kk4 etnofarmakologi melayu-islam_kearifan tempatan dalam manuskrip-manuskrip perubatan melayu

10
8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 1/10 Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013 22 ETNOFARMAKOLOGI MELAYU-ISLAM: KEARIFAN TEMPATAN DALAM MANUSKRIP-MANUSKRIP PERUBATAN MELAYU Pisol Bin Maidin  1  S. Salahudin Suyorno  2  Abstrak Etnofarmakologi iaitu satu bidang yang mengkaji dan menyelidiki material medikayang digunakan oleh sesebuah masyarakat khususnya masyarakat tradisional. Masyarakat di luar daripada tamadun Barat mempunyai metodologi saintifik mereka sendiri termasuklah dalam menentukan pemilihan ubat-ubatan untuk menyembuhkan sesuatu  penyakit.Kajian ini bertujuan mengenal pasti prinsip dan asas etnofarmakologi Melayu- Islam seperti yang terdapat dalam beberapa manuskrip perubatan Melayu. Manuskrip sepertiKitab Bustan al-Salatin dan korpus kitab tibb dijadikan sumber rujukan bagi mengenal pasti prinsip dan asas etnofarmakologi Melayu-Islam ini.Pemilihan materia medika dalam teks yang dikaji didapati mempunyai asas danrasional tertentu dan ianya sangat sistematik. Deskripsi tentang etnofarmakologi perubatan Melayu yang dicerakin daripada manuskrip-manuskrip ini akan dapat membantupara penyelidik kontemporari yang ingin memahami kearifan tempatan terutama dalam bidang perubatan. Kata Kunci:Etnofarmakologi Melayu, Falsafah Perubatan Melayu, Manuskrip Melayu. Pengenalan Keunggulan sains dan teknologi dari Barat yang berteraskan falsafah positivisme dan empirisisme semakin dicabar dan dinilai kembali. Telah wujud anjakan paradigma yang mendorong sarjana daripada pelbagai bidang untuk mengkaji sains dan teknologi yang berkembang dalam masyarakat dan budaya di luar paradigma keilmuan Barat. Hasil penelitian terhadap sains di luar tradisi Barat ini menyebabkan terhasilnya bidang ilmuyang dinamakan etnosains.Kata awalan “etno” dari segi semantiknya merujuk kewujudan suatu sistem tertentu dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu etnosains boleh diertikan sebagai satu kajian sistematik yang mengkaji pengetahuan, rasional dan amalan-amalan yang berkaitan dengan sains tabii dalam skima ilmu sesuatu etnik atau masyarakat khususnya masyarakat tradisional. Beberapa sarjana menggunakan tatanama yang diasosiasikandengan etnik tertentu, oleh itu lahirlah bidang ilmu yang diberi nama Sains China, Sains India atau Sains Islam. Beberapa tulisan misalnya oleh Seyyed Hossein Nasr (1984) Science and civilization in Islam, Karya A. Hasssan dan Donald Hill (1993), Islamic Science and Engineering dan karya Joseph Needham (1954), Science and Civilisation in China adalah antara contoh kajian tentang kehebatan sains dan teknologi milik masyarakat bukan barat. Salah satu cabang etnosains yang begitu menarik dan mempunyai banyak kepentingan dalam masyarakat masa kini ialah etnofarmakologi. Ia adalah satu kajian sistematik yang mengkaji dan menyelidiki materia medika sama ada daripada tumbuhan atau lain-lain bahan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat khususnya masyarakat tradisional. Ini termasuklah kaedah-kaedah yang digunakan dalam pemilihan dan cara merumus ubat, racun dan antidot.Pengetahuan materia medikaoleh masyarakat tradisional berbeza dari segi falsafah dan operasinya daripada pengetahuan sains pasca-Cartesian kerana ia amat berkait rapat dengan pandangan alam masyarakat tradisional itu sendiri.Untuk menjadikan bidang ini lebih lengkap aspek-aspek seperti rasional dan philisophia perennis di sebalik penggunaan dan pemilihan materia medika, pengetahuan tentang khasiat, penggunaannya dalam terapi dan cara merumus ubat perlu diketahui. Etnofarmakologi juga 1  Prof Madya Dr Pisol Maidin adalah pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Shah Alam. Beliau boleh dihubungi melalui emel; [email protected] 2  Prof Madya Dr S. Salahudin Suyorno adalah pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Shah Alam

Upload: fathin-nadhirah

Post on 08-Jul-2018

261 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 1/10

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

22

ETNOFARMAKOLOGI MELAYU-ISLAM: KEARIFAN TEMPATAN DALAM MANUSKRIP-MANUSKRIP

PERUBATAN MELAYU

Pisol Bin Maidin 1

 

S. Salahudin Suyorno 2

 

Abstrak

Etnofarmakologi iaitu satu bidang yang mengkaji dan menyelidiki material medikayang

digunakan oleh sesebuah masyarakat khususnya masyarakat tradisional. Masyarakat di

luar daripada tamadun Barat mempunyai metodologi saintifik mereka sendiri

termasuklah dalam menentukan pemilihan ubat-ubatan untuk menyembuhkan sesuatu

 penyakit.Kajian ini bertujuan mengenal pasti prinsip dan asas etnofarmakologi Melayu-

Islam seperti yang terdapat dalam beberapa manuskrip perubatan Melayu. Manuskrip

sepertiKitab Bustan al-Salatin dan korpus kitab tibb dijadikan sumber rujukan bagi

mengenal pasti prinsip dan asas etnofarmakologi Melayu-Islam ini.Pemilihan materia

medika dalam teks yang dikaji didapati mempunyai asas danrasional tertentu dan ianya

sangat sistematik. Deskripsi tentang etnofarmakologi perubatan Melayu yang dicerakin

daripada manuskrip-manuskrip ini akan dapat membantupara penyelidik kontemporari

yang ingin memahami kearifan tempatan terutama dalam bidang perubatan.

Kata Kunci:Etnofarmakologi Melayu, Falsafah Perubatan Melayu, Manuskrip Melayu.

