kj kursus hbef2103 psikologi pend 111

Upload: raja-solahudin

Post on 07-Apr-2018

238 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    1/15

    FAKULTI PENDIDIKAN DAN BAHASA

    SEMESTER JANUARI / TAHUN 2011

    KOD KURSUS : HBEF2103

    TAJUK KURSUS : PSIKOLOGI PENDIDIKAN

    NO. MATRIKULASI : 800405035371001

    NO. KAD PENGNEALAN : 800405-03-5371

    NO. TELEFON : 0135445922

    E-MEL : [email protected]

    PUSAT PEMBELAJARAN : PUSAT PEMBELAJARAN TAWAU

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    2/15

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    3/15

    1

    Pengenalan.

    Setiap individu berbeza dengan individu yang lain. Manusia dilahirkan dengan pelbagai

    keistimewaan dan keunikannya, yang mana setiap orang berbeza dengan yang lain dari segi

    bentuk badan, rupa paras, ketinggian, kesihatan, kecerdasan, emosi dan jantina. Selain itu,faktor-faktor persekitaran seperti status sosio-ekonomi ibu bapa, gaya hidup keluarga,

    persekitaran tempat dibesarkan, suasana di sekolah, pergaulan dengan rakan dan sebagainya

    juga turut mempengaruhi perbezaan antara individu di dalam sesuatu komuniti.

    Sebagai seorang guru di Sekolah Kebangsaan Bangau-Bangau Semporna, saya

    menyedari bahawa perbezaan individu ini turut memberi kesan dalam aktiviti pengajaran dan

    pembelajaran di dalam kelas. Sebahagian besar murid-murid yang belajar di sekolah ini

    terdiri daripada keluarga nelayan yang mempunyai latar belakang sosio-ekonomi dan

    kehidupan yang rendah dan sukar. Kebanyakan murid tinggal di kawasan laut yang mana

    rumah mereka berada di atas air dan mempunyai pelbagai kekurangan kemudahan dan

    prasarana. Oleh yang demikian, emosi pelajar mudah terganggu dan tidak bersemangat untuk

    belajar. Selain itu, faktor persekitaran yang sesak dan tidak teratur akan menyebabkan mereka

    terdedah kepada penyakit dan berbagai masalah kesihatan. Justeru itu, ia akan menyebabkan

    kecerdasan murid dan kesedian mereka untuk belajar turut terganggu.

    Sebagai seorang guru, masalah perbezaan individu di sekolah ini bukanlah satu

    halangan untuk kita mengalah, sebaliknya ia adalah satu cabaran yang harus dihadapi.

    Seharusnya, kita menggunakan strategi pengajaran yang berbeza terhadap pelajar, kerana

    melalui strategi pengajaran yang berbeza kita akan dapat mengatasi masalah yang datangnya

    daripada pelajar yang berbeza-beza. Berbagai-bagai teori pembelajaran atau teori

    perkembangan yang boleh kita praktikkan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran

    lebih berkesan dan seterusnya mengatasi masalah pembelajaran yang timbul. Sebagai contoh,

    kita boleh menggunakan Teori Pelaziman Klasik oleh Pavlov, Teori Pelaziman Operan

    Skinner, Teori Perkembangan oleh Piaget, Teori Psikosial oleh Erikson dan sebagainya.

    Justeru itu, amat penting bagi setiap guru memahami apakah masalah yang dihadapi semasa

    pengajaran dan pembelajaran dan seterusnya mengaplikasikan teori-teori pengajaran dan

    teori-teori perkembangan untuk mengatasi masalah tersebut. Dengan demikian, akan

    wujudlah satu aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang menarik, kondusif, dan bermakna

    kepada semua pelajar di dalam sesebuah kelas.

    Senario Pengajaran Pembelajaran.

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    4/15

    2

    Semasa Pengajaran dan Pembelajaran suasana kelas Tahun Satu Elit Sekolah Kebangsaan

    Bangau-Bangau Semporna, didapati bahawa pelajar pasif, tidak bermotivasi, bising dan

    sukar mengingat pelajaran lepas. Pelajar tidak dapat menumpukan perhatian kepada

    aktivitipembelajaran sebaliknya lebih banyak melakukan aktiviti sendiri seperti menggangu

    rakan, tidur, bercakap sesama sendiri, tidak memberi kerjasama, takut untuk berinteraksi

    dengan guru dan sebagainya.

