kk majlis anugerah singat 2014.doc

Upload: nazvsirah

Post on 03-Mar-2016

39 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

KERTAS KERJA

KERTAS KERJA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM SEKOLAH KEBANGSAAN SINGAT 2014.

PENDAHULUAN

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum ini merupakan majlis yang akan diadakan untuk menyampaikan hadiah kecemerlangan akademik, sijil-sijil kurikulum dan kokurikulum. Majlis ini perlu diadakan untuk memberikan penghargaan dan pengiktirafan kepada murid-murid seterusnya memberikan motivasi dan semangat untuk mencapai kecemerlangan samada dalam kurikulum mahupun kokurikulum.

OBJEKTIF

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum ini bertujuan untuk:

Menyediakan satu platform untuk pengiktirafan kecemerlangan akademik.

Melahirkan semangat muhibah dan persefahaman dalam kalangan murid-murid

Memupuk semangat untuk bersaing dalam kalangan murid-murid

Medium permuafakatan antara pihak sekolah, ibu bapa dan masyarakat setempat.

BUTIRAN PROGRAM

Tarikh : 19 November 2014Hari : Rabu

Masa : 8.00

Tempat : Dewan Sekolah Kebangsaan Singat

BILANGAN PESERTA

Semua murid, ibu bapa dan para guru SK Singat.

JAWATANKUASA MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM

Penaung : Mimah binti Dan

Pengerusi Pengelola : Lau Ak Changgan Setiausaha : Nurul Bahirah binti Anual

Bendahari : Nik Ahmad Syafiq Afham Syah Ahli Jawatankuasa :

Hadiah

: Nurulazima binti Zakaria

Persembahan

: Mohammad Akmal Ariff

Keselamatan dan Kebersihan : Nyulang Ak Lassa

Siaraya dan Multimedia : Eriphin Ak Nyawin Fasiliti dan Logistik : Mohammad Izar bin Kamaruzaman

Saied Ramadhan bin Md Suhot

Protokol

: Merdonna Ak Agam Pengacara Majlis

: Nurulazima binti Zakaria

Nik Ahmad Syafiq Afham Syah

Jamuan

: Nafisah binti Rajak

Nurul Bahirah binti AnualTENTATIF PROGRAM

MASAAKTIVITI

08.00 pagiKetibaan para tetamu

08.30 pagiNyanyian lagu NegaraKu

08.35 pagiDoa Pembukaan

08.40 pagi- Ucapan Pengerusi PIBG

- Ucapan Perasmian Guru Besar

-Ucapan Murid Tahun 6

09.30 pagiPenyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum

Sijil Kokurikulum

Sijil Pengawas Sekolah

Sijil Ketua dan Penolong Ketua Kelas

Sijil Pustakawan

Persembahan Murid Prasekolah

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum

-Peningkatan Akademik

-Kedudukan terbaik dalam kelas

- Cemerlang mata pelajaran

Persembahan Murid Tahap 1

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum

-Hadiah dan sijil tamat tahun 6

-Hadiah dan sijil tamat prasekolah

Persembahan Murid tahun 4

Penyampaian Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Kokurikulum

- Hadiah dan sijil NILAMHadiah dan sijil kehadiran penuh

11.00 pagiPersembahan Murid tahap 2 Nyanyian lagu sekolah Nyanyian lagu Ibu PertiwiKu

11.10 pagi Jamuan Ringan Hi-Tea

11.30 pagiBersurai

ANGGARAN PERBELANJAAN

Pecahan Perbelanjaan (rujuk jadual dibawah)

BIL.ITEM YANG DIPESANKUANTITIHARGA SEUNITJUMLAH

Bihun5 bungkusRM 1.60RM 8.00

Ayam 2 ekorRM 13.00RM 26.00

Sayur campur1 bungkusRM 3.00RM 3.00

Sayap Ayam2 kgRM 11.20RM 22.40

Sos Cili (Maggi)1 botolRM 5.00RM 5.00

Gula1 kgRM 3.00RM 3.00

Pati Oren (Sunquick)1 botolRM 5.00RM 5.00

Tembikai Susu2 bijiRM 8.00RM 20.00

Tembikai1 bijiRM 3.69RM 7.10

JUMLAH BESARRM 99.50

Menu Hi-Tea:

Mee Hoon Goreng

Pulut kuning

Rendang ayam

Air Sunquick

Tembikai Susu

Perbelanjaan sempena majlis anugerah kecemerlangan ini menggunakan duit kelab kebajikan Sekolah Kebangsaan Singat, Sibu.

8.0 PENUTUP

Semoga majlis anugerah kecemerlangan ini dapat memotivasikan murid-murid agar dapat bersaing secara sihat dengan murid yang lain seterusnya dapat meningkatkan prestasi dan tahap pencapaian sekolah di masa akan datang. Selain itu, melalui majlis ini diharapkan dapat meningkatkan semangat permuafakatan dalam kalangan masyarakat setempat, ibu bapa, murid-murid dan para guru.

Disediakan oleh,

.................................................

(NURUL BAHIRAH BINTI ANUAL)

Setiausaha,

Majlis Anugerah Kecemerlangan Akademik Dan Kokurikulum,

Sekolah Kebangsaan Singat,

96000 Sibu, Sarawak.

Disahkan oleh,

....................................

(MIMAH BINTI DAN)

Guru Besar,

Sekolah Kebangsaan Singat,

96000 Sibu, Sarawak.

SEKOLAH KEBANGSAAN SINGAT, SIBU

MAJLIS ANUGERAH KECEMERLANGAN AKADEMIK DAN KOKURIKULUM TAHUN 2014GURU BERTRANSFORMASI PENJANA GENERASI GEMILANG

TARIKH: 19 NOVEMBER 2014TEMPAT : SEKOLAH KEBANGSAAN SINGAT