Pengenalan

Keunggulan sains dan teknologi dari Barat yang berteraskan falsafah positivisme dan empirisisme semakin

dicabar dan dinilai kembali. Telah wujud anjakan paradigma yang mendorong sarjana daripada pelbagai

bidang untuk mengkaji sains dan teknologi yang berkembang dalam masyarakat dan budaya di luar

paradigma keilmuan Barat. Hasil penelitian terhadap sains di luar tradisi Barat ini menyebabkan terhasilnya

bidang ilmuyang dinamakan etnosains.Kata awalan “etno” dari segi semantiknya merujuk kewujudan suatu

sistem tertentu dalam sesebuah masyarakat. Oleh itu etnosains boleh diertikan sebagai satu kajian sistematik

yang mengkaji pengetahuan, rasional dan amalan-amalan yang berkaitan dengan sains tabii dalam skima ilmu

sesuatu etnik atau masyarakat khususnya masyarakat tradisional.

Beberapa sarjana menggunakan tatanama yang diasosiasikandengan etnik tertentu, oleh itu lahirlah

bidang ilmu yang diberi nama Sains China, Sains India atau Sains Islam. Beberapa tulisan misalnya oleh

Seyyed Hossein Nasr (1984) Science and civilization in Islam, Karya A. Hasssan dan Donald Hill (1993), Islamic

Science and Engineering dan karya Joseph Needham (1954), Science and Civilisation in China adalah antara

contoh kajian tentang kehebatan sains dan teknologi milik masyarakat bukan barat.

Salah satu cabang etnosains yang begitu menarik dan mempunyai banyak kepentingan dalam

masyarakat masa kini ialah etnofarmakologi. Ia adalah satu kajian sistematik yang mengkaji dan menyelidiki

materia medika sama ada daripada tumbuhan atau lain-lain bahan yang digunakan oleh sesuatu masyarakat

khususnya masyarakat tradisional. Ini termasuklah kaedah-kaedah yang digunakan dalam pemilihan dan cara

merumus ubat, racun dan antidot.Pengetahuan materia medikaoleh masyarakat tradisional berbeza dari segi

falsafah dan operasinya daripada pengetahuan sains pasca-Cartesian kerana ia amat berkait rapat dengan

pandangan alam masyarakat tradisional itu sendiri.Untuk menjadikan bidang ini lebih lengkap aspek-aspek

seperti rasional dan philisophia perennis di sebalik penggunaan dan pemilihan materia medika, pengetahuan

tentang khasiat, penggunaannya dalam terapi dan cara merumus ubat perlu diketahui. Etnofarmakologi juga

1 Prof Madya Dr Pisol Maidin adalah pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Shah Alam. Beliau boleh

dihubungi melalui emel; [email protected] Prof Madya Dr S. Salahudin Suyorno adalah pensyarah di Pusat Pemikiran dan Kefahaman Islam, UiTM Shah Alam

Page 2: Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 2/10

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

23

termasuklah pengetahuan tentang racun dan antidot yang menjadi salah satu aspek misteri yang menarik

dalam kebanyakan tamadun besar dunia.

Kajian terhadap materia medika yang pernah digunakan oleh sesuatu masyarakat akan memberi

sumbangan yang besar dan sangat berguna dalam perkembangan sains khususnya ilmu farmasi. Ini

berdasarkan kenyataan bahawa dalam penyediaan ubat-ubat moden, 35 hingga 50 peratus bahan-bahannya

adalah berasal daripada sumber-sumber asli sama ada tumbuhan, mineral ataupun haiwan. Beberapa jenisubat yang dikenali dalam dunia perubatan moden seperti kuinin yang banyak membantu melawan penyakit

seperti malaria, diketahui melalui penggunaan kulit pokok kuinin yang telah digunakan sejak lama dahulu

oleh masyarakat Peru di pergunungan Andes, Amerika Selatan. Masih banyak kearifan tempatan yang belum

diselidikiterutamanya perubatan yang digunakan oleh masyarakat tradisional di seluruh dunia termasuk

masyarakat Melayu. Manuskrip dan teks klasik akan memberi bantuanyang tidak ternilai untuk memahami

kearifan tempatan ini secara lebih sistematik dan objektif.

Etnofarmakologi Melayu:Kajian lepas

Dari satu segi, etnofarmakologiialah kajian tentang farmakologi. Cuma isinya ialah tentang materia medika

tradisional.Beberapa kajian awal terhadap materia medika tradisionalseperti yang digunakan oleh

masyarakat Arab dinamakan sebagai kajian farmakologi. Ahli sejarah perubatan seperti Martin Levy,

menerbitkan hasil kajiannya tentang materia medika tradisional orang Arab melalui sebuah buku yang diberi

 judulEarly Arabic Pharmacology  (1973). Di Alam Melayu pula, seperti di Semenanjung Malaysia para doktor

Inggeris yang mendapat latihan perubatan ala-barat di negara asal mereka menunjukkan minat yang besar

terhadap sistem perubatan tradisional apabila mereka dihantar berkhidmat di sini. Mereka menggumpulkan

bahan-bahan lisan dan tulisan tentang perubatan dan ubat-ubatan yang digunakan oleh masyarakat Melayu

tradisional. Salah seorang doktor yang mengkaji tentang sistem perubatan Melayu tradisional inidan

menghasilkan sebuah kamus yang lengkap tentang ubat-ubat dan racun yang digunakan oleh masyarakat

Melayu ialah J.D. Gimlette (1971).

Kajian etnografi yang pesat berkembang pada akhir abad ke-19mendorong banyak pengkaji dari

disiplin sains sosial mengkaji pelbagai aspek masyarakat tradisional. Ahli-ahli antropologi telah menjadikan

etnofarmakologi sebagai sebahagian daripada pendekatan baru dalam kajian etnografi merekauntuk

mengetahui klasifikasi dan taksonomi yang dibuat oleh masyarakat tradisional. Etnofarmakologi seperti juga

etnosains, pada tahap ini menggunapakai metodologi yang menuntut pengkaji berinteraksi secara langsung

dengan masyarkat yang dikaji (Sturtevent 1964). Di Malaysia sejak abad ke-17 lagi beberapa sarjana dan

pentadbir kolonial Inggeris aktif menggumpulkan maklumat tentang perubatan dan materia medika

tempatan hasil hubungan mereka dengan masyarakat tempatan. Winstedt (1961) dan Skeat. W.M (1967)

adalah antara beberapa sarjana kolonial yang aktif menggumpulkan maklumat tentang perubatan tradisional

tetapi memberi tafsiran serbanegatif kerana terikut-ikut dengan perspektif etnosentrik mereka. Sarjana barat

seperti oleh Perry dan Metzger (1980) telah melakukan dokumentasi tentang ubat-ubatan yang digunakan

oleh masyarakat tradisional khususnya dari tumbuhan tetapi lebih menjurus kepada pengumpulan maklumat

tentang tumbuhan mengikut taksonomi barat tanpa melihat aspek falsafah dan sosio budaya masyarakat.