    Beberapa orang murid di kelas Tahun Satu Elit didapati pasif. Tahun satu

    merupakan alam persekolahan yang pertama bagi kebanyakan pelajar di Sekolah Kebangsaan

    Bangau-Bangau. Kebanyakan pelajar Tahun Satu Elit tidak pernah memasuki sekolah tadika

    atau Pra Sekolah sebelum memasuki tahun satu, tambahan pula sekolah ini tidak mempunyai

    Pra Sekolah. Oleh yang demikian, kebanyakan pelajar masih belum dapat menyesuaikan diri

    dengan suasana persekolahan. Justeru itu, perasaan takut wujud dalam diri mereka. Mereka

    lebih selesa bergaul dan bercakap sesama mereka berbabanding dengan guru. Mereka

    merasakan guru adalah orang asing dan tidak selamat untuk mereka. Oleh itu, mereka lebih

    suka bersikap pasif dan tidak menghiraukan guru.

    Seterusnya, pelajar tidak bermotivasi semasa pengajaran dan pembelajaran.

    Sebilangan pelajar terutama mereka yang berada di belakang tidak menumpukan perhatian

    terhadap apa yang diajarkan oleh guru, mereka seolah-oalah tidak bersedia untuk memerimaapa yang disampaikan oleh guru. Apabila disuruh atau diarah untuk melakukan sesuatu

    aktiviti, mereka tidak melaksanakannya dengan bersungguh-sungguh dan tidak menyiapkan

    kerja yang diberikan. Saya dapati perkara ini berpunca daripada kurangnya motivasi dan

    pengetahuan mereka tentang kepentingan ilmu serta pengaruh persekitaran semasa mereka

    berinteraksi atau berhubung.

    Berikutnya, pelajar bising semasa pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Suasana

    bising dan tidak terkawal semasa saya menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di

    dalam kelas sudah tentu akan mengganggu proses pembelajaran dan menjadikan

    pembelajaran tersebut tidak kondusif. Perkara ini terjadi kerana ada di kalangan pelajar tidak

    menghiraukan aktiviti pengajaran tetapi bercakap sesama sendiri dan mengganggu rakan

    yang lain. Selain itu, ada juga diantara mereka sengaja membuat bising untuk mendapatkan

    perhatian guru dan rakan.

    Akhirnya, saya mendapati bahawa pelajarsukar mengingat pelajajaran yang lepas.

    Beberapa orang pelajar sukar mengingat isi pelajaran yang telah mereka pelajari pada hari-

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    5/15

    33

    hari sebelumnya. Mereka gagal untuk memberikan jawapan apabila guru bertanyakan soalan

    mengenai isi pelajaran yang telah mereka pelajari. Ini terjadi kerana beberapa faktor

    termasuklah sikap pelajar yang tidak membuat mengulangkaji pelajaran dirumah, guru yang

    tidak menyediakan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada tajuk yang telah diajarkan, dan

    sebagainya.

    Huraian Masalah Mengikut Teori Pembelajaran

    1. Pelajar pasif semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    6/15

    4

    Pelajar hanya melihat apa yang disampaikan oleh guru tanpa melibatkan diri secara aktif

    dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Mereka tidak memberi sebarang rangsangan

    atau tindak balas terhadap pengajaran yang disampaikan kepada mereka.

    Keadaan tersebut boleh dikaitkan dengan Teori Pelaziman Klasik Oleh Pavlov. Teoriini mengatakan bahawa pembelajaran merupakan pelaziman berlaku apabila rangsangan dan

    tindak balas berlaku berulang-ulang. Rangsangan ialah apa sahaja bentuk tenaga yang

    menimbulkan gerak balas. Manakala tindak balas adalah apa sahaja tingkah laku yang timbul

    akibat rangsangan. Sebagai contoh, guru mengajukan soalan kepada pelajar dan pelajar

    tersebut menjawabnya, mengajukan soalan ialah rangsangan dan menjawabnya adalah tindak

    balas.

    Dalam kes ini, pelajar pasif jika diberi rangsangan secara lazim akan memberikan

    tindak balas yang positif kerana mereka sudah terbiasa dengan rangsangan tersebut. Hal ini

    dibuktikan oleh Ivan Pavlov melalui ujikajinya terhadap anjing, yang mana anjing tersebut

    akan mengeluarkan air liur setelah loceng dibunyikan sebagai tanda tiba masa makan.

