kk program khidmat masyarakat

13
PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT ANJURAN GURU PELATIH KUMPULAN 2 PISMP AMBILAN JANUARI 2010 IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT. 1.0 PENGENALAN Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu wadah ke arah pembinaan dan pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi. Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha pembinaan insan guru yang terunggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan budaya Institut Pendidikan Guru (IPG)

Upload: pensil-dan-pemadam

Post on 04-Dec-2014

4.647 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

Page 1: Kk program khidmat masyarakat

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT

ANJURAN

GURU PELATIH KUMPULAN 2 PISMP AMBILAN JANUARI 2010

IPG KAMPUS TUN HUSSEIN ONN BATU PAHAT.

1.0 PENGENALAN

Kursus Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu wadah ke arah pembinaan dan

pembentukan kualiti insan guru yang dihasratkan selaras dengan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan (FPK) dan Falsafah Pendidikan Guru (FPG). Melalui aktiviti yang

dirancang, pelajar dapat mengenal diri dan mampu mengaplikasikan pengetahuan dan

pengalaman yang diperoleh ke arah pembangunan diri sebagai insan guru secara

berterusan. Program ini diharap dapat melahirkan guru-guru yang memiliki kemantapan

sahsiah dan kuasa profesional yang tinggi serta sentiasa bersedia dan mampu

menangani pelbagai cabaran pendidikan dan arus globalisasi.

Pelaksanaan Bina Insan Guru (BIG) lebih menekankan kepada pembelajaran di luar

bilik darjah secara alamiah dalam konteks dan situasi sebenar dalam usaha

memperkasakan ilmu, kemahiran, daya intelek, nilai dan akhlak keguruan di kalangan

pelajar. Di samping program dan aktiviti yang dirancang secara khusus, usaha

pembinaan insan guru yang terunggul ini juga diperkukuhkan melalui aktiviti tutorial dan

budaya Institut Pendidikan Guru (IPG)

Pelaksanaan Program Bina Insan Guru adalah berdasarkan sukatan pelajaran Bina

Insan Guru yang digubal khusus bertemakan konsep dan ciri pembinaan Insan Guru,

Pembangunan Insan Guru dan peranan serta tanggungjawab Insan Guru. Ketiga-tiga

tema ini direalisasikan dalam program selama sehari melalui penglibatan secara

langsung dalam pelbagai aktiviti bersama masyarakat setempat khasnya bersama

anak-anak yatim dan lain-lain aktiviti yang terancang mengikut ketetapan institut

pengelola.

Page 2: Kk program khidmat masyarakat

Adalah menjadi hasrat Kementerian Pelajaran Malaysia melalui Bahagian

Pendidikan Guru untuk melahirkan guru-guru lepasan Institut Pendidikan Guru Malaysia

(IPG) yang berkualiti di samping mempunyai pengetahuan yang luas sebagai

persediaan untuk mendukung profesionalisme perguruan. Penglibatan guru pelatih

kepada pelbagai kegiatan berfaedah sepanjang tempoh kursus adalah diharapkan

dapat membantu mencapai hasrat yang murni ini.

Sehubungan dengan itu, guru-guru pelatih dari kumpulan 2 PISMP ambilan Januari

2010 yang menuntut di IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat mengambil peluang

ini untuk mendapatkan pengetahuan, pengalaman dan perkongsian idea dalam

merealisasikan misi dan visi IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat dalam

mewujudkan pusat keguruan yang unggul dari aspek pembangunan sumber manusia

dan akademik yang bertaraf dunia

2.0 RASIONAL

Program ini merupakan satu usaha pencetus pembinaan insan guru yang berakhlak

mulia, prihatin, bersemangat juang yang tinggi,berketerampilan, bermanfaat kepada diri,

keluarga, masyarakat dan negara selaras dengan nilai-nilai keguruan yang jitu.

Melalui program ini, Pelajar IPG Kampus Tun Hussein Onn Batu Pahat akan diberi

pendedahan, pemahaman dan perkongsian maklumat melalui aktiviti melukis mural dan

mencantikkan landskap di kawasan sekitar asrama anak-anak yatim berkenaan.

Adalah diharapkan usaha-usaha murni ini akan dapat menjalinkan hubungan

persaudaraan dengan lebih erat dan kefahaman yang lebih jelas dalam memupuk

persaudaraan sesama manusia.

