kisah nabi muhammad

Upload: asam74

Post on 06-Mar-2016

222 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kisah Nabi

TRANSCRIPT

Nabi Muhammad merupakan putera tunggal Abdullah bin Abdul Mutalib

KELAHIRAN NABI MUHAMMAD

Nabi Muhammad merupakan putera tunggal Abdullah bin Abdul Mutalib. Ibunya adalah Siti Aminah binti Wahab. Nabi Muhammad dilahirkan dalam kaum Quraisy yang merupakan kaum yang amat dipandang mulia di Kota Mekah. Datuknya Abdul Mutalib adalah salah seorang pembesar Kota Mekah. Sewaktu masih dalam kandungan ibunya, bapa Nabi Muhammad meninggal dunia. Kemudian ketika berusia enam tahun, ibunya pula meninggal dunia.

Firman Allah dalam surah as-Shof ayat 6 :

(((((( ((((( (((((( (((((( (((((((( ((((((((( (((((((((((( (((((( ((((((( (((( ((((((((( (((((((((( (((((( (((((( (((((( (((( (((((((((((( (((((((((((( ((((((((( ((((((( (((( ((((((( (((((((((( (((((((( ( ((((((( ((((((((( (((((((((((((((( (((((((( (((((( (((((( ((((((( (((

6. Dan (Ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, Sesungguhnya Aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan Kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)." Maka tatkala Rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata."

Pengajaran : Kita hendaklah menjaga nasab dan keturunan kita dengan cara berkahwin dengan golongan yang baik dan beriman supaya dipandang mulia.

Hari Isnin, 12 Rabiul Awal Tahunlah Gajah,

Lahirlah seorang pemimpin ummah,

Membawa agama yang diredai Allah,

Agar manusia mendapat hidayahTentera Abrahah dimusnahkan Allah,

Tanda lain terjadi juga sudah.

Padamnya api yang agama majusi sembah,

Retaknya istana Kisra Tanda akan musnah.Rakan rakan sekalian,

Begitu hebatnya dan besarnya kekuasaan Allah yang dikurniakan kepada bakal pemimpin ummah iaitu Nabi Muhammad yang menjadi penutup segala Nabi dan Rasul. Kisah tentera Abrahah ini diceritakan di dalam al-Quran dalam Surah al-Fiil ayat 1.((((( (((( (((((( (((((( (((((( ((((((((((( ((((((((( (((

1. Apakah kamu tidak memperhatikan bagaimana Tuhanmu Telah bertindak terhadap tentara bergajah[1601]?

Rakan-rakan sekalian,Sekiranya kita perhatikan pada hari ini, tidak mustahil bagi Allah untuk melakukan sesuatu mengikut kehendaknya.Sesiapa yang berserah kepada Allah disamping berusaha dia akan berjaya seperti Pelajar cemerlang SPM 2007, Amalina yang dikhabarkan sentiasa bangun untuk solat tahajjud berdoa kepada Allah. Akhirnya dimakbulkan oleh Allah.

Pengajaran : Anugerah Allah perlu dipelihara dengan penuh tanggung jawab bagi mendapat hasil yang dikehendaki.Rakan-rakan sekalian,

Sewaktu dilahirkan , baginda mempunyai keganjilan daripada bayi-bayi yang lain. Aminah segera memberitahu Abdul Mutalib yang sedang tawaf di Kabah. Dengan segera Abdul Mutalib dating melihat cucunya. Baginda dicium dengan penuh mesra. Pada hari ketujuh itu juga diadakan jamuan kesyukuran dalam satu upacara pemberian nama. Nama yang diberi kepada baginda itu ialah Muhammad. Nabi Muhammad sempat disusui oleh ibunya selama tiga hari sahaja. Selepas itu oleh Suabatul Aslamiah.Ketika umur nabi 6 tahun, ibu baginda telah mati semasa pulang daripada menziarahi kubur bapa nabi Muhammad. Ibunya di kebumikan di suatu tempat bernama Abwa. Kini hiduplah Nabi Muhammad sebagai anak yatim piatu yang akhirnya dipelihara oleh Datuknya Abdul Mutalib dan selepas itu bapa saudaranya Abu Talib.

(((((( (((((((( (((((((( ((((((((( (((

6. Bukankah dia mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu dia melindungimu?

Pengajaran :Kita hendaklah sentiasa menyayangi anak yatim dan jangan menganaiyai anak-anak yatim.

Rakan-rakan sekalian,Selepas kelahiran Nabi Muhammad SAW, bumi Mekah telah menjadi Subur. Masyarakatnya hidup dalam keadaan aman damai. Bumi Mekah telah mendapat kemajuan. Dengan kelahiran Nabi Muhammad ini telah membawa rahmat bukan sahaja kepada Kota Mekah bahkan ke seluruh alam ini sebagaimana Firman Allah dalam surah al-Anbiya ayat 107

(((((( ((((((((((((( (((( (((((((( ((((((((((((((( (((((

107. Dan tiadalah kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam.

Pengajaran :Kita hendaklah bersyukur di atas semua nikmat yang telah dikurniakan oleh Allah kepada kita.

Kelahiran Nabi Muhammad membawa berkat,Mangajar manusia supaya taat,Perintah Allah yang sudah tersurat,

Agar Manusia mendapat manfaat.

Kini kisah nabi hampirlah tamat

Buat tatapan semua rakan dan sahabat,

Berjumpa lagi kita di lain tempat,

Semoga ukhuwwah Islam kian tererat.

Wassalamualaikum.................................