Kajian oleh sarjana tempatan tentang ubatan tradisional berdasarkan manuskrip-manuskrip klasik

telah bermula sebelum merdeka lagi. Sebuah manuskrip Melayu tentang ilmu perubatan atau tibb pernah

diterjemah ke bahasa Inggeris oleh Inche Ismail Munsyi (1886) dengan tajuk “This is the medical book of

Malayan medicine” dantelah diterbitkan dalam The Garden Bulletin Straits Settlements. Terjemahan ini

adalah berdasarkan korpus kitab tibb yang banyak terdapat dalam koleksi peribadi dan awam di Malaysia.

Sebuah korpus kitab tibb yang dipercayai kepunyaan Bomoh Diraja Kelantan pada akhir abad ke 20 telah

ditransliterasi oleh A. Samad Ahmad (1988).Harun Mat Piah (2006) telah membuat satu kajian dan huraian

yang panjang lebar tentang korpus kitab tibb ini. Terdapat juga korpus kitab tibb yang lebih terkenal dengan

panggilan Kitab Tibb Pontianak   telahmenarik minat ramai pengkaji-pengkaji tempatan antaranya oleh Abd

Page 3: Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 3/10

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

24

Razak Abd Karim (2000) dan Faisal @Ahmad Faisal Abdul Hamid dan Nur Wahidah Binti Fauzi (2012).

Terdapat beberapa lagi versi manuskrip kitab tibb yang dijadikan sumber rujukan oleh beberapa pelajar pasca

sarjana di beberapa buah universiti tempatandalam kajian mereka(Roziah Sidik,2010).

Namun begitu, kajian-kajian sedia ada terhadap manuskrip tentang ilmu tibb ini masih terbatas

kepada aspek-aspek kebahasaan atau menunjukkan keistimewaan kitab tibb Melayu dari segi kerencaman

materia medika dan pemikiran perubatan yang dibawanya. Kajian lepas masih kurang menyentuh tentangasas dan prinsip ilmu farmakologi Melayu dan rasional pemilihan ubat-ubat. Justeru, satu pandangan holistik

tentang perubatan Melayu perlu digagaskan supaya ubat-ubatan tradisional tidak diperkecilkan kerana

huraian sebab akibatnya tidak diketahui lalu dianggap tidak mempunyai nilai saintifik.

Bagi ahli-ahli sains dalam bidang farmasi moden, etnofarmakologi lebih bersifat teknikal. Bruhn dan

Holmstedt (1985) mendefinisikan etnofarmakologi sebagai “...the interdisplinary scientific exploration of

biologically active agents traditionally employed or observed by man”. Definisi konsep seperti ini walaupun

mencadangkan penyelidikan yang bersifat antara disiplin, tetapi yang ditekankan ialah kajian yang bersifat

“ pharmacognostic” dan “ phytochemical ” iaitu mengkaji bahan-bahan aktif yang terdapat dalam ubat-ubat

yang digunakan oleh masyarakat tradisional terutama yang berasal daripada tumbuhan. Definisi konsep yang

diberikan oleh Bruhn dan Holmstedt di atas jelas menunjukkan kecenderungan pendekatan empirikal dalam

kajian etnofarmakologi.

Kertas ini akan cuba menampung kekurangan yang ada dan akan menjelaskan asas-asas dan prinsip-

prinsip yang berkaitan dengan rasional pemilihan materia medika perubatan Melayu seperti yang dijelaskan

dalam manuskrip-manuskrip perubatan Melayu yang dirujuk.

Manuskrip-manuskrip perubatan Melayu

Terdapat dua kategori umum manuskrip perubatan Melayu iaitu pertama; manuskrip yang mempunyai nama

 judul dan nama pengarang, dan kedua; manuskrip yang berupa korpus atau himpunan tentang ilmu

perubatan, tidak mempunyai nama pengarang (walaupun mungkin mempunyai nama penyalin) dan tidak

mempunyai judul khusustetapi lebih dikenali dengan namaKitab Tibb ataupun Kitab Tabib.

Satu ciri umum yang ada pada semua manuskrip perubatan Melayu ialah terdapatnya ciri-ciri

kesusasteraan Arab didalamnya. Selain daripada menggunakan tulisan jawi dan mempunyai struktur teks

Arab iaitu boleh dibahagikan kepada bab dan fasal, manuskrip tib kerap diberi petikan sama ada daripada

ayat al-Quran ataupun hadis dan juga anekdot-anekdot iaitu kisah-kisah tertentu yang berisi pengajaran

tertentu. Sungguhpun sarat dengan pengaruh Arab-Islam, manuskrip perubatan Melayu mempunyai

pengaruh dan elemen-elemen tempatan sama ada dari segi idea yang mendasarinya ataupun jenis-jenis

penyakit yang biasa ditemui dalam persekitaran tempatan dan materia medika tempatan yang disyorkan

untuk merawatnya.

Kitab yang mempunyai judul antaranya ialah Kitab Bustan al-Salatin, Kitab Taiyibul Ihsan Fi Tibb al-

Insan, Kitab Mujarabat Melayu, Kitab Tajul Muluk  dan lain-lain. Setengahnya mempunyai nama pengarang

manakala selebihnya hanya mempunyai maklumat atau nama penyalinnya. Kitab tibb dalam kategori ini

biasanya bersifat ensaiklopedik iaitu terdapat beberapa ilmu dalam beberapa bidang lain yang disertakan

bersama.

Kitab Bustan al-Salatinmisalnya mengandungi 7 bab dan setiap bab mempunyai beberapa fasal. Bab

7 kitab ini mengandungi beberapa fasal, dan fasal III menghimpun ilmu tentang anatomi dan ilmu perubatan.

