kkbi etnik

11
1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk atau penduduk yang terdiri dari berbilang bangsa, agama dan kebudayaan. Oleh itu perpaduan negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun pendidikan. Samsudin A. Rahim (1992), menyatakan bahawa perpaduan antara etnik adalah salah satu matlamat pembangunan negara. Hal ini menjelaskan betapa penting perpaduan digarap dalam pembangunan negara. Sejak Rancangan Malaysia Kedua (NTU-19%), matlamat perpaduan sentiasa termaktub dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun negara. Begitu juga dalam rancangan pembangunan jangka panjang kedua, 1991- 2000, matlamat perpaduan antara etnik terus dijadikan matlamat utama pembangunan (Samsudin A. Rahim,1992). Perpaduan antara seluruh warga masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara. Negara kita Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Oleh itu, untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, perpaduan antara warganya yang berbilang kaum tadi harus terus dipupuk dan dibajai agar ia tidak bergelora sehingga menyebabkan kepada kemusnahan negara bangsa. Untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya (Rusimah Sayuti et al, 2004). Perpaduan merupakan elemen penting kepada pembangunan masyarakat dan negara dari pelbagai aspek. Biarpun berbeza budaya, pegangan dan agama namun dengan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain, perbezaan tersebut dapat memberikan manfaat yang optimum kepada semua kaum di Malaysia. Masa hadapan Malaysia yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan pasti dapat diharungi dengan berkesan melalui perpaduan negara dalam mencapai aspirasi Wawasan 2020. Dalam mencari jalan menyelesaikan masalah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif dalam mewujudkan suasana keamanan berteraskan perpaduan yang jitu. Namun begitu, perpaduan tidak akan dapat dicapai dengan mudah kerana ianya perlu perlu kepada pengorbanan yang besar. Justeru ituu, perlunya rakyat Malaysia Berpegang kepada prinsip setiap perjuangan yang bermakna memerlukan pengorbanan yang besar setiap 1 | Page

Upload: fahmi2010

Post on 30-Sep-2015

261 views

Category:

Documents


8 download

DESCRIPTION

rujukan

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang majmuk atau penduduk yang terdiri dari berbilang bangsa, agama dan kebudayaan. Oleh itu perpaduan negara adalah matlamat penting dalam setiap dasar yang dilaksanakan oleh kerajaan sama ada dalam bidang politik, ekonomi, sosial mahupun pendidikan.Samsudin A. Rahim (1992), menyatakan bahawa perpaduan antara etnik adalah salah satu matlamat pembangunan negara. Hal ini menjelaskan betapa penting perpaduan digarap dalam pembangunan negara. Sejak Rancangan Malaysia Kedua (NTU-19%), matlamat perpaduan sentiasa termaktub dalam setiap rancangan pembangunan lima tahun negara. Begitu juga dalam rancangan pembangunan jangka panjang kedua, 1991-2000, matlamat perpaduan antara etnik terus dijadikan matlamat utama pembangunan (Samsudin A. Rahim,1992). Perpaduan antara seluruh warga masyarakat menjadi tonggak kepada keberhasilan dan keharmonian sesuatu negara. Negara kita Malaysia terdiri daripada pelbagai etnik dan kaum. Oleh itu, untuk memastikan negara sentiasa berada dalam keadaan yang aman damai, perpaduan antara warganya yang berbilang kaum tadi harus terus dipupuk dan dibajai agar ia tidak bergelora sehingga menyebabkan kepada kemusnahan negara bangsa. Untuk memupuk semangat perpaduan di kalangan rakyat Malaysia perlulah bermula dari akar umbinya (Rusimah Sayuti et al, 2004).Perpaduan merupakan elemen penting kepada pembangunan masyarakat dan negara dari pelbagai aspek. Biarpun berbeza budaya, pegangan dan agama namun dengan sikap saling hormat menghormati antara satu sama lain, perbezaan tersebut dapat memberikan manfaat yang optimum kepada semua kaum di Malaysia. Masa hadapan Malaysia yang menjanjikan cabaran di luar jangkaan pasti dapat diharungi dengan berkesan melalui perpaduan negara dalam mencapai aspirasi Wawasan 2020.Dalam mencari jalan menyelesaikan masalah perpaduan di kalangan rakyat Malaysia, kerajaan telah melaksanakan pelbagai langkah dan inisiatif dalam mewujudkan suasana keamanan berteraskan perpaduan yang jitu. Namun begitu, perpaduan tidak akan dapat dicapai dengan mudah kerana ianya perlu perlu kepada pengorbanan yang besar. Justeru ituu, perlunya rakyat Malaysia Berpegang kepada prinsip setiap perjuangan yang bermakna memerlukan pengorbanan yang besar setiap individu dari pelbagai ras dan kaum perlu mengorbankan kepentingan masing masing sekiranya ingin menjiwai erti perpaduan yang sebenar.2.0 Definisi dan konsep2.1 Etnik Menurut Rosman Md. Yusoff Kassim Thukiman (2009), istilah etnik berasal dari perkataan Yunani ethnos yang bererti orang. Etnik dalam bidang sosiologi membawa erti sekumpulan manusia yang mempunyai persamaan dan menganggap dirinya sama dengan anggota yang lain dari segi budaya, agama, bahasa dan nilai hidup. Perasaan sesuatu kelompok yang menganggap kelompoknya berbeza dari kelompok lain disebabkan oleh ciri-ciri sosio-budaya tersebut dinamakan etnisiti.Menurut Hamidah Abdul Rahman et al (2009), ahli sosiologi merujuk etnik sebagai satu kelompok manusia yang mempunyai ikatan kebudayaan yang banyak persamaan seperti persamaan agama, ras, mahupun asal usulnya. Kumpulan etnik yang sama berkongsi adat, bahasa, pakaian tradisional, makanan dan mempunyai hubungan sosial sesama mereka. Perkongsian nilai telah menghasilkan identiti etnik tertentu yang secara tidak langsung membahagikan masyarakat dengan kumpulan etnik yang berbeza.Menurut Schermerhon ,1970 (dalam Rosman Md. Yusoff dan Kassim Thukiman ,2009) yang membezakan di antara satu kelompok etnik dengan kelompok etnik yang lain ialah adat resam, pola-pola kekeluargaan dan kekerabatan, agama, bahasa dan nilai kelompok etnik berkenaan. Perbezaan ini menurutnya menjadikan ahli kelompok etnik yang lain. Sikap yang etnosentrik akan lahir apabila ahli sesuatu kelompok etnik menganggap ciri-ciri kebudayaan merekalah yang wajar, benar dan hebat dari kelompok etnik lain.2.2 Interaksi sosialInteraksi sosial melibatkan hubungan di antara dua atau lebih individu atau kelompok di sesuatu tempat. Ia juga melibatkan beberapa unsur yang akan menentukan bentuk interaksi yang berlaku seperti berbentuk kerjasama, konflik, persaingan, hubungan superior dengan inferior. Unsur-unsur yang terlibat adalah seperti norma sosial, status dan obligasi timbal-balik (reciprocal obligations) (Coser dan Rosenberg, 1976: dalam Rosman Md. Yusoff dan Kassim Thukiman ,2009).Menurut Ting Chew Peh ,1979 (dalam Rosman Md. Yusoff dan Kassim Thukiman ,2009) berpendapat interaksi sosial merupakan satu proses yang melibatkan dua atau lebih individu atau kelompok dan melibatkan tindakan saling balas membalas, dalam erti kata tingkah laku seseorang itu akan mengambil kira dan diorientasikan ke arah tingkah laku individu lain. Ia juga melibatkan saling jangkaan antara individu-individu yang terlibat dalam interaksi itu.3. 0 Ulasan rencanaSaya telah memilih rencana bertajuk Malaysia senang bersahabat dengan Indonesia bagi melihat kekuatan isu yang ditulis dalam hubungan etnik di Malaysia. Saya memilih rencana ini atas kriterianya yang boleh difikirkan mampu mengulas serta membantu melihat dalam permasalahan hubungan etnik di Malaysia. 3.1 Lima kekuatan isu yang terdapat dalam rencana1) Rakyat Malaysia dapat berbaik-baik dengan rakyat Indonesia di MalaysiaHubungan Malaysia-Indonesia telah terjalin sebelum kedatangan penjajah barat ke rantau ini lagi. Namun, hubungan ini semakin pesat apabila berlakunya penghijrahan secara besar-besaran kumpulan dari Indonesia ini akibat tindakan pejajah menyerang negara asal mereka seperti yang berlaku di Sumatera, Jawa dan Sulawesi. Hubungan kedua-dua negara ini berlaku melalui pelbagai aktiviti seperti kebudayaan, ekonomi, sosial dan sebagainya. Malahan kehadiran sejumlah besar warga Malaysia berketurunan Indonesia atau mempunyai kaitan dengan negara tersebut merupakan bukti paling asas untuk menyokong kenyataan bahawa hubungan kedua-dua negara ini telah terjalin seawal zaman penjajahan di rantau ini (Ramli Dollah dan Ahmad Mosfi Mohamad,2007).Walau bagaimanapun, di awal kemerdekaan, hubungan kedua-dua negara ini mengalami sedikit masalah akibat dasar Konfrantasi Kerajaan Indonesia di bawah Sukarno ke atas Malaysia. Ini menyebabkan hubungan kedua-dua negara ini berada dalam keadaan yang tegang (Ramli Dollah dan Ahmad Mosfi Mohamad,2007). Justeru itu, dengan sikap Malaysia yang berbaik-baik dengan Indonesia, rakyat asal indonesia yang telah berhijrah ke Malaysia menjadi lebih akrab dengan rakyat Malaysia. Bukan itu sahaja, ketegangan antara Malaysia dengan Indonesia dapat diredakan. Selain itu, perpaduan juga dapat dieratkan dengan adanya perkahwinan campur antara rakyat Malaysia dan Indonesia.2) Percampuran budaya antara Malaysia dan IndonesiaMenurut Nila Inangda Manyam Keumala Daud et al ( 2013 ), percampuran budaya dari luar banyak memberi perubahan kepada budaya masyarakat. Percampuran budaya menjadikan sesebuah masyarakat dapat bertukar-tukar pelbagai keunikan budaya antara satu etnik dengan etnik yang lain contohnya seni ukir, adat perkahwinan, seni bina dan seni tari. Kenichi Ohmae (dalam Aizuddin et al., 2004; Muhammed Fauzi Bin Othman et al., 2009) telah menerangkan bahawa pengaruh budaya luar yang menyelinap masuk ke segenap aspek budaya tempatan itu tidak semestinya berlaku secara paksaan. Ada tanda-tanda ia berlaku secara sukarela disebabkan keinginan masyarakat setempat untuk meniru budaya tersebut kerana menyangkakan mereka akan ketinggalan dan dipencilkan daripada aliran kemajuan ekonomi, perdagangan dan informasi global.Melalui percampuran budaya, masyarakat Malaysia akan mempelajari ilmu baru