    Apabila gerak balas ini sudah terlazim anjing tersebut tetap mengeluarkan air liur tiap kali

    loceng dibunyikan walaupun tidak ada makanan. Begitu juga halnya dengan pelajar yang

    pasif ini, sekiranya guru bertindak sebagai agen perangsang yang merangsang mereka untuk

    melibatkan diri dalam secara aktif dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Maka sudahtentu mereka akan memberikan tindak balas terhadap rangsangan guru tersebut. Rangsangan

    yang dilakukan secara berulang kali akan bertambah kukuh andainya disertai dengan

    peneguhan yang positif. Jelasnya, pelajar akan melibatkan diri secara aktif apabila sudah

    terlazim dengan rangsangan yang diberikan secara berterusan oleh guru.

    2. Pelajar Kurang Motivasi.

    Pelajar tidak berminat untuk belajar, tidak menumpukan perhatian terhadap pembelajaran

    guru, sering menimbulkan masalah dan tidak mendengar arahan. Keadaan tersebut boleh

    dikaitkan dengan Teori Psikososial oleh Erikson yang mana pada peringkat ini pelajar dalam

    lingkungan umur enam hingga dua belas tahun aktif mempelajari apa sahaja yang ada di

    sekelilingnya. Pada tahap ini murid dapat menghadapi dan menyelesaikan tugas atau

    perbuatan yang akhirnya dapat menghasilkan sesuatu. Salah satu tugas yang diperlukan

    dalam tahap ini adalah mengembangkan kemampuan dan menghindari perasaan rendah diri.

    Melalui proses pendidikan murid akan belajar untuk bersaing (sifat kompetatif), juga

    bersifat kooperatif dengan orang lain, saling memberi dan menerima, setia kawan dan belajar

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    7/15

    5

    peraturan-peraturan yang berlaku. Dorongan untuk mengetahui dan melakukan susuatu

    terhadap persekitarannya sangat besar. Apabila murid tidak dapat memenuhi keinginan yang

    sesuai mengikut standard dan terlalu banyak yang diharapkan dari mereka akan timbullah

    masalah, gangguan dan rasa rendah diri di dalam diri murid yang akan memberi kesan kepada

    pembentukan sosial mereka.

    Perhubungan sosial murid-murid pada masa ini bertambah luas iaitu dari lingkungan

    keluarga hinggalah ke sekolah. Masalah gangguan dan rasa rendah diri yang berlaku di rumah

    turut terbawa sehingga ke sekolah. Misalnya, masalah perpecahan dan pergolakan di dalam

    keluarga serta tekanan hidup akibat kemiskinan akan menyebabkan murid tidak berminat

    untuk belajar. Dengan demikian, mereka tidak menumpukan perhatian kepada pembelajaran

    dan sering menimbulkan masalah disiplin di sekolah khususnya di bilik darjah. Juseru itu,

    jelaslah di sini bahawa masalah pelajar kurang motivasi mempunyai hubungan dan perkaitan

    dengan Teori Psikososial oleh Erikson.

    3. Pelajar bising.

    Pelajar bising semasa guru mengajar. Mereka bermain, bercerita sesama sendiri dan

    menimbulkan masalah disiplin di dalam kelas. Keadaan tesebut boleh dikaitkan dengan Teori

    Pembelajaran Sosial oleh Albert Bandura yang mengatakan bahawa sosial, kognitif dan

    tingkah laku memainkan peranan dalam pembelajaran dan menganggap manusia sebagai

    makhluk yang aktif. Selain itu, Albert Bandura mengemukakan tiga idea utama iaitu Model

    Determinisme Timbal Balik yang mengatakan pembelajaran bergantung kepada perlakuan

    individu dan perekitaran, meniru secara langsung, peniruan sekatlakuan, dan peniruan tidak

    sekat laluan.

    Berdasarkan kenyataan atau teori yang dikemukakan oleh Albert bandura di atas,

    pelajar bising merupakan seorang pelajar yang aktif. Selain itu, tingkah laku pelajar tersebut

    dipengaruhi oleh perlakuan individu dan persekitaran yang wujud di sekelilingnya. Sebagai

    contoh, setiap hari pelajar didedahkan dengan persekitaran dan pergaulan dengan rakan-rakan

    seperti bermain tanpa ada sekatan atau peraturan yang harus dipatuhi. Dengan demikian,

    tingkah laku yang sama semasa berada di luar sekolah mempengaruhi tingkah laku di bilik

    darjah seperti bising, bermain, dan sebagainya.

