bil. januari -jun · 2016. 7. 14. · bil. 1/97 . januari -jun 1997 issn 0128-6897 jawatankuasa...

6
Bil. 1/97 . - .... Januari - Jun 1997 ISSN 0128-6897 Jawatankuasa Penasihat Manuskrip MeJayu J a watankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia ditubuhkan sejak tahun 1987 untuk menasihati Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia dalam merancang dan melaksanakan program dan aktiviti Pusat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia khususnya dan perkara- perkara lain yang berkaitan dengan manuskrip Melayu amnya. Setiap jawatankuasa dilantik bagi tempoh dua . tahun. Anggota lawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu Kelima (1997-1998) adalah seperti berikut: eY.Bhg. Datuk Haji Omar bin Mohd. Hashim Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (Pengerusi) eY.Bhg. Dato' Nik Mohamed bin Nik Mohd. Salleh (TimbaJan Pengerusi) eY.Bhg. Prof. Dato' 'Dr. Mohamad Taib bin Osman Felo, Berita Harian (Ahli) eY.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abu Hassan Mohd. Sham Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (Ahli) 1 eY.Bhg. Prof. Dr. Siti Hawa Salleh labatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (Ahli) . eKetua Pengarah, Arkib Negara Malaysia (Ahli) . eSetiausaha Bahagian Kebudayaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Ahli) eKetua Pengarah,Jabatan Kemajuan Islam' \ Malaysia, labatan Perdana Menteri (Ahli) eTuan Haji Ibrahim Ismail Perpustakaan Universiti Malaya (Ahli) eY.Bhg. Prof. Madya Dr. Muhammad Bukhari Lubis ' Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (Ahli) ePuan Halimah Hasan Fakulti Bahasa Moden Universiti Pertanian Malaysia (Ahli) e Puan Zalila Sharif . Dewan Bahasa dan Pustaka (Ahi) eCik Shahar Banun laafar Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (Ahli) eTuan Haji Wan Ali Wan Mamat Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (Setiausaha) Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Upload: others

Post on 19-Dec-2020

1 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Bil. Januari -Jun · 2016. 7. 14. · Bil. 1/97 . Januari -Jun 1997 ISSN 0128-6897 Jawatankuasa Penasihat Manuskrip MeJayu J a watankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan

Bil. 1/97 . -.... Januari - Jun 1997 ISSN 0128-6897

Jawatankuasa Penasihat Manuskrip MeJayu

J a watankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan Negara Malaysia ditubuhkan sejak tahun 1987 untuk menasihati Ketua Pengarah, Perpustakaan Negara Malaysia dalam merancang dan melaksanakan program dan aktiviti Pusat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia khususnya dan perkara­perkara lain yang berkaitan dengan manuskrip Melayu amnya. Setiap jawatankuasa dilantik bagi tempoh dua

. tahun. Anggota lawatankuasa Penasihat Manuskrip Melayu Kelima (1997-1998) adalah seperti berikut:

eY.Bhg. Datuk Haji Omar bin Mohd. Hashim Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (Pengerusi)

eY.Bhg. Dato' Nik Mohamed bin Nik Mohd. Salleh (TimbaJan Pengerusi)

eY.Bhg. Prof. Dato' 'Dr. Mohamad Taib bin Osman Felo, Berita Harian (Ahli)

eY.Bhg. Prof. Dato' Dr. Abu Hassan Mohd. Sham Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya (Ahli)

1

eY.Bhg. Prof. Dr. Siti Hawa Salleh labatan Persuratan Melayu Universiti Kebangsaan Malaysia (Ahli) .

e Ketua Pengarah, Arkib N egara Malaysia (Ahli) .

eSetiausaha Bahagian Kebudayaan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Ahli)

e Ketua Pengarah,Jabatan Kemajuan Islam' \ Malaysia, labatan Perdana Menteri (Ahli)

eTuan Haji Ibrahim Ismail Perpustakaan Universiti Malaya (Ahli)

eY.Bhg. Prof. Madya Dr. Muhammad Bukhari Lubis ' Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (Ahli)

e Puan Halimah Hasan Fakulti Bahasa Moden Universiti Pertanian Malaysia (Ahli)

e Puan Zalila Sharif . Dewan Bahasa dan Pustaka (Ahi) eCik Shahar Banun laafar

Timbalan Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia (Ahli)

eTuan Haji Wan Ali Wan Mamat Pusat Manuskrip Melayu Perpustakaan Negara Malaysia (Setiausaha)