atau kemahiran sebagai contohnya seni ukiran, seni tari dan sebagainya. Kesannya, ekonomi masyarakat di Malaysia meningkat dengan adanya kemahiran-kemahiran ataupun budaya luar yang diamalkan di Malaysia. Contohnya, seni tari. Apabila rakyat Malaysia mempelajarinya dan kemudian mempersembahkannya, hal ini akan menarik minat pelancong untuk berkunjung ke Malaysia. Pertukaran budaya juga menjadikan Malaysia dan Indonesia bertambah akrab dengan adanya hubungan yang baik melalui pertukaran budaya.3) Ekonomi bumiputera bertambah majuApabila Malaysia mengambil dasar berbaik-baik dengan Indonesia, sudah tentu akan menarik minat rakyat Indonesia bekerja di Malaysia. Apabila rakyat Indonesia ini bekerja di bawah majikan rakyat Malaysia, hal ini tentulah meningkat ekonomi masyarakat di Malaysia. Selain itu, perdagangan juga akan wujud antara kedua-dua negara. Kita boleh melihat senario perdagangan ini di sabah sebagai contoh. Aktiviti import dan eksport barter trade telah wujud sebelum kedatangan penjajah barat iaitu British dan Sepanyol ke sabah. Ia dijalankan melalui hubungan tidak formal antara negara-negara ini. Hal ini adalah seperti yang dijelaskan oleh beberapa pengkaji barat mengenai kedudukan Sabah suatu masa dahulu (Ramli Dollah dan Ahmad Mosfi Mohamad ,2007). Selepas pembentukan Malaysia, aktiviti ini masih diteruskan dengan kaedah yang lebih formal dan dikawal sepenuhnya oleh kerajaan melalui agensi-agensi kerajaan terutamanya Jabatan Kastam, Lembaga Pelabuhan, Jabatan Laut dan sebagainya. Dalam hal ini, terdapat beberapa kawasan utama di Sabah yang menjalankan perdagangan ini dengan negara jiran. Antara daerah-daerah utama di Sabah yang menjalankan aktiviti ini adalah seperti Tawau, Sandakan dan Labuan (Ramli Dollah dan Ahmad Mosfi Mohamad ,2007). Secara khususnya kita akan dapat melihat perdagangan Malaysia-Indonesia akan bertambah dengan adanya sikap berbaik-baik yang diamalkan oleh Malaysia ini.4) Rakyat Malaysia di Indonesia akan berasa amanTerdapat ramai rakyat Malaysia di Indonesia samada sebagai pekerja maupun penuntut. Kofrontasi antara Malaysia-Indonesia pernah mewujudkan satu permusuhan besar sehingga timbul slogan gayang Malaysia. Ketika wujud slogan ini, rakyat Malaysia yang terdapat di Indonesia berasa tidak aman. Mereka berasa terancam dan tidak tenang untuk menetap di sana. Apabila Malaysia mengambil inisiatif untuk berbaik-baik dengan Indonesia, keadaan ini akan menunjukkan kepada rakyat Indonesia bahawa negara Malaysia sebuah negara yang baik dan mampu menuju meja rundingan sekiranya mempunyai masalah. Hal ini juga akan mengubah persepsi rakyat Indonesia kepada rakyat Malaysia. Kesannya, rakyat Indonesia mampu menerima rakyat Malaysia yang menetap di Indonesia.5) Wujud ekonomi baharu bagi rakyat MalaysiaMelalui sikap Malaysia yang berbaik-baik dengan Indonesia, akan wujud pertukaran-pertukaran idea dalam perniagaan. Sebagai contohnya dalam resepi makanan. Indonesia terkenal dengan makanan-makanan yang sedap contohnya gado-gado, soto makasar, soto jawa dan banyak lagi. Melalui perkongsian resepi maupun idea masakan, rakyat Malaysia dapat mencipta makanan maupun resepi baharu untuk dijual ataupun diniagakan. Mungkin rakyat Malaysia juga boleh menambah resepi Indonesia di restoran mereka. Ini juga mampu meningkatkan ekonomi masyarakat Malaysia.3.2 Lima kelemahan isu dalam rencana1) Pertambahan pendatang tanpa izin (PATI) dari Indonesia ke MalaysiaSifat berbaik-baik Malaysia kepada Indonesia akan menarik lebih ramai PATI dari Indonesia masuk ke Malaysia. Secara faktualnya, bilangan pekerja asing di negara ini mencecah lebih 2.6 juta, menyamai 10 peratus daripada jumlah keseluruhan rakyat Malaysia atau 20 peratus daripada jumlah keseluruhan tenaga kerja Malaysia, manakala statistik Jabatan Imigresen pula menunjukkan pengambilan pekerja asing bertambah 7,000 orang setiap bulan. Sekitar sejuta atau hampir 50 peratus daripada jumlah pekerja asing ini adalah pekerja asing tanpa izin (PATI). Dan majoriti PATI ini adalah dari Indonesia. Sebagai contoh, pada bulan Disember 2008, Jabatan Keselamatan, Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) menangkap 177 pendatang asing tanpa izin. Daripada jumlah itu warga Indonesia adalah seramai 85 orang, Bangladesh, 58, dan Myanmar, 15 manakala selebihnya dari Nigeria, China dan Nepal (Pengurus Kanan Operasi Wilayah Tengah KTMB, Mohd Hider Yusoff, Utusan Malaysia 28 Dis. 2008; Amriah Buang, 2010)2) Wujud jenayah Kehadiran golongan yang pernah dilabelkan sebagai pendatang haram dan kini pendatang tanpa izin (PATI) tidak hanya untuk mencari rezeki di negara 'lombong emas' ini tetapi juga turut membiakkan pelbagai masalah sosial, jenayah dan juga kesihatan ( Prof. Dr. Hj. Bukhory Hj. Ismail Dan Hj Ismail Sualman,2011) . Walaupun kehadiran mereka ke Malaysia pada awalnya untuk tujuan mencari rezeki, namun mereka juga melakukan jenayah. Perkara yang amat menakutkan ialah apabila terdapat kes jenayah seperti membunuh, mencuri maupun merompak yang dilakukan oleh mereka, cap jari yang tertinggal di tempat kejadian tidak mampu menunjukkan siapa yang melakukan jenayah tersebut kerena data peribadi mereka tidak tersimpan dalam pangkalan data kerajaan. Hal ini tentulah akan memporakporandakan masyarakat kita.3) Penduduk rasa terancam dengan kedatangan PATI dari IndonesiaKebimbangan orang ramai terhadap pendatang asing bukanlah perkara baharu. Ia terbit ekoran tanggapan negatif penduduk negara ini yang sering mengaitkan kelompok ini dengan pelbagai masalah sosial. Namun kebimbangan itu bukan tidak ada asasnya. Di kampung-kampung kehadiran mereka pada awalnya dulu khususnya pendatang Indonesia dilihat menyumbang kepada kejadian kehilangan harta benda dan pecah rumah ( Prof. Dr. Hj. Bukhory Hj. Ismail Dan Hj Ismail Sualman,2011). Apabila kita melihat rekod-rekod jenayah yang mereka lakukan, semamangnya ada benarnya penduduk perlu rasa terancam. Keadaan seperti ini akan mewujudkan situasi tegang dalam masyarakat.4) Monopoli ekonomiSeperti yang kita ketahui, ramai imigran dari Indonesia telah berhijrah ke Malaysia. Malah ada antara mereka yang telah menetap di Malaysia sudah berpuluh tahun. Sikap Malaysia berbaik-baik dengan Indonesia akan menarik lebih banyak imigran dari Indonesia ke Malaysia. Apabila mereka datang ke Malaysia mencari pekerjaan maupun rezeki, sudah tentu ekonomi bumiputera ataupun penduduk tempatan tergugat dan terjejas. Hal ini juga tentulah akan mewujudkan monopoli ekonomi yang memberi kesan buruk kepada masyarakat kita. Kita dapat melihat gejala monopoli ekonomi ini di pasar-pasar malam di negara kita. Sebagai contohnya pasar malam di Keningau. Kebanyakan peniaganya bukan orang tempatan tetapi dari Indonesia. Sekiranya kedatangan Imigran dari Indonesia tidak dikawal lebih awal, sudah tentu suatu ketika nanti ekonomi penduduk tempatan terjejas teruk. Malah lebih parah lagi apabila mereka menguasai ekonomi kita.5) Pertambahan setingganSikap Malaysia yang berbaik-baik dengan Indonesia juga melahirkan setinggan baru. Bagaimana? Apabila Malaysia berbaik-baik dengan Indonesia sudah tentu menarik lebih banyak PATI ke Malaysia. Apabila mereka telah ramai, mereka akan pasti membina petempatan baru seperti setinggan. Kita dapat melihat situasi ini di kebanyakan tempat di Malaysia. Mereka membina rumah dengan banyaknya. Kesannya mereka mengambil hak tanah bumiputera untuk membangunkan tempat di mana mereka membina setinggan. Apa yang membimbangkan lagi, kewujudan setinggan ini juga mewujudkan jenayah. Mereka lebih mudah untuk menyorok di setinggan setelah melakukan jenayah. Bukankah ini merungsingkan masyarakat nanti.

