cpe~ancaltan 7jari dudu/ 01nis 71n/ropolo!ji€¦ · pameran manuskrip melayu telah diadakan di...

4
- 4J)J dan CB{caltu CBuf2u YJelua !Jl{embina !Rumah !JI(efayu: 7Jari dudu/ 01nis 71n/ropolo!Ji Majlis Bicara Buku Majlis pelancaran dan bicara buku Petua Membina Rumah Melayu: Dari Sudut Etnis Antropologi telah diadakan pada hari Sabtu, 27 Januari 200 1 di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia. Ianya merupakan pembuka tirai majlis anjuran Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia bagi tahun 2001. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran seramai lebih kurang 100 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada para budayawan dan cendekiawan. Pentas Auditorium telah dihias dengan binaan bumbung atap rumbia mirip anjung rumah Melayu tradisional telah membangkitkan suasana perkampungan Melayu. Satu mini pameran manuskrip Melayu telah diadakan di Ruang Legar Auditorium yang turut 1 mempamerkan manuskrip-manuskrip yang dikaji dan dihuraikan di dalam buku tersebut. Buku Petua Membina Rumah Melayu: Dari Sudut Etnis Antropologi ini merupakan karya hasil penyelidikan tokoh budayawan dan pengkaji .manuskrip Melayu yang tidak asing lagi laltu Drs. Abdul Rahman AI-Ahmadi yang lebih dikenali dengan nama Pak Rahman. Penerbitan buku ini telah diusahakan oleh beliau di bawah program Mualim Tamu, Perpustakaan N egara Malaysia. Ianya diterbitkan pada tahun 2000 dan merupakan projek yang keempat di bawah program Mualim Tamu. Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 10-Feb-2021

12 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • -4J)J

    CPe~ancaltan dan CB{caltu CBuf2u YJelua !Jl{embina !Rumah !JI(efayu:

    7Jari dudu/ 01nis 71n/ropolo!Ji

    Majlis Bicara Buku

    Majlis pelancaran dan bicara buku Petua Membina Rumah Melayu: Dari Sudut Etnis Antropologi telah diadakan pada hari Sabtu, 27 Januari 200 1 di Auditorium Perpustakaan Negara Malaysia. Ianya merupakan pembuka tirai majlis anjuran Jabatan Perpustakaan Negara Malaysia bagi tahun 2001. Majlis ini telah diserikan dengan kehadiran seramai lebih kurang 100 orang tetamu jemputan yang terdiri daripada para budayawan dan cendekiawan. Pentas Auditorium telah dihias dengan binaan bumbung atap rumbia mirip anjung rumah Melayu tradisional telah membangkitkan suasana perkampungan Melayu. Satu mini pameran manuskrip Melayu telah diadakan di Ruang Legar Auditorium yang turut

    1

    mempamerkan manuskrip-manuskrip yang dikaji dan dihuraikan di dalam buku tersebut.

    Buku Petua Membina Rumah Melayu: Dari Sudut Etnis Antropologi ini merupakan karya hasil penyelidikan tokoh budayawan dan pengkaji . manuskrip Melayu yang tidak asing lagi laltu Drs. Abdul Rahman AI-Ahmadi yang lebih dikenali dengan nama Pak Rahman. Penerbitan buku ini telah diusahakan oleh beliau di bawah program Mualim Tamu, Perpustakaan N egara Malaysia. Ianya diterbitkan pada tahun 2000 dan merupakan projek yang keempat di bawah program Mualim Tamu.

    Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • Dato' Haji Omar bin Mohd. Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu telah menyempurnakan majlis pelancaran. Antara lain di dalam ucapan pelancarannya beliau telah memberi pengiktirafan kepada manuskrip Melayu sebagai warisan intelektual negara dan khazanah bangsa yang amat berharga dan perlu dikumpul, disimpan dan dipulihara supaya ianya tidak terbiar ditelan usia dan dapat dimanfaatkan oleh generasi kini dan akan datang. BeHau berharap lebih ramai lagi penyelidik berusaha mencungkil khazanah ilmu yang terkandung di dalam manuskrip kerana banyak . lagi himpunan manuskrip Melayu yang masih belum diterokai seperti kitab tib, petua, azimat, ta'bir mimpi dan ilmu firasat. Harapan beliau dengan terbitnya buku Petua Membina Rumah Melayu ini akan dapat dijadikan rujukan dan panduan dalam membina rumah dengan mengutip dan mengamalkan petua yang baik untuk dipadankan dengan seni bina perumahan moden.