Bab inilah yang paling luas tersebar kerana nilai gunaannya dan maklumat yang terdapat di dalamnya.

Mengikut Anne Grinter (1979) terdapat sekurang-kurangnya 18 buah manuskrip dari Bab 7 ini yang masih

terpelihara di beberapa buah perpustakaan di serata dunia. Terdapat beberapa variasi manuskrip yang masih

Page 4: Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 4/10

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

25

ada. Perbezaan ini berlaku kerana sering berlaku tokok tambah kepada manuskrip yang disalin terkemudian

khususnya oleh para penyalin. Kebanyakan pengarang dan juga penyalin manuskrip Melayu merasa semua

perkara penting dan perlu diketahui oleh masyarakat perlu dicatat untuk disimpan dan disebarkan. Jika hal ini

tidak dilakukan, ilmudan kebijaksanaan serta lain-lain itu akan dilupakan dan hilang. Kepelbagaian isi

kandungan dan hubungan yang saling berkait antara satu bab dengan bab yang lain adalah antara ciri

kepengarangan yang wujud di Alam Melayu (Ding Choo Ming, 2009). Ciri kepengarangan seperti inilah yang

menjadikan kitab tibb seperti Bustan al-Salatin  ini begitu ensaiklopedik, merangkumkan berbagai subjek.Namun setiap bab boleh sahaja berdiri sendiri. Kerana itu Bab 7 Kitab Bustan al-Salatin ini tersebar dengan

meluas diseluruh Alam Melayu dan berdiri sendiri sebagai sebuah kitab tibb.

Korpus kitabtibbbanyak tersebar diseluruh Alam Melayu dan kebanyakannyadalam berkeadaan

baikkerana diberi penjagaan yang baik oleh pemiliknya malah sering dianggap mempunyai nilai mistik.

Dianggarkan terdapat lebih 80 buah manuskrip tentang tibb di seluruh dunia dan separuh daripadanya

berada dalam koleksi manuskrip Perpustakaan Negara Malaysia (Harun Mat Piah, 2006). Kebanyakan kitab

tibb diulang salin beberapa kali dan pemilik barunya mungkin menambah sejumlah maklumat baru dalam

teks miliknya. Kitab-kitab tibbyang tidak mempunyai nama pengarang ini mempunyai elemen sinkritisme

yang kuat, terdapat unsur-unsur Islam, Hindu, anamisme dan lain-lain unsur tempatan. Ini mungkin untuk

menyediakan satu teks yang unggul dan ampuh untuk memberikan rawatan perubatan yang diperlukan.

Asas dan prinsip etnofarmakologi Melayu-Islam

Pemilihan dan penyelenggaraan materia medika dalam sistem perubatan Melayu tradisional tidak berlaku

secara sewenang-wenangnya. Ia adalah hasil daripada pengalaman dan pemerhatian secara objektif terhadap

kesan sesuatu materia medika. Pemilihan materia medika ini juga mempunyai rasional dan justifiasi tertentu

selaras dengan idea-idea dan falsafah doktrin perubatan Melayu.

Konsep orang Melayu tentang ubat mempunyai pelbagai tahap, antaranya ialah sebagai bahan

farmaseutik iaitu ubat-ubat yang telah tersedia untuk digunakan bagi tujuan rawatan, pencegahan penyakit

atau semasa melakukan diagnosis. Makanan juga dianggap sebagai ubat jika ia boleh mempengaruhi sistem

badan seseorang. Ubat juga termasuklah antidot atau penawar terhadap penyakit-penyakit yang disebabkan

oleh unsur-unsur toksid dalam badan seperti racundan gigitan binatang berbisa. Selain daripada perkataan

ubat, konsep lain yang selalu juga digunakan ialah penawar. Tetapi penawar lazimnya merujuk ubat yang

khusus bertindak sebagai antidot.

Fungsi ubat ialah sebagai agen aktif yang boleh digunakan untuk mencegah dan juga merawat penyakit.

Walaupun terdapat ubat yang terdiri daripada bahan makanan tetapi dalam manuskrip perubatan seperti

Bustan al-Salatindan Kitab Tibb, fungsi ubat dengan makanan dibezakan. Pengarangnya lebih mengutamakan

makanan berbanding ubat dalam penjagaan kesihatan kerana menurut beliau kesihatan dan penyakit adalah

berpunca daripada amalan pemakanan seseorang. Seseorang itu digalakkan menjauhkan diri daripada

mengambil ubat semata-mata kecuali jika benar-benar diperlukan. Badan yang sakit tidak semestinya

memerlukan ubat, kerana antara sifat ubat ialah boleh mengubah sifat badan. Ahli-ahli perubatan Melayu

kebanyakannya sependapat dengan Hippocrates dan Galen bahawa badan mempunyai kebolehannya sendiri

untuk mengembalikan keseimbangannya jika disediakan keadaan luaran dan dalaman yang sesuai. Amalan

pemakanan adalah faktor luaran yang boleh mempengaruhi kesihatan secara langsung.

Penekanan terhadap manipulasi diet sebagai ubat dalam sistem perubatan Melayu menunjukkan

doktrin Galenisme telah mengalami perubahan dan penyesuaian di Alam Melayu. Dalam Galenisme

ditekankan kepentingan ubat, sedangkan dalam perubatan Melayu diet lebih diutamakan. Perbezaan ini

disebabkan oleh pengaruh kuat tradisi perubatan Nabi yang mempengaruhi orang Melayu yang lebih

menekankan penggunaan diet dalam sistem perubatannya. Pengaruh perubatan Nabi ini mengalir ke dalam

Page 5: Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 5/10

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

26

perubatan Melayu melalui teks-teks hadis yang menjadi antara sumber asas ajaran Islam yang dibawa

bersama oleh pendakwah Islam ke Alam Melayu.

Setiap makanan, ubat ataupun racun mempunyai keupayaan tersendiri kerana setiap satu

mempunyai temperamen tertentu bergantung kepada anasir-anasir yang dikandungnya. Oleh itu

pengetahuan tentang khasiat dan temperamen ubat dan juga temperamen pesakit adalah dua aspek penting

yang dititikberatkan dalam penyelenggaraan ubat dalam ilmu farmakologi Melayu selain daripadapengetahuan tentang humor dan fisiologi atau anatomi tubuh. Materia medika yang digunakan ini datangnya

daripada sumber tumbuhan, haiwan ataupun galian. Khazanah materia medika orang Melayu diperkayakan

lagi dengan pengetahuan mereka dalam bidang botani, zoologi dan juga mineralogi. Bahan yang paling

banyak digunakan ialah daripada alam tumbuhan, diikuti oleh haiwan dan kemudian alam mineral.