    Albert Bandura juga menyatakan bahawa proses peniruan melalui bebrapa langkah

    iaitu, pemerhatian, penyimpanan, pengeluaran dan peneguhan. Segala maklumat yang

    diperhatikan oleh pelajar akan disimpan dalam pemikiran mereka. Maklumat yang

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    8/15

    6

    tersimpan ini akan melalui proses pengeluaran iaitu peniruan kepda tingkah laku yang telah

    diperhatikan. Tingkah laku tersebut akan menjadi kukuh apabila terdapat peneguhan.

    Kenyataan tersebut amat tepat untuk dikaitkan dengan masalah pelajar yang selalu membuat

    bising semasa pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Pelajar akan melihat dan

    memerhatikan apa yang dilakukan oleh rakan-rakan mereka yang bermasalah. Sikap atau

    perbuatan rakan-rakan akan mempengaruhi mereka untuk menirunya. Apabila mereka

    merasakan tingkah laku rakan yang bermasalah ini hebat, menyeronokkan, disukai, dan

    mendapat pujian oleh rakan-rakan yang lain, mereka akan terpengaruh untuk melakukan

    perkara yang sama. Dengan demikian, maka wujudlah pelajar yang suka membuat bising di

    dalam kelas, bercerita dengan rakan semasa pengajaran dan pembelajaran dan sebagainya.

    4. Pelajar sukar mengingat pelajaran yang lepas

    Pelajar tidak berjaya mengingat kembali pelajaran yang lepas apabila ditanya oeh guru

    sebelum memulakan aktiviti pengajaran yang baru. Pelajar didapati kurang bermotivasi dan

    gagal untuk menyiapkan kerja rumah yang diberikan. Keadaan tersebut boleh dikaitkan

    dengan Teori Pemodelan oleh Bandura yang menyatakan proses pembelajaran meliputi

    pemerhatian, peringatan, peniruan dengan tingkah laku atau gerakbalas yang sesuai, diakhiri

    dengan peneguhan positif.

    Melalui pemerhatian dan peniruan, pelajar yang sukar mengingat akan memerhatikan

    penyampaian guru yang cekap dan menarik agar tingkah laku tersebut menjadi model kepada

    mereka. Tingkah laku model iaitu guru akan dipelajari melalui bahasa, contoh dan teladan.

    Selain itu, guru haruslah mengadakan demonstrasi yang jelas serta menarik agar dapat

    mambantu pelajar mengingat dengan cepat. Melalui cara ini, ingatan pelajar terhadap sesuatu

    tajuk akan menjadi lebih kuat dan kukuh.

    Melalui peneguhan positif pula ia akan memupuk konsep kendiri positif di dalam diri

    pelajar. Pelajar akan memperolehi keyakinan terhadap tingkah laku yang ditirunya. Sebagai

    contoh, pelajar diberi pujian apabila berjaya mengingat kembali isi pelajaran yang telah lalu

    sebagai ganjaran. Pelajar akan merasakan penghargaan yang diperolehi sebagai satu motivasi

    untuk terus berusaha mengingat semua isi pelajaran yang disampaikan termasuklah membuat

    ulangkaji di rumah. Jelaslah di sini bahawa Teori Pemodelan oleh Bandura sesuai

    dipraktikkan oleh guru untuk membantu pelajar yang sukar mengingat pelajaran yang lepas.

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    9/15

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    10/15

    8

    Amir merupakan seorang pelajar di kelas Tahun Satu Elit. Amir merupakan seorang pelajar

    yang pasif, pendiam dan tidak suka bergaul dengan rakan. Amir juga tidak bertolak ansur

    sehingga boleh menyebabkan pergaduhan. Maka Amir merupakan seorang pelajar

    bermasalah di kelas ini. Sebagai seorang guru, mengikut Erikson sikap Amir ini berpunca

    daripada masalah sosial dalam dirinya.

    Sebagai guru, Amir seharusnya dilibatkan secara aktif dalam aktiviti berkumpulan.

    Amir akan dilantik sebagai ketua kumpulan dan guru akan membimbingnya untuk

    menjalankan tanggungjawab sebagai ketua yang berdedikasi. Apabila Amir dapat melibatkan

    diri dalam kumpulan maka masalah pergaulannya dapat diatasi. Dengan demikian, masalah

    Amir dapat diselesaikan.