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: Bil. Januari -Jun · 2016. 7. 14. · Bil. 1/97 . Januari -Jun 1997 ISSN 0128-6897 Jawatankuasa Penasihat Manuskrip MeJayu J a watankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan

Projek Karya Agung

Gagasan untuk menerbitkan Karya Agung Melayu dan dunia merupakan projek yang diilhamkan oleh Y.A.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sejak beberapa tahun dahulu. Di bawah projek ini, karya­karya agung dunia, khususnya dari rantau Kepulauan Melayu, akan diterbitkan untuk mendedahkan masyarakat hari ini kepada warisan persuratan dan tamadun bangsa Melayu yang kekal sepanjang zaman. Manuskrip Melayu merupakan bahan pertama dan terpenting dalam projek ini.

Untuk melaksanakan rancangan lni, sebuah Lembaga Amanah Yayasan Karyawan telah dilantik oleh Y.A.B. Dato' Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri dalam bulan Ogos, 1996. Yayasan ini didaftarkan di bawah Akta Syarikat. Kerja Yayasan diuruskan oleh seorang Ketua Eksekutif merangkap Ketua Editor.

Takrif Karya Agung

Secara asasnya, Karya Agung ialah karya yang melambangi tahap pencapaian kreativiti sesuatu bangsa atau tamadun yang tinggi dalam bidang persuratan, seni dan falsafah dalam sejarahnya dan yang telah meninggalkan kesan sepanjang zaman dalam kesedaran bangsa itu, dan pengaruhnya dapat merentasi sempadan tamadun (budaya) bangsa-bangsa sedunia.

Projek bagi Tempoh 1997-1998

Pada tahun 1997-1998, Yayasan telah mengenalpasti judul-judul manuskrip Melayu berikut unnik diterbitkan: • Hikayat Merong Mahawangsa

2

• Puisi Raja Ali Haji • Siyar ai-Salikin • Puisi Amir Hamzah • Ffikayr:zt .Panji$emira.'J8 • -Thammarat ai-Muhimniah • Sirat ai-Mustaqim • Karya-Karya Hamzah Fansuri • Hikayat Abdullah • Sejarah Meiayu • Hikayat Hang Tuah • Hikayat Raja Pasai • Tuhfat ai-Nafts • Syair Ken Tambuhan

Sekiranya karya yang dipilih itu pernah diterbitkan, penulisnya akan diminta

. mengemaskininya semula.

Projek ini akan membantu menyebar luas dan meletakkan karya-karya agung pad~ martabatnya yang sebenar .dalam kepustakaan Melayu.

II Seminar

Seminar Kebangsaan Penghayatan Tulisan Jawi

II

Pada 6 hingga 8 Mac 1997 Institut Perguruan Sultan Idris Tanjung Malim, Perak (lPSI) dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) telah menganjurkan Seminar Kebangsaan Penghayatan Tulisan Jawi bersempena sambutan ulangtahun ke-75 penubuhannya. Seminar ini telah dirasmikan oleh Menteri di labatan Perdana Menteri Yang Berhormat Dato' Dr. Abdul Hamid Othman. Kira-kira 200 peserta telah menghadiri seminar tersebut, termasuk beberapa orang dari Brunei Darussalam.

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 3: Bil. Januari -Jun · 2016. 7. 14. · Bil. 1/97 . Januari -Jun 1997 ISSN 0128-6897 Jawatankuasa Penasihat Manuskrip MeJayu J a watankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan

Senarai kertas kerja adalah seperti berikut:

1. Disiplin Ilmu Jawi di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) , oleh Prof. Dr. Hashim Musa, UM. .

2. Budaya Ilmu Seni Khat di Institusi Pengajian Tinggi, oleh Prof. Madya Dr. Hj. Muhd. Bukhari Lubis, UKM.

3. Pendidikan Jawi di Universiti Pertanian Malaysia, oleh Prof. Dr. Hj. Amat Juhari Moain, UPM, Serdang.

4. Manifestasi Tulisan Jawi dalam }'1anuskrip Melayu, oleh Dr. Wan Ali Wan Mamat, Perpustakaan Negara Malaysia.

5. Tulisan Jarvi Dalam Seni Rupa: Satu Tinjauan Sejarah, oleh Prof. Madya Dr. Othman Yatim, UM.

6. Inovasi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Jawi: Aplikasi 10 Pendekatan Mengajar Bahasa, oleh Hjh. Che Siah Hj. Che Man.