Page 3: Kk program khidmat masyarakat

3.0 OBJEKTIF

Pelaksanaan program ini bertujuan memberi peluang kepada Pelajar IPG Kampus

Tun Hussein Onn Batu Pahat untuk;

Mendapatkan pengetahuan dan pengalaman tentang sesuatu organisasi

suatu kediaman,

Mendekatkan diri dengan masyarakat setempat

Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran-kemahiran mengurus majlis

Menunjukkan dan mengetahui ciri-ciri insan yang berakhlak mulia dan

patuh kepada ajaran agama

Meningkatkan semangat berpasukan dan mengamalkan hidup

bersepakat, bekerjasama dan bertanggungjawab kepada rakan pasukan.

Menguasai kemahiran interpersonal

Meningkatkan kerjasama dan perkongsian idea antara masyarakat

setempat,

Membina sikap sahsiah dan jati diri seorang guru serta menanam sikap

kepimpinan dan toleransi.

4.0 Kaedah dan Sasaran Program

Pelaksanaan program bina insan guru mengutamakan pembelajaran yang

menitikberatkan pembangunan afektif, kognitif dan psikososial. Pembangunan diri ini

meliputi aspek insan guru yang berakhlak mulia, semangat dan patuh kepada agama.

Oleh itu pelaksanaan program ini adalah berasaskan kepada strategi berikut :

4.1 Program khidmat masyarakat bersama anak yatim .

4.2 Setiap pelajar akan dipastikan telah pun mengikuti program Bina Insan

Guru sebelum tamat pengajian mereka.

Page 4: Kk program khidmat masyarakat

4.3 Aktiviti yang dirancang merangkumi aktiviti bersama anak-anak yatim

yang bertujuan mengajar dan mendidik kemahiran yang ada dalam setiap

guru pelatih berkenaan.

4.4 Pendekatan penyampaian menekankan kepada penggunaan pelbagai

kaedah pembelajaran seperti pembelajaran berasaskan

i. Aktiviti

ii. Pengalaman

iii. Penyelesaian masalah

iv. Koperatif dan kolaboratif

4.5 Strategi penyampaian dan pengelolaan :

i. Perbincangan

ii. Sumbang saran

iii. Lawatan

iv. Khidmat sosial

Diharapkan melalui program ini guru-guru pelatih akan dapat mengetahui,

menghayati semangat bekerja sepasukan, menguasai kemahiran asas interpersonal,

mengurus diri, kumpulan dan masa dengan berkesan di samping memupuk kebolehan

memimpin dan memperkembangkan potensi diri sebagai insan guru dalam semua

aspek kehidupan seharian

Page 5: Kk program khidmat masyarakat

5.0 BUTIRAN PELAKSANAAN PROGRAM

5.1 Tempat :

Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak Yatim Islam Batu Pahat

(Rujuk lampiran 1)

5.2 Sasaran :

a) Program BIG ini melibatkan 20 orang peserta dari Program Ijazah

Sarjana Muda Perguruan Ambilan Januari 2010 dari opsyen Reka

Bentuk dan Teknologi Kumpulan 2.

b) Semua penghuni asrama anak yatim Islam Batu Pahat

5.3 Tentatif Tarikh :

8 OGOS 2010 (Ahad)

5.4 Senarai nama kumpulan dan senarai nama peserta :

(rujuk Lampiran 2)

Page 6: Kk program khidmat masyarakat

6.0 JAWATANKUASA

6.1 JAWATANKUASA INDUK:

PENAUNG : Tn.Haji A.Aziz Bin Abu Bakar

Pengarah

IPGM Kampus Tun Hussein Onn

Batu Pahat

PENASIHAT : En Mohamed Rahmat Bin Mohd Yasin

Tim. Pengarah

IPGM Kampus Tun Hussein Onn

Batu Pahat

SETIAUSAHA : En.Rousliluddin Bin Hj Ambia

(Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar)

PENYELARAS BIG : En.Mohd Razali Bin Hashim

PEN. PENYELARAS : Pn.Faziah Binti Hashim

PEGAWAI PENGURUSAN BIG : Pn. Haslina Binti Ramli

AHLI-AHLI :

1. Tn. Hj. Md. Isa b. Man JK Kerohanian & Moral

2. Tn. Hj. Abd. Kadir b. Abd. Rahim JK Peralatan

3. Pn. Fuziah bt. Ishak JK Makanan

4. En. A. Latif Abdullah JK Kebajikan & Keselamatan

5. En Sapuan b Nawar @ Munawar JK Aktiviti

6. En Mohd Shahren b Abdullah JK Penilaian

7. En Abd Raof b Ibrahim JK Program Khidmat Masyarakat

Page 7: Kk program khidmat masyarakat

6.2 JAWATANKUASA KERJA:

PENSYARAH PENASIHAT : Encik Ismail Bin Saiman (Tutor)

