pameran manuskrip mei..ayu · 2016. 3. 30. · pameran manuskrip mei..ayu ===== pameran manuskrip...

5
PAMERAN MANUSKRIP MEi..AYU ============================ Pameran Manuskrip Melayu ini adalah pameran yang julung-julung kali dianjurkan oleh Perpustakaan Negara di Muzium Negara secara besar-besaran walaupun manuskrip-manuskrip Melayu pernah dipamer sebelum ini oleh Perpustakaan Negara sendiri, institusi-institusi dan persatuan-persatuan yang lain. Manuskrip-manuskrip Melayu dar.i Arkib Negara, Dewan Bahasa & Pustaka, Pusat Penyelidikan Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Malaya adalah termasuk dalam Pameran in!. Pameran Manuskrip Melayu ini dianjurkan bertujuan menumpukan perhatian negara terhadap manuskrip Melayu dan mengumumkan penubuhan Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara. Di samping itu, pameran ini diadakan dengan tujuan menyedarkan orang awam tentang betapa nilainya manuskrip Melayu sebagai warisan budaya dan betapa perlunya langkah-langkah diambil bagi pendokumentasian serta pemuliharaannya. Adalah juga menjadi hasrat kami, melalui pameran ini, menarik perhatian penyelidik-penyelidik, para penulis dan orang-orang awam kepada sumber-sumber manuskrip Melayu yang terdapat di dalam negara. Pada 10 Oktober, 1983 di Pertemuan Manuskrip Melayu, anjuranDewan Bahasa dan Pustaka, Y.B. Menteri telah mengumumkan bahawa Perpustakaan Negara telah dinamakan sebagai Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu di dalam negara. Bertujuan memperkukuhkan kedudukan Pusat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara, peruntukan telah pun dibuat dalam deraf Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) yang dijangka akan dibentangkan diParlimen pada tahun ini . Butir-butir lanjut tentang organisasi · Pusat ini sedang diusahakan. Petikan ucapan oleh i Dr. D.E.K. Wijasuriya, .Pemangku Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia di Majlis Perasmian Pameran Manuskrip Melayu di Muzium Negara, ·29hb. Mac, 1984. 1 Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 07-Feb-2021

45 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • PAMERAN MANUSKRIP MEi..AYU ============================

    Pameran Manuskrip Melayu ini adalah pameran yang

    julung-julung kali dianjurkan oleh Perpustakaan Negara di

    Muzium Negara secara besar-besaran walaupun manuskrip-manuskrip

    Melayu pernah dipamer sebelum ini oleh Perpustakaan Negara

    sendiri, institusi-institusi dan persatuan-persatuan yang lain.

    Manuskrip-manuskrip Melayu dar.i Arkib Negara, Dewan Bahasa &

    Pustaka, Pusat Penyelidikan Islam, Universiti Kebangsaan

    Malaysia dan Universiti Malaya adalah termasuk dalam Pameran in!.

    Pameran Manuskrip Melayu ini dianjurkan bertujuan

    menumpukan perhatian negara terhadap manuskrip Melayu dan

    mengumumkan penubuhan Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu

    di Perpustakaan Negara. Di samping itu, pameran ini diadakan

    dengan tujuan menyedarkan orang awam tentang betapa nilainya

    manuskrip Melayu sebagai warisan budaya dan betapa perlunya

    langkah-langkah diambil bagi pendokumentasian serta pemuliharaannya.

    Adalah juga menjadi hasrat kami, melalui pameran ini, menarik

    perhatian penyelidik-penyelidik, para penulis dan orang-orang

    awam kepada sumber-sumber manuskrip Melayu yang terdapat di

    dalam negara.

    Pada 10 Oktober, 1983 di Pertemuan Manuskrip

    Melayu, anjuranDewan Bahasa dan Pustaka, Y.B. Menteri telah

    mengumumkan bahawa Perpustakaan Negara telah dinamakan

    sebagai Pusat Kebangsaan bagi manuskrip Melayu di dalam negara.

