreativiti murid juga

dapat di kesan melalui pemerhatian. Pencapaian kebolehan dan

kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja dilakukan dengan

melihat kriteria-kriter ia tertentu pada hasil kerja bagi tujuan penilaian.

Antara kriteria yang dipilih untuk penilaian ialah gubahan, interpretasi,

kemahiran, fungsi, keaslian, kreativiti dan kemasan. Ini dikenali sebagai

pemerhatian hasil kerja.

Guru-guru juga boleh menggunakan rubrik dalam teknik pemerhatian.

Sebuah rubrik menyediakan satu ukuran tentang kualiti pencapaian atas

dasar kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Rubrik juga boleh digunakan

dengan satu kriteria yang dapat menyediakan piawaian dalam menilai

pencapaian murid. Sebagai contoh, rubrik juga dapat digunakan sebagai

45

Hasilkan satu contoh instrumen senarai semak pemerhatian

untuk digunakan bagi menilai pencapaian murid dalam kegiatan

menghasilkan corak pualaman.

Page 46: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

alat untuk menilai tugasan matematik/bahasa yang melibatkan produksi

lisan atau bertulis daripada pihak murid. Satu contoh rubrik yang dapat

ditunjukkan dalam jadual 3.4 di bawah. Murid-murid dinilai atas

komponen dan kemahiran dalam matematik melalui teknik pemerhatian.

Jadual 3.4: Contoh Rubrik yang Digunakan Dalam Penilaian Matematik

Kriteria Memerlukan Kemajuan

Mencukupi Cemerlang

Mengira satu bilangan sambil padankan kepada satu objek

Tidak menunjukkan kepada objek semasa mengira.

Mengira secara lisan.

Dapat menunjuk kepada setengah objek tetapi membuat banyak kesilapan semasa mengira.

Dapat mengira dengan betul kepada beberapa kumpulan.

Menunjuk kepada objek dalam kumpulan semasa mengira.

Membuat beberapa kesilapan.

Dapat mengira semua kumpulan.

Menunjuk kepada setiap objek dalam kumpulan semasa mengira.

Membuat sedikit atau tidak begitu banyak kesilapan mengira.

Mengenal pasti bilangan dalam satu kumpulan

Jarang / Tidak Kadang-Kadang Kerap / Selalu

Dapat mengenalpasti nombor bertulis sambil padankan dengan bilangan yang betul.

Jarang / Tidak Kadang-Kadang Kerap / Selalu

46

Page 47: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

3.1.4 PORTFOLIO

Portfolio menurut Ragbir Kaur Joginder Singh (2012) ialah satu koleksi

yang terdiri daripada pelbagai resos dan bahan-bahan yang relevan

dengan hasil pembelajaran murid dalam sesuatu mata pelajaran. Sesuatu

portfolio biasa mendokumentasikan semua hasil kerja murid dan mungkin

termasuk perekodan proses-proses yang lain seperti draf kerja murid,

penilaian kendiri murid dan penilaian ibu bapa. Ia dapat digunakan untuk

menilai kebolehan dan kemajuan murid-murid secara berterusan. Oleh

kerana portfolio disediakan oleh murid-murid dalam masa bebas mereka,

ia juga dapat digunakan sebagai satu rekod untuk menunjukkan

pencapaian mereka dalam pelbagai mata pelajaran di sekolah. Guru-guru

mesti menentukan tahap pencapaian yang murid-murid mesti menunjukan

dalam portfolio mereka. Sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada

bahan-bahan berikut:

i. Nota-nota yang disediakan oleh guru

ii. Senarai semak yang disediakan oleh guru

iii. Refleksi kendiri murid

iv. Buku log

v. Bku jurnal; dan

vi. Gambar dan foto

Jenis-jenis portfolio yang berlainan yang murid-murid boleh cipta adalah

portfolio bekerja, portfolio dokumentari, portfolio produk akhir, portfolio

individu dan kerja kumpulan.