PENGERUSI : Mohd Aidil Bin Othman

NAIB PENGERUSI : Norazura Binti Mohamad Foat

SETIAUSAHA : Mohd Faiz Bin Damanhuri

NAIB SETIAUSAHA : Noraisyah Binti Nasarudin

BENDAHARI : Nor Hidayahne Binti Jamil

AHLI JAWATANKUASA :

J/K PENGACARA PROGRAM : Mohd Azri Bin Md Idris(K)

Nur Afifah Hazirah Binti Azmin

J/K HADIAH & CENDERAMATA : Mohd Safuan Bin Che Othman(K)

Nor Sharnida Binti Daud

Nur Aisyah Binti Adnan

J/K MAKANAN : Mohd Nur Bin Muhamad (K)

Noranis Lyana Binti Zambery

Nur Diyana Binti Ismet Furmansyah

J/K PERALATAN : Mohd Faiz Bin Abd Rahim (K)

Mohd Amir Wardee B Mohamad Kamis

Mohd Sholehuddin Bin Mohd Ariff

Muhamad Faris Aiman Bin Mohd Zaki

Page 8: Kk program khidmat masyarakat

J/K KEBERSIHAN : Nur Diyana Binti Ismet Furmansyah (K)

Noranis Lyana Binti Zambery

J/K PENGANGKUTAN : Mohd Asyraf Adib Bin Nordin (K)

DAN KESELAMATAN Mohd Nasrun Bin Muhamad Zaki

Norain Binti Abdullah

J/K JEMPUTAN, BUKU : Mohd Safuan Bin Che Othman (K)

PROGRAM & LAPORAN Nor Sharnida Binti Daud

Nur Aisyah Binti Adnan

7.0 ANGGARAN PERBELANJAAN

rujuk pada lampiran 3

8.0 TENTATIF PROGRAM

rujuk pada lampiran 4

9.0 PENGANGKUTAN

Dengan ini kami dengan rasa rendah diri ingin membuat permohonan untuk

mendapatkan pengangkutan daripada pihak IPG dari IPG Kampus Tun Hussein Onn,

Batu Pahat ke tapak program kami iaitu Asrama Pertubuhan Kebajikan Anak-anak

Yatim Islam, Batu Pahat. Anggaran jarak perjalanan ialah sejauh 3.8 km.

Page 9: Kk program khidmat masyarakat

10.0 PENUTUP

Pelaksanaan program ini diharapkan dapat memberi peluang dan kefahaman yang

lebih jelas berkaitan dengan keperluan dan kepayahan serta kesusahan dalam

membesarkan anak-anak yatim di dalam satu asrama yang dikendalikan oleh sesuatu

organisasi. Kerjasama daripada pihak tuan amatlah diharapkan semoga program ini

mencapai objektif yang telah dirancang.

Page 10: Kk program khidmat masyarakat

Disediakan oleh,

…………………………………………..

(MOHAMAD FAIZ BIN DAMANHURI)

Setiausaha Program Khidmat Masyarakat,

PISMP Sem 2 RBT 2,

IPG Kampus Tun Hussein Onn

Batu Pahat, Johor.

Disemak oleh,

…………………………………………..

(MOHAMAD AIDIL BIN OTHMAN)

Pengerusi Program Khidmat Masyarakat,

PISMP Sem 2 RBT 2,

IPG Kampus Tun Hussein Onn

Batu Pahat, Johor.

Disemak dan disokong oleh,

…………………………………………..

(ENCIK ISMAIL BIN SAIMAN)

Tutor Peribadi,

PISMP Sem 2 RBT 2,

IPG Kampus Tun Hussein Onn

Batu Pahat, Johor.

Disahkan oleh,

…………………………………………..

(ENCIK ROUSLILUDDIN BIN AMBIA)

Ketua Jabatan Hal Ehwal Pelajar,

IPG Kampus Tun Hussein Onn

Batu Pahat, Johor.

Diluluskan/Tidak diluluskan oleh,

…………………………………………..

(TUAN HAJI A. AZIZ BIN ABU BAKAR)

Pengarah,

IPG Kampus Tun Hussein Onn

Batu Pahat, Johor.