Dua sumber yang sangat besar mempengaruhi asas pemikiran farmakologi Melayu ialah doktrin

Hippocrates/Galenisme dan doktrin perubatan Nabi atau Tibbb nabawi. Kedua-dua sumber ini dari segi

teorinya adalah bersifat humoral. Kedua-dua sumber ini berkemungkinan besar dipindahkan kepada orang

Melayu melalui penulisan dan pengaruh orang Arab dan juga melalui pengaruh-pengaruh India. Pengaruh

doktrin humoral ini meresap pula ke seluruh aspek sistem perubatan Melayu baik daripada aspek penjenisan

penyakit, diagnosis dan farmakologi.

Selari dengan doktrin humoral Hippocrates, ilmu fisiologi Melayu bertitik tolak daripada asas

taakulan bahawa wujudnya empat cairan atau humor utama dalam tubuh manusia iaitu darah, balgham, air

hempedu kuning dan air hempedu hitam. Keempat-empat humor ini mempunyai kaitan dengan empat anasir

utama alam ini iaitu api, air, angin dan tanah. Keempat-empat anasir ini adalah simbolisme sifat-sifat alam

dalam tubuh manusia. Humor balgham bersifat sejuk dan lembah  –  seperti sifat air; humor darah bersifat

panas dan lembap - seperti sifat angin; Humor air hempedu hitam bersifat sejuk dan kering seperti sifat

tanah; manakala air hempedu kuning bersifat panas dan kering – sama seperti unsur api (Nasr, 1964).

Keseimbangan humor dalam badan manusia mempunyai kaitan yang erat dengan temperamen

(mizaj ) atau tabiat humor dalam tubuh manusia itu sendiri. Temperamen ialah kualiti yang terhasil daripada

interaksi antara semua humor dalam badan yang mempunyai pelbagai sifatdan juga hasil pengaruh-pengaruh

yang datang dari luar seperti cuaca, perbuatan, amalan pemakanan dan juga ubat-ubatan (Ullmann 1978)

Fisiologi ala-Hippocrates dan Galen ini berjaya memberi rasional cara ubat-ubat mempengaruhi

kesihatan seseorang. Bahan-bahan yang masuk dalam badan akan berubah dan mempengaruhi salah satu

humor dalam badan. Proses perubahan bahan yang masuk kedalam badan ini sama seperti yang berlaku

kepada makanan iaitu dicairkanoleh kepanasan dalam badan menjadi seperti kanji yang dipanggil kimosdan

kemudian ditukarkan menjadi khilos. Cairan yang telah terurai ini akan bertukar menjadi sama ada darah,

balgham, hempedu kuning dan hempedu hitam.Kesan maksimum sesuatu ubat bergantung kepada pemilihan

 jenis ubat yang tepat setelah diketahui apakah kedudukan temperamen seseorang yang sakit itu melalui

beberapa kaedah diagnosis(Temkin, 1977).

Semua manuskrip perubatan Melayu menerima asas falsafah humoral ini sebagai dasar ilmu

perubatan mereka. Kitab Bustan al-Salatin  paling hampir merupai falsafah perubatan Arab seperti yang

dipraktiskan oleh Ibn Sina dan kemudian diperturunkan kepada sistem perubatan Unani yang popular di

benua kecil India (Mahzar, 1966). Pengarang Bustan al-Salatin, Syeikh Nuruddin al-Raniri yang mempunyai

darah keturunan India-Arab dipercayai dipengaruhi oleh falsafah perubatan Islam melalui mata rantai sejarah

ini.Kitab Tibbb lebih sederhana, walaupun menerima prinsip humoral tetapi dipermudahkan dan ada yang

hanya menekankan unsur panas dan sejuk sahaja.

Page 6: Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 6/10

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

27

Kaedah diagnosis juga bersifat humoral iaitu dengan melihat simpton-simpton penyakit yang dapat

memberitahu perubahan-perubahan yang berlaku ke atas humor dalam badan. Dalam Kitab Tibb, kaedah

diagnosis yang diterangkan jelas bersifat tempatan iaitumencari simpton penyakitmelalui melihat warna

badan, merasa gerak nadi, melihat warna najis dan juga dengan mengesan perubahan temperamen pesakit.

Setelah penyebab penyakit dan jenis penyakit diketahui dengan menggunakan diagnosis yang telah

diterangkan maka kaedah rawatan juga akan bersifat humoral iaitu dengan prinsip alopati atau contraria

contrariis. Berdasarkan prinsip ini taksonomi penyakit dibahagikan kepada dua iaitu penyakit jenis sejuk

ataupun panas berdasarkan sifat humor yang terlibat. Demam kura misalnya adalah sejenis penyakit yang

sejuk kerana berlebihan balgham dalam badan. Ada penyakit yang dikatakan panas seperti demam panas

kerana disebabkan oleh berlebihnya humor darah. Setengah penyakit dikaitkan langsung dengan keadaan

humor dalam badan, seperti demam kuning kerana berlebihannya air hempedu kuning dalam

badan.Mengikut prinsip ini rawatan dijalankan dengan memberi makanan ataupun ubat yang berlawanan

dengan jenis penyakit orang yang hendak dirawat. Orang yang mendapat penyakit yang sejuk seperti

penyakit deman kura akan diberi rawatan dengan menggunakan ubat yang panas dan menjauhkannya

daripada terkena anasir-anasir yang sejuk seperti angin.

Dengan menggunakan asas teori farmakologi Arab dengan ciri-ciri galenik, iaitu berdasarkan sistem

rasa. Proses menentukan khasiat ubat dan tindakbalasnya dalam sistem tubuh seseorang diterangkan dengan

 jelas termasuk keampuhannya sekali oleh Syeikh Nuruddin al-Raniri dalam kitab Bustan al-Salatinseperti

berikut;

“...Kata hukama bahawa rasa makan makanan itu sembilan perkara. Pertama; pedas, kedua; pahit,

ketiga; manis, keempat; masin, kelima; masam, keenam;tawar, ketujuh; kelat kedelapan; liat dan

kesembilan lendir. Adapun yang pedas dan yang pahit dan yang masin dan yang manis itu hangat

khasiatnya dan yang masam dan yang tawar dan kelat dan yang lendir dan yang liat itu sejuk

khasiatnya.