4.0 Rumusan Melihat kepada pengalaman hubungan serumpun Malaysia-Indonesia, kedua-dua negara perlu memperkasakan hubungan dua hala dengan memupuk usaha sama strategik melampaui paksi tradisional. Malaysia-Indonesia perlu bekerjasama dalam membanteras jenayah dan tidak salah menyalahkan antara satu sama lain ketika timbul isu panas. Justeru itu, kepimpinan negara harus mengambil berat tentang hal ini agar hubungan etnik di negara terus berada dalam keadaan stabil dan harmoni. Sebenarnya hubungan Malaysia-Indonesia telah mempunyai asas dan penerusan yang kukuh. Pengisian dalam hubungan yang sedang wujud hanya perlu disertai dengan persefahaman dan sikap saling memerlukan banyak di kalangan pemimpin mahupun di pihak rakyat di kedua-dua buah negara (Rohani Hj. Ab Ghani dan Zulhilmi Paidi, 2011). Dengan demikian, keharmonian antara dua negara dapat dipelihara menerusi hubungan dua hala yang baik. Seperti yang kita ketahui, telah ramai rakyat Indonesia menjadi rakyat Malaysia. Malah ada yang telah berkahwin campur contohnya melayu-jawa, dusun-jawa dan sebagainya. Keadaan ini menjadikan kaum di negara kita mempunyai keakraban dan perpaduan yang baik kerana mampu untuk menerima masyarakat luar negara menjadi keluarga. Melalui persefahaman dan keakraban ini, kita mampu wujudkan sebuah negara yang mempunyai perpaduan yang kukuh.