3.1.5 HASIL KERJA

Pemerhatian hasil kerja adalah penilaian pencapaian kebolehan dan

kemahiran murid yang diperlihatkan pada hasil kerja. Kriteria-kriteria yang

relevan dalam penilaian adalah gubahan, interpretasi, kemahiran, fungsi,

47

Page 48: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

keaslian, kreativiti dan kemasan. Aspek afektif juga boleh dinilai oleh guru

semasa menggunakan kaedah pemerhatian. Semasa proses pengajaran

dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual,nilai-nilai yang sesuai

diperhatikan adalah kebersihan dan keteraturan, keselamatan, ketekunan,

bekerjasama,ketelitian dan kesempurnaan. Penilaian secara lisan dan

interaksi ialah satu kaedah penilaian di mana guru berinteraksi dengan

murid untuk mengetahui tahap penguasan murid terhadap aspek seni,

kemahiran berkomunikasi dalam bahasa seni dan menilai potensi murid

dalam kemahiran berfikir.

Aktiviti-aktiviti lisan yang boleh dijalankan ialah soal jawab, peta minda,

kuiz, temubual, teka teki, forum, seminar, lakonan dan sumbangsaran.

Perkara-perkara yang boleh dinilai secara lisan adalah penguasan

pengetahuan, pemahaman konsep, penguasan kemahiran berfikir dan

belajar, kemahiran berbahasa seni dan sosial, perkembangan daya kreatif

dan mengenalpasti perlakuan emosi, perasaan dan perubahan sikap

murid. Penilaian secara penulisan pula dapat mengesan dan mengukur

perkembangan dan pemahaman murid dalam pelbagai aspek

pengetahuan serta merekod proses dalam bentuk folio. Penilaian

menggunakan kaedah penulisan dapat merangsang pemikiran mur id

secara logikal, kritikal dan analitikal. Murid juga digalakkan membuat

kajian, eksperimentasi serta membuat perancangan. Melalui penilaian ini,

guru dapat menilai tahap penguasan pengetahuan, pemahaman konsep,

proses dan teknik serta kemahiran bahasa seni dan kemahiran berfikir.

Pembinaan soalan-soalan obejktif dan subjektif harus menggambarkan

pembelajaran secara keseluruhan yang menitikberatkan aras kesukaran

berasaskan Taxonomy Bloom seperti pengetahuan, kefahaman, aplikasi,

analisis, sintesis dan penilaian.

48

Page 49: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

TAJUK 6 PERATURAN MEMBERI MARKAH

Sinopsis

Penggubalan soalan Pendidikan Seni Visual tidak lengkap sekiranya guru

tidak menyediakan skema pemarkahan. Tajuk ini membincangkan

kaedah dan panduan menyediakan peraturan memberi markah sebagai

skema pemarkahan untuk mata pelajaran Pendidikan Seni Visual.

HASIL PEMBELAJARAN

Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :-

i. Panduan untuk membina rubrik analitikal dan rubrik holistik.

ii. Menentukan kriteria dan justifikasi ketika membina rubrik sama ada

analitikal atau holistik.

4.1.1 BORANG PENILAIAN, PENGGREDAN DAN RUBRIK

Rubrik merupakan panduan pemberian markah yang perlu disediakan

sebelum sesuatu pengujian dijalankan. Skema jawapan mungkin istilah

yang selalu digunapakai di Malaysia, tetapi daripada aspek kandungan,

rubrik lebih sistematik dan komprehensif dan boleh digunakan untuk

membantu guru di dalam pemberian markah untuk tugasan mudah

mahupun tugasan yang kompleks dan lebih rumit. Terdapat dua jenis

rubrik iaitu rubrik analitik dan rubrik holistik.