    2. Implikasi Teori Pembelajaran Ivan Pavlov

    Azwa merupakan seorang pelajar yang kurang bermotivasi di kelas Tahun Satu Elit. Setelah

    dikenalpasti masalah ini berpunca daripada persekitaran kehidupannya yang susah dan selalu

    diejek oleh rakan-rakan. Selain itu, masalah perpecahan keluarga iaitu penceraian ibu dan

    bapa menyebabkan dia terpaksa tinggal bersama neneknya. Dengan demikian, dia tidak suka

    untuk datang ke sekolah, tetapi paksaan dari neneknya menyebabkan dia terpaksa. Justeru

    itu, apabila dia datang ke sekolah tanpa rasa minat maka timbullah masalah disiplin seperti

    tidak menyiapkan kerja rumah dan sebagainya.

    Sebagai guru, Azwa seharusnya diberikan motivasi untuk datang ke sekolah. Apa

    yang baik diberikan ganjaran, pujian dan penghargaan. Sebagai contoh, Azwa berjaya

    menyiapkan kerja rumah dengan baik, maka guru memberikannya gred A untuk

    memotivasikannya. Selain itu, guru juga boleh memberikan sijil penghargaan di atas

    sumbangan yang dilakukan semasa hari anugerah dan sebagainya. Mengikut Ivan Pavlov,

    tingkah laku ini jika dilakukan secara berterusan sepanjang masa akan menyebabkan tingkah

    laku tersebut menjadi terlazim atau terbiasa. Dengan demikian, Azwa akan bermotivasi

    untuk ke sekolah kerana sudah terbiasa. Oleh itu, masalah Azwa dapat diselesaikan.

    3. Implikasi Teori Ekologi Bronfenbrenner

    Masalah sikap kanak- kanak berpunca dari interaksi alam persekitaran.

    Azri sering membuat bising, mengganggu rakan, bercakap sesama sendiri semasa pengajaran

    dan pembelajaran. Maka dengan ini Azri dikatogarikan sebagai pelajar yang bermasalah.

    Sebagai guru, berdasarkan Teori Ekologi Bronfenbrenner yang menjelaskan bahawa

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    11/15

    9

    perkembangan kanak-kanak sebagai hasil interaksi antara alam persekitaran dengan kanak-

    kanak tersebut. Sekiranya seseorang pelajar mempunyai interaksi secara langsung dan

    menghabiskan masa paling banyak bersama ibu bapa bermasalah, maka masalah tersebut

    akan mempengaruhi mereka sehingga ke bilik darjah (mikrosistem). Selain itu, apa yang

    berlaku di dalam satu mikrosistem boleh mempengaruhi interaksi dengan mikrosistem yang

    lain. Misalnya, Dalam kes ini keadaan di rumah Azri yang tidak baik akan mempengaruhi

    tingkah lakunya di sekolah (mesosistem). Justeru itu, akan wujudlah masalah disiplin di

    dalam diri Azri yang bermula dari rumah dan tebawa masalah yang sama sehingga ke

    sekolah.

    Mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah ini sudah tentulah menjadi

    tanggungjawab guru bagi memastikan pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dapat di

    laksanakan di dalam kelas. Bagi saya, guru haruslah membina perhubungan yang baik

    dengan murid, misalnya Azri. Melalui hubungan yang baik guru boleh mempengaruhi murid

    untuk mengubah tingkah laku kearah yang lebih baik. Selain itu, guru harus menjada contoh

    teladan yang baik kepada murid serta sentisa menerapkan nilai-nilai murni kepda mereka.

    Sekiranya guru berjaya mempengaruhi murid dengan norma-norma, nilai-nilai dan amalan

    yang baik, maka sudah tentulah disiplin ini akan dapat diatasi sepenuhnya.

    4. Implikasi Teori Pelaziman Operan Skinner.

    Kurangnya motivasi menyebabkan pelajar sukar mengingat pelajaran yang lepas.

    Ani didapati sukar untuk mengingati kembali pelajaran yang telah lepas. Sebelum

    memulakan pengajaran yang baru, guru akan bertanyakan mengenai pembelajaran yang telah

    lepas untuk mengetahui kesedian pelajar sebagai satu kesinambungan untuk pembelajaran

    seterusnya. Didapati bahawa, Ani gagal untuk mengingat kembali pelajaran yang telah lepas

    menyebabkan pembelajaran untuk tajuk seterusnya tergaggu. Dengan ini, Ani dikatogarikan

    sebagai salah seorang pelajar yang bermasalah.