    Majlis pelancaran pada pagi. tersebut telah diikuti dengan bicara buku .' oleh 3 tokoh cendekiawan iaitu:

    (i) Prof. Dr. EzrinArbi, UM (ii) Prof. Dato' Dr. Siti Hawa Salleh, UKM (iii)Prof.Madya Dr. Othman Mohd. Yatim, UM

    Majlis telah dipengerusikan oleh Dr. Haji Wan Ali Wan Mamat.

    CPQhtelQn 9aya 7Jenuhsan !Jl{anuskrip

    !Jl(efayu

    Satu pameran bertemakan Gaya Penulisan Manuskrip Melayu telah diadakan di Bilik Penyelidikan Pusat Manuskrip Melayu yang telah berlangsung dati 14 Februari 2001 hingga 20 Mei 2001. Sebanyak 15 naskhah manuskrip

    2

    merangkumi pelbagai judul/perkara telah dipamerkan di mana setiap satu rnenonjolkan keunikan gaya penulisan penulis-penulis di zaman lampau. Paling ketara keunikannya terletak pada gaya bahasa, di mana bahasa yang halus, berkias, berbunga-bunga dan meleret-leret sering digunakan. Perkataan-perkataan yang digunakan pula banyak yang dipinjam dari bahasa Arab sementara tanda bacaan tidak. digunakan. Melalui gaya bahasa yang digunakan itu kita dapat menilai betapa halusnya budi bahasa serta manisnya tutur kata orang-orang Melayu di zaman sHam. Contoh-contoh yang diberikan di bawah ini mencerminkan kehalusan minda mereka:

    &:> MSS 2475 Risalah mengenai niat sembahyang Dikarang oleh Syeikh Abdul RaufFansuri ibn Abdullah. ". . . adapun kemudian dari itu maka berkata hamba· yang bebal lagi daif daripada segal a yang daif iaitu Syeikh Abdul RaufFansuri ibn Abdullah ... "

    &:> MSS428 A: Syair PertuananAlif Disalin oleh Muhammad Yusuf pada hari Jumaat, bulan Rabiulakhir. ".. . Adapun nama yang menyurat Muhammad Yusuf dengan ibarat Pintalah doa biar selamat Teguhkan iman sampai kiamat

    Dengan rahmat sudahkan syair Pada bulan Rabiulakhir Harapkan syafaat Nabi yang akhir Di fana silap hamba mengzahir ... "

    &:> MSS64 Durr al-thamin

    ". .. maka tatkala adalah pada tahun 1232 daripada Hijrah Nabi ... telah bergerak hatiku yang lemah dan akalku yang pendek bahawa aku hendak menghimpunkan beberapa kalam yang muhaqiqin ... "

    Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • cAggcAcAf CWoltkghop Ott t~e CP/tege/uJation and CottgeltlJation 06 ffie/dtage uUateltia~g

    Para peserta bergambar di hadapan Hote/ Muang Luang. Luang Prabang, Laos, tempat bengke/ diadakan

    Bengkel pemuliharaan bahan-bahan warisan lama ini merupakan salah satu projek di bawah ASEAN-COCI bagi tahun 2000/2001. Ianya telah diadakan di Luang Prabang, Lao PDR dari 23-28 lanuari 2001. Puan Munazzah Zakaria, Pustakawan Pusat Manuskrip Melayu telah dipilih mewakili Perpustakaan Negara Malaysia ke bengkel terse but. Antara objektif penting bengkel itu diadakan adalah:

    (i) Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta dari segi teknik pemuliharaan, pembaikan dan membaik pulih bahan warisan sej arah dan memperkenalkan inovasi terbaru dalam bidang ini

    (ii) Meningkatkan kesedaran tentang isu-isu dan masalah berkaitan dengan pemuliharaan bahan warisan

    3

    (iii) Membentuk kumpulan pakar bagi negara-negara peserta dalam usaha memupuk kesedaran tentang pemuliharaan bahan-bahan warisan di peringkat kebangsaan.

