pertemuan mengenai manuskrip melayu 10 oktober 1983: …eprints.um.edu.my/15813/1/0001.pdf ·...

4
Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu 10 Oktober 1983: Dewan Bahasa dan Pustaka oleh Ibrahim bin Ismail* Pertemuan julung kali khusus mengenai manuskrip Melayu ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. la dirasmikan oleh YB Encik Anwar Ibrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia di Balai Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka. Dua buah kertaskerja telah dibentangkan untuk bahasan. 1. Strategi perolehan, pengawetan dan pendoku- mentasian manuskrip Melayu, oleh Siti Hawa Saleh, Abu Hassan Sham dan Harun Mat Piah, disampai kan oleh Profesor Madya Siti Hawa Saleh dengan di pengerusi kan oleh Profesor Mohd Taib Osman. Masalah manuskrip di Malaysia dan masa de- pannya, oleh Aziz Deraman disampaikan oleh penulis sendiri dengan Profesor Ismail Hussein 2. sebagai pengerusi sesi. SO ROTAN Siti Hawa Saleh dan rakan-rakannya membicarakan secara ringkas maklumat mengenai adanya tulisan- tulisan kuno di alam Melayu yang lebih tepat ditak- rifkan sebagai prasasti atau batu bersurat hingga ke- pada tulisan-tulisan pad a permukaan bahan-bahan tempatan yang mudah alih seperti deluang, daun Ion tar, kulit kayu dan buluh. Beberapa penulis silarn yang menyebut tentang wujudnya manuskrip-manu- skrip Melayu atau pernah menggunakan bahan- bah an itu serta mengumpulkannya juga disebut ber- sama karya-karya mereka yang mengandungi mak- Iumat tersebut. Beberapa buah perpustakaan di Eropah yang me- warisi manuskri p-manuskri p Melayu daripada pengumpul-pengumpul Eropah disenaraikan. * Ketua , Bahagian Koleksi Kebangsaan. Masalah perolehan dibahagi kepada dua. Yang pertama ialah manuskrip-manuskrip yang masih ada dalam simpanan peribadi - di istana, dalam kolcksi pembesar negeri, sekolah pondok dan individu-indi- vidu. Perkara yang dikhuatiri ialah bahawa bahan- bahan ini tidak terjaga seperti mana di kehendaki dan dengan demikian menjadi mangsa kehancuran diri akibat faktor-faktor dalam dan luar. Yang sangat memilukan ialah berita-berita yang sampai ke tclinga kita bahawa manuskrip-manuskrip serta bahan-bah an persuratan lain peninggalan seseorang "menjadi mangsa unggun api" kerana tiada guna ke- pad a pewaris yang menganggapkannya sebagai satu beban. Di an tara pendekatan yang disyorkan dalam hubungan ini ialah penubuhan sebuah institusi yang khusus bagi manuskrip dengan kemudahan sim- panan, peliharaan dan pengajian; menubuhkan suatu dana bagi maksud perolehan manuskrip-manuskrip; penggubalan undang-undang untuk menyekat peng- hijrahan manuskrip; tugas institusi berkenaan ber- kaitan dengan usaha .gigih untuk memperolehi manuskrip. Bagi manuskrip yang berada di luar negeri, strategi perolehan adalah berdasarkan pada pembelian yang asal dan mendapatkan salinan. Ini boleh dilakukan mclalui perjanjian kebudayaan dengan kerajaan-kerajaan ncgeri yang memiliki manusktip-manuskrlp Mclayu. Setelah diperolchi, manuskrip-manuskrip tcr- sebut perlu dijaga dengan baik supaya usaha yang di- curah untuk mendapatkannya tidak tersia-sia. Ber- bagai cara dikemukakan yang bermaksud memcli- hara keutuhan yang asal di sam ping menyediakan- nya untuk kajian. - Bahagian berkenaan pendokumentasian telah ditulis dengan amat jelas dengan memperingatkan scmua pihak yang giat mempcrolehi manuskrip- manuskrip supaya menyediakan pendokumentasian- 24

Upload: phungliem

Post on 10-Mar-2019

244 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu 10 Oktober 1983: …eprints.um.edu.my/15813/1/0001.pdf · Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu 10 Oktober 1983: Dewan Bahasa dan Pustaka oleh Ibrahim

Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu10 Oktober 1983: Dewan Bahasa dan Pustaka

olehIbrahim bin Ismail*

Pertemuan julung kali khusus mengenai manuskripMelayu ini dianjurkan oleh Dewan Bahasa danPustaka. la dirasmikan oleh YB Encik AnwarIbrahim, Menteri Kebudayaan, Belia dan SukanMalaysia di Balai Seminar Dewan Bahasa dan Pustaka.