    Sebagai guru, berdasarkan Teori Pelaziman Skinner, Ani harus diberikan Peneguhan

    positif untuk meningkatkan motivasi. Apabila seseorang pelajar menghadapi masalah untuk

    mengingati pelajaran yang telah lepas, maka guru tersebut haruslah memberi peneguhan yang

    positif kepada mereka. Mereka harus dibimbing untuk mengingati pelajaran yang telah lepas

    secara berulang-ulang dan diberikan ganjaran dalam bentuk pujian atau material. Sebagai

    contoh, pelajar (Ani) yang berjaya mengingat kembali pelajaran yang lepas diberikan

    peneguhan berbentuk pujian dengan mengatakan bagus, syabas, tahniah, dan lain-lain atau

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    12/15

    10

    memberikan peneguhan berbentu material seperti memberikan hadiah, sijil dan sebagainya

    yang bersesuaian. Peneguhan positif yang diberikan secara berterusan dan sistematik akan

    memberikan motivasi kepada pelajar berkenaan supaya lebih bersemangat untuk belajar.

    Apabila seseorang telah bermotivasi untuk belajar, maka sudah tentulah masalah untuk

    mengingati pembelajaran yang lepas tidak akan timbul lagi.

    Kesimpulan.

    Seseorang guru perlu mengusai, mendalami dan memahami setiap teori-teori pembelajaran,

    teori perkembangan, dan teori psikososial yang dikemukaan oleh tokoh-tokoh psikologi.

    Teori-teori ini akan membantu guru untuk memahami latar belakang, sosio-emosi, sikap,

    perkembangan serta kecerdasan yang dimilki oleh seseorang pelajar. Kefahaman yang

    diperolehi akan membantu guru merancang aktiviti pengajaran, kaedah pengajaran serta

    strategi pengajaran yang bersesuaian dengan pelajar mereka.

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    13/15

    11

    Selain itu, setiap teori yang dikemukakan mempunyai hubung kait dengan masalah

    pembelajaran yang dihadapi oleh pelajar di sekolah khususnya di bilik darjah. Apabila teori

    diaplikasikan oleh guru, maka guru tersebut akan mengetahui punca sesuatu masalah dan

    berupaya untuk menyelesaikan masalah tersebut melalui. Justeru itu, teori yang dikemukan

    oleh tokoh-tokoh psikologi ini mempunyai implikasi dan kesan yang amat penting kepada

    pelajar. Para guru seharusnya mempraktikkan teori tersebut di dalam pengajaran dan

    pembelajaran untuk membantu setiap pelajar.

    Penutup.

    Guru yang bertanggungjawab harus menyiapkan diri dan menguasai ilmu serta kemahiran

    termasuklah menguasai teori-teori pembelajaran, teori perkembangan, teori psikososial dan

    sebagainya serta mempraktikkannya untuk kepentingan para pelajarnya. Seterusnya,

    memastikan setiap pelajar akan berjaya dalam pelajarannya dan menyampaikan ilmu

    pengetahuan sedaya upaya walau apapun halangannya. Perbezaan individu iaitu pelajarbukanlah satu halangan sebaliknya satu cabaran yang harus ditempuhi untuk melihat anak

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    14/15

    12

    didik mereka berjaya mendapatkan ilmu pengetahuan dan membentuk jati diri serta sikap

    yang baik yang akan menyumbangkan jasa dan bakti untuk diri, ibubapa, agama, bangsa, dan

    negara.

    Bibliografi

    Prof Madya Dr Wan Zah Wan Ali, Prof Madya Dr Ramlah Hamzah, & Dr Rosini Abu.

    (2011).

    Prinsip Teknologi Pengajaran. Sri Kembangan: Open University Malaysia.

  • 8/6/2019 Kj Kursus Hbef2103 Psikologi Pend 111

    15/15

    14

    13

    Prof Dr Khadijah Rohani Mohd Yunus, Mahani Razali, & Ramlah Jantan. (2011).Psikologi

    Pendidikan. Sri Kembangan: Open University Malaysia.

    Sharifah Alwiah Alsagof. (1987).Psikologi Pendidikan 1. Longman Malaysia

    Sdn. Bhd.

    Sidang Pengarang. (2007).Penilaian Tahap Kecekapan. Seri Kembangan. PNI Neuron

    (M) Sdn. Bhd.

    http://ms.wikipedia.org/wiki/Teori_pembelajaran_dan_pengajaran.

    http://mahirppb.tripod.com/LAMAN WEB RASMI SK KIONSOM INANAM, SABAH.

    http://mahirppb.tripod.com/LAMANhttp://mahirppb.tripod.com/LAMAN