7. Pendidikan Jawi dalam Kurikulum Bahasa Melayu, oleh Ustaz Baharuddin Harun, Kementerian Pendidikan Malaysia.

8. Peranan Wartawan Dalam Memartabatkan Tulisan Jawi, oleh Tuan Hj. Yazid bin Hj. Othman, Persatuan Wartawan Melayu Malaysia.

9. Tulisan Jawi Dalam·· Globalisasi Dunia, Iniernet dan MSC, oleh Prof. Madya Dato' Dr. Mohd Mokhtar Syafie, Yang Di Pertua Persatuan Pencinta Jawi Malaysia.

10. Jawi Net, oleh Encik Ahmad Hishamuddin Abdullah, Eletronic Commerce Executive.

Sempena seminar tersebut, satu pameran tulisan Jawi dan kaligrafi Islam telah diadakan di IPS I. Koleksi manuskrip telah dipinjam dari Perpustakaan Negara Malaysia dan koleksi kaligrafi Islam pula

3

daripada Prof. Madya Dr. Bukhari Lubis, Universiti Kebangsaan Malaysia.

Bengkel Perkamusan Sejarawi Melayu Abad ke-21

Bengkel tersebut telah diadakan pada 4 Jun 1997 bertempat di Auditorium Arkib Negara Malaysia, Kuala Lumpur, anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka, Institut Alam dan Tamadun Melayu UKM dan Arkib Negara Malaysia.

Bengkel sehari ini merupakan salah satu aktiviti dalam Program Pengkajian Bahasa di Bahagian Penyelidikan & Perkamusan, J abatan Pengembangan & Penyelidikan Bahasa, DBP. Hasil dari beberapa siri BengkeI ini akan diterbitkan dalam bentuk monograf etimologi bahasa Melayu secara bersiri untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada Bahagian Penyelidikan dan Perkmnusan d~mn usaha menerbitkan Kamus Etimologi Melayu.

Kertaskerja

Sebanyak lima kertas kerja telah dibentangkan iaitu:

(a) Pengkajian Kata Serapan Bukan Eropah menuju Kamus Me lay u Sejarawi oleh Prof. Dr. James T. Collins.

(b) Kosa Kata Bahasa J awa yang meresap ke dalam Bahasa Melayu oIeh Prof. Dr. Hj. Amat Iuhari Moain.

(c) Penyerapan Kata daripada Bahasa Arab/Parsi ke dalam Bahasa Melayu oleh Prof. Madya Muhammad Bukhari Lubis.

(d) Tinjauan umum Kata Pinjaman · Bahasa Cina ke dalam Bahasa Melayu oleh Dr. Noriah Mohamed.

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 4: Bil. Januari -Jun · 2016. 7. 14. · Bil. 1/97 . Januari -Jun 1997 ISSN 0128-6897 Jawatankuasa Penasihat Manuskrip MeJayu J a watankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan

(e) Unsur-unsur Bahasa Thai dalam Bahasa Me/ayu oleh Ruslan Uthai.

II Tesis

Pada tahun 1997, Pusat Manuskrip Melayu telah menerima tesis berikut:

Ijazah Sarjana Muda

Tesis berjudul Edisi Hikayat Nabi [sa (a.s.) ini merupakan kajian teks yang dikemukakan oleh saudara Nik Abdullah Nik Kob bagi memenuhi syarat ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam di labatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia 1995/96. Kajian adalah berdasarkan manuskrip Mal-Pol 68 koleksi Bibliotheque Nasionale, Paris, salinan mikrofilem dalam koleksi Perpustakaan Negara Malaysia.

Manuskrip ini, antara lainnya mengisahkan ketabahan Siti Mariam menghadapi kaum Bani Israel apabila beliau dikumiakan seorang anak tanpa bersuami serta bagaimana Isa (a. s) dilantik sebagai nabi dan rasul dan diturunkan kitab Injil bagi menyedarkan kaumnya.

Ijazah Doktor Falsafah (PhD)

(a) Tesis berjudul Mantera Sebagai Pengucapan Simbolik: Analisis Pemikiran Melayu oleh Saudara Haron Daud, Universiti Sains Malaysia yang telah dimajukan kepada Fakulti Sastera dan Sains

4

Sosial, Universiti Malaya, tahun 1996. Tesis Inl berdasarkan beberapa mantera yang dikumpulkan hasil daripada kajian lapangan daripada informan terpilih sarna ada secara lisan atau dari buku catatan mereka dari selu~h Malaysia. Melalui kajian ini, penulis telah berjaya mengumpul sebanyak 2,670 mantera. berbagai jenis, tetapi hanya 267 (10%) sahaja yang digunapakai untuktujuan tesis setebal 551 mukasurat ini.