Rubrik analitikal merujuk kepada panduan pemarkahan yang selalunya

digunakan untuk pengujian formatif. Oleh kerana sifatnya yang analitikal,

rubrik jenis ini mampu menyediakan maklumat diagnostik tentang

kemampuan pelajar. Setiap kriteria yang ingin diuji disenaraikan satu

49

Page 50: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

persatu dan setiap satunya diberi markah tertentu. Dengan cara ini guru

dapat melihat bidang (kriteria) yang dapat dikuasai oleh pelajar dengan

baik dan bidang (kriteria) yang memerlukan pembaikan. Walaupun rubrik

jenis ini dapat memberikan maklumat diagnostik untuk setiap pelajar,

namun ianya mengambil masa yang lama untuk disediakan dan proses

pemarkahan itu sendiri menjadi lebih rumit kerana guru mempunyai

banyak aspek dalam pengujian yang perlu dilihat. Oleh itu kadangkala

guru tetap menggunakan rubrik holistik untuk pengujian formatif kerana

ianya lebih menjimatkan masa untuk disediakan dan lebih mudah di dalam

proses pemberian markah. Di bawah adalah contoh rubrik analitikal di

dalam menjalankan pengujian kerja berkumpulan pelajar. Perhatikan

bahawa markah diberi secara berasingan dan kualiti yang diuji sangat

spesifik, dan markah yang perlu diberi telah pun ditetapkan.

Jadual 4.1: Contoh Rubrik Analitikal Dalam Pengujian Kerja Berkumpulan

SUMBANGAN IDEA

5 Kerap menyumbangkan idea bernas di dalam kumpulan dan semasa berbincang. Menunjukkan ciri-ciri kepimpinan dalam kumpulan.

3 Kadangkala memberikan idea yang bernas di dalam kumpulan dan semasa berbincang. Ahli kumpulan yang menjalankan tugas yang diberikan.

1 Jarang menyumbangkan idea ynag bernas dan lebih banyak berdiam diri semasa perbincangan.

KUALITI KERJA

5 Kualiti kerja adalah tinggi dan menunjukkan tahap pemikiran kritikal yang tinggi.

3 Kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit tahap pemikiran kritikal.

1 Kualiti kerja adalah rendah dan tidak ada aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.

KERJASAMA BERKUMPULAN

5 Bijak mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberikan maklum balas dan berkongsi maklumat.

3 Ahli yang agak pasif dan lebih banyak mendengar daripada memberi komen atau berkongsi maklumat.

1 Ahli pasif yang tidak bekerjasama dengan ahli kumpulan yang lain.

50

Page 51: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Rubrik holistik selalunya digunakan di dalam pengujian sumatif untuk

melihat kepada pencapaian pelajar secara menyeluruh. Ini kerana

sebarang bentuk pengujian sumatif diadakan pada hujung tahun

pembelajaran dan guru tidak perlu lagi maklumat diagnosik daripada

keputusan ujian pelajar untuk membuat modifikasi dalam pengajaran.

Oleh itu rubrik holistik sering digunakan kerana ianya hanya memberi

maklumat menyeluruh tentang pencapaian pelajar. Seterusnya

dipaparkan contoh rubrik holistik dalam pengujian gerak kerja

berkumpulan. Perhatikan elemen untuk diuji dikumpulkan secara

menyeluruh (holistik) yang memudahkan proses pemarkahan oleh guru.

Guru juga bebas menentukan kadar markah yang sesuai diberikan

kepada seseorang pelajar, mengikut kadar markah yang telah ditetapkan.

Jadual 4.2: Contoh Rubrik Holistik Dalam Pengujian Kerja Berkumpulan

CEMERLANG21 – 30 markah

Semasa perbincangan, idea-idea yang dilontarkan adalah kemas dan pelajar menunjukkan ciri-ciri kepimpinan yang tinggi. pelajar juga bijak dalam mengendalikan perbincangan kumpulan dan mengaplikasikan kemahiran mendengar, memberi maklum balas serta berkongsi maklumat. Kualiti kerja berkumpulan juga adalah baik serta mempamerkan kemahiran pemikiran kritikal yang tinggi.

BAIK11 – 20 markah

Semasa perbincangan, pelajar tidak selalu menyumbankan idea yangbernas namun tetap berfungsi sebagai ahli kumpulan yang baik dalam menjalankan tugas yang diberikan. Walaupun begitu, kualiti kerja perlu diperbaiki dan mempamerkan sedikit kemahiran berfikir secara kritikal di dalam hasil kerja.