Dua buah kertaskerja telah dibentangkan untukbahasan.1. Strategi perolehan, pengawetan dan pendoku-

mentasian manuskrip Melayu, oleh Siti HawaSaleh, Abu Hassan Sham dan Harun Mat Piah,disampai kan oleh Profesor Madya Siti HawaSaleh dengan di pengerusi kan oleh ProfesorMohd Taib Osman.Masalah manuskrip di Malaysia dan masa de-pannya, oleh Aziz Deraman disampaikan olehpenulis sendiri dengan Profesor Ismail Hussein

2.

sebagai pengerusi sesi.

SO ROTANSiti Hawa Saleh dan rakan-rakannya membicarakansecara ringkas maklumat mengenai adanya tulisan-tulisan kuno di alam Melayu yang lebih tepat ditak-rifkan sebagai prasasti atau batu bersurat hingga ke-pada tulisan-tulisan pad a permukaan bahan-bahantempatan yang mudah alih seperti deluang, daunIon tar, kulit kayu dan buluh. Beberapa penulis silarnyang menyebut tentang wujudnya manuskrip-manu-skrip Melayu atau pernah menggunakan bahan-bah an itu serta mengumpulkannya juga disebut ber-sama karya-karya mereka yang mengandungi mak-Iumat tersebut.

Beberapa buah perpustakaan di Eropah yang me-warisi manuskri p-manuskri p Melayu daripadapengumpul-pengumpul Eropah disenaraikan.

* Ketua , Bahagian Koleksi Kebangsaan.

Masalah perolehan dibahagi kepada dua. Yangpertama ialah manuskrip-manuskrip yang masih adadalam simpanan peribadi - di istana, dalam kolcksipembesar negeri, sekolah pondok dan individu-indi-vidu. Perkara yang dikhuatiri ialah bahawa bahan-bahan ini tidak terjaga seperti mana di kehendakidan dengan demikian menjadi mangsa kehancurandiri akibat faktor-faktor dalam dan luar. Yangsangat memilukan ialah berita-berita yang sampai ketclinga kita bahawa manuskrip-manuskrip sertabahan-bah an persuratan lain peninggalan seseorang"menjadi mangsa unggun api" kerana tiada guna ke-pad a pewaris yang menganggapkannya sebagai satubeban. Di an tara pendekatan yang disyorkan dalamhubungan ini ialah penubuhan sebuah institusi yangkhusus bagi manuskrip dengan kemudahan sim-panan, peliharaan dan pengajian; menubuhkan suatudana bagi maksud perolehan manuskrip-manuskrip;penggubalan undang-undang untuk menyekat peng-hijrahan manuskrip; tugas institusi berkenaan ber-kaitan dengan usaha . gigih untuk memperolehimanuskrip. Bagi manuskrip yang berada di luarnegeri, strategi perolehan adalah berdasarkan padapembelian yang asal dan mendapatkan salinan. Iniboleh dilakukan mclalui perjanjian kebudayaandengan kerajaan-kerajaan ncgeri yang memilikimanusktip-manuskrlp Mclayu.