Tesis ini terbahagi kepada 7 bab. Pembicaranya meliputi penentuan ciri dan konsep mantera, jenis dan fungsinya, mantera sebagai karya sastera, kedudukan mantera dalam masyarakat, memahami simbol dalam mantera dan penganalisaan pemikiran masyarakat Melayu yang terpancar dalam mantera.

(b) resis kedua pula ialah berjudul Perkembangan Tulisan Jawi Berdasarkan Manuskrip Melayu oleh Wan Ali Wan Mamat, Perpustakaan Negara Malaysia yang telah dimajukan kepada Universiti Kebangsaan Malaysia, tahun 1996. Tesis ini cuba mengkaji asal usul dan proses perkembangan tulisan Jawi dari awal abad ke 14 Masihi hingga akhir abad ke 19 Masihi.

resis ini terbahagi kepada 6 bab, antara lain mengenai sejarah dan pertumbuhan tulisan Jawi, transformasi tradisi penulisan bahasa asing ke dalam tulisan Jawi serta perkembangan tulisan tangan Melayu.

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 5: Bil. Januari -Jun · 2016. 7. 14. · Bil. 1/97 . Januari -Jun 1997 ISSN 0128-6897 Jawatankuasa Penasihat Manuskrip MeJayu J a watankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan

II

Terbitan Baru

II

Tradisi Penulisan Manuskrip Melayu. Kuala Lumpur: Perpustakaan Negara Malaysia, 1997. 283 hIm., RM30.00.

Buku ini menghimpunkan sejumlah 17 makalah yang asalnya dibentangkan pada Seminar Antarabangsa Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia pada 3 - 4 Oktober 1995. Seminar terse but diadakan sempena ulang tahun ke-10 penubuhan Pusat Manuskrip Melayu di Perpustakaan Negara Malaysia. Di antara makalah tersebut ialah: (a) Sejarah awal kemunculan dan

pemapanan tulisan Jawi di Asia Tenggara oleh Profesor Hashim Musa, Univeristi Malaya.

(b) Ciri-ciri Bahasa Melayu Abad ke-17, oleh Pofesor James T. Collins, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(c) Memperbaharui Pengarang, oleh Profesor Muhammad Haji Salleh, Universiti Kebangsaan Malaysia.

(d) The Islamic collections in the Netherlands, oleh Dr. Jan Just Witkam, Universiti Leiden, Belanda.

(e) Toward a Catalogue of Islamic manuscripts in South Africa with special reference to the Melayu manuscripts at the Cape, oleh Drs. Muhammed Haron, University of the Western Cape, Cape Town, Afrika Selatan.

Jurnal Filologi Melayu

Jurnal Filologi Melayu Jilid keempat (1995) telah pun diterbitkan. Keluaran kali ini memaparkan 12 artikel dan 2 resensi seperti berikut: • Aksara dan Batu Bersurat Melayu

Kuno oleh Abdul Rahman aI-Ahmadi. • Savings the Heritage of the Champa

Malays of Phanrang in Vietnam oleh

5

Mariam Abdul Kadir dan Wan Ali Wan Mamat.

• Meninjau Kembali Konsep Kesusasteraan Melayu Klasik: Pengaruh Peralihan Hindu Ke Islaln dengan Rujukan Khusus kepada Syair Silindung Delima oleh Hasanudin WS.

• Permasalahan di Sekitar Pernaskhahan Indonesia Malaysia: Masalah Pengajaran oleh Abdul Rahman Kaeh.

• Revisiting Riau with Knowledge oleh Virginia Matheson Hooker.

• Raja Ali Haji: Sebuah Ziarah oleh AI­Azhar.

• MSS 1589 dan Perkembangan Teori Ilmu Mutakhir oleh Umar Junus.

• Khazanah Manuskrip Pusaka Syeikh Ahmad al-Fatani oleh Wan Mohd. Shaghir Abdullah.

• Unsur Drama dalam Tradisi Galnelan oleh Mana Sikana.

• Muswaddah: Koleksi Tambahan Cerita­Cerita Nabi Muhammad (S.A. W.) oleh Norhayati Ab. Rahman.

• Glosari Misa Melayu: Sebuah Telaah Filologis oleh Zuraidah Mukri.