LEMAH0 – 10 markah

Semasa perbincangan, pelajar jarang menyumbangkan idea bernas dan lebih banyak mendiamkan diri serta kurang kerjasama dengan ahli lain. Kualiti kerja juga adalah rendah tanpa sebarang aplikasi kemahiran berfikir secara kritikal.

51

Page 52: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Latihan

TAJUK 7: PENILAIAN HASIL KERJA

Sebarang bentuk pengujian di dalam bidang pendidikan seni visual perlu

dirancang dan diteliti dengan rapi sebelum ianya dijalankan. Kreativiti itu

sendiri mempunyai takrifan yang sangat subjektif dan guru perlu jelas

akan elemen atau kriteria yang ingin dilihat semasa pengujian. Huewitz &

Day (2001) telah menggariskan beberapa prinsip yang boleh menjadi

panduan kepada guru seni visual di dalam penyediaan untuk sebarang

bentuk pengujian di kelas.

i. Pengujian perlu melengkapkan pengajaran, seperti juga di dalam

subjek lain. Soalan atau tugasan yang disediakan dalam pengujian

mestilah telah diterangkan terlebih dahulu oleh guru di dalam

pengajaran hari ke hari. Ini menepati konsep validity yang ada di

dalam pengujian. Oleh itu, pengujian lebih merupakan pengukuran

kepada kemampuan guru menfasilitasikan pembelajaran, lebih

daripada ukuran kemajuan dan pencapaian pelajar.

ii. Kreativiti pelajar jarang diukur dalam pengujian. Pengujian sering

memfokus kepada apa yang telah pelajar pelajari. Walaupun

melihat kemajuan pelajar adalah penting, luahan kreativiti juga

52

Aaron Aziz merupakan seorang guru seni yang ingin menjalankan

ujian bulanan. Ujian bulanan ini melibatkan 5 kelas yang

diajarnya dan setiap kelas mempunyai lebih kurang 30 orang

pelajar. Apakah jenis rubrik yang wajar digunakan oleh Aaron

Aziz?

Page 53: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

sama penting untuk dinilai di dalam pendidikan seni visual.

Lantaran itu, luahan kreatif pelajar mestilah sentiasa digalakkan

walaupun ianya mungkin agak sukar untuk dinilai.

iii. Walaupun seseorang pelajar itu mungkin tidak menunjukkan

kemampuan semula jadi yang boleh dkagumi di dalam bidang seni,

pengujian seharusnya memberi ruang kepada pelajar sebegini

untuk berkarya dengan kemampuan yang mereka ada. Dalam erti

kata yang lain, walaupun pengujian di dalam bidang seni haruslah

mengambil kira aspek kreativiti, namun tahap kreativiti yang

ditetapkan oleh guru bukanlah di standard yang sangat tinggi.

Pengujian biarlah bersesuaian dengan tahap kreativiti pelajar-

pelajar di dalam kelas. Pelajar yang menunjukkan kemampuan

kreativiti yang mengagumkan pula seharusnya diberikan ganjaran

di atas usaha mereka tetapi mereka juga perlu memperlihatkan

kemajuan di dalam bidang pembelajaran seni yang lain.

iv. Sebahagian daripada pengajaran di dalam penghasilan karya

melibatkan kemahiran khusus seperti pengetahuan di dalam teori

warna yang mempengaruhi kemampuan pelajar di dalam

mencampurkan warna, menghasilkan warna berlainan daripada

warna-warna lain, intensiti warna dan lain-lain lagi. Kemahiran

sebegini juga sepatutnya diuji dan pelajar juga seharusnya

ditunjukkan cara mengaplikasikan kemahiran teknikal dan prinsip-

prinsip seni pada sebarang medium seni.