    Bertujuan memperkukuhkan kedudukan Pusat Manuskrip Melayu di

    Perpustakaan Negara, peruntukan p~rupdangan telah pun dibuat

    dalam deraf Akta Perpustakaan Negara (Pindaan) yang dijangka

    akan dibentangkan diParlimen pada tahun ini. Butir-butir

    lanjut tentang organisasi · Pusat ini sedang diusahakan.

    Petikan ucapan oleh i Dr. D.E.K. Wijasuriya, .Pemangku Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia di Majlis Perasmian Pameran Manuskrip Melayu di Muzium Negara, ·29hb. Mac, 1984.

    1

    Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • Sement·ara itu, Perpustakaan Negara telah

    meningkatkan lagi programnya dalam perolehan, pendokumentasian

    dan pemuliharaan manuskrip Melayu. Koleksi manuskrip Melayu di

    Perpustakaan Negara kini melebihi 400 judul termasuk 63 manuskrip

    dalam bentuk asal. Walaupun prioriti di~ri kepada kerja-kerja

    pemuliharaan manuskrip Melayu di dalam koleksinya, Perpustakaan

    Negara juga telah menerima manuskrip Melayu kepunyaan institusi-

    institusi lain atau o,ang perseorangan bagi tujuan pemuliharaan.

    Dalam hal ini, ingin saya sebut di sini bahawa sebanyak 28 naskah

    manuskrip Melayu dari Muzium Sarawak telah dibawa ke Perpustakaan

    Negara pada bulan November, 1983 bagi tujuan pemuliharaan. Selepas

    dokumen-dokumen ini selesai diperbaiki dan dipulihkan, ianya akan

    dikembalikan ke Muzium Sarawak, tetapi sebelum itu salinan-salinan

    akan dibuat untuk penyimpanan di Perpustakaan Negara. Contoh-

    contoh lain termasuk senaskah Al-Quran yang dipercayai berusia

    lebih dari 380 tahun dari Pulau Tiga, Perak. Al-Quran ini telah

    diperbaiki dan dipemuli~kan oleh Perpustakaan Negara dan kini turut

    dipamerkan.

    Makmal pemuliharaan Perpustakaan Negara pada masa

    ini adalah merupakan satu unit yang kecil denga·n 7 orang kakitangan

    yang memberi penumpuan sepenuhnya kepada kerj.a-kerja pemuliharaan.

    Kerja-kerja pemuliharaan ini adalah merupakan kerja yang perlu di-

    jalankan secara cermat, teliti dan berhati-hati dengan demikian

    banyak memakan masa. Bertujuan meningkatkan lag.i kemudahan

    pemuliharaan ini, bantu an seorang pakar pemuliharaan dari UNESCO

    telah pun diminta di bawah " Participation Programme • dan saya

    telah difahamkan bahawa ianya akan diluluskan tidak lama lagi.

    Latihan lanjut bagi kakitangan yang terlibat dalam kerja-kerja

    pemuliharaan kertas telah pun dimasukkan ke dalam. program latihan

    kami. Namun demikian, ianya mungkin mengambil masa untuk memberi

    hasil yang diharapkan. Adalah perlu juga untuk mengujudkan beberapa

    jawatan tambahan untuk mengendalikan kerja awe tan yang semakin

    bertambah. Kemudahan pemuliharaan dari segi kelengkapan dan bahan-

    bahan perlu juga ditingkatkan lagi. Dalam hal ini, apa yang di-

    perlukan ialah sokongan dan kelulusan oleh agensi-agensi pusat

    2

    Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • sernasa perner·iksaan anggaranbelanjawan tahunan agar warisan kita

    turun-temurun yang tidak ternilai ini tidak dibiar rnenguning,

    rapuh dan akhirnya musnah sarna sekali. Beberapa manuskrip Melayu

    dalam keadaan rosak ini juga dipamirkan untuk menggambarkan betapa

    bur uk dan rumit kerja-kerja pemuliharaan itu dan bukan bertujuan

    memberi gambaran yang tidak baik terhadap institusi yang mempunyai-

    nya.