5.0 RefleksiBersyukur kepada tuhan yang maha esa kerana dengan izin-Nya saya dapat menyiapkan tugasan Hubungan Etnik. Tidak lupa kepada pensyarah kami En. Abdul Kadir Mohd. Azis yang banyak membantu dalam menyampaikan isi maklumat berkaitan dengan kerja kurus ini. Seterusnya kepada rakan-rakan seperjuangan yang sama-sama berkolaborasi dalam menyiapkan tugasan ini.Dalam tugasan Hubungan Etnik ini, saya dapat melihat betapa pentingnya hubungan etnik itu dijaga melalui dasar-dasar kerajaan dan juga sikap masyarakat. Hal ini bagi mewujudkan suasana kehidupan bermasyarakat yang aman dan harmoni. Semangat saling menghormati dan memahami antara satu sama lain mampu mengelak sebarang perasaan negatif seperti hasad dengki, pentingkan diri sendiri dan lain-lain. Hubungan baik yang terjalin erat bukan sahaja menjadi asas kehidupan yang tenteram bahkan juga memakmurkan negara. Sebagai contoh, setelah melewati setengah abad negara Malaysia mencapai kemerdekaan, telah banyak perubahan positif yang berlaku. Malah negara malaysia juga sudah terkenal sebagai sebuah negara membangun.Selain itu, saya juga dapat mempelajari perkara baharu dalam tugasan ini seperti kesan hubungan baik Malaysia dan Indonesia. Saya dapat melihat begitu besar impaknya kepada negara kita. Dari sudut positifnya banyak, namun memandangkan tugasan kali ini hanya memerlukan lima sahaja kesan hubungan baik Malaysia dan Indonesia maka saya tidak tampilkan kelebihan hubungan baik tersebut. Walaupun demikian, hubungan baik ini juga memiliki kesan buruk yang membawa impak buruk kepada hubungan etnik di Malaysia seperti monopoli peluang pekerjaan dan ekonomi anak-anak bangsa kita, jenayah berleluasa, dan isu setinggan. Jujurnya saya suka menilai dari sudut positif ataupun kekuatan dan juga sudut negatif ataupun kelemahan dari hubungan baik Malaysia dan Indonesia. Akhir sekali, terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam penyiapan kerja kursus ini. Saya amat gembira dapat menyelesaikan kerja kursus ini dengan bimbingan dan bantuan kalian semua.