• Pengesanan Manuskrip Me lay u di Sumatera Selatan dan Jawa Barat oleh Wan Ali Wan Mamat.

• Resensi: - Kodikologi Melayu di Indonesia

oleh Abu Hassan Sham - Katalog Manuskrip Melayu di

Jerman Barat oleh Russell Jones

Persaraan Puan Asma Ahmat

Perpustakaan Negara Malaysia bagaikan kehilangan sebutir mutiara khususnya dalam bidang manuskrip Melayu. Puan Asma Ahmat yang pernah menerajui Pusat Manuskrip Melayu (1986-1989), telah memilih untuk bersara awal dari

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Page 6: Bil. Januari -Jun · 2016. 7. 14. · Bil. 1/97 . Januari -Jun 1997 ISSN 0128-6897 Jawatankuasa Penasihat Manuskrip MeJayu J a watankuasa Penasihat Manuskrip Melayu, Perpustakaan

telah memilih untuk bersara awal dari perkhidmatan kerajaan mulai 1 Februari 1997.

Seorang yang berpengalarnan dan berminat kepada bidang rnanuskrip Melayu. Sernasa mengikuti kursus M.A di University College London pada tahun 1985/86, beliau telah rnengernukakan disertasi berjudul Malay Manuscripts: Tradition and Documentation. Beliau juga bertanggungjawab rnenjalankan pengesanan manuskrip Melayu di Library of Congress, U.S.A. dan di Jerman. Katalog Manuskrip Melayu di Library of Congress, U.S.A. dan Katalog Manllskrip Melayu di Jerman Barat adalah hasil kegiatan beliau. Terima kasih di atas jasa dan sumbangan yang tidak ternilai terhadap manuskrip Melayu. Selarnat maju jaya.

Penubuhan Persatuan Masyarakat Pernaskhahan Nusantara (MANASSA)

Sebuah persatuan di peringkat kebangsaan untuk mendokong kegiatan mernertabatkan dan rnemasyarakatkan rnanuskrip Melayu (istilah Indonesia -naskhah), telah ditubuhkan baru-baru ini dikenali sebagai Masyarakat Pemaskhahan Indonesia (ringkasnya MANASSA). Mesyuarat agung pertama persatuan ini telah diadakan pada 13-14 Julai 1997 di Universitas Indonesia, Depok, Jakarta. Pertubuhan ini adalah di bawah pimpinan Prof. Dr. Achdiati Ikram dan sekretariat berpusat di Fakultas Sastra, Universitas Indonesia, Jakarta. Matlamat penubuhan MANASSA secara lebih jelas adalah seperti sedutan berikut:

6

"Para peminat naskah memahami sepenuhnya llrgensi tindakan Inl, mengingat rentannya materi naskah terhadap kerusakan yang disebabkan oleh waktu dan langkanya tenaga ahli yang berminat untuk meniti sebuah perjalanan yang berat namun tidak menjanjikan hasil materiel yang seimbang. Maka tujuan Masyarakat Pernaskahan Nusantara (MANASSA) adalah mengusahakan dan menunjang karya penelitian dan publikasi naskah serta pendidikan keahlian pernaskahan . melalui beasiswa, lokakarya, ceramah, dan kegiatan lainnya. Untuk penanggulangan di bidang dana, MANASSA mengharapkan dan mengupayakan bantuan para dermawan dari dalam dan luar negeri, asing dan pribumi, perorangan dan lembaga. " (dipetik daripada Berita MANASSA, Nomor 1, Januari-Juni 1997 - Kata Pengantar) .

MANASSA telah , menerbitkan surat be rita dwitahunan berjudul Berita MANASSA, mengandungi pelbagai maklumat ringkas kegiatan pernaskhahan, khususnya di Indonesia.

Penaung: Mariam Abdul Kadir Ketua Pengarah Perpustakaan Negara Malaysia

Sidang Pengarang: Shahar Banun Jaafar, PNM

Haji Wan Ali Wan Mamat, PNM Haji Ibrahim Ismail, UM

, Rogayab Mohd. Yassin, UKM Raja Masittah Raja Ariffin,DBr Salimah Abdul Rahman, PNM

Urusctia: Pcrpustakaan Negara Malaysia Pusat Manuskrip Melayu 232, Jalan Tun Razak 50572 Kuala Lumpur Tel: 2943488

2924079 (talian terus)

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia

Hak Cipta Terpelihara ©1997 – Perpustakaan Negara Malaysia