Setelah diperolchi, manuskrip-manuskrip tcr-sebut perlu dijaga dengan baik supaya usaha yang di-curah untuk mendapatkannya tidak tersia-sia. Ber-bagai cara dikemukakan yang bermaksud memcli-hara keutuhan yang asal di sam ping menyediakan-nya untuk kajian. -

Bahagian berkenaan pendokumentasian telahditulis dengan amat jelas dengan memperingatkanscmua pihak yang giat mempcrolehi manuskrip-manuskrip supaya menyediakan pendokumentasian-

24

Page 2: Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu 10 Oktober 1983: …eprints.um.edu.my/15813/1/0001.pdf · Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu 10 Oktober 1983: Dewan Bahasa dan Pustaka oleh Ibrahim

nya dengan bersungguh-sungguh supaya maklumatberguna ini diketahui umum. Penulis-penulis telahmempertengahkan keadaan yang kurang memuas-kan tentang koleksi manuskrip di dua buah pusatyang mempunyai manuskrip-manuskrip teks yangtiada dalam simpanan lain. Satu senaraisemakperkara-perkara yang perlu dititikberatkan dalamkerja pendokumentasian juga diberikan diikutidengan tiga contoh cara-cara pendokumentasianboleh dilakukan, iaitu, secara perinci, secara ringkasdan secara deskriptif. Saranan terakhir menggesasupaya pintu khazanah dibuka kepada umum, khu-susnya pengkaji-pengkaji bona fide yang dapatmembantu usaha pendokumentasian itu sendiri me-lalui pengajian mereka.

Aziz Oeraman pula menggariskan hujah-hujahmengenai kepentingan manuskrip-manuskrip Melayusebagai "warisan tamaddun dan sumber rujukan ke-ilmuan yang tidak ternilai menafaatnya". Seterus-nya beliau memberikan secara ikhtisar kedudukankoleksi-koleksi manuskrip Melayu di merata dunia.Sekembali kepada kedudukan koleksi-koleksi diMalaysia, beliau melahirkan perasaan kesal keranaketiadaan "satu senarai induk manuskrip". Beliaujuga menyebut ten tang pengwujudan sebuah [a-watankuasa Menyusun Katalog Induk ManuskripMelayu Lama dengan memberikan nama-nama ang-gotanya. Beliau, seperti penulis-penulis kertaskerjapertama, menyaran kan perlunya diadakan usaha-usaha pengawetan serta menyentuh ten tang nasibmanuskrip-manuskrip dalam pegangan orang-orangpersendirian sebagai pesaka keluarga. Selanjutnyabeliau menggesa penggemblengan tenaga dan usahauntuk memperolehi bahan-bahan manuskrip ber-landaskan fungsi dan tugas masing-masing jabatan.

Oi an tara cadangan yang dikemukakan ialah pe-nubuhan sebuah konsortium manuskrip Melayudengan tugas "mengenal pasti tebaran manuskrip dimerata dunia dan bertindak menyampaikan pan-dangan, nasi hat dan syor berhubung dengan pernuli-haraan termasuk perolehan, penyalinan dan sebagai-nya". Yang kedua ialah menjadikan PerpustakaanNegara Malaysia sebagai "saluran perolehan danpenyimpanan manuskrip teks Melayu" denganmakna ia "menjadi pusat dokumentasi manuskrip diMalaysia". Cadangan ini walaubagaimanapun tidak

akan rnenjejas kewibawaan institusi-institusi lain.Yang ketiga ialah persediaan sebuah Katalog Indukmanuskrip dengan kerja-kerja penyelarasan di ba-wah Perpustakaan Negara Malaysia. Yang keempatialah penubuhan dana untuk perolehan manuskrip.Cadangan terakhir menyentuh langkah-Iangkahmendirikan makmal-makmal untuk kerja-kerja pe-ngawetan dan pemuliharaan.

Satu lampiran bertajuk 'Senarai Negara/lnstitusiyang mempunyai manuskrip Melayu' mengakhirikertaskerja yang penuh semangat lagi bernas ini.