Kata ulama dengan ittifaq segala hukama bahawa barang makan makanan atau segala ubat adalah

khasiatnya hangat atau sejuk atau kering atau basah dan ada kalanya bercampur dengan dua

khasiat iaitu hangat lagi basah atau hangat lagi kering dan adakalanya ia hangat pada darjah yang

 pertama atau pada darjah yang keempat. Demikian lagi darjah segala yang sejuk pun empat perkara

 jua, darjah yang basah pun empat perkara jua dan darjah yang kering pun empat perkara jua.

Syahdan, jika makan seorang yang sederhana tubuhnya akan suatu makanan atau ubat maka tiada

ia merasai bekas makanan itu maka adalah iaitu pada darjah yang pertama seperti makan gandum

dan sakar dan jika makan akan suatu makanan atau ubat yang kedua seperti air madu dan jika

dimakannya akan suatu makanan atau ubat maka dirasainya bekas makanan itu sangat memberi

mudarat seperti lada iaitu pada darjah yang keempat...”  

Berdasarkan prinsip ini satu sistem klasifikasi makanan dan ubat dapatdiformulakan. Materia medika

yang mempunyai rasa yang masin seperti garam termasuk dalam kategori panas. Bahan yang pedas seperti

lada dan yang seumpamanya juga di dalam kategori panas. Begitu juga yang pahit seperti kopi dan tumbuhan

lain yang pahit bersifat panas. Makanan yang manis juga termasuk dalam kategori panas. Manakala bahan

yang mempunyai rasa masam seperti limau, yang kelat seperti teh, yang berlendir seperti kacang bendi dan

 juga yang tawar sahaja seperti kebanyakan sayuran dan juga yang liat di dalam kategori sejuk. Penjenisan

sifat ubat mengikut rasanya adalah seperti jadual di bawah;

Jadual 1: Penjelasan khasiat ubat/makanan mengikut rasa

Khasiat Rasa Contoh ubat/makanan

Panas Pedas

Masin

Pahit

Manis

Garam

Lada

Kopi

Gula

Page 7: Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 7/10

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

28

Sejuk Masam

Tawar

Kelat

Lendir dan liat

cuka

Sayur-sayuran

Teh

Sayur seperti bendi

Setiap bahan yang dijadikan ubat akan mempunyai kombinasi dua khasiat.MengikutKitab Bustan al-

Salatin, seperti dalam petikan di atas, setiap bahan yang berpotensi dijadikan materia medika mempunyai

kombinasi dua khasiat atau sifat iaitu sama ada, panas, sejuk, kering ataupun basah dan bahan yang sama

dapat dikategorikan mengikut darjah-darjah tertentu iaitu dari darjah pertama hingga darjahkeempat.

Ketumbar (Coriandrum sativum) misalnya mempunyai khasiat sejuk pada darjah yang pertama dan kering

pada darjah yang kedua. Madu pula mempunyai khasiat panas pada darjah yang kedua dan kering pada

darjah kedua. Cara yang digunakan untuk menentukan darjah ini berdasarkan kesan bahan itu pada

seseorang. Jika orang yang sederhana tubuhnya memakan sesuatu bahan dan tidak merasai apa-apa kesan

maka bahan itu tergolong pada darjah yang pertama, contohnya ialah bunga mawar. Jika dirasai bahan itu

memberi kesan maka ia adalah pada darjah yang kedua, iaitu seperti madu. Bahan yang memberi mudarat

kepada tubuh mempunyai darjah yang ketiga, contohnya ialahGaram, yang mempunyai khasiat panas pada

darjah yang ketiga dan kering pada darjah yang ketiga. Jika bahan itu sangat memudaratkan seperti candu,

maka ia tergolong dalam darjahyang keempat dan biasanya beracun. Perbezaan khasiat dan darjah ini sangat

berguna untuk menentukan ubat mana yang terbaik untuk merawat keadaan sakit seseorang yang berbeza

dengan seorang yang lain sama ada kerana perbezaan sifat tubuh badannnya, atau punca penyakit, masa

atau keadaan, ataupun keseriusan penyakitnya.

Klasifikasi ubat dengan darjah yang berbeza oleh Kitab Bustan al-Salatin  ini mempunyai keselarian

dengan pembahagian yang dilakukan oleh Syeikh Ahmad Fatani,seorang cendiakawan Islam yang juga

seorang ahli perubatan Melayu pada abad ke-19. Syeikh Ahmad Fatani (1914) membahagikan makanan, ubat

dan racun kepada enam jenis iaitu;

1. Makanan semata-mata. Ia boleh diubah sifatnya oleh sistem badan sehingga menjadi sebahagian

daripada badan iaitu dalam bentuk zat-zat badan, tetapi tidak memberi kesan atau perubahan

kepada sistem badan.

2. Makanan yang juga ubat. Ia dapat bertindak sebagai makanan dengan diubah sifatnya menjadi

zat-zat untuk pertumbuhan badan dan sekali gus sebagai ubat kerana dapat mengubah sistem

badan.

3. Ubat yang sederhana. Ia boleh berubah tetapi tidak mengubah sistem badan dan tidak dapat

memberi zat kepada badan.

4. Ubat semata-mata. Ia berpotensi besar mengubah sistem badan tetapi tidak akan menjadi zat

kepada badan.

5. Racun yang menyerupai ubat. Ia boleh berubah dan mengubah sistem badan tetapi akhirnya akan

membinasakan badan.

6. Racun semata-mata. Ia tidak akan berubah sifatnya sebagai racun sebaliknya akan mengubah

sistem badan dan membinasakan sistem badan.

