kkbi mte 3112

6
PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIAN TUGASAN PROJEK TAJUK PROGRAM: PISMP PEMULIHAN BAHASA MELAYU NAMA GURU PELATIH: KOD DAN NAMA KURSUS: MTE3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK SEMESTER: 6 TARIKH MULA: 24 JUN 2013 TARIKH HANTAR: 2 OGOS 2013 Hasil Pembelajaran Kursus: 1. Mengenal pasti kebolehan, kesukaran, kesilapan dan keperluan pembelajaran murid dalam Matematik. 2. Merancang aktiviti yang sesuai untuk pemulihan, pengayaan dan murid berkeperluan khas apabila diperlukan. 3. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam merancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran. 4. Mengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran. Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4 Objektif Kerja Kursus Pada akhir projek ini, murid boleh 1. Mencari maklumat yang relevan mengenai Keperluan Khas Dalam Matematik 2. Membina jadual spesifikasi ujian berdasarkan topik yang telah diajar 3. Menggubal item ujian berdasarkan jadual spesifikasi ujian. 4. Mentadbirkan item ujian. 5. Menganalisa dan menginterpret skor ujian 6. Menentukan tindakan susulan ke atas murid dan soalan yang dibina 7. Melakukan prosedur Analisis Kesilapan Newman

Upload: zulaikha-rusman

Post on 02-Jan-2016

294 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

ads

TRANSCRIPT

Page 1: KKBI MTE 3112

PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA PERGURUAN DENGAN KEPUJIANTUGASAN PROJEK

TAJUK PROGRAM: PISMP PEMULIHAN BAHASA MELAYU

NAMA GURU PELATIH:

KOD DAN NAMA KURSUS: MTE3112 AMALAN

PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

SEMESTER: 6

TARIKH MULA: 24 JUN 2013 TARIKH HANTAR: 2 OGOS 2013

Hasil Pembelajaran Kursus:

1. Mengenal pasti kebolehan, kesukaran, kesilapan dan keperluan pembelajaran murid dalam Matematik.2. Merancang aktiviti yang sesuai untuk pemulihan, pengayaan dan murid berkeperluan khas apabila diperlukan. 3. Mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam merancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran.4. Mengintegrasikan teknologi dalam pentaksiran.

Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Kerja Kursus

Pada akhir projek ini, murid boleh

1. Mencari maklumat yang relevan mengenai Keperluan Khas Dalam Matematik 2. Membina jadual spesifikasi ujian berdasarkan topik yang telah diajar 3. Menggubal item ujian berdasarkan jadual spesifikasi ujian. 4. Mentadbirkan item ujian. 5. Menganalisa dan menginterpret skor ujian 6. Menentukan tindakan susulan ke atas murid dan soalan yang dibina7. Melakukan prosedur Analisis Kesilapan Newman

Page 2: KKBI MTE 3112

Tajuk Projek

Pengujian, Pengukuran dan Penilaian dalam Matematik di sekolah iaitu pelajar dapat mengaplikasikan ilmu pengetahuan yang diperoleh dalam merancang, mentadbir, menganalisis dan mentafsir pentaksiran, Keperluan Khas Dalam Matematik dan Prosedur Analisis Kesilapan Newman.

Tugasan Projek

Pengujian, pengukuran dan penilaian merupakan salah satu bahagian dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ketiga-tiga konsep, walaupun mempunyai tafsiran yang berbeza dari segi pengertian, tujuan dan ciri-ciri, sememangnya berkait rapat dengan proses pelaksanaan. Malah, ketiga-tiga bahagian ini saling membantu untuk mencapai matlamat yang sama dalam proses pendidikan. Manakala Keperluan Khas Dalam Matematik pula ialah murid-murid yang memerlukan aktiviti-aktiviti pengajaran khas yang dirancang untuk mengatasi masalah pembelajaran yang dihadapi, semasa aktiviti pembelajaran secara kelas. Selain itu tugasan projek ini juga memberi penekanan kepada prosedur analisis kesilapan Newman, di mana satu prosedur analisis kesilapan telah dibangunkan sebagai alat untuk mengenalpasti kesilapan awal yang dilakukan oleh murid semasa menyelesaikan soalan berkaitan penyelesaian masalah.

Sub tugasan

Tugasan A ( 30%)

1. Cari maklumat mengenai Keperluan Khas Dalam Matematik daripada sekurang-kurangnya tiga sumber yang berbeza. Buat peta minda berdasarkan maklumat yang anda perolehi.

2. Huraikan secara terperinci mengenai Keperluan Khas Dalam Matematik.3. Huraian anda boleh meliputi aspek-aspek yang dicadangkan iaitu:

i. Definisi dan kategori murid keperluan khasii. Keberkesanan kemahiran mengajar bagi keperluan khas iii. Kepelbagaian pengajaran kreatif dan efektif untuk keperluan khas.iv. Penggunaan strategi pengajaran dan pembelajaran bagi murid yang menerima pendidikan keperluan khasv. Aktiviti-aktiviti yang dijalankan untuk murid-murid inivi. Lain-lain maklumat yang anda rasakan perlu dan sesuai

Page 3: KKBI MTE 3112

4. Beri pandangan dan cadangan anda mengenai murid keperluan khas di Malaysia. Pandangan dan cadangan anda boleh meliputi aspek yang dicadangkan seperti berikut:

i. Kemudahan dan keselesaan yang diterimaii. Keboleh bersaingan murid-murid ini dengan murid-murid normal daripada pelbagai aspekiii. Lain-lain maklumat yang anda rasakan perlu dan sesuai

Tugasan B (70%)

Bahagian 1

1. Bina satu jadual spesifikasi ujian dan gubal 10 soalan berbentuk penyelesaian masalah bagi tajuk yang anda ajar di sekolah.