RUMUSANOi akhir pertemuan, beberapa rumusan telah diper-setujui. Memandangkan pentingnya rumusan-rumu-san ini kepada arah tujuan semua yang terlibatdalam kerja murni ini demi memelihara satu jeniswarisan budaya yang tak ternilai, maka diperturun-kan seluruh teks asalnya untuk renungan sarna:

I. Oefinisi Manuskrip MelayuApa-apa tulisan jawi/rumi berbahasa Melayu yangditulis dengan tangan diatas bahan-bahan sepertikertas, kulit, daun Ion tar, buluh, gading, kayu,kain dengan isi kandungan dan jangka waktuyang tidak terbatas*

II. Menggesa Kementerian Kebudayaan, Belia danSuka~ supaya:-

1. Menubuhkan satu konsortium manuskripMelayu di peringkat Kebangsaan dengan ke-ahlian yang terdiri dari para sarjana pengajianMelayu, pustakawan, kurator Muzium danwakil-wakil institusi yang tertentu yang ber-minat dalam manuskrip Melayu dengan uruse-tianya di Perpustakaan Negara Malaysia.1a. Konsortium hendaklah mengadakan kem-

pen besar-besaran untuk menyedarkanmasyarakat tentang pentingnya manu-skrip Melayu kepada negara. Melalui kern-pen ini diharapkan akan melahirkan kese-daran kepada orang-orang perseorangansupaya menyerahkan bahan-bahan kepadapihak yang tertentu. Sehubungan denganitu, satu pameran manuskrip di peringkatKebangsaan perlu diadakan juga.

*Dalam definisi yang lebih luas manuskrip Melayu bolehlah dianggap termasuk prasasti, batu nisan (khusus untuk perolehan Muzium)yang ditulis di dalam bahasa·bahasa lain yang berkait rapat dengan bahasa Melayu)

25

Page 3: Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu 10 Oktober 1983: …eprints.um.edu.my/15813/1/0001.pdf · Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu 10 Oktober 1983: Dewan Bahasa dan Pustaka oleh Ibrahim

1b Konsortium hendaklah juga mencari se-orang tokoh/penaung yang boleh meng-hubungi kerabat-kerabat diraja untukmendapatkan manuskrip atau maklumatyang ada mengenai koleksi manuskrip diistana-istana.

1c Konsortium hendaklah menggalakkanusaha-usaha penyelidi kan terhadap manu-skrip Melayu dan menerbitkan hasil ka-[ian yang baik itu.

2. Meningkatkan taraf Perpustakaan Negara Malaysiasesuai dengan peranannya sebagai 'Pusat Doku-mentasi Manuskrip Melayu' untuk rnernboleh-kan pusat tersebut mengwujudkan bank datamengenai manuskrip Melayu.

3. Perpustakaan Negara Malaysia memberikan keu-tamaan kepada projek 'Kata/og /nduk ManuskripMelayu' dengan mendapatkan kerjasama daripakar-pakar pengajian Melayu dan institusi-insti-tusi tempatan.

4. Mengwujudkan sumber kewangan atau tabungkhas bagi maksud menyediakan kewangan yangkukuh untuk pemeliharaan, pembelian dan pero-lehan manuskrip Melayu dari dalam dan luarnegeri.

5. Perpustakaan Negara Malaysia mengadakan se-lengkap mungkin makmal awetan untuk peme-liharaan manuskrip yang boleh digunakan olehinstitusi-institusi yang mempunyai manuskrip.

6. Mengkaji semula "Antiquities Act" dan "AktaPerpustakaan Negara" untuk melindungi manu-skrip Melayu daripada dibawa keluar dariMalaysia.

7. Mengadakan perjanjian kebudayaan dengannegara-negara yang menyimpan manuskrip Melayuuntuk mendapatkan kembali manuskrip tersebutatau salinannya.

PADA PENDAPAT SAYA:1. Semua peserta amat bertuah kerana dapat me-

lihat satu pameran bahan-bah an berbentuk manu-skrip yang beranika rupa dalam simpanan DewanBahasa dan Pustaka.

2. Mereka juga mendapat senaskah Kata/og Manu-skrip di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustakayang diterbitkan bersempena dengan Pertemuanini. Ucapan syabas ditujukan kepada Puan RohaniRustam dan pegawai-pegawai beliau yang ber-tungkus-Iumus dalam menyediakan sebuah kata-

log yang bermutu tinggi. Usaha cemerlang inimungkin menjadi contoh baik kepada institusi-institusi lain yang belum menerbitkan katalogkoleksi mereka. Usaha ini juga sedikit sebanyaktelah menyahut seruan para penulis kertaskerjamengenai kerja-kerja pendokumentasian yangperlu dijalankan atas bahan-bahan dalam sirn-panan.