Beberapa kelainan dan perbezaan kecil ditemui dalam doktrin perubatan Melayu seperti yang dapat ditemui

dalam manuskrip-manuskrip perubatan Melayu berbanding dengan sistem perubatan Galenisme yang asli

ataupun dipengaruhi ciri Arab. Kepada masyarakat Melayu, makanan yang mempunyai rasa manis tergolong

dalam kategori panas. Manakala mengikut Galenisme pula bahan yang mempunyai rasa manis dan lemak

dikategorikan sebagai sederhana. Satu lagi perbezaan ialah kitab perubatan Melayu seperti Bustan al-Salatin

memberikan rasa sesuatu bahan hingga kepada sembilan jenis rasa, sedangkan dalam Galenisme terdapat

lapan jenis iaitu tidak termasuk rasa liat. Perbezaan cuaca dan temperamen manusia di kawasan beriklim

tropika menyebabkan beberapa tambahan dan ubahsuai dilakukan dalam kategori-kategori di atas. Doktrin

Page 8: Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 8/10

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

29

Galenisme sendiri bersifat dinamik dan bukannya satu doktrin yang bersifat monolitik dan taksonomik. ia

memberi ruang inovasi dan improvisasi kepada pengamalnya di Alam Melayu.

Penyediaan ubat dalam farmakologi Melayu dilakukan dalam dua cara iaitu sebagai ubat berbentuk

tunggal (simple) dan sebagai ubat campuran (compound ) iaitu hasil campuran lebih dari satu bahan. Kitab

Bustan al-Salatin jelas memperlihatkan pengaruh kuat Tibbb Nabawi kerana lebih banyak menekankan ubat

berbentuk tunggal berbanding dengan ubat berbentuk campuran.

Ubat berbentuk tunggal lebih diutamakan kerana ia mudah diperolehi dan mudah diberikan kepada

pesakit. Di samping itu dikuatiri ubat yang dihasilkan dari berbagai-bagai campuran terkandung di dalamnya

bahan-bahan yang haram di sisi Islam. Kontroversi tentang keutamaan antara ubat berbentuk tunggal dan

campuran ini merupakan satu isu farmakologi dalam tradisi perubatan Islam sejak zaman awal

perkembanganya lagi. Ahli perubatan Arab seperti Hunayn Ibn Ishaq (Ghalioungui 1980) mempertahankan

kepentingan ubat campuran atas beberapa sebab. Antaranya ialah penyediaan ubat secara campuran boleh

dilakukan untuk menghasilkan ubat yang sesuai dengan kepelbagaian keadaan pesakit dan jika dalam

kesukaran untuk mendapatkan ubat bentuk tunggal yang sesuai. Ubat berbentuk campuran juga diperlukan

untuk mendapatkan sifat ubat yang mempunyai khasiat yang sesuai dengan jenis penyakit yang hendak

dirawat. Misalnya ubat salap untuk penyakit kulit yang sukar didapati daripada ubat berbentuk tunggal. Ia

 juga boleh menghilangkan rasa dan bau yang tidak disukai pesakit.

Materia medika yang diberikan oleh Bustan al-Salatin kebanyakan adalah ubat tunggal ataupun ubat

campuran yang tidak melebihi dua bahan. Ubat ini sesuai dengan khasiatnya untuk merawat penyakit

tertentu yang mempunyai sifat yang berlawanan dengan ubat berkenaan. Hanya terdapat sedikit ubat

berbentuk campuran yang diberikan dalam Kitab Bustan al-Salatin  iaitu seperti candu yang dicampurkan

dengan air madu sebagai ubat tahan sakit. Semua kitab tibbmemberi kedudukan yang istimewa kepada ubat

campuran seperti makjun yang melibatkan campuran sehingga lebih 10 jenis bahan.

Dalam kaedah penyelenggaraan ubat, pengaruh doktrin Tibb Nabawi amat kuat. Penekanan

terhadap ubat berbentuk tunggal dan keutamaan materia medika yang bersifat bukan semata-mata ubat

tetapi juga sebagai makanan adalah antara ajaran-ajaran daripada doktrin Tibb Nabawi (Elgood 1962).

Sungguhpun begitu ciri perubatan humoral seperti penyelenggaraan ubat secara galenik iaitu penyediaan

ubat daripada berbagai-bagai jenis campuran masih digunakan.

Perbezaan antara etnofarmakologi tradisional dengan farmakologi moden ialah tujuan rawatan

adalah untuk menyembuhkan aspek spiritual selain daripada menyembuhkan aspek fizikal (Nurdeng

Deuraseh, 2009).Walaupun kesihatan adalah keadaaan yang tercapai bila wujud keseimbangan fizikal dalam

sistem badan tetapi penyelengaraan ubat-ubatan oleh sistem perubatan Melayu juga menekankan aspek

teologikal tentang kesihatan. Kesihatan adalah anugerah tuhan kepada manusia kerana apabila Allah

mencipta makhluk, Dia menciptakannya dalam keadaan sempurna dan juga sihat serta normal. Ajaran

daripada Nabi Muhammad s.a.wyang dikumpulkan khusus dalam koleksi Tibb Nabawi juga menyuruh umat

Islam menjaga kesihatan yang Allah kurniakan ini.

Kesimpulan

Walaupun pengetahuan orang Melayu tentang kegunaan sesuatu materia medika telah terkumpul daripada

pengalaman sendiri dan juga datang daripada berbagai arah pengaruh yang merentas satu jangka masa yang

lama tetapi terdapat satu sistem atau kerangka dasar farmakologi yang digunakan. Pemberian ubat kepada

seseorang bertujuan mengembalikan keseimbangan badan yang terjejas akibat perubahan temperamen

kerana perubahan humor tertentu dalam badan. Pemberian ubat kepada seseorang bukan sahaja ditujukan

kepada organ-organ tertentu dalam badan seperti dalam perubatan moden, tetapi lebih khusus ialah untuk

mengubah atau mempengaruhi humor dalam badan.

Page 9: Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 9/10

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

30

Oleh itu, asas pertama yang mendasari idea etnofarmakologi Melayu ialah patologi humoral iaitu

idea tentang terdapatnya empat cairan atau humor yang menentukan tabiat seseorang. Penyakit umumnya

ialah ketidakseimbangan humor ini, dan objektif rawatan ialah untuk mengembalikan keseimbangannya.