BibliografiSumber bukuBaharuddin, S. A. (2007). MODUL Hubungan Etnik. Shah Alam: Maskha Sdn. Bhd.Ibrahim, M. A. (2013). HUBUNGAN ETNIK SIRI PENDIDIKAN GURU. Selangor, Darul Ehsan: Oxford Fajar Sdn. Bhd.Sumber InternetHamidah Abdul Rahman et al.,2009. Konsep-Konsep Asas Hubungan Etnik. Diambil daripada http://eprints.utm.my/14559/1/HamidahAbdulRahman2009_ Konsep-konsepAsasHubunganEtnik.pdfMuhammed Fauzi Bin Othman et al., 2009. Globalisasi Dan Hubungan Etnik. Diambil daripada http://eprints.utm.my/14545/1/MuhammadFauziOthman2009_ GlobalisasidanHubunganEtnik.pdfRohani Hj. Ab Ghani dan Zulhilmi Paidi, 2011. Malaysia-Indonesia: Pengalaman Hubungan Dua Negara Serumpun. Diambil dari http://repo.uum.edu.my/3175/1/S11.pdfRamli Dollah dan Ahmad Mosfi Mohamad, 2010. Perdagangan Tukar Barang Malaysia-Indonesia: Potensi Dan Cabaran. Diambil daripada http://umrefjournal.um.edu.my/filebank/published_article/458/Ramli,%20 Ahmad%2Mosfi%20Mohd-Malaysia-Indonesia%20Barter%20Trade- Opportunities%20and%20Challenges.pdfRosman Md. Yusoff Kassim Thukiman ,2009. Teori Dan Pemikiran Mengenai Hubungan Etnik. Diambil daripada http://eprints.utm.my/14789/1/ RosmanMd.Yusoff2009_TeoridanPemikiranMengenai HubunganEtnik.pdfRusimah sayuti et al.,2004. Kajian Hubungan Kaum Di Kalangan Pelajar Sekolah Pembangunan Sosial, Universiti Utara Malaysia. Diambil daripada http://repo.uum.edu.my/1833/1/19.pdfSamsudin A. Rahim,1992. Peramal Perpaduan Antara Etnik: Implikasi Terhadap Perancangan Komunikasi. Diambil daripada http://www.ukm.my/jkom/journal/ pdf_files/1992/8(5).pdf

11 | Page