2. Tadbirkan kertas soalan kepada murid kelas anda.

3. Buat analisis dan taksiran terhadap skor ujian tersebut (min, sisihan piawai dan graf-graf yang sesuai) samada menggunakan perisian Quest – 2, Excel dan lain-lain perisian.

4. Mencadangkan tindakan susulan ke atas murid dan soalan yang dibina.

Bahagian 2

1. Semasa anda mentadbirkan kertas soalan yang dibina kepada murid dalam bahagian 1 di atas, kenal pasti sekurang-kurangnya dua orang murid yang mengalami kesukaran dalam menyelesaikan masalah dan mempunyai banyak kesilapan dalam jawapan mereka.

2. Setelah mengenal pasti murid-murid tersebut lakukan satu temuduga dengan menggunakan prosedur analisis kesilapan Newman iaitu sebagai alat untuk mengenalpasti kesilapan awal yang dilakukan oleh murid semasa menyelesaikan soalan berkaitan penyelesaian masalah.

3. Lakukan proses temuduga mengikut lima peringkat hiraki berikut:

i. Bacaanii. Pemahaman

Page 4: KKBI MTE 3112

iii. Transformasiiv. Kemahiran prosesv. Enkod

4. Temuduga akan dihentikan sebaik sahaja kesilapan itu dikenalpasti pada peringkat hiraki tertentu dan kategorikan kesilapan tersebut.

5. Huraikan analisis kesilapan yang dilakukan oleh murid secara terperinci dan jelaskan bagaimanakah anda boleh membantu murid itu mengatasi kesukaran yang dihadapi?

6. Cadangkan aktiviti-aktiviti pemulihan yang sesuai untuk murid-murid ini.

Panduan Pelaksanaan Projek

1. Tugasan ini terbahagi kepada tugasan A dan B yang dibuat secara individu

2. Format penulisan tugasan adalah seperti berikut:

Format laporan : font Arial saiz 11 dengan langkau 1.5. Anda hendaklah menggunakan Format APA sebagai rujukan. Muka depan laporan adalah seperti berikut;

Logo dan nama institut Nama pelajar . Nombor Angka Giliran Nombor Kad Pengenalan Kumpulan/unit Nama Pensyarah Tarikh Hantar

3. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali

4. Hantar tugasan anda dalam bentuk hard copy dan soft copy

5. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%

6. Tarikh hantar : 2 Ogos 2013

Page 5: KKBI MTE 3112

Aspek-aspek terperinci mengenai tugasan

i. Kumpulkan maklumat daripada sekurang-kurangnya tiga jenis resos seperti buku, jurnal, majalah,surat khabar, artikel atau laman sesawang.

ii. Sepanjang kerja kursus, anda perlu menyediakan satu portfolio yang mengandungi nota, peta minda, bukti bacaan dan kefahaman, bahan bercetak, kertas soalan, kerja draf, rujukan dan bahan/dokumen lain

iii. Anda perlu sediakan satu laporan. Laporan perlu disusun secara teratur dan mengandungi perkara berikut:

Profil Pelajar Isi Kandungan Pelan Tindakan Tugasan Pengenalan Maklumat mengenai Keperluan Khas Dalam Matematik . Bina satu jadual spesifikasi ujian Gubal soalan Tadbirkan kertas soalan kepada murid Analisis dan Pentafsiran skor ujian Analisis dan Pentafsiran item ujian Tindakan susulan Lakukan Prosedur Analisis Kesilapan Newman Analisis kesilapan yang dilakukan murid dengan memberi penerangan secara terperinci Penutup/Rumusan Refleksi individu Rujukan

Tugasan yang baik perlu mengandungi:

1. Laporan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci2. Kefahaman yang mendalam mengenai maklumat yang di kehendaki3. Bukti-bukti dan bahan-bahan yang dapat menyokong hujah-hujah anda haruslah dikemukakan 4. Keseluruhan isi dan pengolahan perlu menunjukkan ketulenan dengan sokongan ilmiah5. Format dan organisasi laporan perlu jelas dan koheren6. Penulisan tugasan harus menunjukkan kematangan hujah, kefasihan bahasa, laras bahasa yang sesuai dan tiada kesalahan

ejaan7. Rujukan perlulah daripada pelbagai sumber yang tepat dan sahih serta memenuhi kehendak tugasan

Page 6: KKBI MTE 3112

Tugasan disediakan oleh: Di semak oleh:

PN HILEZAN BINTI ZAINAL CIK TAN KIM LAN Penyelaras Kursus Elektif MTE 3112 Pakar Bidang (Pedagogi) Jabatan Matematik Jabatan MatematikIPG Kampus Pendidikan Teknik IPG Kampus Pendidikan Teknik

Disahkan oleh:

(PN WAN NOOR ADZMIN BT MOHD SABRI)