    Hasil dari bengkel yang beliau ikuti, Puan Munazzah telah menggariskan beberapa cadangan yang difikirkan sesuai untuk diberi perhatian oleh pihak labatan Perpustakaan Negara Malaysia, iaitu:

    (i) Menyediakan satu Pelan Pentaksiran Pemuliharaan Bahan Warisan di Perpustakaan N egara Malaysia dan juga di peringkat kebangsaan

    (ii) Memastikan pengawasan dan pemeriksaan terhadap kawalan fizikal dan persekitaran sesuatu koleksi itu sentiasa dij alankan secara berterusan dan mengikut piawaian

    Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

  • (iii) Mengadakan satu Pelan Kecemasan Khas Bahan-bahan Warisan untuk mengelakkan kerosakan dan kemusnahan bahan terse but

    (iv) Mengadakan satu pelan yang bersepadu untuk menangani masalah serangga perosak di mana risikonya amat tinggi terhadap koleksi.

    ASEAN Workshop on the Preservation and Conservation of Heritage Materials ini telah berjaya meningkatkan pengetahuan para peserta mengenai pemuliharaan warisan sejarah dan kebudayaan serta menambahkan kesedaran mengenai kepentingan bahan-bahan tersebut dipulihara supaya dapat dimanfaatkan oleh generasi kini dan akan datang.

    tJellbitan tJellballu CPUgat ~anugf2llip ~e~agu,

    CPu\f~

    Katalog Manuskrip Melayu Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2000. RM4S.00

    4

    Katalog ini menyambung terbitan Manuskrip Melayu Koleksi Perpustakaan Negara Malaysia: satu katalog ringkas yang mula diterbitkan pada tahun 1987 hingga 1999 secara tahunan. Katalog terbaru ini memuatkan maklumat pendokumentasian secara deskriptif bagi 151 naskhah manuskrip Melayu yang mengandungi 236 judul. Manuskrip-manuskrip ini diperolehi oleh Perpustakaan Negara Malaysia sepanjang tahun 1997 hingga lulai 1998.

    Katalog ini memberi maklumat deskriptif bagi setiap entri di bawah butiran-butiran berikut: nombor manuskrip, judul, pengarang/penyalin, tarikh dikarang/disalin, tempat dikarang/disalin. Butiran tambahan lain yang diperturunkan ialah halaman, ukuran, j umlah baris setiap halaman, deskripsi bagi kertas, tera air, dakwat, tulisan, jilidan, sejarah, kolofon, ringkasan kandungan dan lengkap/tidak lengkap manuskrip.

    Jurnal Filologi Melayu, Jilid 8. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 2000. RMlS.00

    Keluaran ini mengandungi 9 artikel berkaitan dengan pengajian manuskrip Melayu.

    Penasihat:

    Ketua Pengarang:

    Sidang Pengarang:

    Urus Setia:

    Cik Shahar Banun Jaalar Ketua Pengarah

    Puan Zawiyah Baba Timbalan Ketua Pengarah

    Datin Siti Mariani S. M. Omar Puan Munazzah HI Zakaria Ene ik Zulkij1e Daud

    Perpustakaan Negara Malaysia Pusat Manuskrip Melayu 232, Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur Tel: 26943488 samb. 252

    26924079 (talian terus) Laman web: http://www.pnm.my E-mel: [email protected]

    Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

    Hak Cipta Terpelihara ©2001 – Perpustakaan Negara Malaysia

    MAL0180_0001MAL0180_0002MAL0180_0003MAL0180_0004