53

Page 54: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

TAJUK 8 PENILAIAN PORTFOLIO

Sinopsis

Kesemua hasil kerja pelajar merangkumi karya seni, latihan, tugasan

bertulis, nota dan sebagainya dikumpul dan disusun dengan sistematik di

dalam folder yang berupa fail. Penyediaan portfolio memerlukan

komitmen yang tinggi daripada guru daripada segi masa, konsistensi dan

juga perancangan yang teliti kerana portfolio kesemua pelajar perlu

diperiksa dari semasa ke semasa. Disusuli dengan maklum balas untuk

penambahbaikkan. pelajar juga perlu jelas dengan objektif penyediaan

portfolio dan dimaklumkan terlebih dahulu akan bahan yang perlu

dimasukkan di dalam portfolio dan bagaimana cara himpunan kerja

mereka akan dinilai.

HASIL PEMBELAJARAN

Pendidik akan memahami dengan lebih lanjut lagi mengenai :-

i. Kaedah menilai portfolio yang sesuai untuk Pendidikan Seni Visual

Pengenalan

Menilai portfolio dalam Pendidikan Seni Visual merupakan satu kaedah

penyimpanan atau dokumentasi bahan bukti proses pembelajaran pelajar

dan proses yang digalakkan. Bahan bukti ini mengandungi pengetahuan,

kemahiran dan pemikiran serta penyataan perasaan pelajar. Bahan ini

dikumpulkan dan dipersembahkan secara terancang. Rakaman Proses

Pembelajaran Rakaman proses pembelajaran ini merangkumi beberapa

kecerdasan dan ia dikaitkan dengan alat penilaian benar.

Melalui portfolio Pendidikan Seni Visual, semua pihak dapat melihat :

54

Page 55: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

• Himpunan rakaman urutan proses hasilan kerja pelajar

• Contoh hasil kerja pelajar

• Penyataan perasaan pelajar semasa proses pembelajaran Pendidikan

Seni Visual

• Hasil penulisan, ilustrasi atau gambar yang menjadi sebahagian

peristiwa penting untuk dikongsi bersama pihak lain

• Petunjuk keupayaan dan refleksi pelajar tentang proses kerja serta

hasil kerja seni

Dari segi konsep, portfolio Pendidikan Seni Visual berasaskan kepada

kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif, yang turut melibatkan proses

penyelesaian masalah dan membuat keputusan. lni disebabkan portfolio

Pendidikan Seni Visual, selain mendokumenkan urutan proses kerja, turut

menuntut kemahiran mencetuskan idea secara kritis untuk melakukan

penggubahan secara kreatif, sama ada melalui alat, bahan atau teknik

tertentu.

Pelajar patut dapat merancang proses kerja dengan memastikan masalah

yang akan ditempuh sebelum dan sepanjang melakukan kerja dan

berupaya pula menentukan keputusan muktamad dalam membuat pilihan

bagi mendapat hasil kerja yang terbaik. Proses ini dirakamkan dalam

portfolio supaya ia menjadi bahan bukti untuk tatapan dan mampu juga

menjadi salah satu alat penilaian benar dalam proses pembelajaran

pelajar.

Bentuk Portfolio Portfolio Pendidikan Seni Visual lebih merupakan

portfolio dokumentasi proses sepanjang kerja seni dilakukan dan bukan

sekadar portfolio persembahan. Justeru, bentuk portfolio menampakkan

kajian, perancangan, eksperimen dan penentuan berhubung dengan hasil

yang hendak dibuat.

55

Page 56: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Secara umumnya bentuk portfolio yang dicadangkan mengandungi 4

aspek :

i. Kajian

• Pemerhatian dan pengamatan

• Koleksi bahan serta rekod daripada bahan rujukan yang sesuai

dengan kegiatan

• Rumusan dan pertimbangan dalam membuat pemilihan

ii. Lakaran

• Eksperimentasi melalui lakaran dan lukisan sebelum mendapat

idea yang konstruktif ‘Pewujudan Idea’

• Perkembangan lakaran berkaitan tema atau tajuk

iii. Rangka Sebenar

• Merangka reka cadang atau model

• Menentukan alatan dan bahan

• Prototaip (jika berkaitan)

iv. Persembahan Portfolio

• Ringkas, menjimatkan, menarik dan tepat

• Mengikut urutan

• Bersih, kemas dan mudah.