Berdasarkan asas ini prinsip alopati atau contraria contrariis diaplikasikan dalam memilih dan menyelenggara

ubatkepada pesakit. Pesakit yang mempunyai simptom sejuk akan diberi ubat yang panas dan begitulah

sebaliknya. Penentuan sifat sejuk dan panas sesuatu bahan yang dijadikan ubat dilakukan secara sistematikiaitu berdasarkan rasanya. Terdapat sembilan jenis rasa yang menentukan sama ada sesuatu bahan itu dalam

kategori sejuk ataupun panas. Khasiat ubat juga disistematikkan lagi berdasarkan darjah-darjah keampuhan

yang tertentu  – antara satu hingga empat. Etnofarmakologi Melayu-Islam menggunakan lebih ubat tunggal

berbanding ubat campuran. Ini mungkin kerana adanya pengaruh Tibbb Nabawi yang agak kuat dalam

manuskrip yang berunsur Islam. Dalam korpus Kitab Tibb yang tebal dengan pengaruh tempatan, ubat-

ubatannya adalah pelbagai jenistetapi lebih banyak menggunakan ubat yang bersifat campuran. Namun asas

humoral tetap mendasar dalam semua manuskrip perubatan Melayu.

Masih banyak materia medika terutamanya daripada tumbuhan yang belum dikaji walaupun

penggunaannya secara tradisional telah digunakan secara meluas. Dengan kajian etnofarmakologi secara

saintifik ubat-ubat tradisional ini dapat dimajukan dengan mengenalpasti bahan-bahan aktif dan juga melalui

penemuan-penemuan farmakologikal yang lain. Beberapa jenis materia medika tradisional yang terbukti

mempunyai nilai perubatan setelah dikaji secara saintifik telah disiarkan dalam Jurnal perubatan Lancet  sejak

dulu lagi. Penemuan ini menunjukkan dengan jelas potensi materia medika yang digunakan oleh masyarakat

tradisional dahulu kepada masyarakat hari ini.

Rujukan

Abd Razak Abd Karim.(2000). “Kitab Tibb Pontianak: Jenis-Jenis Penyakit dan

Bahan-Bahan Yang Digunakan Untuk Perubatan”, Jurnal Filologi Melayu, Jil. 8.

Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara.

Abd Razak Ab. Karim.(2002). “Kitab Tibb (MSS 489): Kepelbagaian jenis penyakit dan bahan -bahan

perubatan” dlm. Jurnal Filologi Melayu. Jilid 10. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani.(1954).Kitab Taiyib al-Ihsan fi-Tibbb al-Insan. Persama Press: Pulau

Pinang.

Ding, Choo Ming, Henri Chambert-Loir, dan Titik Pudjiastuti (eds.) (2009). Kearifan Lokal yang Terkandung

dalam Manuskrip Lama. Bangi: Institut Alam dan Tamadun Melayu.

Ahmad Y al-Hassan danDonald, H. (1993).Islamic Science and Engineering. Cambridge: Cambridge University

Press

Elgood. C.(1962). Tibbb-ul-Nabbi or Medicine of the Prophet , dalam Osiris, Vol.14

Faisal @Ahmad Faisal Abdul Hamid dan Nur wahidah Binti Fauzi. (2012). Perubatan Melayu Tradisional;

Kitab Tibbb Pontianak. Dalam Jurnal Al-Tamadun, Bil 7(1). Halaman 149 -162

Gimlette, J.D.(1971). A Dictionary of Malayan Medicine. Kuala Lumpur: Oxford University Press.

Grinter, C. A.(1976). Book IV of the Bustan al-salatin by Nuruddin al-Raniri , Tesis Ph.D. University of London.

Jelani Harun. (2009). Bustan al-Salatin. Penang: Universiti Sains Malaysia.

Harun Mat Piah. (2006). Kitab Tibb: Ilmu perubatan Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia.

Hunayn Ibn Ishaq.(1980). Question on Medicine for scholars (Al-Masail fi al-Tibb lil Muta’alimin).(Terj. Paul

Ghalioungui). Cairo: Al-Ahram Center for Scientific Translations. 

Levy, M.(1973). Early Arabic Pharmacology: An introduction on ancient and Medieval Sources. Leiden: E.J Brill

Mazhar H. Shah.(1966). The General Priciples of Avicenna’s Canon of Medicine. Karachi: Naveed Clinic

Nasr, S.H.(1964). An Introduction to Islamic Cosmological Doctrines. Cambridge: Havard University Press.

 _________ .(1984).Science and Civilization in Islam,Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar

Needham, J. (1954).Science and Civilisation in China. Cambridge: Cambridge University Press.

Nurdeng Deuraseh.(2009).Preservation of Health in Islamic Law . IIUM Press: Kuala Lumpur.

Page 10: Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

8/19/2019 Kk4 Etnofarmakologi Melayu-Islam_kearifan Tempatan Dalam Manuskrip-manuskrip Perubatan Melayu

http://slidepdf.com/reader/full/kk4-etnofarmakologi-melayu-islamkearifan-tempatan-dalam-manuskrip-manuskrip 10/10

Seminar Serantau Kajian Manuskrip Melayu dan Kearifan Tempatan 2013

31

Perry, L.P. dan Metzger J.(1980). Medicinal Plants of East and Southeast Asia: Attributed Properties and Uses.

Cambridge: MIT Press.

Temkin, O.(1977). Health and Disease, The Double Face of Janus, Baltimore: The JohnHopkins University

Press,

Syeikh Nuruddin al-Raniri, (tanpa tarikh). Kitab Bustan al-Salatin, No. 21514, Bibliotheque Royale deBelgique,

Brussels.

Roziah Sidik. (2011).“Corak pemikiran perubatan penulis manuskrip dalam MSS1292 Kitab Tibbb” Prosiding

Nadwah Ulama Nusantara IV, Kota Bharu, Kelantan 25-26 November 2011.

Skeat, W.M.(1967). Malay Magic: Being an Introduction to the Folklore and Popular Religion of the Malay

Peninsula. New York: Dover Publication

Sturtevent W.C.(1964). “Studies in Ethnoscience”, dalam Journal of American Antropologist, 66(3)

Ullman, M.(1978).Islamic Medicine. Edinburgh: Edinburgh University Press

Winstedt, W.W.(1961). The Malay Magician: Being Shaman, Saints and Sufi . London: Routledge & Kegan

Paul.