    Pusat Kebangsaan Manuskrip Melayu di Perpustakaan

    Negara akan memberi prioriti kepada fungsi-fungsi berikut:-

    (i) Perolehan dalam bentuk asal, faksimili,

    salinan mikro atau foto manuskrip-manuskrip

    Melayu yang terdapat di institusi-institusi

    luar negeri dan dari koleksi-koleksi

    persendirian samada di dalam atau luar negeri.

    (ii) Pendokumentasian manuskrip-manuskrip Melayu,

    yang tersimpan di dalam negara, samada di

    institusi-institusi atau pun koleksi

    persendirian dan penerbitan bibliografi dan

    katalog induk dari masa ke semasa.

    [iii) Pemuliharaan manuskrip Melayu, bukan

    sahaja yang terdapat di koleksi Perpustakaan

    Negara sendiri tetapi juga dari institusi-

    institusi tempatan atau koleksi persendirian

    yang mungkin dirujuk ke Perpustakaan Negara

    bagi awe tan. dan pemuliharaan.

    (iv) Penyediaan kemudphan-kemudahan bagi

    penyimpanan dan penggunaan manuskrip Melayu

    di dalam Perpustakaan Negara atau pun

    pembekalan salinan-salinan manus.kr ip dalam

    bentuk mikro, foto atau bentuk yang lain

    berasaskan permintaan institusi-institusi

    atau individu.

    3

    Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • Usaha perolehan manuskrip Melayu akan .banyak bergantung

    kepada nasihat dan pandangan para cerdik pandai tempatan. Oleh

    yang demikian, satu mekanisme yang sesuai dalam bentuk satu

    Jawatankuasa eerdik-pandai atau Panel Pakar-pakar kini dalam

    pertimbangan.

    Saya juga ingin menggunakan peluang pagi ini untuk

    menjelaskan bahawa kami tidak berniat untuk bertindak supaya

    manuskrip Melayu kepunyaan badan-badan berkanun dipindahkan ke

    Perpustakaan Negara. Faedah dari langkah ini pada masa sekarang

    adalah amat keeil. Perkara seperti ini mungkin boleh dipertimbangkan

    di masa depan sekiranya keadaan memerlukannya. Walau bagaimanapun,

    Perpustakaan Negara akan berusaha memperolehi salinan manuskrip

    manuskrip Melayu dari institusi tersebut supaya bahan-bahan ini

    dapat dirujuk di Pusat Manuskrip Melayu di mana Koleksi Kebangsaan

    Manuskrip terkumpul.

    Sungguhpun usaha-usaha memperolehi manuskrip Melayu

    telah dimul~kan sejak awal tahun enam puluhan, sehingga kini

    hanya sebanyak 500 naskah asal telah diperolehi. Bilangan ini

    adalah tersangat keeil berbanding dengan lebih kurang 6,000 naskah

    yang dipereayai terdapat di berbagai kOleksi manuskrip di luar

    negeri. Setakat ini iaitu selepas 2 dekad aktiviti perolehan ini,

    peneapaian kita bersama adalah hanya 8.3%. Ini bermakna bahawa

    92\ manuskrip Melayu masih lagi ditempatkan di repositori-repositori

    luar negeri. Adalah ditegaskan di sini bahawa warisan nusantara

    ini hanya boleh dibawa balik ke negara kita sekurang-kurangnya dalam

    bentuk salinan faksimili, jika semua pihak yang berkenaan sanggup

    berusaha sama seeara kolektif dan tidak bersaing-saing antara satu

    sama lain dalam perkara ini. Adalah penting juga usaha seperti ini

    mendapat sokongan sepenuhnya, bukan sahaja dari segi kewangan

    tetapi juga menerusi perjanjian dua hala antara Kerajaan sekiranya

    perlu.

    Usaha-usaha perolehan, pendokumentasian dan pemuliharaan

    manuskrip Melayu seharusnya membawa kepada penggunaan bahan-bahan

    4

    Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hakcipta Terpelihara © 1984 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • seperti ini dengan lebih luas lagi bukan sabaj;A setakat

    penyelidikan oleh cerdik-pandai tetapi juga oleh orang aWa!D