Menurut Adams & Hamm (1994), kriteria penilaian portfolio tergolong

kepada empat kategori utama yang perlu diambil perhatian oleh guru,

murid malah ibu bapa iaitu:

56

Page 57: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

o Bukti pemikiran kritis dan kreatif

o Kualiti aktiviti dan kajian

o Kepelbagaian dalam pendekatan dan kajian

o Bukti kefahaman dan kemahiran aplikasi pengalaman luar bilik

darjah.

Contoh penilaian portfolio murid

Kriteria dan petunjuk yang dicadangkan kepada tujuan penilaian portfolio.

Guru memilih cara penilaian portfolio kerana hendak menilai penguasaan

kemahiran, kreativiti dan kemajuan murid:

Kriteria Petunjuk

KandunganAdakah murid memilih tajuk yang sesuai bagi menggambarkan kandungan portfolionya?

Adakah murid memberi tumpuan kepada aspek penting dalam tajuk?

Tajuk tepat

Tajuk memberikan gambaran yang jelas tentang kandungan portfolio.

Maklumat, idea dan contoh yang menarik dan relevan dimasukkan dalam portfolio.

KriteriaAdakah murid mempersembahkan idea secara kreatif?

Idea murid adalah pelbagai, asli dan terdapat persepsi dan interpretasi baru.

KemajuanAdakah murid menunjukkan bukti kemajuan dalam pembelajaran?

Menunjukkan kemajuan dari segi perbezaan antara hasil kerja pertama dengan yang terkini.

Kemajuan dalam turutan hasil kerja yang dipilih.

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum. (1998). Buku Sumber Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.Rubrik Penilaian Portfolio PSV

57

Page 58: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

Daripada petunjuk yang dikenalpasti oleh guru, suatu rubrik penilaian

boleh dihasilkan. Murid patut juga mengetahui tentang rubrik yang

ditentukan guru.

Markah Skema

4

• Tajuk portfolio tepat• Gambaran jelas dengan kandungan• Maklumat jelas, tepat dan betul.• Idea yang pelbagai, asli dan memperlihatkan perspektif

dan interpretasi baru.• Menunjukkan kemajuan daripada segi perbezaan

antara hasil kerja awal dengan hasil terkini. Bukti urutan juga diperlihatkan dengan jelas.

3

• Tajuk portfolio tepat• Gambaran jelas dengan kandungan• Kebanyakkan maklumat jelas, tepat dan betul.• Kebanyakkan idea yang pelbagai, asli dan

memperlihatkan perspektif dan interpretasi baru.• Menunjukkan ada kemajuan daripada segi perbezaan

antara hasil kerja awal dengan hasil terkini.

2

• Tajuk portfolio tepat• Gambaran agak jelas dan relevan tetapi kurang

menarik.• Kebanyakkan maklumat jelas dan betul.• Kebanyakkan idea murid adalah pelbagai, tetapi

kurang asli dan menampakkan perspektif dan interpretasi baru.

• Menunjukkan sedikit kemajuan daripada segi perbezaan antara hasil kerja terdahulu dengan hasil terkini.

1

• Tajuk portfolio kurang tepat dan tidak memberi gambaran yang jelas.

• Kebanyakkan maklumat, idea dan gambaran kurang relevan dan tidak menarik.

• Kebanyakkan idea murid adalah sama dan tidak asli. Tidak menampakkan perspektif dan interpretasi lain.

• Tidak menunjukkan kemajuan antara hasil dahulu dengan yang terbaru.

Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum. (1998). Buku Sumber Guru. Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Berdasarkan maklumat, penerangan serta penjelasan yang diutarakan,

portfolio pendidikan seni amat penting untuk dilaksanakan di sekolah. Ia bukan

58

Page 59: Pentaksiran PSV lengkap

(PSV3111 Pentaksiran Pendidikan Seni Visual)

sahaja menekankan kepada proses meningkatkan pengalaman pembelajaran

murid, malah boleh dijadikan bahan sumber serta rujukan dari masa ke semasa

oleh pihak lain yang ingin menilai perkembangan pembelajaran murid.

Tamat

59