3. Perolehan manuskrip-manuskrip dalam simpananperibadi bukanlah bergantung semata-mata padapersediaan suatu dana yang besar. "Dana" yangpaling bernilai ialah budibahasa dan sopan santunditambah dengan si kap jujur dan beramanah.Saya berani mengatakan ini berdasarkan pengala-man sendiri. Pernah dikeluh kepada saya bagai-mana si kap setengah pelajar yang meminjambahan-bah an bernilai untuk "tesis" mereka tetapitidak dikembalikan. Tuan punya bah an menjem-put tetamunya dari institusi pengajian tinggidengan penuh hormat; ditunjukkan kepadamereka koleksinya; ke dapur sebentar untukmenyediakan jamuan; malangnya tetamu ter-hormat tidak beramanah. Dikoyakkan halaman-halaman yang dikehendakinya! Ada pula tetamuyang berpangkat yang menggunakan nama insti-tusinya untuk mendapatkan bahan-bahan tetapiapabila membawa pulang menjadikannya hakperibadi. Yang curang seperti ini hanya segelintirsahaja tetapi pepatah mengatakan kerana ni lasetiti k rosak susu sebelanga.

4. Bahan-bahan yang ada dalam simpanan peribaditidak mestinya dijadikan hak orangramai. Mak-sud saya di sini ialah bahan-bahan itu biarlahtetap dengan tuannya. Yang kita perlukan ialahsalinannya dengan catatan lengkap mengenairupa asalnya dan alamat empunya. Salinanpula mestilah melalui mikro dan bukan fotokopi.Ini ialah untuk menjamin keutuhan yang asal.Sebagai balasan, institusi yang meminjam hen-daklah memperbaiki yang asal dengan cara-caratertentu supaya tuannya bangga mendapatkankembali haknya dalam bentuk dan keadaan yangmenarik. [ika dahulu bahan pesaka disimpan dibawah katil, sekarang ia akan menghiasi almaridi ruang tetamu rumah.

5. Manuskrip-manuskrip Melayu simpanan di luarnegeri boleh didapatkan dalam bentuk salinanmikro. Tetapi tidak semestinya sernua jabatankerajaan, pusat penyelidikan dan institusi penga-jian tinggi mempunyai satu salinan. Memadailah

26

Page 4: Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu 10 Oktober 1983: …eprints.um.edu.my/15813/1/0001.pdf · Pertemuan Mengenai Manuskrip Melayu 10 Oktober 1983: Dewan Bahasa dan Pustaka oleh Ibrahim

satu atau dua pusat utama mendapatkan salinandan yang lain bergantung pada sumber-sumber inimelalui saluran-saluran yang sedia ada. Selain darimenjimatkan wang, cara. ini juga tidak membe-bankan rakan-rakan sejawat kita di luar negeriyang kebanyakannya mempunyai masalah yangsama seperti kita, iaitu kekurangan tenagakerjadan kesuntukan masa untuk melayani pesanan-pesanan yang berpuluhan halaman, 'Iagi daribeberapa peminta dari sebuah negara pula!

6. Persediaan Katalog Induk tidak boleh dibuatsecara sambilan dengan bergantung pada budibaik dan melalui surat-menyurat. Mereka yangtelah dipertanggungjawabkan dengan tugasberat ini dan sedia memikulnya mestilah ber-

sedia untu k meninggal kan pejabat mereka danmenjelajah dari satu koleksi ke sebuah koleksilain; memeri ksa dengan sendiri tiap-tiap butiranyang disediakan, dan ji ka perlu melihat dengansendiri manuskripnya. Ini sudah tentu akanmakan masa dan menelan belanja yang besar.Tetapi hasilnya akan membanggakan. ApabilaKatalog Induk telah dikumpulkan, ia bolehdijadikan satu database. Maklumat tambahanyang diperolehi kemudian dimasukkan bila-bilasahaja. Cetakan kemaskini boleh dikeluarkandari semasa ke semasa samada cara printoutatau dalam bentuk COM (Computer OutputMicrofiche) dan diedarkan kepada semua institusiberkenaan dalam negara.